GENG LENSA HIDUP

24 August 2013

KAMERA DULU VS KAMERA SEKARANG

salam dan selamat sejahtera...

ingat lagi tak zaman 80an 90an?

masa tu zaman suka amik gambar berdiri tegak... ala-ala skema... orang-orang yang posing dalam gambar mesti betul-betul kemas dan bersedia... hehehe

zaman dulu-dulu mesti la guna kamera yang ade filem... pastu kena cuci kat kedai gambar... harga sekeping 30sen atau 40sen... 

kalau pose yang kurang menarik mesti rasa menyesal... sebab rugi je filem... ye tak?

sekarang zaman Y2K... 2000 dan ke atas...

kemunculan kamera digital...

muncul la generasi yang suka snap picture dengan macam-macam gaya... terutama 'duck face' hahaha... gaya tak berapa proper pun da boleh snap... sebab kalau tak puas ati je... da boleh delete... dan tak de masalah kerugian filem... 

hmmm... betul-betul pantas peredaran zaman...
daripada kamera
daripada handphone
dan macam-macam lagi

Ape pun selamat hari raya dan selamat ber'posing' raya...




23 August 2013

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR YAKIN DENGAN ALLAH?

Salam dan selamat sejahtera...

Peluang menaip entri untuk blog... sangat terhad... al maklum lah... da jadi isteri n mummy ni... bz sokmo...

Setiap hari penuh dengan aktiviti.. bersama insan-insan tersayang...

Topik kali ni...

Adakah anda benar-benar yakin dengan Allah?

Yakin bererti pasti...

Jika anda yakin Allah Maha Mendengar...
Tak perlulah mengadu di facebook...

Jika anda yakin Allah itu Maha Melihat....
Tak de lah nak buat maksiat...

Jika anda yakin Allah itu Maha Memberi Pertolongan...
Kenapa mesti runsing dan susah hati...

Sebagai umat Islam yang paling penting sesudah usaha... yakin dengan sepenuh hati tanpa teragak-agak... yang Allah tu sentiasa ada untuk membantu hambaNya...

Selagi kita semua berada di landasan yang betul...

Mulai hari ini marilah kita berusaha untuk yakin dengan sepenuh hati tanpa ragu dengan setiap janji Allah...

Contohnya...

Bila kita bersedekah... pastikan kita tidak ragu-ragu dengan janji Allah... yang rezeki kita akan berganda... jangan pulak rasa ralat je tiap kali nak sedekah... sebab dalam hati ada rasa bimbang harta milik kita akan berkurangan...

Begitulah... cara kita sejauh mana kita yakin dengan janji Allah...


Sekian semoga hati kita semua terpelihara dan sentiasa rasa yakin terhadap Allah S.W.T


20 August 2013

PASTI KE RESTORAN TU HALAL?

Salam dan selamat sejahtera...

Menyelidik dan memastikan sesebuah tempat makan, produk atau ape sahaja untuk digunakan atau dimakan oleh setiap ahli keluarga merupakan suatu kemestian...

Selain pengiktirafan JAKIM kita juga berhak menyelidik di manakah kilangnya... bagaimana cara memasaknya, apakah ramuannya dan sebagainya... di sini aku ade terjumpa satu page yang agak menarik. Salaupun entri daripada page tersebut tiada update yang terkini...

http://www.jurnalhalal.com

Semoga akan memberi sedikit manfaat...

Sekian...




05 August 2013

SUSU BAYI YANG DITARIK BALIK DARIPADA PASARAN

salam dan selamat sejahtera...

baru-baru ni kita semua dikejutkan dengan berita susu formula untuk bayi daripada New Zealand ada berlaku pencemaran...

antara company yang dah tarik balik produk mereka daripada pasaran adalah Fonterra... Fonterra ni company yang keluarkan susu Fernleaf... hmm

pastu tak lame kemudian Danone Dumex juga telah menarik balik produk tenusu mereka yang terdiri daripada Dupro, Mamex, Bebelac....

semua produk tersebiut dibimbangi mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan... aku tak de la pelik sangat sebab sebelum ni juga... produk Dumex pernah diberitakan tercemar dengan radioaktif satu masa dulu... masa tu aku kecik lagi... mak aku cite la kan... memandangkan masa tu aku minum susu Dumex... so mak aku pon tukar la ngan susu jenama lain...

ape pun... sebagai ibu bapa kena lah ambil tau isu begini... hmmm seb baik susu Dugro tak de masalah.... nanti da abes aku rasa nak tukar brand lain la pulak... hehe =)

ni lah pelanggan setia susu Dugro

03 August 2013

HINDARI PENYIBUK DAN PENGHASUT DALAM KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA

salam dan selamat sejahtera...

penghasut dan penyibuk... bukan setakat jiran tetangga atau daripada kalangan teman-teman... boleh jadi juga daripada kalangan ahli keluarga...

kerana itu jika menghadapi sebarang masalah dalam hubungan suami isteri... pastikan anda berbincang bersama suami atau isteri terlebih dahulu... dan jika masih berpanjangan juga... panjat doa pada Allah agar diberi petunjuk dan jalan keluar...

perbuatan berkongsi kisah rumah tangga bersama individu lain... hatta ahli keluarga... boleh mengundang pelbagai masalah lagi sebenarnya...

jika anda berkongsi masalah dengan teman-teman atau jiran...
mungkin mereka suka melihat jika anda bertengkar dan bergaduh bersama pasangan anda... mereka akan ada peluang untuk mendekati pasangan anda dan sebagainya lagi...

