GENG LENSA HIDUP

22 September 2010

BUAH LABU YANG GANAS!!!

si labu PEMBULI...

si labu setelah penat MEMBULI

si labu MENGGIGIT si lemon

si labu MABUK huhuhu...

si labu MENGAMUK... 


fakta tentang labu:

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau. 

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit. Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.

Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

p/s: labu bukan sekadar dongeng dalam cite cinderella je... huhu

21 September 2010

CUBA BACA... KASI FAHAM...

assalammualaikum dan selamat sejahtera....

sesaje nak kongsikan sesuatu... tetiba je rase nak menaip secara pantas hahaha... moh le kita bace sesame... harap ade pekdahnye...

apabila kita sebut DALAM SEDAR TAK SEDAR... kita kena la sedar... bahawa dalam SEDAR memang le kita SEDAR... dalam TAK SEDAR memang la TAK SEDAR... 

memang KATAK sepatutnya MATI KATAK

peribahasa: UMPAMA ORANG MENYARUNG SPENDA TERBALIK
MAKNA: seseorang yang mempercayai perkara tahyul dan khurafat

peribahasa: IBARAT BERUK RINDUKAN PISANG
MAKNA: penantian satu penyiksaan

peribahasa: UMPAMA TOM n JERRY
MAKNA: same je maksudnye cam umpama anjing dan kucing

akhir kata dari aku mari le kita keluar BARISAN...
jom ramai-ramai masuk BULATAN...

bukan ape dok dalam BARISAN lambat sampai...
duduk dalam BULATAN senang nak bergolek...


miahahaha...


ETIKA KETIKA MAKAN: ISLAM VS BANGSA EROPAH


assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

kali ni aku nak kongsikan kisah manusia dan cara makan... non muslim lain cara makan depa... orang islam lain gak caranya.... ape pun jom kita usyar dan lihat etika ketika makan....

nanti bolehlah kita nilaikan mane cara yang kita suka ikut... kan?

bagi umat Islam mereka lebih digalakan makan menggunakan tangan... kerana jari manusia ada mengeluarkan cecair yang membantu proses pencernaan makanan...

selain tu Islam menggalakan makan dengan pinggan di atas lantai... bagi meningkatkan rasa tawaduk... berbanding makan di meja makan...

makan berjemaah juga digalakan di dalam Islam... dan membaca doa dan bismillah sebelum makan... juga mengucapkan syukur setelah selesai makan...

makan digalakan di tempat yang tertutup... dan juga dilarang sama sekali mencela makanan...

sebenarnya banyak lagi etika menurut Islam... aku cume senaraikan antara yang penting je...


ni pulak etika makan mengikut cara bangsa Eropah...
yup etika makan ala-ala "mat saleh" mula diperkenalkan oleh bangsa Eropah...

jangan membelek-belek alatan yang ade kat atas meja makan biarpun alatan tu cantik...

jangan bercakap saat mulut penuh dengan makanan...

jangan mengelap sudu atau garfu dengan napkin kerana dianggap seperti menghina tuan rumah...

jangan guna tangan ketika makan

elakan daripada terlalu bising ketika menggunakan sudu dan garfu...


letakan napkin di atas kerusi sekiranya anda mahu meninggalkan sebentar meja makan... dan letakan napkin di atas meja jika anda ingin terus balik...


letakan sudu dan garfu bersilang jika anda belum lagi selesai makan... hohoho jangan tersilap plak....



rapatkan sudu dan garfu jika anda selesai makan.... anda juga boleh rapatkan sudu dan garfu dan letakan pada arah pukul 4 bagi memberitahu anda sudah selesai makan...

gunakan ayat
"plain water please..." - jika nak mintak air kosong....

wohaaaaaaaaaaa cukup ke?
lain kali sambung lagi okay.....

PERKARA YANG TAK PATUT DILAKUKAN SEMASA TIDUR

assalammualaikum...
selamat sejahtera semua...

perkongsian tentang tidur buat semua...

