GENG LENSA HIDUP

24 March 2016

11 JENIS AISKRIM POPULAR MUSIM PANAS 2016

Rose Cocktail

Strawberry

 Sumi
Milo Cadbury

Soursop

Mango Pudding

Nutella

Oreo

Asam Boi

Ribena Marshmallow

Lime

JAWATAN KOSONG UiTM - 3 APRIL 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) April 2016 | Jawatan kosong  terkini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai :

1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. JURUTERA J41 
3. PEGAWAI PERGIGIAN U41
4. PEGAWAI FARMASI U41 
5. PENOLONG PENDAFTAR N41
6. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
7. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
8. PUSTAKAWAN S41 
9. JURURAWAT PERGIGIAN U40 
10. JURURAWAT PERGIGIAN U38
11. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
12. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
13. PENOLONG JURUTERA JA29
14. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
15. PENOLONG KURATOR S27 
16. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S27 
17. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
18. PENOLONG PEGAWAI KESATRIA S27 
19. SETIAUSAHA PEJABAT N27 
20. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27 
21. JURURAWAT PERGIGIAN U29
22. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 
23.JURURAWAT U29 
24. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 
25. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17 
26. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 
27. PEMBANTU PEMULIHARAAN S17
28. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S17
29. PEMBANTU ARKIB S17
30. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
31. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
32. KERANI N17
33. PEMBANTU PENERBITAN N17
34. PEMBANTU KESELAMATAN KP17 
35. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 
36. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
37. PEMANDU H11 
38. OPERATOR LOJI H11

Tarikh tutup permohonan 03 April 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan



CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a. Untuk Bukan Staf UiTM
i. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

ii. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 20 Mac 2016 hingga 3 April 2016 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN (RM10.00).

iii. Sila nyatakan ‘Jawatan Pentadbiran’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

b. Untuk Staf UiTM sahaja

Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, UiTM hendaklah dibuat melalui sistemaplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

BAHAGIAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN STAF
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL: (03) 5544 3005 / 3007 / 3085 / 3089 /3090 / 3093
 (03) 5521 1028 / 1613 / 3417
EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my

13 March 2016

BAGAIMANA BOLEH TERJADI PRODUK DAFTAR KKM BERACUN?

Daftar produk dengan KKM itu mudah. Hantar saja, nanti akan dapat nombor NOT untuk produk2 kegunaan luaran atau bukan makanan.
NOT itu bermaksud notification. 
Maknanya kita maklumkan kepada KKM tentang kewujudan produk kita. Belum tentu lagi KKM datang check produk tersebut.
Mereka akan menilai berdasarkan apa yang ditulis dalam borang.
Melainkan ada orang buat report. KKM akan datang segera membuat kaji selidik. Apabila disiasat, banyak produk didapati ada bahan berbahaya.
Sebab itu anda boleh tengok banyak produk2 yang ada KKM atau nombor NOT akhirnya ditarik balik.
Ramai pengusaha atau pembuat produk kecantikan menggunakan kesempatan atas nama KKM mengatakan produk mereka lulus ujian dan sebagainya.
Sedangkan ia belum disahkan. 
Maka hati2... Jangan percaya sangat dengan produk 'putih', 'cerah', 'kurus', 'gebu' seawal 3 hari.
Walau daftar KKM, mungkin ada 'racun' dalam produk tersebut.

sumber: Facebook Wan Muhd Ali

12 March 2016

AIR TERJUN MAHUA, TAMBUNAN SABAH

sesiapa yang berkunjung ke Sabah boleh la datang ke sini...
lokasi yang mendamaikan...

selamat bercuti!!!








PAYA BEACH RESORT TIOMAN

Paya Beach Spa & Dive Resort
Kampong Paya, Pulau Tioman
Pahang, Pahang, Malaysia

+65 66364333 / 1800-184333


tempahan bilik bermula dengan harga RM250 per night














11 March 2016

BETUL KE MAKANAN SUNNAH?

