GENG LENSA HIDUP

22 October 2010

PAHIT DAN KUATKAN AKU

PAHIT


Resah kala ku harus meninggalkan dirimu
Dan mengakhiri semua cinta yang tlah ada
Tanpa ada rasa sesal diantara kita berdua

Kasih sudahlah hapus air matamu
Kuingin kau merelakan semua yang terjadi
Karna mungkin semua itu sudah jadi takdir kita berdua

Meski hati ini sesungguhnya
Tak mampu tuk melupakan dirimu yang tlah kucintai
Namun mereka tak mau pernah mengerti
Akan cinta kita berdua
Perih..
Pedih tuk pahiti sayang kualami

Dan aku tak tahu lagi harus bagaimana
Mungkin perpisahan ini satu jalan terbaik
Untuk kita berdua oh hohoho...

Meski hati ini sesungguhnya
Tak mampu tuk melupakan dirimu yang tlah kucintai
Namun mereka tak pernah mau mengerti
Akan cinta kita berdua

Jika memang dirimu tercipta untuk diriku
Kuyakin suatu saat nanti
Kita bertemu kembali

Oohuhoohouuhhuhoooo....




KUATKAN AKU


[*]

Oh Tuhan kuatkan aku
Untuk lalui jalan hidup ini
Yang ku inginkan selalu ada dalam ridhoMu

Berikanlah petunjukMu
Agar diriku tak tersesat
Untuk menuju surga yang telah Kau janjikan

Reff:
Ampunkan diriku jika
Selama ini hanyalah berbuat dosa
Tak sanggup diriku bila
Di akhir hidupku menanggung siksaMu

Back to Reff:

Aku hambamu yang lemah, tak sempurna
Berlutut sujud dihadapMu

Back to [*]

Back to Reff:



download koleksi lagu vagetoz yang best belaka =)

21 October 2010

20 October 2010

TEPUNG GANDUM MENGANDUNGI BENZOYL PEROXIDE

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

aku pernah terjumpa label benzoyl peroxide mase aku tingkatan 3.... tahun 2001... aku jumpa pun mase tu kat ingredients pada tepung gandum cap sauh... aku pun teruja la nak tau ape fungsi benzoyl peroxide... kebetulan ade sorang cikgu cina... yang tengah dok praktikal kat skolah aku... dia daripada UKM dan ambil pengkhususan mengenai pemakanan...

so aku pun bertanye...

benzoyl peroxide ni sifatnye macam bleach cikgu aku tu cakap... mase tu aku jawab ye je... tapi lom leh berfikir sangat... huhu

mase aku form 4... otak aku jalan laju sikit sebab da ade ambik subjek kimia dengan biologi... kebetulan aku rajin dok la layan cite mat saleh... aku terperasan yang roti mat saleh dengan roti yang ade kat malaysia ni lain warnanye..

kebiasaannya roti kat malaysia ni warna putih ye tak?
tepung gandum kat malaysia ni warna putih kuning... ye tak?

roti mat saleh warna coklat perasan tak?
tepung gandum mereka memiliki warna asli iaitu coklat... perasan tak?

tu la peranan benzoyl peroxide yang berperanan seperti bleach a.k.a peluntur... dan mampu melunturkan warna coklat pada tepung gandum hingga menjadi putih atau agak kekuningan hanya dalam masa sekitar satu jam...

benzoyl peroxide merupakan bahan toksid... bahan penggalak tumor... bahan yang boleh menyebabkan alahan pada kulit... bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan... bahan peluntur yang sangat kuat...

tepung gandum yang telah dicampur dengan benzoyl peroxide ni akan menyebabkan khasiat tepung semakin merosot... kerana ia akan menukarkan protein gluten yang ada dalam tepung gandum... 

kerana adanya tambahan benzoyl peroxide ni la yang menjadikan penghidap gout dilarang makan produk makanan yang dihasilkan daripada tepung gandum... seperti mi kuning... roti canai... dan apa saja produk yang dihasilkan daripada tepung gandum berwarna putih....

