GENG LENSA HIDUP

06 March 2015

HOMEMADE: BUANG TOKSIN BADAN HANYA DENGAN SATU GELAS!!!


Terfikir begaimana untuk menghilang toksin dalam badan? Atau pernah mengikuti pelbagai cara tetapi tidak berkesan? Usah risau! Berikut adalah minuman yang paling mudah yang boleh membantu badan anda membersihkan semua toksin yang terkumpul!

Minuman berkhasiat ini akan menyerang toksin, memusnahkan mereka, dan membersih keluar dari badan. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih segar dan ceria! Malah, ia juga akan membantu sistem pencernaan dan memberi tenaga sepanjang hari!

Bahan-bahan

1 biji lemon (dikupas )

4 biji buah epal (sebaik-baiknya epal hijau)

1 halia segar

1 cawan air (tidak wajib)

Penyediaan

Sila pastikan anda mengguna bahan-bahan organik jika anda tidak mengupas. Kisar limau, epal, dan halia dalam blender secara rata, dan air adalah pilihan (boleh sertakan juga perlu).

Sediakan pada awal pagi dan minumlah dengan perut kosong sebelum sarapan pagi. Ia akan berkesan serta merta!

Untuk lebih banyak tips kecantikan, ikuti artikel - artikel "Asian Beauty."
Kredit Foto: Higher Perspective

KHAIRY JAMALUDDIN JADI PELAKON SEKALI LAGI



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sekali lagi menarik perhatian di media sosial dengan menampilkan diri beberapa minit dalam sebuah video dari Vlogger terkenal, Mat Luthfi.

Video berjudul "Be Yourself in a Job Interview by Mat Luthfi " itu adalah mengenai tips semasa temuduga kerja.

Video yang diterbitkan oleh Ready4WorkMy itu berdurasi 2 minit 41 saat dan kini video itu ditonton lebih 22,800 pelayar YouTube sejak dimuatnaik pada Isnin.  

Aksi dan lakonan Khairy memang berjaya mencuit hati penonton.

“Oh..Mat Luthfi, 'please, have a seat' (silakan duduk).

“Mat Luthfi, kenapa you ni tak 'tall, dark and handsome ye?' (tinggi, gelap dan kacak),” kata Khairy.

Menurt Sinar Online. Mereka mendapati pelayar menyatakan video yang menyaksikan Khairy di akhir babak video berkenaan tersebut kelakar dan mencuit hati.

Antara komen-komen pelayar ialah, "sumpah, sportinglah KJ."

05 March 2015

PENTINGNYA MENGENALI PRODUK JUALAN

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... sesambil lepas lipat kain... semak order... sempat-sempatkan taip satu entri... kejap lagi nak masak pulak...

bila orang lain berniaga hang pun nak berniaga... nak meniaga apa? 

sebelum berniaga kenali produk yang anda ingin niagakan... terutama produk ready made... seperti blouse, jubah, seluar, tas tangan dan lain-lain...

kenali material yang digunakan untuk membuat produk anda, ukuran, dan pelbagai lagi... supaya bila pelanggan tanya dan terjumpa pelanggan yang memang cerewet dan banyak tanya anda rileks je menjawab dan tak perlu gelabah....

macam aku...
berniaga handbag (fokus utama)... so bila masuk je design baru kena kenal tu inspired daripada brand apa? atau itu hanya fashion handbag... material yang digunakan... lembut ke... keras ke? nama material tu... calf skin ke... ada campur grain ke... quality artificial leather ke... logo jenama tu... dan lain-lain istilah...

pastikan ukuran... saiz... muat masuk A4 ke tak... opening closer guna zip atau butang... dan lain-lain perkara  yang lebih terperinci...

nanti ini akan meningkatkan lagi tahap keyakinan pelanggan kepada kita... apabila kita berupaya mengenali produk kita sendiri... dan menerangkan satu persatu... dan lama kelamaan ia akan menjadi satu kemestian dan minat untuk mendalami dan mengenali perincian produk jualan sendiri...

dan pada aku... aku tak kan jual produk selagi aku tak kenal produk tu macam mana... dibuat daripada apa... siapa yang buat... dari mana datang produk tu... 

