GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

17 May 2015

PEKERJA KFC CUCI AYAM ATAS LANTAI



Sebuah video yang memaparkan dua orang pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) mencuci ayam di atas lantai dimuat naik di lamanYouTube dan tersebar meluas di laman sosial.

Insiden itu dipercayai berlaku di KFC Braamfontein yang terletak di Afrika Selatan.

Rakaman video jelas memperlihat salah seorang pekerja terbabit membaling daging ayam mentah ke lantai dan menyiramnya dengan air paip sambil diperhatikan oleh rakan sekerjanya.

Video berdurasi 1 minit 59 saat itu dimuat naik pada 8 Mei lalu dan sehingga kini mencapai tontonan melebihi 338 ribu.

Premis KFC tersebut sebelum ini dilaporkan telah ditutup sementara pihak KFC Afrika Selatan menjalankan siasatan.

Namun hasil siasatan awal mendapati, ayam-ayam yang dicampakkan ke lantai oleh dua pekerja terbabit merupakan ayam yang tidak dijual kepada pelanggan KFC.

SUMBER: MLP

p/s: dah kalau tak jual kat customer wat pe pulak gi cuci? mencurigakan seyhhhh =P

TAMPARAN HEBAT BUAT SELAT MELAKA




jika ini benar... adakah ia akan menjejaskan keadaan ekonomi selepas ni?

sekian

01 May 2015

BIODATA AHMAD MASLAN


Biodata Ahmad Maslan. Ini bukti bagaimana kuasa boleh merosakkan seorang pelajar yang cemerlang suatu ketika dahulu.
Bapa beliau, Haji Maslan (arwah) dan ibunya, Hajah Aminah adalah penoreh getah yang miskin dan tinggal di kampung yang tiada kemudahan elektrik, bekalan air paip, tiada jalan raya, kemudahan telefon sehingga 1996.
Ahmad Maslan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubuk Sipat (1973-1978) dan pernah menerima Anugerah Tokoh Murid.
Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (asrama penuh) pada 1979-1983 dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Pembahas Piala Perdana Menteri.
Beliau menyambung pelajaran ke luar negara di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan Victoria University, New Zealand dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Sains Politik).
Ahmad Maslan menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memperoleh Sarjanan Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik daripada 177 pelajar.

30 April 2015

JULIE DAHLAN MENINGGAL DUNIA


Sumber Harian Metro
KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2015: Produser filem ternama tanah air, Julie Dahlan telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun yang lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Allahyarham Julie atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 62, telah dikhabarkan meninggal dunia sekitar jam 7.30 malam dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.
Allahyarham sebelum ini dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.
Keadaan dia dikatakan semakin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.
Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).
Takziah dari kami warga Murai kepada keluarga Julie Dahlan serta Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman.

25 April 2015

TUN M SENARAIKAN 12 KEGAGALAN NAJIB



SHAH ALAM, (MLP) – Selepas beberapa siri kritikan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.

Memetik laporan Sinar Harian, Tun Mahathir terus mengkritik termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

Berikut merupakan 12 ‘kegagalan’ yang dimaksudkan Tun Mahathir:

1 - Pembinaan Jambatan Bengkok

Kegagalan pembinaan jambatan bengkok dianggap satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura,” jelasnya.

Menurut Tun Mahathir, Najib adalah anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikannya sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.

2 - Projek Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik 

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah,” katanya.

Tun Mahathir berpendapat, dengan RM 14 bilion, kerajaan sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010.

Sebaliknya atas desakan permintaan, Najib benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion lantas menghabiskan banyak duit.

3 – Rekrut Pegawai British

Tun Mahathir menyentuh tindakan Najib merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara.

4 – Konsultan Asing

Pegawai-pegawai tersebut pula menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion.

“Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” ujarnya.

5 - Pengabaian Khidmat Kakitangan Awam

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

6 - Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi

Mantan Perdana Menteri menyifatkan Najin mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, lantas mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini.

Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

“Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,” tegasnya.

7 - 1Malaysia

Dalam catatan sama, Tun Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang.

8 - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Tun Mahathir menyifatkan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat sebagai salah percaturan.

9 – Pelbagai Keputusan Buruk

Tun Mahathir menyimpulkan Najib membuat banyak keputusan salah yang memberi impak buruk.

“Dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.

“Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” terangnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

10 – Kejatuhan UMNO

Tun Mahathir mendakwa orang Melayu sendiri tidak menyokong Najib. Malahan selepas Najib mengambil alih UMNO, keputusan di Selangor lebih buruk daripada tahun 2008.

“Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

“Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia,” katanya.

