GENG LENSA HIDUP

03 October 2014

KUASA MEMBELI SECARA TUNAI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

dalam suasana peningkatan kos sara hidup... macam-macam hal terjadi... minyak dinaikkan... harga kereta diturunkan... kos membeli hartanah meningkat... GST bakal dilaksanakan... dan pelbagai lagi... yang nyata merunsingkan setiap individu...

cara paling mudah adalah sabar dan elakkan berhutang... dengan cara tingkatkan kuasa membeli secara tunai. bagaimana ya?

orang akan cakap ye je boleh beli kereta atau rumah atau motor secara tunai... dan elakkan membeli secara ansuran barangan kecil-kecil seperti handphone, sofa baru, laptop dan lain-lain barang.

caranya beli apa yang perlu... sabar dan gigih menabung... kenapa budak zaman sekarang kurang bersabar? tak seperti orang zaman dulu...

orang zaman dulu awal-awal kerja... boleh je hidup naik motor atau bas.... dan setelah lebih 10 tahun berkerja baru la merasa nak beli kereta... kalau nak beli pun bayar duit muka banyak untuk elak komitmen bulanan yang tinggi... ada juga yang beli tunai!

ini memang terjadi...

bapa aku boleh beli kereta vios second hand cash.... 53K otr. siapa kata tak boleh? bapak kawan aku beli kereta cash 27K biarpun hanya seorang penoreh... yang penting kesedaran dalam diri untuk mengelak daripada berhutang. 

tapi pada awal mereka meniti kehidupan... perlulah berjimat cermat dan menyimpan... dan ada kesabaran... sebab terpaksa naik motor.... dan sangat penting tidak bermewah-mewah dalam kehidupan... baru matlamat boleh tercapai...

berbeza budak zaman sekarang...
nak telefon pintar... itu pun dibayar ansuran... nak beli kereta... juga secara ansuran... atas alasan sebab tak de kenderaan nak pergi kerja... tak nak naik motor takut basah kena hujan... dan bla bla bla...

ditambah pula kini banyak bank yang sudi memberi pinjaman... hmmm sebab itu ramai yang tak fikir panjang untuk berhutang.... tetapi jika anda memikirkan keuntungan dan kelapangan sendiri... anda akan pilih untuk jadi insan yang bebas hutang.

yang paling kecewa pihak bank. kerana jika anda mengelak untuk berhutang anda sudah mengurangkan keuntungan bank =)

insan terdekat yang aku boleh jadikan contoh... adalah ayah aku yang most of the thing dia beli tunai... hanya rumah pertama dan kereta kedua dia je dia berhutang. kereta pertama dibeli secara tunai... dan kereta ketiga juga secara tunai.

barang lain kebanyakkan dibeli tunai... motosikal, telefon pintar... laptop.. PC, perabot rumah dan segala barangan elektrik... dibeli secara tunai... nak dapat tunai... kena lah menabung untuk dapatkan sesuatu =)

budak-budak sekarang
baru habis study dan dapat kerja... dah tak tahan nak ambik kereta baru... itu pun dengan zero down payment... hmmm nampak tak beza kesabaran orang dulu dan orang sekarang...

hidup bebas hutang adalah logik...

dan pada aku.... itu semua logik dan masuk akal untuk dilakukan oleh setiap orang... selain... anda berjaya untuk mengelakkan riba' yang sangat ditegah dalam Islam...

apapun... yang terjadi... semua bergantung pada pilihan anda sendiri...

berbelanja ikut kemampuan dan sabar dalam menabung he3 =)

bye... it's just my 10 cent opinion...





02 October 2014

7 TIPS UNTUK MENABUNG

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

dengan kos sara hidup yang makin meningkat... kita sangat perlu untuk jadi bijak daripada segala segi... dan paling penting ada matlamat untuk menabung...

antara resepinya adalah...

1. hapuskan hutang
usahakan untuk hapuskan hutang remeh... seperti pembelian peti sejuk, telefon pintar, sofa baru dan perkara yang kurang penting... untuk mengelakkan komitmen bulanan. lebih baik jika ada kuasa membeli secara tunai. 

2. menabung dari kecil
buka akaun untuk anak sejak mereka kecil lagi lepas pantang terus buat saving akaun untuk anak. lagi cepat lagi bagus... dan boleh mula menyimpan.

3. beli barangan yang menjimatkan
seperti mentol yang jimat tenaga... peralatan elektrik yang jimat tenaga... dan apa sahaja barangan yang menjimatkan... dan shopping barangan pakaian, mainan dan lain-lain ketika ada sale... cara ini boleh meningkatkan tabungan anda.

4. letakkan jumlah simpanan sasaran
set satu target untuk simpanan... dan usaha bersungguh untuk penuhi target tersebut. dan laburkan di dalam unit amanah... yang diyakini pulangannya... jika mampu laburlah emas.... kemudian melabur pula untuk hartanah... kerana pelaburan hartanah tiada masalah susut nilai...

5. selesaikan komitmen bulanan dahulu
bayar segala jenis bil yang ada... sebaik sahaja dapat gaji... elak tunggakkan bil.... dan anda akan nampak baki... asingkan untuk perbelanjaan rumah, duit kecemasan dan tabungan.

6. kurangkan makan diluar
biasakan masak di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja atau sekolah. nyata sangat menjimatkan. nak makan di luar sekali sekala boleh lah... duit yang biasa digunkan untuk makan diluar... terus masukkan dalam tabung hihihi

7. banyakkan sedekah
ni memang pesan dalam al- quran... sedekah akan meluaskan rezeki dan rezeki semakin berkat... badan pun sihat... ini akan meningkatkan lagi tabungan... jika rezeki anda bertambah.... rezeki berkat biarpun sedikit... dan badan sihat tak perlu jumpa doktor selalu juga membeli ubat... ini juga menjimatkan kos!

Insha Allah boleh menyimpan. selamat menabung!!!






01 October 2014

RESEPI SUSU PEKAT MANIS

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sahaja....

harga gula kini semakin meningkat... boleh katakan semua penjual akan mengurangkan kandungan gula dalam menu mereka.... ya... gula bahaya jika diambil berlebihan... haha tapi kadang-kadang aku rasa macam dah tak berapa best... jika bubuh gula serupa macam tanpa gula... mana nikmat rasa gula? 

beli gula dah la mahal... letak gula... tapi tak de rasa manis sedikit pun... hu3...

malah... yang aku perasan sekarang... susu pekat manis pun dah tak berapa nak manis... agaknya resepi susu pekat manis pun dah dikurangkan kandungan gulanya... aku agak la....

haishhhhhhhhhhhhhhhhhhh

label makanan ada perkataan manis pun dah tak berapa manis kih3 =)

sekarang ni pun dah ade resepi susu pekat manis tak silap aku cer korang google... huhihuhi =)


APA PERLU BUAT SEBELUM GST

Assalammualaikum...

apa tu GST? Goods and Services Tax

apa yang perlu kita buat sebelum GST?

jika ada duit... belilah rumah...
jika berduit belilah kereta...
jika berduit buatlah simpanan...
jika mampu berniagalah....

nak pergi holiday pergilah... 

cari pendapatan tambahan... 

sebelum pelbagai kemungkinan setelah GST dilaksanakan... biarpun menguntungkan negara... tetapi buat kita rakyat biasa... pasti kita terasa kesan sampingannya...

mungkin lebih negatif daripada yang positif...

mungkin... kita tunggu dan lihat....

semoga kita sentiasa terpelihara daripada pengkhianatan daripada pemimpin.... =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...