GENG LENSA HIDUP

04 September 2014

MAS DIKECAM DI NEW ZEALAND


Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines telah menukarkan nama pertandingannya ‘’Ultimate Bucket List’’ berikutan tuduhan hina.


Malaysia Airlines telah melancarkan pertandingan ini di laman webnya pada hari Isnin untuk pelanggannya di Australia dan New Zealand di mana mereka dihendaki menulis karangan ringkas untuk 500 perkataan.


Soalan yang dituju Malaysian Airlines adalah “What and where would you like to tick off on your bucket list, and explain why?


Dalam Bahasa Inggeris, bucket list adalah perkara yang seorang ingin lihat atau buat sebelum mereka meninggal dunia. Memandangkan Malaysia Airlines telah terlibat dalam dua tradegi sejak bulan Mac, orang ramai di laman media sosial berkata tindakan ini tidak wajar.



Oleh itu, MAS kini sedang mempertimbangkan nama yang baru untuk pertandingan ini.


Kredit Gambar : Forbes

EPISOD 2: DAH NAK BERSALIN!!!

Assalammualaikum...

semoga sihat lah semuanya...

ni episod sambungan daripada EPISOD 1: DAH NAK BERSALIN!!!

pengalaman kedua
kali ni aku dan family ada kat sarawak... Lundu Sarawak... dan aku bersalin 2 minggu lebih awal... berbanding anak pertama over due 4 hari...

fuhhh...
bersalin di perantauan memang mendebarkan... my hubby ade tanya aku nak balik kampung atau tak... aku decide bersalin kat sarawak je lah... beberapa hari sebelum bersalin... aku ada pergi rutin check up... then.. nurse bagitau kepala baby dah enggage... (masuk dalam rangka pelvis) 

bermula daripada makluman nurse tu... aku sentiasa dalam keadaaan berjaga-jaga... kebetulan 12 April 2013 (hari jumaat)... my hubby cuti... aku bila hubby cuti... melepak-lepak la dok tengok TV... sambil makan nasi goreng... pagi tu aku masak macam biasa je... walaupun dah terkedek-kedek je jalan... rutin harian aku... membasuh dan lain-lain...

lepas tu my hubby tetiba nak gi Lundu... nak gunting rambut... so... aku cakap ok... pegi lah.... sebelum dia pegi... aku ade masuk bilik air... nak buang air... hmmm... aku nampak ade tanda darah campur lendir kat panties... aku rileks la... dan bagitau hubby...

dia tanya nak pegi hospital dah ke? aku cakap nanti la dulu... tak sakit pun... aku pun soh dia gi gunting rambut dulu... so aku dok rumah sorang-sorang... hubby pesan kalau pape mesej... aku pun jawab ok!

aku nak mandi...
tanda ade lagi dan agak banyak... aku cepat-cepat mandi... then pakai pad... tapi untuk anak kedua ni pinggang aku tak sakit sangat masa keluar tanda... lepas mandi aku mesej hubby soh balik... then aku pun makan dan minum... sementara menunggu... takut lapar... hehe

hubby sampai....
kemas-kemas untuk gerak ke hospital... aku masih cool je... dalam kereta... hubby ade jugak toleh belakang dan tanya ok ke? boleh tahan ke? sakit ke? aku jawab ok je... (dalam hati aku mase tu rasa cam nak singgah makan roti canai je jap... sebab tak kenyang la makan nasi goreng tadi!)

sampai Hospital Lundu... aku pun pegi kat kaunter Klinik Ibu dan Anak... cakap kat nurse aku nak bersalin... sebab dah keluar tanda... nurse soh pergi kat wad bersalin... ok aku jalan sendiri... diiringi my hubby... sampai kat wad bersalin aku bagitau aku nak bersalin dah.... nurse tu check buku pink... then dia boleh cakap aku kena bersalin kat Kuching!!!

perghhh...
terbakar je aku rasa... "saya ni dah nak bersalin... nanti naik kereta lama-lama ada yang beranak tengah jalan... sampai Kuching confirm ke ade katil kosong?" aku dah membebel... "kalau nak soh gi Kuching jugak hantar la naik ambulans" selepas berunding beberapa minit... nurse pun cakap "ok"... dan suruh aku tanggal semua barang kemas... check jalan dah buka 4cm... then nurse masukkan ubat lawas berak... 

