GENG LENSA HIDUP

08 October 2013

LUAHAN HATI SEORANG ANAK YANG DIJAGA OLEH PENGASUH

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Semoga semuanya sihat dan bahagia dengan kehidupan masing-masing....

Kali ni aku nak berkongsi satu kisah benar... mengenai perasaan seorang kanak-kanak yang dihantar ke rumah pengasuh...

Kini kanak-kanak tersebut sudah pun besar dan memilki keluarganya sendiri...

Seorang anak kepada seoramg pensyarah... ibunya berkerja sebagai seorang pensyarah... ibunya sering sibuk... dan dia sering ditinggalkan di rumah pengasuh... sepanjang berada di rumah pengasuh... ibunya tidak langsung tahu... yang pengasuhnya cuma memberinya makan nasi... bersama kicap sahaja setiap jari...

Setiap kali bergaduh dengan anak-anak pengasuhnya... dia sangat rindu ibunya... untuk memujuknya... selepas berkelahi berebut mainan dengan anak-anak pengasuh... hati kanak-kanaknya sering rasa ingin dipujuk dan didakap setiap kali dalam kesedihan...

Tapi apakan daya... ibunya sibuk dengan kerjaya...
Setelah bersekolah ibunya.. mula menggaji seorang pembantu rumah pula... untuk menguruskan makan pakai dirinya...

Jika ada masalah untuk melakukan kerja sekolah dia sering dalam kesedihan kerana tiada tempat untuk bertanya.. nak bertanya pada bibik... bibik sering jawab nggak tau... dan kadang kala di marahi bibik... pula... dia jadi sangat stress... hilang keceriaan kehidupan seorang kanak-kanak... abang dan kakaknya pula semua tinggal di asrama... dan tak perlu menghadapi semua ni...

Kini dia juga telah berjaya.... dan dia juga berazam untuk tidak membiarkan anak-anak menerima nasib sepertinya...

Moralnya: sesibuk mana pun ambil sedikit masa untuk menyelami hati anak anda... dan jangan serahkan semuanya pada pembantu sahaja...

Bersyukurlah jika anda dapat mengasuh anak anda sendiri... jika sangat perlu mencari seorang pengasuh... pastikan dia benar-benar ikhlas mengasuh anak anda...

Berdoalah semoga kita semua ditemukan dengan insan yang baik hati... dan ikhlas... kerana baik... belum tentu lagi ikhlas... he3




PANGGIL CIKGU SIAL

Budak-budak zaman sekarang memang macam-macam hal... jom layan satu cite...

Cikgu: murid-murid semua siapkan latihan muka surat 112... esok saya nak semak...
Abu: ape dia cikgu?
Cikgu: lain kali dengar betul-betul masa saya cakap!
Abu: sial!
Cikgu: ape kamu cakap tadi?!!
Abu: lain kali dengar betul-betul!


Ha3 cikgu nya pulak yang terkena...

Babai...

06 October 2013

TU DIA... JODOH DARIPADA SYAITAN!!!

Assalammualaikum...

Semoga semuanya sihat selalu....

Uolsss... pernah dengar tak ade orang yang cakap kalau kawin dengan seseorang yang tak baik... atau berperangai buruk...

Depa habaq... tu jodoh daripada syaitan....

Mak aihhhh... pandai betul deme ni....

Kan dah bagi tau ulang-ulang ramai dah yang sebut... dan bagi tau ajal, maut, jodoh, pertemuan.... tu semua ketentuan Allah...

Bererti...

Tiada istilah jodoh daripada syaitan... hu3... kalau perangai macam setan adolah... tu pun macam je....

Dan tugas kita yang sudah memiliki jodoh... peliharalah hubungan sebaik mungkin... biar kekal hingga hujung nyawa...

05 October 2013

PERBEZAAN ANTARA ZAKAT, INFAQ DAN SEDEKAH



Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Kali ni aku nak berkongsi... apakah perbezaan antara zakat, infaq dan sedekah....

Zakat sebagaimana kita tahu adalah kewajipan harta yang spesifik, memiliki syarat tertentu, hak orang tertentu dan dalam waktu tertentu.

