GENG LENSA HIDUP

03 December 2013

PEREMPUAN JANGAN CEPAT CAIR

Assalammualaikum

Masa bercinta semuanya indah belaka..

Betul ke perempuan mudah jatuh cinta?
Betul ke perempuan cepat cair?
Betul ke perempuan ni perasan?

Bila lelaki berbual kat telefon cakap dengan lemah lembut.. mulalah dikatanya... lelaki tu tulus ikhlas mencintai ku... hu3

Padahal memang dengan semua perempuan dia cakap dengan lemah lembut termasuk dengan mak dia... (kau pernah dengar ke di cakap ngan pempuan lain?)

Bila lelaki mula ambil tahu... tanya khabar... mulalah rasa lelaki tu suka kat dia..... kadang-kadang lelaki saja nak test... nak tengok senang ke perempuan ni nak kena ayat...

Bagi lelaki yang masih single... mestilah mereka nak test market.... dan nak memilih mana satu wanita yang mahal untuk dijadikan isteri...

Dan bagi yang sudah berkahwin mungkin mereka saja2 nak tambah kawan pempuan... nak isimasa la katekan...  but bila ada perkara lebih penting mestilah isteri juga yang diutamakan...

So... as a women...
Jangan cepat cair... jadilah istimewa.. dan jangan biarkan diri ditipu berulang kali... wanita mesti kental...


02 December 2013

AKU YAKIN KAU JODOHKU

Assalammualaikum

Semoga december ini menggembirakan kita =)

Alhamdulillah aku gembira bersama suami dan anak-anak.. cewahhh

Naluri
Rasa hati
Instinct
Six sense

Biasanya sangat kuat di antara
Suami dan isteri
Ibu dan anak
Bapa dan anak
Adik-beradik

Dan instinct dikalangan mereka yang ber'couple'
Kadang kala ada yang betul dan ada yang salah... tak kurang juga disebabkan perasaan yang terbuai2 oleh cinta dan rindu pada sang kekasih...... kerana di sebalik itu ada juga hasutan dan bisikan syaitan...

Kadang kala saat bercouple...
Kita sangat YAKIN si dia lah yang akan berjodoh dengan kita... siap kita sertakan bukti2 bahawa si dia sangat sayang dan cinta pada kekasihnya nan satu itu...

Walhal berkasih nak rak
Bercinta nak rak
Miliki instinct tentang betapa kasih dan cinta yang ada dari si dia untuk anda... walhal... hakikatnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambanya...

Kerana yang maha mengetahui hanya Allah S.W.T

Kerana itu tidak semua yang bertunang itu berkahwin, tidak semua yang bercouple itu juga akan berkahwin...

Dan apa yang Allah berikan itulah yang terbaik untuk hambaNya...

Kerana jodoh dalam perkahwinan... yang Allah berikan adalah untuk saling lengkap melengkapi...

Si banyak cakap pasangannya si pendiam
Si pemarah pasangannya seorang yang cool
Si pemboros dengnan si penjimat

Dan macam2 lagi...

Dan biasanya Allah akan temukan seseorang dengan mereka  yang sekufu

Tidak kiralah sekufu

Dari segi ekonomi
Dari segi pendidikan
Dari segi agama

Kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya... agar kita tidak kekok dan janggal apabila berkumpul bersama keluarga pasangan kita...

Apabila sudah berkahwin... ya itulah jodoh yang diberikan Allah buat kita... jika memang bukan jodoh... setia hingga hujung nyawa tetap takkan berkahwin juga... jika bukan jodoh sejuta orang yang memaksa takkan berkahwin juga...

Kerana jodoh, ajal, maut, pertemuan... semua ketentuan Allah... Dia berkuasa ke atas apa yang Dia kehendaki...

