GENG LENSA HIDUP

03 October 2014

KUASA MEMBELI SECARA TUNAI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

dalam suasana peningkatan kos sara hidup... macam-macam hal terjadi... minyak dinaikkan... harga kereta diturunkan... kos membeli hartanah meningkat... GST bakal dilaksanakan... dan pelbagai lagi... yang nyata merunsingkan setiap individu...

cara paling mudah adalah sabar dan elakkan berhutang... dengan cara tingkatkan kuasa membeli secara tunai. bagaimana ya?

orang akan cakap ye je boleh beli kereta atau rumah atau motor secara tunai... dan elakkan membeli secara ansuran barangan kecil-kecil seperti handphone, sofa baru, laptop dan lain-lain barang.

caranya beli apa yang perlu... sabar dan gigih menabung... kenapa budak zaman sekarang kurang bersabar? tak seperti orang zaman dulu...

orang zaman dulu awal-awal kerja... boleh je hidup naik motor atau bas.... dan setelah lebih 10 tahun berkerja baru la merasa nak beli kereta... kalau nak beli pun bayar duit muka banyak untuk elak komitmen bulanan yang tinggi... ada juga yang beli tunai!

ini memang terjadi...

bapa aku boleh beli kereta vios second hand cash.... 53K otr. siapa kata tak boleh? bapak kawan aku beli kereta cash 27K biarpun hanya seorang penoreh... yang penting kesedaran dalam diri untuk mengelak daripada berhutang. 

tapi pada awal mereka meniti kehidupan... perlulah berjimat cermat dan menyimpan... dan ada kesabaran... sebab terpaksa naik motor.... dan sangat penting tidak bermewah-mewah dalam kehidupan... baru matlamat boleh tercapai...

berbeza budak zaman sekarang...
nak telefon pintar... itu pun dibayar ansuran... nak beli kereta... juga secara ansuran... atas alasan sebab tak de kenderaan nak pergi kerja... tak nak naik motor takut basah kena hujan... dan bla bla bla...

ditambah pula kini banyak bank yang sudi memberi pinjaman... hmmm sebab itu ramai yang tak fikir panjang untuk berhutang.... tetapi jika anda memikirkan keuntungan dan kelapangan sendiri... anda akan pilih untuk jadi insan yang bebas hutang.

yang paling kecewa pihak bank. kerana jika anda mengelak untuk berhutang anda sudah mengurangkan keuntungan bank =)

insan terdekat yang aku boleh jadikan contoh... adalah ayah aku yang most of the thing dia beli tunai... hanya rumah pertama dan kereta kedua dia je dia berhutang. kereta pertama dibeli secara tunai... dan kereta ketiga juga secara tunai.

barang lain kebanyakkan dibeli tunai... motosikal, telefon pintar... laptop.. PC, perabot rumah dan segala barangan elektrik... dibeli secara tunai... nak dapat tunai... kena lah menabung untuk dapatkan sesuatu =)

budak-budak sekarang
baru habis study dan dapat kerja... dah tak tahan nak ambik kereta baru... itu pun dengan zero down payment... hmmm nampak tak beza kesabaran orang dulu dan orang sekarang...

hidup bebas hutang adalah logik...

dan pada aku.... itu semua logik dan masuk akal untuk dilakukan oleh setiap orang... selain... anda berjaya untuk mengelakkan riba' yang sangat ditegah dalam Islam...

apapun... yang terjadi... semua bergantung pada pilihan anda sendiri...

berbelanja ikut kemampuan dan sabar dalam menabung he3 =)

bye... it's just my 10 cent opinion...





02 October 2014

7 TIPS UNTUK MENABUNG

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

dengan kos sara hidup yang makin meningkat... kita sangat perlu untuk jadi bijak daripada segala segi... dan paling penting ada matlamat untuk menabung...

antara resepinya adalah...

