GENG LENSA HIDUP

05 April 2016

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2016


Kemudahan yang disediakan di MAEPS sepanjang pesta buku.
1) Lebih dari 6000 tempat letak kereta disediakan. Terdapat 2 Zon tempat letak kereta di MAEPS.
Zon 1 - Berhampiran/Sekitar Dewan A, D & C 
Zon 2 - Tempat letak kereta Pelawat (Visitors parking)

2) Tram disediakan - Bagi Zon Visitor Parking, Tram percuma disediakan untuk membawa pengunjung terus ke Dewan Pameran.
3) Taman Keriangan Kanak-Kanak. 
Ibu bapa boleh memilih buku dengan tenang, dengan menempatkan anak-anak di Taman Keriangan Kanak-Kanak yang disediakan.

4) Laluan Berbumbung yang menghubungkan setiap dewan pameran.
5) Surau untuk lelaki & perempuan disediakan. Untuk Solat Jumaat, terdapat 2 masjid yang berhampiran iaitu Masjid MARDI & Masjid UPM.
6) Tandas dan Bilik Ibu & Anak disediakan. Bilik Ibu & Anak sangat luas dan selesa.
7) Pegawai perubatan & ambulan kecemasan ditempatkan dibilik rawatan yang disediakan. Sebarang masalah kesihatan sepanjang pesta buku berlangsung, bolehlah rujuk pegawai yang bertugas.
8) Anggota Polis akan ditempatkan di kaunter-kaunter bergerak di dalam & luar dewan.
9) Street Mall (Food Truck & Art Activities - Face painting, Coloring Contest, etc). Cafe makanan juga terdapat di kawasan Dewan D.
10) Kaunter Informasi di Street Mall, tempat rujukan untuk pertanyaan dan penunjuk arah.

FROZEN VERSI BARU

kakak yang extreme suka frozen... tapi dia panggil 'pojen'

hahaha...

ni cupcake mama nora buatkan... dah tak sabar sangat nak kek frozen....
mama dah tempah kek special frozen untuk kakak he3 frozen rambut panjang gitu.....