11 – Gaya Hidup Mewah

Tun Mahathir menjangka bahawa BN akan kalah Pilihan Raya Umum yang seterusnya kerana kontroversi yang mengekori Najib.

“Saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah,” tambahnya.

12 - 1MDB

Akhir sekali, Tun Mahathir mengulas Najib gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB.

“Saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,” simpulnya.

Kredit gambar: loyarburok

SAM BUNKFACE SELAMAT BERNIKAH


Sumber Berita Harian
KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2015: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam telah selamat dan sah bergelar suami kepada kepada Aida Azira Hussin dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Sapura, Mines Resort City, pagi tadi.
Menerusi laporan Berita Harian, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar bin Mohd Baharom, 27, dan isterinya Aida dengan sekali lafaz telah selamat diijabkabulkan sekitar jam 9.27 pagi tadi.
Pasangan tersebut telah dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid al-Islam Serdang Raya, Ustaz Mohd Ramizi.
Dalam majlis itu juga, Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin perempuan.
Aida menerima hantaran mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah serta sepasang set telekung.
Hantaran dibalas dengan sebentuk cincin, senaskah al-Quran dan sehelai sejadah kepada pihak lelaki.
Persalinan akad nikah dan persandingan pasangan ini pula adalah hasil tanggungjawab Lynda Rahim Kuala Lumpur.
Selain itu, aksesori hiasan 'gold tattoo' pula tajaan Aisyah Wong, dipadankan dengan solekan yang minimalis dan elegen oleh Emmy Agung dan dilengkapkan lagi tatarias rambut dari Chez Hair Studio.
Sam yang juga abang kepada aktres Siti Saleha telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.
Mereka mula berkenalan sebagai rakan kerjaya sekitar tahun 2011, sebelum ianya bertukar menjadi hubungan cinta sekitar tahun 2013.
Sesuai dengan kecintaan mereka terhadap pantai, pasangan ini memilih Koh Tao sebagai destinasi bulan madu selama lima hari.
Mengenai cahaya mata, pasangan ini sangat terbuka dan bersedia dengan rezeki kurniaan Allah SWT.

20 April 2015

KENAPA SELUAR DALAM LELAKI DIJUAL DI DALAM KOTAK & WANITA BERSELERAK

Assalammualaikum...

sebelum ni aku pernah buat pelbagai entri yang mengajak anda semua berfikir kenapa dan kenapa...


ok... sambung... kenapa seluar dalam lelaki dijual di dalam kotak? dan wanita punya biar macam tu je?

1. marketing strategy

jika seluar dalam lelaki dijual berselerak bukan dalam kotak... lelaki akan beli sehelai sahaja... kerana mereka rasa satu sudah mencukupi... dan kerana itu ia dijual di dalam kotak dan lelaki akan ambil satu kotak (nak tak nak terpaksa beli juga) di dalamnya ada beberapa helai... dan akan bayar dengan harga tersebut...

wanita pula... jika seluar dalam mereka diletakkan dalam kotak... wanita akan ambil satu kotak... dan jika dijual berselerak... wanita akan memiliki skop pilihan yang luas dan yang pastinya... sehelai memang tak cukup... haha

2. memilih

sifat lelaki mereka akan ambil dan bayar dan hanya akan lihat pada saiz sahaja... so tak perlu  buka kotak... kalau silap beli pun redha je la...

wanita pula... meraka sudah pasti akan belek-belek... jahitannya lah... warnanya lah... dan pastinya akan banyak kotak yang terbuka jika dijual di dalam kotak... ini akan menimbulkan kemarahan tauke kedai... dan mereka akan penat mengemas... 

3. pemalu

sebenarnya lelaki lebih pemalu dari wanita? haha betul ke? mereka jarang berlama-lama memilih seluar dalam berbanding wanita... yang akan belek itu ini sebelum membuat pembayaran...

haha jangan marah haaaaaaaaaaaa =P


18 April 2015

AZWAN ANNUAR, PELAKON HANTU KAK LIMAH MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR 18 APRIL 2015: Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar,38, meninggal dunia di rumahnya di Kepong 10.15 pagi tadi akibat sakit belakang.
Menurut kakak tirinya, Norzaleha Saleh, arwah yang membawa watak Wan Kaswi dalam filem itu mengadu sakit sejak tiga minggu lalu.
"Sebelum ini arwah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit teruk. Dia ada mengadu sakit belakang dan pergi berurut.
"Malangnya, arwah enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah dinasihati oleh keluarga. Dia juga berpesan supaya merahsiakan masalah kesihatannya," katanya.
Jenazah Azwan dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam di Kepong selepas solat Asar.
Selain berlakon, arwah juga penulis skrip dan pegawai perhubungan awam serta cukup terkenal dalam kalangan media dan artis.
 Al-Fatihah

KERAJAAN RUGI RM8 BILION



ARAU, (MLP) – Kerajaan Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM8 bilion pada tahun lepas akibat kemalangan jalan raya sahaja.