jika anda mengadu atau bercerita pada ahli keluarga... seperti ayah, ibu, adik, kakak, abang...
kerana kadang kala akan menghasilkan satu sokongan yang TIDAK ADIL... kepada anda ataupun pasangan... tanpa mengetahui punca sebenar... kisah sebenar... dan sebaginya... selain akan menghasilkan sokongan yang TIDAK ADIL... dek kerana ada pertalian darah atau pernah termakan budi... daripada anda atau pasangan... akan menjadikan perkara HAK menjadi kabur disebalik kilauan cahaya...

memang ibu atau ayah akan simpati dengan kegoncangan rumah tangga anaknya... tetapi kadang kala ada sedikit hasutan atau menjadikan syak wasangka semakin menebal... biarpun masih ada dikalangan ibu dann ayah kandung yang bersifat adil...

cuma bimbang... masalah yang dihadapi akan menjadi punca KUASA DUA pulak hehehe

setiap pasangan kena berusaha untuk menghindarkan diri daripada PENGHASUT & PENYIBUK ni... supaya kerukunan rumah tangga dapat dijaga... dan KETEGASAN perlu ada dalam memeliharanya...

SUAMI atau ISTERI...
WAJIB pertahankan pasangan masing-masing jika dikata... walaupun daripada orang yang paling dihormati... selagi TIDAK BERBUKTI...

kadang kala PENGHASUT & PENYIBUK ni PERASAN... bahawa saranan atau IDEA mereka ini sangat membantu... walhal itu bakal menjadikan SYAK dan pelbagai lagi masalah timbul... di antara pasangan...

kerana perkara HALAL yang PALING DIBENCI adalah PENCERAIAN... dan 70 peratus pencerain di Malaysia kerana campur tangan orang ketiga...

AWAS!!!
elakkan berkongsi masalah rumah tangga di Facebook atau page khusus untuk mengadu masalah Rumah Tangga... kerana ia tidak membantu... malah kadang kala menambah rasa sakit hati...

PALING PENTING...
mengadulah pada ALLAH kerana DIA lah yang MAHA MEMBERI PERTOLONGAN, MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL, MAHA BIJAKSANA, MAHA MENDENGAR... dan segala MAHA yang ada... ALLAH juga lah yang memiliki HATI PASANGAN kita....

kejayaan memeliahara kerukunan RUMAH TANGGA... hebat ganjarannya... semoga semua yang membaca lebih berfikir panjang sebelum berkongsi sesuatu masalah dengan mereka yang bakal jadi PENYIBUK & PENGHASUT...

sekian sekadar berkongsi... sebab aku rimas baca perkongsian hal rumah tangga kat dalam FB... hadoiiii... mengadu hidup susah la... baju raya untuk anak tak mampu beli la... tak de duit la... tapi HADAP FACEBOOK ade pulak DUITNYE... nak bayar internet... ohoiiii...


hehehe wallahualam...



HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH? FIKIR-FIKIR DULU...

salam dan selamat sejahtera...

zaman sekarang ni... ramai ibu-ibu yang berkerjaya... ye tak?

of coz la depa kena hantar anak kat umah pengasuh atau taska... kat sini aku nak share la... ape yang patut difikirkan dan diperhatikan sebelum hantar anak ke rumah pengasuh...

1. pastikan umah pengasuh tak de tangga... nak nak kalau anak kita jenis lasak
2. tak de anak bujang - kalau anak kita budak perempuan
3. persekitaran bersih
4. perhatikan cara pengasuh menjaga anak-anaknya
5. bahasa yang digunakan oleh pengasuh
6. sejauh mana nilai-nilai Islam diamalkan oleh pengasuh

dengan beberapa tips di atas at least kita da cuba memilih pengasuh yang terbaik untuk anak kita... di samping beberapa faktor lain lagi yang mesti kita perhatikan dan fikirkan sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh...

kadang-kadang ada jugak pengasuh yang suka bagi budak-budak yang dia jaga tu... makan junk food... stail cam tu pun aku tak berapa berkenan... nak bagi anak dengar kata dan diam... di bagi makan junk food pulak... he3

tq.. sebab sudi luangkan masa membaca entri kali ni... =)


PEGANG TANGAN AWEK! SYOKNYE!

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sentiasa ceria dan gembira...

Kecoh betul isu video orang sambut raya dengan anjing... macam dahsyat gila... tapi hang pa tak kecoh plak budak-budak sekolah dok pegang2 tangan keluar dating... berlambak kot aku rase... da cam budaya plak... tanpa segan silu leh pegang2 dengan bukan mahram.... 

Tu nak panggil apo plak... isu kecik dibesar besarkan... isu besar buat tak nampak je... orang islam yang dok pegang pegang depan khalayak tu bukan kategori menghina agama islam lagi kot...

Sebab tu masih ok je...

renung-renungkan =)


02 August 2013

TIPS KURUS - MUDAH, MURAH DAN BERKESAN

Salam dan selamat sejahtera....

Bila cite tentang kurus je... ramai la yang berminat... sebab rakyat malaysia ni... ramai yang obses nak jadi kurus....

Tak kira la... modal banyak ke ataupun modal sikit... tak kira la produk tu selamat ke tak... janji kurus...