tunggu 12 april naaaa







04 April 2016

THE ARRIVAL OF DAJJAL IS NEAR

Ya Ayuhannas Dajjal sudah berada di tengah-tengah umat Islam. Dajjal hanya belum mengaku Nabi Dan Tuhan sahaja, tapi sudah ada dikalangan kita.
Dajjal ini ialah tactician, geologist, psikologist, dan economist, saintis, ahli sihir jahat, dan seorang Raja Yahudi yang Jahat.
Dajjal ialah tactician yang hebat dengan mengabungkan psikologi dan ekonomi untuk mengawal manusia ibarat robot yang tiada akal. Dajjal menguasai algorithms-algorithms yang mustahil untuk otak manusia biasa fahami dan mahir.
Untuk menguasai psikologi umat manusia di bumi, Dajjal telah menjelajah dunia sudah berabad lamanya. Dunia Atlantis, Dunia Lemuria, Dunia Shambala dan Dunia Babylon semuanya beliau merosakkan dengan menyuruh pemerintah mereka ingkar pada Allah SWT dan memerintahkan Raja-Raja pada zaman itu membunuh Nabi dan Rasul yang menyebarkan agama Allah SWT.
Dajjal hanya ditambat ketika Zaman Rasulullah SAW kerana bisa merosakkan perkembangan Islam. Dan dengan kewafatan Rasulullah SAW, Dajjal muncul kembali dan merosakkan Islam dengan menghasut Khawarij-Khawarij sebagai hambanya untuk membunuh 2 Khalifah Agung Islam iaitu Saidina Uthman R.A dan Saidina Ali KWJ.
Sultan Al-Fateh dizaman Islam yang berikutnya sedar tentang kewujudan Dajjal dizaman beliau dan membuat keputusan untuk meluaskan empayar Kerajaan Islam dengan menakluk Eropah dan Timur Tengah. Dajjal melarikan diri ke Eropah untuk mengumpulkan tentera-tentera Yahudinya kembali dengan taktik perang SARAF.
Lama-kelamaan, Islam berjaya menakluk Andalusia iaitu Sepanyol. Tapi lama-kelamaan, Islam mula leka dengan keamanan. Dajjal sebagai tactician dan psikologist yang hebat berjaya mengesan kelemahan umat Islam lalu Dajjal telah berjaya membunuh semua umat Islam dengan kejam di Andalusia. Inilah TRAGEDI APRIL FOOL.
Dajjal ini ialah manusia yang dipanjangkan umurnya dengan keizinan Allah SWT. Setiap 100 Tahun usianya, Dajjal akan kembali muda dan setiap 100 Tahun, Dajjal akan memanggil hamba-hambanya untuk bermesyuarat untuk melaksanakan rancangan Jahatnya.
Apabila Dajjal telah menguasai Raja-Raja Eropah dengan Hutang Bank, Dajjal mula melangkah ke arah Timur dan Barat melebarkan sayap dan tenteranya. Apakah logik? Logik bagi Dajjal dan tidak logik bagi pemikiran kita. Ingatlah bahawa England telah tergadai negara dengan hutang perang berlawan dengan Napoleon dari Perancis. England walau menang peperangan itu, mereka berhutang berjuta-juta dan tak mungkin dapat membayar bunga tersebut walau beribu tahun bekerja. Perancis? Juga mengalami nasib yang sama. Peperangan memerlukan duit dan Financial yang kukuh. Dajjal memberi pinjaman kewangan kepada England dan juga Perancis pada masa yang sama. Tidak kira siapa yang menang, mereka tetap berhutang pada akhirnya. Apakah ini kebetulan? Tidak. Ini rancangan yang sangat dasyat dan merupakan fitnah yang begitu besar.
Syarikat India Timur mula melangkah India, China dan ke Melaka dan menakluk Melaka melalui Belanda. Benda ini seperti rangkaian jalur lebar wayar internet. Jika dicantum akan nampak siapa yang diatas. Mula-mula menguasai ekonomi, kemudian menguasai negara, kemudian mengawal institusi Di-Raja dan akhirnya menguasai AGAMA.
Lihatlah sistem dunia sekarang, RIBA, PENDIDIKAN SEKULAR, UNDANG-UNDANG THAGUT, PEMIMPIN ZALIM.
Datang dari mana kecelakaan dan bala ini? Dajjal Al-Masih
Setiap Rasul dan Nabi didunia sering dan sentiasa mengingatkan kaum-kaum mereka tentang Dajjal
Sabda Rasulullah SAW
"Aku akan menceritakannya kepada kalian dan tidak ada seorang Nabi pun melainkan telah menceritakan tentang Dajjal kepada kaumnya. Sungguh Nabi Nuh ‘alaihis salam telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang tidak pernah dikatakan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, yaitu Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Allah sama sekali tidaklah buta“. (HR. Bukhari no. 3337 dan Muslim no. 169)
“Tidaklah seorang Nabi pun diutus selain telah memperingatkan kaumnya terhadap yang buta sebelah lagi pendusta. Ketahuilah bahwasanya dajjal itu buta sebelah, sedangkan Rabb kalian tidak buta sebelah. Tertulis di antara kedua matanya “KAAFIR”.” (HR. Bukhari no. 7131)
Dajjal sudah memerhati kalian dengan teliti tanpa meninggalkan kesan.
Benar Dajjal telah berjalan mengelilingi bumi kecuali Madinah Dan Mekkah
“Setiap negeri pasti didatangi Dajjaal, kecuali Mekkah dan Madinah.” [HR Muslim]
Bukti?
Lihatlah disetiap bandaraya, akan ada mercu tanda hasil kerjanya iaitu Bank RIBA dimerata-rata tempat.
Lihatlah dunia semakin mengerumuni Umat Islam bagaikan makanan.
Lihatlah dunia dimana Dajjal bergerak, akan berlaku kerosakkan dan peperangan.
Islam sedang disembelih tuan-tuan dan puan-puan. Disembelih dari halkum sehingga ke tulang leher. Islam takkan dapat bangkit kecuali Tuan-Tuan dan Puan-Puan berubah dan menjadi ASING daripada dunia modern sekarang
PETIKAN DARIPADA FACEBOOK
Mohd Syamim Syazwan
P/S: semoga ini menjadi peringatan buat kita semua... agar kita tidak leka...

MUDAH SANGAT HOMEMADE POPCORN!

