GENG LENSA HIDUP

22 February 2015

ADAM ADLI DAN FARIZ MUDA DIBEBASKAN




SHAH ALAM, (MLP) – Ketua koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis anak muda, Adam Adli yang ditahan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jinjang, Kuala Lumpur dibebaskan kira-kira 11.15 pagi tadi.

Adam dilihat berjalan keluar dari lokap bersama dengan Fariz kira-kira jam 11.20 pagi.

Beliau kemudian memberitahu pemberita bahawa peguam mereka, New Sin Yew dan Michelle Yesudas telah menguruskan pembebasan mereka malam tadi.

Semalam, Fariz dan Adam ditahan sewaktu menyertai himpunan #Kita Lawan di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di ibu negara.

Perhimpunan itu bertujuan menunjukkan solidariti terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas dia disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


Foto: Berita Harian

18 SELFIE PALING TIDAK BERTEMPAT!!!


Pernahkah anda tertanya? Apa tujuan sebenar gambar selfie diambil? Kebanyakan orang akan menjawab bahawasanya mereka hendak wajah dirakam pada sudut yang terbaik.

Selfie sekali sekala tiada masalah tapi kalau dah kerap sangat tak elok. Jadi tabiat buruk pula. Bagaimana pula kalau selfie yang tak kira tempat dan tak peduli keadaan?


Yummy!


Ain’t nobody gonna stop me!


Polis tengah serius menangkap penjenayah la


Itu pun nak selfie


Polis tu tangkap kamu masuk jail baru tahu


B***H, I’m, fabulous!


Kebakaran? But first, let me take a selfie!


Bosanlah pengebumian, selfie jom?


Dude! Dia tengah buang air besar kot.


I’m sexy and I know it


Nenek saya yang ajar tau...


Phone selfie is too mainstream


Wow! Natural beauty tu...


Should I help? Should I stop them from fighting? Nah, selfie it is!


Grab a selfie, by the horn


Goodbye world!


“I freakin told you to delete it!”


Ahhh, hilang dahaga

Kredit gambar: runt-of-the-web, r/CringePics, Buzzfeed

13 February 2015

KEJAYAAN PALING BERERTI SAYA, KELUAR DARI RIBA' - TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ


KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.
“Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.
“Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian,” katanya di sini.
Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut.
Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.
Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang.
Sumber asal: Harakahdaily

12 February 2015

SERONOKNYA BERNIAGA ONLINE

Assalammualaikum
semoga semuanya sihat selalu...
bercerita mengenai berniaga atas talian atau nama inggerisnya online... mula-mula biasalah... kena kerja keras untuk cari tapak... dan mendapatkan kepercayaan pelanggan. tapi tak da lah keras sangat... masih boleh sambil-sambil main game online... gitu... sambil-sambil masak gitu... macam-macam jugak yang boleh disambil-sambilkan...

hampir 2 tahun jugak lah aku berniaga online.... alhamdulillah...

tetapi membina rangkaian sangat penting. cuma membina rangkaian menjadi lebih mudah dengan adanya internet dan media sosial... seperti Whatsapp, Wechat, Facebook, Instagram, blog, mudah.my dan lain-lain... supaya pelanggan dan bakal pelanggan senang berhubung dan mengetahui produk yang kita jual...

lama kelamaan... inshaAllah... kita akan miliki regular customer dan wholesales buyer... masa itu kita rileks je... hanya menanti pelanggan yang ingin berurusan jual beli sahaja... hehe

sekian... selamat berjaya!!!




11 February 2015

5 MI SEGERA TERBAIK

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

sibuk memang sibuk... tapi aku sempat-sempatkan juga menaip satu dua entri... supaya tak lah senyap je blog ni....

Maggi antara jenama yang memang dah meresap di dalam sanubari rakyat Malaysia... hinggakan asal tanya je ramai yang jawab aku makan Maggi... walhal makan jenama mi segera yang lain...

nampak tak? betapa lekat jenama tu dalam minda rakyat Malaysia... dan Manggi terbaik adalah Maggi Kari!!!

1. Maggi Kari (ada sponsor iklan naaa)

tak dapat tidak... memang Maggi Kari... ini bagi pendapat aku lah... dan Maggi Kari keluaran Nestle ni memang memiliki keunikan rasa... dan tak sama dengan jenama lain yang ada di pasaran...
Maggi Kari

2. Mi Ruski Tom Yam

fuhhhh ini pertama kali aku cuba masa aku masih belajar dekat arau... kawan-kawan sebilik yang cadangkan... memag bengkak mulut masa mula-mula makan... terutamanya bagi mereka yang tak tahan pedas.... tu belum lagi di tambah dengan cili api pasti akan jadi extra hot!!!


