GENG LENSA HIDUP

28 February 2010

SEDAR TAK???

1 Muharram jatuh pada 18 Disember 2009
(hari jumaat)

15 Muharram bersamaan 1 Januari 2010 merupakan tahun baru masihi
(hari jumaat)

15 Muharram bersamaan 1 Januari 2010 terjadi gerhana bulan
(hari jumaat)

29 Muharram bersamaan 15 Januari 2010 terjadi gerhana matahari
(hari jumaat)

12 Rabiul Awal bersamaan 26 Februari 2010 hari Maulidur Rasul
(hari jumaat)

14 Jamadil Akhir bersamaan 28 Mei 2010 Hari Wesak
(hari jumaat)

17 Ramadhan bersamaan 27 Ogos 2010 Hari Nuzul Al-Quran
(hari jumaat)

1 Syawal bersamaan 10 September 2010 Hari Raya Aidilfitri
(hari jumaat)

28 Zulkaedah bersamaan 5 November 2010 Depavali
(hari jumaat)

banyak hari-hari penting yang jatuh pada hari jumaat.... mengikut perkiraan tahun hijrah...
mungkin suatu kebetulan...
tetapi adalah Qada' dan Qadar Allah...

CABAI KE CIBAI??

salam...
tajuk entri agak kurang ajar...
aku nak ceritakan sedikit pengalaman yang aku pernah lalui....

masa tu aku study kat UiTM arau perlis...
satu hari....
aku pegi la satu tempat yang dipanggil MUSHROOM
yang dekat dengan THE CONE
lepas tu...
aku ngan member ni pun lepak la kat MAY'S CORNER

kedai makan yang popular untuk melepak selain kat OREN
kat kedai ni aku suka sangat makan moi sup depa...
sangat best...

aku pun order la...
sambil bual-bual kosong ngan member aku...
datang la sorang hamba Allah ni...

order menu yang sama ngan aku...
macam ni bunyinya...
aku memang suka pasang telinga bila orang bercakap...

HAMBA ALLAH: mak cik... moi sup satu... cibai asing... (dengan muka confident)
MAKCIK: cibai ke cabai??
HAMBA ALLAH: eh... silap... cabai...
MAKCIK: menahan gelak...

aku???
gelak kat situ jugak...
tak leh tahan dah...
aku tak jadi makan moi sup kat situ...
terus bungkus bawa balik hostel
sepanjang jalan aku ketawa...
nak tido pun ketawa..
esok pun masih ketawa...
sampai la hari ni...
aku masih ingat...

mungkin budak tu cuba praktik loghat negeri tempat dia belajar... =)

moral value: hati-hati guna loghat negeri lain

PEMBANGKANG

pembangkang???
ape tu???
menurut kamus dewan cetakan kedua (edisi baru) 1991
pada halaman 91
pembangkang membawa maksud
orang yang membantah (melawan, menentang)

bila dilakukan dalam kelompok yang ramai...
mereka akan letakkan istilah parti...
yang bermaksud lebih daripada dua individu yang terlibat

faham sudah???
kenapa mesti ada pembangkang???

lihat di negara mana tiada pembangkang???
tiada bukan??

pihak pembangkang diwujudkan untuk menegur parti pemerintah
supaya mereka tidak tersasar daripada manifesto yang mereka janjikan semasa 
hendak menghadapi pilihanraya
selain itu menegur dan menentang apa jua kepincangan daripada pemerintah

natijahnya jika tiada pembangkang
kamu semua akan lihat parti pemerintah lakukan apa sahaja sewenangnya...
menaikan harga barangan asas pada tahap yang tinggi...
cukai di sana sini
penindasan golongan marhaen
korupsi tanpa segan
dan apa segala yang bisa meningkatkan jurang antara kaya dan miskin
ekonomi yang kian menguncup
kurang kepercayaan daripada pelabur asing
kadar jenayah yang tinggi
kadar inflasi yang tidak pernah susut
dan apa segala yang akan meninggalkan impak negatif

siapa jua memerintah....
siapa jua yang kamu pilih
pokoknya kamu kembali kepada dasar islam
kerana islam tidak pernah zalim
biarpun kamu bukan dari kalangan penganut agama islam

jika parti yang berlandaskan islam memerintah
tiada istilah kalah jadi abu menang jadi arang

semestinya menang jadi obor
kalah akan pincang
selaras dengan maksud islam yang membawa maksud sejahtera...
sekian...