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...
ni lah kali pertama aku cuba buat popcorn... 

selama ni tengok bapak aku buat masa aku kecik dulu la....
lama dah 27 tahun lepas la lebih kurang...

senang je nak buatnya....
beli jagung kering kat supermarket

pan dan penutup... panaskan pan... bila dah panas perlahankan api dan masukkan jagung... biarkan... nanti jagung tu akan goyang-goyang dan pop pop pop... biarkan hingga dah tak de bunyi pop pop pop.... punggah masuk bekas...

ulang hingga mencukupi kehendak korang...
kendian boleh sira...

cairkan gula dan butter.... api perlahan ye jangan sampai hangus...
setelah larut semua... curah pada popcorn... sambil gaul rata... dalam kadar yang pantas... takut gula beku...

okay... siap untuk dimakan... berebut la anak-anak nak makan....




24 March 2016

11 JENIS AISKRIM POPULAR MUSIM PANAS 2016

Rose Cocktail

Strawberry

 Sumi
Milo Cadbury

Soursop

Mango Pudding

Nutella

Oreo

Asam Boi

Ribena Marshmallow

Lime

JAWATAN KOSONG UiTM - 3 APRIL 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) April 2016 | Jawatan kosong  terkini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) April 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai :

1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. JURUTERA J41 
3. PEGAWAI PERGIGIAN U41
4. PEGAWAI FARMASI U41 
5. PENOLONG PENDAFTAR N41
6. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
7. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
8. PUSTAKAWAN S41 
9. JURURAWAT PERGIGIAN U40 
10. JURURAWAT PERGIGIAN U38
11. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
12. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29
13. PENOLONG JURUTERA JA29
14. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
15. PENOLONG KURATOR S27 
16. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S27 
17. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
18. PENOLONG PEGAWAI KESATRIA S27 
19. SETIAUSAHA PEJABAT N27 
20. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27 
21. JURURAWAT PERGIGIAN U29
22. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29 
23.JURURAWAT U29 
24. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 
25. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17 
26. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 
27. PEMBANTU PEMULIHARAAN S17
28. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S17
29. PEMBANTU ARKIB S17
30. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
31. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
32. KERANI N17
33. PEMBANTU PENERBITAN N17
34. PEMBANTU KESELAMATAN KP17 
35. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11 
36. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
37. PEMANDU H11 
38. OPERATOR LOJI H11

Tarikh tutup permohonan 03 April 2016
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan



CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a. Untuk Bukan Staf UiTM
i. Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di
http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

ii. Pemohon dikehendaki membeli nombor pin melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 20 Mac 2016 hingga 3 April 2016 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN (RM10.00).

iii. Sila nyatakan ‘Jawatan Pentadbiran’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

b. Untuk Staf UiTM sahaja

Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, UiTM hendaklah dibuat melalui sistemaplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

BAHAGIAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN STAF
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL: (03) 5544 3005 / 3007 / 3085 / 3089 /3090 / 3093
 (03) 5521 1028 / 1613 / 3417
EMAIL: perjawatan@salam.uitm.edu.my

13 March 2016

BAGAIMANA BOLEH TERJADI PRODUK DAFTAR KKM BERACUN?

Daftar produk dengan KKM itu mudah. Hantar saja, nanti akan dapat nombor NOT untuk produk2 kegunaan luaran atau bukan makanan.
NOT itu bermaksud notification. 
Maknanya kita maklumkan kepada KKM tentang kewujudan produk kita. Belum tentu lagi KKM datang check produk tersebut.
Mereka akan menilai berdasarkan apa yang ditulis dalam borang.
Melainkan ada orang buat report. KKM akan datang segera membuat kaji selidik. Apabila disiasat, banyak produk didapati ada bahan berbahaya.
Sebab itu anda boleh tengok banyak produk2 yang ada KKM atau nombor NOT akhirnya ditarik balik.
Ramai pengusaha atau pembuat produk kecantikan menggunakan kesempatan atas nama KKM mengatakan produk mereka lulus ujian dan sebagainya.
Sedangkan ia belum disahkan. 
Maka hati2... Jangan percaya sangat dengan produk 'putih', 'cerah', 'kurus', 'gebu' seawal 3 hari.
Walau daftar KKM, mungkin ada 'racun' dalam produk tersebut.

sumber: Facebook Wan Muhd Ali

12 March 2016

AIR TERJUN MAHUA, TAMBUNAN SABAH

sesiapa yang berkunjung ke Sabah boleh la datang ke sini...
lokasi yang mendamaikan...

selamat bercuti!!!








