GENG LENSA HIDUP

31 August 2010

PERALATAN PEMBEDAHAN LAMA YANG MENGERIKAN

salam
buat semua semoga sihat dan gembira...
kali ni aku nak share sesuatu... alatan pembedahan lama yang mengerikan... aku suka lepak dan membace kat page tu.... then aku rase best gak kalau dikongsikan.... cuma ni versi alih bahasa la ye.... ikot bahasa sebenarnye adalah bahasa Inggeris.... hehe... gambar yang sama jugak boleh dijumpai... kalau korang pernah bace dalam mane-mane buku bidang perubatan... yang menceritakan alatan pembedahan klasik.... jom layan....


Peralatan pembedahan yang sangat menyeramkan dan menakutkan dari zaman dahulu. Bayangkan wajah seorang  lelaki tua ketika dia melihat peralatan  ini. Saya rasa ia  akan mati ketakutan.

Amputation Knife (1700s)
Pisau yang digunakan  untuk amputasi pada abad ke-18 yang biasanya melengkung, kerana ahli  bedah cenderung membuat potongan melingkar melalui kulit dan otot  sebelum tulang dipotong dengan gergaji. Pada 1800-an, pisau lurus  menjadi lebih popular kerana mereka membuat lebih mudah untuk  meninggalkan lipatan kulit yang boleh digunakan untuk menutup terkena  tunggul.Amputation Saw (1600s)



Sementara beberapa ahli  bedah memilih untuk mempamerkan kekayaan mereka dihiasi dengan gergaji  rumit seperti ini, di celah-celah ukiran rumit terbukti tempat  berkembang biak bagi kuman.Arrow Remover (1500s)



Tidak banyak yang  diketahui mengenai alat ini, tetapi hipotesis itu dimasukkan ke dalam  luka di kedudukan kontrak, dengan poros pusat digunakan untuk menangkap  anak panah. Pisau, yang tampaknya  memiliki tepi-tepi yang tajam menghadap ke luar, kemudian diperluas  dengan menggunakan gunting-seperti menangani, sehingga memperluas daging  di sekitar panah untuk mengelakkan mata panah dari merobek melalui  daging kerana ditarik keluar.Artificial Leech (1800s)



Penyedotan darah dengan  lintah itu seperti perubatan popular untuk pelbagai keadaan perubatan  bahawa lintah buatan ditemui pada tahun 1840 dan sering digunakan dalam  operasi mata dan telinga. Pisau yang berputar akan  memotong luka di kulit pesakit, sedangkan silinder akan digunakan untuk  menghasilkan vakum yang disedut darahBullet Extractor (1500s)



Extractors Peluru memanjang boleh mencapai tertanam mendalam di tubuh pesakit. Extractors seperti yang  satu ini mempunyai hujung skru yang boleh dimasukkan dalam luka dan  diperpanjang untuk menembusi peluru sehingga boleh ditarik keluar.Cervical Dilator (1800s)



Alat ini digunakan untuk  melebarkan leher rahim perempuan selama persalinan, dengan jumlah  pelebaran diukur pada skala di dalam gagang. dilator tersebut disukai  kerana mereka sering menyebabkan leher rahim sobek.Circumcision Knife (1770s)



Ritual sunat dilakukan di  seluruh dunia dalam pelbagai luasan dan untuk berbagai alasan, namun  beberapa instrumen yang digunakan dalam proses adalah sebagai menakutkan  kerana hal ini pisau Eropah dari abad ke-18Ecraseur (1870s)



Ecraseur ini digunakan  untuk memutuskan buasir dan rahim atau ketumbuhan ovari. rantai itu dilengkarkan  di atas massa dan memperketat menggunakan Ratchet, berhenti peredaran  darah ke daerah tersebutHemorrhoid Forceps (1800s)

nak tau banyak lagi korang leh pegi kat page yang aku ade sertakan sekali tu... hehe... aku suka betol bace cite kat page tu.... lalala

nota: derr aku sakit perot dari semalam sampai le hari ni asik nak tergolek je... nanti da ok aku balas jejak korang hehe =)

30 August 2010

KESUKARAN YANG DIALAMI PAK ALI...

pinjam daripada kosmo =)

salam 
semoga semua sentiasa di bawah lindunganNya...
jom kita layan cite menarik ni...