1. hapuskan hutang
usahakan untuk hapuskan hutang remeh... seperti pembelian peti sejuk, telefon pintar, sofa baru dan perkara yang kurang penting... untuk mengelakkan komitmen bulanan. lebih baik jika ada kuasa membeli secara tunai. 

2. menabung dari kecil
buka akaun untuk anak sejak mereka kecil lagi lepas pantang terus buat saving akaun untuk anak. lagi cepat lagi bagus... dan boleh mula menyimpan.

3. beli barangan yang menjimatkan
seperti mentol yang jimat tenaga... peralatan elektrik yang jimat tenaga... dan apa sahaja barangan yang menjimatkan... dan shopping barangan pakaian, mainan dan lain-lain ketika ada sale... cara ini boleh meningkatkan tabungan anda.

4. letakkan jumlah simpanan sasaran
set satu target untuk simpanan... dan usaha bersungguh untuk penuhi target tersebut. dan laburkan di dalam unit amanah... yang diyakini pulangannya... jika mampu laburlah emas.... kemudian melabur pula untuk hartanah... kerana pelaburan hartanah tiada masalah susut nilai...

5. selesaikan komitmen bulanan dahulu
bayar segala jenis bil yang ada... sebaik sahaja dapat gaji... elak tunggakkan bil.... dan anda akan nampak baki... asingkan untuk perbelanjaan rumah, duit kecemasan dan tabungan.

6. kurangkan makan diluar
biasakan masak di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja atau sekolah. nyata sangat menjimatkan. nak makan di luar sekali sekala boleh lah... duit yang biasa digunkan untuk makan diluar... terus masukkan dalam tabung hihihi

7. banyakkan sedekah
ni memang pesan dalam al- quran... sedekah akan meluaskan rezeki dan rezeki semakin berkat... badan pun sihat... ini akan meningkatkan lagi tabungan... jika rezeki anda bertambah.... rezeki berkat biarpun sedikit... dan badan sihat tak perlu jumpa doktor selalu juga membeli ubat... ini juga menjimatkan kos!

Insha Allah boleh menyimpan. selamat menabung!!!






01 October 2014

RESEPI SUSU PEKAT MANIS

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sahaja....

harga gula kini semakin meningkat... boleh katakan semua penjual akan mengurangkan kandungan gula dalam menu mereka.... ya... gula bahaya jika diambil berlebihan... haha tapi kadang-kadang aku rasa macam dah tak berapa best... jika bubuh gula serupa macam tanpa gula... mana nikmat rasa gula? 

beli gula dah la mahal... letak gula... tapi tak de rasa manis sedikit pun... hu3...

malah... yang aku perasan sekarang... susu pekat manis pun dah tak berapa nak manis... agaknya resepi susu pekat manis pun dah dikurangkan kandungan gulanya... aku agak la....

haishhhhhhhhhhhhhhhhhhh

label makanan ada perkataan manis pun dah tak berapa manis kih3 =)

sekarang ni pun dah ade resepi susu pekat manis tak silap aku cer korang google... huhihuhi =)


APA PERLU BUAT SEBELUM GST

Assalammualaikum...

apa tu GST? Goods and Services Tax

apa yang perlu kita buat sebelum GST?

jika ada duit... belilah rumah...
jika berduit belilah kereta...
jika berduit buatlah simpanan...
jika mampu berniagalah....

nak pergi holiday pergilah... 

cari pendapatan tambahan... 

sebelum pelbagai kemungkinan setelah GST dilaksanakan... biarpun menguntungkan negara... tetapi buat kita rakyat biasa... pasti kita terasa kesan sampingannya...

mungkin lebih negatif daripada yang positif...

mungkin... kita tunggu dan lihat....

semoga kita sentiasa terpelihara daripada pengkhianatan daripada pemimpin.... =)




30 September 2014

LUANGKAN MASA UNTUK ANAK

Assalammualaikum...

semoga sihat semuanya...

anda suami isteri sibuk berkerja... hingga tiada masa untuk anak... ayah sibuk mencari nafkah... si ibu juga sibuk berkerja... atau sibuk membuat kerja rumah...

