salam...
entri yang agak serius...
sudah ditaip lebih awal sebelum di auto publish
semoga semua sihat hendaknya....
kenapa kita sebagai muslim kurang kesedaran dalam memberi sokongan kepada produk muslim?
padahal itu merupakan tuntutan. dan sedarlah jika kita mampu meningkatkan ekonomi sesama muslim... mampu membantu pengeluar, pembekal, peniaga muslim itu sendiri untuk mengeluarkan zakat yang banyak. oleh itu zakat yang dikutip mampu diagihkan kepada asnaf yang 8. dengan itu ekonomi muslim akan terus maju.
kadang kala ada rasa kurang percaya terhadap produk muslim. kenapa?
terlalu prejudis terhadap produk muslim. dan menganggap barangan keluaran bukan muslim lebih berkualiti. aku contohkan di sini. antara jenama yang paling banyak mengeluarkan produk yang setanding dengan jenama antarabangsa adalah HPA. mereka juga ada membuka restoran RFC (Radix Fried Chicken). mengeluarkan ubat gigi, kopi, minuman berkarbonat dan lain-lain lagi. juga produk ayam segar. apa tunggu lagi? pergilah cuba.
aku bukan mahu mempromosikan HPA atau apa jenama. tapi sewajarnya kita sebagai pengguna patut sedar dan sentiasa bersedia untuk memberi sokongan kepada produk HALAL MUSLIM.
membeli kelapa parut... kat satu tempat tu ada penjual MUSLIM dan penjual BUKAN MUSLIM. kenapa masih memilih untuk membeli di kedai BUKAN MUSLIM. aku contohkan saja. apa salahnya kau datang membeli di kedai insan seagama dengan kau?
sensetiviti UMAT ISLAM ITU KURANG....
kenapa bila surau kena bakar baru nak marah?
kenapa bila surau kena lempar kepala babi baru nak marah?
sebelum tu kau ada sibuk nak sembahyang kat surau?
sebelum tu ada kau sibuk nak bela agama kau?
perasan tak? isu-isu kecil sebegitu kadang kala sengaja diwujudkan unuk mengalih perhatian UMAT ISLAM daripada memandang ISU yang LEBIH BESAR. isu rasuah, isu politik kotor, isu kekejaman di palestin, isu keruntuhan moral di kalangan umat islam, isu liberalisasi, isu penindasan umat islam dan lain-lain lagi.
aku tak kata kita semua tak perlu marah. tapi kadang kala isu itu diwujudkan sebagai provokasi untuk menutup isu-isu besar. supaya kita semua lupa pasal GST, kenaikan harga petrol, penyelewengan kerajaan memerintah dan sebagainya.
begitu juga dengan agenda BUKAN ISLAM yang telah wujud sekian lama. bermain dengan isu monogami. menuntut hak itu dan ini. kesamarataan GENDER kononnya. sedangkan dalam ISLAM itu sendiri telah adil terhadap lelaki dan wanita.
mewujudkan sistem ekonomi kapitalis, ekonomi liberal dan entah apa-apa lagi. semuanya akan menghancurkan UMAT ISLAM itu sendiri. penerapan segala sistem SEKULAR. dari sistem kehakiman hingga lah pada sistem pendidikan.
sama ada kita sedar atau tidak?
sudahlah hampir kebanyakkan adat resam kita di pengaruhi oleh budaya HINDU. dari segi persandingan. memakai inai. menggubah hantaran. dan banyak lagi adat yang dipengaruhi oleh budaya HINDU. budaya bergelang kaki.
juga budaya memakai BOW... sudah menjadi amalan biasa....
banyak lagi aku nak kata.... aku rasa cukuplah ini saja. nanti kita sambung cerita. apa yang penting kesedaran tu kena ada.
sama-samalah kita semua perbaiki apa yang kurang. tambah apa-apa yang hilang. yang baik hanya datang dariNYA dan yang buruk datang dari aku sendiri. sekian