TAUTAN HATI IKATAN KASIH

ceritera cinta baru bermula
lihat semua bintang di angkasa
ada berapa??
bisa kamu kira???
sayang aku pada kamu
bisa kamu hitung??
nah aku biarkan kamu hitung....
mungkin tak sudah-sudah

lihatlah foto tanpa bicara
tanda hati telah dipunya





















bukanlah wanita jika tidak setia....
bukanlah lelaki jika jatuh cinta hanya sekali....

26 February 2010

YE KE POLITIK ITU KOTOR???

salam...
selamat menyambut hari kelahiran junjungan kita nabi Muhammad s.a.w....

aku nak komen sikit...
bila jalan-jalan bace blog insan lain...
macam-macam aku jumpa...
ada yang kata politik tu kotor...
politik ni itu dan ini...
kamu sedar???
zaman rasulullah sudah ada politik
baginda juga berpolitik
cuma istilah arab mereka panggil siasah
mereka bebas berpolitik di mana-mana
kenapa aku kata begitu???
politik itu sebahagian dari ISLAM

apabila kamu sebut ISLAM
ia mencakupi segala aspek kehidupan dan relevan sepanjang zaman

lihat...
dalam ISLAM ada
SAINS
MATEMATIK
FALSAFAH
SIASAH
EKONOMI
dan sebagainya

jika kamu kata kamu ISLAM...
kamu mesti jalani itu semua...
memilih yang hak dan menolak yang batil...
siapa pun kamu...
penjawat awam???
pekerja bawahan???
peniaga???
pelajar???

sungguh manusia itu tidak sempurna
tetapi wajib bagi setiap manusia menyampaikan dakwah biarpun mereka tidak sempurna

mana mungkin kamu kata politik itu kotor???

kalau ISLAM tidak mengizinkan politik..
mengapa ada balasan bagi seorang PEMERINTAH??
di hari akhir nanti...
balasan bagi pemerintah yang zalim dan adil...
ada bukan???
cuba kamu lihat buku-buku agama yang ada...

bila kamu lihat ADIL
adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya
WARAK pula???
semestinya menjaga....

seorang pemimpin yang mahu kita pilih mestilah miliki sifat warak...
contohnya....
menjaga perilaku diri sendiri dengan baik...
menjaga perilaku isteri dengan baik dan menasihati
menjaga keluarga...
kemudian baru boleh pergi lebih jauh...
menjaga negara....
menjaga rakyat....
menjadi pemerintah kepada mereka

adil pula....
meletakkan sesuatu pada tempatnya...
ingat... adil bukan bererti sama rata....
pemimpin yang baik dan adil...
perlu dengan senang hati melihat rakyat yang berlainan agama mengamalkan agama mereka...
tanpa diganggu...
tanpa provokasi...
sesuai dengan tindakan baginda Muhammad s.a.w suatu ketika dulu
dan situasi adil lain yang boleh dijadikan contoh...

sekian, segala yang baik datang dari ALLAH S.W.T
segala khilaf dari aku
jika terdapat sebarang kesilapan... sila berikan teguran... =)

25 February 2010

APA CERITA NI... KATA UNTUNG SANA SINI

MAS diumumkan mencatatkan keuntungan RM 610 juta, Proton syarikat yang tradisinya mencatat kerugian saban tahun sebelum ini dilaporkan turut mencatat keuntungan. 


Petronas yang selama ini menjadi 'lubuk duit' kerajaan 1Malaysia sudah dijangka terus meningkat dari segi keuntungan. 

Bila banyak untung maka sepatutnya banyak le kerajaan 1Malaysia menuai hasilnya sama ada dari segi cukai atau 'pinjaman boleh ubah'.

Bila dah banyak untung maka sepatutnya ekonomi negara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Begitu juga dengan indeks komposit yang terasnya hasil komoditi utama negara seperti getah dan kelapa sawit juga menunjukkan peningkatan harga di pasaran semasa.

Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Harga minyak dalam negara dijangka hanya menunggu masa yang sesuai untuk dinaikkan. 

