GENG LENSA HIDUP

19 September 2010

TUDUNG SARUNG PERSIS TUDUNG SISTER?

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

semoga diberikan keberkatan dan dirahmati sentiasa...

tudung sarung merupakan satu trend masa kini dan menjadi fenomena di kalangan muslimah di nusantara... terutamanya di malaysia dan indonesia... fenomena pemakaian tudung menjadi mudah dan disukai ramai...

adakah korang sedar?

sesekali jika tak kena caranya... tudung sarung yang dipakai oleh kebanyakan wanita malaysia... persis tudung sister... yang kebanyakan kita boleh jumpai mereka di gereja-gereja... adakah korang sedar?

jika tudung sarung yang dipakai di 'pin' kan di bahagian belakang... dan melekap pada leher... dan singkat hanya separas dada atau di atas dada... tudung yang anda pakai persis tudung sister.... ini jugak termasuk inner yang dipakai bersama tudung syria...

adekah trend tudung masa kini diinspirasikan daripada tudung sister?




selain tu jika korang perhatikan fesyen wanita muslim kini yang memakai tudung tetapi mendedahkan leher juga persis pakaian sister... anda boleh teliti gambar di bawah...




awasi setiap kali anda ingin berfesyen... 

aku pon baru je perasan sebenarnya pada pagi 1 syawal.... aku dok la pinjam tudung sarung adik aku... dok try... tengok-tengok kat cermin cam sister je dari tepi... aku pon lari-lari pegi cakap kat mama yah...

aku: ma tudung sarung ni ma perasan tak macam tudung sister kat gereja la...
mama yah: lame da ma perasan... sebab tu ma tak pakai kuar berjalan... setakat pakai nak gi sidai kain boleh la....
aku: la kenape tak kabo...
mama yah: ape pun dalam hati masing-masing... tapi ma tak sedap la nak pakai tudung sarung sebab tu ma tak beli sangat... ade dua helai je...
aku: nasib baru beli satu... (terus aku carik tudung lain)

waduh-waduh gimana sihhhh....

wohaaaaaaa ni la cara menutup aurat yang dituntut sebenarnya... bile la aku mampu jadi cam ni ohhh... jika sayangkan ayah atau suami anda sila berusaha untuk menutup dan menjaga aurat anda.... ingatan buat diri sendiri juga  =)

wallahualam....

18 September 2010

JALAN-JALAN MELAKA JUMPA SEORANG BLOGGER

assalammualaikum dan salam sejahtera semua

pada cuti hari malaysia yang jatuh pada 16 september... aku ngan adik-adik aku pegi merayap ke melaka... kitaorang gerak tengahari lebih kurang pukul 1:00 petang...

destinasi pertama kita orang semestinya ke Dataran Pahlawan... ye laaaa nak tengok wayang le katekan... 

dataran pahlawan


GSC Dataran Pahlawan


Mahkota Parade

lame gak pusing-pusing kat MP... ye la sekali lepas maghrib aku jumpa dengan seorang blogger plak... tadaaaaaaaaa tu dia yaty dari sayamuslimahbiasa.blogspot.my


area depan KFC tak silap huhu =)

lepas tu kita orang pegi makan then... singgah sat kat air molek... sampai umah pun da pukul 12:30 pagi. sangat menghargai pertemuan yang tercipta =)

ermmm bila la plak nak jumpe geng pengopi tegar ni? huhuhu 

15 September 2010

JUADAH EKSOTIK DI PAGI SYAWAL

assalammualaikum dan selamat sejahtera....

masih lagi dalam mode autopublish entri... kali ni aku nak memperkenalkan menu eksotik dipagi syawal... huhu...  nama juadah ni adalah PERIUK KERA....

sangat best sesape yang penah makan... di dalamnya terdapat pulut yang telah dikukus bersama santan... jom kita usyar gambarnya...


gambar kat atas ni merupakan periuk kera yang sudah di masak... kat sini aku sertakan cara untuk membuat periuk kera...

