GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label satu saat. Show all posts
Showing posts with label satu saat. Show all posts

15 May 2010

NUN DI SANA [ hanya tinggal sebelah ]

kau tersenyum manja
menyatakan hasrat kepadaku
kau kata kau c
inta
cinta pertama kepadaku

ku hampir tergoda
bergelora dalam kalbu
kau bukan untukku
kau dan aku tak mungkin berpadu

nun di sana
beri beribu batu
kau ku tinggalkan bersama Hatimu

nun di sana
kau meratap pilu
satu masa nanti
kau akan mengerti
apa maksudku

kini kau menanti
harapanmu abadi terhadapku
kau coretkan lagi
rahsia hatimu kepadaku

ku doakan dikau
bertemu seorang teman sejati
yang satu aliran
satu kepercayaan
aduhai Kathy



muat turun SINI


hati yang masih tinggal sebelah
nafas masih lelah
alam pun tak endah
hah tersenyum sudah

p/s: tak de sape nak sembelih awak lah!!! =)
p/s/s: A.K.U suka lihat S.A.B.A.R senyum sudah

ABANG SIMPANLAH JANGGUT... HEHEHE

salam
janggut oh janggut

abang simpanlah janggut... sayang suka =)
hahahaha...

okay cukup kat situ...

apa hukum simpan janggut?

Dari Sahih Bukhari,
Narrated Nafi':
Ibn Umar said, The Prophet said, 'Do the opposite of what the pagans do. Keep the beards and cut the moustaches short.' Whenever Ibn 'Umar performed the Hajj or 'Umra, he used to hold his beard with his hand and cut whatever moustaches. Ibn Umar used to cut his moustache so short that the whiteness of his skin (above the upper lip) was visible, and he used to cut (the hair) between his moustaches and his beard. (Volume 7, Book 72, Number 780)

Narrated Ibn 'Umar:
Allah's Apostle said, "Cut the moustaches short and leave the beard (as it is)."(Volume 7, Book 72, Number 781)

Dari Sahih Muslim,
Ibn Umar said: The Apostle of Allah (may peace be upon him) said: Trim closely the moustache, and let the beard grow. (Book 002, Number 0498)

Al-soal
Jika mengikut mazhab syafie, hukum menyimpan janggut adalah sunat. Tetapi ada pihak yang bukan bermazhab syafie yang berpendapat hukum menyimpan janggut adalah wajib dan mencukurnya adalah haram. Pendapat manakah yang rajih?

Al-jawab:
Terdapat perbezaan pendapat tentang hukum menyimpan janggut. setakat pembacaan, didapati bahawa ulama terdahulu tidak menyatakan dengan jelas tetapi berdasarkan amalan mereka, mereka tidak pernah cukur janggut. sebenarnya ada ulama dalam mazhab syafie dan juga mazhab-mazhab lain yang menyatakan sunat. tapi itu adalah ulama terkemudian. imam syafie sendiri tidak ada menyebut tentang perkara itu. lebih baik simpan daripada cukur. Tahqiq thtl: al-Qardhawi berkata, aku berselisih dengan majoriti fuqaha’ dalam bab wajibnya janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu’akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi.

(Al-ahkam.net)

* aku juga pernah terbaca wanita mengandung yang kerap mengusap janggut suaminya akan memudahkan kelahiran bayi.... hohoho... kebenarannya aku tak pasti... test la sape yang tengah mengandung tu...


 ni ade janggut ke tak?
ade sejemput je... tu pon tak nampak... sangat

hah ni baru banyak jemput janggutnya...

p/s: simpan la janggut ek?

14 May 2010

GELOMBANG KEADILAN


kan melangkah kaki dengan pasti
menerobos segala onak duri
generasi baru yang telah dinanti
tak takut dicaci tak gentar mati

bagai gelombang terus menerjang
untuk tumbangkan segala kezaliman
dengan tulus ikhlas untuk keadilan
hingga pertiwi gapai sejahtera


takkan surut walau selangkah
takkan henti walau sejenak
cita kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga

p/s: mampukah kita... baru sakit sikit dah keluh kesah cittt podaaaaaa (tujukan untuk diri sendiri)

S.A.B.A.R [ i LOVE u ]

salam...

fuhhhh... entri sepantas kilat
wink wink wink

harap S.A.B.A.R cepat sembuh
harap S.A.B.A.R cepat sihat
harap S.A.B.A.R rajin makan ubat

S.A.B.A.R dah mau makan bihun sup
S.A.B.A.R dah boleh bual-bual kat telefon
S.A.B.A.R dah boleh sembang dengan A.K.U
S.A.B.A.R dah boleh say "bai bai bai"