Sedangkan infaq iaitu mengeluarkan harta yang mencukupi zakat dan bukan zakat. Infaq ada yang wajib dan ada yang sunat. Infaq wajib, di antaranya infaq kepada fakir miskin sesama muslim, infaq bencana alam dan sebagainya.

Sedangkan sedekah maknanya lebih luas daripada zakat dan infaq. Sedekah boleh bermakna infaq, zakat dan kebaikan bukan material. Dalam hadis riwayat muslim, Rasulullah s.a.w memberi jawapan kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang  banyak bersedekah dengan hartanya, baginda bersabda:

"Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma'ruf sedekah, nahi mungkar sedekah, dan menyalurkan syahwat pada isteri juga sedekah."

Semoga kita semua lebih jelas dan faham... sekian.. wallahualam...


27 September 2013

BUKAN ISTERI MAT YO SAHAJA BERMULUT LONGKANG.... RAMAI LAGI YANG BERMULUT LONGKANG

Selamat sejahtera semua

Kecoh dan glamour sekejap bini mat yo dan pak guard baju putih kat seantero fb... ye kejadian seorang isteri pemain bola memaki pengawal keselamatan...

Sedar atau tak?

Tu bukanlah fenomena pelik...

Ramai lagi berperangai begitu... cuma tak tersebar diintetnet je... gaya hidup maki memaki ni agak popular di kalangan penduduk malaysia...

Tak puas hati dengan kerajaan.... maki kerajaan...

Tak puas hati dengan pakatan rakyat...  maki pakatan rakyat... 

Tak puas hati dengan penunggang motor... maki penunggang motor...

Tu semua ade depan mata... cuma tak kena rakam dan kongsi kat youtube je

Ok?

Renung-renungkan dan selamat beramal =)

23 September 2013

TIPS ATASI RUAM LAMPIN PADA BAYI

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Semoga semuanya sihat selalu...

Ruam lampin kadang kala merunsingkan setiap ibu...kat sini aku nak share ape yang patut dilakukan untuk mengatasi ruam lampin....

1) rajin-rajinlah tukar lampin pakai buang baby...
2) basuh guna air paip
3) lap hingga kering
4) sapu losyen atau ubat yang serasi dengan bayi...

Antara jenama yang korang boleh try

1) pigeon
2) seba med
3) pureen

Banyak lagi jenama yang ade kat pasaran

Anak-anak aku serasi d3ngan jenama pigeon dan seba med... mandian, syampu, bedak dan losyen...

Selamat mencuba =)


09 September 2013

JANGAN TERPEDAYA DENGAN MILK BOOSTER

Assalammualaikum...

Milk booster...

Sangat selalu jumpa iklan milk booster kat facebook...

Bila kate milk booster je mesti depa akan pesan minum banyak air... ataupun milk booster tu dalam bentuk cecair ...

Testimoni... air susu jadi banyak...

Hakikatnya... tak minum atau makan milk booster pun air susu boleh bsnyak dan meriah... ibu-ibu hanya perlu pastikan yang mereka mengambil makanan yang berkhasiat... dan minum air secukupnya... InshaAllah meriah air susu...


Kadang kala supplement tambahan ni gimik je...  tak percaya...? Cubalah sendiri...





08 September 2013

JANGAN MARAH KERAJAAN!!! KAU SUSAH SEBAB KAU KURANG USAHA...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Isu kenaikan harga minyak... telah menimbulkan pelbagai pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak...

Terutama pandangan , enteri dan juga rakyat...

Di pihak kerajaan mereka mengatakan kenaikan ini untuk memastikan ekonomi malaysia terus nstabil dan ni semua akan digunakan untuk membantu rakyt miskin dan pembangunan yang lain...

Hakikatnya kenaikan harga minyak adalah kenaikan berangkai..

Bila para penju menaikan harga barang maka ada yang berbunyi... buat ape naik harga barang... kan minyak naik 20sen je...

Penjual juga ada kehidupan mereka sendiri.. bagi ,memastikan  kelangsungan hidup... mereka perlu mengikut keadaan semasa...

