GENG LENSA HIDUP

13 May 2015

LIHAT EPISOD AKHIR DRAMA HATI PEREMPUAN


mengarut je cite pukul 7 ni...

tapi masih ramai juga penonton... =P

KISAH JENAKA SUAMI ISTERI


Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Si suami suka tengok bola, manakala si isteri suka tengok rancangan masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar.. kejap bola kejap rancangan masak-masak.. bunyi tv tu jadi tidak menentu macam ni..
" Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL... 5 ulas bawang putih BERDIRI OFFSIDE... daging di rebus oleh REFREE sampai empuk... masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk... BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak... GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "
*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya... dunia2. (",)

12 May 2015

TUN M: PAKATAN AKAN PERINTAH NEGARA JIKA NAJIB GAGAL TANGANI ISU 1MDB



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dilihat akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 jika kerajaan gagal menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan segera.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia menjadi faktor penarikan sokongannya sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesan.

"Apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

"Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

"Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat," katanya dalam catatan terbaharu di blognya hari ini.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir, dia tidak dapat menerima negara diperintah oleh Pakatan.

"Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam.

"Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

"Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita," tegasnya.

Dalam perkembangan berasingan, Najib dilaporkan berkata anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB perlu dipercepatkan.

Najib berkata MT UMNO membuat gesaan tersebut supaya rakyat tahu hasil siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

DENDA, PENJARA JIKA TAK SOLAT JUMAAT



ALOR SETAR - Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaik, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata, mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.

"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Syeikh Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.    

Perkara tentang Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.

Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaik akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini.

Syeikh Ahmad berkata, Jaik mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.

"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya.

Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan. – Bernama
 

11 May 2015

'KUCING PRIHATIN' YANG SENTIASA KELIHATAN RISAU



SEEKOR anak kucing berumur lapan minggu diberi nama jolokan 'kucing prihatin' kerana mempunyai 'sepasang kening' dan sentiasa kelihatan risau.

Menurut Dailymail, pemilik, Andy Entwistle, 40, berkata, ketika kucing tersebut dilahirkan, kening tersebut hanyalah satu hitam kecil.

"Bila ia semakin besar, 'kening' tersebut juga membesar. Saya namakan dia 'kucing prihatin' dan nama itu melekat," kata Entwhistle.

Menurut Entwhistle, kucing tersebut merupakan anak kepada kucing baka 'dalmatian' yang terkenal dengan tompokan hitam di badan.

Entwhistle yang mempunyai empat orang anak kemudian menafikan tuduhan bahawa beliau bertanggungjawab melukis kening pada kucing berkenaan.

"Perbuatan tersebut agak kejam.

"Kalau ada sesiapa tak percaya, kami tidak kisah jika mereka mahu menggosoknya sehingga ia tanggal. Ia tidak akan tanggal!," jelas Enthistle.


sumber: Sinar Harian

5 CARA HARGAI PASANGAN

5 Cara menghargai pasangan anda
1. Anggap pasangan kita seperti diri sendiri. Menganggap pasangan kita sebagai diri sendiri yang harus dicintai, dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan.

2. Isteri bukanlah pembantu rumah tangga. Banyak suami menganggap bahwa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab seorang isteri seratus persen. Padahal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahwa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.

3. Isteri adalah manusia. Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka ridha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang telah berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar dari masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat hari lahir dan tanggal pernikahan pasangan. Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh siapa saja apalagi dari orang yang disayanginya. Jika suami adalah orang yang perhatian dan menyayangi isterinya, apa salahnya jika dia memberikan hadiah khusus kepada isterinya.

5. Membantu ringankan tugas isteri. Suami sesekali perlu ringan tangan membantu isteri, jika setiap hari isteri kita berpeluh dalam memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suami pun perlu membantu isteri membantu pekerjaan rumah. Jika itu dilakukan, pastinya sang isteri pun akan melayangkan senyum indahnya bahkan perkataan terbaiknya.