Akhirnya pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana , seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

"Bagaimana keadaan Bapak di sini?" tanya anaknya.

"Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah"

"Masalah apa Pak?"

"Mereka tidak mengizinkan bapak kentut di sini"
________________________________________________________________________________

dari cik tom


terima kasih ye cik tom... jom la singgah kat blog cik tom... ade macam-macam cite kat sane... hihi mari-mari... pakat ramai-ramai...

MENUTUP AURAT DALAM MASJID ATAU SURAU




salam 
semoga sejahtera dan beroleh keberkatan...

kali ni bukan untuk menimbulkan sebarang provokasi... tetapi entri ni adalah untuk membawa kita semua berfikir... aku dah terang banyak kali dalam entri yang sebelum-sebelum ni... pemimpin yang ada kini cuba menerapkan dalam kotak pemikiran kita semua rakyat Malaysia terutamanya Muslim adalah... Politik dan Masjid tak boleh digandingkan...

fahamkah anda maksud SIASAH? siasah adalah politik... cuma perkataan tu dalam bahasa Arab... betul tak? bagaimana boleh Politik dan Masjid tak boleh digandingkan? sedangkan aku dah ulang banyak kali... di dalam Islam itulah adanya Politik... di dalam Islam tu ade semua...

kenapa nak pisah-pisahkan?

di masjid juga  kita boleh imarahkan dengan perbincangan, forum, ceramah, bukan sekadar bersolat je... di masjidlah tempat para muslimin dan muslimat berkumpul... kan senang nak bincang hal ehwal ekonomi, politik dan sebagainya.... ye tak? belajar mengaji boleh... macam-macam la... nak serahkan bantuan ke... betul tak?

cuba anda semua lihat gambar kat atas tu?

muslim yang tidak bertudung atau non muslim yang tak bertudung yang akan memikul dosa?

kenapa non muslim yang masuk ke surau tak menutup aurat digembar gemburkan?
kenapa muslim yang tak menutup aurat tak diceritakan sama?

adakah kerana itu imej isteri perdana menteri? 
semua media arus perdana dilarang menyebut atau menyekat... 
adakah kerana non muslim itu dari pakatan rakyat? 
kerana tu dia diumpat... dia dihambat...

sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi... tak pernah melarang atau menegah non muslim untuk memasuki masjid... kerana itu adalah salah satu jalan dakwah... supaya mereka merasakan indahnya rumah Allah... 

non muslim tak boleh masuk masjid?

perlu ingat sebagai wanita muslim jangan hanya masuk masjid atau surau je nak tutup aurat... di luar masjid atau surau juga wajib hukumnya... kenapa Jabatan Agama Islam tak tegur tu semua? adakah kerana menjaga sensetiviti pemimpin utama?

jangan pertikaikan non muslim masuk surau atau masjid tak tutup aurat... kerana tu semua tak wajib bagi mereka... yang wajib adalah wanita muslim untuk menutup aurat sama ada di luar atau di dalam masjid.... betul tak?

dengan melabelkan non muslim tersebut mencemar kesucian rumah Allah... bagaimana dengan muslim yang tak menutup aurat? perintah wajib yang dipandang enteng... anda pula cuba meremehkan hukum siapa?

dan pada aku tak perlulah nak mainkan isu ni dengan hebat sekali kat dalam media arus perdana... kerana boleh menyebabkan non muslim tak mau mendekati islam... hapuskan la undang-undang yang khufarat... yang cuba diada-adakan untuk menyelewengkan Islam... demi memastikan kekuasaan politik anda tidak tergugat...

jangan biarkan pemikiran sekularism bertapak dalam kepala kita untuk memisahkan politik dan agama =)

jangan sangka pemikiran rakyat masih di dalam tempurung... =)

nota: khurafat adalah perkara yang diada-adakan

wallahualam...

p/s: aku setuju jika non muslim perlu berpakaian sopan... fikirlah anda akan faham insyaAllah

senipis iman adalah membenci kemungkaran dalam hati... paling tinggi iman apabila menghentikan sesuatu kemungkaran dengan tangan...