Selain tu... penyokong po BN juga akan berbunyi..

Kau kurang usaha... jangan salahkan orang lain... jangan salahkan kerajaan sebab naikan harga minyak... 

Mereka yang hidup susah bukan sebab kuang usaha... kadang kala mereka berusaha siang malam untuk mencari sesuap nasi...

Cuma bezanya mereka dengan kamu  Allah dah izinkan kamu untuk hidup senang atas usaha kamu... dan mereka yang hidup susah masih gigih berusaha untuk teruskan kehidupan...

Tak usahlah bangga dengan usaha dan kesenangan kamu... kamu takkan senang kalau bukan dengan izin Allah

Sebagai pemimpin anda dipilih untuk membela nasib rakyat... renung-renungkan...

03 September 2013

ANTARA SIRAP LEMON DAN PETROL

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bila macai berbunyi...
Apelah najib naikan harga minyak 20sen pun kecoh
Harga kopi kat starbuck mahal tak kecoh pun...
Harga sirap lemon kat kopitiam mahal kau tak kecoh pun...

Cewahhhhh ayat ala-ala intelek gitu...

Kau ade duit kau pegi lah minum kat starbuck
Kau ade duit kau pegilah minum air sirap lemon kat kopitiam

Cuma bila harga minyak naik...
Kau boleh ke pegi kerja jalan kaki ramai-ramai?
Kau boleh ke pergi kerja naik pengangkutan awam?

Hatta kau boleh buat cam tu pun...

Boleh ke kau elak daripada kenaikan harga barang?

Tu yang dinamakan kenaikan berangkai...

Sirap lemon tu mahal ke murah... ikot suke kau lah nak minum ke tak!



MELAYU YANG TAK SERIK

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Semoga semuanya berlapang dada dengan berita yang baru kita semua terima. Jangan marah na... hehe

Suatu masa dulu...
Melayu tau dah gerombolan ini tak betul... dan sudah pun terkena dengan tipu daya mereka... 

Bila tiba masanya....
Tetap memilih gerombolan... hati orang melayu tak tenang kalau tak pilih gerombolan... turun temurun la katekan...

Kemudian...
Gerombolan menang... melayu ditipu lagi...

Bila sampai masanya lagi...
Melayu tetap pilih gerombolan... melayu lupa ape yang gerombolan dah buat pada orang-orang melayu...

Ni la melayu tak serik...

P/s: aku rasa orang cina dah serik dah dengan janji gerombolan


02 September 2013

TIPS JANA PENDAPATAN DENGAN BLOG

1. Buat entri yang bermanfaat. Untuk memastikan entri anda sering berada dalam kedudukan teratas di semua ejen carian

2. Kemudian anda boleh letakkan iklan daripada mana-mana syarikat pengiklanan yang anda mahukan

3. Buat ruangan iklan untuk disewa dengan kadar tertentu

4. Selain itu, menghasilkan blog jualan untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi

5. Dan anda bolehlah berblog dengan gembira dan masyuk

P/s: dulu aku ade la watruang iklan untuk disewa... skang da xde.... coz x sempat nak design iklan customer... al maklum da berumah tangga.... suami di dulukan dan anak diutaman... blog dikemudiankan...

LAWAK RANTAI TURUN MENURUN

salam dan selamat sejahtera

Kisah ravi dan bininya pergi berjogging... tiba-tiba beliau disamun.... penyamun mahukan duit.... tetapi disebabkan takde duit... penyamun pun mintalah rantai isteri si ravi...

Ravi: aiyoooo.... rantai turun menurun isteri saya pun mau ka? 
Penyamun: ya lah...
Ravi: ini turun menurun dari nenek... mak... aiyooo

Hahaha... penyamun pun faham tu rantai turun temurun....

01 September 2013

BINGKA KELAPA SAWIT

Salam dan selamat sejahtera

Semoga semuanya sihat sejahtera...

Aku tetiba rasa teringin makan bingka kelapa sawit... orang kata sedap... walaupun aku tak nak masak kuih bingka... tapi ada gak teringin ni... he3

Nak try la... carik resepi...

