GENG LENSA HIDUP

05 February 2015

PEROLEH RM43 RIBU SETAHUN DENGAN MENJUAL NAJIS



Sebuah syarikat yang membekalkan sumber bahan bagi tujuan perubatan iaitu OpenBiome menawarkan USD40 (RM143) untuk mendapatkan sampel najis manusia.

Syarikat yang beroperasi dari Oregon itu berhasrat untuk mendapatkan contoh najis bagi membantu mereka yang menghidap jangkitan penyakit Clostridium Difficile yang boleh menyebabkan radang usus besar.

Menurut wakil syarikat berkenaan, sampel-sampel pembuangan ini akan disejuk beku sebelum dimasukkan ke dalam saluran gastrousus pesakit melalui kapsul atau cara endoskopi.

Memetik laporan The Washington Post, syarikat OpenBiome tidak sewenang-wenangnya memilih sesiapa sahaja bagi mendapatkan bekalan najis tersebut.

Sampel najis yang dipilih haruslah memenuhi standart kesihatan yang ketat. Sehingga kini hanya 4 peratus dari 1000 pemohon yang mendaftar diterima ke dalam program.

Dianggarkan pendaftar yang berjaya terpilih untuk membekalkan ‘bahan’ bagi tujuan perubatan terbabit bakal menerima USD13,000 (RM43,170) setahun sebagai bayaran.

Penyakit Clostridium Difficile dianggar mengorbankan 14 hingga 30,000 nyawa dalam setahun.

Kredit gambar: shikibook

04 February 2015

KEMBALI DARA HANYA DALAM 24JAM!!!

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat....

anda sudah berkahwin?
sudah melahirkan anak?
terasa semakin kurang umphhh?
ingin buat suami kembali tersenyum?

jom whatsapp 0179143052

untuk dapatkan gula-gula cinta.... atau nama lainnya Susukan Qalbu... SQ II.... yang memang superb!!!

anda cuba anda dapat =)
hanya RM40 sahaja sebekas (5 biji)
saya akan bimbing anda hingga berjaya =)




03 February 2015

MURID CALON UPSR MENGANDUNG 7 BULAN




MELAKA, (MLP) – Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun disahkan mengandung 7 bulan apabila dihantar ke hospital ekoran mengadu sakit perut pada Sabtu lalu. 

Murid yang kini berada di tahun enam persekolahan itu cuba merahsiakan dirinya dirogol namun rahsia itu terbongkar sementelah dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut kelmarin.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, calon yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika berada di sekolah.

Selepas diperiksa, kanak-kanak itu akhirnya mendedahkan dia dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan awal, pihak hospital telah mengesahkan mangsa kini mengandung 7 bulan,” terang Ketua Polis Daerah Jasin iaitu Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim.

Menurut Hishamuddin lagi, pihaknya telah menahan seorang warga emas di kediaman yang terletak di Selandar pada hari yang sama laporan diterima.

Gambar utama sekadar hiasan

Kredit gambar: zaliyatt

p/s: awasilah anak-anak anda sebaik mungkin... dan jangan putus doa untuk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.... semoga jadi pedoman buat kita semua

SERONOKNYA BERCUCUK TANAM

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu
dan bahagia dengan insan tersayang

hujung tahun lepas aku dah mula bercucuk tanam...
seumur hidup aku ni la buat pertama kali aku rajin bercucuk tanam
tu pun mula-mula mak aku la yang datang umah aku dan mulakan menyemai benih-benih
hahaha

lepas tu mood bercucuk tanam aku pun datang....
aku pun semangat la ajak hubby pegi kedai beli polybag, benih dan pasu wohaaaaaa
syok membeli je aku ni...

then aku pun bercucuk tanam lah...
ada kangkung, pegaga, kunyit, halia, bayam merah, bendi, selom, sawi jepun, kailan, kacang panjang dan kacang botor....

benih jagung manis belum semai lagi....

kat bawah ni gambar hujung tahun lepas mas permulaan projek bercucuk tanam...

pokok kucai

kangkung

pegaga

pokok bendi

 kat bawah ni pulak gambar 2015... pokok-pokok yang ditanam semakin membesar
hoyehhhhhhhhh

dan ade yang dah dapat dimakan pun...
yang paling penting my family dapat makan sayur segar tanpa disembur sebarang racun serangga 
memang double owesome!!!





okeh ini char kuey teow... dan dalamnya ada daun kucai sendiri okeh

ni kangkung hasil tuaian =)

lepas dah petik aku pu buat la kangkung goreng belacan....

syok kan?

nanti aku nak tambah lagi variety tanaman aku =)



PENUNTUT IPT MAUT DIKELAR TEMAN LELAKI




BUKIT GANTANG, (MLP) - Seorang penuntut wanita di sebuah pusat pengajian tinggi maut selepas dikelar di leher dalam satu kejadian di lebuhraya PLUS KM 228.2 menghala Selatan di sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu semalam, Nursyuhada Johari, 19, dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.