then baring atas katil tunggu jalan bukak 10cm... mase tunggu tu aku penat kot menunggu... dan sakit pinggang makin kerap dan menjadi-jadi... aku pun complain ngan nurse... nurse cadangkan untuk pecahkan air ketuban bagi lagi cepat bersalin... aku ikutkan je...

bila air ketuban dah pecah...
serius makin sakit ko!! aku dah tersenget-senget tahan sakit pinggang... nurse siap tanya... kenapa?? (terbakor je aku) aku pun tanya "bila saya boleh push? dah nak terberak ni..." haha memang sakit ko... nurse check jalan dan cakap ok dah boleh push...

push push....
baby pun keluar... lepas tu opersi menjahit luka pulak... nurse veteran yang jahit luka aku... mase tengah jahit tu... tetiba je dia cakap "saya dah lama tak jahit luka bersalin" perghhhh memang la aku gelabah... tak lame lepas tu dia boleh cakap "saya buka semula ya... ada silap jahit sikit" perghhh dia ingat kain perca ke ape???

aku nak marah memang tak boleh la kan... mane tau nurse tu merajuk kang... tak mau jahit plak luka aku... lagi parah... so aku simpan je rase bengang tu... pung pang pung pang... settle semua... aku duduk atas wheel chair... dan ade sorang nurse tolak aku... keluar daripada bilik bersalin...

aku nampak my hubby tengah sabar menunggu... sakit selepas bersalin anak kedua lebih ringan daripada anak pertama... so aku siap boleh buat peace kat hubby yang sememangnya tengah bermuka serius menunggu...

aku pun baring kat katil wad bersalin... my hubby yang sangat prihatin... dengan pantas mengurut isterinya... aku dapat secawan milo yang hospital bagi... then... aku mintak my hubby belikan roti ngan air milo lagi sebungkus... sebab lapo giler...

sekian dua episod dah nak bersalin!!! episod ketiga tak tau bila lagi... tunggu lah aku bersalin baby nombor 3 pulak =)

nota: rasa sakit bersalin tak sama bagi setiap orang... alhamdulillah dua-dua kelahiran sakitnya tak lama...


nur iman alisha

03 September 2014

AKIBAT SIBUK MENJUAL

Assalammualaikum...

semoga hari ini lebih baik daripada semalam.... aku akan cuba untuk menggunakan bahasa dan tatabahasa yang betul semasa menaip... =)

kerja hakiki bisnes sebenarnya lambat menghasilkan duit...

kerja-kerja menjual cepat menghasilkan duit... jadi kebanyakkan daripada kita fokus dengan kerja menjual, menjual dan menjual...

akibatnya... 
apabila orang bisnes sibuk dengan kerja-kerja menjual, hasilnya jualan laris tetapi tidak dapat mengembangkan sayap bisnesnya...

contonya seperti...
satu telaga minyak yang digali hari-hari dan ia semakin dalam... hingga melupakan kerja-kerja menggali telaga minyak yang baru...

bagus ke tatabahasa aku?

jumpa lagi... di lain entri =)

jom like & share : Infinity On9 shop


02 September 2014

EPISOD 1: DAH NAK BERSALIN!!!

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

pengalaman pertama:
serius aku memang tak tau dan tak boleh bayangkan macam mana kontraksi nak bersalin tu... kalau kita tengok dalam drama Melayu dan Tamil... macam dahsyat gilerrrrrrrrrr hahaha...

tapi memang sakit la... lenguh dan sakit-sakit di bahagian pinggang... dan perut rasa keras je... masa aku sakit pinggang nak bersalin anak pertama... my hubby urut pinggang pun tak berasa dah... rasa nak marah sebab dia urut tak kuat hu3...

dan dan aku rasa nak terkencing... masuk bilik air... (tak masuk toilet sebab takut terberanak... coz mase tu aku dah over due)... pastu nampak ade darah kat panties... OMG... berdebar habis aku mase tu!!!

