GENG LENSA HIDUP

10 August 2010

SABARLAH HAI JIWA

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...
SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT RAHMATNYA...



Sabarlah hai jiwa,
andai hasratmu tak terlaksana,
kerana engkau hanya merasakan,
tetapi Allah yang memberi keputusan.

Sabarlah hai jiwa,
tatkala duniamu terasa sempit,
tatkala kau rasa terhimpit,
kerana di sini bukan akhirmu.

Sabarlah hai jiwa,
ketika kau menaruh harapan,
tetapi tak kesampaian,
kerana Allah takkan biarkan kau sendirian.

Tak perlu kau soal,
kenapa Allah tak berikan?
kenapa Allah tak tunaikan?
kenapa derita masih menghimpit?
Apakah kau lebih tahu daripada Dia?

Hai jiwa,
tugasmu adalah melakukan ketaatan,
tugasmu adalah redha dengan ketentuan,
kerana Dia yang menciptakanmu,
takkan sekali-kali mengabaikanmu.

Biarkan mereka berbicara,
biarkan mereka berkata-kata,
kerana pengakhiranmu,
bukan mereka yang tentukan.

Tak mungkin bisa kau hitung nikmatmu,
berbanding deritamu.

Oleh itu,
sabarlah hai jiwa...


take note from: Persaudaraan Komuniti Siswa

p/s: didedikasikan buat jimart... tak sempat lagi sembang la bro... nanti 1 ramadhan kita mesej-mesej eh... tak pun u call i la huhuhuhu... cakap kat ayah dulu... tak sabar nak tau cite kamu =) dan sume yang membaca...

PERIHAL MENUTUP AIB



salam...
moga semuanya sihat dan bertambah berkat...

sebenarnya aku nak menaip entri lain... memandangkan keadaan agak kacau sedikit kat FB awal pagi tadi.. dengan mereka yang mempersoalkan perihal 'aib' yang hanya di'google' daripada internet tanpa hujah yang kukuh...


bismilllah...


mendedahkan suatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut... sama ada perkara tersebut adalah perbuatan atau sifat kejadian adalah samalah hukumnya dengan mengumpat...


hukum asal kepada mengumpat adalah haram kerana dengan mengumpat... aib seseorang muslim itu akan didedahkan kepada orang ramai... sedangkan dalam Islam mewajibkan seseorang muslim menyembunyikan aib seseorang...


namun dalam beberapa keadaan mengumpat dibenarkan oleh Islam.


Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat tu dibolehkan oleh syarak


situasi tu adalah seperti berikut...


1. orang yang dizalimi membuat aduan kepada pemerintah seperti khalifah dan hakim (sila aplikasikan dengan situasi sekarang) ataupun kepada orang yang berkemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman dapat dibanteras.


2. perbuatan mengumpat(mendedahkan) tu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "si fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada melakukan kemungkaran tersebut". AWAS!! niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata ingin mencegah kemungkaran.


3. meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada mufti. contohnya "si abu telah menzalimi saya. bagaimana cara saya untuk membela diri?"


4. memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatan yang beliau lakukan.


5. apabila seseorang tu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. walau bagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hnayalah perbuatan mungkar yang dilkaukan secara terang-terangan. manakala kejahatan yang dilakukan secara sembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.


6. mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. apabila individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya... maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. namun kebenaran ni dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya. selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.


kesimpulan


dalam situasi politik di negara kita... keadaan ni dibenarkan... untuk mengelakan kemungkaran daripada berterusan... begitu juga pendedahan sesuatu perkara... untuk membendung kemungkaran... tak kira yang terjadi pada individu atau organisasi... 


jika tak didedahkan maka masyarakat atau individu akan tertipu dengan zahir kebaikan. (sila aplikasikan situasi ni untuk mencegah kemungkaran dan tolong jangan berdiam diri dengan kemungkaran di depan mata... kerana di hari akhir nanti kita semua akan ditanya apakah sumbangan kamu untuk mencegah kemungkaran - sedangkan kamu mampu mengubah menggunakan tangan)


