GENG LENSA HIDUP

02 June 2010

HATINYA SAMA SAJA


Abu Umamah meriwayatkan, seseorang telah menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya, 
“Bagaimana pendapatmu tentang seseorang yang berperang untuk mendapatkan upah dan pujian? Apakah ia mendapatkan pahala?”
Rasululllah S.A.W menjawab, ” Ia tidak mendapatkan apa-apa.”


Orang tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali, dan Rasululllah S.A.W pun tetap menjawab, ” Ia tidak akan mendapatkan apa-apa. ” Lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima suatu amal, kecuali jika dikerjakan murni keranaNya dan mengharap wajahNya.” 
(HR. Abu Dawud dan Nasai)

salam
entri ni dibuat...
entri ni ditaip...
untuk ingatan pada diri sendiri....
untuk ingatan buat semua juga...
siapa yang sudi...
silalah baca.... =)

menjadi manusia yang ikhlas....
sambil cakap.... nah ambik la "aku ikhlas ni..."
macam tu ke?

menjadi manusia yang ikhlas....
buat replika cek besar-besar.... bagi kat orang...
macam tu ke?

menjadi manusia yang ikhlas...
datang tinggal jejak.... terus pangkah blog tu...
macam tu ke?

menjadi manusia yang ikhlas...
sembahyang wajib tak tinggal... solat sunat memang hobi....
macam tu ke?

menjadi manusia yang ikhlas...
memberi dia diam... kurang cakap... kau tak kenal dia siapa
macam tu ke?

bukan mudah menjadi manusia yang ikhlas... berbuat sesuatu hanya untuk redha Allah... biarpun tak dipuji.... biarpun tak nampak..... mereka yang ikhlas tidak pernah berkecil hati... tidak pernah terasa hati dengan setiap tindak tanduk manusia... tidak rasa sakit dengan tohmahan... kerana yakin dengan Allah yang Maha Melihat.... yakin dengan Allah yang Maha Mengetahui... itu tanda kita ikhlas tinggal di bumi ini.... tanpa mengharap balasan daripada manusia.... mengharap hanya daripadaNYA.... kita tidak mampu menilai hati manusia.... melangkahlah di bumi TUHAN tanpa rasa benci... tanpa rasa iri... tetapkan niat di hati... lakukan apa saja kerana yakin janji ILLAHI... juga tahu suatu masa nanti kita akan kembali padaNYA...

renungi diri... cuba betuli diri jua....
dipuji dicaci hatinya sama saja

p/s: sangat susah mahu jadi yang IKHLAS ohhhhhhhh 

TERIMA KASIH zulkbo

salam
terima kasih buat zulkbo
kerana dah bagi award & tag aku


sila nyatakan 23 fakta rawak tentang diri anda:
1. MissXYZ nama maya aku
2. pernah tinggal kat perlis, selangor, johor, pahang
3. suka main game GTA sampai addicted suatu masa dulu
4. pernah join perhimpunan BERSIH
5. pernah jumpa A. SAMAD SAID
6. anak bapak? ohhh
7. anak emak jugak!!! pulak dah....
8. Mr. E nama aku suka selit-selit dalam blog
9. desktop aku penah tak off sampai 5 hari... hari ke 6 power supply meletop
10. sekarang guna laptop.... desktop aku tetap sayang...
11. hilang cincin bukan hilang jari!!! (sekarang dah okay)
12. kawan-kawan selalu cakap aku suka berebut
13. ade member gelar aku ABAIKAN (aku suke abaikan dia orang kot)
14. housemate aku kat perlis suka gelar aku PROF. SERBA TAHU (aku pon x tau nape)
15. Mr. E selalu cakap aku perasan macam puteri hahaha (memang pon perasan)
16. suka FAIZAL HUSSEIN (hahaha pelik jugak aku)
17. suka menyanyi (masuk pertandingan mase kecik je dulu... da besar tau suara tu aurat ngeee)
18. Papa Wi selalu pujuk kalau aku merajuk
19. Mr. E dulu rajin pujuk... lame-lame dia bior je... (kan perasan puteri cehhhh)
20. Mama Yah buat don't know je...
21. mase kat hostel selalu masak roti bakar atas iron
22. penah gak masak tom yam dalam WATER HEATER 
23. sekarang aku penat menaip. so aku berenti lu okay!!!

