GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label suka suka. Show all posts
Showing posts with label suka suka. Show all posts

17 March 2010

HALLO... SAPE TU?

Subject : Petua menjawap tepon semasa sibuk...
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah...dan 
kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang 
betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le 
korang boring sangat kalau jadi operator). 


1. Soalan: haloo, may i speak to ina please? 
Jawapan: maap.sini bukan balai polis. 

2. Soalan: haloo, siapa disana? 
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane.. 


3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? 
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya. 

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? 
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur. 

5. Soalan: haloo, mak ade rumah? 
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli. 

6. Soalan: haloo ina, buat ape tu? 
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni.. 

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? 
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan 
perkhidmatannye... time kacih. 

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap 
dengannye. 
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap 

9. Soalan: halloo...... 
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar? 

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... 
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan. 

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? 
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu. 

12. Soalan: assalammualaikum... 
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)  

15 March 2010

SAMAT DAN BAPA MERTUANYA...

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya...cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul betul menghabiskan borehhh... 

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu...Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian...lepas tu sambung tengok berita...lepas tu makan...lepas tu tidur..esok bangun pukul 8...pergi kedai kopi...bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur...petang pergi kedai kopi lagi...main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea...macam mana nak kenakan si Samat ni.. Suatu hari dia dapat idea...nak kenakan Samat..


"Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat...
"Boleh juga..." kata samat tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat...
Dia hulur, Samat makan, hulur lagi...Samat makan lagi...hulur lagi makan lagi, dan lagi...dan lagi....
" Eh ko ni Samat...kuat betul makan laa....agak-agaklaa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni...mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati...tapi tak apa...


Mereka bermain set kedua...Bapa mertuanya hulur...dia tak makan...hulur lagi, tak makan juga...kena tangkap...tak macam set pertama...dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...)...kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...


Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?

13 March 2010

BINAWE KO ZARIR (CETUSAN HATI)

Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra. Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang. 


Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat. Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam.. 


Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! 
Come lote,..kata oghe Kelate.. 


Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ni..sekadar menumpang. 


Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya Semalam, ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir.. Cis!! bukan main mesra lagi. 


Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini.. Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana. Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf.. 


Ya, aku tahu..aku cuma seekor kambing... So what?? Kambing tak leh bercinta ke?ke? ke?

01 March 2010

WHO WILL BECOME AN USTAZ

Anonymous writes "
1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.

3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di
malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu
berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.


5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.

28 February 2010

CABAI KE CIBAI??

salam...
tajuk entri agak kurang ajar...
aku nak ceritakan sedikit pengalaman yang aku pernah lalui....

masa tu aku study kat UiTM arau perlis...
satu hari....
aku pegi la satu tempat yang dipanggil MUSHROOM
yang dekat dengan THE CONE
lepas tu...
aku ngan member ni pun lepak la kat MAY'S CORNER

kedai makan yang popular untuk melepak selain kat OREN
kat kedai ni aku suka sangat makan moi sup depa...
sangat best...

aku pun order la...
sambil bual-bual kosong ngan member aku...
datang la sorang hamba Allah ni...

order menu yang sama ngan aku...
macam ni bunyinya...
aku memang suka pasang telinga bila orang bercakap...

HAMBA ALLAH: mak cik... moi sup satu... cibai asing... (dengan muka confident)
MAKCIK: cibai ke cabai??
HAMBA ALLAH: eh... silap... cabai...
MAKCIK: menahan gelak...

aku???
gelak kat situ jugak...
tak leh tahan dah...
aku tak jadi makan moi sup kat situ...
terus bungkus bawa balik hostel
sepanjang jalan aku ketawa...
nak tido pun ketawa..
esok pun masih ketawa...
sampai la hari ni...
aku masih ingat...

mungkin budak tu cuba praktik loghat negeri tempat dia belajar... =)

moral value: hati-hati guna loghat negeri lain

16 February 2010

JANGAN PILIH JALAN HITAM

salam...
serius betul entri aku nih....
tiada lagi esei yang panjang....
tiada lagi ceritera cinta...
aku mau mengubah kisah...
aku mau kisah yang baru....
sila....
JANGAN PILIH JALAN HITAM
hahahaha...
woi cik penulis blog... kalau tak pilih jalan hitam ko nak pilih jalan pe???
purple???
pink???
green???
ko ni mengarut betul lah....
jawab cik penulis blog.... 
aku saje je komen ayat dari hencik syamsul yusof...
oh aku lupa... kan ade jalan tanah merah kihkihkih....
=)

p/s: tq to ustaz nor amin coz jawab soalan saya.... 
jom klik pe yang aku da tanya Ustaz Nor Amin Blog

17 December 2009

HOBI PELIK

antara hobi yang agak pelik sering dilakukan oleh cik bedah
(nama pinjaman untuk entri ni)

 1. flying without wing (bunyi memang mat saleh) 
senang citer laaaa.... berangan....
terbang tanpa sayap.... wuhuuuuu

2. menaiki kereta bersama en. kesayangan
 (tak pelik pun.... tapi aktiviti dalam kereta agak pelik)
menyanyi-nyanyi di dalam kereta...
sambil mengurat awek-awek & jejaka yang ade di jalanan
sampai di traffic light...
sergah pulak orang yang naik kereta kat sebelah tu....

3. menyanyi dalam karaoke box
semestinya bersama en. kesayangan...
menyanyi dan menari...
lagu duet pilihan...
lagu mawi dan m.nasir
tiru betul2 gaye m.nasir dan mawi....
pastikan bawa buah potong dan air untuk hilangkan dahaga

p/s: kisah ni & cite ni hanya untuk hiburan semata-mata...
pelik jugak la... tapi x la pelik sangat....

27 October 2009

DARI BUSH KE OBAMA

jom lihat imej di bawah ini...

benar-benar berubah...

wajah mantan Presiden Amerika mampu ditransaksi menjadi Obama!!!

bukan tipu-tipu...

tapi kenyataan la labu...

sekadar hiburan untuk dikongsi...

lagi cerita menarik

p/s: agak-agak la... muka aku ni kalau wat transaksi ade macam siti nuhaliza tak?? ermmm... (Dila tolong jangan perasan okey.. berdialog dalam diri sendiri je...)

26 July 2009

MEMBEBEL

*Kpd kwn2 ku…*
Biasa2 je aku rasa skg~
Sedikit celaru…
Nape??
Biarlah rahsia…
Lagi sekali aku tegaskan… aku x tiru siti ok…
Yg penting aku tgh amik UL…
Pe UL tu???
UNPAID LEAVE
Aku nk rehat…
Doc suo aku mkn…
Kasi tambah darah
Tapi aku tak leh nk mkn…
Asl ek???
Ke aku nak mkn western food??
or chinease food???
Aku bukan cam tu lah!!!
Ke aku rase nak karok ngan my luv??
Dia bz la…
Xda masa beb…
Aku nak pe sebenarnya ni???
Aku tension hp xda di sisi ku!!!
Ape2 je lah cik acacia(nama baru aku kat ofis hu3)
may be aku rindu ma aku kot...
ok lah...
harap de yg faham nape aku cam ni ceh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...