Nota: daripada kami bertunang sampai kami berkahwin... cincin kat jari manis aku... sentiasa muat kat jari kelingking my hubby... hu3 walaupun hubby aku dah berisi... dulu2 masa mula2 kenal... 60kg plus2 je... now dah 70kg plus2... orang tua2 kata kalau muat cincin tu... tu lah partner kita huk3 wallah hualam



24 November 2013

SHOPPING HANDBAG BERJENAMA DI INFINITY ON9 SHOP

POLO HANDBAG
RM60 FREE POSTAGE


 PRADA HANDBAG
RM65 FREE POSTAGE


MK HANDBAG
RM70 FREE POSTAGE

BERMINAT??
BOLEH LIHAT BANYAK LAGI PILIHAN HANDBAG DI

15 November 2013

PM SETUJU BERI BR1M RM1200... SYUKUR YA ALLAH

Assalammualaikum

Masa PM umumkan jumlah BR1M akan dinaikan daripada rm500 hingga rm1200 dan dinaikkan secara berperingkat selama 5 tahun ni... ok... faham ayat berperingkat.... bukan lepas umum... tahun depan br1m dah jadi rm1200 ye...

Then...
dalam belanjawan PM ade katakan... setelah GST dilaksanakan... penerima br1m akan dapat rm300... okeh... dalam manifesto tak de pulak bagitau br1m akan dikurangkan... (aku tak kata PM mungkir janji...) tapi beliau cuba untuk tidak menepati janji... 

Tapi tak pe... sebab tu sume belum terjadi... dan keputusan br1m akan dikurangkan jadi rm300 tu mungkin boleh berubah...

Yang pastinya...
Setelah setahun GST dilaksanakan... kemungkinan br1m bernilai rm1200 hang pa dah boleh dapat... paling lewat pun sebelum pru14...

Kalau tak dapat jugak... barulah boleh membebel janji tak ditepati... 

Satu je aku nak pesan buat penerima br1m... di kalangan penyokong BN... br1m tu cuma duit kitar semula je... setelah duit korang semua dicekik daripada pelbagai sudut... dan pada pendapat aku tak perlu la menerima br1m sambil memberi kata-kata pujian yang melambung-lambung...

Dan share ayat kat fb... "bersyukur sangat dapat br1m... daripada takde" seolah-olah duit itu PM yang punya...

Kerana PM ternyata bijak recycle duit rakyat... hinggakan kelihatan seperti superhero dalam menyelamatkan ekonomi rakyat marhaen... di mata penyokong tegar BN...

Ape pun renung-renungkan dan selamat beramal...





CARA MAKAN BUAH DELIMA YANG BETUL... BUKAN JUS DELIMA OK..

Assalammualaikum

Juz want to share...
Aku pernah terbaca dan dengar satu ceramah... tapi tak ingat kat mana...
Dalam sebiji buah delima hanya ada satu ulas sahaja yang akan jadi penawar kepada penyakit...

So...
Sepanjang pengalaman aku makan buah delima... aku akan hadap sorang je untuk sebiji... anak aku pun hadap sorang je sebiji...

Untuk ibu mengandung juga sangat bagus... untuk melahirkan anak yang berseri-seri... nak dijadikan cerita.... masa mengandung anak pertama memang aku tak de pulak terjumpa orang jual buah delima... tapi masa mengandung anak kedua... selalu pulak jumpa orang jual buah delima...

Jadi... rajin lah aku membeli dan makan... anak sulong aku pun tumpang sama... tapi mesti sorang kena habiskan sebiji... aku sanggup tunggu nak suapkan dia bagi habis sampai sebiji...

Sebab tu aku agak kurang minat nak minum jus delima... sebab aku tak sure betol ke dah sebiji buah delima aku makan... dan pada pendapat aku... melihatkan rupa buah delima yang agak kurang berair... macam mana depa nak hasilkan jus... sampai sebotol... untuk dapatkan pure delima... tentulah berbiji biji kena guna... ye tak?

Kalau dah berbiji biji buah delima untuk hasilkan sebotol jus... mestilah mahal kan? Sebab aku beli pon 3 biji rm10... kadang tu... sebiji rm5...

Pastu aku jadi pelik... jus delima tu boleh jual dengan harga rm20, rm30 cam tu... haishhhh... baik makan yang original...

