GENG LENSA HIDUP

15 October 2014

BUS HOTEL KLEBANG

Lagi review mengenai lokasi penginapan Unik...

Bus + Hotel = Bustel

haaaa ko jangan memain... ni dekat Malaysia ok...
Klebang tu kat Melaka...
Lokasi coconut shake paling famous =)

terletak di dataran Klebang

dalam bus ada dua bilik berserta bilik air dan tandas...
ada banyak bas bersusun...
selain menyediakan tempat penginapan...

mereka juga menyediakan cafe...

harga untuk satu malam

weekend RM120
weekday RM80

ada katil queen dan ada katil single...

yang penting ini adalah pengusaha Bumiputera

i'm so proud with your idea and you make it come true =)

cafe

bilik

office



tapi tak de kolam...

ini antara lokasi penginapan bajet yang boleh anda cuba =)



MAS BERUWANG KINI BERHIJAB

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

sesiapa pun dan dimana-mana pun insan terpilih boleh menerima hidayah Allah S.W.T

jom tengok video ni

alhamdulillah syukur =)

kenal mas beruwang?

yang mula dikenali dengan video 'aku nak lelaki yang berwang'



14 October 2014

FURLA HANDBAG MURAH


OFFER!!! (SOLD OUT)

RM180 SM/ RM185 SS
FREE POSTAGE

GRADE 1:1 LOOK LIKE ORIGINAL

WHATSAPP 0129552047

KENAPA KAMI JUAL MURAH??? SEBAB TINGGAL LAGI SATU SAHAJA DAN NAK KASI HABIS!!!

NAK LAGI BANYAK HANDBAG???

BOLEH LIKE DAN FOLLOW PAGE KAMI


RM180 FREE POS


RM170 FREE POS

RM180 FREE POS

RM180 FREE POS

RM170 FREE POS

RM170 FREE POS

RM170 FREE POS

RM170 FREE POS

RM180 FREE POS

6 LOKASI PERCUTIAN UNIK DI MALAYSIA


Assalammualaikum

kadang-kadang kita tercari-cari lokasi indah di luar negara. walhal di Malaysia pun dah macam-macam ada.... tinggal ada modal dengan tak je nak pergi holiday hehe jom layannnnn



Limastiga yang terletak di Umbai Melaka only for Mosleem
sangat unik buat mereka yang sukakan ukiran dan senibina yang unik.
sesuai buat mereka yang inginkan ketenangan dan jaminan tempat penginapan bersih dan suci...




Berembun House The Dusun yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. untuk menikmati percutian ala-ala di Bali. Malaysia pun ada =)
dog friendly tau huhu =P




Avani gold Coast Sepang, Selangor. Chalet atas air dengn susunan yang unik =)




Grand Lexis Port Dickson negeri Sembilan
satu-satunnya penginapan di Malaysia yang menyediakan private pool di setiap bilik. semua bilik yang disediakan memiliki kolam renang kau!!! =)






terletak di Raub Pahang. aku boleh cakap tempat ni sangat ohsem!!!
macam-macam ade kau... cepat-cepat plan holiday trip
ada buah anggur, air terjun, tasik yang penuh dengan teratai... dan lain-lain lagi daya penarik yang ada... pendek kata nak bawa anak-anak kenal alam semulajadi sangat sesuai...




Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim Kedah
memiliki canopi walk yang terpanjang di malaysia. gayat ke tidak cubalah sendiri!!!

semoga bermanfaat!!!

p/s: dalam banyak-banyak ni... ade satu tempat yang agak scary... ala-ala anker gitu... tapi apa pun dan dimana pun kita makhluk ghaib tetap ada... jadi sentiasa lah minta perlindungan dariNya =)


HOT ENTRI!!!


13 October 2014

HOMEMADE CHOCOLATE CHIPS

Assalammualaikum

semoga sihat dan ceria

zaman sekarang ni kebanyakkan benda semua nak homemade haha... itu sebenarnya sikap yang sangat bagus... kalau boleh semua benda nak homemade =)

jom aku nak share video bagaimana nak buat chocolate chips sendiri.... lepas ni boleh lah try kat rumah tu... gerenti suami hang pa bangga...


ok boleh klik link kat atas tu... dan selamat mencuba!!!