Harga tarif elektrik diumumkan ditangguhkan kenaikannya buat sementara waktu. Maknanya naik tetap naik. Paling lewat selepas pilihanraya umum ke 13. 

Kemenangan besar Barisan Nasional bermakna 'lesen' kepada kerajaan untuk menaikkan apa-apa yang ditangguhkan sebelum ini. Maka kalau nak merasa ' nikmat' kenaikan kos sara hidup ' Undilah Barisan Nasional'.

Dalam situasi yang lain perbelanjaan dan kedudukan kewangan kerajaan menunjukkan situasi yang membimbangkan. Perbelanjaan mengurus yang diluluskan dalam belanjawan sebelumnya dipotong sehingga dua kali ganda seperti perbelanjaan untuk institusi pendidikan.

Dalam pada itu, hari ini Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan ekonomi negara menguncup 1.7 peratus. Tetapi menurut pandangan beberapa pakar ekonomi sebenarnya kadarnya lebih tinggi lagi.

Jadi persoalannya yang untung sini sana tu mana pergi duitnya?
Celik lah wahai rakyat jelata...
Jangan tidur lagi...

YANG MANA SATU LEBIH BAGUS

salam...
entri kali ni menyentuh mengenai apa???
yup...
keberkesanan pengambilan ubat...
keberkesanan pengambilan makanan tambahan
seperti multivitamin dan sebagainya...
bila kita sentuh mengenai ubat...
apa kamu semua fikirkan???
dalam bentuk tablet???
cecair???
gas???

mana satu lebih cepat bertindak balas???

semestinya dalam bentuk cecair dan gas...
pengambilan makanan tambahan dalam bentuk cecair adalah lebih baik berbanding tablet.....
pengambilan ubat dalam bentuk cecair adalah lebih baik...
kenapa ye....
cuba kamu lihat antara cecair dan tablet mana satu lebih mudah meresap???
semestinya cecair bukan???
sudah tentu lebih cepat mendatangkan tindak balas dengan tubuh manusia...

buktinya....
apabila seorang pesakit mula bertindak balas dengan ganas.... huhuhu
doktor akan berikan suntikan ubat penenang pada pesakit itu...
ya...
suntikan dalam bentuk cecair...

healer untuk pesakit asma dalam bentuk cecair...
dan disedut dalam bentuk gas oleh pesakit...
kemudian mereka akan lega....

cecair lebih mudah meresap di dalam sel tubuh manusia
dan memberikan kesan yang lebih pantas

mesti lihat...
sekiranya anda mahu membeli produk makanan tambahan di pasaran
sila pertimbangkan....
jenis produk
cecair atau tablet...

semoga lebih berinformasi =)

24 February 2010

KIBLAT KOTA

pada ketika ku buka kembali
sejadah tersimpan lama
dalam almari leka
yang pernah menyuluh setiap langkah ku
keluar dari kamar hidup
menuju ruang nafsu
betapa kusutnya baldu puisi
yang pernah mencatat iman
anak desa yang berniat suci
datang ke kota
tapi alpa
di hadapan kiblat metro
yang bersinar kelabu

RASA YANG SEIMBANG

salam 
entri yang tak de kaitan dengan isi kandungan post kali ni....
berkongsi suasana gembira yang tidak sudah sudah.....

bersama insan yang aku kenali sejak kecil....
setelah itu rasa semakin seimbang....
sedih...
gembira...
hampa...
kecewa...
girang....
damai....

kemudian semua rasa itu seimbang....

anggun berjilbab

keGEMBIRAan

keSOPANan

keLIHATan

keRAPATan

keREHATan

keTOLEHan

keDUDUKan

keMESRAan

kami

makcik S bersama cucu sedara

keGILAan bergambar

makan sampai lebam

makcik S pura-pura terkejut....

setelah rasa yang seimbang
mana pergi hati yang kurang senang??
oh.... nun jauh di sana
jangan ucap selamat tinggal pada rasa itu
jangan
tinggalkan
sepi
sedih
gundah
hampa
kecewa
kerana 
mereka pasti datang kembali
selagi kehidupan belum mati.....

