GENG LENSA HIDUP

29 July 2012

BLOG DAN PERKARA NEGATIF...

salam dan selamat sejahtera...

semoga semuanya sihat sokmo... bila dah kate canggih... mesti tak glam la kalo tak de blog dengan facebook... ye dak?? kih3

sedar atau tak adekah ape yang kita sampaikan kat dalam blog tu btol ke??? tepat daripada sumber... atau kita cuma dengar ape yang orang kate?

kalau btol... tu adalah fakta dan kalau salah tu adalah fitnah... dan kalau fitnah jika dilampaikan secara berterusan maka berantailah dosa kita... huhuhu... (gelak-gelak jugak tapi ni btol-btol serius)

memandangkan aku sekarang dah berhusband... so selalulah kita orang brainstorming... beliau selalu argue dengan aku isu blog, politik dan lain-lain he3... 

last skali aku cakap kat laki aku... tu la kitaran alam... bila akhir zaman macam-macam la yang ade yang boleh rosakkan manusia... kalau tak... tak de la kiamat... ok lah... aku malas komen panjang-panjang... untuk tu aku tak mau la tulis cite-cite yang was-was dalam blog aku lagi... 

papepon wat la pilihan yang bijak okeh!!! babai...

nota: aku da cakap kat laki aku... aku tetap gak nak tulis blog tapi ngah dok carik idea la jugak...  i luv u bebi =)


ok bebi!!!

22 July 2012

CIPTA SELERA BAYI ANDA

salam dan selamat sejahtera semua...

kali ni aku nak berkongsi tips untuk membuat makanan bayi...

memandangkan aku sekarang ni da ade baby... sebagai seorang mummy... mesti la kena pastikan anak kita makan makanan yang berkhasiat je... betol tak???

makanan yang mengandungi semua khasiat dalam piramid makanan...

bagi aku...

bila my baby cukup 6 bulan... aku selalu fikirkan menu-menu yang boleh membuka selera anak aku tu.... hehe...

korang boleh cuba beri bayi korang...

MENU 1 (bubur kurma)

segenggam beras
air secukupnya
5-6 biji kurma dicincang halus (option)

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender...

*kurma sangat bagus kerana mengandungi pelbagai khasiat dan merupakan makanan sunnah

MENU 2 (bubur ikan bilis)

segenggam beras
air secukupnya
10-20 ekor ikan bilis bergantung pada saiz
sedikit sayur hijau yang dicuci bersih (contoh: sawi, bayam hijau, bayam merah, pucuk manis)
lobak merah (sumber vitamin A yang bagus untuk mata)

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender... ikan bilis boleh ditumbuk atau blender....

MENU 3 (bubur ayam)

segenggam beras
air ssecukupnya
isi ayam tanpa lemak
sedikit sayur hijau seperti menu kedua
sedikit labu
sedikit lobak merah

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender... 

MENU 4 (bubur daging)

segenggam beras
air secukupnya
daging tanpa lemak
sedikit sayur hijau seperti menu kedua
lobak merah
kentang

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender... 

MENU 5 (bubur ikan)

segenggam beras
air secukupnya
isi ikan (contoh: siakap, tenggiri, haruan, keli, kembung, selar dll)
sedikit sayur hijau seperti menu kedua
lobak merah
kubis ungu

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender... 

nota: beri kombinasi yang bersesuaian dengan piramid makanan... dan bahan-bahan yang ada di dapur anda...

labu - memberikan warna kuning pada bubur
lobak merah - warna oren
sayuran hijau - warna hijau
kubis ungu - warna ungu
bayam merah - warna merah ungu

pasti bayi anda berselera dengan warna-warna yang menarik...

cuba elakkan penambahan garam atau gula di dalam makanan bayi anda... dan berikan rasa semulajadi... =) selamat mencuba!!!

anak aku ahmad al mahdi susah nak menolak bila disuakan bubur...

ahmad al mahdi mase umo 10 bulan... 



