GENG LENSA HIDUP

04 June 2010

GULA!!! KAU PEMBUNUH...


salam
mak aih....
layan buletin pagi...
aduh CUEPECS
Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services atau Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Didalam Perkhidmatan Awam...

marah-marah...
hangin...
sungguh-sungguh...
suruh kerajaan tarik balik subsidi gula...
cakap pulak GULA tu PEMBUNUH?
hah kau....
ngeri jugak aku.... lalala....
yelah... gula tu mungkin salah satu orang angap punca DIABETIS mungkin... 
hehehe...

kat sini aku nak menyatakan pendapat aku. korang nak setuju ke tak itu aku tak kisah pun... tapi sila baca sampai habis dulu okay... manusia... kau pernah dengar rintihan peniaga warung? peniaga kuih kecil-kecilan? peniaga air tepi jalan? yang memang kena beli gula hari-hari... kalau tak de gula perniagaan mereka tak leh jalan..... tolak modal... dapat untung berapa lah sangat... itu yang aku penah dengar makcik nasi lemak cakap... nasi lemak dia tak letak gula la... sambal dia mesti taruk gula kan? mr.e pun masak taruk gula sila tanya beliau...

tu tak tanya lagi yang jual air... aku ni selalu sembang dengan makcik-makcik je... hehehe... pada aku la...... GULA tu tak membunuh pun... orang yang makan gula tu la yang kena pandai-pandai... da tau sakit... atau bimbang kena sakit... so jagalah makan... jagalah kandungan gula dalam badan... GULA tu pun bukan pi letak 'diri' mereka sendiri dalam minuman korang... korang gak yang letak... kan? kalau ditarik balik subsidi... kesian la kat orang yang meniaga kecil-kecilan... dah la modal tak besar...  kita yang tak meniaga ni memang la tak berapa nak kisah sangat... leh la cakap tak de gula okay lagi... kurangkan gula okay lagi... kau nak ke beli air tawar? konak ke beli sambal tak berapa nak sedap? kau nak ke makanan yang korang beli tak berbaloi-baloi... dek kerana tak de gula....

sebenarnya aku tak setuju sangat subsidi gula ditarik balik... yelah... ni suara aku je... almaklum la blog picisan... makcik.. nanti saya perjuangkan nasib makcik nasi lemak huhuhu... tadi aku layan makcik tu... dia kena marah ngan india satu baris ngan umah aku... cis kau HINDIA!!!

mr. e memang bagus... air aku terlebih manis pun dia diam je... tau-tau dia carik air masak kihkikih... bak kate adik aku cerita kedai kopi... cerita sensasi di kedai kopi... fav si GEMOK ... tetiba teringat bro jimart alamak hari ni cuti... kan? bila terkadang mulutnya kejang... mereka bukan hakim kita =)

p/s: layan lagu poker face... makcik nasi lemak panggil pun aku tak dengar... tapi makcik tu faham aku ngah ngadap laptop huhuhu makcik nasi lemak a.k.a makcik maznah GO GO GO NASI LEMAK!!! pastu baru leh layan cite pagi-pagi.... =)

BUKAN CERITA KEDAI KOPI [PAKATAN RAKYAT DAN BN]


salam...
kopi kapal api...
kopi jantan...
kopi janda...
kopi adabi!!!

cerita kedai kopi....

aku nak komen sikit... kekadang kita selalu @ pandai rase best... orang lain tak best je... ahahaha... macam mane nak buat? perlu tampar laju-laju ke? ohhhhh tak payah biar kan je... 

sila abaikan ayat-ayat kat atas tu... aku cuma nak komen.... PARTI apa pun yang korang pilih... hormati pilihan setiap insan... nak cakap sila lah cakap... berikan satu kesedaran sampai faham & hadam. tapi jangan la sampai becerita soal agama orang BN[umno] tak leh nak diberikan peluang bercakap... sila beri peluang tapi pastikan orang tu tahu perihal agama.... contohnya seperti membaca khutbah... atau apa situasi...

jangan la cakap semua orang PAS tu bagus... semua orang BN tu busuk.... 

atok aku penyokong tegar BN korang tau tak? beliau seorang yang okay cuma attitude dia susah nak ubah... itu je.... tapi beliau pun masih ade pendirian... andai calon PILIHAN dari BN bukan MELAYU... dia tak kan pilih... rileks... laaaaaaaaa....

AZAM AKU NAK ATOK AKU PANGKAH PAS yeah!!! aku kena kempen

tah aku rasa nak menulis perihal cam ni... memang kita selalu nampak seperti ada satu konspirasi. @ memang ade konspirasi.... dalam BN... tapi aku tetap yakin BN memang banyak wat kesilapan... korupsi... fitnah... dan macam-macam lagi... tapi jangan la sampai GADUH hingga akar umbi... yang buat TAIK mereka yang kat PUCUK... yang duduk kat AKAR UMBI yang kena...masih ade lagi mereka yang betul & okay di AKAR UMBI... cuma jiwa mereka masih TEGAR dengan BN...

sila jadi PUCUK yang baik... =)

wallahualam...