Sama jugak dengan jus kurma la... tah macam-macam jus yang dikatakan boleh menghasilkan manusia bijak dan pandai... pada pendapat aku... nak makan makan sunnah tak salah pun... tapi makan lah yang original... makanlah 3 biji kurma, 7 biji kismis, dan pape makanan sunnah yang korang suka...

Kalau... minum jus... tah berapa biji kurma lah dia taruk dalam sebotol jus tu... tah berapa biji kismis la yang dikisar jadikan jus dalam botol tu...

Huhuhu tah tah tah banyak air je....

Ni bukan entri menghasut ye....

Renung-renungkan...


13 November 2013

LV HANDBAG OFFER

Assalammualaikum....

Jom singgah shopping di Infinity On9 Shop (search kat fb page)

LV handbag
Gred AAA
RM55 SM/RM60 SS
FREE POSTAGE
Whatsapp / sms 0112932372

BEZA DOA EMAK UNTUK ANAKNYA DAN DOA ANAK UNTUK EMAKNYA

Assalammualaikum...

Semoga semuanya sihat selalu....
Kadang kala kasih seorang anak terhadap emaknya tidak dapat dibandingkan dengan kehebatan kasih sayang seorang emak terhadap anaknya....

Situasi 1
Si anak yang telah ditimpa kemalangan... dan terlantar sakit... lumpuh separuh badan.... setiap hari emaknya tak jemu berdoa...
"Ya Allah Kau sembuhkanlah anak ku seperti sedia kala... kerana aku tak sanggup kehilangannya.... aku rindu dengan keletahnya... aku rindu dengan senda guraunya..."

Situasi 2
Si emak terlantar sakit... akibat strok... dan tak mampu berjalan... lagi... maka setiap hari anaknya berdoa...
"Ya Allah.... engkau ambilah nyawa emak ku... jika itu adalah yang terbaik... kerana aku tidak sanggup melihat segala penderitaannya..."

Berbezakan?

Kerana itulah kasih ibu hingga ke syurga...

Biarpun tak semua anak begitu... tapi itulah kebiasaannya... kesanggupan seorang anak dan kesanggupan seorang emak....

Semoga kita semua sayang ibu kita... =D

TIPS: MENGENAL YANG MANA SATU JODOH KITA

Assalammualaikum

Tips untuk mengenal jodoh.... 

Bila kita berjalan-jalan.... terjumpa insan yang berkenan di hati....
Tanyalah dia...

"Awak nak ke mana?"

Kalau dia jawab tak de ke mana pun....

Haaaa tu dia jodoh kita....

Sebab orang tua-tua kata... kalau dah jodoh takkan ke mana.... =D

Happy wednesday... jangan stress stress... just for fun...

11 November 2013

DAPAT SNAP PICTURE DENGAN DOUBLE A? WAH!!!

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu
Hari ni rasa nak kongsikan koleksi picture kita orang la.......
Daripada masa nikah.... sampai lah da beranak pinak

Ni gambar masa kami nikah.... sesi photo shoot... 
Indoor dan outdoor photo shoot
6 november 2010

Dua menghasilkan banyak =D


Family maokil masa raya haji 2013


Family Labis masa raya aidilfitri 2012


Family Labis masa raya aidilfitri 2013

Double A is my husband lorrr....
AIMAN ABIDIN
not 
AZWAN ALI 

SURI RUMAH DILARANG SAKIT

Assalammualaikum

Tajuk macam keras je bunyinya....

Ya memang benar dalam Islam suami digalakkan membantu isteri.... dan Rasulallah juga sering membantu isteri di rumah....

Tetapi jika kita lihat pemikiran zamam tok nenek kita.... bagi masyarakat melayu khususnya.... isteri mesti bertungkus lumus di dapur.... tu tak masuk lagi buat macam-macam kerja lain.... seperti sidai kain, basuh kain, lipat kain, jaga anak, uruskan anak, kemas rumah.... ehh macam-macam lagi lah....

Suami rileks je.... dok gulung rokok daun.... then isap... pegi main dam aji kat kedai kopi... tidur.... dan sebagainya... bukan tak boleh buat tu semua... tetapi jengah lah isteri kat dapur sekali sekala.... itulah fenomena yang kita biasa nampak pada zaman tok nenek kita...

