GENG LENSA HIDUP

24 May 2015

ANAK PATUNG YANG PANDAI MENJAHIT



Gadis berusia 18 tahun ini bukan gadis biasa. Selain memiliki wajah yang cantik, dia juga punya kreativiti dan bakat menjahit yang luar biasa.


Angela Clayton merupakan seorang tukang jahit dan pereka kostum dari New York. Angela telah menjahit sendiri banyak kostum watak fantasi terkenal seperti Cinderella, Merida dan Elsa.



Dia juga sudah mula mereka kostum mengikut imaginasinya sendiri. Kata Angela, dia lebih berpuas hati apabila menjahit pakaian yang direka sendiri.




Kostum Elsa yang dijahitnya mengambil masa hampir 250 jam untuk disiapkan, dengan 170 jam daripada waktu tersebut dihabiskan untuk membentuk leretan 'cape' di belakang dress berkenaan menggunakan tangan.



Rekaan yang paling digemari Angela adalah sehelai dress berkonsepkan Krismas, yang dijahit menggunakan lampu LED.



Angela tidak pernah memasuki mana-mana kelas jahitan, sebaliknya hanya belajar sendiri. Minat mereka pakaian bermula selepas dia berjinak-jinak dengan lukisan 'sketch' pakaian.



Buat masa ini, Angela berhasrat untuk mereka lebih banyak dress berkonsepkan medieval atau Inggeris kuno. 



Jika anda berminat untuk belajar bagaimana Angela menghasilkan rekaannya, bolehlah berkunjung ke channel Youtube Angela.

23 May 2015

OBAMA CIPTA REKOD DUNIA TWITTER



KUALA LUMPUR, (MLP) - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mencatat sejarah apabila berjaya menempa nama dalam buku Guinness World Record.

Obama berjaya memperoleh 1 juta pengikut (followers) di Twitter dalam masa paling pantas sekaligus menewaskan rekod yang dipegang pelakon, Robert Downey Jr.

Isnin lalu, presiden yang berusia 53 tahun itu menyertai laman mikro berkenaan menerusi akaun@POTUS yakni akaun peribadi untuk Presiden Amerika Syarikat, akronim bagi ‘President of the United States’.


April lalu, Robert Downey Jr menyertai Twitter dan mencipta rekod apabila memperoleh 1 juta pengikut dalam tempoh 23 jam dan 22 minit.

Barack Obama berjaya memecahkan rekod itu dalam hanya lima jam sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, akaun berkenaan memiliki lebih 2.2 juta pengikut.

Dalam salah satu tweet pertamanya, Obama menyatakan bahawa akaun itu akan diberikan kepada presiden Amerika Syarikat yang seterusnya apabila dia tidak lagi menduduki White House.

Sebelum ini Obama mempunyai akaun Twitter bagi tujuan rasmi yang dikendalikan oleh staf pengurusannya.

Kredit gambar: Amazonaws

22 May 2015

NOTA AGAMA: SALAH TAFSIRAN


Salah tafsiran dan berbeza pemahaman telah terjadi sekian lama... di sini aku nak kongsikan kisah bagaimana akan terjadi jika salah tafsiran dan pemahaman...
semoga kita semua dilorongkan dan dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk memahami sesuatu perkara dengan baik dan betul...
ini kisahnya....
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;
1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?
Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si adik : 
Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. 
Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.
Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?
Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.
Si ibu : Apa ayah mu pesan ?
Jawab si abang:
Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.
Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