1. Jangan tidur bersama jam tangan. Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda. 

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit. Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan. 

3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat. Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena. 

4. Jangan tidur dengan coli Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko 

5. Jangan tidur dengan seluar dalam Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la 'boxer' yang longgar dan selesa. Sayangilah Mr Z anda. 

6. Jangan tidur tanpa seurat benang Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda? 



Pendalaman ILMU; 

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur. 

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. 

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? 

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X. 

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. 

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. 

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. 

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 

Moga Kita Dapat Mengamalkan Perkara yang baik-baik dalam hidup ini.

20 September 2010

PEMBUNUHAN NGERI SEPANJANG 9 BULAN DALAM TAHUN 2010

Kerajaan adalah pemegang amanah untuk meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan selamat, aman dan sejahtera. Rakyat tidak boleh dikaburi dengan kenyataan-kenyataan hipokrit dan bersifat retorika politik semata-mata. 

1. Ustazah Norliza Ishak 35, (yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 – Port Dickson )

2. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain (juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010. – Kuala Lumpur )

3. Sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya ( Muhaimi Sautar 33, pada 24 Ogos 2010. – Kota Bharu)

4. Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010. – Sungai Petani .

5. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera parah dibahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 August 2010. – Hulu Terengganu .

6. Ilya Nabilah Rosnata 19 ditemui mati dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman pada bahagian dadanya , dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum dijumpai terapung di Sungai Bagan dan tangannya diikat pada sebatang pokok 21 Julai 2010 lalu .- Pulai Chondong Machang.

7. Pengawal Keselamatan dibunuh dengan kejam dalam satu kejadian di Pekan Batu 9 . Mangsa dipercayai telah dilanggar terlebih dahulu dan kemudiannya tangan kirinya dipotong dengan sebilah parang pada 4 Julai 2010. – Kajang

8. Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh 53, ditemui mati berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala sehingga terkeluar otaknya dan tiga tikaman di dada kiri di atas tilam dalam sebuah bilik di rumahnya pada 1 Julai 2010. – Selayang.

9. Siya Pandian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak mati ditembak di bahagian kepala dan dadanya dihadapan kedai mencuci kereta miliknya pada 15 Mac 2010 di Langkap Teluk Intan Perak.

10. K. Haresarren 18 bulan mati selepas mengalami keretakan tulang rusuk , hatinya pecah dan lebam di seluruh tubuh kerana didera teruk pada 3 Mac 2010 . Petaling Jaya sebelum itu pada 25 February 2010 , Syafiah Humairah 3, mati dipukul , disepak dan dipijak. – Shah Alam

11. Atan Daud 90, Sutiah Katas 80, Ismail Awang 76, dan Siti Khatijah Ismail 22 ditemui terbunuh dengan begitu kejam pada 5 January 2010. – Gemencheh

Ini hanya 11 kes jenayah kejam dari ratusan kes kejadian jenayah dalam negara kita sejak awal tahun ini. Bermula dengan satu tragedi pembunuhan 4 anggota keluarga di Gemencheh January lalu , kini negara gempar lagi dengan pembunuhan kejam ke atas  Sosilawati dan 3 lagi mangsa yang merupakan pembantu beliau.

Sebaliknya rata – rata melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan. Setiap hari akan ada sahaja jenayah dilaporkan berlaku di seluruh negara oleh media massa. Bahkan jenayah tidak lagi dihitung dengan kadar berapa kali kejadiannya setahun , sebulan dan sehari, tetapi kini dihitung mengikut kadar jam, minit dan saat.

Malah negara masih subur dengan elemen – elemen yang mempunyai potensi besar untuk mendorong berlakunya satu – satu jenayah. Sementelah pula langkah pencegahan masih bersifat melepaskan batuk ditangga. ianya tidak dilakukan secara serius. Data diatas  memperlihatkan kepada kita betapa tidak seriusnya kerajaan menangani pertumbuhan indeks jenayah dan   Fenomena ini sangat dikesali dan ia sekali – kali tidak akan dapat membebaskan negara dari belenggu jenayah jika inilah sikap yang ada pada kerajaan . 