Mi Ruski Tom Yam

3. Mamee Chef Tom Yam

pertama kali aku makan masa tu dekat sarawak... mengidam... asyik keluar iklan dekat TV je... last-last aku terpengaruh... biarpun agak mahal daripada mi segera yang lain... tetapi rasanya memang tidak mengecewakan. memang superb... rasa tom yam nya memang menyengat... tom yam thai... haruslah ada letak santan... siapa belum pernah cuba... cepat-cepatlah dapatkannya dekat kedai...

Mamee Chef Tom Yam Thai

4. Mi Sedap Goreng

mi sedap goreng ni aku mula-mula makan masa belajar dekat shah alam... my best friend Ain yang rekmen... my first taste not bad and owesome!!! memang rare... ada rasa bawang goreng yang kriuk kriuk... siapa belum pernah cuba... cepat-cepatlah cuba... 

Mi Sedap Goreng


5. Mamee Perisa Itik

keluaran jenama Mamee... memang rare rasanya... ditambah pula bila tengah lapar memang sepantas kilat je licin... memang terbaik... siapa tak pernah dengar?? boleh cari di kedai-kedai yang berhampiran...

Mamee Perisa Itik

tapi bila dah kahwin ni memang jarang lah nak makan mi segera... sebab semestinya lah nak masak sendiri untuk suami dan anak-anak... sekali sekala tu adalah... sekadar nak lepaskan gian... hehe... dan mi segera ni biasanya popular di kalangan orang bujang dan pelajar... mudah dan cepat kan...

selamat mencuba!!!

nota kaki: 
terbaik... bermaksud daripada tekstur dan rasa... mi segera tetap tak bagus untuk kesihatan jika di makan selalu.... =)

DAUN KETUMBAR DALAM MASAKAN


assalammualaikum
semoga ceria selalu...

spegetti goreng

sangat sedap di tambah sedikit daun ketumbar
memang owesome

selain tu daun ketumbar juga sedap di tambah dalam tom yam
memang terangkat...
kalau makan kat kedai pun kebanyakkan nya memang ade tambah daun ketumbar

letak dalam ikan masak stim pun sodap...

macam mana rupa daun ketumbar ye?
rupanya macam daun sup...
tapi baunya ain sikit

ce try cari kat supermarket... mesti jumpa

cubalah =)

bye bye

10 February 2015

MALAYSIA BEST BLOG 2015

Assalammualaikum

semoga semuanya ceria dan gembira... terutamanya buat mereka yang telah mencabar diri dengan menyertai SEO contest Malaysia Best Blog 2015...

dalam pada suka-suka dan boleh dapat trafik... anda juga berpeluang untuk uji kemahiran ilmu SEO yang ada... juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM1500... hanya dengan menaip artikel... senang kan?

pertandingan ini dianjurkan oleh pemilik blog Oh! Duit haha memang terbaik!!! semoga murah rezeki anda =)

untuk jadi Malaysia Best Blog 2015 semestinya... blog tersebut sangat bermanfaat kepada pembaca dan berilmiah... sama ada hebat dengan tips dan kaedah berblog... tips masakan.... tips perniagaan atas talian dan lain-lain artikel yang berguna kepada orang ramai kan?? lebih-lebih lagi untuk aku...



antara blog yang sering aku kunjungi yang boleh masuk dalam kategori SEO contest Malaysia Best Blog 2015 adalah:

artikel yang dikongsikan antaranya isu semasa, tips berblog, dan pelbagai lagi info menarik... dan tak rugi anda singgah dan membaca daripada satu entri ke satu entri.

blogger ini seorang kartunis majalah gila-gila... tetapi sering menyelitkan nilai-nilai moral dan agama dalam setiap entri... dan karya kartun beliau

blog yang sering berkongsi resepi yang sihat, ringkas dan mudah.... tanpa perlu bahan-bahan yang rumit.... kira macam resepi alternatif la gitu.... cuba singgah... pasti tak rugi...

buat peminat kucing.... rugi tak hadap blog ni haha.... ni kira blogger legend lah... di alam maya ni... tak gitu???

tengok nama blog pun dah tau... antara artikel yang banyak adalah perkongsian  untuk jana pendapatan di alam maya lah kan... selain tips untuk meningkatkan trafik melalui SEO... selain tu pemilik blog ni juga lah yang anjurkan SEO contest Malaysia Best Blog 2015

blog ni sesuai dan sangat best buat mereka yang meminati grafik... not bad dan boleh masuk dalam senarai blog yang aku suka hehe =)

blogger yang bermula dari awal dan aku memang mengikuti perkembangannya... hehe... bagaimana ia bermula... dan berjaya hingga kini...

blog mengenai resepi... terutamanya masakan melayu.... memang terliur kalau baca... tu belum lagi jika anda cuba semua resepi beliau....  itulah encik Mat Gebu...