Hehe

Antara tips untuk kurus yang boleh diamalkan

1. minum banyak air putih (setiap 25kg berat badan memerlukan sekurang-kurangnya 1liter air putih)
2. makan banyak serat (serat membantu melawaskan proses pembuangan tosin dalam bandan @ nama lainnya berak)
3. amalkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
4. kurangkan pengambilan lemak haiwan, garam dan gula
5. sabar dan konsisten dengan perkara di atas
6. berdoa (doalah kalau rasa nak kurus. kan kita boleh berdoa ape-ape pun he3)

nota: tiada jalan mudah untuk kurus. dengan pengambilan sesuatu produk... belum tentu kira dapat kurus atau berat badan berkurangan dalam jangka masa panjang




01 August 2013

KAN DAH TERTIPU DENGAN PRODUK KURUS

salam dan selamat sejahtera...

sekarang ni sesape ade facebook... kemain rancak depa dok jual produk kurus lah... produk ramping lah... macam-macam jenis produk la yang ada...

cuba korang try PM penjual produk tersebut... kebiasaannya... la kan... kalau kita kabo nak beli... dia orag akan bagi nasihat dan pesanan yang macam-macam...

antaranya...

kurangkan makan makanan berlemak
banyakkan minum air
banyakkan senaman
tah macam-macam lagi pantang larang...

sedar atau tak?

pantang larang tu semua antara penyumbang untuk turunkan berat badan? so... berat badan kita ni turun sebab makan produk XYZ tu ke... atau pun sebab jaga pemakanan dan gaya hidup?

tak rasa tertipu ke?

haishhh kalau aku jangan harap le aku nak beli...

aku tak kate la semua produk... tapi kebanyakkan produk memang gitu...

sebenarnya nak kurangkan berat... atau nak dapatkan berat ideal... bukan nye semudah makan itu makan ini... makan produk tu makan produk ni...

kita masih kena bersenam
masih kena banyakkan minum air putih
banyakkan makan serat

haishhh kalau makan produk itu ini da boleh kurus... ramai lah bini menteri-menteri ramping dan langsing... tak payah modal ribu-ribu... dua tiga ratus je... dah boleh kurus...

ape pun bergantung pada keserasian dan kepercayaan... this is my opinion =)

tq very much... sudi luangkan masa membaca entri ni...




31 July 2013

MENJADI JUTAWAN YANG KAYA DAN TERAMAT KAYA

salam dan selamat sejahtera...

paling selalu IKLAN CARA NAK JADI JUTAWAN

macam ni citenye...

"Tuan tuan dan puan puan... percayalah pada saya!"
"datang ke Program Saya"

Saya mampu mengubah anda menjadi JUTAWAN yang KAYA, LEBIH KAYA dan TERAMAT KAYA


yang aku tau last last penganjur yang jadi kaya... sebab beribu-ribu orang yang datang bayar yuran...


PUTUS CINTA KERANA ADA MISAI

salam dan selamat sejahtera...

kisah dua ekor kucing yang sedang memadu kasih

kucing jantan: kita putus
kucing betina: kenapa pulak
kucing jantan: awak tipu saya
kucing betina: tipu ape?
kucing jantan: awak bukan perempuan!!! sebab awak ade misai...
kucing betina: @##!&$

selamat pagi senyum selalu =)

DAHAGAKAN PUJIAN

salam dan selamat sejahtera...

semoga sihat untuk menjalani puasa di bulan ramadhan yang masih berbaki...

pernah tak korang jumpa orang yang cam ni?

ade orang mintak aku komen... dia cakap kat aku...
"awak boleh komen... tapi yang baik-baik je tau..."

haaaa???

adoiyai... ni yang aku namakan DAHAGAKAN PUJIAN

bek wat ayat gini je...
"awak pujilah saya"

aku memang tak berapa reti nak puji puji orang ni... kekok betul... kalau komen berapi boleh kot hu3... jangan marah!!!

sebab tu sampai la ni tak display komen tak berapa membina aku tu =P

ok babai... jumpa lagi... harap tak de yang keji entri aku ni meh meh meh...




POPIA NESTUM ISTIMEWA - SEMUDAH ABC

salam dan selamat sejahtera semua...

semoga semuanya sihat sokmo... nak raye ni kena la ade wat kuih raye... ye tak? he3
so hari ni aku nak share resepi yang super duper senang... popia nestum... perkataan lain sengaja ditambah untuk mengenakkan lagi tajuk entri...

harap maklum.. he3

bahan-bahan:

kulit popia (tak kisah jenis pe pun)
minyak
nestum perisa asli (kisar halus)
gula (yang sudah dikisar)
*hati yang sabar (aku saje tambah okeh)

cara-cara:
gulung kulit popia... kalau malas tak yah gam pun takpe... kalau rajin gam la kat ujungnya... guna putih telur boleh... guna tepung gandum likat boleh...

gunting serong-serong...

pastu boleh la goreng sehingga agak keperangan...

angkat dan toskan... gaulkan bersama gula dan nestum yang telah dikisar... agak-agak secukup rasa la... dah nampak cantik je rupanya... ok la tu...

ce try rasa... kalau puasa tunggu mase buka...

selamat mencuba!!!


ni la hasil kejadian... nak bawak balik umah MIL satu dan umah ma aku satu...

30 July 2013

MAJLIS BERBUKA YANG DIKEJARKAN... SOLAT MAGHRIB PUN KECICIRAN...

salam dan selamat sejahtera
semaaoga semuanya sihat selalu dan bahagia sokmo

memandangkan kita di bulan Ramadhan... ade gak yang dapat jemputan gi majlis berbuka puasa...
dah nama pun jemputan... so pegi la ye tak?

bila dah syok punya syok makan berbuka...
ade jugak yang terlepas solat maghrib...
aku tak tau la depa terlupa ka...
sengaja lupa ka...
buat-buat lupa ka...

haishhh
pada aku tak patut la wat cam tu...
kan solat tu tiang agama...

makan banyak sangat pun jadi tahi jua akhirnya...
tapi kalau jaga solat syurga la tempatnya...

make sure
jangan jadi cam tu lagi ye uolssss =)

assalammualaikum




HOI!!! KAU NI ASYIK SALAHKAN BN JE!!!