sebab tu semua akan menyusahkan aku nanti... bila terjumpa pelanggan yang memang suka bertanya itu dan ini... hehe =P

dan yang sebenarnya aku memang meminati handbag.... dan sebab itu lah aku jual handbag... =) 

ciri-ciri handbag yang aku suka....
warna merah tau pink atau light colour...
banyak compartment
tak terlalu besar... 
tali yang agak besar
boleh sangkut kat bahu...

begitu juga pelanggan... semestinya mereka memiliki citarasa tersendiri... sebelum membuat keputusan untuk membeli... sebab itu penting si penjual mengenali produk... dan selain boleh menjawab soalan pelanggan... anda juga boleh rekmen beg apa yang sesuai untuk mereka mengikut citarasa mereka...

kan semakin seronok dan mudah berniaga jika anda dapat penuhi permintaan pelanggan... =)

SELAMAT BERNIAGA!!!
10;49 AM
5/3/2015


ada tak design yang macam ni???

PRADA HANDBAG RM80








RM80 SM/ RM85 SS
FREE POSTAGE 

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER

LENGHT       : 35CM
WIDTH        : 15CM
BOTTOM WIDTH : 16CM
HEIGHT       : 26CM

HANDLE HEIGHT  : 15CM
STRAP LENGHT   : 110CM
OPENING CLOSER : ZIP/BUTTON
CONTENT        : A4
GRED           : AA WITH PRADA LOGO  

WHATSAPP 0129552047

4 COLOURS AVAILABLE 

04 March 2015

USTAZ KAZIM KENA REJECT BERCERAMAH DI PERLIS


hmmm... mereka yang ahli sudah menilai.... aku tak nak komen pape... 

9 FAKTA SPONGEBOB YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU


Filem live-action SpongeBob SquarePants bakal menemui layar perak sekitar Mac. Pastinya ramai peminat-peminat setia siri kartun yang disiarkan di saluran Nickelodeon itu akan berpusu-pusu menyerbu pawagam tidak lama lagi.

Bersangkutan dengan tayangan filem The Spongebob Movie: Sponge Out Of Water pada minggu hadapan, mari imbas beberapa fakta menarik mengenai dunia SpongeBob yang mungkin tidak diketahui oleh para peminat tegarnya sendiri.

1 - Pencipta SpongeBob
Siri televisyen dan karekter SpongeBob dicipta oleh Stephen Hillenburg. Tahukah anda bahawa Stephen merupakan bekas ahli biologi marin?


Stephen gemar melukis dan pada mulanya mencipta karekter Spongebob dalam sebuah buku komik yang dpanggil ‘Intertidal Zone for the Institute’.


2 – Nama sebenar SpongeBob
Nama sebenar yang diberikan kepada karekter titular siri ini adalah ‘SpongeBoy’. Namun nama Spongeboy telah menjadi hakcipta batang mop terlebih dahulu.





Stephen mengekalkan nama ‘Sponge’ tersebut kerana dia tidak mahu kanak-kanak terkeliru dan menganggap SpongeBob sebagai sebuah keju.

3 – Umur SpongeBob
Episod pertama SpongeBob SquarePants keudara pada 1 Mei 1999. Pernahkan anda terfikir berapakah umur SpongeBob?





Menurut lesen memandunya, SpongeBob dilahirkan pada 14 Julai 1986. Itu menandakan SpongeBob berusia 29 tahun pada 2015! Dia tergolong dalam kumpulan zodiak Cancer.


4 – Pertukaran Patrick Starfish
Semasa episod pertama mula ditayangkan, ramai orang yang menyukai karekter sidekick, Patrick Starfish kerana sifatnya yang bendul namun mencuit hati.


Walhal dalam versi beta, karekter Patrick sangat berlainan apabila dia memiliki bar dan bekerja sebagai bartender. Patrick juga seorang pembuli dalam versi terdahulu.


5 – Bintang Hollywood pernah membuat kemunculan

Stephen Hillenburg sebenarnya tidak mahu para selebriti meminjamkan suara mereka buat karekter-karekter ciptaannya kerana takut dilabel meniru The Simpsons.