9. zackzukhairi.blogspot.com
blog ni adalah blog santai... dan memiliki cara penulisan dan peminat tersendiri.... selain tu penulis gemar mengimbau kenangan dulu-dulu... aku suka baca sebab agak nostalgia haha...

10. mialiana.com
banyak tutorial dalam blog ni... memang best lah... tak rugi anda cuba singgah.... dari awal aku baca... dan ikuti perkembangan blog ni...

senarai di atas adalah beberapa buah blog yang sering aku singgah... dan belajar untuk perbaiki mutu penulisan, meningkatkan trafik dan lain-lain lagi dalam dunia blogging ni...

Apa tunggu lagi!!!
jom sertai SEO contest Malaysia Best Blog 2015 di mana anda berpeluang memenangi hadiah utama sehingga RM1500 wow!!!

yang dibawakan oleh Oh!Duit.com

HANDBAG GUCCI OFFER!!!


RM80 SM/ RM90 SS
FREE POSTAGE

WHATSAPP 0129552047

DIJAMIN PUAS HATI!!!




09 February 2015

PANTAS MASA BERLALU


my lovely son going to school =)


sekejap je rasanya...
mula-mula nikah 2010
tau-tau tahun ni 2015
anak dah pegi sekolah...
pantasnya masa berlalu...

kenapa terasa sangat pantas masa berlalu...
kerana detik-detik kehidupan kami sangat menyeronokkan =)

berdua
bertiga
berempat
dan bakal berlima
lagi beberapa bulan =)

bergurau bersama
berjimba-jimba bersama
ketawa bersama 
menonton movie bersama

my hubby dengan rajinnya buat mende alah ni...

semoga kami sentiasa bersama hingga jannah amin...




RESEPI IKAN BUNGA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... di samping keluarga tersayang....

resepi ikan bunga? apakah?

anak aku je yang panggil ikan bunga sebab masa serve dish tu aku ade letak bunga yang dibuat daripada kulit tomato... itu je....

cara masak ikannye macam biasa je...


cara masak ikannya... goreng ikan cencaru hingga masak.... kemudian buat kuahnya... kuah sweet sour... gunalah apa-apa yang patut dan ada kat rumah korang tu... hehe

ok babai...



08 February 2015

BERSOLEK KETIKA HAMIL BOLEH RENDAHKAN IQ ANAK

Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati.

Sayangnya, ramai wanita hamil masih melakukan rutin yang sama seperti ketika belum hamil dan salah satunya ialah menggunakan alat solek atau produk kosmetik.
Pada masa ini terdapat perdebatan berkenaan kesan penggunaan alat solek terhadap kehamilan. Ramai pakar kesihatan berpendapat, kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates pada alat solek mampu menurunkan darjah kecerdasan (IQ) anak dalam kandungan.
“Hingga kini kami beranggapan, phthalates mampu memberikan impak negatif pada kesihatan otak bayi dalam kandungan. Kami mengetahuinya setelah melakukan kajian untuk memeriksa tahap IQ anak-anak.
“Pendedahan tinggi pada phthalates mencatatkan tahap IQ sekitar enam hingga tujuh kali lebih rendah daripada bayi yang tidak terdedah kepada bahan kimia berkenaan. Tahap IQ rendah ini termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian dan mengingat sesuatu benda,” jelas ketua penyelidik daripada Columbia University’s Mailman School of Public Health, Profesor Robin Whyatt.
Tambahnya, phthalates merupakan bahan kimia yang mampu merosakkan hormon manusia dan daripada penyelidikan sebelumnya mendapati, bahan itu menjadi faktor dalam peningkatan risiko diabetes dan asma.
“Dalam alat solek, ia digunakan untuk melarutkan bahan kimia lain dan banyak digunakan dalam pewarna kuku,” ujarnya.

07 February 2015

5 JENIS SAYURAN MAMPU DETOX BADAN!!!

Proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan merupakan perkara yang penting untuk badan anda. Hal ini kerana, seringkali badan anda dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Setiap individu harus melakukan detoksifikasi untuk kekal sihat dan cergas. Pengambilan toksin-toksin melalui makanan, air, produk kosmetik sebenarnya hanya memudaratkan kesihatan anda.  