Memetik laporan Kosmo, Datuk Seri Ismail Ahmad selaku Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, kerugian itu terkesan dari 480,000 kemalangan jalan raya yang mengorbankan 6,674 orang.

Menurut beliau perkiraan itu dibuat dengan mengambil kira setiap rakyat yang menerima subsidi kerajaan sebanyak RM1.2 juta sejak dilahirkan sehingga tamat pengajian di pusat pengajian tinggi atau universiti.

"Jumlah kematian ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan negara maju seperti United Kingdom yang mencatatkan 800 kematian sahaja tahun lepas walaupun penduduknya berjumlah lebih 60 juta orang," ujarnya.

Ismail menerangkan statistik itu ketika ditemui pemberita selepas majlis Hari JPJ Malaysia Peringkat Negeri Perlis di pekarangan jabatan itu di Jejawi kelmarin.

Gambar sekadar hiasan

Kredit gambar: Kosmo

17 April 2015

TIPS UNTUK DEACTIVATE VOICEMAIL

TIPS UNTUK DEACTIVATE VOICEMAIL
KEMPEN MENGEMPISKAN KEUNTUNGAN TELCO.
Bagi setiap call yang tidak dijawab atau disambut oleh sistem voice mail, kita akan dikenakan caj 0.08 sen sehingga 0.10 sen. Syarikat telco mengaut keuntungan berjuta dari servis ini.
Jom jimatkan bil bulanan kita:
Celcom ##002#
Tune talk ##002#
Digi *128*1*10*1*5#
Maxis ##109#

Sesiapa yang mengalami masalah, boleh terus call customer support masing-masing....




16 April 2015

RM298 JUTA DIKUTIP HASIL PERLAKSANAAN GST SEJAK 1 APRIL


lebih kurang 2 minggu je GST dilaksanakan... ratus juta dah dapat dikutip... memang betul lah GST adalah cara mudah pemerintah untuk dapatkan dana kewangan... he3

tak kira lah hasil tu akan di kemanakan... tapi memang mudah sangat nak kumpul duit rakyat wohooo...

bye bye =)

14 April 2015

PERKAHWINAN MEWAH PUTERA SULTAN BRUNEI

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Anak Diraja Sultan Brunei iaitu Putera Abdul Malik dan isterinya Dayangku Raabi’atul’ Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah berlangsung secara sederhana tetapi meriah.
Istiadat bersanding itu telah diadakan di Istana Nurul Iman baru-baru ini, dengan mengenakan busana pengantin tradisional yang bertatahkan emas dan berlian.
Difahamkan juga, pelamin kedua-dua mempelai ini turut diperbuat daripada emas untuk menambahkan lagi seri pengantin dan majlis yang bermakna itu.
Lebih mengujakan apabila sepatu yang disarung oleh pengantin perempuan jenama Christian Louboutin disalut permata indah mengamit perhatian ramai.
Hiasan gelang emas tulen di pergelangan kaki juga turut menjadi pilihan pengantin perempuan untuk raikan hari yang berbahagia.
Dengan kesempatan ini, beberapa keping gambar yang sempat diketik lensa jurukamera profesional agensi berita antarabangsa Reuters, jom kita lihat gambar Istiadat Bersanding anak Diraja Sultan Brunei.  






MEMASAK ADALAH SALAH SATU IKHTIAR HIDUP DI HOSTEL

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...


hanya dengan dua alatan ni anda dah boleh memasak


tujuan memasak di hostel... biasanya sebab nak suka-suka, atau memang sangat perlu berjimat untuk elak makan di luar... 

hakikatnya memang tak boleh bawa periuk nasi... kuali... dapur dan lain-lain alatan memasak... tetapi sebagai student... pasti anda kreatif... kan?

biasanya hostel akan benarkan anda menggunakan seterika... dan heater...

yup itulah alatan memasak aku... kih3

dalam heater anda boleh masak tomyam... rebus telur... celur bihun... dan lain-lain lagi berdasarkan tahap kecerdasan IQ anda....

