GENG LENSA HIDUP

10 July 2014

PROUD WITH YOU SON!!!


Ahmad Al Mahdi bin Mohd Noor Aiman

bila jadi mummy... mesti kita akan ternanti-nanti perkembangan anak kita... dan berharap setiap hari ada perkembangan positif sejajar dengan usianya...

ni anak aku yang sulung...
alhamdulillah.... sekarang dia dah tau mengaji iqra', rajin tolong mama kat dapur, dah mula reti tak pakai diapers... waktu siang sampai nak tido... bulan puasa ni rajin tolong mama hantar makanan kat umah jiran... dah pandai tido dalam bilik sendiri... tido atas katil bujang tau... hehehe...

banyak lagi la perkembangan Ahmad yang menggembirakan hati mama... kalau gi kedai tu suka sangat bayar sendiri kat kaunter... sangat peramah... suka tengok rancangan masak-masak dan sangat suka dekat motor dan kereta... pandai urut mama kalau mama penat... (tiru stail mengurut ayah dia)

mama harap anak mama jadi anak soleh... berjaya dunia dan akhirat....


1 syawal ni genap 3 tahun....

SELAMAT HARI LAHIR TUN M !!!!

Assalammualaikum...

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-89 buat Bapa Kemodenan kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga dapat terus menjadi tunjang pemikiran kepada pimpinan negara ini...
Hilangnya dia sukar dicari pengganti. Dialah satu-satunya Perdana Menteri yang lantang bersuara menentang Isreal, US dan kuasa barat. Dialah juga yang sering menghantar bantuan kepada negara2 Islam yang ditimpa musibah dan peperangan.
Palestin, Bosnia, Chechnya, Afghanistan, Lubnan, Pakistan, Aceh, Moro, Pattani dan banyak lagi.... mereka semua banyak dibantu ketika itu. Negara kita bebas berurusniaga, tidak mudah diperkotak-katikkan semasa pemerintahannya.
Jasamu tetap kami kenang jua..... Happy Birthday, Tun !


09 July 2014

RAMADHAN DI PALESTIN


GAZA: Sekurang-kurangnya 24 warga Palestin terkorban dan lebih 122 orang awam cedera ekoran serangan yang dilancarkan tentera zionis Israel ke Gaza sejak Isnin lalu, lapor web Infopalestina.


Terbaru adalah serangan tengah malam tadi ke atas sebuah rumah di di Beit Hanun, utara Gaza yang mengakibatkan enam sekeluarga warga Palestin terkorban termasuk dua kanak-kanak.



Inya menjadikan jumlah kanak-kanak yang maut dalam serangan tersebut setakat ini adalah enam orang.



Seorang pemuda Palestin juga turut terbunuh dalam serangan udara berasingan di bandar Deir al-Balah di tengah Gaza.



Pesawat-pesawat tempur Zionis secara intensif melancarkan serangan udara tanpa henti di seluruh penjuru wilayah Jalur Gaza dengan sengit.



Israel telah mengumumkan pelancaran serangan tentera - digelar "Operation Protective Edge" - dengan alasan menyekat serangan roket dari Gaza.



Sementara itu, laporan setakat ini menyebut tentera Israel telah melancarkan 447 roket berat, 374 serangan udara agresif dan 39 bom laut ke atas 111 buah rumah di Gaza.



Mereka juga turut mensasarkan beberapa buah masjid dan hospital.



Pejuang Palestin pula khususnya Brigade al Qassam, turut melancarkan serangan balas roket ke kota-kota Zionis. -

SUMBER: HARAKAHDAILY

BERTEMU JANJI ALLAH

REVIEW BUKU : BEREMU JANJI ALLAH

Tok Guru cuba mendorong kita menjadi mukmin yang cintakan akhirat..

Hitam putih kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.

Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menimpalah azab daripada-Nya. Keresahan di mashsyar tidaklah dapat dibayangkan, sehingga mata yang melihat akan terbelalak dengan azab itu. Meminta tolong pun tiada guna kerana orang lain juga menanggung azab yang sama.


JOM BELI & TAMBAH ILMU =)

TIPS TURUN BERAT BULAN RAMADHAN

Assalammualaikum...

hahaha... baru turun berat sikit gua rasa dah nak bagi tips yuhuuuu =P

apapun paling utama niat kita berpuasa kerana Allah bukan kerana nak kurus ok...

paling utama...
kurangkan pengambilan karbohidrat.... seperti nasi, roti, mi,dan lain-lain yang sewaktu dengannya.... dengan kurangnya pengambilan karbohidrat ni... berat memang akan turun berkilo-kilo....

second...
kurangkan makan atau minum manis-manis... sebab makanan atau minuman yang manis ni... tinggi kandungan kalori...