antara makanan sunnah 

Sekali lagi saya buat disclaimer bukan nak sabotaj penjualan makanan tambahan.
Ramai orang kita berminat dengan pemakanan sunnah. Jualan makanan sunnah pun dah jadi industri besar sekarang.
Tapi betul ke ambil suplemen tu bermakna anda ikut sunnah dan mendapat kelebihan pemakanan sunnah?
Tahukah anda bagaimana pemakanan sunnah sebenarnya?
Nabi (SAW) sebenarnya sangat kurang makan. Baginda lebih kerap berpuasa daripada makan.
Ingat kisah Nabi ikat beberapa ketul batu di perut demi menghilangkan lapar? Ingat kisah isteri baginda Aishah yang menceritakan dapur di rumah Nabi tak berasap selama beberapa bulan, mereka bertahan dengan memakan air dan kurma sahaja?
Nabi (SAW) kita makan sikit, makan bila lapar saja dan berhenti sebelum kenyang. Nabi makan makanan yang baik (zaitun, kurma, gandum). Nabi kita kerap jadi vegetarian, jarang sekali menjamah daging.
Memang Nabi menggemari daging kambing, mengambil madu sebagai ubat, namun baginda (SAW) tak makan semua itu setiap hari.
Kita ni bagaimana pula?
Kita ni makan banyak; selagi tak tersandar dan tak sendat kancing pinggang kain/ seluar memang takkan berhenti. Makan daging tiap2 hari kalah harimau. Makan nasi berpinggan2 kalah orang kerja sawah. Jenis makanan pula semua bantai, lagi berproses lagi suka. Tak cukup makan di luar, siap tapau pula sambung makan di rumah (saya la tu).
Bila dah datang semua penyakit barulah sedar diri. Ubat tak mahu ambil tetapi nak amal pemakanan kononnya makanan sunnah. Cara hidup masih tak tukar kepada pemakanan ikut cara Nabi. Cuma beli pemakanan segera daripada tin berlabel sunnah.
Nabi tak ajar begitu. Nabi ajar cara hidup sihat dengan kurangkan makan, lebihkan kerja. Bukan makan belasah semua, lebihkan berehat dan berlingkar kemudiannya cover dengan makanan segera daripada tin. Salah konsep tu.
Masih belum terlambat nak berubah. Jika sudah pun datang penyakit, ambillah ubat mengikut nasihat doktor. Ubah cara pemakanan, banyakkan berpuasa. Lebihkan ibadah, lebihkan kerja, ubah gaya hidup. Setelah badan kembali sihat, besar kemungkinan ubat-ubatan doktor akan kurangkan.
Nabi ajar makan untuk hidup. Tapi umat Nabi hidup untuk makan.

10 March 2016

MESEJ TERSEMBUNYI DI SEBALIK WANG KERTAS RM5




Mesej tersembunyi pada wang kertas ciptaan Roth penyembah setan.. temukan bahagian transparent secara opposite.. smbgkn kepala enggang tu.. tanduk enggang jadi tanduk,paruh jadi telinga..

Inilah jawapan kenapa dunia huru hara dengan sistem riba ciptaan Roth.. dunia berperang angkara pihak2 BANK.. ekonomi negara dan matawang semakin menjunam..

kerana wang kertas dicipta oleh siapa??

Ya, Roth anak haram.. 

*Roth bermaksud anak sumbang mahram (bahasa klasik Eropah)

Keturunan Namrud mengamalkan sumbang mahram.. Namrud sendiri mengahwini ibunya sbg isteri (Semiramis)

Semua keturunan Rothschild adalah anak sumbang mahram dan meletakkan gelaran 'Rothschild' pada hujung nama mereka.. contoh Jacob Rothschild, Baron Rothschild etc...

sumber: Neil 

07 March 2016

BAGAIMANA NAK UJI KOSMETIK ANDA PAKAI SELAMAT ATAU TIDAK



"BAGAIMANA UJI KOSMETIK ANDA PAKAI SELAMAT ATAU TIDAK?"

Sebelum suatu produk kosmetik dikeluarkan beberapa ujian keselamatan dan kestabilan akan dibuat oleh pengilang ataupun makmal.

Ringkasnya, 3 ujian yang perlu dijalankan adalah Ujian Mikrob (Microbial) , Ujian Kestabilan (Stability) dan Ujian Keselamatan (Safety)

=====
UJIAN MIKROB
=====

Dalam ujian ini, mikrob dimasukkan ke dalam sampel produk kosmetik dalam jangka masa tertentu untuk menguji adakah bahan pengawet (preservative) yang digunakan berkesan atau tidak.

Selain itu, sampel produk dari setiap batch juga diuji untuk pastikan ia tidak tercemar dengan mikrob seperti bakteria dan kulat.

=====
UJIAN KESTABILAN
=====

Ujian kestabilan dilakukan untuk mengetahui berapa lama jangka masa produk tersebut boleh bertahan untuk menentukan tarikh luput produk.

====
UJIAN KESELAMATAN
====

Ujian keselamatan bergantung kepada jenis produk kosmetik yang dikeluarkan. Contohnya ujian allergik seperti patch testing dan ujian kegatalan/kepedihan mata.