p/s: aku ni banyak hutang lagi... daripada nick irfan, aisya, nash, nabilah, melatidaisy nanti aku buat ekkkk =)

AWARD DARIPADA BeMie

salam
hari ni aku nekad nak terima semua award
hihi... pemalas betol
aku jumpa ni kat kat shoutMix aku


terima kasih sangat buat BiMie
korang semua dijemput meronggeng kat blog beliau


ape pun terima kasih =)

01 June 2010

PASANGAN IDEAL


salam
mengupas isu pasangan ideal...
bukan setakat jalan pegang-pegang tangan...
bukan setakat percaya mempercayai...
bukan setakat hormat-menghormati....
mudahan cara ini lebih diberkati & dirahmati...

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 


"Allah merahmati seseorang lelaki yang bangun di waktu malam dan membangunkan isterinya, lalu apabila isterinya enggan, lelakinya itu memercik-mercikkan air di mukanya. Allah juga merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam, lalu bersolat dan membangunkan suaminya dan apabila suaminya itu enggan, lalu memercik-mercikkan air di mukanya." 


Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih. 

KEUTAMAAN GARAM DALAM ISLAM

ohhh sila abaikan gudang garam okay!!!

salam
semoga sihat semua....
huhuhu...

jangan takut untuk mengambil sejumlah kecil garam dalam makanan korang... dari sudut sains garam mineral akan membantu mengelakan kekejangan otot...  atau nama saintifiknya adalah natrium klorida.... simbol kimianya adalah NaCl... senang cakap garam masakan la.........

Ibnu Majah meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
keutamaan daripada segala lauk pauk kamu adalah garam

maksud keutamaan ni adalah dengan garam ni akan memberi rasa kepada setiap masakan kita... lauk-pauk kita.... dan makanan kita akan jadi lazat dengan mencampurkan sedikit garam... tak caye? cubalah.... penambahan garam pada masakan bukan bererti memasinkan makanan... cukup sekadar menjadi penghulu masakan je....

wat lah kuih ke... letak sikit je garam... mesti akan tambah sedap... kalau wat kuih bahulu pun letak je sikit garam... mesti bahulu tu lagi sedap dari bahulu yang tak letak garam... buat donat ke... buat apa pun... huhu... cubalah...

selain tu garam ni sangat sesuai untuk tubuh manusia dan merupakan makanan. boleh digunakan untuk apa saja.... hinggakan untuk emas dan perak pun berguna... haaaaa kan aku dah kate... garam mempunyai unsur yang dapat menambahkan kuning emas dan putihnya perak... garam dapat menguatkan tubuh & mencegah kelumpuhan, mengubat luka agar tidak bertambah melebar, membersihkan gigi, menguatkan gusi & banyak lagi manfaatnya yang lain...

so jangan la takut sangat nak makan garam... tapi berhati-hati sikit kalau ade darah tinggi.... masalah buah pinggang... ermmmmmmmmm....

p/s: sekarang aku tak berapa kuat masin.... huhu.. =)

PAPA WI & MR.E [ SESI BERPAYUNG KE KERETA 6:30PM 29 MEI 2010]

bukan filem hisdustan
bukan kisah amir khan

tentulah bukan shah rukh khan

papa wi & mr.e
beriringan berpayung menuju WTQ 7206
kemudian salam [papa wi kata]

honey dew bila beli [papa wi tanya]
mr.e bawak [mama yah jawab]
aku diam...

mr.e jaga tutur kata
aku mulut pot pet pot pet je...
hah padan muka...
tunduk tengok diri...
ape aku dah kata?


p/s: tak sempat capture gambar special mereka berdua hahaha =)
p/s/s: jangan lebih-lebih bace entri ni 

ELAK ANAK MENGHISAP PUTING TIRUAN


salam
penggunaan puting tiruan kini agak berleluasa...
atas alasan tak mau bagi anak-anak menangis lagi & merengek...
ohhhhhhh

kadang-kadang banyak keburukan daripada kebaikan...
ape pun renung-renungkan lah ye...

Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

sumber - KOSMO

p/s: sebenarnya budak-budak yang agak bijak akan menolak jika diberikan puting tiruan (puting kosong)

KELEBIHAN AZAN


salam

kali ini aku mahu sentuh mengenai azan... azan menurut syarak bererti zikir yang ditentukan untuk pemberitahuan sembahyang fardu 5 waktu... azan mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah di Madinah. semua ni ade diceritakan dalam sebauh hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari  daripada Abdullah bin Umar katanya yang bermaksud:

"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu. Berkata sebahagian mereka : Ambillah 'nakus' (loceng) seperti nakus orang-orang Nasrani (Kristian). Berkata sebahagian yang lain pula : Ambillah 'buuq' (terompet) seperti terompet orang-orang Yahudi. Lalu berkata Umar : Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang? Bersabda Rasulullah s.a.w: Wahai bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang".

maka dengan pertama kalinya azan dilaungkan... dengan kalimah-kalimah suci bagi membuktikan simbol syiar Islam... tanpa ditiru daripada mana-mana adat atau budaya asing....

azan juga mempunyai banyak kelebihan & hikmahnya....

pertama
untuk menzahirkan tanda Islam & kalimah tauhid

kedua
untuk memberitahu tanda masuk waktu sembahyang

ketiga
untuk memberitahu tempat sembahyang

keempat
untuk memanggil berjemaah

selain daripada itu, laungan azan mempunyai banyak kelebihan-kelebihan antaranya ialah laungan azan itu dapat mengusir syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis maksudnya :
"Dari Abi Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mewas-waskan). Dia akan berkata : Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang".

[Riwayat Al-Imam Al-Bukhari]

mintalah di antara azan & iqamah:
Daripada Abdullah ibnu Umar r.a., bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah, "Sesunguhnya seorang muazzin (tukang azan) memdapat fadhilat lebih daripada kami." Rasulullah bersabda, "Sebutlah seperti yang disebutkan oleh tukang azan. Setelah selesai, mintalah daripada Allah, pasti kamu akan diberi."

[Riwayat Abu Daud, sahih]


selain tu gak azan mampu menenangkan mereka yang kerasukan... selain tu sunat untuk melaungkan azan ketika menghadapi kebakaran dan saat seseorang hendak bermusafir.... juga untuk anak yang baru lahir supaya tidak diganggu oleh Ummu Syibbyan iaitu daripada kalangan jin...

wallahualam...

ISTIGHFAR

salam

dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
barang siapa membiasakan membaca Istighfar, Allah pasti akan memberikan kelepasan terhadap setiap kesusahannya dan memberikan jalan keluar terhadap setiap kesempitannya serta memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.

[ Riwayat Abu Dawud ]

sesuatu yang mudah tetapi kita sering abaikan.... dan hanya ingat saat ditimpa kesusahan...

31 May 2010

CANTIK!!!



orang di utara bilang
bintang itu cantik

aku diam...

orang di selatan bilang
gunung itu cantik

aku diam...

orang di timur bilang
mentari itu cantik

aku diam...

orang di barat bilang
laut itu cantik

aku diam...

orang di utara, selatan, timur dan barat
mereka semuanya terdiam

tatkala aku bilang

hanya Engkau yang cantik...


p/s: rasa macam tak leh nak berseni... kekok huuuuuuu

KALAU EZAM DUDUK DALAM MIC...

salam
agak-agaknya...
kalau si ezam md. noor tu dok dalam MIC...
lame dah dia kena pecat dengan SAMY VELLU...
ohhhhhhhhhh

ezam & samy
samy & ezam



nasib la dia bukan serupa samy...
punya kaler
punya agama



edited SAMY SUPER TOL!!!

PENEMUAN TERKINI ANGKASAWAN!!! [ MAKLUMAT PENTING ]

salam
ini kajian terkini
hahahaha
sampai bila pun tak kan jumpa dacing atau keris
macaaaaaaaaaa

LAGENDA WRESTLER

salam
jom nak tengok gambar lagenda wrestler?
kenal tak?
tau tak?