seterika... anda boleh guna untuk bakar roti... memang roti boleh makan begiru saja... tapi kekadang tu nak ubah selera kan... kemudian sapukan dengan butter, marjerin, mentega kacang... dan lain-lain lagi berdasarkan level pemikiran anda... (ada jugak yang boleh goreng telur atas seterika)

memang ada yang sanggup seludup periuk nasi untuk memasak... tetapi jika terkantoi... barang akan di rampas... dan di denda... dan segala risiko atas tanggungan anda sendiri...

at least dengan cara itu anda dah boleh lepas untuk saving duit makan pada hujung minggu... dan berjimat untuk sarapan pagi dan makan malam pada hari-hari ada kelas... maksud aku di sini bukan lah memasak menjadi keutamaan hinggakan terabai pelajaran... tetapi ia boleh dipraktikkan... jika ada masa terluang dan boleh diaplikasikan dalam menghasilkan menu yang mudah dan ringkas... tetapi mengenyangkan...

anda masih tercari-cari idea tambah pendapatan?

berjimat cermat dengan cara memasak tak salah...

tetapi... jika nak buat untung lebat... pastikan anda berniaga masa study... tak payah berniaga yang susah payah... cukup sekadar buat perkhidmatan 'percetakan di bilik' pasti anda untung lumayan... buat perkhidmatan percetakan hitam putih dan juga berwarna...

kosnya hanyalah printer yang berharga sekitar RM300... ink dan penjagaan printer secara lebih rapi... untuk elak kos baik pulih printer atau sebarang kerosakan... yang paling utama adalah jaga header printer... supaya hasil cetakan anda sempurna dan cantik... (kalau tak de customer pada hari tersebut... atau pada cuti sem... make sure printer anda tetap mencetak setiap hari... even hanya beberapa patah perkataan... untuk... elak header... yang pernah dilalui ink tu beku... dan akan mengganggu proses kelancaran cetakan...)

gunakan ink printer berselang seli dengan yang original... nak sentiasa beli yang original mestilah kosnya agak tinggi...

perniagaan ini mengntungan... sebab para pelajar akan print assignment dan pasti perkhidmatan anda menjadi popular hehe... dan dijamin menguntungkan... jadi anda tak perlu risau mengenai duit belanja =)

sambil meniaga anda juga boleh bantu kawan-kawan yang suka buat assignment last minit... perkhidmatan anda adalah penyelamat mereka...

tetapi pasti akan ada kesan sampingan... pada rakan sebilik anda... mungkin anda akan diganggu dengan ketukan pintu hingga 2 atau 3 pagi... kerana ingin mencetak assignment... dan sila bersikap baik kepada rakan sebilik anda... supaya mereka tak annoying dengan perniagaan anda... hehe... sama ada dengan memberi perkhidmatan percuma pada mereka... atau belanja mereka minum-minum pada hujung minggu... sebagai tanda anda berterima kasih kepada rakan sebilik kerana sanggup bertolak ansur dengan anda... =)

nota: ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis =)

11 April 2015

NAHAS HELIKOPTER: MAYAT AIDANA BAIZIEVA DITUNTUT



KUALA LUMPUR, (MLP) – Mayat keenam mangsa nahas helikopter AS365N2 Aidana Baizieva sudah dituntut kakak tirinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Memetik laporan Kosmo, jurucakap Kedutaan Kyrgyzstan ke Malaysia memaklumkan bahawa mayat wanita berusia 25 tahun itu dituntut kakak tirinya kira-kira pukul 5.30 petang dari Unit Forensik HKL.

Jenazah akan dihantar pulang ke negara asalnya dan dijangka tiba petang hari ini di kampung halaman mangsa.

“Pihak berkuasa Malaysia berpuas hati dengan keputusan asid deoksiribonukleik antara mangsa dan kakak tiri sebelum membenarkan kakak tirinya membawa pulang mayat,” ujar jurucakap itu.

Datuk Abdul Samah Mat selaku Ketua Polis Selangor turut mengesahkan perkara tersebut.

“Mayat Aidana diuruskan oleh sebuah syarikat pengurusan mayat tempatan dan mayatnya akan dihantar pulang ke negaranya menggunakan pesawat Air Astana kira-kira pukul 10.55 pagi hari ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya.

Kredit gambar: melvister

10 April 2015

MAHU JIMAT SELEPAS GST? JOM SHOPPING DI SABASUN


sebagai pengguna bijak anda perlulah peka dengan permainan harga di pasaraya sekitar anda...
anda bijak anda jimat =)

sabasun adalah sebuah pasaraya yang terletak di terengganu

berbekalkan slogan
'HARGA MUROH SOKMO'

antara pasaraya yang menawarkan harga lebih rendah berbanding pasaraya lain...