bahan-bahan:
periuk kera
pulut
santan
garam

cara membuatnya:
rendam pulut bersama santan yang telah dicampurkan garam secukup rasa... sekitar 30minit... kemudian bersihkan periuk kera.... dan kemudian... bolehlah masukan pulut yang telah direndam ke dalam periuk kera... 

anggaran pulut yang diisi... adalah 1/2 daripada saiz bekas... kemudian tambahkan santan hingga pulut agak tenggelam... supaya rasa periuk kera lebih lemak dan sodap...

sematkan dengan lidi kelapa supaya hasil setelah dimasak lebih kemas dan cantik... susun di dalam bekas pengukus dengan cermat supaya santan tidak tertumpah.... kalau tak semat pon boleh je jadi...

kemudian kukus lebih kurang 45minit hingga 1jam...

sangat sedap dimakan bersama rendang atau dimakan begitu saja... makanan ni merupakan makanan tradisi family aku sejak tahun  60an lagi... arwah atok aku memang suka wat benda alah ni...

tahun ni... periuk kera kita orang dapat daripada kawasan paya di sekitar muadzam pahang.... jauh derr periuk kera ni nak bawak dari muadzam ke johor huhu...




14 September 2010

JANGAN LULUS PELEPASAN NYAMUK GE KE LADANG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Ketua Pengarah Keselamatan Bio supaya menolak permohonan untuk melepaskan nyamuk aedes yang menjalani kejuruteraan genetik (GE) ke ladang tanaman dan semua ujikaji yang berkaitan dengannya. Ini kerana risiko terdedah kepada ujikaji yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan alam sekitar.
Lembaga Keselamatan Bio Kebangsaan pada masa ini sedang menimbang permohonan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Malaysia untuk melepaskan nyamuk transgenik untuk membendung penyakit denggi bawaan vektor. Ujikaji itu melibatkan pelepasan nyamuk jantan GE, Aedes aegypti (OX513A) yang membawa gen “pembunuh”, untuk mengawan dengan nyamuk betina liar, yang boleh menyebabkan kematian progeni (keturunan) kedua-duanya.
Jika permohonan itu diluluskan, kedua-dua nyamuk jenis GE dan Aedes jenis liar dijangka akan dilepaskan di kawasan yang tidak didiami dan dihuni di daerah Bentong, Pahang dan daerah Alor Gajah di Melaka.
Menurut perancangan yang ada, lebih kurang 2,000 – 3,000 nyamuk GE akan dilepaskan dalam sehari, selama dua hari berturut-turut. Satu lagi kaedah ialah dengan dilepaskan sekali, kira-kira 4,000 – 8,000 nyamuk GE, bersama-sama sejumlah nyamuk jenis liar, Aedes aegypti. Di dalam permohonan itu ada disebut bahawa ujikaji itu mungkin perlu dibuat berulangkali.
Ini bermakna sejumlah 24,000 – 36,000  Aedes aegypti GE selain nyamuk yang hidup meliar mungkin dilepaskan ke dalam alam sekitar. Jika ujikaji itu dilakukan berulangkali, ada kemungkinan jumlah kedua-dua jenis nyamuk tersebut akan bertambah banyak.
Kami berasa bimbang dengan ujikaji ladang secara terbuka ini kerana semua risiko yang berkaitan dengan teknik terbabit mungkin tidak diambil kira oleh pemohon kerana sebahagian daripada risikonya tidak ketara.
Di antara perkara yang membimbangkan kami ialah terdapat kemungkinan nyamuk betina memindahkan penyakit dibebaskan secara berterusan jika proses pemilihan jantina sebelum dilepaskan kurang tepat. Kita tidak mempunyai jaminan mengenai kebolehupayaan dan keberkesanan proses pemilihan jantina nyamuk.
Tambahan pula, larva nyamuk yang terhasil selepas nyamuk jantan GE mengawan dengan nyamuk betina liar hanya akan mati dengan kehadiran tetracycline dalam alam sekitar. Perkara ini penting kerana tetracycline merupakan antibiotik umum yang digunakan di ladang ternakan untuk tujuan perubatan dan veterinar. Dengan kehadiran tetracycline progeni mungkin hidup dan meningkatkan bilangan Aedes aegypti dalam persekitaran.
