GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label pemberitahuan. Show all posts

27 April 2010

JURUTERA MESTI TAU TUGAS JURUTEKNIK FAHAM?

salam

amaran keras
seorang jurutera perlu tahu tugas seorang juruteknik
mesti tidak boleh tidak

luahan hati seorang jurutera
yang duduk menongkat meja
tak tau nak buat kerja apa
hahaha

jom jalan-jalan tukar fius
semua kerja rasa mahu buat
best ke kerja?
tapi tak payah buat kerja?

mereka kata kau silap
kau patut kerja dengan sime darby
kau patut kerja dengan petronas
suka aku lah...
dekat dengan rumah
aku nak kerja sini

kau faham tak?
jurutera mesti tau tugas juruteknik
itu saja yang difikir sejak semalam =)

26 April 2010

ALAT BANTU PENDENGARAN

salam
bila malam hari mula suram
suasana diam
aku masih tidak mahu lena
harus aku ada...
alat bantu ini
agar cuping aku
terus buka dan berjaga
supaya aku bisa mendengar....



KITA TENGOK PILIHANRAYA BESAR PUNYA PRU 13

salam
tahniah untuk BN atas kemenangan terancang itu
aku rasa sedikit kecewa
ya itu yang aku rasa...

tiba-tiba semalam terus malas layan kisah-kisah online
terus tutup blog dan terus layan cerita 
SHAWSHANK REDEMPTION untuk kali ke 5
hari ni aku bangun dan masih bersemangat rupanya

ya aku yakin 
kemenangan BN kali ini bukan dengan modal yang kecil
seperti yang sebelum ni...
mereka perlu membayar upah untuk itu dan ini
aku senaraikan sedikit antara perkara yang mereka lakukan 
semuanya memerlukan duit

- pengundi hantu
- menawan hati pengundi dengan duit
- membayar pembawa bendera (yang kelihatan seperti budak2)
- membayar tukang sorak
- membayar mereka yang tak puas hati dengan calon pilihan
- membayar mereka yang jadi calon bebas untuk tarik diri

tah banyak lagi yang mungkin aku terlepas pandang. tapi yang pastinya mereka benar-benar bertungkus lumus untuk kemenangan ini. nah ambik lah hadiahnya. sebuah kemenagan kecil yang satu malaysia tahu ada calit kotor di situ.

setelah semua media perdana dikerah untuk meletakkan logo dacing juga setiap kali mengeluarkan cerita mengenai Hulu Selangor. ditangkap semua yang memakai baju altantuya. dan apa saja yang PR lakukan semua kau kata melanggar peraturan. itu kau kata.

tak pe biarkan mereka gembira seketika. kita akan lihat macam mana mereka mahu lakukan persediaan untuk PRU 13. andai kos untuk 1 pihan raya kecil pun sudah menelan belanja jutaan ringgit. bagaimana BN mahu hadapi PRU 13 ini? adakah dengan nilai BILLION atau TRILION? sanggupkah mereka bekalkan pengundi hantu untuk semua kawasan DUN 1 MALAYSIA yang bertanding? sanggupkah mereka mengorek semua hal peribadi pemimpin yang bertanding atas tiket PR untuk dieksploitasikan? 

mereka tidak akan mampu untuk lakukan cara kotor begitu untuk 1 MALAYSIA.yang pasti PR telah menang 7 kali berbanding BN sebanyak 3 kali. setelah berakhirnya PRU 12 pada 2008

aku tetap akan cakap UNDILAH PAKATAN RAKYAT

25 April 2010

UNDILAH ZAID BIN IBRAHIM

ITU BUKAN LAGI PEMUDA ITU SUDAH JADI PETUA

salam
lagi satu entri...

aku kat sini
masih memerhati
datang satu email daripada 
pemudaumnolabis
katanya lahir tahun 1945
tuanya kau? bukan pemuda lagi
dalam hati aku kata itu bukan pemuda
itu petua...
agak-agak kau marah tak?
mahu carik apa? aku ajak baca blog aku lah
hahaha...