Menurut saksi kejadian, Md Ikhbal Ahmad, seorang lelaki kemudiannya keluar dari kereta sambil menarik mangsa ke tepi, sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.



Suspek berjaya diberkas orang ramai ketika kembali ke kereta untuk mendapatkan telefon bimbitnya.



Siasatan awal polis medapati teman lelaki mangsa punya rekod masalah mental.


Foto: Berita Harian

01 February 2015

5 MINUMAN UNTUK KURANGKAN LEMAK BADAN

Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk mengurangkan lemak badan adalah melalui cara pemakanan yang sihat dan juga dengan bersenam. Tetapi, ini bukan satu-satunya cara untuk mengurangkan lemak di badan.
Terdapat beberapa jenis minuman yang anda boleh minum setiap hari untuk mengurangkan lemak di badan anda. Minuman-minuman ini telah dibuktikan dapat mengurangkan berat badan jika anda sentiasa meminumnya. 

Berikut adalah 5 jenis minuman tersebut!



Air kosong berais


Sebagai rakyat Malaysia, kami tercenderung untuk minum air berais kerana cuaca yang panas. 


Tahukah anda, meminum air kosong yang berais akan meningkatkan proses metabolisme badan anda dan akan menyingkirkan kalori yang banyak? Minumlah sekurang-kurangnya 0.4 liter air kosong berais setiap hari untuk melihat perubahannya! 


Air kelapa


Dari kedai di tepi jalan ke restoran-restoran besar,air kelapa boleh didapati di pelbagai tempat di Malaysia. Anda harus ataupun diwajibkan meminum air ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Air kelapa adalah satu minuman yang sangat menghidratkan. Minumlah air kelapa daripada air suam kerana ia meningkatkan kadar metobolisme dan memberi anda tenaga yang lebih. Oleh itu, pastikan minum air ini dengan lebih kerap!


Susu skim

 

Susu skim juga dapat memecahkan lemak-lemak di dalam badan anda. Menurut pakar perubatan, susu skim akan menolong dalam menghilangkan lebih daripada 70% lemak daripada mereka yang langsung tidak mengambil susu! Minum segelas sehari untuk khasiatnya!


Teh hijau

 

Teh hijau adalah sejenis teh yang menjadi kegemaran mereka yang hidup sihat. Ini kerana ia meningkatkan kadar metabolisme di badan dan juga akan membakar kalori yang lebih. Teh hijau membolehkan anda membakar 43% kalori daripada air minuman yang lain! 

Watermelon smoothie


Untuk mendapat khasiat sepenuhnya, jangan memasukkan gula ke dalam watermelon smoothie anda! Minuman ini adalah antara cara terbaik untuk menghidratkan badan kerana ia mempunyai kandungan air yang banyak. 

Tambahan pula, ia mempunyai arginine iaitu satu asid amino yang boleh mengurangkan lemak di badan.


Tunggu apa lagi? Minum minuman di atas untuk mengurangkan lemak badan! 


Kredit Foto: Mindlify, Venusbuzz, Michigan Uni, Taras

KENAPA BACKPACK JADI PILIHAN

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

tahu tak backpack tu ape?

ini contoh backpack

dalam erti kata lain adalah beg galas.... kenapa aku sangat suka guna backpack? terutamanya semasa perjalanan jauh... dan bila travel sorang-sorang....

sebab mudah... ambil beg dan galas itu sahaja... tak perlu bimbang terlupa bawa beg dan lain-lain... memandangkan dulu aku pernah study kat perlis... jauh okay nak travel dari johor ke perlis... kalau naik bas... ambil masa 12jam tau...

dan backpack adalah pilihan utama aku... banyak macam mana barang sekalipun... aku tetap pilih backpack.... sebab pakaian ko boleh gulung-gulung untuk lebih muatan.... so dah jimat ruang...

ciri-ciri backpack yang bagus:
1. ada slot untuk laptop
2. ada at least 3 ruangan utama
3. paling kecil pun 50 liter
4. banyak poket
5. kalis air
6. ada pengaliran udara yang baik untuk belakang anda
7. ada rekabentuk yang sesuai untuk belakang anda
8. dibuat daripada material yang tahan lasak dan ringan
9. tahan lama
10. berbaloi untuk wang anda

dan pendek kata sangat sesuai untuk mereka yang selalu turun site, selalu pergi kerja naik public transport, like LRT, komuter, rapid bus... dan lain-lain. sebab ia memudahkan anda... dan tak perlu risau tertinggal beg....

berminat dengan backpack di atas???
boleh whatsapp 0129552047

ciri-ciri: ergonomik, mesra pengguna, dan mampu milik, berkualiti tinggi =)

31 January 2015

AWET MAYAT ANAK JADI PATUNG PENGANTIN


Sebuah butik pakaian pengantin di Chihuahua, Mexico menjadi sebutan masyarakat bukan hanya kerana kecantikan pakaian-pakaian yang dijual, tetapi kerana patung yang dikatakan sebenarnya manusia!