Satu lagi kebimbangan yang perlu disuarakan ialah serangga lain, yang sesetengahnya lebih berbahaya daripada  Aedes aegypti, mungkin akan menghuni di kawasan yang dikosongkan oleh nyamuk-nyamuk terbabit. Misalnya jika nyamuk Aedes aegypti berjaya mengatsi jumlah nyamuk liar, ia boleh menyebabkan pertambahan nyamuk Aedes albopictus, yang menyebarkan wabak chikugunya dan denggi.
Pemohon telah mencadangkan langkah-langkah kawalan yang antara lain memerangkap nyamuk GE dan mengasap kawasan terbabit. Namun ada kemungkinan sesetengah nyamuk terus berada dalam alam sekitar walaupun dibuat pemantauan dan kawalan terhadapnya.
Begitu juga tiada jaminan bahawa kesemua nyamuk dan larva yang dibebaskan berjaya dihapuskan. Beberapa kajian lain menunjukkan Aedes aegypti boleh kekal sebagai larva selama berbulan-bulan selagi suhunya sejuk dan bekalan airnya mencukupi.
Jika penggunaan nyamuk GE masih diluluskan di sebalik bantahan orang ramai, ia masih belum mapan dalam jangka panjang. Apabila transgen mati bersama nyamuk berkenaan, ini bermakna nyamuk GE perlu dilepaskan secara berterusan. Kita perlu wang yang banyak untuk proses melepaskan nyamuk GE sekalipun tiada jaminan mengenai keselamatannya.
Kenapakah kita hendak mengguna pakai kaedah yang agak mahal untuk mengawal perebakan demam denggi padahal terdapat pilihan yang kurang berbahaya dan lebih menjimatkan wang?
Terdapat alternatif yang berkesan dan mampu mengawal nyamuk yang merebakkan demam denggi dan lain-lain penyakit. Usaha-usaha untuk mengurangkan jangkitan perlu memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan. Kita perlu memastikan bahawa tempat pembiakan nyamuk dihapuskan sama sekali.
Satu kajian di Thailand mendapati bekas air yang besar menampung 90 peratus pupa nyamuk aedes di kawasan luar bandar dan 60 peratus di kawasan bandar. Di Cuba, kajian ke atas  Aedes aegypti mengesahkan yang risiko terbesar dikaitkan dengan ketiadaan penjagaan kebersihan bekalan air yang disimpan dan air dalam pasu bunga untuk tujuan keagamaan. Membersihkan bekas-bekas air ini boleh mengurangkan bilangan nyamuk dengan lebih berkesan lagi.
Penyelidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia menemui sejumlah ‘essential oils’ sepertiCymbopogon nardus (tumbuhan citronella), Litsea eliptica, Melaleuca cajuputi (gelam), dan Cinnsmomum spp(kulit kayu manis) mempunyai ciri-ciri untuk menghapuskan nyamuk Aedes aegypti. Ekstrak Euphoriaceae, khususnya Euphorbia tirucalli (tumbuhan firestick) juga didapati boleh menjadi penghapus larva yang baik.
Kaedah-kaedah yang disebutkan tadi mungkin lebih berkesan daripada kaedah berteknologi tinggi yang bukan sahaja mahal malah tidak selamat. Justeru itu, kami menggesa kerajaan dan Ketua Pengarah Keselamatan Bio agar tidak meluluskan permohonan untuk melepaskan nyamuk GM tetapi sebaliknya mendapatkan jalan keluar yang lebih selamat untuk mengawal penyakit bawaan vektor daripada merebak.
Nota: Orang ramai boleh menyuarakan pandangan/ulasan sehingga 4 September 2010 kepada:- 
Ketua Pengarah Keselamatan Bio,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Aras 1, Podium 2, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 PUTRAJAYA
Faks: 03-88904935
Nombor Rujukan NRE(S)609-2/1 untuk koresponden. Maklumat lanjut mengenai permohonan itu boleh diperolehi daripada www.biosafety.nre.gov.my di bawah Pandangan Awam.
oleh: SM Mohamed Idris - rujukan klik SINI 