senarai nama ketua pemuda tu semua aku kenal
kawan-kawan sekolah aku
anak arwah cikgu aini...
tah sape lagi...
otak aku tak kuasa nak hafal

cuma ada beberapa komen 
daripada peminat politik tempat aku
jadikan nampak macam hot
ini hanya tulisan individu
tiada kaitan dengan orang lain
aku menulis berdasarkan apa yang aku nampak
apa yang aku rasa....
aku bukan lah ancaman kepada sesiapa itu saja aku nak kata

baca komen ni ---> baca

aku gunakan perkataan 'kau' dan 'aku'
kurang ajar kah?
kau pun berdoa pada TUHAN gunakan itu juga....
kau kurang ajar kah?

SOALAN KUBUR

di dalam kubur nanti akan datang dua malaikat
bertanyakan tentang amalan kita di dunia
aku sangat pasti
dan memang pasti
mereka tidak akan bertanya soal
MELAYU dan KETUANAN nya ya
okay...
orang-orang UMNO tak payah sibukkan lagi soal KETUANAN MELAYU


terima kasih


yang pasti ISLAM untuk semua bangsa =)

HASIL SENI

lukisan bahagian tangan kurang menjadi hahaha

lukisan pemberian 

24 April 2010

MENGAJAR ANAK BERBAHASA INGGERIS

salam
kembali lagi dengan entri yang normal

mengajar anak-anak atau melatih budak-budak bretutur inggeris
peringkat awal kanak-kanak ibu bapa bolehlah mulakan dengan mengajar perkataan ringkas dan mudah. seperti cat, book, ball, ear, eye, hand, & so on....

perkataan ringkas dan tunjukkan sekali gambar berkaitan kepada kanak-kanak. itu sesuai bagi kanak-kanak yang berusia 1 dan 2 tahun. tetapi apabila sudah berusia 3 tahun dan ke atas mula latih anak untuk memahami frasa ayat yang ringkas dan membina ayat dalam bahasa inggeris. kerana  jika anak-anak masih lagi di asuh untuk menyebut perkataan ringkas sahaja. tahap kemajuan anak-anak masih tidak boleh dibanggakan lagi.

antara frasa yang boleh mula di ajar adalah seperti " up your hand ", " come and follow me" biarkan anak-anak mula faham dan pandai menerima arahan dalam bahasa inggeris. " sit down please", "good morning everybody" dan banyak lagi... dan latih juga anak untuk menyebut ayat-ayat tersebut.

kerana sekiranya anak anda sudah berusia 4 atau 5 tahun tetapi hanya mampu menyebut perkataan ringkas sahaja. itu bukanlah suatu perkara yang membanggakan. masih lagi menyebut cat, ball, book, nose. sewajarnya pada usia 5 tahun anak-anak sudah boleh diajar untuk mengenal phonetic symbol untuk memudahkan lagi sebutan. disamping sudah mampu memahami cerita kartun yang ringkas dan membaca ayat-ayat ringkas pada buku.

seandainya anak-anak agak perlahan untuk menerima semua ini. jangan bimbang, teruskan dengan perlahan-lahan. supaya anak-anak tidak akan jemu dan pastikan mereka teruja untuk berbahasa inggeris. aku melihat sendiri bagaimana mak aku train anak-anak dia untuk berbahasa inggeris. semestinya adik bongsu aku adalah yang paling berjaya dalam berbahasa inggeris. dan memiliki vocab yang tinggi dan tidak menghadapi masalah grammar. huhuhu.... aku masih ditahap biasa saja.... mak aku memang menggalakkan anak-anaknya untuk membaca novel inggeris. kerana beliau merupakan peminat Harry Potter juga =)

oleh itu, latihlah anak-anak anda sebaik mungkin. untuk menjadi insan yang cemerlang.