nikmati rasa
gembira
girang
suka
cinta
sayang
selagi masih bersama

kerana mungkin
esok atau lusa
sudah tiada

16 February 2010

JANGAN PILIH JALAN HITAM

salam...
serius betul entri aku nih....
tiada lagi esei yang panjang....
tiada lagi ceritera cinta...
aku mau mengubah kisah...
aku mau kisah yang baru....
sila....
JANGAN PILIH JALAN HITAM
hahahaha...
woi cik penulis blog... kalau tak pilih jalan hitam ko nak pilih jalan pe???
purple???
pink???
green???
ko ni mengarut betul lah....
jawab cik penulis blog.... 
aku saje je komen ayat dari hencik syamsul yusof...
oh aku lupa... kan ade jalan tanah merah kihkihkih....
=)

p/s: tq to ustaz nor amin coz jawab soalan saya.... 
jom klik pe yang aku da tanya Ustaz Nor Amin Blog

KISAH KASIH SAYANG (PART 4#)

bersambung kembali kisah kasih yang masih tertinggal...

watak-watak:

1) saya
2) awak
3) watak-watak sampingan
________________________________________________________________

tajuk: kasih sayang yang merebak

situasi... pada pagi 14 februari 2010
tut.. tut... tut..... handphone berbunyi
handphone saya ada mesej la...
eh... mesej dari ummi awak..... "d*** jom pegi mandi air terjun kat b**** ajak ummi dengan abi d*** semua lah ajak" lebih kurang macam tu lah ayat ummi awak...
alamak... saya serba salah.....

saya janji nak buat sesuatu untuk awak.....
macam mana ni kalau saya ikut sekali....
ummi awak tak puas hati.... saya lambat balas mesej...
ummi awak telefon ummi saya.... untuk ajak pergi berkelah....

selepas berbincang.... akhirnya saya ikut juga ummi awak dengan keluarga awak pergi air terjun b****.....
awak ambik saya dekat umah.... dalam kereta ada budak kecik.... yang memang peramah.....
awak senyum tengok adik saya nampak excited.... jarang awak tersenyum... biasanya awak selalu buat-buat serius.... itu yang saya nampak... sumpah saya tak tipu!!!

tapi awak selalu bergurau kalau kita berdua... semua adik beradik awak ikut.... cuma kakak sulung awak je yang tak ikut..... awk pulak???
semestinya bawak beg kura-kura hitam yang besar itu... berseluar pendek..... berbaju hitam....
ummi awak masak mi goreng.... ayam goreng.... dan lain-lain... saya sangat seronok lihat kemesraan yang semakin merebak....

kita semua mandi-manda.... bergambar.... awak... saya tengok gembira je....
ummi awak cakap dekat saya.... "kalau kak y*** ada mesti lagi seronok"... saya jawab erm....
ummi awak tu gembira sangat dapat berjalan dengan anak-anak dia... seraut wajah yang sangat gembira dengan kepulangan anak-anak yang disayangi....

lepas tu saya ikut awak balik umah.... saya teman kakak-kakak awak memasak... teman je okay.... hehehehe.... siapa yang lihat mereka je yang tahu... =)

kita lunch pun dah lewat.... makan landak ye????
petangnya awak hantar saya balik umah.... ummi saya dah sibuk telefon...
kenapa???
mestilah ummi saya dah masak sesuatu untuk awak....
awak pun siap-siap pakai baju melayu warna blueblack... jeans hitam...

budak kecik yang panggil awak ayah cik... sempat bisik dekat saya sebelum saya naik kereta....
"k**** duduk depan ye.... s*** duduk belakang.... " lembut je ayat budak kecik tu... sebab dia nak ikut awak hantar saya... sangat sopan budak kecik tu... sebab nak ikut ayah cik dia lah katekan....

sampai rumah saya... awak.. makan... sembang-sembang dengan abi, ummi dan adik saya...
awak tunggu sampai lepas maghrib... baru balik... budak kecik tu pulak macam tak mau balik... asyik tengok cerita kartun....

susah jugak awak umpan dia untuk ajak balik... saya nampak awak ni penyabar orangnya... akhirnya dapat jugak ajak budak kecik tu balik....

ummi saya pesan dekat awak... esok balik jangan malam ye sayang... eh saya cuma tambah je... bukan sayang tapi a****
ummi saya bungkuskan laksa untuk awak....
awak tau??? hari tu saya sangat gembira... kasih sayang dan silaturrahim antara saya, awak, dan keluarga semakin erat.... mudahan jika silaturrahim kerana Allah ia akan berpanjangan.... sekalipun ada yang cuba merosak...