manakala simptom gout insyaAllah tak kan timbul jika anda makan produk yang berasaskan tepung gandum yang bukan berwarna putih... kerana tepung tu tak dicampurkan dengan benzoyl peroxide... kesan ni bukan la hadir dalam tempoh masa yang singkat... tapi mengambil mase berpuluh tahun gak... sebelum anda semua dikesan menghidapi gout, kanser dan pelbagai penyakit lain...

korang cuba makan spageti, makaroni, atau ape-ape produk yang tak menggunakan tepung gandum putih... dan lihat hasilnya sendiri... (terutama bagi pesakit gout)

kan doktor akan soh pesakit gout berpantang daripada makan pape yang berasaskan tepung gandum... kerana kebanyakan di malaysia produk seperti mi kuning, roti canai, kuih-muih... menggunakan tepung gandum yang berwarna putih...

kerana tu semakin hari penyakit gout kini merupakan satu fenomena yang biasa di kalangan penduduk malaysia... disamping penyakit-penyakit moden seperti kanser dan diabetis...

nota: jika anda mahu berfikir bagaimana gandum yang asalnya berwarna coklat... setelah dituai... apabila ada di pasaran malaysia berwarna putih kuning... semestinya sudah diletakkan peluntur bukan?



roti yang berwarna coklat adalah lebih baik berbanding roti yang berwarna putih... =)

19 October 2010

ISLAMIC FASHION FESTIVAL IN MONTE CARLO WITH ROSMAH AND NAJIB







klik gambar utk lebih jelas... "Islamic Fashion Festival" ada tertera di bahagian belakang...

di setiap keping gambar ada tertera tulisan Islamic Fashion Festival sambil dihadiri pemimpin tertinggi parti memerintah Malaysia... 

ape yang korang boleh lihat? islamic fashion festival... adakah islamik? adoiyaiiii jem gini... anda nilailah sendiri... anak kecil pun boleh fahami... penggunaan nama ISLAM sambil pakaian ala jahiliah membaluti tubuh...

ape pendapat anda? 

SITI NURHALIZA PAKAI APE TU?


jimat jugak ek kalau dapat modified mende alah yang kaler merah tu jadi serupa cam siti nye aksesori... menarik tu... takde sape tau anda begitu kreatif... cume tambah bunga sikit huhu...

entri ni sekadar suka-suka... siti tu of coz la guna aksesori yang mahal derrr... tapi boleh ape nak uji tahap kreativiti anda... tak salah kan? =P

nota: ni bukan entri lucah... sekadar berkongsi imaginasi manusia... =)

JEREBU DI SUMATERA BERI KESAN DI MALAYSIA

PUTRAJAYA - Sepanjang tempoh 24 jam lalu, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 51 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 11.00 pagi, 18 Oktober 2010 mencatatkan 23 kawasan berada pada tahap baik dan 27 kawasan berada pada tahap sederhana dan 1 kawasan berada pada tahap tidak sihat (maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen pengawasan adalah seperti yang dilampirkan).
Berdasarkan laporan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak penglihatan sehingga pukul 12.00 tengahari, 18 Oktober 2010 di beberapa kawasan tertentu seperti Batu Pahat, Muadzam Shah, Ipoh, Melaka, Temerloh dan Kuantan sedikit merosot kepada 3 km hingga 7 km.
Kemerosotan kualiti udara mula dikesan semenjak 16 Oktober 2010 iaitu di sekitar jam 12.00 tengahari dan berterusan sehingga sekarang di beberapa kawasan seperti di Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor.
Laporan satelit yang dikeluarkan oleh “ASEAN Specialised Meteorological Centre” menunjukkan peningkatan bilangan titik panas (hotspot) di Sumatera, Indonesia pada 17 Oktober 2010 iaitu sebanyak 244 titik panas (hotspot), berbanding 80 titik panas (hotspot) yang dikesan pada 16 Oktober 2010.
Imej satelit NOAA-18 pada 17 Oktober 2010 juga menunjukkan terdapat pergerakan asap jerebu (smoke plume) dari kawasan-kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Wilayah Sumatera Selatan dan Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Oleh yang demikian, keadaan berjerebu yang dialami terutamanya di sekitar kawasan Utara Johor, Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor ini adalah disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
Orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727. - Bernama
sumber: KOSMO

