GENG LENSA HIDUP

13 November 2014

KHASIAT 'RUMPUT' YANG ANDA TIDAK TAHU




FAKTA MENARIK: Tumbuhan ini sering dianggap sebagai rumpai yang menumpang di celah-celah tanaman anda, bukan? Mungkin sebab itu nama yang diberi ialah Ketumpangan Air. Juga dikenali sebagai Sirih Cina atau nama saintifiknya Peperomia Pellucida, bukan sebarang rumpai! 

Ia boleh dijadikan sayur, salad dan teh! Terdapat beberapa manfaat seperti meredakan batuk, merawat jangkitan pundi, gout, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

SUMBER: LAMAN IMPIANA

p/s: selalu je jumpa dulu-dulu kat halaman rumah... now dah tak de sebab rumah dah renovate sampai tak de tanah hehehe

TUN M: PEMIMPIN HARUS BERUNDUR JIKA TAK LAYAK



KUALA LUMPUR, (MLP) – Ketika berucap di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peluang harus diberi kepada orang lain jika pemimpin itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
"Saya percaya jika kita memegang satu jawatan itu untuk masa yang panjang tetapi kita tak berjaya, ianya harus diberi kepada orang lain. Saya sendiri pun berhenti kerana ingin memberi tempat saya kepada orang lain dan inilah satu tanda seorang pemimpin, tambah beliau.
Dr Mahathir memberi ulasan tentang kritikan beliau tentang isu kepimpinan Umno Selangor yang beliau rasa mereka perlu berundur jika tidak layak.

Kredit Foto: Says 

11 November 2014

SELFIE DARI DALAM KUBUR?




Seorang wanita di Romania percaya neneknya yang telah meninggal dunia menghubunginya dari alam kubur. Bukan setakat itu, wanita itu juga percaya telah menerima gambar selfie daripada mendiang neneknya itu.

Wanita berkenaan, Gina Mihai, 34, menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuannya.

Menurut Mihai, gambar tersebut memperlihatkan sesuatu yang seakan-akan seekor ular melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang.

Mihai kemudiannya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik yang memberitahu bahawa mendiang neneknya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa.

Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana dia tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu tradisi penghormatan yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania.

Tak pula disebut dari mana mendiang neneknya memperolehi telefon untuk selfie.

Begitulah penangan selfie. Sampai orang yang meninggal pun 'dituduh' ambil gambar selfie. Mungkin wanita ini perlu disedarkan tentang kewujudan satu garisan pemisah antara hidup dan mati.

1 DARIPADA 100 RAKYAT MALAYSIA HIDAP SKIZOFRENIA




SEBERANG PERAI, (MLP) – Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pendedahkan bahawa seorang daripada 100 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia.

Skizofrenia merupakan sejenis penyakit mental teruk yang boleh membahayakan nyawa pesakit dan orang sekeliling jika tidak dirawat.

Pesakit skizofrenia mengalami masalah menafsir gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.

“Stigma masyarakat yang menjauhkan diri daripada pesakit skizofrenia masih menebal di negara ini. Ia tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit memerlukan sokongan dari pelbagai pihak,” ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau menegaskan bahawa situasi tersebut amat membimbangkan memandangkan ramai pesakit dan masyarakat sekeliling tidak memandang serius masalah berkenaan.

“Hal itu menjadi punca mengapa pesakit tidak mendapatkan rawatan atau tidak mengambil ubat yang diberikan yang akhirnya menyebabkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk,” tambahnya lagi.

Kredit gambar: becuo

10 November 2014

TIPU SIKIT BILA BERDIET ATKINS

Atkins Diet - High Protein & Low Carbs Diet
1. Sila kenal jenis darah anda! - Diet Atkins paling sesuai dengan orang yang berdarah 'O'. Yang berdarah lain, dinasihatkan minta nasihat doktor dulu.

