GENG LENSA HIDUP

17 April 2010

SATU-SATULAH BODOH

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara telah membawa pulang
Burung Kakak Tua sebagai kenangan.


Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"
Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri sambil 
            memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu
            menyanyi Lagu Pop...


Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan burung
kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...


Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"
Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah...
Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"


p/s: sila jangan percaya... hanya rekaan semata-mata... buat hiburan saat demam PRK

16 April 2010

CERITERA LAKONAN DUNIA

jemu lihat
muak pandang
malas dengar
penat bertengkar

aku berjalan lihat seorang perempuan
sedang menimbus kepuraan
sambil meratakan agar tiada siapa tahu
di situ ada keburukan
aku bertegur dengan seorang perempuan
lalu dia angkat tangan
aku bertanya dengan seorang perempuan
dia menggeleng tidak tahu apa-apa

dengan megah berkata sila terima semua
buruk dan baiknya
bukan tidak terima aku hanya bertanya
sila jangan berdusta
nanti datang suatu masa kamu pun ada anak juga
jika mereka buat serupa
kau perempuan mahu kata apa?
tak penatkah memanipulasi dunia
kalau kau tahu hujung cerita tak mengapa
tak siapa tahu apa jadi esok atau lusa

cakap sikit pun kau dah susah faham
lagi mahu cakap dalam-dalam
mahu biarkan saja kebejatan di depan mata
atau kau melangkah pergi dengan suka-suka
mana peranan kau sebagai hamba
mana peranan kau sebagai manusia
ini bukan kisah mengadu domba
cerita manusia yang buat-buat tak faham
cerita manusia yang buat-buat keliru
cerita manusia yang buat-buat langsung tak tahu

RAMAI CALON BEBAS DI HULU SELANGOR

selamat hari jumaat =)
dengar kata ramai calon bebas yang mahu bertanding di Hulu Selangor nanti...
wah mesti sangat meriah....

bagi Parti Keadilan Rakyat harapan besar untuk memenangi lagi kerusi Parlimen Hulu Selangor
semoga jentera pilihan raya Pakatan Rakyat teruskan usaha kamu semua!!!

lebih ramai calon bebas bertanding kurang sikit malu BN andai kecundang lagi...
yelah... kalau pertandingan dua penjuru je....
andai BN kalah mesti kena gelak guling-guling....
bila ramai calon bebas bertanding....
andai BN kalah tak lah malu sorang-sorang...
ada ramai lagi yang malu bersama BN...

tak lah nampak BN je yang ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Malaysia... =)

p/s: kalau aku tengokkan je BN lawan dua penjuru dengan PR

UNDILAH PAKATAN RAKYAT

SEMOGA GEMBIRA SELALU

  
buat kamu semoga bahagia selalu =)

I'M NOT THE CREATOR

we were together in a dream, weren't we?
as the stars looked on
when we were just friends, we didn't mind too much
we could talk casually
but there were moments when i saw only you
i want to be prettier now this instant
when you fall in love something changes
close your eyes and make certain
keep the increasing heartbeat secret
i wish i could show you my feelings

come like a whispers
be gone just in a second
please stop talking
i'm just watching to see happy ending

p/s: don't put all ur egg in one basket =)

CATATAN BENGANG

sayang kamu bengang?
kalau tak bengang kenapa mahu serang?


kamu tu yang mulut longkang...
ape?
aku mulut longkang?
aku bermulut longkang atau kamu buat 'statement' lintang pukang?
pertanyaan demi pertanyaan datang...
tapi masih lintang pukang...
inilah akibat bengang
jantung berdegup kencang
lantas bermulut lancang


macam orang gila saja...
masuk gelanggang cakap-cakap
kamu serang
kamu juga bilang tamat


senyumlah sayang jangan rasa bengang
jom kita berlenggang...


senyum macam ni kan BAGUSSS...