13 MAKANAN KAYA KALSIUM BUKAN TENUSU

  1. Collards- 1 cup boiled and drained – 357 mg calcium
  2. Rhubarb – 1 cup cooked with sugar – 348 mg calcium
  3. Sardines – 3 oz / 85 grams – 325 mg calcium
  4. Spinach – 1 cup boiled and drained – 291 mg calcium
  5. Turnip Greens – 1 cup boiled and drained – 249 mg calcium
  6. Blackeye peas – 1 cup cooked – 211 mg calcium
  7. Kale – 1 cup boiled and drained – 179 mg calcium
  8. Soybeans, 1 cup boiled – 175 mg calcium
  9. Cabbage, chinese (pak-choi) – 1 cup boiled and drained – 158 mg calcium
  10. Beans, baked, canned, with pork and tomato sauce – 1 cup – 142 mg calcium
  11. Okra – 1 cup boiled and drained – 136 mg calcium
  12. Shrimp – 3 oz / 85 grams canned – 123 mg calcium
  13. Crab – 1 cup canned – 123 mg calcium
kadang-kadang kita nak elak makan makanan berasaskan tenusu terlalu banyak kan? so we have alternative way please take note... jika anda bukan peminat susu... itu tak bererti tulang anda mudah rapuh. aplikasikan juga kepada anak-anak... disamping lakukan senaman untuk tulang yang kuat =)

sekian


KISAH LELAKI KECEWA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera....

sejak-sejak dunia maya ni semakin popular.... media sosial seperti Facebook, wechat, blog, dan lain-lain.... maka ramailah dan selalulah perempuan update status.... ala-ala tengah kecewa....

antara ayat yang biasa...

"cukuplah aku dah malas dengan ko!!!"

"aku dah penat macam ni!!!"

"sedih"

"semuanya kisah kita berakhir di sini..."

hinggakan ada yang berkongsi status nak urus urusan penceraian di wall Facebook!!! nak menagih simpati  ke ape ha???

shame on you

seolah-olah zaman sekarang sangat ramai perempuan yang selalu kecewa.... macam lah orang lelaki tak ada kisah mereka kecewa dengan perempuan... huhuhu

cuma mereka tak delah kemaruk nak share di wall facebook!!!

aku harap ramai lah yang sedar dan tak kongsikan hal peribadi di wall Facebook.... nanti seolah-olah inginkan publisiti murahan atau pun seperti mahu di'ngorat' kembali....

nanti esok-esok kecewa lagi dengan lelaki hidung belang.... awak jugak yang kemaruk share hal ehwal kat Facebook... maka ramai lah yang cari peluang...

hahaha... jangan ingat lelaki tak de yang kecewa.... mereka lebih suka diam daripada share di wall Facebook huhu =)

ok babai... see u next 




12 October 2014

4 TIPS KUASAI BAHASA INGGERIS UNTUK SI PEMALAS

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

penting ke tak Bahasa Inggeris ni? penting... sebab banyak buku rujukan berbahasa Inggeris terutama di IPT... nak mengadap exam MUET lagi...

hmmm.... jangan pening-pening...

antara tipsnya adalah...

1. Pelajari Phonetic Symbols
dengan memiliki ilmu ini anda lebi mudah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris... biar pun itulah pertama kali anda jumpa sesuatu perkataan. dan ia akan meningkatkan lagi keyakinan kerana anda berupaya untuk sebut apa sahaja perkataan yang diberi... untuk A bunyinya bagaimana? untuk B bagaimana pula... dan seterusnya...

2. Banyakkan Membaca
banyakkan membaca artikel, buku, novel, atau apa sahaja yang berbahasa Inggeris. ini akan meningkatkan pengetahuan anda dalam mengetahui lebih banyak perkataan yang baru dan memperbaiki susun ataur tatabahasa Inggeris anda. dan pastikan kamus juga ada di sisi. biasakan membuat rujukan menggunakan kamus Inggeris - Inggeris... jangan bimbang... lama-lama anda akan faham...

3. Bertutur Dalam Bahasa Inggeris
biasakan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan atau ibu bapa... pastikan sebutan anda betul.... jika kurang pasti anda boleh rajin-rajin menonton Youtube... drama inggeris, mendengar lagu-lagu inggeris... dan cuba untuk menyanyi bersama =)

4. Menulis Artikel Bahasa Inggeris
biasakan menulis dalam bahasa Inggeris. tidak kira di Blog, mesej, dan lain-lain cara... ini akan meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris

contoh mudah untuk praktis bahasa Inggeris... my younger sister's blog 


she's already 15 years old... =)

p/s: jangan syok sendiri sudah lah.... tips ini mudah dan tak perlu modal yang banyak =) tak perlu beli linguaphone... buku bercakap... atau pun pensel bercakap






11 October 2014

CPUV NUFFNANG MENCANAK-CANAK


lama plak aku tak abadikan printscreen CPUV
aku kurang minat aktiviti printscreen ni...