Al-Imam Al Nawawi menyatakan di dalam syarah Sahih Muslim contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan:


maka kalaulah pada zaman Khilafah Islamiah... seseorang rakyat boleh mendedahkan kepada Khalifah keburukan para menteri yang berada dibawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegurnya ataupun menggantikannya dengan menteri yang baru...


maka kita pada hari ini boleh untuk mendedahkan kepada rakyat kezaliman pemerintah dan tidak amanahnya mereka terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini di dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini....


penutup


dari konsep kenegaraan pada hari ni... menyelamatkan masyarakat daripada kezaliman pemerintah adalah dengan cara tidak memberikan undian kepada mereka pada musim pilihanraya.... pendedahan kejahatan para pemerintah pada hari kepada masyarakat adalah atas sebab kita ingin meminta bantuan masyarakat untuk mengubah kezaliman pemerintah dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh perlembagaan Malaysia...


AWAS!! 
jangan sesekali meng'google' hadis kemudian menempel di blog atau mana-mana tempat perkongsian tanpa meletakan hujah yang sepatutnya...


sebab aku banyak sangat jumpa manusia yang menempel tentang hadis menutup aib tanpa huraian... tak kira dalam FB atau di blog... paling banyak aku jumpa kat dalam FB bila bersembang dengan orang-orang songkok tinggi hehehe


segala yang baik datang dari DIA... yang buruk tu datang dari diri aku sendiri...


p/s: tq Tok Usin yang sokmo like ngan status aku kat FB huhuhu dan Ramli Ahmad yang selalu menyokong hahaha

09 August 2010

IBU IKAN DAN ANAK IKAN - GIGOLO KE?

salam
semoga semuanya sihat walafiat...
lagi-lagi dah nak menyambut ketibaan bulan Ramadhan ni

lame tak menaip rasenye... hehehe
kali ni aku nak berkongsi satu kisah...
buat renungan kita semua....

di dalam kehidupan dunia ikan... 
pada suatu hari ibu ikan telah berpesan kepada anak ikan....

ibu ikan: ko kalau jalan-jalan nant... bila jumpa cacing kat pancing jangan dimakan...
anak ikan: kenape ibu? bukan ke tu memang makanan kita?
ibu ikan: dengar je la cakap ibu ni...
anak ikan: kalau saya makan jugak kenape?
ibu ikan: kalau ko makan jugak... nanti ko akan ditangkap oleh manusia. nanti manusia akan siang ko... nanti manusia akan jadikan ko lauk mereka. ko mungkin digoreng atau dibuat masakan kegemaran mereka....
anak ikan: ooo... cam tu... 

pada suatu hari... anak ikan pun merayap la ke sana ke mari... melihat-lihat di sekitar kawasan kediaman... tiba-tiba dia ternampak pancing... yg telah diletakkan umpan cacing... anak ikan mula terfikir... ye ke... cakap ibu aku ni... anak ikan mula rase kurang yakin... al-maklum belum ade pengalaman lagi... sekadar mendengar cerita daripada si ibu je...

anak ikan pun rase mahu mencuba.... dipagutnya umpan cacing yang ade kat depannya tu... akhirnya anak ikan pun ditangkap dan disiang... lalu digoreng... untuk santapan anak si pemancing.... maka... betul la pesanan ibu ikan... tapi apakan daya semuanya telah terlambat...

ermmm.... ape yang korang dapat dari cerita ni?

kita manusia ni juga begitu... telah dikhabarkan... akan ade hari pembalasan... ade syurga dan neraka... neraka itu dahsyat balasannya.... dalam al-quran juga telah digambarkan bagaimana keadaan neraka tu... tetapi manusia masih belum benar-benar yakin dan tak gentar.... seperti anak ikan tu... kerana kita semua hanya mendengar ceritanya saje...

Adapun panasnya api neraka yang sedemikian dahsyat ternyata bahan bakarnya adalah manusia dan batu, Allah swt berfirman: Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir 

kat atas ni antara gambaran bagaimana neraka... 