Patung pengantin perempuan yang menjadi window display butik tersebut, dikatakan adalah anak kepada pemilik butik. Melalui cerita masyarakat setempat, dia meninggal dunia pada hari perkahwinannya kerana disengat labah-labah black widow.

Si ibu lantas bertindak mengawet mayat si anak, dan memakaikannya pakaian pengantin paling cantik yang terdapat di butik itu.

Manusia patung itu terkenal dengan nama La Pascualita.



Jika dilihat dengan teliti, patung ini memiliki ciri-ciri manusia, seperti kedutan di wajah yang ketara, di samping bentuk kuku dan garis-garis di tangannya yang sangat real.

Teori manusia patung ini diperkuatkan lagi dengan cerita pekerja butik yang mendakwa hanya orang-orang tertentu sahaja dibenarkan untuk menukar pakaian patung berkenaan, dan ia akan dilakukan di bilik tertutup yang khas.

Ada juga cerita daripada penduduk setempat yang melalui hadapan kedai berkenaan mendakwa melihat patung itu berjalan di sekitar kedai.

5 TIPS MUDAH BERDIET

Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?

Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:


1.  Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah dilihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ''minum air kosong secukupnya!'', ''makan buah-buahan!'', atau ''tidur 8 jam sehari!''. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.


30 January 2015

MUDAHNYA SOLUSI MH370

Assaalammualaikum

semoga semuanya sihat....

semalam... telah ada pengumuman yang sangat dinantikan buat waris MH370.... hasil siasatan sekian lama...

semua 'mereka' dianggap telah tiada.... mudahnya....

tak kan tiada dijumpai walau sekujur tubuh?
tak kan tiada dijumpai walau sebuah bagasi?
tak kan tiada dijumpai walau secebis serpihan pesawat?

buat penumpang MH370.... semoga kalian damai di sana.... Allah akan adili seadil adilNya... buat waris... jangan bimbang pengadilan Allah lebih hebat...

Al-Fatihah....

p/s: maaf aku cakap... nipisnya perasaan kalian... tiadakah komen daripada waris mangsa MH370? =(


KURSUS KAHWIN KAMI

ni gambar sijil kursus kahwin aku

ni gambar sijil kursus kahwin my man =)

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat... lama dah snap pic ni... tapi tak dan buat entri....

sejak dua menjak ni susah betul nak dapat peluang menaip entri untuk blog.... heheh... sibuk la kononnya... =P

kami pergi kursus kahwin ketika kami masih lagi baru-baru kenal... bukan la sebab kami nak kawin hehe...

reason aku gi kursus kawin sebab murah... RM35... masa tu kat UiTM Shah Alam kan.... so murah lah... aku ngan lagi dua orang member hani dan jun... kita orang pegi la sesama....

my hubby pulak pegi kursus kahwin seminggu sebelum aku gi tak silap aku... tapi kat KL la masa tu... alasan dia pegi pulak sebab member-member ofis dia sibuk nak gi kursus kahwin... so dia pun join lah....

ok... masa tu memang lah belum couple pun... jumpa pun tak pernah... cuma kenal dekat Friendster je... ok... walaupun kami nye jarak umah lebih kurang 15 minit perjalanan....

lepas tu... buat pertama kalinya kami bertembung dekat satu kedai komputer di Plaza Low Yat... jauh okeh titik pertemuan kita orang.... dari JOHOR bawa ke KL...

masa tu aku tengah teman member usyar printer baru... dan aku nak cari set headphone baru beserta microphone.... dan juga nak cuci-cuci mata....

my man pulak pegi Low Yat masa tu... sebab apa tah aku tak pasti... sebab nak usyar CPU baru kot.... kalau ikutkan hujung minggu tu my hubby nak balik kampung... tapi tak jadi pulak... tu yang dia gi Low Yat....

then....
lepas jumpa tu... kita orang minum-minum lah kat kedai mamak.... KL kan... banyak kedai mamak... itulah serba sedikit kisah kami....

dan aku selalu cakap dekat my hubby....
"abang pertama kali jumpa sayang dekat Low Yat kan? so haruslah bini abang sangat obses dengan komputer, games, internet, blog dan lain-lain yang melibatkan teknologi...."

jangan marah haaaaaaaaa =P

my hubby pun apa kurangnya... daripada bujang sampai ke dah kahwin beranak pinak.... masih suka baca manga online, download movie baru, dan main games.....

tabiat tu semua nampaknya menurun kepada anak-anak kami.... sampaikan dalam borang sekolah Ahmad Al Mahdi(my son) ayahnye tulis.... dia minat permainan komputer.... 

okeh2 panjang pulak membebel...

wassalam...

p/s: kalau ada jumpa kursus kahwin murah-murah pi je la.... tak rugi pun... kat UiTM memang tiap-tiap tahun ada buat kursus kahwin murah untuk student diaorang.... so jangan tak join!!!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...