Agak-agaknye kalau wat guna minyak sawit...  kira bingka kelapa sawit gak tak?

Hahaha...



KENAPA NASI ANDA MUDAH ROSAK?

Salam dan selamat sejahtera

Semoga semuanya sihat dan gembira...

Aik...masak pagi petang da rosak nasinya... hmmm

Cepat betul rosak ye....

Antara faktor yang menyebabkab nasi , udah rosak atau basi adalah... kandungan klorin yang ada dalam air yang kita gunakan untuk memasak nasi...

Ye ke?

Agi lama kita basuh beras tu... lagi banyak klorin yang meresap kat dalam beras... dan bila dimasak nasi lebih cepat rosak... selain... akan melarutkan vitamin-vitamin yang ada dalam beras...

Tak caye ce eksperimen sket... masak nasi guna air paip n masak nasi guna air bertapis... (yang da xde klorin)

Nasi mana yang lagi tahan lama...

Begitu juga dengan lain lain makanan atau minuman... antara faktor utama yang menyebabkab ia mudah basi... adalah kandungan klorin yang tinggi dalam air...

Untuk pastikan ni adalah fakta atau auta... korang boleh cuba sendiri kat umah... =)

26 August 2013

JIRAN YANG MELAMPAU

Salam dan selamat sejahtera...

Al kisah si A dan si B hidup berjiran... pada suatu pagi si A sedang mencuci kereta... datang si B bertanya

Si B: buat ape tu?
Si A: siram kereta...
Si B: siram kereta?
Si A: ha ah... mane la tau kalau siram har-hari boleh jadi bas ke pulak...
Si B: @%÷£€

Si A ke Si B yang melampau ni... 

24 August 2013

CARA ATASI BAU PETAI

Salam dan selamat sejahtera...

Kali ni aku nak kongsikan petua untuk menghilangkan bau petai... petai memang best tapi bau nya agak kuat... sejak dah kawen ni aku da kurang sikit makan petai sebab husband aku tak suka baunye...

Tapi... anak sulung aku memang suka makan petai... sambal udang petai ataupun sambal bilis petai...

So... kat sini aku nak kongsikan cara untuk hilangkan bau petai yang kuat tu...

Kupas kulit petai dan rendamkan seketika dalam air... kemudian sediakan air kapur... rendamkan petai yang sudah dikupas kulitnya... selama kira-kira 20-30 minit...

InsyaAllah petai anda takde bau yang kurang menyenangkan...

Selamat mencuba!




TIPS ATASI SEMBELIT DENGAN KOS PALING MINIMUM

Salam dan selamat sejahtera semua

sembelit atau perkataan lain... kesukaran ketika membuang air besar...

Cara terbaik untuk atasi sembelit adalah... makan banyak serat... seperti buah-buahan dan sayur-sayuran... kemudian jangan lupa... banyakkan pembilan cecair... terutamanya air putih...

Jika anda agak sukar nak makan buah atau sayuran... cara paling mudah dan murah juga berkesan... adalah dengan mengambil dua gelas air putih setiap kali bangun pagi... dan teruskan kekerapan pengambilan air putih sepanjang hari... in sha Allah... berkesan...

Sekian... selamat mencuba...

KAMERA DULU VS KAMERA SEKARANG

salam dan selamat sejahtera...

ingat lagi tak zaman 80an 90an?

masa tu zaman suka amik gambar berdiri tegak... ala-ala skema... orang-orang yang posing dalam gambar mesti betul-betul kemas dan bersedia... hehehe

zaman dulu-dulu mesti la guna kamera yang ade filem... pastu kena cuci kat kedai gambar... harga sekeping 30sen atau 40sen... 

kalau pose yang kurang menarik mesti rasa menyesal... sebab rugi je filem... ye tak?

sekarang zaman Y2K... 2000 dan ke atas...

kemunculan kamera digital...

muncul la generasi yang suka snap picture dengan macam-macam gaya... terutama 'duck face' hahaha... gaya tak berapa proper pun da boleh snap... sebab kalau tak puas ati je... da boleh delete... dan tak de masalah kerugian filem... 

hmmm... betul-betul pantas peredaran zaman...
daripada kamera
daripada handphone
dan macam-macam lagi

Ape pun selamat hari raya dan selamat ber'posing' raya...