Jangan risau, anda tidak perlu berbelanja banyak untuk membeli produk detok malah kaedah semulajadi di rumah sudah mencukupi. Berikut adalah 5 jenis makanan detoksifikasi yang perlu ditambah dalam diet harian anda. 

Kubis daun (Kale)
Kale merupakan sayuran hijau yang baik untuk mengeluarkan toksin badan anda. Ahli Ayurveda, perubatan tradisional India sering mencadangkan sayur kubis daun yang pahit ini untuk kecergasan tubuh badan. Jika anda tidak tahan dengan rasa pahitnya, anda boleh mengambil sayur ini dengan campuran salad-salad lain.

Articok
Articok  mengandungi cynarin yang membantu penyingkiran toksin dalam badan secara semulajadi. Articok bukan sahaja membersihkan badan, tetapi juga membantu sistem pencernaan yang baik. Malah, lemak badan anda juga dapat dikurangkan dengan pengambilan sayuran ini. 

Daun Ketumbar
Daun ketumbar ataupun Coriander juga antara makanan wajib bagi detoksifikasi badan anda. Hal ini kerana daun ketumbar dapat menyingkirkan toksin daripada badan dan kandungan pati minyak dalam ketumbar ini dapat merangsangkan sistem pencernaan dengan lebih baik.

Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan serta membantu meningkatkan tahap metabolisma badan. 

Brokoli
Sayur brokoli memang berkhasiat untuk badan kita terutamanya bagi golongan wanita. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan anda untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan. 
Kredit Gambar: Renaissance Herbs/ Fine Dining/ Wanista/ Adda Pinch

IMAN PERASAAN

Seorang lelaki telah datang kepada aku seraya berkata. "Majoriti manusia hari ini mempunyai iman perasaan. Mereka merasa cukup dengan iman yang ada. Mereka belajar agama supaya dapat mengamalkan ilmu tersebut dan berharap dengan iman tersebut dapat selamat di akhirat kelak."

"Apabila ada manusia lain tertindas mereka merasa marah dan sakit hati. Jika ada manusia berbuat maksiat mereka merasa sedih. Jika ada yang tidak menutup aurat mereka merasa malu. Pada yang jahil mereka merasa kasihan. Semua perasaan tersebut dikongsi dan diceritakan dalam media sosial tanpa ada usaha sedikit pun secara fizikal. Inilah namanya iman perasaan."

Dia kata lagi, "Perkara yang paling patut difikir-risau-bimbang ialah masalah iman. Manusia akhir zaman dahagakan iman tetapi tidak tahu bahawa mereka sedang menderita iman."

Dia sambung bicara, "Iman kita tak sebanding Sahabat. Iman Sahabat ialah iman pengorbanan. Sahabat telah mengorbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Mereka sanggup tinggalkan Mekah Madinah semata-mata menyebarkan Islam dan buat usaha atas iman."

"Hari ini kita perlu usaha atas iman. Buat dakwah cara Nabi. Bukan nak betulkan manusia. Bukan nak tunjuk pandai. Tapi untuk islah diri perbaiki diri dan ajak orang lain usahakan iman supaya mereka juga sedia dan ajak orang lain dan orang lain juga usaha atas orang lain sehinggalah agama sampai ke hujung-hujung dunia."

Dia kata, "Semua orang Islam bertanggungjawab atas kerja ini. Kerja mengajak manusia kepada ALLAH. Kita kena buat kerja agama ini ikut cara dan sunnah Nabi. Bukan cara dan fikir kita yang cetek. Pergerakan cara Nabi ini akan menarik hidayah dan rahmat ALLAH."

(Aku merasa dia berkata mengenai aku. Aku pun tak tahu bahawa iman aku iman perasaan atau iman perasan. Dia ada bagi metafora tentang iman perasaan. Aku cuba lukiskan. Moga yang membaca akan lebih faham dari yang melukis.)



kredit to: awang fauzi (4zee) - kartunis MAJALAH GILA-GILA

p/s: anda di mana?

06 February 2015

MICHAEL KORS 3 IN 1 MURAH!!!









RM90 SM/ RM95 SS FREE POSTAGE
WHATSAPP 0129552047
MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER 
LENGHT : 44CM  WIDTH : 0CM  BOTTOM WIDTH : 16CM  HEIGHT : 32CM  HANDLE HEIGHT : 25CM  STRAP LENGHT : 110CM (FOR MEDIUM BAG)  OPENING CLOSER : ZIP  CONTENT A4 : YES (3 IN 1)  GRED : AA WITH MK LOGO
FB PAGE: Infinity On9 Shop
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...