Kini.... 
Pemikiran sebegitu dah semakin berkurang dan sudah ramai suami yang tidak segan membantu isteri di dapur... membantu isteri mengemas.... dan pelbagai lagi kerja rumah....

Cuba anda bayangkan.... jika suami tidak membantu isteri...
Isteri demam cuma sehari... apa akan jadi? Ya... baju tak berbasuh... pinggan kotor berlonggok dalam singki.... anak kelaparan...  nak harapkan minum susu je... rumah berselerak... after recovered from fever... oh god!! Boleh demam balik bila tengok rumah yang tak berapa nak 'kemas'

Tu kisah jika semua urusan di rumah seperti 'wajib' dilakukan oleh isteri....

Slogan 'Suri rumah dilarang sakit'  huhu mati tak pe.... sebab laki boleh kawin lagi....

Dengan adanya ceramah agama... dan penyampaian ilmu agama yang semakin meluas... suami masa kini sudah tak segan dan semakin rajin membantu isteri di rumah... wahhh syukur alhamdulillah....

Mungkin hanya segelintir sahaja lagi yang bersikap bossy.... ketika berada di rumah....

Sekian... renung-renungkan....


WANITA: BERKERJA ITU TIDAK MEMBANTU SUAMI

Assalammualaikum....

Aku pernah terbaca isu isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa itu lebih menjimatkan dan menguntungkan....

Sebenarnya.... bagi usia perkahwinan yang baru setahun jagung.. sama ada isteri berkerja atau tidak tiada banyak beza....

Isteri berkerja:
- kos penjagaan anak
- makan minum
- pengangkutan

Isteri di rumah:
- jimat penjagaan anak
- makan pagi, tengah hari, malam masak sendiri
- tiada kos untuk pengangkutan

Sebenarnya banyak lagi pro dan kontranya...

Kehidupan berkeluarga pada peringkat permulaan... sama ada isteri berkerja atau tidak.... memang agak 'cukup-cukup makan' terutamanya mereka yang berpendapatan 4K dan ke bawah.... selain faktor lokasi tempat tinggal bilangan anak...

Kerana pada permulaan kebiasaannya gaji setiap individu tidak lah banyak... selain kos.... seperti...

- hutang rumah
- hutang kereta
- hutang ptptn
- bil utiliti
- belanja dapur
- lampin pakai buang anak-anak
- susu
- pakaian anak-anak
- dan lain-lain

Kos akan bertambah apabila anak-anak mula meningkat dewasa.... apabila mula bersekolah.... dan seterusnya...

Kos tersebut akan berkurang setelah anak-anak mula berkerja... dan tangga gaji setiap individu mula meningkat sejajar dengan usia dan pengalaman kerja...

Kerana itu... kesabaran dan tolak ansur antara pasangan sangat penting dalam melalui kehidupan berumah tangga pada 1  hingga 15 tahun pertama...

Perbezaan antara isteri bekerja atau full time housewife... tidaklah terlalu ketara... dan ini bergantung juga pada betapa perlunya isteri berkerja atau tidak... terutama bagi memenuhi kekosongan jawatan sebagai pakar sakit puan... guru... pengasuh kanak-kanak... dan beberapa lagi jawatan yang sangat memerlukan khidmat wanita...

Selebihnya bergantung pada keizinan suami untuk wanita itu bekerja.... =)


09 November 2013

REALITI PERTUNANGAN, PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN MASYARAKAT HARI INI

Assalammualaikum....

Situasi seperti yang aku ceritakan kat sini... bukan berlaku pada setiap orang... tetapi sudah menghampiri kebiasaan...

Majlis Bertunang
Akan dibuat secara besar-besaran... siap si lelaki ikot sama.. dan pakai baju melayu sedondon... ala-ala nak menikah dah... disertai dengan pelamin bagai...

Bertunang dalam islam tidak perlu dihebahkan...