saya namakan ini kasih sayang yang semakin merebak.....
cukup rasenya sampai di sini catatan kisah kasih sayang yang saya dan awak miliki.... selebihnya biar ia tersimpul rapi.... awak.... saya ucapkan terima kasih amat... dengan kasih sayang awak tu.... semoga saya dapat hargai hingga ke akhir hayat saya....

awak i luv u....

p/s; segala cerita ini adalah kisah benar... tetapi nama watak telah ditukar... bagi menjaga indentiti mereka yang saya sayangi....

15 February 2010

BAIK-BAIK SAYANG

sayang
baik-baik
baik-baik
sayang

semoga selamat pulang sayang
jangan kalah berjuang sayang
baik-baik dengan tunggangan mu sayang
terima kasih sayang

atas hari semalam yang hangat
atas hari kelmarin yang indah

kamu baik ya sayang
terima kasih buat ibu mu dan ayah mu sayang
keluarga mu juga sayang
buat sayang juga
terima kasih amat....

hari ini sayang baca 
hari ini sayang lihat
hari ini sayang rasa
perasaan yang dalam itu

hati-hati di jalanan ya sayang
semoga kamu dilindunginNYA
dirahmatiNYA
dikasihiNYA

ini bukan puisi ulangtahun sayang
bukan juga catatan kisah kasih
ini hanya catatan terima kasih
buat sayang (mohd. noor aiman abidin)

KISAH KASIH SAYANG (PART 3#)

bertemu lagi....
dalam episod kasih sayang yang seterusnya...

watak-watak:

1) saya
2) awak
3) watak-watak sampingan
___________________________________________________

tajuk: sayang menyayang

awak??? sejak bila awak semakin baik dengan ummi saya??? saya suka lah... awak ni pandai betul ambil hati ummi saya.... awak tau tak??? saya akan sayang ummi awak macam mana awak sayang dia.... sebab ummi awak dah besarkan awak... lagi pun saya sayang awak... semestinya saya mau sayang ummi dan abi awak juga....

tanda sayang awak pada saya bukan pada kata-kata awak.... awak selalu lakukan dengan perbuatan... itu yang ummi awak selalu beritahu saya.... saya pun angguk-angguk setuju.... sambil senyum.... ummi awak baik orangnya.... awak pun baik... mari kita sayang menyayang....

awak tak pernah lupa datang rumah saya... malam dah larut pun masih datang.... sebelum awak balik rumah ummi awak.... terima kasih awak.... silaturrahim saya, awak, keluarga saya, dan keluarga awak semakin erat... mudahan tidak bisa goyah.... semoga sentiasa dilindungi..... dari mereka sang pencemburu.... sang pemfitnah, sang pengadu domba.... dan apa jua sang yang ada.... hehehe...

bukan saya benci mereka... mereka perlu tahu memutuskan silaturrahim itu bukan kesukaan Maha Pencipta... melihat sesama insan bermasam muka itu berdosa.... kau saya doakan tenang dalam ramai...

kisah kasih sayang akan bersambung lagi.....

13 February 2010

KISAH KASIH SAYANG (PART 2#)

salam...
kisah kasih sayang yang bersambung semula....

watak-watak:
1) saya
2) awak
3) watak-watak sampingan
_________________________________________________________

tajuk: saat yang bahagia (ingat mase bace entri ni sila dengar lagu saloma & p.ramlee)

awak.... saat yang bahagia saya bersama awak... banyak betul la... saya suka... saya gembira... terima kasih awak....

saya ingat lagi.... awak datang dari jauh.... kita pegi main salji sama-sama.... seronok sangat masa tu....
awak cakap dekat saya awak tak suka bergambar sangat... tapi mase kat situ awak mintak saya ambik gambar awak... cam ni ayat awak "ambikkan gambar a****....." sambil tersenyum awak pun posing.... dalam hati saya cakap teringin jugak awak ambik gambar.... heheh....