13 September 2010

10 PEMBOHONGAN BESAR MEDIA BERKENAAN ISRAEL

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.
Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:
1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.
2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.
Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.
3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.
4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.
5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.
Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.
Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?
6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.
Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.
7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.
8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.
Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.
9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.
10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.
Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.
Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

12 September 2010

LAWAK TELINGA HINDU a.k.a DENDERAM



assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

bila nak raye macam-macam mak-mak dok buat kuih ye tak?

alkisahnye....

ni merupakan kisah benar tetapi kelakar....

di satu taman perumahan... ade la seorang india dan melayu yang yang tinggal berjiran... jiran rumah teres kan... kalau ade yang bersembang mesti la boleh dengar kan? nak-nak kalau bersembang volume tu tinggi... ermmmm... kompem orang lain boleh pasang telinga... huhu

pada satu petang datang le kawan kepada mak senah(bukan nama sebenar)... mak senah ni jiran kepada dewi(juga bukan nama sebenar).... hajat kawan mak senah ni of coz la nak menyembang... biasa la orang pompuan.... borak-borak kat umah jiran kadang-kadang jadi hobi.... huhuhu...

kawan mak senah: assalammualaikum... senah ooooooooo senah.... (dengan suara lantang memberi salam)
mak senah: waalaikumsalam... ooooo ko leha(bukan nama sebenar)

dewi yang tengah lepak-lepak kat ruang tamu pun menjengah jap kat pintu... ye la da jiran dok bising-bising kan.... huhu

kawan mak senah: kamu buat ape tu senah? (biasa le kalau becok cam ne suaranya....)
mak senah: ni ha... aku makan telinga hindu... jom le makan sama...

dewi yang terdengar perbualan tu pun rase menyirap... disangkanya mak senah cuba mempermainkan telinga orang-orang kaumnya....

dewi: hei kak senah!!! cakap baik-baik sikit!!!
mak senah: apenye dewi? ni akak memang tengah makan telinga hindu... jom le makan sama... (sambil menyuakan kuih telinga hindu untuk dewi...)

kuang kuang kuang....

nota: berhati-hati bila bercakap takut menyinggung hati kaum lain huhuhu


11 September 2010

PENYAKIT GOUT



assalammualaikum dan salam sejahtera...

sekarang kita semua dah memasuki bulan syawal... dan masing-masing mungkin sibuk berziarah ke sana ke mari... bertemu sanak saudara... 

bila da melawat sedara mara of coz le orang akan hidangkan macam-macam menu ye tak? bagi yang menghadapi masalah gout... mereka akan berfikir panjang sebelum menjamah makanan yang menjadi pantang larang... hehehe

semesttinya penghidap penyakit gout mengetahui makanan jenis apekah yang menjadi pantang kepada mereka... bila menyebut perkataan gout... adakah korang tau ape itu gout?

gout merupakan bengkak sendi yang dialami pesakit akibat daripada pengumpulan asid urik pada sendi... oleh itu para pesakit gout tidak digalakan makan makan yang mengandungi kandungan purin berprotein tinggi yang boleh menyebabkan kandungan asid urik meningkat dalam tubuh...

sebab tu la doktor selalu nasihat... jangan makan karangan laut seperti kerang... udang... sotong... jangan makan daging merah macam lembu dan kambing... walaupon cam tu... tak semua makanan yang mengandungi protein tak baik untuk pesakit gout... bagi penghidap gout mereka masih boleh makan telur... ikan...

banyakan minum air putih bagi memastikan asid urik dalam tubuh dapat dikumuhkan dengan baik... berlebihan kandungan asid urik dalam tubuh juga adalah punca terjadinya batu karang... ermm 

PREVENTION IS BETTER THAN CURE...

10 September 2010

TERMINUM RACUN


assalammualaikum dan selamat sejahtera...

masih lagi entri autopublish =)

Karim, seorang gangster kampung dusun dah lama memerhatikan seorang lelaki yang duduk termenung sendiri di sebuah warung. minumannya masih tak terusik lagi. Tiba-tiba Karim rasa nak mengusik, terus disambarnya gelas lelaki tersebut lalu diteguk. Serta-merta lelaki tersebut meraung...