PENEROKA DIGESA BANGKIT DARI TERUS DITIPU


klik tajuk di atas untuk info penuh

Peguam Wan Rohimi Wan Daud berkata, Felda kini menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas peneroka.Peneroka jelasnya ditekan akan dibuang dari rancangan Felda jika melanggar akta itu, sedangkan Felda langsung tiada kuasa berbuat demikian.

"Itu tahyul belaka, selama 52 tahun Felda guna akta GSA ini takutkan peneroka.

" Isu tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri bukan Felda," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di Himpunan Warga Felda Kebangsaan Kali Ke-2 di Sg. Tengi hari ini.

Rohaimi yang juga peguam kes Felda Kemahang 3, Kelantan yang menang baru baru ini berkata, beberapa penindasan lain juga wujud, dan didakwa dirancang secara teliti pihak Felda tanpa pengetahuan peneroka.

"Tiga benda Felda tipu peneroka secara tidak sedar iaitu isytihar buah reject, curi buah reject dan isytihar kualiti minyak rendah," katanya lagi.

Menurutnya, hasil penyiasatan yang dilakukan mendapati dalam purata 7 tan kelapa sawit, Felda mengisytiharkan setengah tan adalah buah yang di reject.

Ianya bersamaan lebih kurang 19 dari 38 tandan kelapa sawit.

Namun dedahnya, buah yang diisytihar reject itu bagaimanapun tidak dibenar diambil semula oleh peneroka berkenaan.

"Pada malamnya, lori akan datang ambil buah reject itu dibawa ke kilang untuk diproses.

"Tapi Felda tidak pernah agihkan wang dari buah reject ini kepada peneroka," katanya lagi.

Ekoran itu tambahnya, setiap peneroka rugi atas angin RM250 sebulan ditipu Felda dangan "buah reject".

Selain itu, setiap kilang Felda juga jelasnya turut mewujudkan kolam minyak busuk. Bagaimanapun, pada sebelah malamnya, 'lori hantu' diarah datang menyedut minyak tersebut untuk dijual.

"Minyak busuk ini ada harga, Felda jual mianyak ini tetapi langsung hasilnya tidak diberikan kepada peneroka," katanya lagi.

23 April 2010

PERKARA MISTERIUS SEJAK AKHIR-AKHIR NI

ayoyo....(kepala geleng-geleng sambil tepuk-tepuk dahi)
yenna deyy? yenna po!! po!! po!!

tanda aku dah mula marah....
hahaha....
nak marah kat Hulu Selangor kena macam ni...
nanti baru Kamalanathan paham.... hulala...

deyy tambi...
apa pasal takut sama orang sudah mati?
apa pasal takut ALTANTUYA?
apa pasal takut TEO BENG HOCK?
BN takut hantu depa tolong undi ka?
takut hantu depa tolong kempen ka?

ayoyo....
orang hidup BN takut
orang mati BN takut

ke korang yang plan untuk bunuh diaorang?
tu yang takut sangat tu....
tanya kat bang jib dan mat sembab hulala...

MISTERI....

UNDILAH PAKATAN RAKYAT SEMOGA LEBIH BERKAT

CAKAP DALAM HATI JE... PASAL HULU SELANGOR

salam PRK Hulu Selangor 

sebelum pergi mengundi...
anda semua perlu fikirkan pecahan pengundi mengikut kaum
majoriti di Hulu Selangor adalah Melayu... dan di Malaysia kebanyakkan melayu adalah Islam.

kemudian imbas kembali calon yang bertanding Melayu dan India.


ko yang nak pegi mengundi tu Melayu ke ape?
sebelum penamaan calon ni la kan... ko dah penah kenal ke mereka yang tercalon?
pikir kejap ko tu kenal ke KAMALANATHAN mase tahun lepas?
siapa yang ko kenal?
1. mesti saudara ZAID IBRAHIM kan? (dia memang popular pun sebelum ni)
2. Parti Keadilan Rakyat kan? (MB korang sekarang pun dah memang dari PKR)