salam dan selamat sejahtera semua...

semoga semuanya sihat selalu... syukur kita semua dah masuk hari-hari terakhir ramadhan... dan ramai yang dah bersiap-siap dengan pakaian dan kuih raya... jangan lupa bayar zakat okeh!!!

harga barang naik - salah BN
takrif letrik naik - salah BN
banyak jenayah - salah BN

nanti ade yang bunyik... HOI!!! KAU NI ASYIK SALAHKAN BN JE!!!

tu kan salah TNB
tu kan salah CINA yang naikkan harga barang
tu kan salah POLIS tak pantau penjenayah

dah tu tugas PEMERINTAH NEGARA (KERAJAAN BN) ni ape?

tak boleh ke pantau tu semua?

nanti datang pulak SATU MAKCIK cakap...
YANG PENTING MALAYSIA AMAN...

sebab belom ade sedara mara dia kena tembak depan mata... sebab tu cakap Malaysia aman... cara macai cantas orang-orang Pakatan Rakyat.... aku dah muak =P

INGAT JANGAN SALAHKAN BN...
BN TAK BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP NI SEMUA...

hahaha

BUDAK 2 TAHUN TIRU GAYA MAMA BAWA HANDBAG

LAWAK PECAH PERUT... FLIGHT TAMBANG MURAH

29 July 2013

REALITI MASYARAKAT DALAM MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH

salam dan selamat sejahtera
jom tonton tazkirah ramadhan

Realiti masyarakat dalam memohon keampunan Allah

AHMAD DAN ALISHA

salam dan selamat sejahtera

jom layan picture anak-anak aku
hasil 3 tahun kawin hu3







HANTU MELAYU

salam dan selamat sejahatera...

berdasarkan pemerhatian aku... kat malaysia ni... asal...

Hari Raya Aidilfitri je... mesti akan siarkan cerita Hantu Melayu
Hari Kebangsaan pun siar cerita Hantu Melayu
Hari Raya Haji tetap jugak siarkan cerita Hantu Melayu

banyak sangat cerita Hantu Melayu ni dihidangkan untuk penonton Malaysia... harap-harap syarikat penyiaran prihatin dengan cerita yang bakal disiarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri dan hari-hari keraian yang lain....

sekian...



REBUTLAH PELUANG INI

Salam dan selamat sejahtera...

Kita dah pun memasuki fasa 10 terakhir ramadhan... semoga kita dapat keberkataan dengan 10 malam terakhir ni...

Rebutlah peluang jika korang ade terjaga malam... kalau malas nak tahajud... wat lah sesuatu ikut kemampuan... walaupun dengan hanya berselawat atau beristighfar sahaja...

Kerana janji Allah itu pasti... kerana beribadat semasa bulan ramadhan besar ganjarannya...

semoga kita semua diberikan peluang walaupun sejenak... =)

28 July 2013

TERLIUR KE TAK? TENGOK GAMBAR DADA BULAN PUASA NI...



YANG LELAKI MESTI NYESAL BUKAK ENTRI NI

istighfar banyak-banyak =P

HAAA... NI YANG ORANG CINA SUKA...

salam dan selamat sejahtera...

ni dah dekat nak raya kan? ni bukan lah entri perkauman... cuma perkongsian entri berdasarkan pemerhatian dan pengalaman...

ape yang korang selalu jumpa bila dah nak raya? nak nak raya aidilfitri...

kat kedai-kedai cina...
depa sibuk dah jual bunga plastik banyak-banyak
depa da sibuk jual pasu banyak-banyak
depa da sibuk jual alas kaki banyak-banyak
depa da sibuk jual alas meja banyak-banyak

pendek kate dah dekat nak raya ni... memang macam-macam ado... selalunya yang banyak jual benda-benda tu semua... kat kedai cina la...

tu yang orang cina da dapat baca fikiran orang melayu...

asal raya je...
tak sah tak beli bunga dan pasu baru...

jadi susah hati pulak bile tak de bunga dan pasu baru bila menjelang hari raya... yang kayonye tauke-tauke cina la.... =)

so... renung-renungkan dan selamat beramal... 


DIA YANG KEDEKUT... DIA JUGA YANG MEMBAZIR...

salam dan selamat sejahtera buat semua pembaca...

kali ni aku nak berkongsi pengalaman... nak nak di bulan Ramadhan... macam-macam perangai ade...

pernah tak korang berjumpa manusia yang kedekut... tapi suka membazir?

hehe...
harap kita semua tak tergolong dalam kategori macam tu... situasinya begini... pernah tak jumpa orang yang ade banyak makanan... tapi bila bab nak berkongsi... atau berbahagi dengan jiran tetangga... dia akan jadi berkira gilerrrr... almaklum la... makanan tu sedap kan.... so dia bagi sikit je la... tak pun... tak bagi terus... kat orang lain.... perasannye dia mampu habiskan semua makanan yang dia ada...

kedekut punya kedekut...
lokek punya lokek...

bila da tak larat nak makan... baru sibuk nak bagi orang lain... bila tak habis baru sibuk nak bagi... makanan nak rosak baru nak bagi dan nak berkongsi... haha...

ermmm... tambah teruk lagi... last last terbuang je makanan tu... sebab da tak larat nak makan... dek sifat kedekut yang subur dalam hati... 

so... kesimpulannya...

sebaik-baik sedekah adalah sesuatu yang kita suka...
sangat bahaya jika ada penyakit kedekut dalam hati...

sempena bulan mulia ni... moh le kita berdoa supaya kita semua terhindar daripada sifat kedekut... pada mata aku... orang yang ade sifat kedekut ni... memang menjengkelkan... 

selalu betul aku jumpa manusia kedekut tapi membazir... 

wallahualam...