18 October 2010

KETAHUI HAK ANDA JIKA DITAHAN POLIS MALAYSIA



assalammualaikum dan selamat sejahtera...

jangan kaget jika anda ditahan polis... dan pastikan anda bertindak bijak... supaya hak anda semua sentiasa dilindungi =)

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :
  • Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
  • Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
  • Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan. 

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:
  • menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
  • menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi). 

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda danmencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama. 

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
  • Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
  • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
  • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
  • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
  • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
  • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
  • Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
  • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
  • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA 

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
  1. Keluarga atau rakan; dan/atau
  2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:
  • yang anda telah ditangkap;
  • masa, tempat dan alasan ditangkap;
  • Balai Polis di mana anda dibawa.
4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam
  • Di Balai Polis, atau
  • Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yangmunasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihakPolis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman). 

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 

6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
  • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
  • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 haribergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:
  • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
  • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
  • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
  • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
  • sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
  • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan
6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasamadengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll). 

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan danmemeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan
  • Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
  • Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
  • Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.
7.3 Hak-hak anda
  • Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesionaldan sopan.
  • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
  • Bantah;
  • Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
  • Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
  • Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
  • Anda ditangkap.
  • Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan. 

8.3 Hak anda
  • Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
  • Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.
  • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika andamemilih untuk berdiam diri, katakan,

"Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak bolehmengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428• Negeri Sembilan : 06-6013 844• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514• Johor : 07-2235 698• Perak : 05-2550 523• Kedah & Perlis : 04-7333 467• Kelantan : 04-7448 660• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

nota: jangan takut untuk bertindak dan pastikan anda bertindak secara bijak =)

BAGI LAAAAAA NAME MODEN SIKIT...

assalammualaikum dan salam sejahtera...

moga semuanya sihat sokmo la ye...

aku dapat inspirasi nak wat entri ni lepas bace entri si zaer huhu =) ---->> Nama Pengkid

korang biasa tak dengar budak-budak moden... nak name pon glamour la gak... ape barang panggil aminah, jalil, fatimah, dan bla bla bla...

aminah tukar jadi amy
jalil tukar jadi jay
fatimah tukar jadi atie 

glamour habis... lucu gak... kadang-kadang tu... ape pun biarlah depa bahagia... dengan nama-nama glamour tu... aku pun kalau boleh nak jugak guna name asal aku mase layan blog ni... cuma name aku ni agak panjang... nanti payah pulak orang nak ingat so aku gunakan la name MissXYZ... terinspirasi daripada nickname XYZ yang dimiliki oleh encik mohd izhar ramli satu mase dulu... dan nickname MissXYZ ni aku da gunakan sejak aku form 2 lagi... maksudnye lebih kurang 10 tahun la.... name ni aku da guna... ermm...

kan uncle da pesan guna name yang ringkas supaya orang lain mudah ingat... 

nota: tetiba aku rase nak buat review blog... istimewa buat pengopi tegar... setiap hari isnin pada pukul 10 pagi... nampaknye macam kena sediakan autopublish entri banyak-banyak je ni... hihihi =)

dari lanzo

17 October 2010

TAKDIR, QADA' DAN QADAR ADALAH KETENTUAN ALLAH S.W.T

assalammualaikum dan salam sejahtera

moga sihat dan riang gembira.... bersama keluarga tercinta =)

sebut pasal takdir... apekah takdir? kira senang cakap qada' dan qadar la.... dari kecik ustaz atau ustazah kita dah soh hafal rukun iman ye tak? antaranye percaya kepada qada' dan qadar...