aku pun panggil la hubby... agak kelam kabut gak mase tu... coz malam raya... my hubby tukar seluar... then aku pun siap-siap pakai kain batik... t-shirt dan tudung... my mother in law pun bersiap... sebab teman sama... aku, my hubby dan MIL... naik satu kereta... dan my father in law escort dari belakang...

dalam kereta... aku memang rase nak terberak gilerrrrr... ibu pun soh tarik nafas... tarik nafas... aku ikut je... my hubby siap nyalakan emergency signal.... drive dari Maokil sampai Segamat dengan kereta yang menyala emergency signal... then singgah sat kat Maybank Labis nak ambik beg baby... sebab beg baby ade kat umah mak aku kat Labis... mase tu aku dah tak boleh nak tengok dah mak ngan ayah aku... (sebab tahan sakit) hahaha... dah terangkat-angkat bontot aku ni tak boleh nak duduk sangat... huhuhu...

sampai je hospital...
aku boleh jalan... tapi dah tak larat sangat... then my hubby gi carik parking... so my mother in law la yang ambik kan aku wheel chair... aku duduk je atas wheel chair... sampai kat labour room... nurse cek jalan... dah bukak 7 hingga 8cm... mase tu aku dah nampak banyak giler darah lepas nurse tu seluk... (OMG ketaq lutut aku)... mase dah rasa nak terberanak tu pulak nurse tu masih lagi nak soh aku kencing kat toilet!!!

adoiyai... (aku ikutkan la jugak)

lepas tu nurse tolak aku guna wheel chair... sambil jerit-jerit standby bilik kosong... ade patient ni dah bukak 7-8cm... (sambil nurse tu bebel kat aku bilik semua dah penuh)

mase tu aku nye jalan la yang dah bukak besar... 

aku sampai hospital kol 1:30 pagi... pung pang pung pang kol 2:10pagi aku masuk bilik bersalin... kol 2:45 pagi aku pun bersalin...

masa nak bersalin
aku dah rasa nak teran sangat!!! nurse pulak tak de... aku siap jerit-jerit panggil... dah la hubby nak masuk kena ade pass kan... tak lame lepas jerit nurse pun datang... datang-datang je buat aku panik cakap dah nampak kepala... choiii betul!!!

masa aku tengah sakit nak teran... datang satu nurse... cakap kat nurse yang nak sambut baby aku ni.... "Mohd Noor Aiman bin Abidin suami kepada Puan Nor Fadhillah nak masuk... boleh?"

nurse yang nak sambut baby aku tu jawab "tak payah lah... kita kurang staff ni..."

aku tak boleh respon pape sebab tengah sibuk push... (tapi aku bengang gak bila dia tak bagi laki aku masuk) 

tengah push tu ade la pulak berkumandang lagu raye faveret aku "Satu Hari Di Hari Raya"... mase tu dah kol 2:30 pagi... (tetiba aku jadi teralit jap)

tup tup nurse cakap "push betul-betul... dagu cecah dada... tangan dua-dua pegang buku lali"
aku reply "saya dah push ni... tak larat dah lapo la..." 
nurse reply "tak makan ke?"
aku reply "tadi masa buka je... makan"
nurse reply "ok... push cepat... nanti saya bagi air milo"
aku reply "ok... ok... "(sambil senyum menahan rasa nak berak)

2:45 pagi keluarlah Ahmad Al Mahdi

nurse letak baby kat dada aku... aku pun pegang... rasa lega giler... kau... (kemudian datang satu lagi nurse bawa baby keluar dan uruskan ape yang patut)

nurse tu pun suntik bahagian apa yang patut... dan mulakan operasi menjahit... sambil dia bersembang-sembang dengan aku... sambil nurse tu jahit... datang la lagi sorang nurse... bagi aku minum Milo yang dijanjikan...

haha lega kau... spesel kes minum pun disua... haha kononnye dah tak de energy...

lepas minum aku tertido.... bangun je... baby dah ade kat sebelah... pastu hubby aku pun masuk dengan ibu... 

dan..... setereusnya bersambung di Episod 2: Dah Nak Bersalin!!!

p/s: pengalaman aku bersalin dua anak... tak de la pulak menjerit-jerit.... menangis ke... atau yang dahsyat... cuma sakit je la... 

kalau tengok drama Tamil siap peluh-peluh menjerit-jerit... sampai kena ade 4,5 orang nurse pegang... huhihui






MAS RUGI KERANA PEKERJA


SEJUMLAH RM6 bilion wang rakyat Malaysia yang membayar cukai dan tidak membayar cukai bakal disuntik ke dalam syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang sudah pada praktiknya bankrap. 