saya dengan awak pun ada ambik gambar berdua.... siap mintak tolong orang lain... sehari sebelum tu... awak dah sampai dekat ibu negara malaysia.... kita sama-sama pegi jalan-jalan dengan kawan-kawan saya dekat pusat IT terbesar kat ibu negara.... so sweet....

hari seterusnya lepas main salji.... awak ajak saya jalan-jalan kat pasaraya J..... saya dengan awak jalan sama-sama.... kita makan tengahari sama-sama.... masa tu saya merajuk la pulak... awak tanya saya nak makan ape.... saya diam... awak pun pilihkan makanan awak order nasi goreng cina dua, air milo dua dengan sotong goreng tepung....

makanan siap.... awak ambik sotong tu dan cicah pada sos... awak suapkan saya.... saya pun senyum.... saya dah habis merajuk.... sambil makan awak tunjukkan nombor telefon semua kawan-kawan awak..... sumpah saya sayang sangat awak... hehehe...

lepas tu.... saya dengan awak pusing-pusing tengok barang barang-barang... awak bisik dekat saya... kalau a**** ada umah sendiri.... a**** nak beli semua barang-barang elektrik jenama sony.... saya senyum je.... semoga cita-cita awak tercapai (saya doa dalam hati)

kemudian.... awak ajak saya pergi rumah seseorang.... saya dan awak belikan mereka 'sesuatu'... mereka suka pulak makan.... awak lembut dengan mereka... saya suka cara awak tu.... lepas tu.... saya nak balik la awak..... saya, awak dan budak-budak kecik kita pergi.... ke bus stand.... saya pun menaiki teksi yang ada.... dan tinggal lah awak dengan budak-budak kecik tu..... mereka melambai-lambai ke arah saya dan teksi yang sedang bergerak....

dalam teksi... ada bunyi masej... saya buka... oh... mesej daripada awak... ringkas je... 'i luv u'.... saya senyum... indahnya hari-hari bersama awak.... terima kasih awak... atas kasih sayang itu....

ni ade sesuatu untuk awak.... bersambung lagi okay.... next episod.... =)

malam selalu panjang
diwaktu aku merindukan mu
engkau menjaga aku
buat diriku
merasa teduh
kau jadikan aku ini
wanita ynag kau pilih
untuk jadi kekasihmu
dan kau pun telah aku pinta
setia sepertiku
hingga waktunya tiba

11 February 2010

KISAH KASIH SAYANG (PART 1#)

salam...
semua pembaca blog aku...
hari ni aku mau kongsi kisah kasih sayang yang perlu di ingat sampai mati...
kisah ini diceritakan dalam bentuk esei yang panjang....
huhu..
semoga kita sentiasa ingat kasih sayang yang mereka telah curahkan...
siapa pun mereka...

watak yang ada di dalamnya...

1. saya
2. awak
3. watak-watak kecil sampingan yang lain
_______________________________________________________

tajuk: beg kura-kura

saya kenal awak tak sengaja pun kan??? masa pertama kali saya jumpa awak.... awak pakai beg kura-kura ek???

masa tu saya tak bawa beg pun... sebenarnya saya pun suka pakai beg kura-kura....senang nak jalan-jalan...
lepas kita kawan... tiap kali awak jumpa saya mesti awak suka pakai beg kura-kura...
heheh... comel sungguh... (saya tak tipu)

kalau saya jumpa awak pakai beg kura-kura... awak mesti akan tolong bawakan beg kura-kura saya tu kan... terima kasih awak... saya sayang sangat awak... saya tengok awak banyak betul beg kura-kura... macam-macam brand ade...

saya ada satu je beg kura-kura yang saya pakai sampai sekarang... brand Lois... dah 6 tahun saya pakai beg tu... awak bukan je akan tolong bawa beg kura-kura saya je... saya punya handbag pun awak selalu bawakan... takut saya penat ke??? awak saya hargai semua yang awak dah buat untuk saya....

beg kura-kura saya kecik je.... tak macam beg kura-kura hitam awak... besar punya... =) saya rasa dengan beg kura-kura pun leh pupuk kasih sayang kita kan awak???