21 July 2012

SALAM RAMADHAN

salam semua...
moga semua sihat sejahtera... dan senyum selalu...
berlalulah 1 ramadhan.... hari ni...

amacam???
syukur dapat bertemu ramadhan kali ni... =)
ni entri pertama lepas aku da jadi mummy....

kali pertama berpuasa dengan baby...
kali kedua berpuasa bersama hubby....

salam ramadhan sekali lagi...
segala salah dan silap mohon ampun dan maaf =)

11 June 2011

JEJARI CANTIK DAN COMEL

salam dan selamat sejahtera buat semua...

jom layan gambar jari-jari comel... yang aku rembat daripada yahoo search... =)








10 June 2011

ZAMAN KANAK-KANAK DAN SETEM

salam dan selamat sejahtera buat semua yang singgah...

hehehe....
pagi semalam aku dok layan MHI... (bukan rancangan joget-joget ehhhhh)

ade la cite pasal pengumpul setem tegar... yang da jadi jutawan... dek kerana harga setem yang juta-juta... heheh... aku pon mula la terkenang..... (bayangkan ade awan atas kepala... mood : terkenang)

aku pon dulu-dulu pengumpul setem jugak....

nak-nak bile dapat setem yang ade gambar macam-macam tuuuu...

babak paling syok bile nak tanggalkan setem daripada sampul surat...

dengan gembiranya aku akan koyak dulu sampul tu... kat bahagian yang ade setem... pastu aku rendam dalam mangkuk yang ade air... sampai la setem tu tertanggal... pastu baru aku lekatkan kat tepi peti sejuk... sampai la setem yang basah tu jadi kering... kan kat tepi peti sejuk tu panas... heheh... memang syok la mase tu...

bile da kering baru la simpan kat dalam album setem....

zaman sekarang da susah nak dapat setem... kecuali gi sendiri pejabat pos pastu beli setem untuk diri sendiri... zaman sekarang kan zaman HELO HELO...

p/s: agak-agak korang ade tak sesape nak beli setem gambar posmen naik motor aku???

mungkin ke sebab da nak beranak so aku selalu la terkenang zaman kanak-kanak kui kui kui...


09 June 2011

APO NAK DI KATO...

salam semua...

fuhhhhh berbolan-bolan tak de post entri....

harap semua kawan-kawan blogger sehat selalu... gembira... dan semakin ceria... yelah da lame tak update... blog... nak kate ape pon da tak tau... yang dasatnye... blog kawan-kawan sume semakin cantik, menarik dan tertarik... cayalahhhhhhhhhhh....


p/s: nanti ade mase... leh la aku menaip satu dua entri

18 March 2011

PERTANDINGAN SENJATA TAJAM PERINGKAT DUNIA

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang. 


Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. 

Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai. 

Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairanan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang. Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan". 



02 February 2011

AKU BENCI SAMA AHLI MUZIK!!!

 
aku tak leh benci ahli muzik secomel ni....

 
"hello hunny bunny... surprise!!!" tiru gaya man RAJA LAWAK...

27 January 2011

APAKAH ASID FOLIK???

salam dan selamat sejahtera semua...

biasa dengar tak perkataan asid folik... kadang-kdang ade gak yang sebut folik asid... ape pun bunyinya... menda alah tu tetap same... kat sini aku nak kongsikan kepentingan asid folik....

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
 
Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 

 

 

26 January 2011

TUNGGU!!! JANGAN TIDUR DULU....

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslimin meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana dapat aku melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?"

Rasul tersenyum lalu berkata :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali ia seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.

Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,

Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Posted by mim at 11:52 AM

Monday, April 7, 2008
Tidur..

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan atau stress dan akan mudah dijangkiti penyakit, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function,1999)

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."


Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya."

Ketika Rasullullah mendengar perkataan Salman, baginda berkata:

"Benarlah Salman."

(Hadis Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."

(Hadis Bukhari Muslim)


Sunnah Tidur Tengahari

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sebentar di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Sekian,untuk dikongsi.Wallahuallam.

p/s: tq untuk saufi di atas kiriman emel ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...