GENG LENSA HIDUP

26 October 2014

5 ROLLER COASTER MENAKUTKAN

terletak di Sandusky, Ohio


juga terletak di Ohio Amerika Syarikat
dengan ketinggian 420 kaki dan kelajuan 120 mph


Tower of Terror
terletak di Autralia
dengan ketinggian 377.3 kaki dan kelajuan 99.3 mph


White Cyclone di Jepun
dengan ketinggian 138 kaki dan kelajuan 62 mph


Silver Star di German

ni antara 5 roller coaster yang aku tengok macam menakutkan je nak naik...
mau terkencing hu3







25 October 2014

TIPS: SI KECIL MENAIKI PESAWAT

Assalammualaikum

membawa kanak-kanak atau bayi bersama ketika dalam penerbangan... mungkin agak sukar bagi mereka yang terbang sendirian...

tetapi jika bersama si ayah ia agak mudah... tetapi jangan lupa ambil langkah berjaga-jaga... =)

antaranya:

1. pastikan ada gula-gula atau syarikat penerbangan akan bekalkan (MAS akan beri jika kita minta)
2. permainan yang mudah dibawa bersama

kadang kala bagi bayi atau kanak-kanak yang pertama kali menaiki pesawat... mungkin akan ada yang menangis... kerana bunyi yang kuat atau sebu di bahagian telinga.... ada juga yang tak kisah dengan tu semua... ia bergantung bagaimana anda menarik perhatian anak anda...

jika anak di atas ribaan... pegang anak dengan kemas... atau jika anda Breastfeeding... anda boleh susukan dia... jika anak duduk sendiri di tempat duduk pastikan mereka memakai tali pinggang dengan sempurna.... dan anda boleh mula berikan gula-gula dan permainan... bagi mengelakkan anak-anak bosan....

dan jangan terlalu risau jika anda sendirian terbang bersama bayi atau kanak-kanak... kerana pramugari dan pramugara sentiasa bersedia membantu anda...

pendek kata... tiada apa yang perlu terlalu dibimbangi...

'just make them comfortable inside the airplane'





24 October 2014

LEPASKAN... JANGAN TAKUT...

Assalammualaikum...

semoga sihat dan ceria selalu...

duit... bila ada mesti rasa sayang... bila tak da mesti kita sibuk mencari duit... begitu juga sedekah... sedekah RM1, RM2.... itu biasa... mungkin kita tak akan rasa teragak-agak nak keluarkan duit untuk jumlah itu jka bersedekah...

tetapi jika RM10, RM20, RM50...

pasti ramai yang teragak-agak... kan? sebab akan terfikir.... eh... nanti aku nak makan ada ke duit? eh... aku nak isi minyak kereta ada ke duit? eh... aku nak itu aku nak ini...

maksudnya anda masih belum yakin dengan janji Allah... setiap sedekah anda akan digandakan... sudah tertulis di dalam al-quran apa yang anda sedekah... akan diganti Allah 10 kali ganda...

percayalah Allah tidak pernah menipu...

jom... cuba dan latih diri untuk lebih banyak bersedekah... biarpun banyak tak mengapa... jangan rasa ralat langsung... sebab di sebalik sedekah banyak sungguh fadhilatnya...

macam aku pernah cerita dulu...

si A: kalau aku kaya nanti boleh aku belanja kawan-kawan...
si B: wah bagus lah niat kau tu...
si A: kan... senang nak bersedekah jugak...
si B: bagus bagus... weh meh sini hulur sikit derma tabung masjid ni...
si A: eh.. aku ada RM10 je ni... macam mana nak bagi...

(belum kaya lagi dah ada rasa lokek... tu belum lagi dah kaya... )

praktis hari-hari buang rasa lokek jauh-jauh... buang ragu-ragu untuk sedekah... buang rasa bimbang untuk bersedekah...

JOM SEDEKAH!!!