HULK HOGAN

lahir pada 11 ogos 1953
nama asalnya adalah Terry Gene Bollea
merupakan ahli gusti profesional (gila skema ayat)
popular di sekitar tahun 1980an hingga 1990an
banyak perlawanan yang dia dah menang okay...
antaranya adalah Royal Rumble pada tahun 1990 & 1991
merupakan orang pertama 
yang memenangi Royal Rumble dua kali berturut-turut


kredit to mr.eman
kalau tak aku memang tak alert ngan mende alah ni...
base lah sembang-sembang kat kedai kopi
tu yang aku google pasal HULK HOGAN

ni Bruno Sammartino

p/s: Bruno Sammartino pun popular gak ~

HUKUM HUTANG DAN RIBA'


salam
semoga semua sihat & diberkati selalu
ohhhhhhhh
cerita tentang perisian sudah...
cerita tentang ekonomi sudah...
nak cerita tentang hukum pulak boleh?

aku nak kongsi hukum tentang hutang & riba'

hukum asal berhutang itu adalah harus
bertukar wajib sekiranya bertujuan untuk memenuhi tuntutan asas
menjadi haram sekiranya berhutang untuk membeli sesuatu yang haram

aku harap ayat aku kat atas tu mudah difahami okay... =) hutang ni ade kena mengena dengan keperibadian seorang muslimin @ muslimah... Allah SWT mengingatkan sesiapa yang berhutang & berniat untuk membayarnya... maka Allah akan memudahkan urusannya itu =) begitu juga sekiranya seseorang itu berhutang tetapi tidak berniat untuk membayarnya... maka Allah SWT akan menyulitkan lagi keadaannya...

membayar hutang amat dititik beratkan dalam Islam... hinggakan tidak akan masuk SYURGA biarpun seorang yang mati SYAHID selagi tidak melangsaikan semua hutangnya... nikan pulak kita yang mati eksiden @ sakit jantung... huhuhu...

oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga sesiapa yang berhutang perlulah memberitahu waris... supaya sekiranya korang mati... leh la waris tolong bayarkan hutang tu... 

pengamalan hutang yang melibatkan riba' juga adalah menyempitkan rezeki... so... pastikan korang gunakan sistem perbankan islam okay.... bila nak wat hutang... =)

ni doa yang diamalkan oleh Saiyidina Ali R.A... walaupun hutang korang sebesar gunung Insyallah boleh dilangsaikan...

doa yang dimaksudkan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal sehingga aku terhindar daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerahMu sehingga aku tidak minta kepada selain Engkau."

[Riwayat Tarmizi]

KEBAIKAN PELABURAN EMAS... PAK CIK KAYO!!!

salam
mengupas isu pelaburan emas
ada banyak kebaikannya...
berbanding keburukan...

kini korang leh sertai pelaburan emas dengan mudah:
1. beberapa ketul emas jongkong (Bullion) PAMP Suisse 100 gram yang dibeli melalui Etika Emas Estet Sdn Bhd.




2. emas jongkong (bullion) PAMP Suisse 50 gram dan 31.10 gram (beli kat kedai emas Poh Win)



3. Seekor Kijang Emas 1 Oz (31.10 gram) (beli kat Maybank)



selain tu dinar emas kelantan pun ade... leh je beli dan simpan untuk masa akan datang... kerana harga emas tidak mudah susut... dan kebiasaannya tak susut... hahaha... kayo yop...


dari segi persediaan seandainya berlaku sebarang peperangan... sekiranya memiliki emas... itu adalah satu kebaikan... di buatnya kena lari gi negara lain... korang bawak je emas tu.... gerenti laku... kat pasaran dunia... kalau bawa duit Malaysia... kemungkinan nilai mata wang akan semakin susut... haaaaaaaa tu lah kebaikannya...


tapi hati-hati ye... kalau banyak emas tu jangan lupa keluarkan zakat plak... bila dah cukup tempoh... hati-hati juga jika berlaku kecurian... ngeeeeeeee =)


p/s: ni yang nak mintak sugar daddy a.k.a papa wi emas banyak-banyak... hahaha

TUTORIAL ASAS ANIMASI PHOTOSHOP 1#

salam
buat semua pembaca
semoga sihat hendaknya...
senyum sentiasa =)
hari ni aku nak tunjukan cam ne nak wat animasi menggunakan perisian adobe photoshop... ini merupakan perkara asas... selebihnya korang leh lakukan dengan kaedah cuba jaya... yeyeh... =)