satu je korang pikir kasi baik punye.... kalau ko tu Melayu tapi ko pegi pangkah India
senang je aku cakap... ko nak aku panggil ko tu KAYU ke LEMBU?
memang nampak kasar...
memang nampak macam kurang ajar...
tapi apasal ko tak undi dan sokong orang Islam?
tapi apasal ko tak sokong orang sebangsa dengan ko?
tapi apasal ko merungut sana merungut sini?
bila BN naye ko itu ini....
naik itu ini
tambah begitu begini
macam-macam kerenah birokrasi ko kena hadapi


mase suruh pangkah PEMBANGKANG ko tak nak
cakaplah tengok muka KAMALANTHAN tu sejuk lah ape lah....
piiiiiiiiiiiiirah.... 
tu semua cakap orang tak de arah.... 
mase kene temuramah.. 
dengan TV3 suku....
juga TV pembohong no satu...


tu dia...
sebelum jadi lagi meh pakat sedar ramai-ramai...
jangan sampai kampung tergadai....


aku yang jauh kat sini pesan guna blog je la....
ni ha sikit contoh...
untuk OPAH aku- beliau kawasan SUNGAI BURUNG 
memang aku dah pesan jangan pangkah BN lagi
tak kiralah sampai OPAH mati pun jangan pangkah lagi....
i love u OPAH nanti buka blog ni lagi dan bace lagi lagi dan lagi
pesanan ni sesape pun boleh bace...


ko tengok ATOK aku sekuat-kuat BN dia pun dia dah kabo
kalau taruk INDIA atok memang tak pangkah ATOK Melayu dan Islam
wakil tempat dia si NOH OMAR hampeh....


ni terang-terang orang INDIA tade KAMAL KAMAL
KAMALANATHAN bukan KAMAL


jadi silalah bercakap dalam hati dulu...
tanya hati ko dulu sebelum ko pegi mengundi...


IKA good luck kat KKB terbaek untuk family ko
satu family UNDI PKR
hehehe.....


p/s: esok aku takut tak sempat nak update blog ni... meeting kol 8pagi. mesti penat. tak larat.
ingat nak pakai selipar jepun je pegi meeting hahaha... sekali papadom blanje bli crocodile... aku sambut je...
RM80 lepas less... mata aku usyar lain.... hoho.... cakap dalam hati selalu dapat peeeeeeewit


UNDILAH PAKATAN RAKYAT MOGA HIDUPMU LEBIH BERKAT

22 April 2010

SEMBANG-SEMBANG PERIHAL CERMIN MATA

bagi pemula yang pertama kali mahu menggunakan cermin mata.
anda sekurang-kurangnya perlu mengetahui asas bagi sesebuah cermin mata
seperti istilah 

Multi Coated lens
Thin & lighter lens
half frame/full frame/no frame
Photochromic lens

MC atau multi coated
adalah istilah yang biasa jurujual akan terangkan saat anda mahu membeli cermin mata
"cermin mata ni kita bagi sekali multi coated dan harganya bla bla bla..."
lebih kurang macam tulah kan... bagi mereka yang menghadapi masalah silau multi coated lens mesti ada saat mereka menempah cermin mata - kanta mahal sedikit dari tanpa multi coated.


Thin & Lighter - menipiskan kanta (ada dalam subjek fizik)
kebiasaannya jurujual akan bertanya nak buat hi index atau tak terutama bagi yang nilai power agak tinggi
istilah yang akan anda dengar adalah low index, mid- index dan hi index lens. mereka akan cakap lagi nipis lagi mahal... yup memang pun macam tu.. 1.20, 1.64, 1.70 dan banyak lagi angka yang semakin meningkat menunjukkan kanta kamu semakin nipis.


half frame/ full frame/no frame
secara rawak harga cermin mata half frame lebih mahal berbanding no frame dan full frame. kerana half frame lebih kukuh dan agak lebih bergaya. tetapi itu semua bergantung pada jenama.