MACAM-MACAM HAL LA.... BLOGGER NI... ADOIYAI...


salam
ditelan mati anak?
diluah mati bapak?

kakakaka....
anak pon tak de cam ne mau mati anak wehhhh.....

aku tetap nak menulis jugak kan?

memang panas la... aku tengok macam-macam komen... mengutuk... mengata... gila kau? ade yang mengata blogger 'tersebut pura-pura sakit' ade yang 'rase cam best' pi wat entri mengutuk blogger yang tersebut. adeh... pada aku la... aku tak ambik tau pun blogger tu sakit ke... putus cinta ke.... tah lah... aku memang kurang sikit ambik tau... ade la sorang dua blogger yang aku memang kenal.... cam cik intanurulfateha... kebetulan member mase study lu... member satu umah sewa.... so aku kenal la beliau... cik ekin... kawan satu kelas mase form 5... encik mamat... tu la sume kawan-kawan aku... yang ade blog... ade lagi... tapi aku tak berape hafal URL dia orang... kihkihkih (tak guna punya member 'cakap kat diri sendiri')

yang lain aku sekadar kenal cam tu je... dan meminati blog mereka... terutama mereka yang berseni... cam pipi muncet... tapi si muncet ni da tukar name plak... metafora tertinggi... cik aisyah pun ade gak... tapi blog dia dah private... aku minat juga hilal asyraf... ermmmmmmmm haaaaaa zahiril adzim pun aku suka bace blog dia... alaaaa pelakon cite GADUH tu... tu la antara blog yang aku rase kreatif dan berseni.... ohhhhh lupa plak  gopabahari... beliau memang orang sastera yang dapat anugerah... dia tinggal kat kepong KL... ermmmm sila lah singgah blog dia jugak...

pagi tadi plak... uncle joe explain pasal blogger kreatif lain cam safwan husaini dan hasif hamsyari.... aku pun baru merangkak nak bace cerita dia orang ni.... ape pun cara penulisan mereka adalah yang terbaik!!! UJ jugak =)

ni entri UJ yang agak berpengaruh yang buatkan aku nak terjah blog-blog yang beliau highlight tu.... huhu...

PUISI ITU SATU KEJURUTERAAN SENI harap korang semua maklum...

selain tu mereka yang menzahirkan idea untuk tatapan umum memang aku respek laaaaaaaaaaa kawan... lagi satu blog aku suka lepak blog nick irfan.... cite hantu budak ni gile kelakar.... terburai perut gelak... kau tau? jom la singgah.....

sekali lagi aku nak cakap aku tak menyesal bace blog dia orang semua... tapi sesape yang rase bengang... yang rase marah atau ape pun... terpulang pada korang... aku okay je... yang aku nilai mereka berseni dan tiada ape-ape komen untuk kisah peribadi... =)

blog lain pun aku suka gak... tapi entri kali ni aku fokus pada blog seni...

aku respek pada siapa yang masih neutral =)

jom jengah entri lame aku:

lagi... klik SINI


gila kau... nanti aku kena tazkirah lagi... baru padan muka =)

Baginda bersabda yang bermaksud: 
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat, maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau diam.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)   

p/s: entri ni siap ditaip pukul 4:00 pagi 4 jun 2010

AMALAN HARI JUMAAT

Daripada Aus bin Aus r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku." 

Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?" 

Dalam sebahagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rosak tubuhnya?" 

Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi." 

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih. 

_____________________________________________________________

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 

"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik, kemudian hadir solat Jumaat lalu mendengar khutbah dan senyap, akan diampunkan dosa-dosanya di antara Jumaat itu dan Jumaat akan datang dengan tambahan tiga hari."

(Riwayat Muslim)

p/s: amalan mudah terkadang kita selalu lupa & leka =)

03 June 2010

MALAIKAT MAUT MEMERHATI WAJAH MANUSIA 70 KALI SEHARI

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis. Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."


Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut."

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar."

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Sayyidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam(berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul."

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar."

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan."Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian."

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.

emel daripada abubasyer ~

p/s: terima kasih atas sumbangan anda... hanya Allah yang mampu membalasnya

TEKA-TEKI ZAMAN SILAM




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :



Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin)di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

kiriman emel saudara rizuan ali ~

p/s: time aku kemalasan nak menaip ade emel best plak... huhuhu 

COLOUR TECHNIQUE

the earth



the fire


the wind


the water


the 5th element

DOA SAYIDINA UMAR AL-KHATTAB


salam
perkongsian sedikit kuliah daripada seorang ulama

Sayidina Umar al-Khattab berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud “ Allahuma wahai Tuhanku, tolong jadikan harta kekayaan berada di tangan orang yang baik-baik, mudah-mudahan harta itu akan beredar kepada orang msikin yang berhajat.”Jika Sayidina Umar mengarang sendiri doa yang dipohonkan kepada Allah SWT berdasarkan keperluan semasa, kita sewajarnya karang doa berdasarkan keperluan semasa.