23 October 2014

7 LOKASI SESUAI UNTUK ANAK-ANAK



terletak di serdang selangor
unik dan anda dapat rasakan sendiri suasana alam semulajadi
selain anak-anak boleh belajar mengenai hidupan comel yang ada dekat sana





terletak di Kuala lumpur
anak-anak boleh merasai sendiri aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa...
dan ia sangat mendidik!!!




juga di KL... tapi memang ohsem... aku yang dah tua bangka pun suka gi sini...
ni kan pulak budak-budak...
memang letih... tak larat jalan sebab tempatnya besar
burung-burng bebas...
dan berisiko kena berak dek burung!!!
=)




...


lokasi tidak asing lagi KLCC menara berkembar tu
best sebab banyak ikan-ikan...
daripada yang kecil sampai yang bapak besar



ZOO NEGARA/MELAKA/JOHOR/TAIPING




semestinya kat Langkawi
satu-satunya tempat kat Malaysia yang anda boleh tengok penguin
dulu-dulu masa aku masuk RM25 je... tu pun 10 tahun lepas...
sekarang dah mahal sikit...





terletak di Port Dickson

bagus untuk anak-anak kenal haiwan... dan bermesra dengan haiwan...
3 bintang =)

ini antara lokasi cadangan musim cuti sekolah yang panjang ni...
jika tak mampu untuk bawa anak-anak ke tempat-tempat ni... jangan kecewa...
anda masih banyak pilihan untuk gembirakan anak-anak...

nanti aku sambung dalam entri lain ya =)

DADAH DAN LEE CHONG WEI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat

yup isu perihal pemain badminton negara yang gagal ujian dadah. dan juga enggan diulas oleh kementerian belia dan sukan dengan panjang lebar...

hasil siasatan mungkin kerana LCW selalu alami kecederaan dan sering mengambil ubat-ubatan sintetik untuk pulihkan kecederaan...

see...

itu belum lagi pemakan ubat tegar...
yang hari-hari makan ubat... cair darah
yang hari-hari makan ubat... darah tinggi
yang hari-hari makan ubat... macam-macam sakit

ye... jika kita terlalu kondem ubat-ubatan sentetik ni (ubat hospital) mesti para pengamal perubatan akan cakap kita memandai-mandai... (kalau semua tolak ubatan hospital siapa yamg nak makan ubat hospital ye tak?) - tapi percayalah masih ramai manusia yang kekal percaya ubatan hospital percayalah....

tapi percayalah itu semua ada unsur dadah senang cakap... cuma diambil dalam jumlah yang terkawal... tapi lama kelamaan... tetap akan memberikan kesan negatif dalam jangka masa panjang...

so...

diam-diam anda yang sayang diri...
cari alternatif... bukan makan terlajak laris... bukan mencari produk-produk kesihatan yang keluar kat TV3, Majalah Wanita dan lain-lain... (kerana itu produk kesihatan cepat kaya) - sebab pengasas sendiri belum tentu pernah belajar kimia dan biologi masa sekolah dan belum tentu ada certificate bidang berkaitan... biarpun mereka akan cakap hasil penyelidikan selama 5 tahun dan bla bla bla...)

cukup...
amalkan pemakan sunnah sendiri di rumah... beli kurma... makan hari-hari... beli minyak zaitun... makan ulam-ulaman... banyakkan makan sayuran hijau... kurangkan makan ayam daging... banyakkan makan ikan... makan buah yang kaya vitamin C(asid askorbik) sejenis antioksida yang boleh kurangkan risiko kanser...

cukup dengan jaga makan dan pilih makanan sihat

kurangkan makan gula-gula yang entah apa-apa
junk food seperti rota, twisties, dan tah ape lagi...
kurangkan fastfood mi segera, McD, KFC, dan lain-lain

sepanjang aku belajar biologi setiap pengawet dan penambahan bahan kimia dalam makanan kita... ada kesan sampingan pada tingkah laku dan kesihatan

seperti sunset yellow, tartazine, sukrosa, dan lain-lain

tak percaya pergi buka buku biologi... kerana ada beberapa negara mengharamkan penggunaaan bahan tambah tersebut....

jadi orang yang memilih makan untuk pastikan makan yang berkualti sahaja masuk ke dalam tubuh tidak mengapa...

bukan memilih... "yucksss.... i tak makan ikan kembong..." tu nak kena tampar... tu gedikssssss namanya...

peace yo...

antara rujukan yang korang boleh baca untuk tambah ilmu jika malas buka buku biologi yang tebal berkilo-kilo tu... 


banyak lagi ilmu carilah dan bacalah... dan carilah mereka yang arif tentang bilogi dan kimia... bukan kerana nak jual produk... tapi kerana inginkan anda sihat...

antara Doktor yang jujur dalam ilmu yang dimiliki dan bukan sekadar nak bagi pesakit makan ubat hospital sahaja adalah doktor pakar sakit puan Hamid Arshat...

babai... panjang pulak aku membebel...