09 April 2015

7 SELEBRITI YANG MENJADIKAN DATO' SITI NURHALIZA SEBAGAI INSPIRASI



Dato’ Siti Nurhaliza merupakan salah satu penghibur tersohor di Malaysia. Kejayaan penyanyi nombor satu Malaysia ini bukan hanya sekadar di dalam negara malah penganugerahan yang diterimanya meliputi sejenak Asia.

Sejak bergiat aktif sebagai penyanyi bermula tahun 1995, Dato’ Siti Nurhaliza telah melebarkan sayapnya sebagai penulis lirik, penerbit, penyampai televisyen serta ahli perniagaan.

Penanda aras yang dikecapi Dato’ Siti Nurhaliza dilaporkan menjadi ilham dan inspirasi buat ramai anak seni sama ada di Malaysia atau di luar negara. Ketahui 7 selebriti yang memetik nama Dato’ Siti sebagai sumber inspirasi mereka.

Aizat Amdan


Penyanyi popular Aizat Amdan pernah mendedahkan bahawa dia pernah menolak hasrat beberapa seniman tanah air antaranya Dato’ Siti Nurhaliza yang ingin mendapatkan karyanya.

Menurut Aizat, dia masih belum yakin bahawa lagu ciptaannya sesuai dinyanyikan oleh Dato’ Siti yang jauh berpengalaman serta seorang individu yang dianggapnya sebagai idola.

Misha Omar


Nama Misha Omar sememangnya gah ketika zaman kegemilangannya pada era 2000an. Penyanyi yang berasal dari Kelantan ini pernah merangkul beberapa anugerah berprestij antaranya Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik, Festival Filem Malaysia, Anugerah Bintang Popular dan lain-lain.

Dalam sebuah bual bicara, Misha Omar pernah menamakan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai salah seorang individu paling diminati selain meletakkan seniornya itu sebagai penanda aras kejayaan.

Nicholas Teo


Bekas juara program realiti Astro Talent Quest 2002 ini berjaya mengilap bakatnya di Taiwan sekaligus menembusi pasaran antarabangsa.

Meskipun berjaya menewaskan Dato’ Siti Nurhaliza untuk gelaran Artis Pilihan Malaysia di Anugerah MTV Asia 2008, anak kelahiran Sarawak ini melahirkan keterujaan kerana menyangkakan ia akan menjadi milik penyanyi pujaannya itu.

Soo Wincci


Bahasa bukanlah halangan bekas ratu cantik Malaysia 2008, Soo Wincci untuk merakamkan album mini berbahasa Melayu. Menyanyikan lagu-lagu ciptaan Ajai, komposer terkenal itu akan turut menjadi penerbit sekaligus membimbing Wincci.

Salah satu sebab mengapa Wincci mahu merakam album tersebut adalah kerana minatnya terhadap lagu melayu selain suka menyanyikannya. 

“Idola yang menjadi inspirasi kepada saya sudah tentu Dato’ Siti Nurhaliza,” ujar Wincci dalam satutemubual.

Maia Lee


Penyanyi dan personaliti televisyen dari Singapura ini menggelarkan dirinya sebagai peminat Siti Nurhaliza bukan berbangsa melayu nombor satu di dunia!

Finalis Singaporean Idol ini juga pernah menyertai satu pertandingan mengenai Dato’ Siti Nurhaliza pada tahun 2003. Dalam pertandingan tersebut Maia mengenakan baju kebaya sambil menyanyikan lagu popular Dato’ Siti Nurhaliza.

Sunu (Matta)


Masih ingatkan anda kepada lagu Ketahuan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Matta beberapa tahun lalu? Tahukah anda bahawa penyanyi utama kumpulan Matta iaitu Sunu sangat meminati Dato’ Siti Nurhaliza?

Sunu juga pernah melahirkan keinginan untuk berkolaborasi bersama idolanya itu. Semasa acara persembahan Anugerah Planet Muzik 2008, Sunu tidak melepaskan peluang menghulurkan mikrofon kepada Dato’ Siti sebaik saja dia menyedari kehadiran penyanyi idolanya itu di barisan depan.

Judika


Penghibur terkenal Indonesia, Judika yang popular menerusi lagu Aku Yang Tersakiti dan Mama Papa Larang juga meminati kelantangan vokal yang ditampilkan Dato’ Siti Nurhaliza.

Semasa dalam rangka promosi di Malaysia sekitar 2013, Judika pernah menyuarakan keinginan untuk bergandingan bersama penyanyi tersohor Malaysia itu.

Kredit gambar: Wikipedia, hyebro, ohbulan, mixrad, merdeka-online, johannahfimj, okezone, kapanlagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...