Majlis Pernikahan...
Lokasi pernikahan nak buat dekat mekah lah.... nak nikah depan kaabah lah.... dalam taman lah.... tepi pantai lah.... huhu macam-macam lokassi lagi lah... Sudah menjadi trend......majlis pernikahan dan resepsi... bertema.... merah lah... kuninglah... eh.... macam-macamlah...kalau boleh seluar dalam dan bra juga nak ikot tema yang sama.. belum lagi bab pelamin... bab inai... bab tabbaruj.... pakai tudung elok dah.... tapi sarung pulak rantai besar kat luar... huhuhu... ade yang sangggup cukur kening... sebab katenye mak andam suruh cukur..... tu kening anda.... pilihan di tangan anda juga... bersanding dah nak jatuh hukum wajib... terutama kat johor.... dan akan menjadi kepelikan jika tiada majlis bersanding terutamanya di pihak perempuan...

Untuk family aku bapak kita orang memang tak benarkan anak-anak dia bersanding.... nak beli baju mahal ke... nak tempah baju mahal ke... nak kenduri guna khidmat katering ke... tu memang kita orang buat.... yang bapak aku tak bagi cuma bersanding.... al maklum lah... rugi je kan.... sewa 2, 3 ribu.... pastu guna sekejap je.... baju nikah, baju resepsi.... tu sume boleh tempah.. kalau sewa kat mak andam tak rare lah kan.... dah bekas orang lain pakai.... dan tak boleh simpan untuk kenangan.... dan alhamdulillah setakat ni semua mengikut kata...

Penceraian...
Masa bertunang, masa nikah, masa bersanding .... punyalah hebat dan meriah.... tapi masa nak cerai tepi longkang pun boleh.... ye.... nak bercerai tu memanglah senang.... guna air liur je... sambil main game GTA... pun boleh nak lafaz talak... ye tak? Tapi sebagai lelaki.... kena lah lebih sabarnya.... panjang akalnya.... kuat imannya.... barulah boleh jadi kapten untuk keluarga.... baru boleh tahan asakan daripada isteri =D

Pastu alasannya kami dah tak sehaluan.... huhuhu....

Biarpun hampir biasa fenomena begini dalam masyarakat hari ini.... moh le kita elakkan diri daripada menjadi sebegitu....

Alhamdulillah usia perkahwinan kami sudah mencecah 3tahun.... pada 6 november 2013.... dan aku beruntung memiliki.... mr.E yang penyabar, lemah lembut.. elok budi bahasa.... hu3 kurang bercakap.... (kate beliau tu adalah cara untuk kurangkan dosa mulut hu3)

Sekian...

08 November 2013

TIPS PEMASARAN UNTUK PENIAGA ONLINE

Assalammualaikum....

Sejak facebook menjadi satu fenomena.... maka semakin ramailah yang mencuba nasib untuk berniaga di atas talian...

Antara perkara yang perlu di ambil perhatian untuk meningkatkan prospek... adalah... pastikan rakan facebook anda melebihi 1000 orang...

Selain itu pastikan anda miliki fan page sendiri.. juga group untuk pemasaran... dan pengiklanan...

Elakkan tag kepada kawan-kawan... hanya boleh tag pada kawan jika mereka ada berpesan untuk berbuat begitu...

At least iklan anda tidak menjengkelkan orang lain... he3...

Memandangkan freind kat fb aku dah mencecah 2k plus plus... dan ade dua fan page... so aku berani lah untuk berniaga online... lebih ramai kenalan lebih tinggi prospek pemasaran... =)

Luaskan prospek anda dan selamat berjaya =)

07 November 2013

ADAKAH INTEGRITI BOLEH DIBENTUK HANYA DENGAN PERGI BERKURSUS?

Assalammualaikum...

"Saya sibuk... hari ini saya ada kursus integriti..."

What is integrity?
Kejujuran,  amanah, kelurusan, ketelusan... dalam erti kata lain integriti ni... satu sifat yang memang baik... dan perlu ada pada setiap orang dan komuniti...

Boleh ke membentuk integriti dengan pergi berkursus beberapa jam sahaja?