Selain itu, pengilang juga boleh jalankan ujian keselamatan melalui analisis kimia untuk pastikan produk tidak mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat dan bahan terlarang yang lain (hydroquinone, tretinoin).

=====
BAGAIMANA PENGGUNA MAHU UJI SENDIRI?
=====

Untuk jalankan 3 ujian di atas pasti memerlukan kelengkapan dan kos yang tinggi jika pengguna mahu lakukan sendiri.

Tetapi pengguna boleh lakukan sendiri ujian ringkas untuk pastikan produk kosmetik yang dibeli adalah selamat ataupun tidak.

4 Langkah mudah untuk menguji produk kosmetik anda:

[+] 1. Bersihkan sedikit kawasan kulit di belakang telinga ataupun di bahagian dalam lengan.

[+] 2. Letakkan sedikit produk kosmetik di kawasan kulit tersebut dan biarkan sampai kering.

[+] 3. Selepas 24 jam, basuh kawasan kulit tersebut dengan air dan sabun.

[+] 4. Jangan gunakan produk kosmetik tersebut jika kulit menjadi kemerahan, gatal, pedih ataupun melepuh/gelembung.

Anda boleh lakukan sendiri ujian mudah ini setiap kali membeli atau menggunakan produk kosmetik yang baru.

Jika anda terus menggunakan pada kulit muka, pasti menyesal tak sudah apabila kulit muka menjadi rosak, pedih, bertompok hitam ataupun menjadi parut yang kekal.

Jika tips ini berguna untuk anda, anda boleh share terus dengan kawan-kawan yang lain.

"JADILAH PENGGUNA YG BIJAK MEMILIH"

Rahman Baco - Pharmacist
Your Halal Trusted Pharmacist
Follow www.fb.com/rahmanbaco.my

#rahmanbaco
#kosmetikberacun
#penggunabijak

SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT...

06 March 2016

TAWARAN TEMPAT DUDUK PERCUMA AIRASIA BERMULA MALAM INI


bermula malam ini tepat jam 12 tengah malam 7 mac 2016

airasia bakal menawarka tempat duduk percuma kepada mereka yang telah mendaftar sebagai member la ye...

masa untuk berlepas adalah pada oktober 2016 hingga mei 2017...

pelbagai lokasi yang ditawarkan...
dalam dan luar negara...

daripada KLIA 2, Senai Airport, Penang Airport dan banyak lagi...

betul ke Airasia ni pernah bagi seat free??

jawapannya betul!

sebab aku pernah jumpa penumpang Airasia... lelaki yang bawa seorang anaknya gi Kuching then dia cakap ni tiket free je... haha dia pi tido 1 malam je kat kuching sebab saja suka-suka booking tiket free...

KUBANG GAJAH WATERPARK TEMERLOH

hujung februari lepas we all ada bawa anak-anak gi mandi kat waterpark temerloh... ini la sebahagian gambar yang ada...

Kubang Gajah Waterpark Temerloh

harga tiket masuk
dewasa mandi - RM10
kanak-kanak mandi - RM8
penjaga (tak mandi) - RM1

harga-harga yang lain... aku tak ingat...
pada aku ok la tempat ni boleh la dapat 3 daripada 5 bintang...

tapi tak leh lawan sunway lagoon dan the lost world of Tambun

yang itu lagi superb!!!






pasti mama dah boleh buat macam-macam plan nak gi holiday... hi3

29 February 2016

HARGA BARU PETROL MAC 2016

Berkuatkuasa jam 12.01 mlm ini (1 Mac 2016), harga baru untuk semua produk adalah seperti di bawah;

Ron97 - RM1.95/lt ⬇ 10sen (Termasuk GST)
Ron95 - RM1.60/lt ⬇ 15sen
Diesel - RM1.35/lt  ↔ tidak berubah..

#inforoadblock


TUDUNG BAWAL BERIBU DAN MANUSIA CEMBURU

Kisah Tudung Bawal Part 1:
" Apa ada aircond ke tudung rega Rm2,3 ribu? Nak tutup kepala pakai tudung rega Rm10 pun boleh la."  ujar Minah sambil menunjukkan gambar di Iphone 6 Plus kpd kawannya.

- Dik,  Lenovo A850 pun boleh la main FB, kenapa ko x beli?

Kisah Tudung Bawal Part 2 :
" Ish..membazir betul beli tudung Rm2,3 ribu..ingat kalau jual balik tu laku. " ujar Kak Mah sambil membetulkan rambutnya.

-Kak, bila nak pakai tudung? rambut kuning karat akak tu kalau jual laku berapa ribu?

