GENG LENSA HIDUP

11 August 2014

3 TIPS TINGKATKAN KEYAKINAN

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu.... 

keadaan macam mana yang boleh jadikan kita rasa yakin? atau perkataan lain confident...

jika pakai high heels ke?
jika pakai tudung mahal ke?
jika muka di make up penuh gaya ke?

pada aku 1 je yang akan jadikan kita sangat yakin... jika kita BERILMU... ilmu sangat penting dalam meningkatkan keyakinan... pada aku la...

pakai make up cun gile... tapi bila dengar orang lain sembang speaking London... sepatah haram tak faham... nak bersembang dan mencelah pun tak reti... tak guna jugak kan?

jika kita berilmu... kita akan yakin untuk mengenakan pakaikan yang mengikut syariat... dan dengan penuh confident untuk bergaya mengikut syariat... 

berbeza jika kita tanpa ilmu... kita akan rasa "eh... ok ke aku pakai tutup sana sini ni..." mula rasa ragu-ragu dan kurang confident.... walhal cara itulah yang dituntut syariat....

hanya dengan ILMU sahaja akan melahirkan KEYAKINAN yang sempurna...

pertama:
ILMU mesti ada...

kedua:
YAKIN ALLAH sentiasa bersama kita selagi di jalan yang benar

ketiga:
DOA minta kita sentiasa YAKIN... sebab kita berhak untuk berdoa apa sahaja selagi tidak salah di sisi agama...


NALURI WANITA

sangat cute haha 1tahun 4bulan dah ade naluri nak bawa handbag



naluri wanita sangat



panas-panas gi jalan...



geng sangat dengan abang...

7 SUNNAH HEBAT!!!


7 SUNNAH HEBAT
By Ustaz Don Daniyal

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

LAGI REPUTASI BURUK CADBURY!!!


LONDON, (MLP) - Jenama Cadbury sekali lagi terpalit kontroversi. Kali ini di London pula.


Seorang kanak-kanak perempuan Aurora, 4, nyaris tertelan serpihan logam tajam yang berada dalam kon aiskrim Cadbury yang dimakannya.



Ketika mengunyah kon aiskrim berkenaan, Aurora menjerit kesakitan lantas ibunya, Cherish Allen, 22, memeriksa mulut anaknya. Dia melihat sesuatu yang bersinar dan menariknya keluar, sebelum mengenal pasti bahan itu adalah logam.



Cherish kemudiannya memeriksa aiskrim yang dimakan anaknya dan mendapati memang terdapat bebola logam di tengah-tengah kon tersebut.



Syarikat pengeluar produk aiskrim Cadbury menerusi jurucakapnya berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.



Foto: Daily Mail


NOTA: GUA RASA KAT MALAYSIA TAK DE AISKRIM CADBURY =)

10 August 2014

TAHNIAH!!! ADAM & FIZA RUJUK KEMBALI

Ramai yang terkejut bila pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite mengambil keputusan untuk bernikah pada 26 September tahun lalu, namun lebih ramai terkejut apabila pasangan itu bercerai pada 28 April lepas, kira-kira 7 bulan selepas berkahwin.

Namun hari ini Adam memberitahu melalui Bipop bahawa dia dan Fiza telah rujuk pada 19 Ramadan lepas dan telah pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada jam 11 pagi Selasa baru-baru ini untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka.

Mereka berkenalan pada Ramadan tahun lepas dan berkahwin setelah mengenali selama dua bulan. Memberitahu mereka rujuk semula kerana cinta, keduanya menganggap apa yang telah berlaku dalam rumah tangga mereka sebagai ujian dan takdir Allah.

Bersamalah kita doakan kebahagiaan rumahtangga mereka berdua berkekalan hingga ke akhir hayat.
NOTA: PADA AKU BUKAN SENANG LELAKI NAK LAFAZKAN TALAK PADA SEORANG ISTERI... FIKIR BANYAK KALI KOT... NAK NAK PADA INSAN YANG DIA SAYANG... WALAUPUN ADA MACAM-MACAM GODAAN KAT LUAR SANA... PEACE YOOO!!!