Ini bermakna RM6 bilion bakal dikorbankan dari dibelanjakan untuk pendidikan rakyat, menjaga kesihatan rakyat dan untuk membina infrasrutktur di luar bandar yang jauh ketinggalan berbanding dengan infrastruktur yang tersedia di bandar-bandar. 

Ini bukan kali pertama MAS diselamatkan. Kerajaan sudah menyuntik berbilion-bilion ringgit ke dalam syarikat itu tetapi ia masih gagal mencapai kemantapan prestasi kewangan. 

Jangan dilupakan bahawa kerajaan telah memberi wang percuma melebihi RM500 juta kepada seorang yang pernah memiliki saham MAS. Kalau ada sesiapa yang membandingkan MAS dengan SIA, pasti ia akan kecewa besar. 

Kedua-dua syarikat penerbangan ini sebaya tetapi pencapaian SIA sudak tidak terkejar oleh MAS. Bezanya, SIA diperkasa, MAS diperkosa.

Rakyat Malaysia mesti diberitahu bahawa MAS sudah pun berada di dalam lorong menuju kebangkrapan sebelum berlakunya tragedi berkembar kehilangan misteri pesawat MH370 dan penembakan jatuh pesawat MH17. 

Tragedi berkembar ini hanya mempercepatkan proses kebangkrapan itu. Bibit-bibit kebangkrapan sebenarnya sudah lama bercambah. 

RUGI BESAR

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, MAS rugi besar sebanyak RM1.2 bilion. Jika diperhatikan prestasi kewangan MAS dalam tempoh 2002 sehingga 2013, kita dapati MAS lebih kerap merekodkan kerugian berbanding keuntungan. 

Ia merekodkan keuntungan RM336.5 juta dalam tahun 2002. Keuntungan mengecil kepada RM462.1 juta dalam tahun 2003 dan RM326.1 juta dalam tahun 2004. 

Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005, MAS merekod kerugian besar sebanyak RM1.3 bilion, lebih dari menghapuskan keuntungan yang direkod dalam tiga tahun sebelumnya. 

Dalam tahun 2006 dan 2007, MAS membuat keuntungan masing-masing sebanyak RM133.7 juta dan RM852.7 juta. 

Pada tahun berikutnya (2008), ia rugi lagi sebanyak RM271.8 juta. 

Prestasi kewangan kelihatan menuju pemulihan apabila MAS merekod keuntungan sebanyak RM522.9 juta dalam tahun 2009 tetapi pemulihan ternyata bersifat “short-lived” apabila dalam tahun berikutnya (2010) MAS kerugian RM237.3 juta dan 
mengalami kerugian besar RM2.5 bilion dalam tahun 2011.  

MAS merekodkan keuntungan sebanyak RM430.7 juta dalam tahun 2012 sebelum rugi lagi dalam tahun 2013.

PENJUALAN ASET

Ternyata MAS gagal dalam memantapkan prestasi kewangannya dalam tempoh 12 tahun terkini. 

Harus diingat, dalam tahun-tahun ia membuat keuntungan, sumber  keuntungan adalah dari penjualan aset (asset stripping exercise), jarang sekali keuntungan dari operasi.   

Misalnya keuntungan dalam tahun 2002-2004 adalah hasil dari pembatalan destinasi ke Brussels, Darwin, Munich dan Vancouver  kerana  dalam penerbangan pergi dan balik ke destinasi ini MAS hanya “mengheret tayar” – gagal mencari penumpang. 