PERINGATAN: memang ada larangan di dalam Al-Quran terhadap orang yang mengetahui tapi menyembunyikan apa yang dia tahu ---->> apa-apa hal pun okeh

LINDUNGI HAK PENGGUNA

anda semua perlu tahu di Malaysia pengguna atas talian(online) tertakluk di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM). manakala pengguna telefon bimbit tertakluk di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi Malaysia(KTAK).

arahan untuk pendaftaran bagi semua pengguna selular awam di Malaysia adalah bertujuan untuk mengekang penyalahgunaan selular awam dan menangani isu keselamatan.

oleh itu, sekiranya berlaku sebarang ugutan, serangan atau apa sahaja perkara yang mengganggu individu terlibat. laporan polis boleh dibuat, kemudian siasatan boleh dilakukan ke atas mana-mana kad sim prabayar, melalui pusat khidmat pengguna bagi pengeluar kad sim terbabit. termasuklah aktiviti keluar masuk khidmat pesanan ringkas(sms) dan panggilan telefon. semua ini ada direkodkan.

manakala, untuk mengesan keluar masuk email dari pengguna atas talian mereka tertakluk di bawah SKMM. jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, laporan polis boleh dibuat dan siasatan akan dilakukan. mereka yang melakukan kesalahan tidak lagi boleh berdolak-dalih... kerana segala bukti ada di depan mata.

jangan takut andai kamu diserang atau diganyang. kamu juga miliki hak. =)

15 April 2010

CAKAP JE SAYANG...

alahai...
berat dah 37.5kg
demam pulak tu...
dah dekat seminggu...
dua tiga hari ni tambah kronik (gara-gara lupa diri bantai nescafe)

aktiviti melobi 'sayang' oleh papa wi dan mama yah

bangun pagi... (aktiviti sebelum pegi kerja)
papa wi masuk bilik 'sayang'

papa wi: bangun dah pagi ni... sembayang subuh...
MissXYZ: erm...
papa wi: opp.... 1, 2, 3 bangun... (papa wi tarik tangan MissXYZ)

(MissXYZ hulur je tangan)
(papa wi pegang kepala MissXYZ demam lagi...)

papa wi: nak makan ape hari ni? ayah beli nanti...
MissXYZ: ntah la (sindrom kurang bercakap, sebenarnya tak rase nak makan)

papa wi: roti nak? lembut sikit...
MissXYZ: pape je lah

mood tak de perasaan nak makan makanan yang masak di rumah
tengahari.... deruman enjin kereta papa wi dah balik....

papa wi: ni ayah beli roti... boleh bakar nanti...
MissXYZ: roti ape? la... bukan roti inti ke?
papa wi: nak roti inti ke? kejap ayah pegi beli

papa wi start moto terus pegi beli roti inti....

papa wi: makan tau... nanti malam nak makan kat luar ke beli bawa balik?
MissXYZ: tak nak lah
papa wi: mi tak nak? sup ke? ayah belikan... (berunding)
MissXYZ: tak suka mi
(sambil peluk-peluk MissXYZ)

esok pulak...

papa wi: bangun anak ayah dah pagi... demam ye...
MissXYZ: erm
papa wi: nanti ayah beli makanan ye... makan la roti dulu
MissXYZ: tak nak la...

tengahari tu....

papa wi: ni ada nasi lemak dengan kuih
MissXYZ: erm...
papa wi; makan lah...
MissXYZ: erm
papa wi: sikitnye makan? (muka tak puas hati)

hari berikut... (sesi berbual dengan mama yah)

rutin biasa papa wi...

hari dah siang...
mama yah: hari ni nak makan ketam tak?
budak gemuk: nak
mama yah: bukan tanye dia lah
MissXYZ: beli je lah...

adegan makan bersuap di waktu tengahari...

mama yah: nak makan ape cakap je tau
MissXYZ: nak terubuk masin sarawak la..
mama yah: okay...
(senyum)

mama yah: nanti dah ade selera nak makan... cakap je nak makan ape...
MissXYZ: rasa nak minum cocktail...
mama yah: beli petang ni ye...
MissXYZ: tapi tak nak banyak
mama yah: nak makan pizza ke, kfc ke, pape pun... cakap je tau
MissXYZ: erm... (sambil senyum)
mama yah: pau  ayam nak?
MissXYZ: tak nak

mama yah bawakan biskut dengan cheese (makanan kegemaran MissXYZ)

mama yah: nganga mulut...
(MissXYZ nganga)
MissXYZ: nak termuntah la makan ni...
mama yah: nak air ape? durian belanda? kiwi? suam?
MissXYZ: durian belanda
mama yah: sikitnye minum...
MissXYZ; tak nak lah....