💞
 Moral of the story
``````````````````````````````````````````
Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah.
Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;
"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".
Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah


7 RESEPI MUDAH MENGGUNAKAN NUTELLA

  • 1. Kek keju tanpa bakar Nutella


    • Bagi resipi mudah ini, anda perlukan 6 bahan sahaja iaitu:

      2/3 cawan Nutella
      12 keping biscut 'Oreo', dihancurkan 
      3 sudu besar unsalted butter, di cairkan
      1 cawan cream cheese, dilembutkan
      1 sudu kecil ekstrak vanilla
      1 cawan whipped cream

      Cara membuat:

      Masukkan biskut 'Oreo' yang telah dihancurkan dan mentega yang telah dicairkan ke dalam mangkuk. Dan bahagikan adunan ke dalam bekas untuk dihidangkan.

      Masukkan cream cheese dan Nutella ke dalam pengadun dan pukul sehingga sebati. Kemudian, campurkan vanilla ke dalam aduanan. Gunakan sudip untuk menggaul whipped cream dan kacau sehingga sebati.

      Bahagikan adunan untuk dimasukkan ke dalam bekas untuk dihidang. Tutup bekas dengan pembalut makanan dan sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.


  • 2. Kek Nutella


    • Anda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:

      240g Nutella
      4 biji telur (bersuhu bilik)

      Cara-cara membuat kek Nutella:

      Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan bekas acuan bulat kek berukuran 20cm dan ratakan kertas pembakar di permukaan acuan.

      Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul dengan laju sehingga benar-benar gebu. Ia akan mengambil masa selama 5-7 minit.

      Sementara itu, masukkan Nutella ke dalam mangkuk berasingan dan panaskan ke dalam microwave selama 15-20 saat sehingga lembut. Kemudian, masukkan 1/3 daripada telur yang telah dipukul kedalam adunan Nutella. Pastikan anda menggunakan sudu besi untuk menggaul dengan cara menggulung adunan sehingga sebati. Selepas itu, masukkan telur yang selebihnya ke dalam adunan sehingga adunan sebati.

      Masukkan adunan yang telah dikacau sebati ke dalam acuan kek dan bakar selama 25-30 minit. Untuk memastikan kek anda cukup masak, cucuk lidi ke dalam kek. Sekiranya tiada sisa yang melekat di lidi, ia bermakna kek anda telahpun masak secukupnya.

      Biarkan kek sejuk sebelum dialihkan daripada acuan dan dihidangkan.



  • 3. Biskut Nutella



    • Untuk resipi ini, anda hanya perlukan empat bahan sahaja iaitu:

      1 cawan Nutella
      1 cawan (150g) tepung
      1 biji telur
      1/2 cawan (115g) gula kaster

      Cara-cara membuat biskut Nutella:

      Panaskan ketuhar kepada 180°C dan sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar biskut.

      Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengadun dan gaul sehingga adunan berbentuk doh. Anda juga boleh tambah cip coklat ke dalam adunan.

      Ceduk satu sudu besar adunan dan bentukkan ke bentuk bulat. Kemudian, letakkan ke dalam dulang. Gunakan gelas rata untuk meratakan acuan ke bentuk leper.

      Bakar selama 12 minit. Setelah dibakar, biarkan ia sejuk selama paling kurang 5 minit sebelum dialihkan ke dalam balang kaca atau dihidangkan.



  • 4. Cupcake Nutella



    • Bagi resipi ini, anda hanya perlukan tiga bahan sahaja iaitu:

      1 cawan Nutella 
      3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
      2 biji telur yang dipukul sedikit

      Cara-cara untuk membuat cupcake Nutella adalah:

      Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.

      Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.

      Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari. 

      Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.

      Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersamacream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.


  • 5. Aiskrim Pisang



    • Untuk membuat aiskrim pisang, anda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu:

      2 sudu besar Nutella 
      2 biji pisang bersaiz besar

      Cara-caranya:

      Potong pisang menjadi kecil dan simpan ke dalam peti sejuk selama paling kurang 2 jam. Apabila pisang telah beku, masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut.

      Kemudian, masukkan Nutella ke dalam pisang yang telah dikisar dan kisar untuk beberapa saat lagi.

      Alihkan ke dalam mangkuk kecil. Taburkan sedikit cip coklat dan hidangkan.



  • 6. Roti bakar Nutella bersama marshmallow


  • Anda perlukan empat bahan ini:

    Nutella 
    marshmallow
    roti 
    mentega

    Cara untuk membuat:

    Letakkan marshmallow ke atas sekeping roti dan sapu Nutella ke atas sekeping roti lagi. Masukkan sedikit mentega ke dalam kuali dan apabila sudah cari, bakar roti yang di letakkan marshmallow. Pastikan marshmallow berada di permukaan. Kemudian, letakkan roti yang disapu Nutella di atas roti yang sedang dibakar. 
  • 7. Puding Nutella


    • Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

      500g Nutella
      800ml krim pekat
      1 sudu besar air panas
      2 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar

      Cara-cara untuk membuat:

      Kacau krim dan Nutella di dalam kuali dengan suhu serdahana selama 3-4minit atau sehingga lembut. 

      Masukkan satu sudu besar air panas ke dalam mangkuk kalis panas dan masukkan sedikit serbuk agar-agar. Letakkan mangkuk tersebut ke dalam periuk berisi air mendidih. Kacau serbuk agar-agar sehingga ia cair.

      Tuang agar-agar yang telah cair ke dalam adunan Nutella. Masukkan adunan ke dalam bekas untuk dihidang dan biarkan sejuk selama lebih kurang 6 jam. 

      Sebagai hiasan, anda boleh letakkan sedikit whipped cream ke atas puding dan taburkan sedikit serbuk koko sebelum dihidangkan.

21 May 2015

JANGAN PANDANG SERONG JIKA SUAMI RAJIN


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

haha... cer baca ayat atas tu... Rasulullah s.a.w juga seorang suami yang rajin dan ringan tulang... jadi bergembiralah seorang isteri jika memiliki suami yang rajin...

buat mak atau mak mertua.... jangan lah pulak bimbang... jika menantu atau anak lelaki anda menjadi sangat ringan tulang melakukan kerja-kerja rumah... kerana anak anda sedang mengikut jejak Rasulullah s.a.w...

hehe...

yelah... suami yang baik dan bertimbang rasa pastinya akan memastikan dirinya yang digelar sebagai ketua... bertungkus lumus melakukan pelbagai pekerjaan... kan isteri cuma pembantu jeeee haha... baru lah isteri ada masa nak bercantik-cantik... baru lah urat isteri tak cepat timbul... baru lah isteri tak cepat kedut-kedut dan mudah letih... kerana terlalu banyak melakukan kerja rumah...

kan kan kan?

apa pun bergantung pada rezeki masing-masing... bukan semua beruntung dan bertuah untuk memiliki suami yang ringan tulang dan menjaga kebajikan isteri...

p/s: alhamdulillah my hubby tak pernah segan nak lakukan pelbagai kerja rumah... daripada memasak, mengemas, melipat kain, sidai kain, menguruskan anak-anak dan lain-lain lagi... terutamanya bila aku tengah sarat mengandung.... dan bila nampak aku kepenatan... =D peace yooo... 

selfie masa bergonjeng =P

6 RESEPI CINTA BUAT CINTA HALAL

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... dan bahagia di samping keluarga tersayang....

resepi cinta... ini bukan resepi cinta buat cinta yang belum halal... buat cinta halal... CINTA HALAL yang aku maksudkna ni adalah bagi pasangan yang dah berkahwin... dan ada keluarga... lebih-lebih lagi setelah anda miliki cahaya mata... tak kiralah seorang je ke... ataupun sedozen... haha

1. Memasak
mesti memasak... kalau malas pun kena rajinkan... biarpun hanya masakan simple... air tangan ibu atau isteri tu sangat penting... tapi kalau pandai masak macam-macam menu... memang owesome lah.... dan pastinya husband dan anak-anak akan sangat gembira.

2. Aktiviti Keluarga
sesibuk mana pun dengan kerja di tempat kerja... atau kerja-kerja rumah... luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga... terutama anak-anak... dan suami... masa untuk bergurau senda... menonton movie... beriadah... bersiar-siar... membaca bersama anak-anak... ajar anak-anak jadi kreatif... ehhh... anyak la aktiviti yang best bersama keluarga...