klik gambar

aku telah labelkan mengikut nombor...
1. klik pada tool Window kemudian beri tanda pada label Animation
2. korang akan dapat lihat Animation (Frames) muncul di bahagian bawah
3. klik pada File dan pilih Open. buka fail gambar yang korang nak
4. gambar tu akan jadi Background (ada gambar mangga) right klik dan Duplicate Layer. akan muncul pula Background Copy
5. klik pada tool yang berlabel nombor 6 seperti dalam rajah. kemudian korang tengok label nombor 5... tu adalah ruangan untuk korang tukarkan warna pada tulisan... tukarlah ikot suke... =)
6. klik pada label nombor 6... kemudian klik pada gambar dan bolehlah mula menaip apa-apa tulisan yang korang nak. (pastikan layer tu aktif - kaler biru seperti dalam gambar)
7. korang leh tengok pada label nombor 7... jenis tulisan, saiz tulisan boleh diubah di situ... (hanya highlight tulisan yang dikehendaki)
8. okay tulisan dah ade... lihat label nombor 8 klik pada tool tersebut untuk Duplicate Frame... so akan kuar la frame banyak-banyak cam kat bawah tu.... ikut la bape banyak yang korang nak... 
9. klik pada tool label nombor 9... dan pilah sela masa yang korang nak... lakukan cara yang sama pada setiap frame...
10. lihat label nombor 10 gambar mate kan? korang leh letak mate tu atau hilangkan dengan klik pada petak yang ade tu.... bila mate tak de layer tersebut tidak lagi kelihatan. begitulah sebaliknya...
11. label nombor 11 adalah label layer... 
12. leh klik pada tool yang berlabel 12 'Filter' untuk lakukan apa-apa penambahan seperti cahaya pada imej, warna atau apa je yang korang suka....

untuk mencantikan tulisan korang leh klik pada layer tulisan dan kemudian right klik... pilih Blending Option... korang leh lakukan kaedah cuba jaya... dan lihat perubahan pada tulisan...

dah setel tu semua klik pada butang Play... lihat animasi korang dah jadi.... kalau rasa tak berapa nak cantik sila adjust pape yang patut okay.... godek-godek la... nanti leh la pandai... huhuhu. ini adalah perkara asas... untuk membuat animasi menggunakan perisian adobe photoshop... ngeeeeeee

kalau nak detail boleh email norfadhillah1810@gmail.com untuk dapatkan apa-apa kaedah aplikasi photoshop dalam bentuk power point... kalau masih tak berjaya wat la.... tapi kena tunggu beberapa waktu tok aku siapkan heheh power point tu... =)

p/s: malas betol aku menaip =)

30 May 2010

BULAN REJAB SIRI 1#

salam
okay sekarang kita semua da berada di dalam bulan jamadil akhir
tak lame lagi bulan rejab pun sampai kan?

aku nak kongsikan perihal bulan rejab...
macam yang kita semua maklum bulan rejab ni banyak kelebihannya
terutamanya bagi mereka yang rajin mengerjakan ibadah sunat...

amal ibadat yang paling utama & amat besar ganjaran pahalanya ialah berpuasa sunat... adalah lebih baik jika dapat dilaksanakan 30hari iaitu sepanjang bulan rejab... sebagaimana yang diamalkan Rasulullah s.a.w...

antara hadis Rasulullah yang bermaksud...
Allah SWT telah menyeru kepadanya... "telah wajib ke atasKu mintalah olehmu kepadaKu. demi ketinggian & kebesaranKu... tidak akan Aku tolak hajatmu. engkau adalah jiran-jiranK di bawah ArasyKu. engkau kekasihKu daripada semua makhlukKu.... engkau mulia disisiKu... berbahagialah kamu... tiada hijab antara Aku & engkau..."

nanti akan bersambung lagi kelebihan berpuasa di bulan REJAB...
wallahuallam =)

LOOK OUT POINT WE WERE HERE


nice view after sunset
juz a simple thing to share

p/s: rugi sape tak  ikut =)

PERTAMA KALI JUMPA LEMBU MENGAJI


salam...
ohhhhhhhhhhhhhhh

mesti pelik kan?
aneh....
dirasuk setan ape?
ohhh
aku ok je....


aku cuma nak cakap....