Karim: relekslah encik. saya gurau aje. nanti saya gantikan air lain.
Lelaki: saya baru kena buang kerja...
Karim: tu pun tak ada sebab nak menangis
Lelaki: dalam perjalanan nak balik rumah, kereta saya pulak kena tarik. sampai-sampai je kat rumah, rumah kena seal, barang-barang kena campak kat luar... habis kena curi. lepas tu, jiran-jiran saya beritahu yang anak isteri saya dah cabut lari jugak....
Karim: habis tu, kenapa nak sedih sgt?
Lelaki: baru je saya ingat nak tamatkan riwayat dgn minum racun, tetiba pulak encik datang dan minum pulak......
Karim: Waaaaaaaa.....

SERANGAN LAMAN WEB DAN TIP MENGATASINYA


KUALA LUMPUR - Pemilik laman-laman web dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim perayaan kerana serangan laman web dijangka akan meningkat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan akhbar berkata, peningkatan serangan itu kerana kebanyakan laman web yang beroperasi tidak akan dipantau ketika musim perayaan.
"Pada tahun 2009 seperti contoh, serangan ke atas laman-laman web ini meningkat semasa cuti perayaan seperti Aidilfitri.
"Jadi pemilik-pemilik laman web harus meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan aplikasi yang berkaitan bagi mengelakkan risiko digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.
Menurut SKMM, pada minggu pertama September tahun ini, sebanyak 262 kes laman web yang digodam dilaporkan berbanding 168 kes pada Ogos lalu.
Pemilik-pemilik laman web yang mengesan sebarang kegiatan penggodaman boleh melaporkan kepada SKMM di talian 03-8688 8303 atau melayari laman web di http://www.skmm.gov.my/cybersecurity
sumber: Kosmo
nota: sejak akhir-akhir ni memang selalu ade masalah malware detect... dan beberapa lagi masalah bagi pemilik blog dan laman web... jadi pastikan laman korang tak meletakan widget yang boleh menyebabkan serangan malware... kerana ini akan memudahkan penggodam mengganggu akses ke laman anda... serangan juga akan dilakukan kepada laman yang pro pembangkang hingga menyebabkan saat mengakses dilambatkan... juga gangguan pada server BERHATI-HATILAH!!!!
Tips: InsyaAllah selagi korang menggunakan server blogspot... korang tak de pape masalah kerana blogspot di bawah kelolaan google inc. biarpun kadang kala ade sedikit masalah terpencil... terima kasih =)

09 September 2010

UMNO SEMAKIN MELAMPAU


assalammualaikum dan selamat sejahtera...

ini yang aku boleh katakan UMNO semakin melampau memfitnah tanpa SEGAN... tak cukup media arus perdana... ditepek pulak gambar superimpose yang terang lagi bersuluh imej asal adalah milik DS Nizar...



cilok dari Juctice for All

gambar datin seri Rosmah Mansor ni memang bukan superimpose derrr... ni memang stail dia... adoiyai... mane pegi mufti-mufti yang lantang bersuara ni? sedangkan kita semua tau apabila mahu membaca al-quran perlu ada adab-adabnya... antaranya ialah MENUTUP AURAT... adakah para mufti yang dilantik pemerintah bersikap memilih bulu dalam menyampaikan KEBENARAN?

ini bukan pendedahan keaiban untuk suka-suka... pendedahan ni adalah untuk korang semua nilaikan dengan iman dan akal... tanpa menelan bulat-bulat setiap lontaran fitnah yang semakin hari semakin dahsyat dilontarkan kepada pembangkang... melalui akhbar, internet, radio, dan segala media cetak dan media elektronik... yang memang telah berada di bawah telunjuk BN.

nota: jangan pulak ade yang cakap tak tutup aurat tak pe yang penting hati mau baik... wah wah wah... sape cakap tak pe? WAJIB derrr... tak tutup berdosa...

di mana silapnya?

silapnya kita... kerana membiarkan mereka yang suka melontarkan propaganda dan fitnah terus-terusan mentadbir negara... bagi sesiapa yang sudah sedar dari lena teruskan menyokong PAKATAN RAKYAT... jika anda belom berbuat demikian pastikan untuk PRU 13 anda tidak ketinggalan untuk bersama PAKATAN RAKYAT =)

wallahualam...