25 July 2013

CARA-CARA MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN

salam dan selamat sejahtera...

korang pernah tak meniru masa exam?

jom layan betapa kreatifnya dia orang ni...

24 July 2013

LAWAK - SELIDIK DULU HALAL KE HARAM?

ermmm layan lagi video best daripada ustaz qunot...


LAWAK - PURA-PURA PANDAI SOLAT SUBUH

salam dan selamat sejahtera...
petang petang ni kalau tengok cite lawak pon best gak... jom layan...

DUGAAN BERNIAGA ONLINE

Salam dan selamat sejahtera...

Seiring dengan kemajuan teknologi... maka semakin ramai la yang nak berniaga online... atau bahasa melayunya... berniaga atas talian...

Antaranya... dugaannya...

Melayan customer yang malas membaca detail produk dan harga... dan asyik bertanya sahaja... sedangkan setiap detail telah diberitahu...

Melayan customer yang belom tentu membeli... tetapi lebih banyak bertanya itu dan ini...

Melayan customer yang kurang sabar menuggu barang mereka untuk sampai... kejap kejap mesej penjual... sampai naik rimas pulak si penjual...

Pendek kate bila nak berniaga ni tahap kesabaran kena la tinggi... kalau tak ade gak customer yang kena marah dengan penjual...

Apepun customer always right...

Sekian...



SELAMAT MENGUNDI PENDUDUK KUALA BESUT

salam dan selamat sejahtera 

Hari ni adalah hari penting bagi penduduk Kuala Besut...

yeahhh hari pengundian bagi PRK.... pertama selepas PRU 13 pada mei lepas...

Aku nak ucapkan selamat mengundi buat penduduk kuala besut...pilihan di tangan anda...

Jom le kita keluar BARISAN dan masuk BULATAN

ISU HINA ISLAM MENGABURI ISU KENAIKAN HARGA BARANG

Salam dan selamat sejahtera semua...

Sejak dua menjak ni...

Isu cina hina penganut agama Islam memang hot...

Lepas tu muncul pulak isu hina sultan...

Macam-macam isu hina menghina keluar...

Rakyat jelata pun jadi makin lupa dengan harga barangan yang semakin meningkat naik...

Begitu la permainan geng geng keris tak bersarung... harap rakyat jelata yang sangat marah dengan isu hina menghina ni... tak lupa la dengan isu kenaikan harga barangan yang mencanak canak selepas PRU 13 ni...

23 July 2013

JUALAN MURAH PELBAGAI JENIS PEPLUM

Salam dan selamat sejahtera....

Semoga semuanya sihat selalu...

Masih tercari-cari peplum untuk digayakan di aidilfitri?


Jom  like facebook page Oscara Boutique

di Oscara Boutique kami ada menjual pelbagai jenis kurung peplum, blouse peplum, dan macam-macam lagi...

selain itu di Oscara Boutique juga kami ada menjual pakaian kanak-kanak, tote bag, hand bag dengan harga yang sangat berpatutan... 

jom shopping raya di Oscara Boutique




19 July 2013

KESILAPAN KETIKA MEMBANCUH SUSU FORMULA

Salam dan selamat sejahtera semua...

Semoga semuanya sihat selalu...

Hokeh...

Susu formula tu ape?
Susu yang telah ditambah pelbagai kebaikan lain... seperti DHA, gangliosida, vitamin D, zat besi, asid amino dan lain lain lagi...

Contoh susu formula yang ade kat pasaran?
Dugro, anmum, dutch lady, fernleaf dan macam macam lagi...

Cara membancuh susu formula? 
Korang turun temurun ke ikot cara mak mak korang bancuh susu?
Bubuh air panas dulu... campurkan susu... goncang2 sampai larut... kemudian baru tambah air sejuk... untuk jadikan susu tu suam...

Haaa kalau cam tu caranya... moh le kita tukar kaedah yang baru...

Masa beli susu tepung tu... ade tak uols... bace arahan pada pek asal?

Biasanya... akan ada tulis ambil air pada suhu 40ºc . Pastu ikotlah banyak mana air yang kita nak... apesal diaorang tak soh guna air panas mendidih? Air mendidih of coz suhu 100ºc... 

Kerana...
Tak mau bakteria baik yang ada pada susu musnah... juga khasiat khasiat lain pada susu ilang... sebab tu arahan pada pek begitu...

Nanti ade yang akan fikir... susu tak larut... kalau tak guna air yang betul betul panas....

Instant milk ni... guna air sejuk pon boleh larut...
Tak caye?
Wat la eksperimen sendiri....


PILIHANRAYA KECIL KUALA BESUT - N 01

Salam dan selamat sejahtera

Semoga semuanya sihat selalu la ye...

Bila kata ade pilihanraya...

Maka akan ada hari penamaan calon
Maka akan ada masa berkempen
Maka akan ada hari pengundian

Yang kelakar tu... hari penamaan calon boleh pulak spr pilih hari cuti... iaitu jumaat... dan hari pengundian dipilih pulak hari bekerja...


Ermmm
Apekah rasionalnya...???

Jika hari pengundian jatuh pada hari cuti rasanya lagi mudah para pemilih untuk keluar mengundi beramai-ramai... ye tak?

Ape pun fikir2kan lah... mane yang lebih baik untuk dipilih...

18 July 2013

IBU MENGANDUNG DAN PUASA

salam dan selamat sejahtera...
semoga semuanya sihat sejahtera dan gembira...

ibu mengandung dan puasa...

dah dua kali aku pregnant masa bulan puasa... ho3.. masa 1st baby.. masa aku da betul-betul sarat 8bulan... masa 2nd baby... baby baru jadi... haha dalam beberapa minggu... hu3

Berpuasa semasa mengandung.. biasanya kebanyakan ibu-ibu selalu risau mengenai anak kat dalam rahim...