ni sebahagian CPUV On Going
ade lagi 5 yang aku tak muat nak printscreen
total 15 CPUV On Going =)

Alhamdulillah...

sepanjang aku ada blog aku memang setia dengan Nuffnang =)

pengiklan akan letak iklan mereka berdasarkan isi kandungan blog anda


SINETRON NAJIB DAN ROSMAH

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu....

sasikan sinetron yang bakal terbit!!! hahaha

Suatu hari Najib bersama Rosmah naik helikopter untuk meninjau keadaan rakyat. Ketika helikopter terbang berlegar di sekitar satu kawasan kampung kecil terjadilah satu perbualan antara mereka;
Rosmah : Kalau ayang campak keluar 4 keping duit RM50 ni ke bawah maka pasti 4 orang yang dapat duit ini akan rasa gembira.
Najib : Kalau abang campak keluar 200 keping duit RM1 ni ke bawah maka pasti 200 orang yang dapat duit ni akan rasa gembira.
Tiba-tiba pilot yang dari tadi mendengar sahaja perbualan mereka menyampuk; "kalau saya campak Datuk Seri dan Datin Seri ke bawah, 28juta orang rakyat Malaysia akan rasa gembira… "




10 October 2014

7 PERKARA DIGEMARI MELAYU

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu

kali ni aku nak kongsikan berdasarkan pemerhatian aku mengenai melayu.... apa yang digemari orang melayu.... adalah...

1) Menonton Drama
menonton drama adaptasi novel. yang tak sudah-sudah berkisarkan perempuan malang berjaya kahwin dengan lelaki kaya atau kisah kahwin kontrak. benci gila-gila kemudian jatuh cinta.

2) Majlis Kahwin Besar-besaran
ini menjadi trend orang melayu. majlis bertunang besar-besaran. majlis kahwin nak buat besar-besaran. biar bergolok gadai. asal nampak gah. kalau nak bayar yuran sekolah anak kemain lagi liat. kalau nak bagi derma pun macam-macam excuse. itulah melayu.

3) Mentaliti Lapuk
anak-anak bercinta dengan si polan si polan bangga. sebab anak anda ramai yang suka. anak minta kahwin awal dikatanya gatal dan belum habis study lagi. dan dia belum merasa duit anak. hehe ini aku selalu jumpa.

4) Mudah Kena Tipu
suka nak jadi cepat kaya tanpa buat apa-apa boleh jadi kaya. dah banyak kali diingatkan. tapi masih ramai yang mudah tertipu dengan pelaburan duduk diam tanpa kerja apa-apa duit boleh berganda. belum lagi isu ditipu masa pilihanraya. haha.... mudah sangat percaya dengan janji manusia. janji Allah susah pulak nak percaya.

5) Kemaruk Teknologi
yelah aku faham korang baru kenal ape itu Facebook, ape itu twitter,apa itu whatsapp dan segala macam media sosial. tapi agak-agak la nak bersosial secara maya pun. jangan sampai orang cop kau tu jakun. sepanjang aku kenal internet sejak 1998. masa aku darjah 6. tak de pulak aku ni kemaruk sangat nak post atau publish sesuatu yang ala-ala dahagakan pujian atau dahagakan glamour hehe

6) Sukakan Hiburan
ni memang tak dapat disangkal lagi. kalau nak tengok orang melayu ramai. pergilah Jom Heboh. pergi lah siaran langsung raja lawak, maharaja lawak, siaran rakaman Hari Raya bersama Siti nurhaliza. dan kalau nak majlis ramai yang datang. panggil je artis.... nyanyi satu dua lagu.... confirm ramai datang. yang paling penting kalau dapat bergambar dengan artis suam-suam kuku pun dah suka hahaha. duduk dan ketawa terbahak-bahak. selain menyanyi bersama artis kegemaran.

7) Percaya Benda Karut
hahaha ni memang tak boleh blah... dalam pada maju denagn teknologi masih ada lagi yang percaya bila dengar bunyi gagak... tu tandanya ada orang nak meninggal.... kalau kawasan banyak gagak.... mesti hampir pupus orangnya ye.... sebab gagak kan suka sikit-sikit bunyi.... sikit-sikit bunyi.... suka percaya pada bomoh... percaya dengan istilah ketegur... dan lain-lain... pantang larang agama dah jatuh nombor dua. sebab lebih percaya pantang larang tradisi yang tiada bukti saintifik kebenarannya.. dan sangat suka hantu dan percaya pada hantu. termasuk filem-filem hantu. huhu

ni lah beberapa perkara yang digemari melayu.... biarpun bukan semua melayu suka.... tetapi inilah antaranya kebanyakkan melayu suka...

ok sekian =)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...