MissXYZ: ma nak horlick...
mama yah: okay nanti mama beli ...
budak gemuk: jangan minum nescafe lagi

mama yah: bang nanti jangan lupa beli scott emulsion
papa wi: okay. nanti balik masjid...
mama yah: nak makan telur yang ayah masak?
MissXYZ: bolehlah
(mama yah datang suapkan telur)
MissXYZ: tak nak lagi lah...

p/s: hanya sebahagian kisah orang demam - bye sayang

1 ORANG JADI SEMUA MENTERI

nampak tak penduduk Hulu Selangor?
menjelang pilihanraya kecil ni satu menteri turun padang semua projek boleh lulus...
semua janji boleh tabur....
meskipun menteri tersebut tak de kaitan pun...

contohnya bila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran turun. dengan selambanya beliau berlakon jadi ‘Menteri Agama dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Menteri Kewangan’ bagi meluluskan projek tebatan banjir dan fasiliti Masjid di Kg. Sentosa bernilai RM 2.1 juta.

kemudian Najib pula turun ke Felda mengumumkan projek yang lebih besar, RM 32 juta untuk Projek perumahan baru di Felda Soeharto. memang kacau, sebab dulu Felda dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tetapi kini dikepit dicelah ketiak Najib di bawah Jabatan Perdana Menteri.

seterusnya giliran Palanivel yang disebut-sebut sebagai bakal calon pula berlakon jadi ‘Menteri Kerjaraya’ dengan meluluskan projek bernilai RM 354 ribu di kampung Sg. Buaya  bagi membina padang kawat (RM144,000), membaik pulih dua buah madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000). memang mengejutkan, walaupun beliau pernah jadi Timbalam Menteri Kerjaraya, tapi selepas kalah dalam PRU-12 dari mana pula dia dapat kuasa untuk gunakan duit Kementerian itu pada masa ini? SPRM masih tidur agaknya.

belum sempat SPRM buka mata, giliran Noh Omar pula masuk panggung dan berlakon jadi “menteri Kerjaraya kedua” bagi mengumumkan projek bernilai RM2.1 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bumbung 560 unit di tujuh blok pangsapuri kos rendah Seri Semarak di Bukit Beruntung. Pelik juga, bukankah tahun lepas Najib suruh dia jaga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

hah! seorang lagi pelakon sensasi belum muncul, Ketua Putera Tua Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim. dia belum pernah berlakon jadi ‘Menteri’, tapi pernah berlakon ‘jadi budak belasahan’ di Bagan Pinang. kita tunggu aksinya masa hari penamaan calon nanti. kali ini bolehlah siap-siapkan ambulans atau keranda terus, biar nampak real.

orang Hulu Selangor tak kan lupa diberi hadiah penyapu oleh mamat tempe

ini betul-betul 1 MALAYSIA =)


KEMBALILAH SAYANG

kembalilah sayang
di sini ada jalan pulang
hilangkan hati walang
dariNYA kita datang
kepadaNYA kita pulang

menyapu debu kotor di muka
kerana diri ini pernah leka
masih belum penat memanipulasi dunia
berehat sebentar menghilang dahaga

saat bibir hilang bicara
hanya menanti kamu berkata
memenuhi ruang yang ada
agar aku dan kau tidak lupa

semua ini hanya sementara
menanti saat dihidupkan semula
aku nanti kamu di sini
mari ke mari

teruskan langkah perjalanan ini
menanti saat kita semua akan pergi
tidak mungkin kembali lagi
aku harapkan kamu hati-hati

14 April 2010

MASIH BERSENI

aku pernah berjumpa seni yang pepura
di jamban setinggan kainnya coklat tua
di dewan mewah dasinya marak menyala
dasi kain tersimpul mati - terbakar dalam mimpi
apinya mencakar kelambu sebelum nuraninya berdarah
dan dirinya gamam terjaga...