SEPAK KANG!!!

salam
semoga semua sihat walafiat...

S.E.P.A.K

perkataan kat atas tu korang panggil ape?
huhu boleh jadi dua maksud kan?

teringat aku mase kecik-kecik dulu... suka sangat main bola sepak kertas hoho... 'players' nye pon buat dari kertas... kertas keras akan dilipat dua... susun atas meja atau lantai atau mane-mane kawasan yang rata... ingat tak? best kan? ade keeper lagi... sayap kanan dan kiri...

complete sume players permainan dimulakan huhu...

kat kelas pulak belajar Fizik... selalu main-main je... huhu... sembang-sembang... mentang-mentang cikgu fizik aku tu suka mengajar setempat dan tak suka jalan-jalan... bahagia weh mase tu... dah la malas bace buku... cikgu fizik aku bersalin kita orang yang bertambah bahagia... sebab tak de cikgu ganti... macam-macam aktiviti boleh buat derrr

walaupun cam tu... aku rajin gak pegi tuition fizik kat Pusat Tuition Orbit....

my faveret teacher mengajar... kenape faveret? sebab dia pon suke mengajar mengadap white board... haha boleh la aku main rubik's cube... bila dia pusing menulis kat white board... hoho... sambil sembang-sembang dengan zahar... milah... chai meng... 

ayat cikgu aspar ahmad yang aku tak leh lupa...

"fizik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita ye kelas...."

mase tu aku tak amik tau pun huhu sebab belum nak ambik SPM lagi... banyak mase... bila lagi 2 minggu nak SPM... rase tak sempat je nak study huuuuuuuuuu.... mase tu baru aku percaya frasa cikgu aku "fizik adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita ye kelas..."

tuang sos dari botol teringat fizik
tengok bola sepak teringat fizik
singgah main  buai teringat fizik

seram siot nak exam SPM... dulu aku tak percaya pun... hahahaha...

sampailah hari exam fizik... huhu... aku da cakap awal-awal kat cikgu tuition aku tu jaga periksa kat sekolah aku... bagi semangat sikit... masuk je dewan aku da nampak muka dia... huhuhu... emosi masih stabil... (aku tau dia risau aku tak dapat jawab kalau gelabah)

semagat je aku menjawab dari awal sampai akhir dapat result pun cun... syukur sangat A untuk subjek fizik mase SPM... hehe...

cikgu Aspar bin Ahmad saya bekas anak murid cikgu yang nakal ni nak ucapkan selamat hari lahir kat cikgu... raye nanti mai le umah... nak duit raye jugak ulalala =)  

Aspar bin Ahmad

nasib baik aku tak pernah kena sepak biarpun dulu aku nakal...

bila da betul-betul besar sekarang ni baru aku yakin... 
kehidupan ni macam teori momentum jugalah p = m*v

berbaloi derr blaja fizik nak nak mase tengok Shawshank Redemption banyak ilmu fizik dalam cite tu huhu... tah pehal aku suke beno cite tu.... 

p/s: aku baru tau jap je tadi... mase chat ngan beliau kat FB huhu... tu tros buat entri ni

29 August 2010

HEBAT DENGAN LAUNGAN...



salam

hebat laungan
merdeka merdeka merdeka

ingatkah kita pada Tok Janggut? Mat Kilau? Abdul Rahman Limbong? 