S.A.B.A.R tunjuk macam-macam ubat kena makan
S.A.B.A.R dah betul-betul sembuh nanti boleh makan pau kelapa
S.A.B.A.R senyum je A.K.U ingat faveret dia
S.A.B.A.R cakap tak dapat peluk takut A.K.U sakit

A.K.U doa S.A.B.A.R cepat sembuh nanti boleh bace blog buruk ni =)

TUTORIAL UNTUK BUAT SHOW ALL

salam
untuk buat show all pada blog anda..
mula-mula log in dulu...
kemudian pergi ke layout...
add gadget (bagi yang belum ada blog list)

kalau dah ada blog list... hanya pergi ke blog list anda tu...
macam gambar kat bawah ni...
pilih ruangan show...
kita boleh pilih untuk tunjukan semua senarai blog...
atau 5 buah blog saja
atau 10 buah blog saja
atau 25 buah blog saja


dah siap pilih...
klik SAVE...
lihat semula blog anda...
bilangan blog yang dipaparkan mengikut pilihan anda...
dan button show all akan ada di bahagian bawah
tujuan show all dibuat adalah untuk meringankan loading blog anda
juga supaya tak lah semak sangat... hehehe...

p/s: buat kak jieda spesel punya

REVOLUSI PETUA & TEKNIK MENIPU BERSAMA PAKAR TIPU MALAYSIA

salam
tajuk entri persis
wohaaaaaaaaaaaa

tetiba dapat ILHAM bergolek...
mase tengok IKLAN SUNSILK...

jom usyar....

1. NAJIB TUN RAZAK
letup-letup Altantuya... pastu cakap saya tata buat ley... lepas letup cakap dia tak terlibat... orang lain yang buat macam tu... tapi bila tengok pape yang ade kaitan dengan Altantuya takut la plak... kalau tak wat salah pehal plak nak takut wei!!! apehal BANG JIB tak saman je orang yang wat FITNAH? kalau betul la kau tak buat salah yang menggunung tuuuuuuuuu.... 

2. SAIFUL BUKHARI AZLAN
cakap jumpa NAJIB untuk dapatkan biasiswa... mane tah biasiswa tu... lepas kena LIWAT tak leh SEMBAHYANG ke? hebat la kau boleh jumpa KPN... perghhhhhhhhhhhh... ORANG MUDA GAGAH PERKASA boleh kena LIWAT ngan ORANG TUA? ke ko RELA? tak pun kau TIPU? haishhhhhhhhhh....jangan cakap kuat-kuat la... nanti SAYFOOL malu...

3. USTAZ ARIEF
perghhh... USTAZ ARIEF owner PUSAT PERUBATAN CAKRA ALAM... haishh... habis dah duit ORANG SAKIT ditipu... dah lah sakit... kena tipu plak tu.... "ibarat sudah jatuh.... ditimpa tangga". berubat kat CAKRA ALAM bukan murah yop....

cuma aku tak letak 7 orang pakar cam dalam SUNSILK
huhuhu...

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.... ewahhhhhhhhhh

p/s: tetiba je rase mau loyar buruk.... =)

INI KEAJAIBAN ALAM!!! AKU MEMPERCAYAINYA...

salam...
iras-iras lirik lagu SAILORMOON kan?
huhu...

memang pun aku cedok lagu SAILORMOON...
aku dok google jumpa benda alah ni...




mashaAllah

p/s: banyak betul artikel yang aku nak taip macam tak cukup masa je... 

IBLIS PUN MENANGIS UWAAAAAA UWAAAAAA

Sabda Rasulullah saw:
Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga

Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia

Lalu bertanya pula sahabat: 
“Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?”

Sabda Rasulullah saw: 
Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur

Bertanya para sahabat:
Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?

Sabda Rasulullah saw.:
Akan aku terangkan kepada kamu semua:

Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:
Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab

Ibnu Abbas ra berkata: 
Sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam

Iblis mengeluh: 
Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya

POK POK POK DASAR DAH LAPOK

salam
apa khabar semua...
masih ingat lagi dasar pandang ke timur?
ia diperkenalkan semasa pemerintahan Tun Mahathir....

dasar pandang ke timur?
ape tu?

dasar itu mengajak kita semua meniru @ mencontohi cara orang JEPUN bekerja. apasal JEPUN? yelah negara metahari terbit negara mane? JEPUN kan? JEPUN JEPUN JEPUN

alahai....