3. Jaga Kesihatan Keluarga
tidak kira ibu atau bapa... pastikan ahli keluarga anda sihat.... menikmati makanan yang sihat... dan saling bantu membantu dalam menjaga kesihatan... suami urut-urut isteri bila lenguh buat kerja rumah... dan isteri urut suami bila balik kerja... sekali sekala... boleh juga urut anak-anak sebelum mereka tidur... sekurang-kurangnya meredakan ketegangan mereka dan membantu mereka mendapatkan tidur yang berkualiti...

4. Mari Menjadi Multi Tasking
si suami kena juga pandai memasak, membasuh, mengemas dan membuat pelbagai kerja rumah... mana tahu nak buat kejutan buat isteri dan anak-anak... boleh lah anda tunjukan skill memasak... isteri juga kena lah tahu memandu, menunggang motorsikal, dan melakukan aktiviti lasak si suami... mana tahu suami anda ada usrusan di luar... semestinya suami bangga dan tidak perlu risau kerana anda dah boleh uruskan keluarga dan anak-anak dengan baik sekali...

5. Ingat Tarikh Penting
saling mengingati tarikh penting juga perkara kecil yang memberi impak besar kepada tahap kegembiraan sebuah keluarga... mak dan ayah mengingati tarikh lahir anak-anak... suami mengingati hari ulangtahun perkahwinan... isteri mengingati tarikh lamaran suami.... wahhh memang owesome...

6. Doa 
doa yang tidak pernah putus... untuk keharmonian dan kebahagian keluarga tercinta... adalah satu cara yang paling mudah... agar seluruh keluarga sentiasa dalam lindunganNya....

kesimpulannya...
apa pun kita... siapa pun kita dan di mana pun kita... keluarga adalah matlamat utama... dan melihat keluarga yang gembira dan bahagia itu juga satu nikmat dan kepuasan bagi setiap insan yang memiliki keluarga... bukan sekadar ditaburi wang ringgit dan emas permata... tetapi keluarga yang dibajai dengan kasih sayang dan saling bantu membantu adalah satu kenikmatan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata... tapi terpancar daripada riak wajah dan bahasa tubuh mereka... 

salam khamis
10:14 a.m
21/05/2015

2011

2013

19 May 2015

SEDEKAD TIADA TV


Assalammualaikum

semoga semua sihat selalu...

kejayaan keluarga ni menyekat satu elemen lagha dalam keluarganya... membuahkan hasil yang hebat... al maklum lah zaman sekarang TV ni banyak impak negatif daripada positif...

pada aku ini satu kejayaan bagi ketua keluarga dan seluruh ahli keluarga yang sangat taat dengan ketua =)

hasilnya... owesome!!!

tahniah =)

DATO' FAZLEY: TURUN 18KG TANPA SENAMAN

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2015: Penyanyi, perunding motivasi dan chef selebriti, Dato' Fazley Yaakob mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram dalam masa sebulan dengan hanya mengawal pengambilan gula dalam makanan.
Semuanya dilakukan dengan mengawal kadar pengambilan gula tanpa bantuan senaman.
"Selepas menjuarai pertandingan Masterchef Selebriti beberapa tahun lalu, saya akui yang berat badan saya bertambah. Menyedari hakikat itu, saya cuba untuk mengawal kadar pengambilan gula dalam makanan saya.
Seperti contoh, jika saya minum kopi ataupun teh, saya akan menikmatinya tanpa gula. Sebelum ini berat badan saya 90 kilogram, dalam masa sebulan, saya berjaya menurunkan berat badan saya sehingga 72 kilogram," kata Fazley memulakan bicara.
Kerjayanya sebagai chef juga tidak menghalang dirinya untuk mengawal kadar pengambilan gula agar berat badannya turun secara semula jadi.
"Sebagai chef, kadang-kadang saya singgah ke kafe-kafe untuk merasai kek yang dijual bagi mendapatkan inpirasi dan idea baru dalam masakan.
"Saya memesan 10 potong kek untuk saya makan, tetapi setiap potong kek saya hanya merasainya satu sudu sahaja.
"Saya juga sentiasa sibuk dengan kerja, jadi saya tiada masa untuk bersenam. 'Senaman' saya adalah hanya dengan melayan anak-anak bermain di rumah dan menguruskan mereka jika ada masa lapang," ujarnya yang ditemui di majlis pengenalan buffet buka puasa Fish & Co di Pavilion semalam.
Bekerjasama dalam menghasilkan hidangan pencuci mulut bagi hidangan buffet buka puasa Fish & Co, Fazley menyediakan empat seleksi manisan untuk dinikmati oleh pengunjung restoran tersebut.