(Victoria Beckham sebagai Permaisuri Amphitrite)

Bagaimanapun dia pernah membuat dua kali pengecualian iaitu Tim Conway dan Ernest Borgnine yang menjadi supehero kegemaran SpongeBob iaitu Mermaid Man dan Barnacle BoySeasonseterusnya menyaksikan kemunculan Will Ferrell, Tina Fey, Johnny Depp, Victoria Beckham, LeBron James, Pink dan lain-lain.


6 – Dimanakah Bikini Bottom?

Bikini Bottom adalah lokasi berlakunya kehidupan SpongeBob dan rakan-rakan. Bandar Bikini Bottom mempunyai populasi 538 dan dipenuhi pelbagai perniagaan seperti restoran, firma guaman dan kilang.





Tetapi dimana letaknya Bikini Bottom itu? Sebenarnya Bikini Bottom terletak di bawah pulau Bikini Atoll yang berada di Micronesia. Lokasi itu wujud dan menjadi tapak pencubaan nuklear oleh Amerika Syarikat pada tahun 40 dan 50-an!

7 - Stephen Hillenburg tidak mahu Justin Timberlake menyanyi soundtrack
Avril Lavigne, Jeff Tweedy, dan The Flaming Lips antara penyumbang lagu bagi album runut bunyi filem SpongeBob. Penyanyi utama The Framing Lips, Wayne Coyne rancang untuk berduet bersama Justin Timberlake.






“Saya tidak mahu mereka yang pelik dan popular. Saya tidak suka penyanyi-penyanyi yang terlalu komersil,” ujar Stephen Hillenburg mengenai penglibatan Justin Timberlake.

8 – Penyelidik menjumpai kulat ‘Spongiforma Squarepantsii’
Para penyelidik di San Francisco State University menemui satu spesies cendawan yang dinamakan “Spongiforma squarepantsii” pada tahun 2011.






Kulat yang tergolong dalam keluarga genus Spongiforma berkenaan dijumpai di hutan pulau Borneo. Pelik bukan bagaimana nama saintifik itu boleh tercipta? Hurmm


9 – Catat sejarah
Sebelum ini kartun kanak-kanak Rugrats mencatat sejarah apabila menayangkan 172 jumlah episod. SpongeBob Squarepants kemudiannya muncul sebagai rancangan paling lama tayangan di Nickelodeon dengan 200 episod keseluruhan.



Tiada episod baru ditayangkan sejak Mac 2014 kerana memberi peluang untuk pembikinan produksi akhir filem The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water.



Kredit gambar: Wikipedia, Spongebob Wikia, spongebobmovie, hype, gallerryhip, inquisitr

HALA TUJU SELEPAS SPM



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu.... keputusan SPM telah pun diumumkan... buat yang berjaya perolehi kejayaan.... tahniah diucapkan... buat yang kurang berjaya dalam akademik.... jangan putus asa... anda juga boleh berjaya di masa hadapan...

kebanyakan mereka yang berjaya bukanlah bermula daripada keputusan yang terlalu bagus.... tetapi atas kerajinan dan kegigihan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan... secara langsung atau tidak langsung....

dan sikap mahu belajar daripada pengalaman adalah yang paling penting... =)

apa pilihan yang ada jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM?

- matrikulasi
- A-Level untuk program luar negara
- tingkatan 6
- Diploma di universiti
- diploma di politeknik
- diploma di Kolej Kemahiran Tinggi MARA
- kolej swasta
- Asasi yang ditawarkan universiti

carilah peluang untuk mendapatkan kelayakan akademik... jika ada masalah kewangan... cuba mohon biasiswa... seperti JPA, MARA, PROTON, Kerajaan Negeri, Bank Negara Malaysia, Petronas, Shell, dan lain-lain agensi... selain itu anda juga boleh memohon untuk menjadi penerima zakat... bagi menampung kos perbelanjaan untuk pendidikan... jangan jadikan masalah kewangan antara sebab anda tidak berjaya...

semoga ada jalan untuk anda berjaya... 

bagi mereka yang agak kurang berjaya ataupun gagal total... jangan terlalu kecewa.... kekalkan di landasan yang betul... jangan putus berdoa pada Allah...