Tok Janggut dibunuh oleh Inggeris... digantung dengan kepala di bawah dan kaki kat atas... ade yang ingat? ngape sampai cam tu sekali derr? (mungkin new generation akan tanye... tu pun lepas kena bace buku sejarah sebab ade ujian bulanan)

sekadar hiasan

Haji Mat Hassan a.k.a Tok Janggut mati kerana mempertahankan agama dan berani melawan pemerintah... beliau juga digelar 'si penderhaka' oleh Inggeris saat Inggeris berkuasa di Tanah Melayu. kenape Inggeris buat macam tu? supaya orang ramai gerun... hanya yang berani mempertahankan agama je berani biarpun mati...

budak tu pun teringat ape yang dia selalu lakukan pada tahun-tahun sebelumnye...

budak tu pun bertanya dengan mak dia....

bukan kibar bendera kat kereta je ke?

bukan kibar bendera kat motor je ke?

bukan countdown je ke?

bukan tunggu konsert siti je ke?

mak... tahun ni tak de konsert sebab menghormati bulan Ramadhan...

ermmm... jangan biarkan generasi akan datang hanya tau tu saja...

jangan hanya hebat dengan laungan sempena hari kebangsaan... tapi ROHANI masih gelandangan... sekali sekala ade pesongan... penuh dengan ikut-ikutan.... harap faham apa aku cuba sampaikan... =)

p/s: aku kagum dengan pemimpin lame macam Tun Razak yang disayangi rakyat kerana telah membuka FELDA... hanya pemimpin sekarang sering mengeksploitasikan ape yang ade... untuk kepentingan sendiri... dan kroni...

kat atas tu ade award daripada Haw terima kasih ye... aku tepek kat bawah header sebab ade jalur gemilang kat award tu huhuhu...  =)

KOMEN ISU PENGETUA RASIS...

ini adalah penduduk peribumi sebenar =)


salam
buat semua... moga bahagia dan gembira...
semakin diberkati dan dirahmati...

RASIS TU APE?
perkauman/bangsa/puak/keturunan... asal dari perkataan RACE

HAL PENGETUA BERCAKAP BERUNSUR RASIS
memang le kesilapan.... der... bila da silap sila maafkan beliau... tu je... adat semua manusia suka menangkan 'geng' cume kena la berpada-pada... dan rasenye tak perlu la besar-besarkan isu ni... alah kalau anak salah... mak mesti nak menangkan anak... kalau bangsa pun cam tu gak sifat nak memenangkan tu ade...

MELAYU PUN BUKAN ORANG PERIBUMI
biarpun kita asyik perjuangkan bangsa... tapi jangan lupa... agama menyuruh kita menunaikan hak kepada non muslim jugak... kalau nak isukan MELAYU... kita pun bukan penduduk peribumi... sebab bila cakap MELAYU... ade yang JAWA, BANJAR, tah macam-macam lagi kebanyakannye berhijrah daripada INDONESIA... kalau kate BUGIS pun dari INDONESIA... kalau CINA of coz dari TANAH BESAR CINA... INDIA dari INDIA.... ye tak?  yang betul-betul peribumi hanya ORANG ASLI je... juga penduduk peribumi SABAH dan SARAWAK... anda orang asli? sila cek susur galur keturunan anda....

JANGAN TAMAK
kita dah dijelaskan diciptakan dengan pelbagai bangsa dan keturunan... masih belum ade dalam mane-mane negara dalam dunia ni hanya ade SATU kaum je... semua bercampur-campur...

BILA GERAM ATAU MARAH
bila geram atau marah mungkin kita yang bukan PENGETUA pun boleh marah pada BANGSA lain jugak kan? JANGAN KATA tak ok....

RALAT
kerana isu ni melibatkan golongan profesional... tapi cube lihat berapa ramai golongan profesional yang rasis kat luar sane? selain pengetua tersebut...

WARGANEGARA
setelah sekian lama merantau... dan duduk kat tanah melayu... baru lah atok nenek kita semua dapat hak kerakyatan... yang betol-betol asli memang le da lame dok kat tanah melayu... ok?