10 May 2015

UNIK: PENGINAPAN 5 BINTANG DALAM KONTENA

Alami Penginapan 5 Bintang Di Dalam Kontena. Unik Dan Ini Di Malaysia !!..
PERNAHKAH membayangkan kontena yang dibawa lori treler di lebuh raya dijadikan tempat bermalam?
Atau seolah-olah berada dalam kontena yang ditempatkan di pelabuhan utama dunia sebelum dipindahkan ke kapal.
Bagi warga Kuala Lumpur, anda tidak perlu pergi jauh. Jom, kita melepak dan bermalam dalam kontena di The Kabin di Jeram, Kuala Selangor.
Kontena diperbuat daripada seratus peratus besi yang tujuannya memuatkan barangan import dan eksport, diubah suai menjadi bilik tidur yang lengkap dengan katil, televisyen, tempat mandi, tandas dan malah penghawa dingin.
– Jika dari Kuala Lumpur melalui PLUS dan susur keluar Kuala Selangor dan LATAR seterusnya menuju ke Jeram, The Kabin terletak berhampiran Pantai Remis, Jeram
– Jika dari Shah Alam susur keluar jalan Kuala Selangor dan menuju Jeram dan susur masuk Pantai Remis, Jeram.
– Kadar sewa antara RM190 hingga RM500 bergantung kepada keluasan.
– Sebuah kabin boleh memuatkan maksimum enam orang.
– Dilengkapi satu katil berkembar atau empat katil bujang bergantung kepada saiz kabin.
– Nama setiap kabin berdasarkan pelabuhan utama dunia seperti Rotterdam, Antwerp, Felixstone, Hamburg, Durban, Santos, Balboa, Long Beach, Vancouver, Shanghai, Singapura, Sharjah, Busan, Keihin, Klang, Ho Chi Minh, Colombo dan Melbourne.
Sumber : BeritaHarian & www.thekabin.com.my





08 May 2015

JASA NOVEL CINTA, DRAMA DAN FILEM CINTA KARUT

MENGAPA BERCERAI MUDA?
Rumahtangga yang dibina oleh generasi muda hari ini banyak yang tidak berasaskan realiti dan dibangunkan atas dasar impian dan fantasi yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Sehingga apabila mereka bernikah masing-masing merasa kecewa kerana pasangan atau perkahwinan TIDAK SEINDAH YANG DISANGKAKAN.
Si lelaki berasa kecewa kerana isterinya tidak menjadi seperti bidadari yang dia selalu gambarkan. Masak tak pandai, layan atas katil macam tunggul, kulit yang disangka gebu ada kurap. Manakala si isteri pula mengadu bahawa suaminya tidak tahajjud tiap-tiap malam, tak membisikkan kata-kata cinta macam dalam filem dan novel serta tidak lembut dan peyayang seperti yang disangkakan.
Hakikatnya, kehidupan berumahtangga bukan sebagaimana yang ditulis seperti dalam novel, drama dan filem cinta karut tersebut. kejap-kejap merajuk ada yang sibuk nak pujuk, kejap-kejap marah, kejap-kejap ada skandal, kejap-kejap lari untuk cari ketenangan... realiti yang sebenar bukanlah begitu. Jika empunya badan asyik memikirkan perasaan sendiri kehidupan rumahtangga tak akan ke mana. 
Realitinya, anda perlu bertolak ansur menjaga anak-anak, menguruskan kerja rumah, menyalurkan rasa cinta dan sayang, hinggakan tak ada ruang untuk merajuk lama-lama, untuk nak lari tinggalkan anak dan keluarga semata-mata mencari ketenangan. Kerana banyak perkara yang lebih penting untuk dilakukan dan difikirkan.
Kegagalan mengurus 'Expectation' yang berbeza boleh mengundang kepada pergaduhan dan perceraian. Jasa novel-novel cinta khayalan, drama dan filem cinta karut, ustazah novelis yang tak praktikal banyak menyumbang kepada masalah ini.
Selain itu sikap tidak sabar dan pentingkan diri amat menebal dikalangan pasangan muda apabila masing-masing berkahwin dengan 'cara fikir' yang salah iaitu 'Apa yang aku akan dapat dari perkahwinan ini' sedangkan sepatutnya yang dipegang ialah ' Apa yang akan aku sumbang dan manfaatkan dengan perkahwinan ini'.
Inilah masalah yang berlaku apabila masing-masing hanya memikirkan kekurangan orang lain bukan dirinya sendiri. Si suami hanya fikir tentang kelemahan isteri dan si isteri hanya tahu menyalahkan suami kerana tak tahu menjaga perasaan dirinya.
Begitu besar impak... terutamanya jika anda sangat gemar berkhayal sambil membaca novel-novel picisan dan menonton drama cinta di stesen TV yang ada. Yang pastinya apabila anda berkahwin, cuba sedaya mungkin membahagiakan pasangan, bertolak ansur, terima segala kelebihan dan kekurangan...  InshaAllah... segalanya dapat diharungi bersama biarpun pelbagai rintangan yang melanda =)
Bukannya menyalahkan novel atau drama cinta semata, tetapi pastikan anda berfikir dan berpijak di bumi nyata sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan semasa mengharungi alam rumahtangga.
semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya
wallahua'lam
sekadar hiasan =P

07 May 2015

HADIS: BELI, SIMPAN DAN NIAGAKAN EMAS


memiliki emas adalah lebih baik daripada wang simpanan
kerana matawang biasanya jadi tiada nilai jika satu saat berlaku peperangan
dan emas boleh dijadikan tukaran jika di mana-mana sekalipun anda berada.