LCW

22 October 2014

KISAH SEDIH LENCANA SEKOLAH

Assalammualaikum

yang tengah baca entri ni mesti pernah sekolah kan?

ingat tak dulu-dulu cikgu selalu suruh beli dan jahit lencana sekolah siap letak nama lagi... berapa ramai yang buat? berapa ramai yang kena denda dulu baru buat? haha

tapi bila besar sibuk pulak nak pakai t-shirt (i'm .....) macam-macam colour ada... ni trend sekarang... nasib aku tak terikut-ikut =)

ok babai... tu je nak cakap...


21 October 2014

PEGANG ANJING VS TUDUNG SENTENG

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

kira isu program pegang-pegang anjing ni memang hot lah... yang komen semua dahsyat-dahsyat... fuhhh memang power... kalau sentuh isu ade DNA babi dalam cadbury dan isu pegang anjing... memang hampir semua melenting...

ditambah pulak...

yang tukang komen pulak tu kakak pakai tudung senteng. nampak buah dada. sighhh (-_-')

sebenarnya di Malaysia ni isu liberalisasi ni sudah lama cuba diterapkan... seperti... aku solat... tapi aku nak pakai apa aku punya suka... "kau ingat yang pakai tudung tu baik sangat ke ha?"

bukan soal baik ke tidak ye adik kakak... at least mereka yang menutup aurat tu... tak de la berdosa bila orang bukan mahram tengok dia...

di Malaysia dah jadi biasa couple pegang-pegang tangan
di Malaysia dah jadi biasa solat tapi bila keluar rumah selamber je tak tutup aurat
di Malaysia dah jadi biasa sentuh laki perempaun...

walhal pegang anjing sama je haram dengan ko pegang awek kau
walhal pegang anjing same je haram dengan ko pakai tudung senteng dan baju ketat dan sendat...

nampak tak?

dua-dua haram...

moral of the story... mari tinggalkan yang haram... dan buat perkara yang dikehendaki syariat...     

sekadar hiasan

20 October 2014

SEKEPING SERENDAH RETREAT

Sekeping Serendah Retreat
terletak di Serendah
Serendah adalah sebuah pekan di Hulu Selangor

lokasi ini terletak di koordinat

N3.368050, E101.631150

ala-ala twilight gitu
tak terlalu mahal harga untuk satu malam







ada kelambu...
kemas dan cantik =)



MICHAEL KORS 3 IN 1 (RM85)

RM85 SM/ RM90 SS
FREE POSTAGE

WHATSAPP 0129552047

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER

LENGHT : 44CM
WIDTH : 0CM
BOTTOM WIDTH : 16CM
HEIGHT : 32CM

HANDLE HEIGHT : 25CM
STRAP LENGHT : 110CM (FOR MEDIUM BAG)
OPENING CLOSER : ZIP
CONTENT A4 : YES (3 IN 1)

GRED : AA WITH MK LOGO








HALATUJU SEBUAH BLOG

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat...

nak berblog mesti memiliki halatuju... dan kena pastikan blog anda kategori apa...personal atau blog informasi...

blog yang mudah untuk mendapat unik visitor yang tinggi adalah blog yang masuk kategori blog informasi... yup tidak kira mengenai negara kita... negara luar... informasi artis... informasi semasa dan lain-lain...

macam entri teka-teki dan jawapannya pun boleh dikira informasi... sebab aku pernah buat entri teka teki dan jawapannya... dan pada minggu tu semua pengguna internet sibuk cari jawapan untuk teka-teki tu... dan aku menerima lebih daripada 1K visitor untuk entri itu sahaja...

mudah kan?

blog informasi biasanya lebih menjadi pilihan ramai berbanding blog personal... yang cerita hari ni anda makan apa... hari ni anda kena gigit nyamuk ke... dan lain-lain mengenai didi anda... kerana anda bukan artis... lainlah jika Siti Nurhaliza tulis blog menceritakan hal ehwal dia mungkin ramai yang baca... hehe

jika personal blog biasanya kebarangkalin pelawat yang sama adalah tinggi... ya... peminat dan pembaca tegar blog anda... dan ini mengurangkan potensi anda menjana unik visitor...

entri aku yang menjadi viral di Facebook adalah entri ini...