Pada aku...
Jika aku berbuka bukanlah sebab risaukan baby... tu pun sebab aku letih... sangat..... dan untuk baby aku tak de la risau sebab aku tau aku tengah laksanakan rukun islam yang ke 3... so semestinya la... Allah akan lindungi baby yang ade dalam rahim kita...


Nothing to worry...

Sekadar berkongsi pengalaman...

12 July 2013

FAMILY DAY WITH MY BIG FAMILY SUNGGUH SYIOK!!!

salam dan selamat sejahtera semua...
lama rasanya tak update blog... almaklum la... da jadi mummy kepada dua orang budak... hahaha... haruslah busy... =P

tak terlambat rasenye nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak... semoga amalan kita semua diterima... mudah-mudahan...

dan agak terlambat... aku update citer we all pegi family day kat Damai Puri Resort & Spa... santubong sarawak...

tempat kerja laki aku memang da plan untuk wat family day kat situ... pada 15 & 16 jun 2013... so kebetulan my big big family ade datang sarawak...

so my hubby pon ajaklah... my mother in law, my mom and my sis join sekali... 

maka dengan itu bergembiralah kami semua... jom layan kecantikan pic resort yang kita orang bersemayam selama 2hari 1 malam...

my mother in law wif alisha


 MIL, my mom & alisha sebelum balik

ahmad al mahdi dok main tipon...

pishh ahmad kate...

pemandangan daripada balkoni...

swimming pool

ahmad bersembang dengan tok ibu..

kemas dan cantik =)

aku boleh bagi 4 bintang untuk tempat ni... beautiful and peace... =) 

p/s: tq dear...
p/s/s: ni cume beberape keping pic je... daripada ipad my mother in law... malas pulak nak upload pic dari tab... sebab update blog gune laptop.. ngheeeee 

25 June 2013

TAK BAGI DIKATA... DAH BAGI EKSEN PULAK!!

Salam dan selamat sejahtera semua...

Semoga semuanya sihat selalu... biarpun jerebu...

Bila musim cuti sekolah... banyak la jemputan untuk pergi kenduri kawin... da jadi ala ala kewajipan gitu... tuan rumah kena sediakan goody bag... untuk tetamu...

Dulu dulu tak pe je... kalau datang umah kenduri kawin tak de goody bag... sekarang ni... gI kenduri tahlil pun tuan rumah kena sediakan goody bag... kalau tak ade la yang soseh soseh...

TapI...
 Bila tuan rumah bagi goody bag... gula gula atau coklat...
Kena komplen jugak...
Cakap... "asyik gula gula n coklat je..."
Tak pun cakap... " budak budak takde... tak de sape yang nak makan... nanti cair je..."

Perghhh
Cube la jaga hati tuan rumah sikit...
Kalau tak abis pun tak payah la sebut sebut...

Tau la zaman sekarang da mewah dengan makanan... tapi tak payah la eksen bebeno... aku menyampah betul makcik2 yang suka komen cam tu... sebab yang suka komen ni biasanya makcik2... pakcik2 tak de la banyak songeh sangat...


APABILA JEREBU MELANDA...

apabila jerebu melanda...
yang tua dan yang muda semua merasa...
yang miskin dan kaya turut sengsara...
semua merasa tanpa mengenal darjat atau rupa...
itu semua Tuhan punya kuasa...

apa apa pun bisa saja...


INGIN JADI JELITA DI MATA SUAMI? TANPA MODAL YANG BANYAK... CUBALAH SENDIRI...

salam dan selamat sejahtera...

semoga sihat sentiasa... walaupun berjerebu...

mencari nafkah tu semestinya la tugas suami.... tetapi bila ade masa lapang... salahkah suami ke dapur untuk memasak?

haruslah tak salah... bukan setakat ke dapur untuk memasak... malah membantu isteri melakukan kerja rumah saat suami ada kelapangan juga sudah cukup menggembirakan isteri...

ye la... bila isteri gembira... awet muda la bini korang...
badan pun tak mudah lenguh lenguh dan sakit sakit...

moralnya... nak isteri yang cantik jelita... dan awet muda tanpa modal yang banyak... rerajinlah membantu isteri di rumah...

haha... lagi pun mengeratkan kasih sayang...
isteri pun boleh manja manja dengan suami...

kuang kuang kuang... sesape yang belum cuba... ce cube ce cube...

nota: tq for my hubby becoz always help me... everytime i need...


23 June 2013

KENAPA MALAYSIA TAK MARAH... BILA DILANDA JEREBU?



PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

"Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

"Semuanya milik modal asing dari Malaysia.“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

Pemantauan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.


Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura 

SUMBER:  Free Malaysia Today

PALANIVAL LEBIH PENTINGKAN PANDA?


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel lebih mementingkan keselamatan panda berbanding rakyat negara ini yang sedang berdepan ancaman kesihatan ekoran jerebu.

Menurut Guang Eng, Palanivel selaku menteri bertnggungjawab sewajarnya memberi keutamaan kepada masalah pencemaran jerebu yang semakin serius.

"Palanivel lebih pentingkan panda-panda dari Cina berbanding jerebu.

"(Padahal) lebih penting dari panda adalah manusia, iaitu rakyat Malaysia," kata Guan Eng pada sidang media selepas majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini.

Guang Eng dipercayai mengulas tindakan palanivel semalam menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perlindungan dua ekor beruang panda gergasi dari Cina di Zoo Negara.