Rasulullah pernah bertanya "apakah kamu akan bertindak sebagai pembela dalam pelanggaran hukum Allah"

kemudian baginda Rasulullah berdiri serta berkhutbah. di antara khutbahnya: "sesungguhnya yang membinasakan orang-orang yang sebelum kamu adalah kerana mereka apabila ada seorang dari golongan atas mencuri, maka mereka biarkan saja, tetapi apabila seorang dari golongan lemah mencuri, maka dia dijatuhkan hukuman. demi Allah andaikata Fatimah puteri Muhammad mencuri, pasti akan ku potong tangannya"

yang penting jangan membela mereka yang melanggar hukum Allah S.W.T... biarpun daripada ahli keluarga anda... sila faham sampai hadam... atau siapa pun... yang salah tetap salah...

p/s: kita ni kebanyakannye adalah perantau... moh le nyanyi lagu DENDANG PERANTAU!!!

TERGAMAK KAU...

award ni daripada Kak Imun

salam
tajuk entri tak leh blah ye...
ala-ala orang putus cinta plak...
AWAS: jangan terpengaruh dengan tajuk entri

pertama
aku nak ucapkan terima kasih yang infiniti kat Kak Imun... agak lame da beliau bagi award ni... (2 hari lepas je kot) aku ni konon-konon sibuk le... huhu.... (tak de maknanye sibuk...)

kedua
suka sebab dapat sempatkan buat entri ni huhu.... ni award kedua daripada Kak Imun... award pertama yang beliau bagi ade kat SINI....

ketiga
aku gembira bila bace entri dari cahayakehidupan.com kenape? sebab dia pun gembira... huhu... jemput singgah blog beliau jugak ----- SINI (ni promosi bergerak huhu)

keempat
nampaknye duit raye untuk adik-adik aku bertambah le tahun ni... lebih banyak dari tahun lepas... to mok cancel gi KFC... nanti kita gi makan RFC (Radix Fried Chicken)

Anyway aku nak bagi tau aku suka Realiti Konspirasi aku tau pun pas habis bace entri dari cahayakehidupan.com gak huhu to zackzukhairi you are talented... tu lom lagi lepak kat blog Anis huhu...

p/s: ade jugak orang cakap blog aku entri serius... banyak entri orang dewasa.... mak aihhhh... tak kan aku nak buat entri geli-geli derrrrr huhu... lepas ni aku wat entri geli-geli plak ye... wohaaaaaa...  abg jimart ni kuat bodek sume entri aku nak like... 

28 August 2010

MENDAPAT PAHALA BERJEMAAH





salam
semoga semua sihat walafiat...

kita selalu sangat sebut solat berjemaah dapat pahala lebih daripada solat sendirian... betul tak? bila pahala lebih mesti le ade caranye... untuk dapat pahala yang lebih tu... bukan sekadar niat jadi makmum je terus dapat pahala lebih ye tak?

kali ni aku fokus solat jemaah kat masjid... kalau yang solat suami isteri tu nak wat cam ne... tak de adegan rapatkan saf... hihi... gitu le gamaknye ye...


PAHALA SOLAT BERJEMAAH
boleh katekan hampir seluruh orang Islam tau kalau solat jemaah dapat ganjaran 27 pahala... ye tak? hehehe pandainye... 


NAK DAPAT KENA LA BETUL CARANYA
wehhh kalau nak dapat hasil yang lumayan mesti le ade kaedahnya... hahaha atok aku kate la... 'kaedah'... tapi ramai yang anggap dengan duduk dibelakang imam dan niat berjemaah je... da terus dapat pahala 27... wahhhh....


SILA PERHATIKAN DENGAN TELITI
nak dapat hasil kena la betul caranya... datang ke masjid sebelum masuk waktu solat... niat dan berdoa masuk ke masjid... sebelum duduk... solat sunat tahiyatul masjid... merebut saf paling hadapan... meluruskan saf... merapatkan saf... sehingga bahu, lutut dan buku lali bersanggit... berdoa bersama imam setelah selesai solat...