SIFAT TAKBIR...

Sifat takbir :

Berkata Imam Syaukani dalam Nailul Authar: “adapun sifat takbir maka riwayat yang paling sahih yang dikeluarkan Abdur Razaq dengan sanad yang shahih dari Salman berkata: “bertakbirlah Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.”



Dan diriwayatkan dari Sa’id bin Jubair dan Mujahid dan Abdur Rahman bin Abi Laila dikeluarkan Al-Firyani dalam kitab “Iedaini” juga pendapat Imam Syafi’ie dengan tambahan : Walillahil hamdu.



Dalam riwayat lain: bertakbir tiga kali dan menambah Laa Ilaaha Illallah Wahdahu Laa Syariika Lahu …



Dalam riwayat lain: “bertakbir dua kali dan setelahnya Laa Ilaaha Illallah wallahu Akbar Allahu Akbar walillahil hamdu,” diriwayatkan dari Umar dan Ibnu Mas’ud dan dipegang oleh Imam Ahmad dan Ishaq.

sumbangan: Mtd. Kota Lama


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA


selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan buat semua yang beragama Islam
{^_*}

08 September 2010

AMALAN SUNAT DI PAGI SYAWAL



assalammualaikum...

autopublish entri lagi =)

semoga semuanya sihat selalu...
bila nak raye... ingat lemang... ingat london almond... ingat balik kampung...

ingatkah korang ape amalan sunat di pagi syawal?
penah ambik tau tak ape amalan sunat di pagi syawal?

atau pun korang tak kesah pon... janji da raye derrr...

kali ni aku nak share amalan sunat di pagi syawal... boleh la korang praktikan di pagi syawal kali ni... huhu =)

1. membayar zakat fitrah sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri
2. menghias diri dan tempat tinggal supaya bersih dan cantik
3. mandi sunat hari raya aidilfitri.... pada pagi 1 syawal
4. menjamah sedikit makanan sebelum keluar ke masjid (kalau aidiladha lain plak)
5. keluar pergi dan pulang dari masjid dengan jalan yang berbeza
6. lebih afdal berjalan kaki ke masjid
7. takbir raya dari malam 1 syawal hingga terbenam matahari pada 1 syawal...

p/s: selamat hari raya...

'BLOG HEBAT'


mula-mula aku nak ucapkan tengkiu kat anis
terharu sebab baru je kenal anis ni huhuhu =)
nama blog anis adalah anishaway
jangan segan-segan sila singgah ye...

Nama blog anda buat masa ni?
Lensa Hidup ~

Anda rasa blog anda hebat?
ohohoho... ntah la... banyak lagi blog yang hebat derrr
apepun terima kasih buat anis... sebab sudi tag =)

Benda yang anda sayang?
banyak benda yang aku sayang derrr

Anda tengok waktu kat mane?
jam dinding 

Web sesawang yang selalu anda jenguk?

Tag 5 blog yang anda rasa hebat?
http://rubbertapperz.blogspot.com - macam-macam cite ade kat sini
http://akaltunjang.blogspot.com - cara penceritaan yang unik
http://tukartiub.blogspot.com - semestinya aku respek kat Hishamudin Rais
http://xangonila.blogspot.com - tuan blog ni peramah gile si zaer la tu
http://darisungaiderhaka.blogspot.com - cite-cite politik yang pelbagai

TANGGUNG JAWAB SETIAP MUSLIM



assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

masih lagi autopublish entri =)

dalam pada sibuk membuat persiapan hari raya... sibuk nak balik raya... makan kuih raya ke... ape pun yang tengah kita semua lakukan... jangan sekali lupakan tanggung jawab kita... ape tu?

weh aku dah solat derrr
weh aku dah puasa derrr
weh aku dah bayar zakat derr
weh aku dah buat semua derr rukun Islam tu...

nak buat ape lagi ni?