6 LOKASI PERCUTIAN UNIK DI MALAYSIA mencecah lebih 300K visitor dalam masa 4hari
SIAPA PEMBUNUHNYA? jawapan untuk teka-teki pun ada yang google

dan ketahuilah jika anda memberikan informasi lebih ramai yang suka datang ke blog anda... tetapi jagan yang lucah sudahlah...

ok sekian babai


19 October 2014

GAMBAR: TERKINI AKHIL HAYY DAN WAHEEDA



masih menunggu cahaya mata
sekarang macam makin senyap je plak akhil hayy ni heheh =)

LOKASI PERCUTIAN BAJET KULIM

Assalammualaikum

seperti artikel sebelum ini... Malaysia memang memilki pelbagai lokasi percutian yang menarik... daripada lokasi mewah... hingga ke lokasi bajet...

kali ni aku nak kongsikan satu lokasi yang menarik di Sungai Sedim, Kulim Kedah...
berhampiran The Tree Top Walk


menyediakan kemudahan chalet, khemah berbumbung, dorm dan juga bilik dengan harga yang sangat berpatutan dengan bajet anda... 

Merupakan satu kawasan rehat dan perkhemahan alam semulajadi yang unggul terletak di Kawasan arus deras Sungai Sedim yang terkenal di negeri Kedah Darulaman.
  • Sedim Vista berada di sepanjang anak Sungai Sedim iaitu Sungai Riyau dan berdekatan denganTree Top Walk , yang merupakan laluan kanopy jalan kaki terpanjang di dunia meliputi jarak hampir 1 km.
  • Sedim Vista yang jaraknya lebih kurang 20km dari Kulim Hi-Tech Park dan 45km dari Butterworh dan Sg.Petani merupakan destinasi rekreasi dan pelancongan serta perkhemahan berkonsepkan alam semulajadi di pinggiran jeram dan pinggiran hutan bukit bukau diliputi flora dan fauna yang menyejukkan dan mempersonakan setiap pengunjung. Keindahannya akan mengkagumkan anda.
  • Sedim Vista menyediakan prasarana homestay/chalet berkonsepkan kayu (tradisional) sesuai dengan keadaan alam sekeliling di pinggiran bukit dan di tepian jeram Sungai Riyau.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Sedim Vista amat sesuai bagi mereka yang ingin menjalankan aktiviti2 berikut:
1) Berehat dan bercuti
2) Seminar & Team Building
3) Aktiviti Kursus
4) Tapak perkhemahan dan Campfire
5) Hari Keluarga
6) Kem Remaja dan Motivasi
7) Aktiviti Lasak seperti Sukan Air, Jungle Trekking, Kayak dan lain-lain
pelan lokasi

tempat penginapan yang ditawarkan





untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi nombor dibawah
 Manager: En Izham di talian 019-4270152/4337512


GAMBAR: KEMALANGAN MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI DI LEBUHRAYA KARAK

JENIS INSIDEN:KEMALANGAN J/RAYA
TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN:19/10/2014 (1122)
JENTERA PERTAMA TIBA: 1140
ALAMAT: KM25 LEBUHRAYA KARAK
BALAI TERLIBAT: BBP SELAYANG
KOMANDER OPERASI: JUMLAH KEANGGOTAAN: PKII-1, PB-6
LAPORAN AWAL KEJADIAN: KEMALANGAN MELIBATKAN 3 BUAH MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI DAN TELAH TERBAKAR MELIBATKAN 3 ORANG MANGSA (1 RENTUNG, 2 CEDERA PARAH)
MANGSA:1 RENTUNG 2 CEDERA PARAH

SEKIAN,TERIMA KASIH. 
PEGAWAI PGO BERTUGAS:
PPgB AHMAD AIDIL BIN AB MAJID

MASA INFOBLAST DIHANTAR:1209
Berita terbaru.
1 penunggang rentung (mati)
1 penunggang dilnggar (mati)
1 penunggang parah


