Gadis berusia 18 tahun ini bukan gadis biasa. Selain memiliki wajah yang cantik, dia juga punya kreativiti dan bakat menjahit yang luar biasa.
Angela Clayton merupakan seorang tukang jahit dan pereka kostum dari New York. Angela telah menjahit sendiri banyak kostum watak fantasi terkenal seperti Cinderella, Merida dan Elsa.
Dia juga sudah mula mereka kostum mengikut imaginasinya sendiri. Kata Angela, dia lebih berpuas hati apabila menjahit pakaian yang direka sendiri.
Kostum Elsa yang dijahitnya mengambil masa hampir 250 jam untuk disiapkan, dengan 170 jam daripada waktu tersebut dihabiskan untuk membentuk leretan 'cape' di belakang dress berkenaan menggunakan tangan.
Rekaan yang paling digemari Angela adalah sehelai dress berkonsepkan Krismas, yang dijahit menggunakan lampu LED.
Angela tidak pernah memasuki mana-mana kelas jahitan, sebaliknya hanya belajar sendiri. Minat mereka pakaian bermula selepas dia berjinak-jinak dengan lukisan 'sketch' pakaian.
Buat masa ini, Angela berhasrat untuk mereka lebih banyak dress berkonsepkan medieval atau Inggeris kuno.
Jika anda berminat untuk belajar bagaimana Angela menghasilkan rekaannya, bolehlah berkunjung ke channel Youtube Angela.