“Barangsiapa yang memegang kuasa tentang sesuatu urusan kaum muslimin, lalu dia memberikan suatu tugas kepada seseorang, sedangkan dia mengetahui bahawa ada orang yang lebih baik daripada orang itu, dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan kaum muslimin.” 
(Hadis Riwayat Al-Hakim)

jika kamu tahu ade orang lain yang mampu diangkat menjadi pemimpin dek kerana keperibadiannya... maka kamu perlu mengangkat seseorang tu untuk menjadi pemimpin di kalangan kamu... kerana semua tanggung jawab tu terletak dibahu kamu... 

jika kita mengangkat pemimpin yang membiarkan kemungkaran berleluasa di bumiNya... kita juga akan dipersoalkan kelak.... 

apa pun renung-renungkanlah...

kerana pemimpin yang baik mampu memacu dan akan berusaha untuk melaksanakan kebaikan biarpun ramai yang menolak atau membencinya... dan akan melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya...

sama ada dalam pentadbiran negara
sama ada dalam pentadbiran sebuah institusi
sama ada dalam pentadbiran sebuah organisasi

bila perlunya pemilihan seorang ketua segala yang di atas perlu dipertimbangkan...

itu contohnye...

wallahualam...

07 September 2010

LAGU RAYA SEPANJANG ZAMAN



assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua...

masih lagi autopublish =)

kali ni aku nak berkongsi lagu-lagu raya sepanjang zaman... ye la kadang-kadang orang yang puasa tak cukup pun boleh suka dengar lagu-lagu raye ni huhu... dasat betol aura lagu-lagu raya zaman dulu... ohhh lagu-lagu raya zaman sekarang biasa-biasa je...

aku ingat lagi antara penyanyi yang memang setiap tahun lagu raya dendangan mereka berkumandang dicorong radio... antaranya ialah M.Nasir... Sudirman... Fazidah Jonet... P.Ramlee... pada aku lagu-lagu raya mereka merupakan lagu raya sepanjang zaman... hehe... best kan kalau dapat dengar... kalau sebelum balik raye atau on the way balik raye... tak de dengar lagu balik kampung... macam tak best la pulak huhuhu... paling aku suka lagu raya dendangan M.Nasir iaitu Satu Hari Di Hari Raya... perghh... memang malatop... =)

jom download lagu-lagu raye plak...


banyak lagi lagu raye lain yang korang leh cari... ermm aku saje je nak share beberapa buah je... yang memang betul-betul tiap kali raye aku mesti pasang lagu ni huhu....

Mengimbas Memori Raya...

balik kampung kat sekinchan jumpa opah ngan atok... dapat duit raye dari atok ngan opah walaupon da besar panjang... lalala... (tak tau le tahun ni dapat lagi ke tak kuang3)... dulu mase dok kat Arau awal-awal puasa lagi aku da sibuk carik tiket nak balik raya... huhu memang risau tak dapat balik raye derr... sanggup habiskan mase 21 jam dalam train dari selatan ke utara semata-mata nak balik kampung... huhu... mase dok shah alam pulak... kalau tiket bas da habes... aku sanggup balik seminggu lebih awal walaupun kena naik train... dapat pegi beraya dengan kawan-kawan lama... wahhh memang momen sangat best... tak tau la raye tahun ni sempat ke tak... sebab makin lame semua makin sibuk...

p/s: papa wi pesan jangan lupa lap sliding door dengan adik... haziq bersihkan longkang... diba... kemas almari kasut.... huhu... ade duit raye tak?