06 August 2010

WAH SUDAH PREGNANT!!! TAKUT GEMOK AIR LA PULAK....



salam
semoga semua sihat walafiat...
moga bertambah berkat...


sebenarnya tajuk entri ni tak de berkaitan sangat ngan tajuk aku nak share malam ni hehehe... 


kali ni nak bercerita tentang jaundis neonatal terjadi bila ada kekuningan pada kulit akibat pemendapan bilirubin dalam darah di kalangan bayi.... kernicterus terjadi bila tahap bilirubin dalam darah tinggi dan mendap dalam sel-sel otak... ia sangat bahaya terutama bagi bayi pramatang(tak cukup bulan)... kerana mendapan ni boleh merosakan otak dan menyebabkan kecacatan kekal seperti lumpuh, sawan dan tak dapat bercakap bila besar nanti(bisu laaa)...


faktor umum yang menjadi penyebab penyakit jaundis ni adalah bayi lahir tak cukup bulan, kurang air, darah yang telah terminum oleh bayi semasa kelahiran... selain faktor-faktor lain seperti... pemecahan darah... iaitu kumpulan darah ibu tak sama dengan bayi... macam ABo atau Rhesus incompatibility... selain tu boleh jadi juga disebabkan oleh jangkitan kuman(sepsis)... kesan metabolik... seperti kurang hormon tiroid dan galaktosemia... selain sumbatan pada aliran bilirubin


tetapi faktor yang biasa dikesan punca terjadinya jaundis pada awal kelahiran adalah kerana ibu-ibu kekurangan air semasa mengandung... al-maklum... kena morning sickness... biasanya ibu-ibu akan alami alahan apabila berlaku perubahan hormon... yang akan menyebabkan muntah-muntah... dan beberapa perkara aneh... (ni bukan topik morning sickness)... so... tubuh si ibu akan dehidrat... jika si ibu tak minum kembali air dalam amount yang sewajarnya... maka kebarangkalian untuk anak mengalami jaundis adalah lebih tinggi... 


lagi satu kadang-kadang ade gak yang memang saje tak mau minum air banyak sangat... ye la bimbang gemuk air plak selepas melahirkan... wohooo... so beware of this situation =)


apapun berdoalah untuk kesejahteraan bayi dalam kandungan kerana yang menjaganya adalah Allah S.W.T... selain si ibu mengamalkan gaya hidup sihat... =)


p/s: esok aku tak de la... nak gi melawat jiran aku kat muar... dia sakit da 3 minggu... sampai kena ambik air tulang belakang... esok aku gi sekali ngan papa wi dan mama yah bawa anak auntie tu skali... jenguk-jengukan blog ni ye... semoga jiran aku cepat sembuh =)

KISAH DAN NOSTALGIA RAMADHAN

SAMBIL MINUM KOPI DI PADINNO KOPITIAM, TERINGAT PULAK KISAH MASA RAMADHAN DULU... ye la dulu-dulu zaman belom mumaiz... aku ni nakal la jugak kan... otak asik je la nak pekena orang... kebetulan plak aku ni tak tahan nak puasa... memang lapo manjang time bulan pose... kira zaman jahiliyah aku la tu...

dipendekan cite kawan-kawan aku ni may be kurang kesah.... kebetulan aku ni nakal... aku pi la kabo kat kawan-kawan aku... "wei korang tak buka ke? tu kan dah azan..." pastu kawan-kawan aku tanye... "hari tak gelap lagi..." aku pun jawab la... "janji dah azan boleh je buka..." kawan-kawan aku ni pun berbuka la... padahal mase tu azan zohor je baru... da la pi beli jajan kat kedai india... auntie tu ingat kami memang tak puasa... bila aku kenang-kenangkan... zalim betol aku ni...