PAYA BEACH RESORT TIOMAN

Paya Beach Spa & Dive Resort
Kampong Paya, Pulau Tioman
Pahang, Pahang, Malaysia

+65 66364333 / 1800-184333


tempahan bilik bermula dengan harga RM250 per night














11 March 2016

BETUL KE MAKANAN SUNNAH?

antara makanan sunnah 

Sekali lagi saya buat disclaimer bukan nak sabotaj penjualan makanan tambahan.
Ramai orang kita berminat dengan pemakanan sunnah. Jualan makanan sunnah pun dah jadi industri besar sekarang.
Tapi betul ke ambil suplemen tu bermakna anda ikut sunnah dan mendapat kelebihan pemakanan sunnah?
Tahukah anda bagaimana pemakanan sunnah sebenarnya?
Nabi (SAW) sebenarnya sangat kurang makan. Baginda lebih kerap berpuasa daripada makan.
Ingat kisah Nabi ikat beberapa ketul batu di perut demi menghilangkan lapar? Ingat kisah isteri baginda Aishah yang menceritakan dapur di rumah Nabi tak berasap selama beberapa bulan, mereka bertahan dengan memakan air dan kurma sahaja?
Nabi (SAW) kita makan sikit, makan bila lapar saja dan berhenti sebelum kenyang. Nabi makan makanan yang baik (zaitun, kurma, gandum). Nabi kita kerap jadi vegetarian, jarang sekali menjamah daging.
Memang Nabi menggemari daging kambing, mengambil madu sebagai ubat, namun baginda (SAW) tak makan semua itu setiap hari.
Kita ni bagaimana pula?
Kita ni makan banyak; selagi tak tersandar dan tak sendat kancing pinggang kain/ seluar memang takkan berhenti. Makan daging tiap2 hari kalah harimau. Makan nasi berpinggan2 kalah orang kerja sawah. Jenis makanan pula semua bantai, lagi berproses lagi suka. Tak cukup makan di luar, siap tapau pula sambung makan di rumah (saya la tu).
Bila dah datang semua penyakit barulah sedar diri. Ubat tak mahu ambil tetapi nak amal pemakanan kononnya makanan sunnah. Cara hidup masih tak tukar kepada pemakanan ikut cara Nabi. Cuma beli pemakanan segera daripada tin berlabel sunnah.
Nabi tak ajar begitu. Nabi ajar cara hidup sihat dengan kurangkan makan, lebihkan kerja. Bukan makan belasah semua, lebihkan berehat dan berlingkar kemudiannya cover dengan makanan segera daripada tin. Salah konsep tu.
Masih belum terlambat nak berubah. Jika sudah pun datang penyakit, ambillah ubat mengikut nasihat doktor. Ubah cara pemakanan, banyakkan berpuasa. Lebihkan ibadah, lebihkan kerja, ubah gaya hidup. Setelah badan kembali sihat, besar kemungkinan ubat-ubatan doktor akan kurangkan.
Nabi ajar makan untuk hidup. Tapi umat Nabi hidup untuk makan.

10 March 2016

MESEJ TERSEMBUNYI DI SEBALIK WANG KERTAS RM5




Mesej tersembunyi pada wang kertas ciptaan Roth penyembah setan.. temukan bahagian transparent secara opposite.. smbgkn kepala enggang tu.. tanduk enggang jadi tanduk,paruh jadi telinga..

Inilah jawapan kenapa dunia huru hara dengan sistem riba ciptaan Roth.. dunia berperang angkara pihak2 BANK.. ekonomi negara dan matawang semakin menjunam..

kerana wang kertas dicipta oleh siapa??

Ya, Roth anak haram.. 

*Roth bermaksud anak sumbang mahram (bahasa klasik Eropah)

Keturunan Namrud mengamalkan sumbang mahram.. Namrud sendiri mengahwini ibunya sbg isteri (Semiramis)

Semua keturunan Rothschild adalah anak sumbang mahram dan meletakkan gelaran 'Rothschild' pada hujung nama mereka.. contoh Jacob Rothschild, Baron Rothschild etc...

sumber: Neil 

07 March 2016

BAGAIMANA NAK UJI KOSMETIK ANDA PAKAI SELAMAT ATAU TIDAK



"BAGAIMANA UJI KOSMETIK ANDA PAKAI SELAMAT ATAU TIDAK?"

Sebelum suatu produk kosmetik dikeluarkan beberapa ujian keselamatan dan kestabilan akan dibuat oleh pengilang ataupun makmal.