Integriti adalah pembentukan sahsiah yang baik bermula dari kecil lagi... dengan mendengar bebelan penceramah mengenai integriti... bukan semudah abc... untuk menerapkan nilai integriti pada seseorang...

Dengan didikan ibu bapa dan masyarat kepada anak-anak... dari kecil adalah cara terbaik untuk menghasilkan komuniti yang berintegriti...

Ini tidak... ibu bapa membiasakan mengambil sesuatu benda yang kecil... di hadapan anak-anak... contohnya... "ambik je gula tu sikit nak bagi kat si angah... supaya air liur tak meleleh lagi..." terus je ambik gula dari sebuah kedai runcit...

Beberapa bulan kemudian barulah bagi tau kat tuan kedai... yang dia ambik gula tu... adohai... dah jadi darah daging...

Di manakah nilai integriti yang ditunjukan oleh seorang ibu pada anaknye?

Another case....
Si ibu memanaskan roti canai... yang diminta oleh suami... tiba-tiba roti canai hangus... sebab si ibu terleka...

Then... dia cakap kat anaknya... "nanti ibu cakap ko makan ye... roti tu...bila ayah tanya..." sambil tangannya cepat-cepat membuang roti canai melalui tingkap dapur....

Di manakah contoh kejujuran yang boleh diikuti oleh anak-anak?

Jika si anak faham apa itu integriti... dan faham nilai2 agama...  dan mengamalkannya... untunglah... tak de la sikap nya persis ibu bapa nya yang kurang berintegriti...

In sha Allah anak-anak tidak terikut-ikut...

Tak perku modal yang besar... untuk memupuk integeiti... tak perlu majlis itu dan ini untuk menjadi individu yang berintegriti... cukup dengan kesedaran moral... dan didikan dari kecil...

Tak perlu majlis itu ini... di hotel itu ini... dengan penceramah itu ini...

Dengan mendengar ceramah di tv, radio atau surau2... dan meletakan agama nombor satu di depan... in sha Allah... akan wujud nilai integriti dalam diri...

Tak perlu memberi tender kepada seseorang untuk memasak jamuan bagi peserta kursus integriti..... Tak perlu menjemput penceramah untuk memberi definisi integriti... tak perlu ambil masa pekerja untuk menghadiri kursus integriti selama beberapa jam... 

Kesedaran untuk menjadi seorang yang berintegriti.... perlu dipupuk sejak kecil... dan kesedaran untuk berubah itu... perlu ada pada setiap insan... dan dijadikan amalan seharian... barulah komuniti yang berintegriti boleh dibentuk....

Majlis seperti ini kadang kala hanya untuk memberi 'job' untuk meraih keuntungan dengan mudah... kepada mereka yang terlibat dibelakang tabir... hu3

Maka wujudlah budaya claim itu dan ini..... daripada pihak penganjur...


23 October 2013

KENAPA KITA TAK DAPAT APA YANG KITA INGINKAN?

Assalammualaikum

Persoalannya....
Kenapa kita tak dapat apa yang kita inginkan?

Sebenarnya kita bukanlah betul-betul inginkan sesuatu tu... sebab tu kita tak dapat... dan kita tak sanggup untuk bayar 'harga' bagi sesuatu yang kita inginkan...

Aku teringat...
Kadang-kadang tu aku rasa nak sangat makan buah cempedak... tup tup hasben balik keje bawak buah cempedak...

Pernah dalam hati aku terdetik nak makan KFC... tapi aku tak de la bagi tau hasben kan... tau tau je dia balik jenjalan... bawak KFC untuk bini dia... (macam dalam syurga plak rasenye huhu)

Dan dah lame aku rase macam nak beli handbag baru... tapi tak dapat lagi nak beli sampai sekarang... sebenarnye dalam hati aku kate... kalau dapat beli dapat la... kalau tak de pun tak pe je...

Haha kan dah tak dapat...

Lagi satu...
Kalau musim nak beli baju raye... bila kita rase excited nak beli warna ape... mesti senang je nak jumpa... bila buat kesah tak kesah je... mesti tak jumpa jumpa...