penduduk JEPUN sangat mementingkan masa. setiap saat yang ada digunakan sebaik mungkin. pada mereka kerja adalah perkara PALING UTAMA. dalam BULLET TRAIN mereka juga ada pelbagai jenis bahan bacaan.... terutama komik. mereka berjalan pantas. sanggup berkerja hingga larut malam...

bagus ke? kita rakyat MALAYSIA tiru diaorang? aku lebih fokus pada MUSLIM di MALAYSIA... apa pendapat korang? ada bagus ka?

dek kerana TEKANAN yang terlalu tinggi di tempat kerja... kerana itu statistik kejadian BUNUH DIRI di JEPUN lebih tinggi... selain daripada mereka bukanlah majoriti beragama ISLAM. ye ke? sila check sendiri... statistiknya...

kenapa kita sibuk nak ikut MEREKA?

ISLAM telah menggariskan supaya 1 hari = 24 jam ini dibahagikan kepada 3.... so 8 jam hasilnya bukan? ke aku salah kira?

1/3 = untuk berkerja
1/3 = untuk rehat @ riadah
1/3 = untuk beribadat

betul kan macam tu?

yup... aku pun mengaku kita bukan mampu untuk beribadat selama 8 jam... tapi jangan lupa... apa-apa sahaja yang kita lakukan kerana Allah sudah dikira IBADAT.... bukan susah pun... kat MALAYSIA standard masa kerja 8jam bukan? rehat & tidur pun kita dianjurkan selama 8jam... jadi tubuh kita akan sihat, segar & bertenaga untuk lalui kehidupan pada hari berikutnya... jadi masalah BUNUH DIRI insyaAllah tak de lagi....jadi kenapa perlu kita sibuk wujudkan DASAR PANDANG KE TIMUR?

pernah tak korang tau? orang JEPUN menganggap masa kita solat sekitar 5 hingga 10 minit tu membazir masa... kerana mereka betul-betul serius dalam pengurusan masa...

bukan ke ISLAM itu dah LENGKAP?
korang macam mane?
PERLU KE IKUT-IKUTAN?
YANG PATUT DIIKUT AL-QURAN & HADIS bukan?
tu aku tak mampu nak ikut semua... aku bukan orang baik...
weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... =)

adoiyai....

13 May 2010

HAHAHA... KORANG TAK TAU ALAMATNYA!!!

salam
jom nak dengar cite aku tak?
cite tak la kelakar sangat...
tapi kelakar la jugak...

Mat berkerja dengan Pak HAji Dollah sebagai penghantar ayam... beliau sangat rajin... pada suatu hari Pak Dollah telah memanggil Mat....

Pak Dollah: mat esok kau hantarkan ayam kat rumah Haji Shukor 10 ekor... dia pesan jangan sembelih... ni ha alamatnya...

Mat: okay. boss...

keesokan harinya Mat pun menghantar ayam yang telah dipesan oleh Haji Shukor. Mat pegi naik motor je...

Mat: woi ayam!!! korang diam lah sikit... aku ni nak fokus bawak moto...

tiba-tiba moto Mat hilang kawalan... maka... Mat dan ayam-ayam tersebut pun jatuh.... ayam-ayam yang Mat bawa semuanya terlepas... bertempiaran lah ayam-ayam tu lari...

Mat: woi!!! ayam-ayam semua wat ape korang lari? alamat rumah Haji Shukor ade kat aku!!! hahaha... korang mesti naik moto dengan aku baru sampai sane... hahaha...

Mat masih ketawa lagi...

p/s: apehal la Mat ni...

BAGAIKAN PUTERI

salam
untuk semua moga sihat sentiasa

duduk termenung di tepi jendela...
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa...
mulut diam tanpa kata...
mata mula berkelip-kelip...
tahan rasa mengantuk yang membuai rasa...

aku celik...
kau ada di sisi temani...
sua air buat aku...
sua makanan buat aku...
aku kata lapar... kau pantas mencipta menu ringkas...
buat isi perutku yang berkeroncong...

aku paling kau tanya kenapa...
aku buat-buat tak da telinga...
kau ucap kata...
aku buat keras kepala...
persis patung buncit tidak bernyawa...