dah la aku tak puasa... aktiviti pulak... pedajal orang di bulan ramadhan... nasib la mase tu tak baligh lagi... aku tadika lagi mase tu... huhuhu... bila da beso ni kalau teringat memang gelak sorang-sorang.... citenye pendek je... cukuplah untuk jadi nostalgia dalam hidup aku.... =)

ni bukan mase aku tadika.... ni mase aku jadi 'street musician' umo 2 tahun
kat felda jendrak selatan

p/s: pic ni aku saje tarok besar-besar supaya entri aku tak kontot hak3 =)

05 August 2010

MANUSIA DAN SYAHADAH



salam
berharap kalian semua sihat walafiat....
dan menjalani kehidupan dengan berkat....

cerita ni merupakan kisah benar... yang terjadi beberapa tahun dulu... diceritakan semula untuk generasi akan datang... supaya boleh mengambil ikhtibar daripadanya...

kisah ni berlaku pada seorang lelaki tua... ye seorang penduduk di sebuah kampung kat tempat aku. ye la orang dulu-dulu kan ade bela kerbau ye dak? ermm... senang cite aku letak name pakcik Z dan pakcik X.... memandangkan pakcik X ni seorang pengembala kerbau yang berjaya... so banyok la kerbau yang dibelanya...

pada suatu hari salah seekor kerbau pakcik X didapati telah hilang... ape lagi... marahlah pakcik X... kemudian pakcik X telah menuduh pakcik Z mencuri kerbaunya.... pakcik Z ni memang cukup 'cool' la omputih kate... orang tuduh dia curi  kerbau pun dia relax je... sikit pun tak marah... sambil dia kabo ke anak-anak dia... abah tak curi... buat ape abah nak marah... ni kan pulak nak membebel kat penduduk kampung... untuk memberitahu yang dia tak curi kerbau...

hohohoho.... begitu 'cool' pakcik Z... 

beberapa bulan kemudian... pakcik X yang suatu mase dulu pernah menuduh pakcik Z mencuri kerbaunya... telah mengadakan kenduri kesyukuran... dalam list jemputan kenduri tu tersenarailah nama pakcik Z... ohhh... bila ade orang menjemput anda ke suatu majlis seboleh-bolehnya kena la datang kan... ye tak? berpegang pada prinsip itu pakcik Z menghadiri undangan ke rumah pakcik X... biarpun suatu mase dulu beliau pernah di tuduh sebagai pencuri kerbau...

ye beliau hadir dengan hati yang ikhlas... tanpa menyimpan rasa tak puas hati...

pada suatu hari pakcik Z sakit... dan nazak... anak-anaknya ade duduk di sampingnya... sambil mengajar beliau mnegucap kalimah syahadah... akhirnya pakcik Z dapat melafazkan kalimah syahadah yang lengkap sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir... 

yang biasa kita lihat ade yang yang mampu melafazkan kalimah syahadah hanya sekerat... ataupun amat susah untuk melafazkannya... dan macam-macam ragam saat menjelang kematian...

jika korang di tempat pakcik Z apa korang akan buat bila korang dituduh?
jika korang di tempat pakcik Z adakah korang sudi menghadiri kenduri tu?

keikhlasan bukan sekadar pada lisan...
memaafkan bukan sekadar pada bicara...

orang selalu cakap saya ikhlas ni...
orang selalu cakap saya dah maafkan...

renung-renungkan... =)

p/s: sehari berehat... hari nak balas jejak kawan-kawan... hehehe... demam teruk bhai satu hari... wuu kena amik darah n buat urin test.... haiyak... jumaat ni kena pegi lagi wat check up adeh

to jimart: jangan sedih-sedih ma... cannot la cry on my shoulder...