di kamar sendiri aku masih terharu melihat lutut yang bersih
masih senang merenung cadar dan bantal yang bersepah
kertas ronyok puisi tergendala
dan di kamar mandi aku masih gemar meneliti berus gigi
sisa sabun majalah tua
terganggu hanya oleh lipas dan lipan tiba-tiba ada

aku tak sempat mencangkul pengaruh
menyemai keyakinan memetik kuasa
sekadar sempat menanam dua tiga pohon kenanga
yang ku harap sentiasa lebat dan harum baunya...

jangan tanya kenapa...
aku hanya manusia biasa...
juga punya rasa...
biar kita berbeza usia =)

APA LAGI NI

tak larat sudah
tiba-tiba demam
rasa nak muntah
pening
pusing-pusing macam gasing
gagah taip entri ni
terima kasih aiman untuk benda ni
nak minum air kiwi
tak daya sangat dah ni
perlu ke hilang lagi
tak tau sampai bila aku cam ni =)
baibaibai

PILIHAN HATI

berjalan memerhati
melihat ke dalam diri
siapa di hati ini
biarkan masih tercari-cari

mahu lari lagi
mahu lihat lagi

renung dalam-dalam
tiup sampai padam
apa itu berbalam-balam
ada air jernih seperti kolam

tunggu sampai malam
sila beri salam
sebelum masuk ke dalam
agar hati tidak lagi lebam

catatan pilihan hati
haruslah kamu hati-hati

p/s: terima kasih aku senyum lagi =)

SELOKA HULU SELANGOR

belum umum calon lagi sudah pening-pening
ada yang marah sampai tuding-tuding
macam mana mahu jadi orang penting
benda 'simple' pun tak boleh runding

kalau BN tewas lagi... malu bertambah-tambah
bangga juga jadi hero buat sarawak dan sabah
dekat semenanjung rakyat pun dah tak endah
BN tak perintah rakyat lagi tambah mewah

tak de lagi cukai yang semakin bertambah
orang-orang BN jom lah muhasabah
kalau kalah lagi tak lah rasa nak rebah
harap-harap semua makin tabah

saat nak mengundi semua mahu berbagi
kain pelikat, duit, beras, kopi dan juga segala janji
rakyat senyum menyeringai nampak gigi
silalah bagi lagi dan lagi

kami tetap undi mereka yang membela kami
semestinya tiada kompromi =)

UNDILAH PAKATAN RAKYAT - KEMBALIKAN KETUANAN RAKYAT

SPR JANGAN BUAT LAWAK LAH!!!

Amaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula, sudah pasti akan ditertawakan ramai.

Ini disebabkan meskipun amaran oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu kepada semua pihak kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April, namun apakah beliau sedar BN sudah menghantar dua orang pembesar negara ke sana untuk berkempen?

Yang melanggar undang-undang SPR dengan berkempen itu pula bukan sebarangan orang, melainkan orang nombor satu dan nombor dua negara!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun. Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Sehari sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit. Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Itu belum lagi dikira kempen-kempen dan janji-janji secara bisik-bisik semasa mereka ke sana.

Nah, ini apa ini kalau bukan berkempen? Bukan sekadar berkempen kepada di hadapan penduduk Hulu Selangor, bahkan kempen itu tersiar dalam semua media cetak dan elektronik pro-BN. Apakah semuanya buta dan tuli dan melihat semua itu?

Dan ini bukan kali pertama kempen seumpama ini berlaku, bahkan setiap kali pilihan raya dan kempen pula menggunakan segenap jentera kerajaan dan media.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, BN jelas tidak menghormati proses pilihan raya demokratik dan menggesa SPR bertindak tegas terhadap BN.

”Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya, tindakan itu adalah kesalahan mengikut peraturan pilihan raya.

“Jadi, seharusnya SPR memberikan amaran dan mengeluarkan arahan supaya tidak ada apa-apa kempen sehingga hari penamaan calon,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Mafrel berkata, Kerajaan Pusat mungkin mendakwa apa yang dilakukan itu terkandung dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsur kempen.

"Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor sepatutnya belum boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April belum berlangsung.

"Tindakan BN jelas bercanggah Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung," katanya.

Jika begitu, jika SPR benar-benar serius dan bermaruah, ada baiknya kita cabar SPR bertindak sesuatu  terhadap pemimpin tertinggi negara ini yang jelas dan terang-terang melanggar peraturan dan undang-undang SPR.

Mungkin juga SPR benar-benar insaf dan tidak mahu dipandang seperti ‘ternakan kerajaan’ lagi. Justeru bertindaklah.

Jika tidak, amaran SPR – sampai bila-bilapun – akan  hanya dan tetap dianggap sebagai lelucon serta bahan penglipur lara, yang hanya mahu masuk sekadar hiasan di dada akhbar semata-mata!

KHAIRIL ABDUL RAHIM

KAMI BLOGGER


dari kiri Pain Sama, wizard dress, diba chan, MissXYZ (kami bersaudara )

LEBIH 2000 YANG HADIR


HULU SELANGOR, 13 April: Lebih 2,000 orang memenuhi Dewan Komuniti Serendah, di sini malam ini bagi mengikuti pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.
Mereka juga mahu mendengar penjelasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu-isu semasa yang sedang melanda negara ketika ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw sudah berada di dalam dewan.
Antara pemimpin PAS lain yang hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ahli-ahli Jawatankuasa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr Siti Mariah mahmud, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Shah Alam, Siti Zailah Mohd Yusof dan Khalid Samad.
Kira-kira jam 10.15 tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan, diikuti pula Tuan Guru Abdul Hadi dan Anwar yang seterusnya mengumumkan calon yang akan bertanding nanti.

13 April 2010

BERDIKARI PENTING? PENAKUT PULAK MACAM MANE?

salam
duduk-duduk
menung-menung


terfikir mengenai istilah berdikari dan penakut....


mesti korang biasa dengar kan?
ada orang cakap berdiri atas kaki sendiri
aku tetap panggil berdikari... =)


susah tau kalau tak reti berdikari...
nak pegi mana-mana kena orang hantar
tak tau nak naik bas
tak tau nak naik teksi
tak tau pandu kereta sendiri


tengok orang ramai rasa takut
yelah takut sangat dengan orang jahat
nak melintas jalan takut
duduk sorang-sorang takut
nak bergaul dengan orang takut


wah susah beb jadi macam ni...
kesannya dekat korang jugak
dibuatnye mak bapak dah mati
korang kena hidup sendiri
dibuatnya laki dah mati
korang kena berdikari....
saat itu baru korang tau perlunya belajar berdikari


okay!!!
kemahiran hidup a.k.a living skill
sangat penting
paip air rosak korang boleh repair sendiri tak payah tunggu plumber jugak
gas habis korang boleh tukar sendiri
tombol pintu rosak boleh tukar sendiri
tiket bas boleh beli sendiri
banyak lagi yang korang boleh buat sendiri dan berdikari


bila korang buat sendiri korang akan lebih berdikari dan lebih tahu jaga diri andai suatu saat korang kena hidup sendiri =)


penakut untuk melakukan sesuatu perkara
susah juga kalau memiliki sifat begini. akan menjadikan aktiviti seharian semakin terhad dan sering mengharapkan bantuan insan lain. bukan menolak terus bantuan orang lain. tetapi apa salahnya untuk tidak terlalu penakut untuk melakukan sesuatu yang mudah... dan jadilah insan yang lebih berdikari =)


apabila berjaya mengikis sifat penakut dalam diri secara tak langsung keyakinan diri akan wujud.
pergerakan harian anda semua akan jadi lebih mudah. ya aku sangat rimas dengan mereka yang terlalu penakut dan tidak tahu berdikari. rasa nak tampar je. kau bukan cacat pun!!!


p/s: kalau dilahirkan cacat aku tak kesah korang tak reti berdikari. orang cacat pun tahu nak berdikari. lu pikir lah sendiri =)