Maknanya, jabatan pemasaran syarikat itu tidak efisyen mungkin diketuai oleh seorang yang kepakarannya dalam pemasaran, produk penerbangan dipersoalkan.

Apabila Idris Jala menjadi CEO mulai 1 Disember 2005, beliau mendapati pelbagai kelemahan – yang tarafnya ada yang kronik - menghambat prestasi kewangan MAS, antaranya, kenaikan tidak terkawal kos bahan api, kos pembaikpulihan dan penyelengaraan pesawat yang tinggi, memuncaknya kos kakitangan, “yield per seat kilometer” yang rendah, pengurusan perbendaharaan yang lemah dan rangkaian destinasi yang tidak efisyen. 

Dalam hal kos bahan api, amatlah memeranjatkan kenapa pengurusan MAS gagal membuat unjuran tentang arah aliran harga bahan api dan membeli bahan api di pasaran hadapan. 

Juga amatlah memeranjatkan kenapa pihak pengurusan gagal mengurus perbendaharaan, walhal pihak pengurusan wajar berketrampilan dalam hal pengurusan kewangan. Ini kerana sebuah syarikat penerbangan antarabangsa melibatkan pengurusan mata wang yang pelbagai dan berisiko tinggi.  

Akibatnya, dana yang berbaki di dalam perbendaharan gagal menghasilkan pulangan yang boleh menyumbang kepada keuntungan. Syarikat penerbangan negara Singapura, SIA misalannya, amat berjaya dalam pengurusan pertukaran asing (foreign exchange) yang menyumbang kepada keuntungan syarikat.  

KOS BURUH MEMBEBANKAN?

Tindakan MAS untuk "menendang keluar" 6,000 pekerja membawa tafsiran bahawa pengurusan MAS mendakwa kos buruh menjadi faktor utama yang membawa MAS ke arah kebangkrapan. 

Penulis melihat kos pekerja tidak mampu membangkrapkan MAS. Faktanya ialah “labor cost per ASK” (Available Seat Kilometer) – kayu pengukur kos pekerja yang diguna pakai oleh syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia -  adalah terendah bagi MAS (pada USD0.41) berbanding syarikat penerbangan lain.

Sebagai contoh Cathay Pacific dan Singapore Airlines, masing-masing pada USD0.59 dan USD0.60. 

Oleh yang demikian tindakan MAS di bawah rancangan pemulihan perniagaan raksasanya untuk membuang 6,000 pekerja adalah satu tindakan yang “counter-productive” kepada pemulihan perniagaan syarikat penerbangan itu.  

Angka pembuangan ini merupakan 30% daripada 20,000 pekerja MAS sekarang. Apabila  pemilik MAS (kerajaan) membuat kesalahan besar dalam melantik seorang CEO (dalam tahun 2011) yang pengalamannya dalam pengurusan sebuah syarikat penerbangan dan pengurusan kewangan di peringkat antarabangsa dipersoalkan, kenapa pula kakitangan bawahan yang dipersalahkan dan didera dengan pembuangan kerja? 

Apabila orang yang bukan ahlinya diamanahkan menjaga sesuatu, tunggulah kemusnahannya.

MEMUDARATKAN PRESTASI

Penulis bukan tidak setuju dengan rancangan “workforce rationalization” tetapi biarlah ia dijalankan secara betul supaya tindakan itu tidak memudharatkan prestasi dan mutu perkhidmatan syarikat penerbangan itu.  

Menyalahkan pekerja bawahan ke atas segala penyakit yang berlaku dalam MAS adalah tidak wajar dalam konteks daya maju perniagaan.
  
Pelaksanaan Skim Perpisahan Sukarela berkemungkinan membawa akibat kakitangan kabin mengambil peluang untuk meninggalkan MAS menyebabkan MAS kehilangan kakitangan kabin yang besar sehingga menjejaskan mutu perkhidmatan pelanggan. 

Perkhidmatan pelanggan di dalam kabin amat penting bagi sesebuah syarikat penerbangan dan kehilangan masif kakitangan dalam kumpulan ini akan memudharatkan prestasi perkhidmatan MAS. Ini adalah “counter-productive” kepada usaha pemulihan perniagaan MAS.    