anda boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sijil... seperti di Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara, Kolej swasta... dan lain lain agensi...

dan sekiranya anda tidak berminat untuk sambung belajar... anda boleh bekerja... kumpul modal... dan beranikan diri berniaga...

ingat sumber rezeki adalah 9/10 daripada perniagaan... =)

dalam tempoh 1-5 tahun jika betul caranya anda boleh memiliki perniagaan sendiri... sedangkan waktu itu rakan seusia anda masih bertungkus lumus menghabiskan pengajian atau masih sibuk mencari pekerjaan...

apa pun kita sebagai manusia hanya merancang dan selebihnya Allah tentukan... teruskan berdoa dan yakin dengan setiap pemberian dariNya adalah yang terbaik buat kita =)

Wallahu'alam


NUFFNANG TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN!!!

Assalammualaikum 

semoga semuanya sihat selalu....

seperti biasa... aku sangat setia untuk beriklan menggunakan nuffnang... sejak dari tahun 2010 lagi.... setia kan??

memandangkan aku ni setia... haruslah status aku ni glitterati... dan bila ada sesuatu yang tak kena kotnye tetiba status aku bertukar jadi no glitterati... haruslah dengan pantas aku komplen dekat technical support Nuffnang... haha

tetapi yang aku sangat puji... respon mereka sangat pantas... lepas komplen je tak sampai sejam lepas tu... status aku dah tukar balik jadi glitterati... haha sebenarnya aku lupa yang aku ada list satu blog yang kurang aktif... keh3

less than 2 hours je status aku kembali normal.... memang pantas la respon mereka...

beza antara non glitterati dan glitterati adalah dia punya bayaran.... berbeza... hehe

sekian terima kasih Nuffnang Malaysia =)

nota: Buffered earning dekat 30 iklan yang ada... syok kan?




03 March 2015

TIPS MEMBELI PRODUK ONLINE

Assalammualaikum 

semoga semuanya sihat selalu...

trend membeli produk online semakin menjadi-jadi.... seperti produk pasang siap antara yang menjadi pilihan... tetapi kadang kala... kita tak pasti sama ada produk tersebut mampu berfungsi seperti yang diiklankan atau tidak...

contohnya seperti EZ Cannon Water Jet, turbo chopper dan lain-lain produk... kaedahnya adalah mudah...

anda boleh google nama produk... dan anda akan jumpa kaedah menggunakannya di youtube... dan biasanya di bahagian bawah akan ada komen daripada pembeli dan pengguna sama ada produk tersebut bagus atau tidak...

ini sedikit sebanyak akan membantu anda dalam membuat pilihan... sekurang-kurangnya anda tidak rasa tertipu jika produk indah khabar dari rupa....

kerana kebanyakan produk telah dijual di pasaran luar negara terlebih dahulu... sebelum masuk ke Malaysia...

untuk produk tempatan anda boleh lihat koleksi testimoni yang ada di internet... carilah yang negatif dan positif dan bandingkan sebelum anda membuat keputusan untuk membeli...


semoga bermanfaat =)

REVIEW: TROPICAL FRUIT FARM PENANG

Assalammualaikum

menjelang cuti sekolah ni pasti ramai yang tercari-cari lokasi yang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah dan bersiar-siar...

antaranya adalah Topical Fruit Farm Penang... lokasinya adalah di bahagian Pulau...

di Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang

anda boleh melihat, merasai... pelbagai jenis buah-buahan dan pokoknya sekali... dan pergi melawat ke seluruh kebun buah-buahan... terdiri daripada lebih 250 jenis buah-buahan esotik... ini senarai buah-buahan yang ada -- sini

selain anda boleh menikmati jus segar.... dan potongan buah-buahan yang anda ingini...

dan di sini ada harga pakej yang ditawarkan.... serendah RM40 untuk dewasa da RM30 untuk kanak-kanak... bagi tiket masuk... dan ada pelbagai pakej lain juga ditawarkan. anda boleh semak di sini

kelebihan anda mengunjungi lokasi ini... anda dan anak-anakboleh mengenali pelbagai jenis buah-buahan yang unik dan esotik... yang mungkin itulah pertama kali anda lihat secara terus...