kau mahu belok
aku terus saja
konon mahu protes juga

kau kata aku mahu jadi puteri raja
aku diam lagi macam tak ada telinga
kau tunggu aku... bilang mahu makan sama
aku senyum hati bunga-bunga
lagi sekali perasan mahu jadi puteri raja...
kau bilang aku budak lagi...
sedikit keluhan tapi kau tetap senyum melayan aku
yang mahukan super ring & ais krim saja

tiba-tiba aku terjaga...
ahh.... itu mimpi rupanya...
aku terpinga-pinga...
ya... aku yakin pernah rasa situasi yang sama...
aku tunduk malu... mujur tiada siapa di situ...
masih cuba selak-selak muka surat lama... =)

susun sepuluh jari
pohon maaf selalu

Terima Kasih Kekasih
walau kau hadir depan mata
rindu itu tetap ada

andai bukan di depan mata
dalam mimpi bertemu jua

andai jasad sudah tiada
mohon di sana bertemu kita

SELAMAT HARI LAHIR PAPA WI

salam
TANGGAL 13 MEI
yay hari ni hari lahir
PAPA WI
yang ke 52
nak wish
HAPPY BUFDAY
moga diberkati
moga dirahmati
moga murah rezeki
(nanti leh kita kongsi-kongsi)



zaman pesta muda mudi

bersama geng menoreh & konco-konconya

angkat-angkat & lambung-lambung

mau ronggeng ka PAPA WI?

fuyoooh... macam heli pad.... lalala

bersama pain sama

hello bos!!!


sempena hari lahir PAPA WI
PAPA WI nak wish boleh?
wawawa...
belikan HAMSTER
(harap PAPA WI bace entri ni)
tak nak kongsi dengan pain sama

12 May 2010

BACA SAMPAI HADAM

salam
apa khabar semua...

kali aku mahu kongsikan perihal PENCERNAAN dalam tubuh
dibawakan daripada JABATAN GASTRO HUKM...
tadaaaaaaaa....
hampeh betol aku ni...
di tambah dengan sedikit ilmu aku masa dulu-dulu
lalalala....

tahap KEASIDAN dalam perut tidak dipengaruhi oleh kaedah kita memasak makanan. merebus, menggoreng, memanggang, mengukus... itu semua tidak menjadi masalah. kerana sememangnya perut kita mengandungi asid hidroklorik (HCl) faham?

makanan yang kita makan setiap hari akan mula diproses daripada dalam mulut lagi. faham? untuk pengetahuan korang sistem pencernaan terdiri daripada salur alimentari & kelenjar pencernaan. 

kanji akan mula dihidrolisis apabila kita mula mengunyah makanan. enzim amilase akan menukarkan kanji menjadi maltosa. senang cite la.... kanji yang kita makan akan ditukar menjadi struktur yang lebih ringkas & mudah dihadam.

kemudian makanan akan bergerak ke bahagian PERUT melalui proses peristalsis. bahasa mudahnya salur makanan.... yang dari mulut gerak ke perut.... atau nama saintifiknya esofagus. dah sampai perut JUS GASTER sedia menunggu. JUS GASTER ni dirembeskan oleh KELENJAR GASTER. bila aku sebut JUS GASTER.... korang kena ingat JUS GASTER ni terdiri daripada ASID HIDROKLORIK, ENZIM RENIN & ENZIM PEPSIN.

tujuan ALLAH ciptakan ASID HIDROKLORIK ni supaya dapat membunuh kuman yang mungkin hadir dalam makanan. selain tu enzim renin & enzim pepsin paling aktif dalam keadaan berasid. makanan akan diproses dalam perut selama lebih kurang 4jam(bergantung pada kepantasan tubuh korang berkerja).

kemudian di duodenum akan menerima hempedu dari pundi hempedu & jus pankreas dari pankreas. fungsi hempedu adalah untuk mengemulsi LEMAK kepada bentuk titisan halus. supaya lebih mudah diproses. seterusnya akan bergerak ke USUS KECIL.akhir sekali adalah USUS BESAR. di mana akan berlaku penyerapan air.... so sisa makanan akan jadi keras. tadaaaaaa maka terhasilah TINJA/ TAHI hohoho...

kemudian mereka semua keluar BEBAS melalui LORONG KUNYIT... masuk ke tangki KUMBAHAN....

sekian perjalanan HIDUP KAMI...

kerana itu MAT SALEH amalkan pengambilan JUS OREN pada waktu pagi untuk tambahkan kandungan asid dalam JUS GASTER selain berfungsi untuk menyah toksin. kebiasaannya TOKSIN akan dimusnahkan di HATI... mungkin sampai satu tahap hati tak larat da nak menyah toksin...so kandungan TOKSIN akan jadi     tinggi. akan terjadi kebarangkalian berlaku sirosis pada hati @ hepatitis B @ kanser hati... 

p/s: aku tak ceritakan terlalu detail pada bahagian usus kecil & usus besar... takut korang tak faham. tapi aku rasa tak la penting sangat untuk tau... lalala... aku harap selepas ni tiada lagi kekeliruan...



