GENG LENSA HIDUP

23 September 2014

CARA MUDAH PIKAT HATI SUAMI


DIY hiasan kepala untuk pikat hati suami...

haha

yang penting jangan ambik seluar dalam beliau naaa!!!

just or fun =)

JASA TERAKHIR MB KHALID


last kerja khalid ibrahim
baik untuk rakyat
tak baik untuk pemaju

apa pun semoga TSKI bahagia selalu
JASAMU DIKENANG =)

22 September 2014

GAMBAR : RAPTAI ANGKAT SUMPAH BAKAL MB SELANGOR





LANGSUNG DARI ISTANA ALAM SHAH KLANG, SELANGOR

AZMIN OK...
BUKAN AZWAN =)

ULAR DAN AMARAH

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... dan kisah ini akan menjadi ikhtibar buat kita semua... =)

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." 
(HR Bukhari & Muslim)


18 September 2014

UPSR BOCOR: SEORANG GURU DITAHAN DI LABIS

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi individu malam ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, menjadikan jumlah tangkapan 12 orang setakat ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata dua individu terbabit merupakan seorang guru wanita berusia 26 tahun dan seorang guru lelaki berusia 31 tahun.



"Guru wanita itu ditahan pada 7 malam di Labis, Johor manakala guru lelaki itu ditahan pada 7.30 malam di Nilai, Negeri Sembilan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.



Turut dirampas daripada mereka ialah gajet komunikasi milik kedua-dua guru itu.



Gan berkata mereka akan dibawa ke mahkamah Putrajaya pagi esok untuk direman.



Sehingga kini, seramai 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), sembilan guru, dan masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera.



Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.



Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.




SIAPA PEMBUNUHNYA?

Seremban
Seorg lelaki dijumpai dibunuh pada 20/7/2014 pada jam 2 petang.. Isteri beliau menelefon polis pada jam 3.15pm
Polis tiba pada jam 4pm dan menyoal siasat kesemua ahli keluarga pada jam 6pm

Kenyataan saksi:
Isteri (Melur): Saya sedang tidur
Anak (kamal) : saya menonton wayang bersama teman wanita
Jiran (Siva) : Kami ke kenduri kahwin
Pemandu (samad) : Saya ke bank keluarkan duit
Tukang masak (lina) : Saya sedang Solat Zuhur
Tukang kebun ( Pak Din) : Saya di kedai mamak sedang menjamu selera
Jiran 2 (Sarah) : Saya pergi shopping di Mid Valley

Polis serta merta menangkap pembunuh.. salah seorg telah menipu.. Siapa pembunuhnya?


SIAPA AGAK-AGAKNYA?

NANTI PETANG  AKU BAGI JAWAPANNYA =)



jawapannya adalah:
Pak Din sebab pada tarikh tu adalah bulan Ramadhan

16 September 2014

BILA PERLU BELAJAR MEMASAK?

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu.... di samping keluarga tersayang....

bila agaknya setiap orang perlu belajar memasak? masa umur 10 tahun? 15 tahun? lepas kawin?

pada aku terpulang la pada seseorang tu.... apa yang penting sangat perlu belajar memasak.... tak sedap sangat pun tak pe for beginner...

aku belajar masak start tingkatan 1... tu pun masak yang mudah-mudah je... macam goreng telur... dan belajar buat sambal...

hahaha pengalaman memasak aku yang tak boleh lupa... aku tak ingat tingkatan 1 atau 2 masa tu... aku buat sambal... terlupa letak garam hahaha OMG... kelakar kot... bila sambal dah siap aku test rasa... awat tawaq habiaq... haha baru ingat aku tak letak garam... 

then, ade sekali aku masak sambal terlebih gula... habis melekat kat kuali bhahaha... kena marah la ngan mak aku... tapi... masa tingkatan 3... aku dah boleh wakil sekolah masuk pertandingan memasak... anjuran Maggi dan Nestle... dapat nombor 2 tau.... dengan tema masakan Hari Raya... nasi, protein, sayur dan pencuci mulut... dalam masa dua jam... bersama 2 orang lagi kawan ain dan nury...

dan....

bila dah kawin ni aku bertambah-tambah rajin nak try resepi baru... hahaha pagi tadi aku dah try wat Apam Balik... cun... hasil menggoogle... nanti aku share kat entri lain...

tapi bila dah kawin ni aku lebih banyak cuba resepi baru... saje je sebab nak kan kepelbagaian... dan... ternyata memasak tu seronok... nak nak bla masakan kita dihabiskan oleh husband sampai licin... anak-anak pun suka... kan berbaloi-baloi...

pada aku memasak bukan sekadar isu untuk save budget... tapi lebih kepada isu air tangan isteri atau ibu... dan aku pun seronok sebab my hubby pun pandai masak.... so... bila aku teringin makan hasil air tangan dia... tak jadi masalah...

i luv my hubby nye mi bandung... ohsem!!!
dan resepi ayam panggang special...
dan nasi goreng simple tapi sedap...

kadang-kadang tu malas nak masak hubby boleh masakkan... dan pada aku untuk isu pandai masak tu... elok lelaki dan perempuan kena belajar memasak... mana tau satu hari nanti nak kena jaga mak ayah dah tua... takkan lah ko nak suruh mak ayah korang jugak yang masak masa dah tua-tua... masa isteri bersalin ke... isteri pun sama... mana tau anak nak makan special daripada air tangan ibu... boleh la korang buat...

dan pada aku belum cuba belum tahu...

tak boleh la cakap... eh.. tak reti la masak spaggetti... eh tak reti la buat karipap... tak nak belajar memang lah tak reti... so belajar lah... pada yang tahu... dan bagusnya zaman sekarang... mereka yang dah tahu... banyak kongsi ilmu mereka dalam facebook, dan blog... so... sangat mudah... jika malu bertanya... pergilah menggoogle...

sama jugak jika malu bertanya gunakan lah GPS... =P

ketam berlada

tiramisu cake


brokoli ayam

sambal udang serai

ayam dengan sos oren

ni menu-menu maa tahun pertama aku kawin... sekarang aku dah belajar buat menu-menu lain dah... masa awal-awal kawin... menu aku lebih fokus pada lauk harian... now lebih kepada pencuci mulut... macam kek gula hangus, apam balik, apam eno, puding, dan lain-lain...

hahaha my big dream... nak wat cake with decoration... huhuhu... 

ni masak untuk open house raya tadi

ni sebelum jadi ayam masak merah

penggemar masakan mama

kek kurma

spaggetti

alish

aku agak kurang suka masak guna santan atau kelapa... sebab susah nak dapatkan kelapa parut... dan santan kelapa segar... sekali sekala tu ade la aku masak nasi lemak... masak lemak cili api... dan masak kari pun aku suka yang jenis tak de santan... mamak punya kari...

apapun selamat memasak!!!

SUPER DEAL!!! FURLA


FURLA CANDY DALMATION BLACK
RM140 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH SARAWAK TAMBAH RM5

LOOK LIKE ORIGINAL
GRED 1:1


WHATSAPP 0129552047

SUSUAI DIJADIKAN HADIAH BUAT ISTERI, IBU, KAWAN, JUGA CANTIK UNTUK DIBUAT HANTARAN

DIJAMIN PUAS HATI!!!

=)

DO VISIT US ON FACEBOOK



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...