2. Jangan nak mengada-ngada terlalu hadkan jumlah carbs anda - ambil juga carbs, tapi jangan lebih-lebih. Maksud lebih-lebih tu macam ni; lepas makan roti sapu planta, lepas tu makan spageti lepas tu minum Milo yang manis siap dengan jajan-jajan. Itu lebih-lebih! Yang OK, pagi-pagi ambil oat atau cereal dengan low fat milk. lagi bagus susu kambing. Pagi-pagi boleh lebih sikit ambil carbs sebab metabolisme tengah sedap!

3. Air sebagai peneman setia - minum air kosong dengan banyak. Asal dahaga sikiiiit je minum, minum dan minum. Paling penting selepas bangun tidur dan sebelum bangun tidur.

4. Sape kata jangan ambil buah? - Gila kalau tak ambil buah. Ambil buah dan sayur-sayuran dulu sebelum jamah protein. Ambil buah tinggi serat macam oren dan epal elakkan buah tinggi carbs macam pisang dan durian. Ikut sunnah, ambil buah-buahan dulu sebelum makan. INGAT!

5. Sayuran hijau itu bagus - ambil sikit buah + SAYUR HIJAU YANG BANYAAAKKK + main course yang high protein. Sayur hijau bagus untuk pencernaan.

6. Tekanan ketika induksi? - abaikan tekanan ketika tempoh induksi, sampai semua carbs tak boleh. Rileks-rileks jer...

7. Jangan skip meal - ini bahaya. Makan ikut time yang betul walaupun dalam porsi yang sedikit. Skip makan nahas menanti, Hehe

8. Senaman & bersukan - Tak mampu pergi gyms? Itu bukan alasan, ada gym yang bayar MYR4 je untuk sekali main - contoh gym under MSN & Rakan Muda. Tak mampu jugak? Jogging. Untuk weighting? Rajin-rajin susun perabot dalam rumah. Bersukan lagi senang...

kalau rupa macam ni wajib diet lah!!!

10 VIRUS TERKEJAM DI DUNIA



Pembinasa! Bukanlah secara luaran namun ia merosakkan dalaman. Begitulah perihal virus dan kesan yang dibawakannya.

Cukup popular sebagai ancaman digital di seluruh dunia, ayuh kita imbas 10 serangan siber yang pernah direkodkan.

Morris



Seorang mahasiswa dari Cornell University bernama Robert T. Morris telah mencipta worm yang dipanggil Morris pada tahun 1988. Pada asalnya ia dicipta bagi tujuan mengukur saiz sebenar internet. Worm ini telah melumpuhkan 1/10 pengguna Internet walaupun pada ketika itu pengguna adalah seramai 60,000.

Nimda



Merupakan perkataan admin yang terbalik. Nimda memerlukan 22 minit untuk tersebar dengan menggunakan beberapa medium unik seperti mencipta e-mel sendiri, menarik pengguna atau memanfaatkan virus yang tersedia ada. Ia menyebabkan kerugian sebanyak U$635 juta pada tahun 2001.

Melissa



Mampu memaksa Microsoft, Intel Corp dan Alcatel Lucent untuk menutup gateway e-mel ekoran lalu lintas besar yang disebabkan pada tahun 1999. Melissa dicipta oleh David L. Smith sempena nama seorang penari Florida yang disukainya.

Loveletter



Telah menyebabkan kerugian sebanyak U$5.5 juta kerana sistem e-mel pelbagai syarikat dan negara perlu dimatikan untuk menghilangkan worm ini. Worm Loveletter bermula pada 4 Mei 2000 di Filipina, namun tersebar ke seluruh dunia melalui e-mel hanya dalam sehari.

Code Red



Popular sekitar 2001, Code Red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web Server dengan mengeksploitasi buffer overflow. Meskipun hanya berleluasa selama sebulan tetapi worm Code Red telah menyebabkan kerugian sebanyak US2.6 juta dan gangguan menyeluruh kepada akses internet.

