klik tajuk di atas untuk info penuh
Peguam Wan Rohimi Wan Daud berkata, Felda kini menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas peneroka.Peneroka jelasnya ditekan akan dibuang dari rancangan Felda jika melanggar akta itu, sedangkan Felda langsung tiada kuasa berbuat demikian.
"Itu tahyul belaka, selama 52 tahun Felda guna akta GSA ini takutkan peneroka.
" Isu tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri bukan Felda," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di Himpunan Warga Felda Kebangsaan Kali Ke-2 di Sg. Tengi hari ini.
Rohaimi yang juga peguam kes Felda Kemahang 3, Kelantan yang menang baru baru ini berkata, beberapa penindasan lain juga wujud, dan didakwa dirancang secara teliti pihak Felda tanpa pengetahuan peneroka.
"Tiga benda Felda tipu peneroka secara tidak sedar iaitu isytihar buah reject, curi buah reject dan isytihar kualiti minyak rendah," katanya lagi.
Menurutnya, hasil penyiasatan yang dilakukan mendapati dalam purata 7 tan kelapa sawit, Felda mengisytiharkan setengah tan adalah buah yang di reject.
Ianya bersamaan lebih kurang 19 dari 38 tandan kelapa sawit.
Namun dedahnya, buah yang diisytihar reject itu bagaimanapun tidak dibenar diambil semula oleh peneroka berkenaan.
"Pada malamnya, lori akan datang ambil buah reject itu dibawa ke kilang untuk diproses.
"Tapi Felda tidak pernah agihkan wang dari buah reject ini kepada peneroka," katanya lagi.
Ekoran itu tambahnya, setiap peneroka rugi atas angin RM250 sebulan ditipu Felda dangan "buah reject".
Selain itu, setiap kilang Felda juga jelasnya turut mewujudkan kolam minyak busuk. Bagaimanapun, pada sebelah malamnya, 'lori hantu' diarah datang menyedut minyak tersebut untuk dijual.
"Minyak busuk ini ada harga, Felda jual mianyak ini tetapi langsung hasilnya tidak diberikan kepada peneroka," katanya lagi.