PERTAMA KALI JUMPA LEMBU MENGAJI







ITU PUN MASE DALAM MIMPI WOHAAAAAAAAAAA =)

SELAMAT MENGAJI...
TAK SEMPAT MENGAJI... DAPAT RENUNG AL-QURAN PUN OK =)
MUDAHAN DIBERIKAN KESEMPATAN & KELAPANGAN

29 May 2010

BEBERAPA TIPS HADIRI TEMUDUGA


salam...
ini hanya diantara tips untuk menghadiri temuduga...
bukan aku katakan 7 tips untuk jadi bahagia atau ape segala...
di sini aku tak state langsung ade berapa tips untuk temuduga...
so aku letak tajuk beberapa tips.... mungkin ada yang mahu menambah?
silakan... =)

ini aku perolehi daripada bahagian pengambilan temuduga Suruhanjaya Perkhidamatan Awam suatu masa dahulu... 

mula-mula...
pastikan anda memakai pakaian yang sopan... bagi lelaki lengkap bertali leher... lelaki standard la pakaianya kan... bagi wanita... memakai kasut bertutup, jika berbaju kurung pastikan jangan gunakan kain yang bertanah gelap.... gunakan kain yang bertanah warna lembut... ikatan tudung yang kemas.... ringkas dan menarik... jangan pakai barangan kemas

kemudian....
datang awal temuduga.. menepati masa... sebelum masuk ke bilik temuduga... pastikan anda mengetuk pintu dengar kadar sederhana sebanyak dua kali... kemudian buka pintu... dan masuk... ucapkan salam @ selamat sejahtera kepada penemuduga... 

akhir sekali...
duduk dengan sopan... jangan terkangkang... jangan kaki bergoyang-goyang @ tergedik-gedik kaki tu... tangan letak di peha pada posisi yang anda selesa... jangan plak macam nak bergambar okay... senyum itu mesti.... menjawab soalan dengan suara yang yakin tanpa rasa takut... jika rasa-rasa tak berapa tau jawapan untuk sesetengah soalan tu... sila jangan jawab ntah la... atau tak tau... atau yang sewaktu dengannya... sila jawab dengan sopan... seperti... maaf encik/puan/cik... saya kurang pasti... @ ada jawapan yang lebih baik? silakan... =)

sila ambil tau tangga gaji untuk jawatan yang dipohon... elaun-elaun yang ada... atau apa saja yang ada kaitan dengan jawatan yang dipohon.... sekiranya untuk kursus separa perubatan... pastikan anda belum berrkahwin... tarik nafas dalam-dalam dan hembus jangan lupa senyum sokmo!!!

rasanya itu saja... jika ada penambahan leh la bagitau.... huhuhu...

SHARING NOT KILLING BEBEH...

JANGAN JADI MAKHLUK 'BONGOK'


salam
ini entri umum buat pembaca
supaya boleh buka mata...

kita semua makhluk istimewa...
sebaik-baik kejadian adalah manusia...
ada akal
ada otak
kalau akal letak kat lutut okay lagi...
masih leh berfikir...
tapi kalau akal dah letak kat HUJUNG IBU JARI KAKI...
susah jugak... erm....
lama juga aku berfikir untuk letak istilah pe bagi makhluk cam ni....
maaf aku rasa perkataan BONGOK adalah yang terbaik
biarpun agak kasar....

petikan ayat-ayat daripada seorang pembaca blog aku:

dulu ko ni skolah pondok kat kelantan ye?
bukan main sokong lagi PAS ni,kalau tak silap aku.ko sekolah kerajaan.bapak ko pon mengajar kat sekolah kerajaan,kerja dengan kerajaan,uitm pon kerajaan,lau kerajaan maknanya UMNO, banyak dah UMNO bagi sumbangan kat semua rakyat termasuk ko,tapi ko p sokong n bangga sangat dengan PAS ni,knapa? sebab PAS ni memperjuangkan islam? kalau dulu aku percaya ar PAS memang betol2 perjuangkan islam.tapi sekarang ni, politik je lebih,politik duit je, politik kat malaysia ni aku tengok memang politik kotor.tak kira ar PAS ke,PRK ke UMNO ke,BEBAS ke,semuenye kotor.
mahu lihat penuh klik SINI

aku yang manusia biasa ni... 
nak highlight sikit ayat kat atas yang kaler merah tu....
inilah TEORI & OTAK yang letak di HUJUNG IBU JARI KAKI

kakitangan KERAJAAN itu berkhidmat untuk rakyat BUKAN berkhidmat untuk UMNO... universiti awam itu juga untuk rakyat BUKAN hanya untuk AHLI UMNO... 