Kisah Tudung Bawal Part 3 :
"Merepek betul la tudung harga ribu2..padahal sarung atas kepala jer" ujar Mamat sambil menyarung Shoei JF2 Jack Biru di kepalanya.

- Dik, kenapa x sarung jer MS 88 jer kt kepala?

Kisah Tudung Bawal Part 4:
"Ni kalau pakai tudung harga ribu2 ni confirm dapat pahala lebih ke apa? " ujar Pok Jib ketika menanti umpanya dijamah ikan.

-Bang, pakai Shimano Stella SW20000 tu confirm dapat ikan besar ke?

HYPOCRASY...JEALOUSY...WALL OF LIES!

tudung bawal ni rege RM3K++

hi3 jangan sibuk hal orang kalo mampu beli la tudung rege berapa pun...

BAHAYA GULA PUTIH

Assalammualaikum...
semoga semuanaya diberikan kesihatan yang baik...

di bawah adalah petikan daripada utusan Malaysia.... sebenarnya sekarang aku lebih banyak megikuti posting mengenai bahaya gula putih, bahaya makanan berproses, bahaya tepung gandum putih dan lain-lain berkaitan pemakanan dan punca-punca penyakit lazim di kalangan rakyat Malaysia... seperti kolestrol, high blood pressure, diabetis dan obesiti...

RAMAI tidak tahu penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung sebenarnya berpunca daripada gula, bukan lemak seperti diketahui umum selama ini. Gula diambil bukan sahaja secara langsung daripada minuman bahkan makanan berkarbohidrat seperti nasi selain manisan kuih-muih tradisional, kek dan aiskrim.

Di Malaysia, penggunaan gula adalah yang tertinggi menyebabkan penyakit-penyakit kronik meningkat saban tahun, manakala di negara maju yang mengutamakan kesihatan seperti di Jepun, penggunaan gula bukan sahaja pada tahap minimum, bahkan sukar untuk mendapatkan gula putih di pasaran mereka!

Sumber: Utusan Malaysia.

sewajarnya... kita perlu lebih berhati-hati dan memilih makanan yang  berkualiti untuk memasuki tubuh badan kita dan seluruh ahli keluarga... bukan sekadar memilih makanan yang halal dan suci sahaja.... bahkan pemilihan makanan yang kaya nutrisi dan bersifat natural lebih digalakkan...

sebenarnya sekarang aku dah tak galakkan anak-anak minum air kotak, makan jajan, air soda, minum milo, dan lain-lain proses food yang mengandungi kandungan gula yang tinggi...

dan alhamdulillah... kami suami isteri memiliki kesihatan yang baik buat masa ini setelah pemeriksaan seluruh badan dijalan... tiada masalah kolestrol, tekanan darah normal, tidak obesiti, dan paras gula dalam darah pada paras yang normal...

semoga aku istiqamah dalam memilih makanan yang terbaik untuk keluarga =)

posting daripada doktor norman

p/s: gantikan gula pasir dengan madu atau stevia... mula-mula memang agak janggal... tapi lama-lama okay ce try =)

28 February 2016

HADIS PALSU YANG POPULAR

HADIS MAUDHU/PALSU YANG POPULAR.
"Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan di telinga kanannya, dan diiqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin" (Sangat Dhaif)
"Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China"
(Maudhu')

"Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak"
(Maudhu')

"Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya"
(tidak sah dari Nabi)

"Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah-olah menziarahiku semasa aku hidup" 
(Maudhu’)

"Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy"
(Maudhu)

"Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab" (Maudhu’)
"Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia"
(Maudhu')

"Wanita yang bermadu akan menerima payung emas di akhirat kelak"
(Maudhu')

"Dengarlah nasihat walau dari seorang pelacur"
(Maudhu')

sumber


22 February 2016

7 NAMA TEMPAT PELIK YANG ADA DI MALAYSIA

hahai...
kali ni kita share pulak mengenai nama tempat yang pelik... yang benar-benar wujud di Malaysia....

1. Kampung Bogel, Terengganu

Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.



2. Kampung Batak Rabit, Perak

Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.



3. Kampung Dada Kering, Pahang

Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.



4. Desa Temu Jodoh, Johor

Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.



5. Kampung Imam Lapar, Terengganu

Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.



6. Kampung Baru Jumpa, Sabah

Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.



7. Jalan Microwave, Sabah

Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350km yang sunyi jalan antara Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh bergantung kepada tanda jalan raya untuk menertawakan mereka: Jalan Microwave di KM177.


sebenarnya banyak lagi nama tempat yang pelik di Malaysia... jumpa lagi!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...