23 August 2013

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR YAKIN DENGAN ALLAH?

Salam dan selamat sejahtera...

Peluang menaip entri untuk blog... sangat terhad... al maklum lah... da jadi isteri n mummy ni... bz sokmo...

Setiap hari penuh dengan aktiviti.. bersama insan-insan tersayang...

Topik kali ni...

Adakah anda benar-benar yakin dengan Allah?

Yakin bererti pasti...

Jika anda yakin Allah Maha Mendengar...
Tak perlulah mengadu di facebook...

Jika anda yakin Allah itu Maha Melihat....
Tak de lah nak buat maksiat...

Jika anda yakin Allah itu Maha Memberi Pertolongan...
Kenapa mesti runsing dan susah hati...

Sebagai umat Islam yang paling penting sesudah usaha... yakin dengan sepenuh hati tanpa teragak-agak... yang Allah tu sentiasa ada untuk membantu hambaNya...

Selagi kita semua berada di landasan yang betul...

Mulai hari ini marilah kita berusaha untuk yakin dengan sepenuh hati tanpa ragu dengan setiap janji Allah...

Contohnya...

Bila kita bersedekah... pastikan kita tidak ragu-ragu dengan janji Allah... yang rezeki kita akan berganda... jangan pulak rasa ralat je tiap kali nak sedekah... sebab dalam hati ada rasa bimbang harta milik kita akan berkurangan...

Begitulah... cara kita sejauh mana kita yakin dengan janji Allah...


Sekian semoga hati kita semua terpelihara dan sentiasa rasa yakin terhadap Allah S.W.T


20 August 2013

PASTI KE RESTORAN TU HALAL?

Salam dan selamat sejahtera...

Menyelidik dan memastikan sesebuah tempat makan, produk atau ape sahaja untuk digunakan atau dimakan oleh setiap ahli keluarga merupakan suatu kemestian...

Selain pengiktirafan JAKIM kita juga berhak menyelidik di manakah kilangnya... bagaimana cara memasaknya, apakah ramuannya dan sebagainya... di sini aku ade terjumpa satu page yang agak menarik. Salaupun entri daripada page tersebut tiada update yang terkini...

http://www.jurnalhalal.com

Semoga akan memberi sedikit manfaat...

Sekian...




05 August 2013

SUSU BAYI YANG DITARIK BALIK DARIPADA PASARAN

salam dan selamat sejahtera...

baru-baru ni kita semua dikejutkan dengan berita susu formula untuk bayi daripada New Zealand ada berlaku pencemaran...

antara company yang dah tarik balik produk mereka daripada pasaran adalah Fonterra... Fonterra ni company yang keluarkan susu Fernleaf... hmm

pastu tak lame kemudian Danone Dumex juga telah menarik balik produk tenusu mereka yang terdiri daripada Dupro, Mamex, Bebelac....

semua produk tersebiut dibimbangi mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan... aku tak de la pelik sangat sebab sebelum ni juga... produk Dumex pernah diberitakan tercemar dengan radioaktif satu masa dulu... masa tu aku kecik lagi... mak aku cite la kan... memandangkan masa tu aku minum susu Dumex... so mak aku pon tukar la ngan susu jenama lain...

ape pun... sebagai ibu bapa kena lah ambil tau isu begini... hmmm seb baik susu Dugro tak de masalah.... nanti da abes aku rasa nak tukar brand lain la pulak... hehe =)

ni lah pelanggan setia susu Dugro

03 August 2013

HINDARI PENYIBUK DAN PENGHASUT DALAM KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA

salam dan selamat sejahtera...

penghasut dan penyibuk... bukan setakat jiran tetangga atau daripada kalangan teman-teman... boleh jadi juga daripada kalangan ahli keluarga...