MS Blaster



Dikatakan berasal dari China, namun MS Blaster dicipta oleh Jeffrey Lee Parson yang berusia 18 tahun. Sekitar Ogos 2003, MS Blaster tersebar melalui Windows OS lalu memberi kesan kepada Federal Reserve Bank of Atlanta, BMW AG, balai kota Philadelphia dan ribuan syarikat.

Sasser



Pada 30 April 2004, Delta Air Lines Inc terpaksa membatalkan 40 penerbangan selain rangkaian kereta api di Australia tertunda akibat operator gagal berkomunikasi kesan daripada serangan Sasser. Hukuman 21 bulan telah dijatuhkan kepada penciptanya iaitu seorang remaja berbangsa Jerman yang bermasalah.

Witty



Worm spesifik pertama menyerang software network-protection. Selain itu, ia juga berupaya menyerang ribuan alamat IP serta menghapuskan sebahagian daripada cakera keras. Selepas tragedi 19 Mac 2004, pihak admin telah mengambil langkah untuk memperkuat pertahanan jaringan secara proaktif.

Storm Worm



Muncul sekitar tahun 2006, ancaman ini menyerang apabila pengguna membuka sebuah e-mel bertajuk ‘230 Dead As Storm Batters Europe’. Storm Worm sebenarnya ialah sebuah program Trojan Horse yang diguna oleh para penggodam untuk spam e-mel melalui Internet.

Leap-A / Oompa-A



Mac dengan sistem security through obscurity ternyata tidak terlepas daripada ancaman digital. Tahun 2006 dikejutkan dengan serangan Leap-A atau Oompa-A yang menjangkiti iChat lantas mengakibatkan ribuan fail rosak hasil penghantaran ke seluruh address book.

Kredit gambar: hswstatic, bordercomputers, trueit, mashable, windowsitpro, xinhuanet

TANDA BIRU PADA APLIKASI WHATSAPP

Jika anda biasa menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung pastinya anda perasan bahawa tanda semak yang berwarna kelabu mengalami perubahan warna.

Tanda semak yang digunapakai untuk memastikan mesej yang dihantar sudah diterima telah mengabdikan warna biru sementelah aplikasi tersebut dinaiktaraf baru-baru ini.

Lazimnya satu tanda semak menyatakan bahawa mesej telah dihantar. Dua tanda semak menunjukkan status pesanan tersebut yang diterima oleh peranti penerima.

Apakah yang dimaksudkan apabila tanda kelabu itu bertukar kepada warna biru? Warna baharu berkenaan melambangkan bahawa si penerima telah pun membaca mesej tersebut.


Sebenarnya, tanda semak berwarna biru itu bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah diterapkan dalam penghantaran nota suara sebelum ini.

Versi terbaru WhatsApp telah menggabungkan ciri ini untuk kedua-dua nota suara dan mesej, walaupun ia mungkin tidak berfungsi pada semua model telefon pintar. Sekiranya anda masih tidak melihat tanda semak biru, jangan bimbang kerana versi baharu peranti anda pasti akan sedia tidak lama lagi.

4 BERADIK DIBUANG IBU BAPA



SARAWAK, (MLP) - Empat beradik berusia antara 2 hingga 7 tahun ditemui merayau tanpa arah tujuan di Sibu Jaya semalam oleh pihak polis.

Kesemua mereka dijumpai bersama wang tunai RM70 dan payung. Laporan polis menyatakan kanak-kanak tersebut dipercayai berketurunan Iban.

Empat kanak-kanak ini dikenali dengan nama Menai (7 tahun), Iyen (7 tahun), Echa (4 tahun), dan Olivia (2 tahun).

Polis dikatakan sudah cuba mengesan lokasi ibu bapa mereka tetapi tidak berjaya dan telah menyerahkan kes tersebut kepada jabatan kebajikan untuk diselesaikan.

KESIAN ANAK-ANAK NI BAGAIMANA NASIB MEREKA NANTI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...