FENOMENA KINI
panas derrr rapat-rapat sangat... bila ade kosong saf di bahagian hadapan... mengalu-alukan dan hulurkan tangan kepada orang lain kononnya sopan santun supaya orang tersebut pindah ke saf hadapan...


Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah: Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba.  (Riwayat bukhari)



kalau kita perhatikan orang-orang tabligh bila solat memang betul-betul rapat safnye... dan pada aku kalau saf depan ade kosong tak payah lah toleh kiri kanan... terus je la kita penuhkan saf depan yang kosong sebab kita tau kelebihannya... betul tak?


Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Rasulullah menjawab: "Ya, juga saf kedua." 
(Riwayat Ahmad).


SIKAP KEBANYAKAN JEMAAH KINI
suka mencari tempat yang dekat dengan tiang atau dinding supaya senang nak bersandar... suka cari tempat yang dekat dengan pintu supaya senang nak keluar...  tak mau rapatkan saf dan bersanggit bahu, lutut dan buku lali... tak selesa derr...


perkara yang jemaah kini kurang ambil kisah dan tak berapa nak amalkan... tu la perkara yang menjadikan kesempurnaan dalam solat berjemaah... dan jika perkara tersebut dilakukan akan ada keberkatan dalam solat tersebut... barulah boleh sebut mengenai kelebihan secara saintifik solat berjemaah... kalau bahu, lutut dan buku lali pun tak bersanggit... macam mane nak ade pertukaran cas positif dan negatif di kalangan jemaah?


syaitan pun ambik peluang duduk mencelah... macam mane nak timbul kekhusyukan bila ade syaitan mencelah... kadang-kadang pak imam hanya laungkan rapatkan saf... tapi tak toleh belakang pun nak usyar jemaah dah buat ke arahan tu... betul tak?

alangkah bagus jika perkara tu dititikberatkan?

wallahualam....

ADEGAN PANAS BULAN RAMADHAN

salam
moga sihat sentiasa


tengok la betul-betul...
ni kan tuala...
siot je....

27 August 2010

AWAS : KAEDAH PENYELUDUPAN BARU!!!



salam
ape khabar semua?
moga sihat selalu la hendaknya... dan sentiasa dirahmati dibulan mulia ni... hehe...

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong. 

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia. 

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya. 

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan. 

"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya."Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?" 

"Basikal", jawab Atong ringkas...

p/s: siot je kan?

header baru aku huhu =)

26 August 2010

DI MANA SALAHNYA? ADAKAH ITU MENGHINA?





salam
semoga semua kamu kamu yang singgah kat sini sihat sejahtera... diberkati lagi dirahmati... masih tahan lagi puasa? hihihi.. kali ni aku nak bincangkan dan ketengahkan satu topik biasa yang saje digembar-gemburkan nampak macam serius... ape je la yang aku nak bebelkan kali ni ye...

AL-QURAN
adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada umat manusia. merupa rujukan terbaik bagi umat Islam... betul tak? tapi ramai yang tak endahkannya... hanya guna dan diambil separuh-separuh tak diambil seluruh... betul tak?

APAKAH BAHASA AL-QURAN?
al-quran diturunkan dalam bahasa Arab... bahasa arab ni pun ade macam-macam jenis... kemudian al-quran ade jugak dicetak dan disertakan sekali dengan tafsirnya... sama ada dalam bahasa inggeris, melayu, indonesia.... dan pelbagai bahasa lain... untuk memudahkan mereka yang beragama Islam daripada pelbagai bangsa mudah untuk mempelajari dan memahaminya... betul tak?