Sekadar mengutuk sekeras – kerasnya segala jenayah yang berlaku tidak boleh merubah apa – apa kecuali satu tindakan berkesan dan bersepadu dengan gandingan semua pihak (kerajaan dan rakyat) dilakukan secara bijak demi masa depan negara. 

Ketua Polis Negara yang baru agar beliau dapat berkhidmat dengan adil , telus , benar dan saksama serta cekap dan tegas membasmi rasuah dan jenayah dalam negara ini. Kes jenayah kejam yang menimpa Datuk Sosilawati menjadi kes ‘high profile’ yang pertama mesti dihadapi oleh Ketua Polis Negara yang baru. Semoga berjaya dengan cahaya kebenaran dan petunjuk Ilahi.

daripada: Mtd. Kota Lama

IMAM PERTAMA MASJID AYA SOPHIA


Apabila tiba hari Jumaat, mereka bersedia hendak mengerjakan sembahyang Jumaat. Timbul pertanyaan siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad al-Fateh mencadangkan gurunya Syeikh Syamsudin al-Wali tetapi dia menolak secara baik dengan alasan dia sudah tua.

"Carilah orang yang lebih bertaqwa antara kamu bagi dijadikan imam", kata Syeikh Syamsudin al-Wali mencadangkan.

Sultan Muhammad al-Fateh keluar ke kawasan lapang depan masjid itu. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata, "siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang lima waktu, sila duduk!"

Tiada seorang pun yang duduk menandakan kesemua tentera Sultan Muhammad al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat lima waktu.

Kemudian Sultan Muhammad al-Fateh berseru lagi, "Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!"

Separuh antara tenteranya duduk. Kemudian Sultan Muhammad bertanya lagi, "Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud, sila duduk!"

Semua duduk kecuali seorang. Dia adalah Sultan Muhammad al-Fateh sendiri. Semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud.

19 September 2010

PETUA MUDAH HAMIL


assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...
kali ni berkongsi emel la plak dengan korang ye... jom layan...
____________________________________________________________________


Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini. Petua ni saya dapat melalui email daripada salah seorang sahabat saya. Katanya petua ini alhamdulillah memang terbukti setakat ini. ni bagi orang yang terima emel ni... dan dia sampaikan gak kat aku (yang pastinya orang tu bukan aku sebab aku bujang lagi derrr)




Begini petuanya :
1.Ambil segenggam kacang hijau.
2.Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge).Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
3.Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
4.Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
5.Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
6.Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas)
7.Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.


Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.


Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata.


segalanya terjadi dengan izinNya... kita hanya berusaha... Dia mampu memberi dengan pelbagai cara... jika kita berusaha... =)






nota: tiada kajian secara saintifik untuk petua ni... aku tengah mencari... ape-ape info tentang faktor yang pengaruhi kehamilan nanti bila da jumpa aku share ngan korang ye... =)

TUDUNG SARUNG PERSIS TUDUNG SISTER?

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

semoga diberikan keberkatan dan dirahmati sentiasa...

tudung sarung merupakan satu trend masa kini dan menjadi fenomena di kalangan muslimah di nusantara... terutamanya di malaysia dan indonesia... fenomena pemakaian tudung menjadi mudah dan disukai ramai...

adakah korang sedar?

sesekali jika tak kena caranya... tudung sarung yang dipakai oleh kebanyakan wanita malaysia... persis tudung sister... yang kebanyakan kita boleh jumpai mereka di gereja-gereja... adakah korang sedar?

jika tudung sarung yang dipakai di 'pin' kan di bahagian belakang... dan melekap pada leher... dan singkat hanya separas dada atau di atas dada... tudung yang anda pakai persis tudung sister.... ini jugak termasuk inner yang dipakai bersama tudung syria...