GULA-GULA CINTA

Nampak cam sedap jer kannn....
Gula2 penambat hati suami
Gula2 hebat ni bukan untuk di makan.
Dalam masa 24 jam anda kembali DARA.
Produk tradisional ni mampu membuat suami terkesima.
Produk ini sudha pasti membuatkan suami rindu dan ternanti2 saat utk bersama.
Produk TERLARIS Moden Tradisional SERI DEWI MALAM.




memang superb!!!
tak percaya cubalah sendiri...

whatsapp 0179143052

09 August 2014

AWAS: PEMINAT TEH TARIK F&N


budak ini sangat suka minum teh tarik F&N
siap request mama buat yang ade buih punya....

okeh ni dia selfie ngan teh tarik lettew...



08 August 2014

MISI AKU DAN AMAN PALESTIN

Assalammualaikum...

semoga kita semua diberkati selalu....

aku ade buat bisnes online... so aku harap semuanya success... dan aku harap misi syawal ni akan berjaya.... aku nak share keuntungan jualan aku at least RM10 setiap hari untuk AMAN PALESTIN...

dengan melancarkan kempen 'MEMBELI SAMBIL MENDERMA'

semoga secara tak langsung customer aku juga ade menyumbang... dan semoga kehidupan kita semua diberkati... dunia & akhirat. amin

untuk yang nak berkongsi...

562263010787 Maybank - AMAN PALESTIN 

jangan lupa LIKE & SHARE - Infinity On9 Shop

tq for all the support

HOMEMADE MEATBALL





kisahnya...
my hubby ade beli food chopper baru...
haha tu yang beliau sangat eksited nak guna... then dengan rajinnya beliau kisar daging... dan bawang untuk dibuat stok dalam peti sejuk...

so... gua yang tak berapa nak rajin ni tinggal masak je la...

bahan-bahan:

daging lembu kisar
black papper
white papper with seasoning
garam
satu sudu besar tepung jagung/ tepung ubi

cara-caranya:

campurkan semua bahan dan gaul rata kemudian bulat-bulatkan

sup buat cam biasa... bila dah mendidih... masukkan meatball tu... dan biar masak... sampai timbul...

then siap...

07 August 2014

HOMEMADE KEROPOK LEKOR

Assalammualaikum....

ada masa boleh la menaip lebih sikit... huhuhu...

aku dah try buat keropok lekor.... my 1st time try... my hubby makan.... 

"sape bagi keropok lekor?" hubby tanya

nampak tak kesedapannya?

haha siap tanya sape bagi... wehuuu...

"sayang yang buat" aku jawab (sikit lagi nak riak hahaha)


bahan-bahan:

ikan selayang
tepung ubi
monosodium glutamate (msg)
garam
air

cara-cara:

potong ikan kecil-kecil dan kisar guna blender... campurkan sedikit air
dan tuang dalam mangkuk... 

campurkan tebung ubi... garam dan monosodium glutamate...

dan uli hingga jadi doh... gentel doh jadi panjang-panjang...

kemudian rebus.... dan masak hingga keropok timbul...

then... boleh potong dan goreng...

nota: boleh juga disimpan segera... dalam freeze... ikan tu agak-agak la... dalam 6 ekor ikan yang sederhana besar... dan setengah bungkus tepung ubi.... (anggaran)

06 August 2014

OFFER!!! BACKPACK FOR KIDS

RM26 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH DAN SARAWAK TAMBA RM5

Material : Nylon
Height : 33cm
Width : 28cm
Thickness  :  10cm
Capacity : can put A4 paper

FRONT VIEW, SIDE VIEW, BACK VIEW

-------------------------------------------------------------------------------------

RM22 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM5

Material : Oxford Fabric 600D
Height :  30cm
Width :  27cm
Thickness : 10cm
Capacity : can not put A4 paper


WHATSAAP 0129552047


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...