Photochromic lens
kanta fotokromik. akan kelihatan biasa jika tidak terdedah pada sinaran ultraungu. jika terdedah pada sinaran ultraungu pula kan menjadi gelap... ala-ala sunglass... tapi bukan yang macam pakcik-pakcik tua pakai tau.. yang letak ade magnet tu... atau yang ade sunglass bleh angkat-angkat... tu old fashion lah... orang tua-tua suka pakai. pesen macam tu aku dah lame jumpa zaman sekolah lagi dah ade. tapi yang fotokromik ni memang mahal yang mampu je boleh beli.

contohnya: cermin mata yang aku guna sekarang ni jenama david beckham frame from japan, multi coated, mid-index. aku beli dengan harga RM290. tu tak wat hi index lagi dan fotokromik. kalau aku wat aku kena cas dekat RM7++ tu tokey kedai aku kenal. encik azmi. kalau tak dekat nak seribu kalau ko pegi kat MENARA OPTOMETRIS. untuk info menara memang mahal sikit harga dari england optical dan focus point. aku kalau beli contact lens aku biase beli dekat england optical. 6 bulan pakai siap solution dan eye drop berharga RM145.


21 April 2010

READING NOT WASTING

hi readers
read = baca
read book
read email
read sms
read signboard
read pamplet
read blog huhuhu
just want to share all these

nice book - should grab one

most of Malaysian respect this author

my bro love this author

my fav qoran translation - english version

missing my mc milan dict. should have ~

physical chemistry. organic chemistry, physic, biology, pure mathematic, C++ programming
want borrow it?

comics

a part of collection

think about reading?
think about knowledge?
think about money?

this is not copy paste entry
as i'm telling you i want become a good writer -->> see this

why i post this entry?
you should spend your money to buy any reading material
besides reading from our interactive medium like internet

HAPPINESS IS NOT A STATION YOU ARRIVE AT
BUT A MANNER OF TRAVELLING

20 April 2010

AYOYO MACHA...





apasal muka ZAID IBRAHIM macam tak de feeling je nak minum arak?
ko edit kurang sempurna...
lain kali edit dengan memek muka sekali...
lagi besar dosa orang yang bagi lesen untuk buka kilang arak
membolehkan 1 MALAYSIA berpeluang minum arak

UNDILAH PAKATAN RAKYAT

ehsan: Lanun Sepet & Selangor.2U

18 April 2010

BERITA TV SELALU PRO BN

salam
hari-hari tengok TV bosan pulak...
tengok berita mula-mula cerita kebagusan calon BN
slot seterusnya mengata calon PR...
lepas tu keluar kenyataan menteri... ini bukan serangan peribadi..
woi!!! kalau bukan serangan peribadi takkan tu orang main konda-kondi?
ko ingat bodoh sangat ke rakyat Malaysia ni?
itulah definasi DEMOKRASI tafsiran BN sendiri

ORANG ASLI pun dah sedar la weh...


UNDILAH PAKATAN RAKYAT

p/s: sakit kepala efek minun NESLO ada lagi... haiyak... tak da mood nak taip lebih-lebih

BERTUKAR

salam...
aku bercadang untuk menukar URL blog ni...
tapi masih dalam proses...
dan mungkin akan terjadi selepas tamat PRK Hulu Selangor
dan aku tidak mmebuat apa-apa perubahan pada blog ni...
hanya bertukar URL saja... =)
saat tu blog ni mungkin akan diprivatekan sementara waktu...
mampukah? sama-sama nantikan...

satu ucapan khas untuk my best yang baru bertunang huhu...
congrate okeh... untuk ENCIK A wohaa.... 
one of my best boyfriend (antara kawan baik lelaki aku)
baru je ENCIK R a.k.a my best friend sebut-sebut pasal ko...
nanti INSYAALLAH aku datang... ko kan kawan baik aku... yihahaha =)

p/s: aku nak apple juice tau mase ko nikah nanti... siakap stim, sup sirip ikan yu dan lain-lain dengan makan damai sama-sama... ko janjikan... goreng pisang dan nasi lemak jangan lupa =)

bukan ninja turtle =)

17 April 2010

BN HEBAT LAH SAYANG

betul ke sayang BN tu hebat?
ya sayang...