sebelum terima qada' dan qadar... kena la ade usaha dulu ye tak? lepas tu baru leh sebut takdir... baru leh sebut tu qada' dan qadar... 

ape cite plak dengan orang yang cakap "saya percaya pada qada' dan qadar..." tetapi bila terjadi sesuatu masih tak mampu untuk terima... macam mane tu?

berbalik pada percaya pada qada' dan qadar... tu adalah salah satu rukun iman... jika rukun sembahyang kita tinggalkan... ape akan jadi pada sembahyang kita? tentulah sembahyang tak sah kan....

dan jika kita menafikan takdir... ape jadi pada iman kita?

sekecil-kecil perkara yang terjadi di dunia ni merupakan takdir Allah... ketetapan yang Allah dah tentukan... kita manusia hanya disuruh berusaha... kerana kita tak tahu apa kesudahan atau pengakhiran hidup kita... kerana tu jugak kita di suruh berdoa... memohon ditetapkan iman... dan dimatikan dalam iman dan islam... sebab kita tak tau ape yang akan terjadi satu saat yang di hadapan kita tu... (nenek tukang tilik dalam dragon ball tu pon tak tau...) betul tak?

dan setelah kita berusaha... apa yang terjadi itulah... merupakan takdir untuk kita...

begitu juga makan...
kita disuruh dan diajar menyuap makanan... kita juga diajar untuk makan...
tetapi jika ditakdir makanan tu bukan untuk kita...
boleh jadi makanan tu terkeluar daripada mulut kita... (pernah kan jadi keadaan cam ni?)
tetiba plak ade orang curik makanan kita...

begitu juga takdir seekor kucing...
boleh jadi dia mati di langgar kereta...

tak kan terjadi sesuatu perkara hanya dengan kehendak manusia... tanpa izin daripada Allah... kerana Dia yang menguasai seluruh alam... datanglah 1000 musuh untuk membunuh seorang manusia... tidak akan mati manusia tu tanpa izinNya... datanglah 1000 manusia untuk menjaga seorang manusia... manusia itu tetap akan mati jika itu sudah menjadi takdirNya...

biarpun 1000 kali kita inginkan sesuatu... andai itu bukan takdirnya... kita takkan miliki juga... 1000 kali kita tak sukakan sesuatu andai itu takdirnya... tetap akan terjadi juga...

contohnye... kita katekan saya tak suka jadi cikgu... tapi bila apply keje lain sume tak dapat... bila apply cikgu... sekali je da dapat huhu... tu lah namenye takdir...

kadang-kadang... ade jugak kita cakap... "saya terima itu sebagai takdir untuk saya..." tapi lepas tu... masih lagi banyak bunyi... huhu maksudnye... tu masih belum terima takdir la tu....

untuk menjadi seorang manusia yang dengan mudah menerima qada' dan qadar bukannya semudah kata-kata... kerana penerimaan tu akan dinilai melalui hati dan tingkah laku kita... percaya pada qada' dan qadar tu juga merupakan salah satu yang menyempurnakan rukun iman kita...

lu cakap pandai la... (tampo laju-laju)

nak cakap ayat "saya terima takdir tu untuk saya..." memang la senang... nak pastikan hati kita terima... hanya Tuhan je yang tau... menerima secara bulat-bulat tanpa menegakan kebenaran tak boleh jugak... jika anda dianiaya kebenaran perlu dibuktikan... sebelum redha dengan apa yang ditimpa ke atas anda (ni dinamakan usaha)... 


ape-ape pon akhir sekali setelah berusaha... dan dilakukan segalanya... hanya dengan izin Allah je yang akan terjadi segalanya...

pesanan dan ingatan ni buat aku gak... selain tu... aku dedikasikan entri ni buat kawan aku yang aku sayang sangat... bro Jimart, zura, dan sesiapa yang sudi membacanya... sila aplikasikan dalam apa jua situasi kehidupan kita... mudah-mudahan kita semua sentiasa dilindungi dan mendapat rahmatNya...

wallahualam... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...