kerana tu SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN tak leh sombong.... mereka berkhidmat untuk rakyat.... kerana itu juga kakitangan kerajaan tak leh kerek... gaji mereka rakyat yang bayar... perlu ingat ape yang diagih-agihkan oleh UMNO atau BN tu adalah hak rakyat.... BN hanya diberi MANDAT untuk MENTADBIR negara... sumber KEWANGAN & APA SEGALA BUKAN MILIK MUTLAK MEREKA....

semua hasil mentah daripada BUMI MALAYSIA.... semua hasil daripada KUTIPAN CUKAI... maka DUIT-DUIT itu jadi AMANAH.... akan jadi milik bersama... perlu DIKONGSIKAN DENGAN RAKYAT tetapi akibat HILANG PERTIMBANGAN... maka datanglah sikap PENYALAHGUNAAN KUASA.... BN @ UMNO... dengan suka hati jadikan harta RAKYAT buat belanja... nak cuti-cuti dengan keluarga... dan macam-macam lagi perkara... habis semua JABATAN dibuat MACAM MEREKA YANG PUNYA...

aku berikan contoh mudah....
hari ini BN memerintah & pegang kerajaan pusat... andai tahun depan... PAKATAN RAKYAT ambil alih kerajaan pusat... PERLU KE SEMUA PENJAWAT AWAM @ KAKITANGAN KERAJAAN LETAK JAWATAN? kan ko cakap UMNO = KERAJAAN.... jadi UMNO dah tak memerintah SEMUA kena letak jawatan? tak mungkin terjadi... =)

itu jawapan bagi makhluk yang letak OTAK KAT HUJUNG IBU JARI KAKI...untuk menyokong mana-mana PARTI itu adalah hak masing-masing... kita di negara DEMOKRASI... tetapi jangan jadi makhluk BONGOK... yang letak OTAK DI HUJUNG IBU JARI KAKI...

28 May 2010

TARIK BALIK SUBSIDI CUMA TOPENG?


salam
kepada semua...

isu panas... kerajaan memerintah Malaysia a.k.a BN akan menarik balik subsidi.... lembut je bunyinya.... ape jadi bila subsidi ditarik balik? semestinya harga barangan akan naik bukan? harga petrol akan naik bukan? tak sama ke kalau letak tajuk HARGA BARANG AKAN NAIK? HARGA PETROL AKAN NAIK?

dengan menggunakan PATAH PERKATAAN yang berbeza... kerajaan BN mengharapkan rakyat tidak berpiket, tidak membantah, tidak berdemonstrasi.... kerana telah dimomokan kepada umum... KERAJAAN MAHU TARIK BALIK SUBSIDI... ohhhhhhhhhh bukan mahu MENAIKAN HARGA BARANG... BUKAN MAHU NAIKAN HARGA PETROL....

natijah daripada kenaikan harga barang ini... kos sara hidup semakin tinggi dari hari ke hari... jika benar subsidi ini ditarik balik, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang... oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat....

sedangkan... dalam masa yang sama pihak kerajaan tidak ada langsung langkah untuk berjimat cermat... malah terlalu banyak pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan.... aku adalah antara rakyat yang tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu.... hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi semakin sakit.... bajet yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK....

sebagai PARTI yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara... juga sebagai perdana menteri.... Najib perlu ingat bahawa judi itu haram.... menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan..., perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.... kamu BN diberikan mandat untuk MENGURUSKAN & MENTADBIR hasil negara sebaik mungkin... tetapi begini pula jadinya.... hasil negara digunakan untuk kepentingan peribadi je... pemberian kepada rakyat hanya untuk mengaburi mata-mata yang ada...

bagaimana kehidupan rakyat MARHAEN?
bagaimana kehidupan akan datang?
berapa ramai lagi rakyat malaysia yang hidup di bawah garis kemiskinan?

p/s: tak semua rakyat malaysia ni LETAK OTAK DI HUJUNG IBU JARI KAKI... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...