YA ATAU TIDAK?

salam
ye atau tidak?

kebanyakan orang melayu kat MALAYSIA
sukakan hiburan?

GOSIP artis

bila beli je paper tengok BAHAGIAN hiburan dulu
majalah FAVOURITE mangga, urtv, hai, media hiburan
ye... suatu masa dulu aku pun pernah minat jugak
tapi sekarang tu semua bukan MY FAV

dari TADIKA sampai lah dah TUA bangka...
NYANYI mesti tak tinggal...

mase TADIKA cikgu soh nyanyi lagu kanak-kanak
besar sikit masuk rancangan REALITI TV...

ada betol ka?

kalau umah kenduri kawin...
SUKA sangat kalau ada KARAOKE & KUGIRAN
yang berbondong-bondong masuk rancangan REALITI TV
KEBANYAKAN orang MELAYU

kalau DRAMA kat TV yang tah pape tu la jadi FAV..
HOTEL MANIA 
KAU & AKU
tah pape lagi DRAMA yang pada aku USELESS untuk ditonton

bila tanya pape FAKTA blurrrr
yang cuma hafal lagu SITI NURHALIZA
yang diingat muka REMY ISHAK
ya atau tak?
TAPI TAK SEMUA MACAM TU KAN?

YA ATAU TAK?
ada pape bantahan?

11 May 2010

BERDOA DALAM BAHASA INGGERIS

salam
giler kau entri macam ni...
aku nak sembang hal doa...
doa tu ape?
tau ke adab-adab berdoa?
kisah-kisah pasal orang berdoa?
boleh ke doa yang tak baik untuk orang lain?
wahhhhhhhh banyaknye nak tau...

aku bukan ustazah & semestinya bukan ustaz...
jauh sekali mufti...
wakakaka...

DOA
memohon atau meminta sesuatu yang bersifat baik kepada Allah SWT.

waktu-waktu mustajab berdoa:
- selepas solat wajib
- antara azan & iqamah
- pada sepertiga malam
- masa hujan lebat
- saat sedang berpuasa
- dalam sujud terakhir
- saat menunaikan haji (di hadapan kaabah)
holy land @ tanah suci... kau faham tak? Insyallah mujarab
ini adalah di antaranya....

adab-adab berdoa:
- menghadap kiblat
- seeloknya berwuduk
- menadah tangan
- menutup aurat (sopan la)
- mulakan dengan istigfar
- selawat ke baginda Rasulullah
- berdoa dengan penuh khusyuk & mengharap
- rendahkan suara (tak perlu pitching tinggi)
- doa berulang-ulang tanda kita benar-benar berharap
- akhiri doa dengan selawat nabi & istigfar juga puji-pujian
ini adalah serba sedikit yang aku tau...
mahukan lebih sila tanya ustaz...

weh!!! doa boleh ke dalam bahasa inggeris?
gile ko... arab je la boleh...

kadang-kadang kita terlalu obses menghafal doa..
tapi tak tau pun maksud doa tu...

mane lebih baik?
berdoa dalam bahasa melayu & faham maksudnya..
atau dalam bahasa arab tapi tak faham langsung maksudnya...
yelah kita ni bukan ustaz, ahli agama & bla bla...

macam kita tau...
kebanyakkan rakyat MALAYSIA memang HEBAT menghafal
tetapi belum tentu FAHAM & HADAM dengan sesuatu perkara...

yelah...
bila jawab pekse...
soalan konar sikit...
dah gelabah nak jawab..
sebab yang dihafal tak serupa dengan yang ditanya...

macam tu jugak dengan menghafal doa...
orang yang betul-betul faham akan doa yang diucapkan...
mampu menitiskan air mata...
kalau hafal..sekadar menghafal je la..
belum tentu hadir bersama hati...

ada betul ka?
kalau aku silap sori la...
tapi itu yang aku nampak...

perlu ingat!!!
ALLAH MAHA MENDENGAR
ALLAH MAHA MENGETAHUI
ALLAH MAHA BIJAKSANA

so the conclusion is...
tak kisah lah nak guna bahasa apa pun berdoa...
dalam solat je yang mesti cakap arab...
ada betul ka?

menjengah blog:
mar kita jengah blog RESEPI RAHSIA KU. milik capt. best weh setiap entri capt. aku respek lor... mane la capt dapat ilham wat entri yang menyentuh jiwa & raga aku.  capt juga salah sorang follower aku & ade link blog aku kat blog dia... setiap kali ade entri baru capt rajin datang kabo... pape pun TQ ye capt. entri yang memang makan dalam pada aku adalah... KENAPA ALLAH BUAT NERAKA?

LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG...

salam
dua hari aku mencari kisah hud-hud & si muraq
ni la hasilnya...
yang aku dapat kongsikan dengan korang...


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh



(tanya sama itu hud-hud - M. NASIR)


lirik ini mengisahkan perjalanan beribu-ribu burung untuk bertemu raja si muraq pada zaman pemerintahan nabi sulaiman. perjalanan itu sangat sukar. dan akhirnya mereka sampai. tetapi hanya tiga puluh saja yang berjaya bertemu raja si muraq.

burung-burung tersebut rasa sungguh teruja untuk bertemu si muraq setelah mendengar cerita daripada hud-hud. lantas mereka semua sanggup terbang & bersusah payah untuk bertemu si muraq. 


* SI MURAQ - bermaksud tiga puluh dalam bahasa parsi
* ada yang mengatakan hud-hud itu burung belatuk


Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini



(tanya sama itu hud-hud - M. NASIR)


kita manusia mahu lihat dunia melalui mata burung? atau lihat dari dalam tempurung? burung boleh terbang tinggi di langit & melihat bumi yang luas ni... berbanding jika kila melihat hanya dari dalam tempurung... pandangan kita tidaklah seberapa...

burung juga mengetahui peranan mereka untuk meyampaikan ajaran Allah.


daripada lirik lagu M. Nasir ni aku dapat simpulkan beliau amat teliti dalam menulis lirik. selain lirik lagu ini. banyak lagi lirik beliau yang menyentuh mengenai tamadun andalusia, kisah siti hajar & nabi ismail, sejarah melayu, kisah kerajaan parsi & kisah masyarakat. cayalah M. NASIR. nama asal beliau adalah MOHD NASIR BIN  MOHAMED. untuk mendengar lagu-lagu dendangan beliau korang kena bagi penelitian.. baru faham apa yang cuba disampaikan.

*apa yang aku kongsikan ini hanya suatu pencarian yang perlukan penelitian. segala kesilapan datang daripada aku sendiri & segala kebaikan hanya daripada DIA

menjengah blog:
aku nak bawak korang lepak & singgah kat blog pipiMuncet. blog budak ni memang best tahap dewa hahaha. bagi mereka yang gemarkan suatu yang indah dan penuh bererti sila lah singgah. korang akan faham apa yang mahu disampaikan. sila baca, renung & fikir dengan teliti. berani untuk menyatakan kebenaran pada BEN ASHARI hingga dikecam oleh pengikut BEN. tetapi kenyataan itu jujur. muncet ni antara follower aku gak... dan akan datang komen kalau aku kuarkan entri bunyi-bunyi sastera. go go go pipiMuncet. antara entri muncet yang aku suka baca Budak kecil dan seringgit tiga kupang.

OH MALAYSIA KU...

salam
buat semua pembaca

puji & syukur pada ILLAHI...
anugerahnya tiada terhingga...
kedamaian...
kemakmuran...
MALAYSIA ku bahagia...
sila sambung sendiri kalau korang nak menyanyi


dalam situasi sekarang ni...
patut ke kita nyanyi lagu kat atas tu?
alahai...
POLIS pun sekarang dah macam dalam cerita COWBOY
main tembak-tembak ikut SUKA & RASA

SANG PEMERINTAH mahukan JUDI pula...
mana mau CAMPAK hukum agama...
hampir setiap negeri MUFTI ada
JABATAN AGAMA pun cam tu juga
ABIM ada
MAJLIS FATWA ada
oh MALAYSIA ku...
macam-macam ada....

jaga-jaga anak kita
jangan sampai jadi hamba
panggil lah mereka pulang
ayah nak ajar tentang KURANG AJAR
sila nyanyi sendiri





p/s: nanti aku buat karangan panjang-panjang.... =)

www.bertanisatuibadah.net

menjengah blog:
kali ni aku nak ajak koramg singgah blog zulkbo. atau nama original beliau zulkifli bin othman. merupakan blogger popular kelahiran pahang. asal jengka tak silap aku. merupan follower aku juga & selalu jadi tukang komen tegar kat blog aku. blog zulkbo ni ada macam-macam cite. daripada isu ibu & anak sampai lah hal ehwal negara. antara entri beliau yang aku suka adalah Orang Negara China Macam-macam. beliau pun ada link dengan blog aku. apa pun aku ucapkan terima kasih pada zulkbo.