carilah ruang dan peluang untuk bersama anak-anak... ambil masa paling tidak seminggu sekali... sekitar lepas solat zohor... jika tak bersiar-siar... ajak anak-anak belajar bersama... belajar mengaji... membaca ABC... teman buat kerja sekolah... bersembang-sembang...

kemudian boleh bawa mereka main di sekitar rumah bersama outdoor aktiviti... dan sekitar pukul 6 petang... ajak diaorang mandi dan main air pula... kalau ada kolam mandi mini... boleh la isikan air... gerenti diaorang gembira...

dan lihatlah sinar mata mereka jelas terpancar kegembiraan... dan berseri-seri... ceria je.... dapat bergomol dengan mak dan ayah.... =)

tak dapat buat hari-hati seminggu sekali pun jadilah...

hargai mereka... tak perlu modal besar... cukup aktiviti mudah sahaja...

aku seronok dapat teman anak-anak belajar mengaji... membaca... bermain bola... berlari... main gelongsor... main air... mandi kolam...




KETUANAN BARISAN NASIONAL

Assalammualaikum...

semoga semuanya selamat dan sihat....

buat kakitangan kerajaan biarpun bukan pemyokong kerajaan... kadang-kala terpaksa mendengar hasutan daripada Barisan Nasional yang disampaikan ketika mengikuti kursus yang dianjurkan oleh jabatan masing-masing...

ia... kadang-kala menjengkelkan bagi mereka yang memang tak setuju dengan cara pemerintah yang memperalat semua medium awam dan swasta yang ada...

seperti ini... para guru terpaksa mendengan agenda 'menakut-nakutkan' golongan cerdik pandai

secara 'cerdik' nya... bukan lah mudah untuk DAP mengusai Malaysia... dan secara bijaknya bukanlah mudah mereka nak buang atau kurangkan penjawat awam... melainkan atas alasan mereka suka mengular @ malas....

tetapi itulah yang sering dicanang-canangkan... bagi menakutkan para penjawat awam... apa yang dimaksudkan DAP 'buang' kakitangan awam itu adalah... buang penjawat awam yang jenis suka mengular... kerja jaga kaunter pertanyaan... tapi selalu lesap... mahu kerja hingga usia 60tahun tapi hampir setengah tahun cuti sakit... mahu gaji naik tiap-tiap tahun... tapi selalu mengular pergi bawa kenderaan jabatan hantar bini pergi pasar beli ikan dan sayur...

haaaaaaaaaaa penjawat awam macam ni lah yang patut kena buang... tak usah lah dibela lama-lama... itu akan merosakkan integriti Jabatan...

BN mahu semua rakyat anggap mereka Tuan... ya... jika Tuan tak ada kami akan jadi sangat teruk... dan terseksa... haha itu yang cuba BN gambarkan jika DAP perintah Malaysia... hatta Pakatan Rakyat sekalipun atau ada wujud apa-apa gerombolan lain... selain BN yang mahu memerintah Malaysia... maka BN akan gambarkan kehidupan rakyat akan merana tanpa BN....

come on lah...

hakikatnya...
DAP dah take over Pulau Pinang... ada tak dibuang nye penjawat awam? jika dibuang siapa yang nak buat kerja? 

sikap BN inilah yang masuk dalam kategori hasutan... tapi kerana mereka pemerintah mereka tidak dianggap penghasut... 