selamat menyimpan

06 May 2015

FAHRIN AHMAD NIKAH 9 MEI INI


KUALA LUMPUR , 5 MEI 2015: Tiada angin atau ribut, aktor Fahrin Ahmad tiba-tiba telah membuat pengumuman mengejut sebentar tadi apabila memberitahu bahawa dia bakal melangsungkan pernikahan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 9 Mei ini.
Menurut Fahrin, pengumuman dibuat dalam keadaan singkat dan mengejut iaitu kira-kira 3 hari sebelum majlis akad nikahnya itu bakal berlangsung adalah kerana mahu mengelakkan fitnah.
"Majlis nikah ini sengaja saya rahsiakan kerana saya tidak mahu perkara-perkara lain mengganggu perjalanan jodoh saya ini seperti timbulnya fitnah dan sebagainya.
"Majlis nikah saya itu nanti hanya akan diadakan untuk keluarga terdekat, jemputan khas serta  rakan media sahaja.
"Saya memilih tarikh ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran saya yang ke-36 tahun," beritahunya kepada Portal Murai.
Fahrin mengumumkan berita gembira itu dalam majlis sidang media yang diakan di Flora Terrace Jalan Tun Razak, sebentar tadi.
Fahrin bagaimanapun masih merahsiakan identiti bakal isterinya dan iana hanya akan didedahkan pada hari pernikahannya nanti.
Tambah Fahrin, dia merahsiakan perihal perkahwinannya ini adalah disebabkan permintaan keluarga bakal isterinya.
Majlis resepsi Fahrin masih dalam perancangan dan bakal diberitahu kemudian.

05 May 2015

ADAKAH TELUR BOLEH DI MAKAN SELEPAS BERSALIN?


Sering kita diingatkan agar jangan makan telor lepas bersalin atau kepas bedah; konon takut luka bernanah. Adakah fakta ini benar? Ini adalah diantara kepercayaan dan amalan orang2 tua dahulu yang saya dapati tiada asas atau bokti nyata. Benarkah telor meningkatkan kandungan cholesterol dalam darah kita yang seterusnya meningkatkan risiko darah tinggi dan sakit jantung? Ini juga satu andaian yang banyak dipercayai orang ramai. Semua fakta2 itu sudah tidak sahih lagi.

Malah satu kajian menunjukkan makan 1-2 telor setiap hari meningkatkan kesihatan badan tanpa meningkatan tahap cholesterol dalam darah. Ada kajian menunjukkan amalan makan telor bolih mengurangkan risiko kanser payudara. 

Berikut adalah beberapa khasiat telor.
1. Mengandungi berbagai vitamins A B D E K , logam2 selenium, kalsium , zinc. Setiap biji telor mengandungi 77 kalori, 6 gram petotin dan lemak2 baik. Telor adalah diantara makanan terbaik.

2. Telor mengandungi cholesterol tetapi kajian menunjukkan makan cholesterol tidak meningkatkan tahap cholesterol dalam darah.
Telor meningkatkan HDL (good cholesterol) yang penting untuk melindungi dari penyakit2 jantung , angin akhmar dan berbagai2 masalah kesihatan. Kajian menunjukkan makan 2 biji telor setiap hari selama 6 minggu meningkatkan tahap HDL sebanyak 10 %.
Telor yang diperkaya dengan omega3 bolih mengurangkan triglycerides dalam darah dan seterusnya melindungi dari serangan jantung.

3. Telor mengandungi choline yang berfungsi membina sel membrane dalam otak dan ini penting untuk kecekapan fungsi otak. Telor adalah sumber terbaik bagi choline.

4. Telor mengadungi lutein dan zeaxanthine (antioxidants)  yang sangat penting untuk menjaga keutuhan retina dalam mata. Kesannya ia mencegah dari masalah2 cataract dan macular degeneration yang sering mengancam penglihatan kita.

5. Sebiji telor mengandungi 6 gm perotin yang terdiri dari aminoacids yang bermutu tinggi serta dalam nisbah yang terbaik. Perotin adalah zat penting dalam pembinaan dan pembaikkan pulih semua sel2 tisyu dan organ dalam tubuh. Memakan telor mempercepat peroses baik pulih tisyu2 selepas pembedahan dan luka dari trauma.

Zat perotin dan aminoacids juga penting bagi meningkatkan kesuburan orang lelaki dan perempuan.

Memakan 2 biji telor ketika  sarapan pagi juga memberi sumber tenaga dan kekenyangan yang lama. Dengan itu ia bolih mengurangkan ketagihan makan bahan2 yang tinggi kandungan gula dan karbohaidret. Kesan baiknya ialah mengurangkan berat badan.


Saya memang mengamalkan makan 2 biji telor separuh masak untuk sarapan setiap hari. Semoga dikurniakan kesihatan yang berterusan.

PETIKAN ARTIKEL DARIPADA DOKTOR HAMID ARSHAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...