SIAPA SANGKA KUCING HUTAN AJALNYA DI JALANRAYA

ni bukan kucing hutan derrr...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

kali ni semuanya merupakan entri autopublish... sehinggalah 14 Syawal 1431 Hijrah...

semoga semuanya sihat walafiat... beberapa hari lagi kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri... mesti ramai yang nak balik kampung ye tak? berhati-hati selalu untuk semua... hormati semua pengguna jalan raya yang ada... pandu dengan berhemah...

tiada siapa yang tahu dimanakah mereka akan menemui ajal... orang selalu cakap pantang maut sebelum ajal ye tak? ermm... ajal, maut, jodoh, pertemuan... di tangan Tuhan... tu la yang selalu kita dengar dari kecik lagi... ye tu semua rahsia Allah... tak de sape tau...

macam tajuk kat atas tu... siapa sangka... kucing hutan... da name pun kucing hutan kan? semestinya dok dalam hutan... sape sangka kucing tu leh mati kena langgar kereta mase kat highway? macam tu la juga dengan kehidupan kita semua... tak de sape tau di manakah kita semua akan menemui ajal... di manakah kematian akan menjemput kita... 

yang pastinya kematian tu tak kan lewat walau sesaat... dan kematian itu pasti bagi setiap yang bernyawa... hatta seekor semut... atau sebatang taugeh... tak akan ade yang terlepas daripada kematian sesungguhnya hanya Allah S.W.T je yang tak dihidupkan atau dimatikan kekal dengan sifat WUJUD... juga tidak diberanakan... tu semua perkara yang mesti diakui dan diimani oleh semua umat Islam...

Dari Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
janganlah seseorang mengangan-angankan kematian kerana musibah yang menimpanya, jikalau dia harus menginginkan, maka katakanlah, “Ya Allah hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku”

daripada ayat kat atas tu kita kena faham jangan sekali-kali meminta kematian... tatkala anda ditimpa musibah... ye la mane tau ngah putus cinta ke... pak we kesayangan meninggal ke... tetiba diisyhtihar bankrap ke... ermmm jangan sekali-kali meminta kematian... jika perlu mintalah seperti ayat di atas... 

dan mintalah juga kita dapat mati dalam keadaan yang paling baik... maksudnya kat sini meminta jika kematian menjemput kita dalam keadaan tak menderhakai kedua ibu bapa.... setelah melaksanakan solat... dalam keadaan taat pada agama... cam tu lah yang wajar diharapkan dan disebutkan dalam setiap doa... bagi orang-orang yang beriman...

wallahualam...

BERHATI-HATI DI JALANRAYA

06 September 2010

TRELER BERTEMBUNG DENGAN ISWARA AEROBACK

SEGAMAT: Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Iswara yang dalam perjalanan pulang dari Segamat menghala Labis dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan ketika dipercayai sedang cuba memotong, 3 petang tadi.


_____________________________________________________________


SEGAMAT - Empat beranak yang dalam perjalanan pulang selepas membeli kelengkapan bagi sambutan Aidilfitri maut apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 150.7, Jalan Segamat menghala Jalan Chaah berhampiran Sungai Karas, Labis di sini semalam.
Dalam tragedi pada pukul 3 petang itu, mereka yang terkorban ialah Md. Shukor Md. Dalib, 47, isterinya, Zaiton Mohd. Rasip, 47, serta dua anak mereka iaitu Mohd. Syazwan, 16, dan Mohd. Syafiq, 15.
Pemandu treler itu pula tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, kemalangan itu berlaku semasa kereta yang dipandu Shukor dalam perjalanan pulang dari bandar Segamat menuju ke rumah mereka di Felda Maokil 1 di sini.
"Sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa dirempuh treler itu dari arah bertentangan hingga mengakibatkan kereta itu terseret sejauh kira-kira 30 meter dan remuk teruk," kata beliau.
Menurut beliau, akibat rempuhan itu kesemua mangsa keluarga peneroka itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Abdul Majid berkata kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat.
sumber: kosmo

memandangkan member aku beria nak tau siap mesej lagi banyak betul mesej masuk sejak berita kemalangan ni kuar... akhirnya da tau gak siapa yang terlibat... semoga mereka di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... arwah juga merupakan kenalan bapak aku... Al-Fatihah

05 September 2010

NYONYA DAN LIF



Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri.

Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling.

Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tarak tau duduk hotel.. sudah baya latus latus, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tarak tibi,tarak lemari tarak apa pun??? katil mau titun pun tarak???? haiyyaaa.. mau 
tipu olang ka??!!"

Lalu pelayan itu pun menjawab...

"Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa...."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...