Aku rase betul lah... bila kita betul-betul nak kan sesuatu tu... baru kita akan dapat...

22 October 2013

PULAU PINANG BANJIR LAGI DAN LAGI... NI SEMUA KERAJAAN NEGERI PUNYA PASAL...

Assalammualaikum

Haha
Ni semua salah kerajaan negeri sebab tak ambik tau hal rakyat... sebab tu banjir... kate seorang brader.. mase kena interview dengan wartawan tv3..

Tak lame kemudian...

Negeri kedah dan perak pulak banjir...

Brader tu tak kate pulak salah kerajaan negeri...

Mentang-mentanglah pulau pinang tu PR pegang...

Bosan betul la semua benda nak spin....

TIPS SUPAYA MASAKAN SEDAP

Abang ahmad yang baru recovered from fever...

Adik alisha da masuk 6 bulan dan berat pon  dah 8.05kg... 

To my hubby...
Tq tolong sayang.. mase sayang semeseme... he3....
tulun masak n tulun pape yang patut...
Akhir kata pesan chef AA (aiman abidin)
Masak dengan ikhlas... supaya rasa sedap... 
(Padanlah tak payah taruk ajinomoto pon da sodap)

SESAL KEMUDIAN MASIH BERGUNA

Frasa 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'

Frasa tersebut sangat sinonim dengan masyarakat Melayu... tetapi bukan frasa yang cocok buat umat Islam...

Biarpun kita telah melakukan dosa.... keampunan daripada Allah sentiasa ada... sehinggalah pintu taubat dah tertutup...

Ape yang penting ada penyesalan.... dan taubat... semuanya masih berguna di sisi Allah...

renung-renungkan dan selamat beramal..


18 October 2013

SINGKAP DAN SUMBAT

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...
Semoga semuanya sihat selalu...

Tajuk singkap dan sumbat... mesti ramai yang tertanya-tanya... tentang ape pulak ye...

Breastfeeding bukan sekadar singkap dan sumbat...

Malah lebih daripada itu...
Kesabaran
Kecekalan
Sokongan
Dan berbagai lagi yang perlu dikorbankan. Bagi menjayakan breastfeeding. 

Sangat meletihkan bagi ibu yang berkerjaya... tetapi... berkat kesabaran dan sokongan suami tercinta... diteruskan juga... breastfeeding.

Kehadiran cahaya mata... adalah saat terindah...
Allah juga kirimkan rezeki buat anak-anak yang lahir... rezeki susu ibu...

Yakin dalam hati...
Anugerah yang diberikan Allah adalah makanan yang terbaik buat bayi anda... sebagaimana tertulis dalam kitab suci susukan anak mu selama 30 bulan...

Berdasarkan pengalaman
Anak-anak yang minum susu ibu... biasanya tidak demam berhari-hari.. tidak mudah dijangkiti batuk atau selsema...

Anak pertama aku dijangkiti demam buat kali pertamanya pada usia 1tahun 2 bulan... itu pun demam di sebelah malam... dan kebah esoknya...

Anak kedua aku pulak kena demam masa umur 3 bulan...tapi kurang daripada 12jam... demamnya dah kebah...

Percayalah susu ibu adalah anugerah terbaik buat ibu dan anaknya...

So jangan malas... untuk susukan anak korang dengan susu ibu... tak de alasan air susu tak de ataupun air susu sikit... apa yang anda fikir itulah yang anda dapat... =)

Kerana jika korang betjaya susukan bayi korang sendiri... korang akan rasakan satu kepuasan... menjadi seorang ibu... kerana langkah pertama anda telah mulakan... untuk membentuk seorang insan yang berjaya... 

Kerana perkembangan otak anak-anak yang minum susu ibu adalah lebih baik.... =)

15 October 2013

JUALAN HANDBAG DAN PEPLUM

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

jom singgah kat page ni...

macam-macam ado...

kurung peplum...
handbag cute...
blouse cute...

lai lai...