"Saya menghasilkan tiga jenis kek dan macaron sebagai seleksi pemanis mulut bagi hidangan buffet Fish & Co tahun ini.
Selain hidangan utama yang lazat dan menyelerakan Fish & Co, pengunjung boleh menikmati pencuci mulut yang dihasilkan dalam citarasa Malaysia tetapi masih mengekalkan elemenFrench Pastry," katanya lagi.
Untuk informasi lanjut mengenai hidangan buffet buka puasa lazat Fish & Co, layari laman web www.fish-co.com.my atau lakukan carian menerusi hashtag #BukaPuasaFishNCo atau singgah di laman Instagram @FishNCoMy.

Kredit gambar: Instagram @fazleyyaakob, @sukasucre.creatives & @mieranadhirah

p/s: wah inspired betul aku... nanti lepas bersalin boleh la try... mane tau dapat balik berat masa bujang 43kg hahaha

SIRI TV POPULAR CSI BAKAL BERAKHIR SELEPAS 16 TAHUN


LOS ANGELES, 18 MEI 2015: Drama bersiri TV penyiasatan popular, CSI: Crime Scene Investigation bakal berakhir pada penghujung musim ke-15 yang sedang ditayangkan kini, menurut satu pengumuman dari pihak CBS.
CSI adalah salah satu siri TV yang paling banyak mencipta fenomena bagi tempoh sedekad yang lalu, di mana ianya berkisar mengenai para penyiasat lokasi jenayah, berusaha menyelesaikan kes pembunuhan.
Kini selepas 16 tahun bersiaran, ianya akan berakhir diikuti filem istimewa bagi menyimpulkan jalan ceritanya.
Filem khas itu akan disiarkan pada 27 September 2015 di Amerika Syarikat dan dikhabarkan berdurasi dua jam.
Filem ‘perpisahan’ itu akan turut akan menampilkan para pelakon asal seperti William Petersen dan Marg Helgenberger.
Para peminat CSI berpeluang menyaksikan penyelia terdahulu kumpulan CSI iaitu Gil Grissom dan pembantunya, Catherine Willows beraksi semula selepas meninggalkan siri itu beberapa tahun lalu.
William Petersen menjadi peneraju siri CSI pada sembilan musim awal sebelum diambil alih Marg Helgenberger sehingga musim ke-12.
“Sememangnya kami amat bersedih dengan keputusan ini,” ujar Nina Tassler, Pengerusi CBS Entertainment dalam kenyataan rasmi laman syarikat itu.
Drama ikonik ini mempunyai 3 siri spinoff dalam tempoh 16 tahun. CSI: Miami bertahan sehingga musim ke-10, CSI: NY (9 Musim) dan CSI: Cyber mula ditayangkan pada Mac tahun ini.
CSI pernah dinobatkan sebagai salah satu drama siri paling popular dengan jumlah penonton melebihi 73.8 juta di seluruh dunia. Pada tahun 2012, CSI diangkat sebagai siri televisyen paling popular di dunia buat kali kelima di Festival Televisyen Monte-Carlo.

18 May 2015

TANDA KEGUGURAN PADA TRIMESTER PERTAMA


Ini adalah topik yang agak menyedihkan, namun adalah baik untuk mengetahuinya jika anda bimbang bahawa anda mengalami keguguran.


Apa yang menyebabkan keguguran?
.
Terdapat beberapa sebab yang berbeza berkaitan keguguran. Ia boleh jadi pengaruh luar yang benar­benar memberi kesan pada bayi. Ini boleh menjadi perkara­perkara seperti kemalangan kereta yang teruk, berlebihan ubat bukan preskripsi atau dadah haram, dan minuman beralkohol yang berlebihan.
.
Sebab lain ialah ovum yang rosak di mana embrio tidak berkembang di peringkat awal kehamilan. Ini biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima minggu pertama kehamilan. Mungkin juga disebabkan kecacatan ovum, beberapa penyakit, kehamilan kimia, dan serviks yang tidak kompeten (weakened cervix)
.
Tanda Keguguran Pada Trimester Pertama
Berikut adalah tanda-­tanda anda mungkin mengalami keguguran pada trimester pertama. Jika anda mendapati mana­-mana, hubungi doktor anda dengan segera.
.
# Pendarahan berlebihan sehingga penuh darah pada pad dalam masa kurang daripada tiga hingga empat jam.
.
# Sakit belakang dan kadang­-kadang ini diikuti dengan pendarahan dari rahim.
.
# Kekejangan abdomen yang menyebabkan sukar untuk berjalan atau meneruskan aktiviti harian biasa.
.
# Kehilangan gejala kehamilan. Ini bermakna jika anda mengalami loya dan sakit payudara sebelum ini dan gejala itu berhenti pada masa yang sama.
.
# Keluar darah beku. Jika darah beku anda adalah saiz duit syiling, maka anda perlu hubungi doktor dengan segera. Beliau mungkin mahu melihat darah beku. Biasanya darah beku akan kelihatan merah gelap



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...