04 August 2010

4 OGOS 2010 [SELAMAT HARI LAHIR EMAN]


Ya Allah ,
berilah ketenangan buat temanku ini,
mudahkannya dalam segala urusan,
benamkanlah kalam-kalamMU utuh dalam nuraninya,
tampilkan addhiya’ diwajahnya,
kembalikan semangat jhad dalam dirinya,
kuatkan bara juang pada minda, jasad dan qalbunya,
lembutkan lidahnya memuji kebesaranMU,
lantangkan lidahnya menegakkan agamaMU,
semaikan pada jiwanya bahawa mukmin itu khalifah,
muliakan dirinya dengan ilmu,
matikannya dalam roh syuhada
segalanya terjadi dengan takdirMU
amin…

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 24  BUAT
MOHD NOOR AIMAN BIN ABIDIN
[DILA]

p/s: auto publish entri. siap pada 1 julai 2010

02 August 2010

IKHTIBAR BAGI YANG SEMPURNA FIZIKAL

salam
hola... moga semua sihat walafiat...

cuba korang tengok video ni... sampai habis...

orang kurang upaya pun tekun nak pi masjid.... ni kan plak orang yang sempurna sifat... sepatutnya lebih tekun dan lebih bersyukur... walaupun serba kekurangan... tu bukan satu alasan untuk lalai pada yang Maha Pencipta... 

p/s: aku try nak upload video yang rakam semalam... tapi beso la... sebab gune handycam... nak kompres cam tak best je... nanti aku try amik yang dari hp plak hi3 =)

10 MAKANAN ANTI KOLESTROL



1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zatgalian. Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgnzat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkankolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenislabu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkankolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg palingbanyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untukmembekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minumjusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakulemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon danmakarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatankadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kayadengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidakmerosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada seranganjantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupayamencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa ygmengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkankadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkanbahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalamdarah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakitjantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrolanda.

10 JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagimemastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkanialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagimereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang,jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

perkongsian: USTAZ KAMAL AZHARI ZUHRA

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT



salam
sedikit perkongsian....

11 jenis manusia didoa Malaikat

Jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

kiriman emel: Amal Rahman

01 August 2010

PERINGATAN UNTUK SAIFUL BUKHARI!!!

Ummi Hafilda Ali: salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah tidak diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya.

Azizan Abu Bakar: rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat mengaku berzina depan hakim syariah dan dihukum enam bulan penjara. 

Aziz Shamsuddin: ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahwa beliau tidak terlibat dalam konspirasi); tidak terpilih menjadi ketua UMNO bahagian Gopeng hingga menyebabkan Dr. Mahathir campur tangan untuk membolehkan Aziz menjadi ketua. Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji. 

Rahim Noor: Bekas ketua polis pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini. 

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman! 

Daim Zainuddin: Kini hilang dari arus politik perdana, anak didik korporatnya seperti Halim Saad dan Tajuddin Ramli kini menghadapi masalah kewangan dan bisnes

Dr Ristina Majid: seorang lagi dalang konspirasi... Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. 
Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya. 

Ya, hanya 'perkara yang baik' akan menemui mereka yang melakukan 'kebaikan' kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.

Terima Kasih buat Mtd Kota Lama (Majlis Tindakan Dun Kota Lama)

lihat juga dua video ini SINI dan SINI

nota: TURUT DIINGATKAN TENTANG TIPU DAYA PARTI PEMERINTAH YANG BEGITU GHAIRAH MELAUNGKAN SLOGAN 1 MALAYSIA - KONONNYA MEMBELA RAKYAT SELURUHNYA TETAPI HAKIKATNYA MASIH TERUS MEMBIARKAN RASUAH BERLELUASA, KETIRISAN PERBELANJAAN YANG MAKIN PARAH, SISTEM KEHAKIMAN YANG NAZAK MENANTI AJAL DAN KEZALIMAN SERTA SALAHGUNA KUASA YANG TERUS MENEKAN KEHIDUPAN RAKYAT...

p/s: aku juga masih ingat pada tahun 1998 saat anwar dipecat dengan alasan seks luar tabii... pada sebelah petang selepas pemecatan tu... risalah mengenai DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TELAH MELAKUKAN SEKS DILUAR TABII telah tersebar luas di SELURUH JABATAN KERAJAAN... hingga kan ke sekolah-sekolah... MAJLIS DAERAH TEMPATAN dan sebagainya... ini aku perhatikan sendiri... walaupun mase tu aku di TAHUN 6. sungguh tak logik!!! kerana KES BELUM DIBICARAKAN DI MAHKAMAH.