09 October 2013

MADAH BERCILI - VERSI KELAKAR

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Hai hai hai.... kadang-kadang kita rasa bosan jugak kan.... dengan entri serius.... so hari ni aku nak kongsikan koleksi madah bercili....


"Setiap kali saya ke Taiwan... seringkali saya dihulurkan tisu tandas.... barangkali mereka menyangka saya beristinjak seperti mereka" - Bekas Ratu Kebaya Malaysia 1998

"Perkataan pertama yang saya ajarkan kepada anak saya adalah 'cantik'...  supaya senang untuk beliau memuji bahawa ibunya seorang yang cantik" -  Perangkul Anugerah Ibu Mithali 1986

"Tandas duduk sangat merbahaya untuk keselamatan saya... manakala tandas cangkung pula sangat memenatkan saya..." - Bekas Pemenang Miss of Zimbabwe

"Setiap kali selepas makan dua pinggan nasi... saya tak putus berdoa untuk memiliki tubuh yang kurus dan langsing" - Bekas Pengguna Minuman Kacip Terlabik

"Oooo.... sana tade jambatan ya? Nanti saya buat sungai, supaya boleh bina jambatan" - King of Value

Ok cukuplah ye...  jumpa lagi di lain entri... =)

08 October 2013

LUAHAN HATI SEORANG ANAK YANG DIJAGA OLEH PENGASUH

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Semoga semuanya sihat dan bahagia dengan kehidupan masing-masing....

Kali ni aku nak berkongsi satu kisah benar... mengenai perasaan seorang kanak-kanak yang dihantar ke rumah pengasuh...

Kini kanak-kanak tersebut sudah pun besar dan memilki keluarganya sendiri...

Seorang anak kepada seoramg pensyarah... ibunya berkerja sebagai seorang pensyarah... ibunya sering sibuk... dan dia sering ditinggalkan di rumah pengasuh... sepanjang berada di rumah pengasuh... ibunya tidak langsung tahu... yang pengasuhnya cuma memberinya makan nasi... bersama kicap sahaja setiap jari...

Setiap kali bergaduh dengan anak-anak pengasuhnya... dia sangat rindu ibunya... untuk memujuknya... selepas berkelahi berebut mainan dengan anak-anak pengasuh... hati kanak-kanaknya sering rasa ingin dipujuk dan didakap setiap kali dalam kesedihan...

Tapi apakan daya... ibunya sibuk dengan kerjaya...
Setelah bersekolah ibunya.. mula menggaji seorang pembantu rumah pula... untuk menguruskan makan pakai dirinya...

Jika ada masalah untuk melakukan kerja sekolah dia sering dalam kesedihan kerana tiada tempat untuk bertanya.. nak bertanya pada bibik... bibik sering jawab nggak tau... dan kadang kala di marahi bibik... pula... dia jadi sangat stress... hilang keceriaan kehidupan seorang kanak-kanak... abang dan kakaknya pula semua tinggal di asrama... dan tak perlu menghadapi semua ni...

Kini dia juga telah berjaya.... dan dia juga berazam untuk tidak membiarkan anak-anak menerima nasib sepertinya...

Moralnya: sesibuk mana pun ambil sedikit masa untuk menyelami hati anak anda... dan jangan serahkan semuanya pada pembantu sahaja...

Bersyukurlah jika anda dapat mengasuh anak anda sendiri... jika sangat perlu mencari seorang pengasuh... pastikan dia benar-benar ikhlas mengasuh anak anda...

Berdoalah semoga kita semua ditemukan dengan insan yang baik hati... dan ikhlas... kerana baik... belum tentu lagi ikhlas... he3




PANGGIL CIKGU SIAL

Budak-budak zaman sekarang memang macam-macam hal... jom layan satu cite...

Cikgu: murid-murid semua siapkan latihan muka surat 112... esok saya nak semak...
Abu: ape dia cikgu?
Cikgu: lain kali dengar betul-betul masa saya cakap!
Abu: sial!
Cikgu: ape kamu cakap tadi?!!
Abu: lain kali dengar betul-betul!


Ha3 cikgu nya pulak yang terkena...

Babai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...