kenapa hebat pulak?
hari tu kata sokong PAS...

dengar dulu cerita sampai habis...
sila ambil perhatian ini bukan blog kroni BN

memang BN tu hebat

datang satu budak panggil ramai-ramai budak
dia suruh belasah budak yang satu tu
pukul kasi nampak itu darah
panggil lagi ramai-ramai budak
suruh pecah cermin kereta
nanti balai sana kita cerita

datang ramai-ramai perempuan
datang ramai-ramai lelaki
main tonggeng-tonggeng
tepuk-tepuk punggung
bikin pelik orang asli Hulu Selangor
kami pun dah tak buat isyarat macam tu
orang asli pun geleng kepala
dalam hati berkata mau jadi apa pangkah mereka
kami lagi tahu malu

mungkin pelakon dan lokasi tak sama
tapi tu semua mirip je...
maklum lah kes LIWAT pun boleh ulang semula

persis ujibakat mahu cari pelakon handalan
banyak sketsa yang mahu dikongsikan
ini hanya sebahagian...

mama kenapa macam tu?
anak kecil bertanya....
mereka memang begitu...
1 MALAYSIA dah tahu

betulkan sayang BN tu hebat?
sambil mencebik
alah taktik lama 1 MALAYSIA tahu

UNDILAH PAKATAN RAKYAT - KEMBALIKAN KUASA RAKYAT

16 April 2010

RAMAI CALON BEBAS DI HULU SELANGOR

selamat hari jumaat =)
dengar kata ramai calon bebas yang mahu bertanding di Hulu Selangor nanti...
wah mesti sangat meriah....

bagi Parti Keadilan Rakyat harapan besar untuk memenangi lagi kerusi Parlimen Hulu Selangor
semoga jentera pilihan raya Pakatan Rakyat teruskan usaha kamu semua!!!

lebih ramai calon bebas bertanding kurang sikit malu BN andai kecundang lagi...
yelah... kalau pertandingan dua penjuru je....
andai BN kalah mesti kena gelak guling-guling....
bila ramai calon bebas bertanding....
andai BN kalah tak lah malu sorang-sorang...
ada ramai lagi yang malu bersama BN...

tak lah nampak BN je yang ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Malaysia... =)

p/s: kalau aku tengokkan je BN lawan dua penjuru dengan PR

UNDILAH PAKATAN RAKYAT

LINDUNGI HAK PENGGUNA

anda semua perlu tahu di Malaysia pengguna atas talian(online) tertakluk di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM). manakala pengguna telefon bimbit tertakluk di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi Malaysia(KTAK).

arahan untuk pendaftaran bagi semua pengguna selular awam di Malaysia adalah bertujuan untuk mengekang penyalahgunaan selular awam dan menangani isu keselamatan.

oleh itu, sekiranya berlaku sebarang ugutan, serangan atau apa sahaja perkara yang mengganggu individu terlibat. laporan polis boleh dibuat, kemudian siasatan boleh dilakukan ke atas mana-mana kad sim prabayar, melalui pusat khidmat pengguna bagi pengeluar kad sim terbabit. termasuklah aktiviti keluar masuk khidmat pesanan ringkas(sms) dan panggilan telefon. semua ini ada direkodkan.

manakala, untuk mengesan keluar masuk email dari pengguna atas talian mereka tertakluk di bawah SKMM. jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, laporan polis boleh dibuat dan siasatan akan dilakukan. mereka yang melakukan kesalahan tidak lagi boleh berdolak-dalih... kerana segala bukti ada di depan mata.

jangan takut andai kamu diserang atau diganyang. kamu juga miliki hak. =)

14 April 2010

APA LAGI NI

tak larat sudah
tiba-tiba demam
rasa nak muntah
pening
pusing-pusing macam gasing
gagah taip entri ni
terima kasih aiman untuk benda ni
nak minum air kiwi
tak daya sangat dah ni
perlu ke hilang lagi
tak tau sampai bila aku cam ni =)
baibaibai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...