TIPS BUAT PENGUNDI HULU SELANGOR

salam
topik kali ni tips bagi pengundi P094 (Hulu Selangor)
okay...
ape yang aku nak sampaikan ni sila ambil perhatian =)

kalau datang sekutu daripada BN bagi gula...
korang ambik je...
hari mengundi sila pangkah Parti Keadilan Rakyat

kalau datang sekutu daripada BN bagi duit...
korang ambik je...
hari mengundi sila pangkah Parti Keadilan Rakyat

kalau datang sekutu daripada BN bagi kain batik/pelikat...
korang ambik je...
hari mengundi sila pangkah Parti Keadilan Rakyat

kalau datang sekutu daripada BN bagi beras...
korang ambik je...
hari mengundi sila pangkah Parti Keadilan Rakyat

jangan takut untuk keluar mengundi 
memangkah apa yang berkenan di hati
jadilah macam rakyat KELANTAN yang mentaliti mereka bukan hanya
pada sebungkus kopi
pada sehelai kain
pada sekampit beras
pada seketul roti

lihat pada pemimpin yang miliki jati diri
lihat pada pemimpin yang mampu memartabatkan demokrasi
lihat pada pemimpin yang mahu Islam diungguli
lihat pada pemimpin yang sederhana dari segala segi 

p/s: aku sokmo sokong PAS tak da PAS aku pilih PARTI KEADILAN RAKYAT

FAHAM KE APA ITU KETUANAN RAKYAT?

salam
ketuanan rakyat
ape tu?
pernah dengar tak?

menurut kamus dewan

ketuanan
(hak menguasai dan memerintah sesebuah (negeri, daerah dan lain-lain), kedaulatan)
rakyat 
(seluruh penduduk sesebuah negara)

mahu ketuanan rakyat dikembalikan

mengapa perlu ketuanan rakyat?

sebagai rakyat mereka memiliki hak untuk bersuara, membantah, menilai dan memilih
hak untuk membantah sekiranya mereka telah ditindas
hak untuk menilai sesiapa yang mahu dipilih untuk menjadi pemimpin
hak untuk memilih siapa yang akan mengurus tadbir negara yang mereka duduki

kini semua itu tiada lagi
tiada lagi definasi demokrasi
yang ada hanyalah fantasi dan kepuraan demokrasi

mereka yang telah dipilih perlulah menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi
bukan mengikut nafsu nafsi

agar tiada lagi wang negara dibaziri
agar tiada lagi media dimanipulasi
agar tiada lagi nasib rakyat ditangisi
agar tiada lagi pemimpin yang hanya memenuhi periuk nasi

p/s: faham ke tak?

APA GUNA TARUK ANAK TEMPATAN

salam
aku nak bagitau sikit...
korang taruk lah 100 anak tempatan sekalipun...
kalau menang dan jadi wakil rakyat..

tetap tak bela nasib rakyat
tetap penuhkan tempolok sendiri
tetap tak buat kerja
tetap goyang kaki

kembang kempis hidung korang sebut 'beliau' anak tempatan pun tak guna

biar bukan anak tempatan tapi sedar tanggungjawab yang diberi itu lebih baik kan?


KEMBALIKAN KETUANAN RAKYAT
OLEH ITU UNDILAH PAKATAN RAKYAT
BAGI P094 (HULU SELANGOR)

SIAPA ZAID IBRAHIM

salam
jom buka mata buka minda
__________________________________________
zaid ibrahim merupakan calon bagi P094 (Hulu Selangor)
okay!!!

kenali siapa beliau....