adekah trend tudung masa kini diinspirasikan daripada tudung sister?




selain tu jika korang perhatikan fesyen wanita muslim kini yang memakai tudung tetapi mendedahkan leher juga persis pakaian sister... anda boleh teliti gambar di bawah...




awasi setiap kali anda ingin berfesyen... 

aku pon baru je perasan sebenarnya pada pagi 1 syawal.... aku dok la pinjam tudung sarung adik aku... dok try... tengok-tengok kat cermin cam sister je dari tepi... aku pon lari-lari pegi cakap kat mama yah...

aku: ma tudung sarung ni ma perasan tak macam tudung sister kat gereja la...
mama yah: lame da ma perasan... sebab tu ma tak pakai kuar berjalan... setakat pakai nak gi sidai kain boleh la....
aku: la kenape tak kabo...
mama yah: ape pun dalam hati masing-masing... tapi ma tak sedap la nak pakai tudung sarung sebab tu ma tak beli sangat... ade dua helai je...
aku: nasib baru beli satu... (terus aku carik tudung lain)

waduh-waduh gimana sihhhh....

wohaaaaaaa ni la cara menutup aurat yang dituntut sebenarnya... bile la aku mampu jadi cam ni ohhh... jika sayangkan ayah atau suami anda sila berusaha untuk menutup dan menjaga aurat anda.... ingatan buat diri sendiri juga  =)

wallahualam....

18 September 2010

JALAN-JALAN MELAKA JUMPA SEORANG BLOGGER

assalammualaikum dan salam sejahtera semua

pada cuti hari malaysia yang jatuh pada 16 september... aku ngan adik-adik aku pegi merayap ke melaka... kitaorang gerak tengahari lebih kurang pukul 1:00 petang...

destinasi pertama kita orang semestinya ke Dataran Pahlawan... ye laaaa nak tengok wayang le katekan... 

dataran pahlawan


GSC Dataran Pahlawan


Mahkota Parade

lame gak pusing-pusing kat MP... ye la sekali lepas maghrib aku jumpa dengan seorang blogger plak... tadaaaaaaaaa tu dia yaty dari sayamuslimahbiasa.blogspot.my


area depan KFC tak silap huhu =)

lepas tu kita orang pegi makan then... singgah sat kat air molek... sampai umah pun da pukul 12:30 pagi. sangat menghargai pertemuan yang tercipta =)

ermmm bila la plak nak jumpe geng pengopi tegar ni? huhuhu 

15 September 2010

JUADAH EKSOTIK DI PAGI SYAWAL

assalammualaikum dan selamat sejahtera....

masih lagi dalam mode autopublish entri... kali ni aku nak memperkenalkan menu eksotik dipagi syawal... huhu...  nama juadah ni adalah PERIUK KERA....

sangat best sesape yang penah makan... di dalamnya terdapat pulut yang telah dikukus bersama santan... jom kita usyar gambarnya...


gambar kat atas ni merupakan periuk kera yang sudah di masak... kat sini aku sertakan cara untuk membuat periuk kera...

bahan-bahan:
periuk kera
pulut
santan
garam

cara membuatnya:
rendam pulut bersama santan yang telah dicampurkan garam secukup rasa... sekitar 30minit... kemudian bersihkan periuk kera.... dan kemudian... bolehlah masukan pulut yang telah direndam ke dalam periuk kera... 

anggaran pulut yang diisi... adalah 1/2 daripada saiz bekas... kemudian tambahkan santan hingga pulut agak tenggelam... supaya rasa periuk kera lebih lemak dan sodap...

sematkan dengan lidi kelapa supaya hasil setelah dimasak lebih kemas dan cantik... susun di dalam bekas pengukus dengan cermat supaya santan tidak tertumpah.... kalau tak semat pon boleh je jadi...

kemudian kukus lebih kurang 45minit hingga 1jam...

sangat sedap dimakan bersama rendang atau dimakan begitu saja... makanan ni merupakan makanan tradisi family aku sejak tahun  60an lagi... arwah atok aku memang suka wat benda alah ni...

tahun ni... periuk kera kita orang dapat daripada kawasan paya di sekitar muadzam pahang.... jauh derr periuk kera ni nak bawak dari muadzam ke johor huhu...