10 May 2010

APA AKAN JADI KALAU...

salam
penat dengan entri yang terlalu serius...
jemu sudah...

apa akan jadi kalau...
obama pandai cakap melayu?
lepas tu dia bace blog aku...

apa akan jadi kalau...
zulkbo tu perempuan?
tentu nama dia bukan zulkifli bin othman...

apa akan jadi kalau...
zahiril adzim tu follower aku?
mungkin juga dia tu kenal aku (cissss perasan)

apa akan jadi kalau...
fared ayam bukan penulis stabil?
tentu duit aku tak terbang 10 hengget...

apa akan jadi kalau...
lady gaga pengsan?
tentulah ramai yang perasan...

apa akan jadi kalau...
dadu itu bulat bukan segi empat?
tentu aku nak main dam ular tak dapat...

"papa... mungkin tu tak wujud.. papa jugak yang cakap tu semua takdir"
(miasara)

memilih jalan yang itu...
kau tak kan dapat pilih yang ini...
jangan terlalu tamak mahu ambil semua...
ingatlah mereka yang lain masih ada...
kita hanya ada dua pilihan...
syurga atau neraka...
dosa atau pahala...
islam atau kafir...
yang banyak pilihan...
hanya jawapan soalan objektif...
saat di dunia...
juga setiap soalan...
yang manusia sendiri cipta...

p/s: encik zul. pinjam name aok. okay.

menjengah blog:
jalan-jalan singgah kat blog kereta mayat. penulis blog ni gelarkan diri beliau hamka. tulisan bro hamka ni memang best dan tersendiri. apa yang beliau katakan adalah daripada sudut pemikiran beliau. selain disertakan unsur-unsur humor. aku rasa kebanyakan korang tau mengenai blog kereta mayat ni... aku memang suka bertandang kat blog ni... boleh katakan semua entri beliau meninggalkan kesan pada aku. kat sini aku pilih satu je untuk dijadikan contoh. entri tu adalah Saya Takut Hantu?. yang menjadi pengikut blog hamka ni pun ramai jugak... semua pembaca boleh katakan tak sabar nak tunggu entri baru beliau. termasuk lah aku!!!

KERANA NYAMUK KELAMBU DIBAKAR? APEKAH?

salam...
jom kita belajar mengenal nyamuk...
nanti bila ditanya tak de la nyamuk pon tak kenal..

nyamuk anopheles @ nyamuk tiruk(bukan teruk)
ni ha nyamuknya...
yang merupakan vektor bagi penyakit malaria


nyamuk aedes
nyamuk yang belang-belang hitam & putih
vektor kepada penyakit denggi
ni nyamuk paling popular
selalu je tengok kat dalam TV kan?
kalau tak kenal jugak aku tak tau nak kata pa...


nyamuk culex
vektor penyakit untut @ filariasis
ni ha orang yang kena sakit untut
ni semua terjadi kerana parasit tersebut tinggal di nod sistem limfa

fakta umum tentang nyamuk:
berat nyamuk adalah antara 2-2.5mg(miligram)
nyamuk mampu terbang dengan kelajuan antra 1.5- 2.5km/h
hanya nyamuk betina sahaja yang menghisap darah

menjengah blog:
jom aku nak ajak semua rakan blogger aku singgah kat blog Kekunciku Berdansa milik cikgu Yang Azmah. baru-baru ni beliau baru je jadi opah. beliau merupakan pesara guru. juga follower blog aku. kat blog beliau juga ade link dengan blog aku. selain merupakan komentar separa tegar kat blog aku. topik yang beliau ceritakan sangat banyak. terutamanya isu kekeluargaan. antara entri beliau yang menarik minat aku adalah Ramainya Warga Asing!!. terkini beliau cakap nak cuba resepi KERABU KERANG KUTUB SELATAN malunya aku... blushing. =)

KISAH ANTARA TOKOFEROL DAN TIAMIN ROMANTIK HABIS...

salam semua
aku nak kongsikan kisah
TOKOFEROL & TIAMIN
ohhhhhh....
itu hanya nama saintifik bagi vitamin je...
hehehe

jom aku kongsikan info tersebut...

vitamin A (retinol)
haa.... kita leh makan hati, susu, tomato & lobak merah untuk dapatkan sumber vitamin A. vitamin A ni berperanan untuk kesihatan tisu epitelium termasuk kulit. juga untuk atasi rabun malam & membantu pertumbuhan... jika korang kekurangan vitamin A. korang mugkin boleh mengalami gejala rabun malam,xeroftalmia & pertumbuhan terbantut.

vitamin B1 (tiamin)
meh aku habaq mai... korang leh dapatkan sumber bagi vitamin B1 ni daripada hati, yis, susu, bijirin yang tak dihancurkan & telur. vitamin ni penting untuk respirasi sel, pertumbuhan & memelihara sistem saraf. kakau korang kekurangan vitamin ni... korang mungkin akan megalami penyakit beri-beri & juga gangguan sistem saraf.