SIAPA YANG BOLEH BELAJAR BAHASA ARAB?
siapa yang rase nak belajar mereka boleh belajar... macam bahasa inggeris gak... cuma orang yang beragama islam digalakan mendalami bahasa arab ye tak? rugi la kalau tak tau... sedangkan yang mualaf pun mampu mempelajarinya... ni kan pulak kita yang memang islam dari kecil...

SIAPA BOLEH YANG MENDALAMI AL-QURAN?
siapa yang mahu mendalami dan rasa ingin mengetahui isi al-quran... mereka boleh berbuat begitu... sama ada dia muslim atau tidak... betul ke? sejak dulu lagi golongan non muslim telah menggali ilmu yang ade dalam al-quran... tapi kita yang muslim? ade yang mau... ade yang tak kisah...

ISLAM UNTUK SIAPA?
islam untuk semua... apesal cakap gitu? kerana islam tak pernah menindas golongan kafir... kita pun diajar dalam islam untuk menunaikan hak kepada jiran biar pun jiran kita tu non muslim... betul tak? doa orang yang teraniaya hatta dia seorang kafir... akan dimakbulkan selama mana dia redha terhadap penganiayaan yang berlaku ke atasnya... nampak? islam tu untuk semua... hanya hidayah Allah yang diberikan kepada yang dikehendakiNya je...

APA ISI KANDUNGAN Al-QURAN?
semua tentang kehidupan kat dunia... semua tentang alam akhirat... segala ilmu ade dalam al-quran... semua Allah dah ajar kita dalam al-quran... fizik, kimia, biologi, ekonomi, siasah, ape jenis ilmu pun ade kat dalam al-quran... kerana tu al-quran relevan sepanjang zaman...

pasal blog ade?
cara buat almond london ade?
cara menjahit langsir ade?

Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka;maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. 
(An-Nahl:43)

pun dah diajar bukan?

MENGHINAKAH JIKA NON MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN DAN MEMBACA JUGA TERJEMAHANNYA?
menghina ke? tak kan... sebab yang dibaca tu adalah bahasa arab... kan bahasa arab tu bahasa al-quran... tafsir pulak dalam bahasa melayu... lain la kalau non muslim bace kemudian maknanya diselewengkan... pastu non muslim ambik al-quran dibakarnye ke... baru lah menghina... 

SIAPA YANG HINA?
muslim yang menolak isi kandungan al-quran la yang menghina... tak kira la menolak secara terang-terangan atau dalam hati... atau ape saje cara sekalipun... sebab al-quran tu kalam Allah... ape maksud kalam Allah? kata-kata Allah... firman Allah S.W.T...

KARPAL SINGH TOLAK HUDUD? MEREKA NON MUSLIM DARI PAKATAN RAKYAT TOLAK HUDUD?
mereka non muslim... ni yang muslim ade dok pertikai dan tak mau pakai hudud ape kes? tanye kenapa mesti potong tangan kalau mencuri? kenapa tak bagi pencuri tu kerja... ape kes? tak same ke cam karpal singh? atau non muslim yang lain?

lepas bace entri ni faham tak? kenapa aku tulis? sebab aku ade tengok video kononye... ade anggota pakatan rakyat dari non muslim hina al-quran... sebab dia bace ayat al-quran sekali dengan tafsir dalam satu ceramah... adoiyai... kalau tandus isu pon jangan la sampai macam tu sekali derrrr nak dok ulang tayang video vodo gitu... 

tu bukan hina... mereka bace... membaca ayat je... berserta maksud ade salah ke? weh bila dengar cam tu... yang muslim patut malu... sebab ade lagi yang tak tau bace al-quran... yang tak tau bace jawi... ade lagi yang tak mau amal al-quran... 

wallahualam...

p/s: aku bukan fokus tentang hudud... aku contohkan je hudud... antara hukum yang ade dalam al-quran... mase aku sekolah dulu pun ade kawan cina aku tau bace surah yassin dari awal sampai akhir... dia cuma bace dan dia tak de hina apa-apa tentang surah tu dan tak de kutuk ape-ape... kenapa nak marah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...