14 September 2010

JANGAN LULUS PELEPASAN NYAMUK GE KE LADANG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Ketua Pengarah Keselamatan Bio supaya menolak permohonan untuk melepaskan nyamuk aedes yang menjalani kejuruteraan genetik (GE) ke ladang tanaman dan semua ujikaji yang berkaitan dengannya. Ini kerana risiko terdedah kepada ujikaji yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan alam sekitar.
Lembaga Keselamatan Bio Kebangsaan pada masa ini sedang menimbang permohonan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Malaysia untuk melepaskan nyamuk transgenik untuk membendung penyakit denggi bawaan vektor. Ujikaji itu melibatkan pelepasan nyamuk jantan GE, Aedes aegypti (OX513A) yang membawa gen “pembunuh”, untuk mengawan dengan nyamuk betina liar, yang boleh menyebabkan kematian progeni (keturunan) kedua-duanya.
Jika permohonan itu diluluskan, kedua-dua nyamuk jenis GE dan Aedes jenis liar dijangka akan dilepaskan di kawasan yang tidak didiami dan dihuni di daerah Bentong, Pahang dan daerah Alor Gajah di Melaka.
Menurut perancangan yang ada, lebih kurang 2,000 – 3,000 nyamuk GE akan dilepaskan dalam sehari, selama dua hari berturut-turut. Satu lagi kaedah ialah dengan dilepaskan sekali, kira-kira 4,000 – 8,000 nyamuk GE, bersama-sama sejumlah nyamuk jenis liar, Aedes aegypti. Di dalam permohonan itu ada disebut bahawa ujikaji itu mungkin perlu dibuat berulangkali.
Ini bermakna sejumlah 24,000 – 36,000  Aedes aegypti GE selain nyamuk yang hidup meliar mungkin dilepaskan ke dalam alam sekitar. Jika ujikaji itu dilakukan berulangkali, ada kemungkinan jumlah kedua-dua jenis nyamuk tersebut akan bertambah banyak.
Kami berasa bimbang dengan ujikaji ladang secara terbuka ini kerana semua risiko yang berkaitan dengan teknik terbabit mungkin tidak diambil kira oleh pemohon kerana sebahagian daripada risikonya tidak ketara.
Di antara perkara yang membimbangkan kami ialah terdapat kemungkinan nyamuk betina memindahkan penyakit dibebaskan secara berterusan jika proses pemilihan jantina sebelum dilepaskan kurang tepat. Kita tidak mempunyai jaminan mengenai kebolehupayaan dan keberkesanan proses pemilihan jantina nyamuk.
Tambahan pula, larva nyamuk yang terhasil selepas nyamuk jantan GE mengawan dengan nyamuk betina liar hanya akan mati dengan kehadiran tetracycline dalam alam sekitar. Perkara ini penting kerana tetracycline merupakan antibiotik umum yang digunakan di ladang ternakan untuk tujuan perubatan dan veterinar. Dengan kehadiran tetracycline progeni mungkin hidup dan meningkatkan bilangan Aedes aegypti dalam persekitaran.
Satu lagi kebimbangan yang perlu disuarakan ialah serangga lain, yang sesetengahnya lebih berbahaya daripada  Aedes aegypti, mungkin akan menghuni di kawasan yang dikosongkan oleh nyamuk-nyamuk terbabit. Misalnya jika nyamuk Aedes aegypti berjaya mengatsi jumlah nyamuk liar, ia boleh menyebabkan pertambahan nyamuk Aedes albopictus, yang menyebarkan wabak chikugunya dan denggi.
Pemohon telah mencadangkan langkah-langkah kawalan yang antara lain memerangkap nyamuk GE dan mengasap kawasan terbabit. Namun ada kemungkinan sesetengah nyamuk terus berada dalam alam sekitar walaupun dibuat pemantauan dan kawalan terhadapnya.
Begitu juga tiada jaminan bahawa kesemua nyamuk dan larva yang dibebaskan berjaya dihapuskan. Beberapa kajian lain menunjukkan Aedes aegypti boleh kekal sebagai larva selama berbulan-bulan selagi suhunya sejuk dan bekalan airnya mencukupi.