selain anda boleh menikmatinya sendiri... ini juga ilmu dan pengalaman yang tak mungkin anda lupakan... ye tak?



bagi ada yang mengidam tu boleh lah cari buah-buahan yang anda inginkan di sini... hehe. semuanya ada di Malaysia... =) pendek kata inilah satu-satunya ladang buah-buahan yang unik dan memiliki pelbagai jenis buah daripada seluruh dunia...

nota: tips daripada pemilik ladang. gunakan baja yang tinggi kandungan potasium untuk penghasilan buah-buahan yang lebih manis...

sekian!!! selamat bercuti =)


17 PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA

Assalammualaikum
semoga semuanya sihat selalu...
mungkin ada yang berfikir mahu berhenti kerja? fikir masak-masak... dan buat persediaan rapi... agar tidak kecewa nanti... ini ada beberapa tips yang perlu anda buat sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja... terutamanya bai kaum adam atau mereka yang masih single...
17 Persediaan sebelum berhenti kerja
1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan. (Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)

2. Kurangkan komitmen hutang pada bank,sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.

3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas.(rumah/kereta)

4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas.(Trading) Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.

5. Buat bisnes secara sambilan dahulu, cuba selama 6bulan, jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.

6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh dipertimbangkan)

7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes.Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?
Banyak duit= Kaya sendiri
Kaya-raya = Legasi perniagaan

8. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab tu perlu ada simpanan 36bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.

9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes.
(Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)

10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.

11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati,berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.

12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri.(keberkatan)

13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung.(Jika 6bulan tidak untung,tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)

14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya kerana dunia makan gaji dan dunia bisnes adalah dua dunia yang berbeza.

15. Sebelum ambil sebarang risiko,pastikan telah persiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi risiko.

16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi.(Ready for the worst)

17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu boleh mengurangkan risiko yang bakal di hadapi.

pendek kata dare to fail okay

semoga sukses =)


02 March 2015

5 FAKTA BARU BANGSA MELAYU

Assalammualaikum....

Salam march 2015... sat je dah bulan 3.... apa yang anda telah lakukan untuk tahun ni? setidak-tidaknya... bahagiakan keluarga anda =)

itu pun dah okay kan....

paper permulaan bulan baru... cadangan dimasukkan fakta baru mengenai bangsa Melayu

tetiba aku rasa macam nak menyumbang fakta pulak wehuuuu

boleh tak? boleh ke tak boleh.... aku tetap nak taip jugak.... aku rasa memang iya pun perlu ditambah beberapa fakta baru mengenai bangsa Melayu....

1. suka sangat join skim cepat kaya
belambak dah kempen kerajaan untuk orang ramai hindari skim cepat kaya.... tapi yang aku peliknya masih ramai yang terpedaya.... daripada yang muda sampai yang tua... siap ada yang sanggup buat loan untuk melabur.... niat tu bagus... nak hidup senang... nak jadi kaya... tapi ingat senang ke nak jadi kaya? 

ada yang kempen hanya RM50 anda boleh dapat pendapatan 3k, 4k sebulan dan bla bla bla... sambil snap picture dengan kereta mewah.... dan duit berkoyan-koyan... dan tah macam-macam lagi kempen.... bayar sekian-sekian... anda boleh goyang kaki dan tunggu duit masuk je....

wahhh mudahnya... pada aku tak de cara mudah untuk dapat duit... selain usaha... tak kira usaha guna otak atau tulang empat kerat... bagi yang educated.... boleh lah jana duit guna idea-idea mereka... jika tidak... anda tetap kena gunakan tulang empat kerat....

dan gunakan lah otak tu untuk jalan kebaikan dan bukan menipu orang lain untuk join skim cepat kaya... okay...