10 February 2010

LET'S SEE

hello everybody..
now i want to promote sumtin..
if u really luv anime u can see this page --> ANIME
if u really stress... see this page to get a bit happiness -->JOKE
if u want to buy sumtin... u can view this page -->SHOPPING
if u want to know about chemistry... see this page -->CHEMISTRY
it juz personal blog... see this --> STORY

all these site are belong to someone i know.....
for the chemistry site i really respect to her.... how she can learn chemistry very well??? for me chemistry is one of the killer subject. so deeba.. u can learn chemistry from her huhuhu (my future sister in law)

08 February 2010

ISU MUDAH CUBA FIKIRKAN....

salam...
lama aku nak menulis kat blog nih...
pape pun syukran jazilan...
bertemu lagi kita hari ni...
wah...
macam-macam cerita sekarang ni...
huhuhu...
lawak pun ade...
korang dah bace cerita Saiful???
perbicaraan tuduhan liwat terhadap DSAI

_____________________________________________________________

okay...
encik. saiful....
orangnye muda...
kuat...
gagah la agaknye...
_____________________________________________________________

en. anwar ibrahim...
suda tua...
mungkin tak la larat sangat...
sibuk orangnye...
ke sana ke mari..
bercerita hal politik malaysia...
hal kepimpinan malaysia...
_____________________________________________________________

pertama:

logik tak lelaki gagah cam saiful... dipaksa dan boleh ditonggengkan oleh orang tua seperti anwar?? untuk diliwat???

kedua:

kenapa saiful pergi mengadu kepada najib bila dia diliwat???? sedara ke diaorang tu??? ataupun istimewakah saiful di mata najib??? atau ada agenda di situ??? mudah sungguh minta bantuan dari TPM (najib mase tu lom jadi PM lagi)

ketiga:

kenapa yang diliwat sibuk bersumpah??? cuba lihat prosedur untuk sebutan kes bagi mahkamah syariah...
dan lihat juga prosedur pertuduhan dalam undang-undang islam. berapa saksi kena ada???
ciri-ciri saksi yang dipercayai... dan lain-lain....

keempat:

ada sejarah hitam...
isu yang sama pernah terjadi pada tahun 1998
akhirnya mantan PM mengaku itu hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan kerjaya politik anwar

kelima:

sebagai orang yang popular...
semestinya anwar sibuk dengan urusan politik...
sentiasa diiringi oleh pengikutnya...

keenam:

bila pulang ke rumah semestinya mahu bersama isteri dan anak-anak...
yup!!! beliau juga memiliki ramai anak...

kelapan:

didakwa sebelum miliki bukti kukuh dan saksi benar

kesembilan:

upacara sumpah saiful sebelum pilihanraya permatang pauh

kesepuluh:

sesiapa yang terlalu mudah percaya... dan menyebarkan berita begitu... cerita mungkin dilabel sebagai fitnah. selagi bukti dan saksi yang cukup tiada.
_______________________________________________________________

sebab tu ade firman Allah "fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh"

kenapa Allah tetapkan begitu????

fitnah akan mengaibkan keluarga mangsa fitnah
fitnah akan hilangkan rasa percaya kepada mereka yang difitnah
fitnah bukan hanya libatkan individu
fitnah mudah disampaikan dari mulut ke mulut

kalau bunuh dah kene bunuh habis cite...
kalau fitnah???
manusia akan terus bercakap dan bercakap

hanya sedikit untuk dikongsi bersama...
semoga kita semua dilindungi daripada fitnah AMIN

PEMBERITAHUAN

salam kepada pembaca blog  semua...
kepada encik jalaluddin... 
kalau aku tak silap la...
aku dah bagitau awal-awal lagi...
segala penulisan dalam blog ni mengikut pandangan aku...
semestinya tak mampu menepati citarasa semua orang...
selain tu...
aku akan kongsi fakta yang aku dapat..
tazkirah..
atau apa-apa info yang menarik...
sekian...

03 February 2010

APE NI??

budak-budak zaman sekarang...
suka guna perkataan ringkas je...
so... hari ni... aku nak bagitau...
ape maksud perkataan yang biase diaorang gune...
okeh...

BTW = By The Way
FYI = For Your Information
OTW = On The Way
AKA = All Know As
OMG = Oh My God
ASAP = As Soon As Possible
DIY = Do It Yourself
LOL = Lot Of Love

if i got any information... i will telling u soon...
huuuuuuuu...
u should know each word u use everyday... 
trimas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...