Jika penggunaan nyamuk GE masih diluluskan di sebalik bantahan orang ramai, ia masih belum mapan dalam jangka panjang. Apabila transgen mati bersama nyamuk berkenaan, ini bermakna nyamuk GE perlu dilepaskan secara berterusan. Kita perlu wang yang banyak untuk proses melepaskan nyamuk GE sekalipun tiada jaminan mengenai keselamatannya.
Kenapakah kita hendak mengguna pakai kaedah yang agak mahal untuk mengawal perebakan demam denggi padahal terdapat pilihan yang kurang berbahaya dan lebih menjimatkan wang?
Terdapat alternatif yang berkesan dan mampu mengawal nyamuk yang merebakkan demam denggi dan lain-lain penyakit. Usaha-usaha untuk mengurangkan jangkitan perlu memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan. Kita perlu memastikan bahawa tempat pembiakan nyamuk dihapuskan sama sekali.
Satu kajian di Thailand mendapati bekas air yang besar menampung 90 peratus pupa nyamuk aedes di kawasan luar bandar dan 60 peratus di kawasan bandar. Di Cuba, kajian ke atas  Aedes aegypti mengesahkan yang risiko terbesar dikaitkan dengan ketiadaan penjagaan kebersihan bekalan air yang disimpan dan air dalam pasu bunga untuk tujuan keagamaan. Membersihkan bekas-bekas air ini boleh mengurangkan bilangan nyamuk dengan lebih berkesan lagi.
Penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia menemui sejumlah ‘essential oils’ sepertiCymbopogon nardus (tumbuhan citronella), Litsea eliptica, Melaleuca cajuputi (gelam), dan Cinnsmomum spp(kulit kayu manis) mempunyai ciri-ciri untuk menghapuskan nyamuk Aedes aegypti. Ekstrak Euphoriaceae, khususnya Euphorbia tirucalli (tumbuhan firestick) juga didapati boleh menjadi penghapus larva yang baik.
Kaedah-kaedah yang disebutkan tadi mungkin lebih berkesan daripada kaedah berteknologi tinggi yang bukan sahaja mahal malah tidak selamat. Justeru itu, kami menggesa kerajaan dan Ketua Pengarah Keselamatan Bio agar tidak meluluskan permohonan untuk melepaskan nyamuk GM tetapi sebaliknya mendapatkan jalan keluar yang lebih selamat untuk mengawal penyakit bawaan vektor daripada merebak.
Nota: Orang ramai boleh menyuarakan pandangan/ulasan sehingga 4 September 2010 kepada:- 
Ketua Pengarah Keselamatan Bio,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 PUTRAJAYA
Faks: 03-88904935
Nombor Rujukan NRE(S)609-2/1 untuk koresponden. Maklumat lanjut mengenai permohonan itu boleh diperolehi daripada www.biosafety.nre.gov.my di bawah Pandangan Awam.
oleh: SM Mohamed Idris - rujukan klik SINI 

13 September 2010

10 PEMBOHONGAN BESAR MEDIA BERKENAAN ISRAEL

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.
Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:
1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.
2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.
Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.
3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.
4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.
5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.
Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.
Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?
6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.
Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.
7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.
8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.
Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.
9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.
10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.
Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.
Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...