vitamin B2 (riboflavin)
sumber untuk perolehi vitamin ni same je ngan vitamin B1. peranannya juga sama... cuma gejala kekurangan vitamin ni je lain.... gejalanya adalah kulit meneglupas di hidung, telinga & mulut.

vitamin B3 (niasin @ asid nikotinik)
snak dapatkan vitamin ni... kena la makan makanan cam yang aku senarai kat atas tu... sangat penting untuk respirasi sel. juga memelihara sistem saraf,kulit & usus. andai kita kekurangannya... kita mugkin akan terkena penyakit pelagra & cirit-birit.

vitamin B5 (asid pantotenik)
fuhhh.. semakin malas menaip... lalala... boleh didapati pada daging, telur, bijirin, yis & hati. sangat perlu untuk respirasi sel. memelihara sistem saraf & pembentukan antibodi. jika korang kekurangan vitamin ni kemungkinan pertumbuhan akan terbantut. juga mengalami gangguan sistem saraf & jangkitan penyakit.

vitamin B6 (piridoksin)
boleh didapati daripada daging, hati telur & keju.. sangat diperlukan untuk penghasilan asid amino. jika korang kekurangan vitamin ni.. korang mungkin mengalami masalah anemia & cirit birit

vitamin B12 (kobalamin)
nak dapatkan vitamin ni kena la makan daging, hati, ikan, telur & keju. diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. jika kekurangan mugkin korang leh mengalami penyakit anemia.

vitamin C (asid askorbik)
boleh diperolehi daripada buah-buahan & sayuran segar.... buah terutama nya yang masam... kompem ade vitamin C okeh. dapat memelihara kesihatan salur darah... coz vitamin ni bersifat anti oksida. kekurangan vitamin C leh sebabkan penyakit skurvi.

vitamin D (kalsiferol)
boleh didapati daripada susu, hati, telur, mentega @ hang pi berjemur kat bawah cahaya matahari pagi... dari kol 8 sampai 9 lebih... juz estimation time je... ha... nanti kulit korang leh sentesis cahaya matahari tu untuk tukar jadi vitamin D. kepentingannya adalah untuk bantu penyerapan kalsium & fosforus untuk membina tulang & gigi yang kuat. jika kita kekurangannya kemungkinan boleh menghidapi penyakit riket & gigi mudah rosak.

vitamin E (tokoferol)
boleh diperolehi daripada gandum, sawi & kubis. kemungkinan boleh cegah kemandulan... aku cakap mungkin je ye... & sebagai anti oksida. hahaha kekurangan ni boleh sebabkan kulit berkedut... lalala... tak la...  mungkin kulit cepat berkedut....

vitamin K (filokuinon)
haa... makan kubis, sayuran hijau, tomato & hati... actually... sayuran yang kaler putih biasanya ade vitamin K. sangat penting untuk pembekuan darah. kalau kurang vitamin ni... darah agak lambat membeku & mungkin mengalami masalah anemia.

vitamin A,C,E adalah anti oksida so... leh bantu mencegah KANSER... dan melambatkan proses penuaan... ye la... orang pempuan selalu risau nampak tua... so aku bagi tau la ni...

pendek kata... makan je semua pape yang HALAL & ada kat malaysia ni... semua nya da manfaat untuk tubuh... makan lebih 40 jenis makanan sehari... untuk panjang umur... 40 jenis tu termasuk la... jintan manis, jitan putih, bawang putih, halia, cili, garam, gula, dan bla bla bla... 

menjengah BLOG:
aku nak ajak korang semua singgah blog BUJANG SUSAH sebab blog ni best . aku memang suka lepak kat blog BS. antara tajuk entri terbaru beliau yang buat aku ketawa adalah KELING DAPAT BASIKAL.TURUN BUKIT PUN DIKAYUHNYA...!!!. aku rase korang sume mesti tau pasal blog ni kan. beliau merupakan salah seorang follower aku. selain tu beliau selalu singgah & komen kat blog aku. letak name siapa tah kat shoutmix. ape pun aku ucapkan terima kasih kat BS. aku mark beliau sebagai otai blogger... yang follower dah nak dekat 2000 orang... blog beliau ade macam-macam cite. kisah agama, politik, & lain-lain... tapi beliau lebih cenderung pada POLITIK HIJAU... okay cukup la tu ye... nantikan blog siapa plak jadi pilihan lepas ni... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...