Difahamkan kedua-dua beruang panda itu akan tiba di Zoo Negara pada Disember ini.

Sedangkan menurut Guang Eng, dalam keadaan meruncing seperti ini, Palanivel seharusnya perlu fokus kepada bagaimana mencari penyelesaian untuk menjaga keselamatan rakyat.



"Kita mengharapkan tindakan lebih cepat, dan kita di pihak Pakatan Rakyat sedia untuk memberi kerjasama.

"Pada masa sekarang sekurang-kurangnya kerajaan sudah boleh mengedarkan topeng muka percuma kepada rakyat," katanya.

Tindakan kecemasan

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sama menggesa kabinet Datuk Seri Najib Razak segera bersidang bagi membincangkan pelan kecemasan bagi mengelakkan masalah jerebu semakin teruk.

"Kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia juga perlu mengadakan persidangan segera mengatasi masalah ini.

"Malayisa tidak boleh berdiam diri, meskipun yang terlibat (membuat pembakaran terbuka) adalah syarikat-syarikat kroni," kata Anwar.

Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Dalam perkebangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 pagi ini.

ANAK AKU PERGI KURSUS...

salam dan selamat sejahtera

semoga semuanya sihat selalu...

fenomena seseorang pekerja untuk pergi berkursus satu perkara biasa... nak nak bila ade sesuatu yang baru... haruslah mereka akan dihantar berkursus...

haaaaaaaaaaaaaaaaaa
tapi yang aku paling tak boleh belah... golongan mak mak ni... suka bercerita kat jiran tetangga... dengan rasa bangganya anak mereka dihantar berkursus...

bak kate opah aku...
kalau kena pergi kursus tu bukan la pandai sangat... sebab tu kena pergi kursus selalu sangat... hu3

cuma kadang-kadang mak mak ni suka sangat dok bercerita kat orang lain yang anak diaorang gi kursus...

aku contohkan kat sini...

kalau nak gi haji... tapi lom tau cara nak nak wat haji... so kena la pegi kursus haji... ye tak?

kalau nak kawin kena pergi kursus kawin... dan macam macam lagi...

so...

dipendekkan kata... sesiapa yang dikehendaki pergi berkursus tu... maksudnya masih ade yang kurang la... so tak payah la nak buat ayat riak cite kat orang lain yang anak tu... pergi kursus...

sekian...


21 June 2013

CARA NAK BUAT BOLA ADIDAS JABULANI

Salam...

Kita tau tendang bola...
Tangkap bola... dan yang sewaktu dengannya...

Sekali sekali cer kita tengok dan ambik tau cam ne kaedahnye... nak buat bola... jom tengok cara cara nak buat bola adidas jabulani untuk worldcup 2010...

Oooo nak sabar mau tunggu worldcup next year... oyeahhh!!!

Jom layan....







10 June 2013

JOJO, TORA DAN DING DANG YANG BUAT KU BERDEBAR-DEBAR

Salam dan selamat sejahtera

Semoga semuanya sihat selalu...

Ape benda agaknye yang selalu buat aku berdebar-debar mase kecik-kecik dulu?
Semestinya la JOJO, TORA dan DING DANG...

Seriously selalu buat aku berdebar-debar...

Mane tak nye... dalam hati selalu tertanya-tanya... same ke tak... permainan yang aku dapat cam kat dalam tv...... kebiasaannya harus lah tak same... aku impikan macam mainan yang macam dalam tv ... tapi jarang sangat dapat serupa...

Dan biasanya...
Permainan dalam kotak ni selalu dijadikan upah terutamanya mase aku nak cabut gigi... haha... cabut gigi kacip atau gigi taring biasanya upahnya... TORA atau DING DANG je...

Ooooo
Tapi kalau cabut gigi geraham...
Of coz la... habuannya JOJO..

Bila aku terkenang tu semua... memang kelakar gila aku rasa...

Mujur my son tak de nak upah upah bagai... hu3
Sekian....

08 June 2013

KENAPA ORANG DALAM PANTANG BERSERI-SERI?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sihat sentiasa...

Korang perasan tak? 
Biasanya orang dalam pantang ni... berseri-seri je muka dia... 
Bakpe jadi gitu?

Haaaaa kan mase bersalin dosa dosa da terhapus...

So that's why la berseri-seri...

Selain tu jugak...
Banyak makan sayur sayuran...
Banyak makan buah buahan...
Makan makanan seimbang...
Cukup rehat...
Tak de berpenat-penat...

So haruslah berseri-seri...

Ye tak?
Aku da abes pantang daaaaa... hooreyyyy!!!

06 June 2013

TIPS UNTUK TINGKATKAN HEMOGLOBIN

Salam dan selamat sejahtera semua...

Semoga semuanya sihat sokmo...

Sesape yang ade masalah anemia semasa mengandung harus la agak stress bila ade masalah low hb... ohhh ye tak?

Nanti doktor akan soh makan ubat berkoyan koyan...

Hahaha... aku da pernah alaminya... really stress... 

So... aku pon berusaha la... bagai untuk naikkan hb...

Cuba macam macam la...

Last last yang berjaya... adalah dengan makan sayuran hijau setiap hari dengan jumlah yang banyak... mean... seikat sayur untuk lunch... disertai dengan minum air oren sunquick!

Dan dan dan jangan lupa banyakkan makan ikan kurangkan makan ayam... sebab ikan salah satu sumber protein yang baik... tak de cucuk cucuk punya...

Hb naik woooo
Di samping rajin mengunyah ikan bilis goreng dan makan buah pisang... tu sume aku jadikan snek...

Haaaa hb aku naik kawww

Daripada 9.8 to 12.9

Ha tuuuu dia...