2. berdosa jadi gelap
haha ini lagilah... terutamanya perempuan Melayu... sangat senang terpedaya dengan produk super putih, produk bertambah putih... produk jadi putih... tah macam-macam lagi lah yang ada dekat pasaran tu.... seolah-olah berdosa pulak jadi gelap.... pada aku kalau tunggu putih je baru ada self confident... aku rasa itulah kenyataan yang paling kelakar...

untuk ada self confident kena jadi manusia berilmu... baru lah ada confident.... kalau putih tapi bodoh pun tak guna jugak.... kalau harap putih je goreng telur pun tak reti.... tak guna jugak... tak salah nak jaga kulit kalau dah dilahirkan berkulit cerah... dan tak salah teringin jadi cerah... tapi pilihlah produk yang betul... bukan pakai beli je... tanpa baca pada label.... beli pakai ikut-ikut... dan tak perlulah buat tag line 'semakin berkeyakinan bila dah semakin cerah' sebab pada aku tak berkulit cerah pun kalau berilmu... tetap jugak berkeyakinan....

3. suka membazir
haaa... ini daripada banyak sudut.... dari segi nikah kahwin... dari segi makan.... amalan lain punya lah bagus.... puasa sunat tak tinggal.... solat sunat tak tinggal.... tapi bangun je pagi.... curah nasi dan lauk dalam tong sampah... pergi kenduri.... pulun boh nasi dan lauk banyak-banyak penuh sepinggan.... lepas tu tak habis makan... fenomena ni sangat selalu aku jumpa.... 

ye... masa zaman masih susah dulu.... punya la... tak membazir... makanan sikit pun dihabiskan sampai licin.... kan elok tu.... la ni dah senang sikit.... sikit-sikit nak buang.... sikit-sikit cakap tak sedap... sikit-sikit cakap jemu... nanti nikmat kena tarik balik baru menganga...

dia lupa agaknya yang dah sebut banyak kali dalam al-quran jangan membazir... sebab tu amalan syaitan...  belum lagi bab membazir masa nikah dan kenduri kahwin.... sambut besday anak... dan lain-lain lagi...

4. malas membaca
dah banyak kali pesan... Dr.M selalu cakap... bukan Tun M je cakap... semua ilmuan ada cakap... membaca tu jambatan ilmu... ni tak... 'tet tet tet'.... dapat je sesuatu daripada group wasap... yang agak 'rare'... tanpa mengkaji dan selidik terlebih dulu.... terus tekan share.... cuba la gi cari dulu... sahih ke tidak fakta tu... sebelum share... kalau rasa malas nak baca dan cari fakta tak usah la share....

sama jugak apa-apa cerita dalam TV... semua pakai percaya bulat-bulat... tak de la usaha nak membaca.... nak carik ilmu... betul ke salah.... tipu ke bohong....  dan suka buang masa tengok drama tak de arah yang pukul 7 tu.... haishhhhh

5. mudah takut dengan cina
haaaaaaa ni lagi satu penyakit... kau tak pernah baca... Tun M ada cakap dia tak takut dengan persaingan orang cina tapi yang dia takut dengan hasad dengki orang melayu... asal sebut je hal cina... dah macam cina tu tuhan pulak... boleh buat macam-macam... kau tak takut ke nanti cina ambik tanah melayu? kau tak takut ke nanti cina perintah melayu? kau tak itu kau tak ini.... ehhhh macam macam sungguh yang dia bimbang pasal cina....

pernah kau fikir?
siapa yang bagi peluang dekat cina?
kenapa melayu tak nak berniaga macam cina?
bukan tak ada peniaga melayu berjaya?
kenapa melayu suka makan gaji dan hanya jadi pembeli?
kenapa melayu sanggup jual tanah dekat cina bila dapat tawaran harga tinggi? 

pada aku cina tak de lah sejahat mana... sebab dia pun manusia... lagi pun memang Allah dah sediakan pelbagai bangsa untuk kita ambil pengajaran daripada bangsa lain.... hatta cina tu ada yang jahat gila.... kau mintak lah Allah pelihara kau, keluarga kau, tanah air kau... dan tak perlu kau maki 'cina babi' dan paling penting jangan cantas sesama melayu....

nota; biarpun bukan semua melayu bersikap begitu... tetapi hampir kebanyakan melayu ada ciri-ciri seperti di atas.... jika ada yang terasa atau tersinggung... aku minta maaf... Jom perbaiki diri!!!

sebenarnya ada sikap orang Melayu yang bagus seperti sopan santun, dan lain-lain lagi.... tapi perlulah dikekalkan atau di upgrade.... untuk lebih berjaya....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...