kerana itu jika menghadapi sebarang masalah dalam hubungan suami isteri... pastikan anda berbincang bersama suami atau isteri terlebih dahulu... dan jika masih berpanjangan juga... panjat doa pada Allah agar diberi petunjuk dan jalan keluar...

perbuatan berkongsi kisah rumah tangga bersama individu lain... hatta ahli keluarga... boleh mengundang pelbagai masalah lagi sebenarnya...

jika anda berkongsi masalah dengan teman-teman atau jiran...
mungkin mereka suka melihat jika anda bertengkar dan bergaduh bersama pasangan anda... mereka akan ada peluang untuk mendekati pasangan anda dan sebagainya lagi...

jika anda mengadu atau bercerita pada ahli keluarga... seperti ayah, ibu, adik, kakak, abang...
kerana kadang kala akan menghasilkan satu sokongan yang TIDAK ADIL... kepada anda ataupun pasangan... tanpa mengetahui punca sebenar... kisah sebenar... dan sebaginya... selain akan menghasilkan sokongan yang TIDAK ADIL... dek kerana ada pertalian darah atau pernah termakan budi... daripada anda atau pasangan... akan menjadikan perkara HAK menjadi kabur disebalik kilauan cahaya...

memang ibu atau ayah akan simpati dengan kegoncangan rumah tangga anaknya... tetapi kadang kala ada sedikit hasutan atau menjadikan syak wasangka semakin menebal... biarpun masih ada dikalangan ibu dann ayah kandung yang bersifat adil...

cuma bimbang... masalah yang dihadapi akan menjadi punca KUASA DUA pulak hehehe

setiap pasangan kena berusaha untuk menghindarkan diri daripada PENGHASUT & PENYIBUK ni... supaya kerukunan rumah tangga dapat dijaga... dan KETEGASAN perlu ada dalam memeliharanya...

SUAMI atau ISTERI...
WAJIB pertahankan pasangan masing-masing jika dikata... walaupun daripada orang yang paling dihormati... selagi TIDAK BERBUKTI...

kadang kala PENGHASUT & PENYIBUK ni PERASAN... bahawa saranan atau IDEA mereka ini sangat membantu... walhal itu bakal menjadikan SYAK dan pelbagai lagi masalah timbul... di antara pasangan...

kerana perkara HALAL yang PALING DIBENCI adalah PENCERAIAN... dan 70 peratus pencerain di Malaysia kerana campur tangan orang ketiga...

AWAS!!!
elakkan berkongsi masalah rumah tangga di Facebook atau page khusus untuk mengadu masalah Rumah Tangga... kerana ia tidak membantu... malah kadang kala menambah rasa sakit hati...

PALING PENTING...
mengadulah pada ALLAH kerana DIA lah yang MAHA MEMBERI PERTOLONGAN, MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL, MAHA BIJAKSANA, MAHA MENDENGAR... dan segala MAHA yang ada... ALLAH juga lah yang memiliki HATI PASANGAN kita....

kejayaan memeliahara kerukunan RUMAH TANGGA... hebat ganjarannya... semoga semua yang membaca lebih berfikir panjang sebelum berkongsi sesuatu masalah dengan mereka yang bakal jadi PENYIBUK & PENGHASUT...

sekian sekadar berkongsi... sebab aku rimas baca perkongsian hal rumah tangga kat dalam FB... hadoiiii... mengadu hidup susah la... baju raya untuk anak tak mampu beli la... tak de duit la... tapi HADAP FACEBOOK ade pulak DUITNYE... nak bayar internet... ohoiiii...


hehehe wallahualam...



HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH? FIKIR-FIKIR DULU...

salam dan selamat sejahtera...

zaman sekarang ni... ramai ibu-ibu yang berkerjaya... ye tak?

of coz la depa kena hantar anak kat umah pengasuh atau taska... kat sini aku nak share la... ape yang patut difikirkan dan diperhatikan sebelum hantar anak ke rumah pengasuh...