Kulit pun cantik... sebab semua vitamin cukup
Hb pun naik...
Dan yang paling penting bebas bahan kimia dan ubat-ubatan : )

Bagi yang bermasalah tu... boleh la mencuba tips ni... 

P/s: elakkan pengambilan minuman berkafein seperti air bikarbonat, kopi dan teh

05 June 2013

JOM LANGGAN BROADBAND TANPA HAD DENGAN HARGA MURAH

Salam...

Entri pantas untuk perkongsian dengan korang semua... langganI broadband celcom dengan harga serendah rm28 untuk 14hari... dan layari internet sepuasnya...

Taip Broadband 2Weekly dan hantar ke 28882 kemudian ikuti arahan seterusnya...

Sekian..

Hanya untuk pengguna celcom sahaja

TIPS HASILKAN SUSU IBU YANG LEBIH BANYAK DENGAN KOS YANG RENDAH TANPA SUPPLEMENT TAMBAHAN

Salam dan selamat sejahtera semua...

Semoga sihat walafiat je selalu...

Zaman sekarang kesedaran pemberian susu ibu kepada bayi semakin tinggi
So... kadang kala kekurangan jumlah susu amat merunsingkan para ibu... kat sini ade beberapa tips yang ingin dikongsikan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu...

Pertama sekali...
Banyakkan minum air putih... at least 8 gelas sehari.. 
Minum minuman tambahan seperti susu atau horlick.... 2 hingga 3 gelas sehari...
Kemudian banyakkan makan sayuran hijau... kerana kosnya lebih murah berbanding buah buahan... dengan itu... anak anda akan mendapat bekalan vitamin yang secukupnya... pengambilan protein dalam kuantiti yang mencukupi juga perlu... seperti ikan, daging, atau ayam... tu semua senang je nak dapatkan... 
Jangan lupa pengambilan karbohidrat seperti nasi atau roti juga sangat penting... dengan amalan pemakanan dan pengambilan cecair yang teratur.... in sha Allah... anda akan dapat menghasilkan susu ibu yang banyak dan berkualiti... tanpa sebarang supplement... anak anda juga in sha Allah akan bam bam...

Tips ni aku da lama praktikkan... untuk kedua-dua anak... kesannya anak tidak mudah sakit... anak sulung aku dah 1thn 10bln dan baru 3 kali mengalami demam dan tak pernah lagi kena sakit seperti batuk, atau selsema... in sha Allah

P/s: biasanya susu yang dihasilkan memancut mancut... he3 


04 June 2013

ORANG JAHAT BIASANYA LEBIH KREATIF?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sihat selalu...

Orang jahat biasanya lebih kreatif... betul ke?

Situasi...

Orang baik... tengok mesin atm... mereka akan fikir untuk keluarkan duit menggunakan kad atm...

Manakala orang jahat bukan setakat berfikir untuk gunakan kad atm je... nak kuarkan duit... mereka akan fikrkan pelbagai cara yang lebih mendatangkan keuntungan yang besar... seperti mencabut mesi atm... atau kopak mesin atm... dan akan mempraktikkannya juga... untuk dapatkan hasil yang lebih banyak...

Daripada kenyataan aku ni... tak bermaksud pulak orang yang kreatif tu... semestinya jahat...

Fikir-fikir nanananana





BILAKAH ANAK-ANAK MULA BELAJAR MENIPU?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sihat selalu....

Ramai ibu bapa yang sering katakan... 

"Aku tak pernah ajar anak aku menipu"

TapI sedarkah kita... secara tidak langsung kita telah mengajar anak menipu...

Situasinya...

Ibu bapa keluar rumah dengan tujuan tertentu... kadang kala terpaksa meninggalkan anak di rumah....

Kebiasaannya anak akan menangis kerana ditinggalkan...
Itu adalah salah satu cara untuk mempamerkan kesedihan jika ditinggalkan...
Dengan cara menangis...

Anak-anak menganggap berada di sisi ibu bapa adalah lebih selamat dan menyeronokan...

Lama kelamaan jika sering ditinggalkan...
Anak anak akan mula kawal diri daripada menangis... kerana jika jika menangis mereka tetap tak dapat ikut jugak...

Biarpun jauh dilubuk hati mereka... mahu pergi bersama sama ibu dan bapa... tapi kesedihan tu sudah tak dipamerkan dengan air mata...

Saat itulah anak anak sudah belajar menipu diri mereka... dengan cara melindungi kesedihan dihati mereka...

Seeloknya... terangkan kepada anak anak dengan sebaik baik nya... supaya mereka faham mengapa mereka tak boleh pergi bersama sama ibu bapa mereka...

Dan banyak lagi situasi... yang sering terjadi... kita sering menipu dan menakut  nakutkan anak anak...

Seperti...

"Pegi la sane... nanti ade hantu tangkap"

"Nakal nakal nanti misi cucuk"

Dan pelbagai lagi dialong yang sering kita dengar... menakutkan anak anak supaya mereka mendengar kata...

Berkatalah benar biarpun pada seorang kanak kanak

03 June 2013

ANTARA BOLA SEPAK DAN BOLA RAGBI

Salam dan selamat sejahtera
Semoga semuanya sihat selalu...

Saje nak berkongsi...
Sayangi isteri anda ibarat seperti bola ragbi...
Kerana pemegang bola ragbi akan bersungguh sungguh pertahankan bolanya...

Manakala bola sepak dengan mudah dan pantas ditendang ke sana ke mari
Bersungguh lah pertahankan isteri anda jika ada pelbagai uiian yang mendatang
Renung-renungkan...

Tq... to my hubby coz selalu melindungi isterinya walau di mana kami berada


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...