Beliau merupakan seorang peguam terkenal dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat.Sebelum ini beliau pendokong kuat UMNO sehingga beliau merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia setelah dilantik sebagai Senator di bawah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebelum dilantik sebagai menteri kabinet, Zaid mempunyai mengetuai sebuah syarikat guaman sendiri iaitu Zaid Ibrahim & Co. di Menara Melinium, DamansaraKuala Lumpur. Zaid Ibrahim berkahwin dengan Datin Suliana Shamsuddin sejak tahun 1979

Zaid Ibrahim dilahirkan di Kota BharuKelantan pada 10 April 1951. Zaid mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Abu BakarJohor BahruSekolah Tuanku Abdul RahmanIpoh dan seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Perundangan di Institut Teknologi MARA, Program Luar LL.B (Hons.) usahasama dengan Universiti London. Selepas tamat, dia pergi ke London da diterima sebagai Barrister-at-Law, Inner Temple. Pada 1987 dia menubuhkan Zaid Ibrahim & Co., yang sehingga 2008 adalah firma perundangan terbesar di Malaysia dengan 140 orang peguam.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad pada tahun 2004. Beliau juga merupakan pengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan pada tahun 1988. Beliau menubuhkan organisasi ini untuk membantu serta meringankan beban golongan kurang upaya. Atas usaha beliau, beliau dinamakan dermawan pemurah di Asia oleh Forbes. Zaid juga pengasas serta presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988.

Beliau menganggotai UMNO pada tahun 2000. Pada tahun 2001, Zaid telah dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian Kota Bharu. Beliau juga pernah diberi kepercayaan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan pada tahun 2003

Zaid pernah menjadi ahli parlimen Kota Bharu dari tahun 2004 ke 2008. Beliau yang mewakili Barisan Nasional - UMNO mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat
Semasa di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-5, beliau dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengambil tugas hal ehwal Undang-Undang.


Pada 10 November 2008, Zaid menerima surat tunjuk sebab dari UMNO berkaitan dengan surat terbukanya kepada Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau juga menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen dan mempersoalkan status orang Melayu. Dalam Persidangan LawAsia 2008 Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mendesak Zaid keluar dari rumpun bangsa Melayu. Peguam Malik Imtiaz Sarwar telah diarah menjawab bagi pihak dirinya.

Pada 15 September 2008 ,Zaid meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap pengamal media , orang awam dan ahli politik. Pendiriannya berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , barisan kabinet dan pemimpin UMNO.

Pada 3 Disember 2008, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO ekoran beberapa tindakan beliau, termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang dan menyalahi peraturan parti. Zaid dilaporkan menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Melawati, Shah Alam . Sebelum itu beliau juga dilaporkan mengadakan pertemuan denganKetua Menteri Pulau PinangLim Guan Eng di Pulau Pinang yang turut dihadiri anggota Parlimen Ipoh TimurLim Kit Siang. Pemecatan Zaid berdasarkan prinsip dan mematuhi garis panduan parti dan Majli Tertinggi UMNO sebulat suara memecatnya.

Pada 13 Jun 2009, Zaid menyertai PKR di BangiSelangor. Hal ini tidak mngejutkan kerana beliau banyak kali hadir dalam majlis anjuran PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau akan dilantik dalam Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR. Anwar Ibrahim menyifatkan Zaid sebagai serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia. Sikap ketegasan dan keberanian beliau memperjuangkan isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman.

Pada 22 Mac 2008, Zaid Ibrahim, yang baru lima hari dilantik sebagai menteri kabinet bertanggungjawab bagi badan kehakiman, mencadangkan agar kerajaan Malaysia meminta maaf kepada mereka yang dikatakan menjadi mangsa dalam Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang membawa kepada pemecatan Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung — Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah. Beliau mencadangkan supaya dilakukan reformasi dalam bidang kehakiman untuk mengembalikan kembali kebebasan kehakiman yang dilihat sudah tercalar akibat krisis 1988. Zaid kesal dengan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh. Padahal Zaid telah berjanji akan merahsiakan jumlah ex gratia itu.

Pada 7 Disember 2009, beliau menyaman ahli blog A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai "pengacau" dalam parti itu, Oktober 2009. Beliau menuntut Datuk Kadir membayar ganti rugi dan memohon maaf kepadanya berhubung artikel 'Zaid, the Hurricane Hattie of PR' di blognya pada 21 Oktober 2009.

p/s: agak-agak korang... layak tak beliau jadi pemimpin di Hulu Selangor? lu pikir lah sendiri... dari korang pangkah budak suruhan BN (wakil MIC) baik korang pangkah Zaid... "saya pun MELAYU"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...