1. pastikan umah pengasuh tak de tangga... nak nak kalau anak kita jenis lasak
2. tak de anak bujang - kalau anak kita budak perempuan
3. persekitaran bersih
4. perhatikan cara pengasuh menjaga anak-anaknya
5. bahasa yang digunakan oleh pengasuh
6. sejauh mana nilai-nilai Islam diamalkan oleh pengasuh

dengan beberapa tips di atas at least kita da cuba memilih pengasuh yang terbaik untuk anak kita... di samping beberapa faktor lain lagi yang mesti kita perhatikan dan fikirkan sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh...

kadang-kadang ada jugak pengasuh yang suka bagi budak-budak yang dia jaga tu... makan junk food... stail cam tu pun aku tak berapa berkenan... nak bagi anak dengar kata dan diam... di bagi makan junk food pulak... he3

tq.. sebab sudi luangkan masa membaca entri kali ni... =)


PEGANG TANGAN AWEK! SYOKNYE!

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sentiasa ceria dan gembira...

Kecoh betul isu video orang sambut raya dengan anjing... macam dahsyat gila... tapi hang pa tak kecoh plak budak-budak sekolah dok pegang2 tangan keluar dating... berlambak kot aku rase... da cam budaya plak... tanpa segan silu leh pegang2 dengan bukan mahram.... 

Tu nak panggil apo plak... isu kecik dibesar besarkan... isu besar buat tak nampak je... orang islam yang dok pegang pegang depan khalayak tu bukan kategori menghina agama islam lagi kot...

Sebab tu masih ok je...

renung-renungkan =)


02 August 2013

TIPS KURUS - MUDAH, MURAH DAN BERKESAN

Salam dan selamat sejahtera....

Bila cite tentang kurus je... ramai la yang berminat... sebab rakyat malaysia ni... ramai yang obses nak jadi kurus....

Tak kira la... modal banyak ke ataupun modal sikit... tak kira la produk tu selamat ke tak... janji kurus...

Hehe

Antara tips untuk kurus yang boleh diamalkan

1. minum banyak air putih (setiap 25kg berat badan memerlukan sekurang-kurangnya 1liter air putih)
2. makan banyak serat (serat membantu melawaskan proses pembuangan tosin dalam bandan @ nama lainnya berak)
3. amalkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
4. kurangkan pengambilan lemak haiwan, garam dan gula
5. sabar dan konsisten dengan perkara di atas
6. berdoa (doalah kalau rasa nak kurus. kan kita boleh berdoa ape-ape pun he3)

nota: tiada jalan mudah untuk kurus. dengan pengambilan sesuatu produk... belum tentu kira dapat kurus atau berat badan berkurangan dalam jangka masa panjang




01 August 2013

KAN DAH TERTIPU DENGAN PRODUK KURUS

salam dan selamat sejahtera...

sekarang ni sesape ade facebook... kemain rancak depa dok jual produk kurus lah... produk ramping lah... macam-macam jenis produk la yang ada...

cuba korang try PM penjual produk tersebut... kebiasaannya... la kan... kalau kita kabo nak beli... dia orag akan bagi nasihat dan pesanan yang macam-macam...

antaranya...

kurangkan makan makanan berlemak
banyakkan minum air
banyakkan senaman
tah macam-macam lagi pantang larang...

sedar atau tak?

pantang larang tu semua antara penyumbang untuk turunkan berat badan? so... berat badan kita ni turun sebab makan produk XYZ tu ke... atau pun sebab jaga pemakanan dan gaya hidup?

tak rasa tertipu ke?

haishhh kalau aku jangan harap le aku nak beli...

aku tak kate la semua produk... tapi kebanyakkan produk memang gitu...

sebenarnya nak kurangkan berat... atau nak dapatkan berat ideal... bukan nye semudah makan itu makan ini... makan produk tu makan produk ni...

kita masih kena bersenam
masih kena banyakkan minum air putih
banyakkan makan serat

haishhh kalau makan produk itu ini da boleh kurus... ramai lah bini menteri-menteri ramping dan langsing... tak payah modal ribu-ribu... dua tiga ratus je... dah boleh kurus...

ape pun bergantung pada keserasian dan kepercayaan... this is my opinion =)

tq very much... sudi luangkan masa membaca entri ni...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...