KUMPULAN : LOCKERZ BIKER






Al-Fatihah

VIDEO: CARA MUDAH BUAT ROTI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sentiasa
kisah aku nak buat roti ni lame dah...
haha dah banyak kali cuba tak jadi-jadi jugak
ikut resepi daripada internet jugak lah

tah kenapa tetiba malam tadi dapat ilham nak tengok youtube video...
how to make milk bread

google jumpa lah
nah korang cuba tengok
lepas tu buat

InshaAllah menjadi



sebelum dibakar

masa dalam oven

masa dah siap

kebetulan ade sardin...
buat lah inti sardin...

menghasilkan 10biji sardine bun yang gebu

anak aku cakap tak payah beli roti lagi ye mama
tembam dan gebu =)

selamat mencuba!!!

18 October 2014

3 MAKANAN PELIK DI MALAYSIA

Assalammualaikum

Malaysia sebuah negara yang unik...
daripada perlis sampai ke sabah...
semua ada keunikan tersendiri....

sangat rugu jika kita sendiri mengabaikan dan tidak menghargainya...

ni antara makanan yang pelik pernah dijumpai...
walaupun sebenarnya banyak lagi yang pelik-pelik

Roti KLCC


Kuih Kundas


Rojak Kateh

KISAH RUMAH MESRA RAKYAT

Assalammualaikum

Rumah mesra rakyat. Harga RM70ribu...  RM20ribu disubsidi dari kementerian. RM50ribu, ditanggung oleh pemohon...

Syaratnya, pemohon hendaklah cagar tanah untuk memohon rumah ini. Bayaran bulanan sekitar RM150 selama 240 bulan...

Dikampung kampung banyak rumah mesra rakyat terbina. Ada keluarga mendapat sehingga 3 buah rumah. Ini rumah angah...ini umah uda....

Dan ada juga rumah RM70ribu ini dibina oleh manusia yang baik dengan ketua kampung. Baik dengan JKK, baik dengan YB. Dibina dalam dusun. Dibiar kosong....


Bila ditanya...

Kenapa kosong pakcik?
Saja bina, musim buah nanti boleh tidur dalam rumah baru ini....


Orang miskin manalah ada rumah....
Inikan pula tanah untuk dicagar...
Nak tumpang tanah orang pun belum tentu dapat...
Terbaik.....


nota kaki:
pergi ke kampung kampung bersepah rumah mesra rakyat kosong.

bila ditanya, rumah siapa?
ini rumah JKK...
ini rumah Anak ketua kampung angah...
ini rumah anak sedara JKK
ini rumah ketua pemuda
ini rumah ahli majlis
ini rumah ehem


perkara inilah yang buat aku tak suka dengan apa yang ada sekarang. ko faham kan???


untuk nilai rumah hanyalah contoh...
point utama... bagaimana orang miskin mahu bina rumah jika tanah pun tiada =)

17 October 2014

RESEPI AYAM GORENG KOREA


Bahan-bahan:

ayam 8 ketul
tepung gandum 1 cawan
tepung beras 1 cawan
bikarbonat soda 1 camca teh
sebiji telur
1 sudu kecil black pepper
3 ulas bawang putih
garam
madu/gula
cuka (jika ada)
sos tomato 4 sudu besar
serbuk cili/ cili kisar 2 sudu besar
bijan yang diigoreng tanpa minyak (aku ni tak de bijan)
minyak untuk deep fry

cara membuatnya:

campur tepung gandum,tepung beras dan bikarbonat soda dan gaulkan
pukul telur bersama black pepper dan gaulkan ayam bersama telur
kemudian golekkan ayam pada campuran tepung tadi
dan goreng hingga kuning keemasan

kemudian buat sosnya pula
tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar tadi hingga garing
kemudian masukkan sos tomato, cuka, madu/gula, garam dan gaul rata

jangan campur air supaya kerangupan ayam lebih tahan lama dan tidak berair

kemudian
masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos yang dimasak
gaul rata hingga sos menyaluti seluruh ayam yang ada
dan tabur bijan

ingat...
ayam ini tanpa kuah
hehe

nanti anda akan rasakan kerangupan ayam tersebut dan ada rasa masam, manis dan sedikit pedas
memang ohsem!!!

anak-anak aku memang suka... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...