Pada penghujung tahun 1990-an, MAS mengambil slogan “Going Beyond Expectation” bermatlamat menjenamakan semula syarikat penerbangan itu ke peringkat antarabangsa bagi memulihkan penerimaan pelanggan. 

Slogan itu digunakan sehingga tahun 2007. Namun ianya gagal memantapkan prestasi kewangannya.  

Lalu dalam tahun 2008, syarikat itu memperkenalkan “Pelan Transformasi Perniagaan” dengan menggunakan slogan perniagaan yang baru “More than just an airline code”.

Apabila ternyata slogan ini gagal menawan pelanggan, ia ditukar pula kepada slogan “MH is Malaysian Hospitality”.
 
Di antara tahun 2008 sehingga 2011, penulis kerap berulangan alik di antara Kuala-Lumpur dan Dhaka, Bangladesh kerana dalam tempoh itu penulis berkerja di Dhaka dan kerap kali berdepan dengan peristiwa perlakuan kakitangan kabin yang bertentangan sama sekali dengan slogan “MH Malaysian Hospitality” itu.  

Penulis melihat dengan mata kepala sendiri penumpang-penumpang diherdik, dikasari dan dilayan hanya secara ala kadar. Itulah dia budi bahasa Malaysia.  Amat tidak bertamadun.  Amat memalukan. 

Di dalam hati penulis berkata: "Inilah ciri-ciri sebuah syarikat penerbangan yang bakal menuju kebankrapan."
 
Sebenarnya, kakitangan peringkat pengurusan memerlukan “massive revamp” kerana prestasi kewangan MAS yang lemah menunjukkan pengurusan yang lemah. Bermula dari CEO sampailah kepada semua ketua jabatan. Semuanya perlu dinilai semula. 

Janganlah teragak-agak untuk mendenda mereka yang berprestasi tidak memuaskan. 

Janganlah disimpan lagi tunggul yang mati.  Letakkan orang yang berkepakaran di tempat di mana kepakaran mereka diperlukan.

Memang ada epal buruk di kalangan kakitangan bawahan MAS yang ramai itu tetapi mendenda mereka secara umum adalah satu kezaliman. 

Kenal pasti epal busuk itu dan adili mereka. Janganlah sewenang-wenangnya membubuh pasir dalam periuk nasi 6,000 pekerja yang bersama mereka ada 30,000 lagi mulut yang perlu disuap.HARAKAHDAILY, 2/9/2014

