LIBERAL - condong kepada kebebasan, bersifat bebas
bila Najib sebut je dan umumkan Dasar Liberalisasi. bunyi macam hebat tapi ko faham ke? kononnya mengubah sedikit DEB... untuk jadikan ekonomi lebih baik
makcik dan pakcik yang kurang faham mungkin suka dengar cakap Najib ni.... mak aih.... sofistikated betul bahasa.... bagus Najib ni... huhu
ini hanyalah omongan untuk mengelirukan orang ramai terutamanya mereka yang hanya tunggu disudukan saja makannya(info). dasar Leberalisasi bermakna : syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara dan memiliki kekayaan negara ini.
Najib telah mengubah satu jalur DEB. kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. ertinya pasaran Malaysia terbuka luas untuk dimiliki. lebih jelas tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. sape yang tak tangkap leleh dengar berita ni?
kenapa Najib membuat dasar baru ini ?
cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masalah peribadi yang sangat berat. berat di sini bermakna berat dari segi politik. contohnya : parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. retak menanti belah kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina – telah menjauhkan diri dari Najib.
dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya awek cun dari Mongolia. media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. kaum pemodal antarabangsa telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.
hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga. supaya tidak menjerit membabi buta.
Najib wajib melakukan sesuatu. samalah macam Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib menswastakan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib.
dimana Perkins kaki pukul sedang bersemayam?
jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. lupa projek mega – jambatan ketiga ?
Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.
Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manfaat kepada rakyat biasa. dasar ini tak menguntungkan makcik limah yang pagi-pagi keluar menoreh dan pak berahim yang elok senyum sambil memandu teksi.
rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah – dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.
dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabur dan membawa modal. ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.
satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat(umpama sahaja) - maksudnya kat sini ketuanan rakyat. sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan peribadi. kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.
kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. modal muncul dari tenaga manusia. modal bukan wang ringgit. wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri. baru negara jadi lebih bermakna. bukan ko tipu mereka membentuk dasar baru begitu begini dan akhirnya entah apa-apa. ko tak pernah rasa perit jerih menoreh dan bangun pagi-pagi juga jalan dalam sunyi. ko tak tau payah atau senang mahu cari penumpang bagi seorang pemandu teksi bermeter. =)