jangan!!!
terlau kurang ambil garam... maksudnya bukan la sampai takut sangat ambik garam... tapi dun worry garam ni bukan nye hanya daripada garam masak je sumbernye.... kat dalam sayur dan buah juga dah ade garam mineral... dalam minuman air mineral juga ade garam... kena tau ape dia formula kimia bagi garam iaitu 

Natrium Klorida-dalam bahasa melayu
Natrium Cloride- dalam bahasa inggeris

dan ringkasan kimianya NaCl...

sebab... jika kita kurang ambil garam.... ia boleh sebabkan 'krem' - kekejangan sebab fungsi garam ni adalah untuk melancarkan pergerakan saraf... sebab tu dalam agama Islam garam sangat la penting... tapi bukan la pengambilan yang melampaui batas...

banyakkan!!!
minum air kosong masa berbuka... jangan tinggalkan kurma... banyakkan aktiviti... bagi suri rumah... buat aktiviti mengemas... main2 dengan anak-anak... bagi yang berkerja.... tingkatkan aktiviti berjalan kaki dan menaiki tangga.... dan bila hari cuti jangan tidur je... tetap teruskan aktiviti riadah yang boleh bakar kalori yang ada... termasuk mendukung anak juaga!!!

dan maintain kan cara hidup sebegini sehingga tamat ramadhan... makan dengan sederhana... banyakkan aktiviti(supaya tak mudah masuk angin dan kendur bila kurus)... tingkatkan pengambilan sayuran dan vitamin yang mencukupi... supaya tiada masalah penyakit kekurangan gizi pulak nanti... =)

selamat mencuba!!! anda buat anda dapat!!!

*gua 50kg after 10 ramadhan i lost 2.5 kg... ohoho... i want my weight before i'm getting married... 43kg hihaha 

ni pic masa belum kawin

ni pic sebulan lepas kawin.... dah preggy time ni...

ni pic dah anak dua...




08 July 2014

TERKINI: AYAT AL-QURAN HILANG




SUMBER SINAR HARIAN




TUMPAT - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.

Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.

Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang.

"Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH.

"Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya.

Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan.

Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting.

Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998.


* Hari tu aku ade wat entri tentang ni.... so berhati2 la kita semua agar tiadk lalai.... dan jangan menolak atau mengetepikan apa yang tertulis dalam Al-Quran...

OSTRICH FARM PORT DICKSON

Assalammualaikum
jalan-jalan bawak anak-anak...

hari tu masa cuti sekolah... 
tak dan nak share...

Ostrich Farm Port Dickson
aku boleh bagi 3 bintang

binatang tak banyak sangat...
tapi tu standard la name pun farm... tak kan nak ade tiger, elepahant, lion kot...

antara binatang yang ade...
goat, camel, donkey, horse, chicken, quails, duck, goose, snake...

aku sempat pegang ular... letak kat tengkuk...  hehe3

dalam tu ade horse riding...
ostrich riding pun boleh...
tapi kita orang tak lame sangat kat sini sebab sampai pun dah tengah hari...

icha dah ngantuk dan abang ahmad plak takut ngan haiwan haha...
mama & ayah je la yang syiok bergambar...

then my hubby said.... hungry...
so kita orang gi la cafe kat situ...

order...

lamb burger
rabbit burger
ostrich satey
fun fries
orange juice
tea 'o' ice

total RM40

not bad... because there are exotic dishes...
satey ostrich je 6 cucuk RM12

tapi tempat agak kotor pada aku la... hu3

Tiket Masuk
dewasa - RM13
kanak-kanak - RM8

makanan haiwan RM3











OFFER!!! FURLA HANDBAG


OFFER!!!
HABIS-HABISAN...
RM150 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED 1:1 LOOK LIKE ORIGINAL

GERENTI PUAS HATI =)

NAK BUAT INSTALLMENT  DULU PUN BOLEH 
2X BAYAR @ 3X BAYAR




RM140 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED AAA

MEMANG BERBALOI!!!




RM135 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED AAA

MEMANG BERBALOI!!!




RM140 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED AAA

MEMANG BERBALOI!!!




RM135 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED AAA

MEMANG BERBALOI!!!




RM135 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED AAA

MEMANG BERBALOI!!!




RM140 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED AAA

MEMANG BERBALOI!!!




RM165 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED 1:1 LOOK LIKE ORIGINAL

SUPER PUAS HATI!!!




RM165 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED 1:1 LOOK LIKE ORIGINAL

SUPER PUAS HATI!!!




RM165 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED 1:1 LOOK LIKE ORIGINAL

SUPER PUAS HATI!!!




RM165 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED 1:1 LOOK LIKE ORIGINAL

SUPER PUAS HATI!!!




RM165 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10
GRED 1:1 LOOK LIKE ORIGINAL

SUPER PUAS HATI!!!

SEMUA HARGA ADALAH TETAP =) TQ


LIKE & SHARE FB PAGE KAMI:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...