TANGISAN BAYI DAN PERSONALITI

Dalam artikel yang lepas, kita telah pelajari tentang tiga kategori penjaga dan bentuk respon yang diberikan setiap kategori penjaga terhadap bayi masing-masing. Sebuah kajian makmal selama 20 mini telah dijalankan terhadap ketiga jenis bayi ini dalam kumpulan yang berusia sekitar 12-20 bulan. Hasilnya;
  1.  Bayi dalam hubungan selamat (secure): akan menyapa/menegur penjaga dan mampu meneruskan aktiviti bermain dan bersosial dengan rakan-rakan lain walau sekali-sekala akan ‘mencari’ kelibat penjaga hanya untuk tujuan kepastian.
  1. Bayi dalam hubungan menyisih (avoidant): tidak/gagal menyapa/menegur atau mendatangi penjaga dan mengabaikan kehadiran penjaga serta fokus dengan mainan untuk secara dasarnya bertujuan menjauhi penjaga.
  1. Bayi dalam hubungan kalis (resistant): pula sangat terganggu dengan pemisahan (memisahkan bayi dengan penjaganya dengan tujuan untuk meyuruh bayi bermain dan bersosial dengan rakan seusianya). Mereka tidak dapat ditenteramkan ketika cuba disatukan semula dengan penjaga dan mempamerkan kemarahan ketika penjaga cuba berinteraksi.
Keputusan adalah  mesej jelas bahawa kualiti hubungan ibu-bayi adalah penjangka (predictor) terkuat  terhadap personaliti sosial dan emosi yang bakal dimiliki bayi ketika dia menjadi kanak-kanak kelak. Ramai yang gagal melihat bahawa respon penuh kasih sayang tanpa gagal pada setiap tangisan bayi pada tahun pertama khasnya, adalah latihan kepada ibu bapa itu sendiri.
Ketika ramai ibu bapa merungut tentang kedegilan dan keengganan anak-anak mendengar cakap atau menurut perintah mereka, ramai yang terlupa untuk menyedari bahawa punca masalah itu kadangkala sebenarnya bermula dari sikap ibu bapa itu sendiri.
Proses pembelajaran tentang apa itu komunikasi dan bagaimana ia berlaku telah diserap oleh kanak-kanak sejak hari pertama dia dilahirkan. Melatih diri untuk menilai dan meraikan tangisan sebagai satu-satunya bentuk komunikasi bayi kecil adalah latihan kepada ibu bapa itu sendiri untuk menghormati dan memberi sepenuh perhatian ketika anak sedang ‘bercakap’.
Menurut Dr. William Sears, seorang senior dalam bidang pakar kanak-kanak yang juga pengasas klinik persendirian  Sears Family Pediatrics bersama isteri dan anak-anaknya di California menyatakan hakikat hasil pemerhatiannya selama bertahun-tahun terhadap isu tangisan bayi bahawa: bayi yang mendapat respon penuh kasih sayang tanpa gagal pada setiap isyarat tangisannya, akan belajar untuk menangis dengan lebih baik (cry better) berbanding bayi yang gagal mendapatkan respon yang sama. Bayi ini akan belajar untuk menangis lebih kuat (cry harder). Ini kerana mereka merasakan tangisan mereka belum cukup kuat untuk menarik perhatian penjaga.
Uswatun Hasanah bt Mohd Habib
Perunding Bertaulian Dunstan Baby Language Malaysia
Pembimbing Bertauliah The Happiest Baby
Facebook: Baby Language
Instagram: Baby Language
Email: blushing83@yahoo.com.sg

31 August 2014

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia
1. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
 2. Pemandu Kenderaan Gred H11 
3. Pekerja Awam Gred H11 
4. Pembantu Operasi Gred N11
PERMOHONAN TERBUKA

http://infokerja2u.com/job-vacancies-at-kementerian-kesihatan-malaysia-2

30 August 2014

3 CARA ATASI KETAKUTAN

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

setiap orang mesti ada ketakutan sendiri.... aku pun cam tu... dulu-dulu  biasanya kalau rasa takut aku akan buat jugak perkara tu... nanti lama-lama perasaan tu akan hilang....

contohnya takut nak pegang ular ke....
takut bila tengok binatang berbisa ke...
takut pegang katak ke...

hahaha now aku cuma takut dan geli ngan bunyi cicak je... sebab aku rasa cicak tu macam ketawa dan tegur orang je kuang3

my mother in law says "bini eman pegang je katak tu... siap hantar pegi kat semak lagi" huhihuhi....

bila kita berjaya atasi ketakutan atau kegelain terhadap sesuatu... kita akan lebih yakin... actually aku memang lebih beryakinan sikit la... dan perasaan itu beransur-ansur subur... alam jiwa...

sebab daripada tadika lagi aku selalu involve dalam aktiviti persembahan... nasyid, tarian, lakonan... masa belum baligh aku memang banyak terlibat dengan aktiviti seni la...

then bila dah besar sikit... aku lebih kepada memasuki pertandingan seperti catur... kuiz dan jadi presiden persatuan... jadi keyakinan dan rasa takut diatasi sedikit demi sedikit...

tip atasi rasa takut:
1. lakukan saje perkara yang kita takuti itu
2. selalu bercakap pada diri yang anda boleh
3. yakin Allah sentiasa ada untuk anda

 ni 1st time masak banyak untuk open house menu nasi tomato ngan ayam masak merah


aku tetap buat jugak... biarpun ade rasa was2 takut tak menjadi...

masa bujang dulu penah la masak untuk open house rumah sewa... tapi dulu menunya lain... bihun sup, soto dan lodeh

hehehe..

akhirnya berjaya masak dengan sedap... dan tetamu puji... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...