BN akan menakut-nakutkan semua di semua peringkat... di institusi pengajian tinggi... pada penjawat awam... orang-orang kampung...

dan... jika mereka yang waras dan percaya dengan ketentuan Allah pasti tidak akan termakan dengan kata-kata BN ini....

so renung-renungkan...

babai =)


NAIK MOTOR PELUK ERAT-ERAT

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... dan bahagia di samping keluarga tersayang...

masa aku sekolah dulu... ada la sepasang suami isteri... ustaz dan ustazah aku... naik motor pegi sekolah... motor jenis biasa-biasa saja... bukan la kawasaki ninja... Ducati atau yang sewaktu dengannya...

tapi si isteri memang peluk erat gila-gila si suami... haha sampai kan kami ni suka gelak-gelak bila tengok depa berpeluk sakan atas motor huhu (jahat tak)...

now...

bila aku dah kawin... haha... aku rasa bagi mereka-mereka yang selalu sibuk dengan urusan masing-masing... sekali sekala dapat membonceng husband... tu lah masanya nak peluk erat-erat... biarpun naik Honda C70 je... he3...

maksud aku...
secara automatiknya akan terasa kemesraan dan kasih sayang tu meresap ke dalam sanubari... cewahhhhhhhhhhh... aku rasa macam tu la feeeling ustazah aku tu dulu... keh3

walaupun baru lepas bergaduh ke ape... sebagai penumpang belakang kita kena lah peluk erat-erat supaya tak tergolek... itu peranan peluk erat-erat semasa naik motor... selain tu secara halusnya ia dapat memberi nostalgia romantik... dan juga salah satu cara mengeratkan kasih sayang suami isteri...

semakin lama semakin gua faham feel jadi bini-bini ni haha

hihi tu pandangan aku je laaaaaaaaaa =)

ok babai see u next =)


29 September 2014

KREATIF CARI DUIT

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

kreatif untuk jana pendapatan... merupakan satu ilmu yang sangat berharga... dan sangat wajar di miliki oleh setiap orang...

cara paling mudah berniaga...
berniaga online dan berniaga offline... 

ada dua pilihan... berniaga online sekarang ni macam-macam benda boleh diniagakan... daripada tepung kek, kerepek, kuih, pakaian, tas tangan, kasut, tilam, barangan bayi dan macam-macam lagi... yag penting kretaif dalam menghasilkan produk dan memilki harga yang berpatutan...

berniaga secara offline
jika anda tinggal di bandar... dan pandai memasak... anda boleh buat delivery service untuk set makan tengahari... makan malam... dan lain-lain set... untuk memenuhi selera bagi mereka yang sibuk berkerja... set makanan kampung mungkin... mereka mungkin jemu makan fast food seperti mcD, Pizza dan lain-lain... anda boleh buat penghantaran untuk mereka yang di sekitar anda... dan anda boleh iklankan di internet untuk menjimatkan kos pengiklanan...

kerana untuk pembuatan pastri dan kek kini sangat mudah untuk didapati... terutama bagi pengeluar kek buatan Muslim... itu memang sangat membanggakan... =)

jika anda tiada apa yang hendak dijual... anda boleh mengambil upah pada hujung minggu atau selepas waktu kerja... upah memasang aircond mungkin... service potong rumput dari rumah ke rumah... dobi service... (siap cuci hantar ke rumah pelanggan)... adan pelbagai lagi idea perniagaan...

jika itu pun anda tak mampu...
anda hanya suka mengadap komputer dan melayari internet... sahaja? anda boleh mula belajar untuk jadi blogger berjaya yang boleh menjana pendapatan... atau menjadi penulis novel... dan hantar manuskrip anda kepada penerbit...

pokok pangkalnya adalah rajin dan kreatif sahaja... rezeki Allah ada di mana-mana... dan jika ada istilah MALAS di dalam kamus hidup anda tiada siapa yang mampu menolong...

yang penting jangan sekali-kali cuba menipu jika anda berniaga... kerana anda tidak akan ke mana... jika anda rasa boleh lepas di dunia... akhirat tiada jaminan anda akan terlepas... ok =)

kerana tujuan anda mencari pendapatan ini juga untuk servive kehidupan di dunia sementara menanti waktu tiba masa anda di panggil ke alam lain...

dan yang terpenting banyakkan sedekah In sha Allah =)

perniagaan yang berjaya adalah perniagaan dengan modal paling minimum dengan keuntungan maksimum =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...