Ringkasnya, 3 ujian yang perlu dijalankan adalah Ujian Mikrob (Microbial) , Ujian Kestabilan (Stability) dan Ujian Keselamatan (Safety)

=====
UJIAN MIKROB
=====

Dalam ujian ini, mikrob dimasukkan ke dalam sampel produk kosmetik dalam jangka masa tertentu untuk menguji adakah bahan pengawet (preservative) yang digunakan berkesan atau tidak.

Selain itu, sampel produk dari setiap batch juga diuji untuk pastikan ia tidak tercemar dengan mikrob seperti bakteria dan kulat.

=====
UJIAN KESTABILAN
=====

Ujian kestabilan dilakukan untuk mengetahui berapa lama jangka masa produk tersebut boleh bertahan untuk menentukan tarikh luput produk.

====
UJIAN KESELAMATAN
====

Ujian keselamatan bergantung kepada jenis produk kosmetik yang dikeluarkan. Contohnya ujian allergik seperti patch testing dan ujian kegatalan/kepedihan mata.

Selain itu, pengilang juga boleh jalankan ujian keselamatan melalui analisis kimia untuk pastikan produk tidak mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat dan bahan terlarang yang lain (hydroquinone, tretinoin).

=====
BAGAIMANA PENGGUNA MAHU UJI SENDIRI?
=====

Untuk jalankan 3 ujian di atas pasti memerlukan kelengkapan dan kos yang tinggi jika pengguna mahu lakukan sendiri.

Tetapi pengguna boleh lakukan sendiri ujian ringkas untuk pastikan produk kosmetik yang dibeli adalah selamat ataupun tidak.

4 Langkah mudah untuk menguji produk kosmetik anda:

[+] 1. Bersihkan sedikit kawasan kulit di belakang telinga ataupun di bahagian dalam lengan.

[+] 2. Letakkan sedikit produk kosmetik di kawasan kulit tersebut dan biarkan sampai kering.

[+] 3. Selepas 24 jam, basuh kawasan kulit tersebut dengan air dan sabun.

[+] 4. Jangan gunakan produk kosmetik tersebut jika kulit menjadi kemerahan, gatal, pedih ataupun melepuh/gelembung.

Anda boleh lakukan sendiri ujian mudah ini setiap kali membeli atau menggunakan produk kosmetik yang baru.

Jika anda terus menggunakan pada kulit muka, pasti menyesal tak sudah apabila kulit muka menjadi rosak, pedih, bertompok hitam ataupun menjadi parut yang kekal.

Jika tips ini berguna untuk anda, anda boleh share terus dengan kawan-kawan yang lain.

"JADILAH PENGGUNA YG BIJAK MEMILIH"

Rahman Baco - Pharmacist
Your Halal Trusted Pharmacist
Follow www.fb.com/rahmanbaco.my

#rahmanbaco
#kosmetikberacun
#penggunabijak

SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT...

06 March 2016

TAWARAN TEMPAT DUDUK PERCUMA AIRASIA BERMULA MALAM INI


bermula malam ini tepat jam 12 tengah malam 7 mac 2016

airasia bakal menawarka tempat duduk percuma kepada mereka yang telah mendaftar sebagai member la ye...

masa untuk berlepas adalah pada oktober 2016 hingga mei 2017...

pelbagai lokasi yang ditawarkan...
dalam dan luar negara...

daripada KLIA 2, Senai Airport, Penang Airport dan banyak lagi...

betul ke Airasia ni pernah bagi seat free??

jawapannya betul!

sebab aku pernah jumpa penumpang Airasia... lelaki yang bawa seorang anaknya gi Kuching then dia cakap ni tiket free je... haha dia pi tido 1 malam je kat kuching sebab saja suka-suka booking tiket free...

KUBANG GAJAH WATERPARK TEMERLOH

hujung februari lepas we all ada bawa anak-anak gi mandi kat waterpark temerloh... ini la sebahagian gambar yang ada...

Kubang Gajah Waterpark Temerloh

harga tiket masuk
dewasa mandi - RM10
kanak-kanak mandi - RM8
penjaga (tak mandi) - RM1

harga-harga yang lain... aku tak ingat...
pada aku ok la tempat ni boleh la dapat 3 daripada 5 bintang...

tapi tak leh lawan sunway lagoon dan the lost world of Tambun

yang itu lagi superb!!!






pasti mama dah boleh buat macam-macam plan nak gi holiday... hi3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...