BEWARE OF THIS SITUATION


salam
moga semua sihat walafiat...
juga bertambah berkat...

ape la agaknye topik aku nak share kali ni ye?

tajuk plak BEWARE OF THIS SITUATION
agak-agaknye ape ye?

anda makan gaji?
pekerja di sektor awam? atau sektor swasta? penah cilok time on duty? alaaaaaaaa penah tak kuar pi mane-mane mase waktu bertugas untuk urusan peribadi... kalau ko keje jadi driver ambulans ko pegi cilok jap bawa ambulans gi pasar tani sat... kalau ko staff mane-mane department... mase ko ngah keje... patut ko ade kat office... tapi ko cilok jap pi jumpa awek ke... pi shopping barang dapur ke... pi la mane-mane pun... tapi bukan atas dasar urusan keje...

penah tak?
ko ambik MC (Medical Certificate) tapi ko pegi bercuti... ko pegi satu tempat yang patutnye orang tengah MC tak patut sampai... ye la... orang ngah MC patut dok umah berehat-rehat je la.... penah tak wat cam tu?

berhati-hati...
jika korang selalu buat cam tu sila la berhati-hati... mungkin jika berlaku sebarang kecelakaan korang mungkin tak dapat nak claim pencen atau nak mintak pampasan... sebab korang cilok waktu berkerja... duit pencen yang korang nye anak bini patut dapat kalau korang mati ke... kemungkinan ahli keluarga korang tak kan dapat... sebab ape yang diisytihar tak sama dengan apa yang dilakukan... korang patut ade kat ofis... tapi korang cilok... ape cer?

kat sini ade beberapa contoh...
yang aku sendiri pernah tengok... 

kisah satu:
seorang tukang kebun yang sepatutnya pada kira-kira jam 8:30pagi berada di sekolah untuk melakukan tugasan seperti biasa... tetapi pada hari kejadian... dia telah cilok untuk ke pasar tani yang ade di hadapan sekolah tempat dia berkerja... semasa hendak menyeberangi jalanraya menggunakan motorsikal... dia telah ditimpa kecelakaan jalanraya dan koma... hingga ke hari ni... dan apabila.... waris nak menuntut pampasan... pihak waris tak berhak dapat... sebab lelaki tersebut telah 'cilok' pada masa bertugas untuk melakukan urusan peribadi...

kisah dua:
seorang pegawai di Pusat Perubatan.... telah mengambil cuti pada hari bekerja... dan di dalam borang cuti telah diisi "beliau akan pergi ke Perak" tetapi rupanya beliau telah pergi ke Indonesia.. bersama 3 orang rakan untuk urusan peribadi... tapi malangnya beliau dan seorang rakan telah hilang dan tak dapat dikesan hingga kini... yup hilang kat indon... waris yang ade di malaysia iaitu isteri dan anak-anak beliau... tak dapat menuntut pencen kerana biarpun telah diisytihar meninggal dunia... tetapi beliau telah pergi ke tempat lain berbeza dengan apa yang diisi dalam borang cuti...

sebenarnya banyak lagi contoh yang ade... cukuplah rasanya...

sebagai mereka yang faham dan tau hukum mesti ambik pusing situasi ni kerana anda dikira curi tulang dan tak jujur.... dan yang menjadi efeknya adalah waris anda... dan sangat membeban jika anda sudah berkeluarga... dan jika isteri anda tidak berkerja... lebih-lebih lagi jika kehidupan anda dikelilingi hutang... so fikir-fikirkanlah.... hutang kereta... hutang rumah... dan lain-lain... ohhhhhhh

dibimbangi waris anda tidak akan dapat apa-apa tapi terpaksa pulak berdepan dengan bebanan yang semakin bertambah

BAIK PUNYA CILOK... =)

p/s: penat gile... terlebih hi-tea ohhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...