Perkara yang diperlukan semalam mungkin tidak sama dengan kerperluan hari ini, jika doa hanya semacam setiap ketika bererti keperluan hari ini tidak dipenuhi dalam doa.Doa Sayidina Umar supaya kekayaan diberikan kepada individu Muslim yang baik, supaya kekayaan itu beredar dalam masyarakat.Justeru orang yang baik tidak menggunakan kekayaan untuk dirinya semata, utamakan habuan fakir miskin yang perlu pertolongan.

Jika kekayaan jatuh ke tangan orang yang akhlaknya rendah, harta kekayaan terperam hanya dalam koceknya sendiri.Berdoa dengan penuh harapan supaya orang yang baik-baik dikayakan, agar terbuka hatinya untuk cari orang fakir miskin, mengembirakan hati si miskin dengan pemberian harta miliknya itu.Sebagaimana doa Nabi SAW memohon rezeki selepas solat Dhuha, sesuai ketika waktunya manusia bertebaran di muka bumi mencari rezeki, antaranya ialah :”Ya Allah wahai Tuhanku, sekiranya rezekiku berada di langit makan turunkanlah, sekiranya di perut bumi keluarkanlah, sekiranya berada di dasar lautan timbulkanlah, jika sedikit maka perbanyakkanlah, seandainya telah banyak maka permudahkanlah dan berilah keberkatan di dalam rezeki tersebut.

kuliah daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

p/s: semoga memberi manfaat pada aku juga & semua yang membaca =)


_________________________________________________________

"tidak akan kamu berasa gundah jika kamu tahu apa yang kamu cari"
(al-khattab)

kata-kata ini diingatkan oleh seorang teman razman bin rahmad semoga beliau sekeluarga beroleh berkat dengan kehadiran orang baru =)

CATATAN BAKAL SEORANG PENGANTIN



salam


Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka 


terima kasih atas kiriman emel ini =)


kiriman emel daripada noor hanizah md. isa ~

RALAT

salam
ada sedikit ralat dan teguran untuk entri SINI

eman beat his cow to walk faster - wrong
eman beats his cow to walk faster - correct

teguran daripada stingray aku ucapkan terima kasih...
aku tak delete komen beliau dan buat satu entri khas untuk pembetulan...

ASYRAF ZAKWAN

salam
tahniah!!!
semoga baby ni membesar menjadi muslim yang soleh
amin =)
lahir pada 29 april 2010
11:15 malam
2.59kg

02 June 2010

TUTORIAL MAHU BUAT ENTRY BERJADUAL

salam
entri ringkas & pantas
aku selalu sediakan 5 atau lebih entry untuk sehari
biasanya aku wat waktu malam & awal pagi
so semua entry aku dah siap setting nak publish bila...
nak tau caranya cam ne?
bila dah taip semua entry...
korang pegi bahagian post option cam dalam petak merah kat atas tu
kemudian klik



so akan keluar plak post date and time
pilih scheduled at
korang letak la... 
bape haribulan nak post entry tu
letak jugak pukul berapa entry tu akan keluar

dengan itu korang leh la tido tanpa fikirkan entry pe akan kuar 
sebab memang entry tu akan kuar macam yang korang dah set...

p/s: aku bukan la 24... 7...  ngadap komputer okay =)

FORMALIN DALAM KEHIDUPAN


salam
pernah dengar perkataan FORMALIN?
itu adalah sejenis larutan....
biasanya digunakan untuk mengawet...
mayat...
binatang...
makanan....
macam-macam lagilah...
ohhhhhhhhhhhh

FORMALIN - merupakan sejenis larutan yang tidak berwarna berbau tajam yang mengandungi lebih 37% formaldehid dalam air... biasanya ditambahkan methanol 10-15% sebagai pengawet....

antara kegunaan formalin:
sebagai pembersih
sebagai pembasmi lalat & pelbagai serangga lain
sebagai bahan untuk pembuatan sutera buatan
sebagai mengawet ular, atau apa juga binatang
banyak lagi... sila google sendiri.... aku malas... ngeeeeeeeeeeee

bahaya formalin pada kita...

kesan jangka pendek (AKUT):
antaranya ialah.... kalau korang tertelah akan rasa terbakar dalam mulut & perut... sakit saat hendak menelan... mual muntah... mungkin terjadi pendarahan...sakit kepala... kekejangan.... tidak sedarkan diri... koma... selain mampu merosakan fungsi buah pinggang, jantung, hati, otak, limpa, pankreas, saraf pusat & lain-lain....

kesan jangka panjang (KRONIK):
antaranya ialah... mampu menyebabkan kanser... serta kegagalan fungsi organ... ini juga tidak bagus untuk binatang...

ingat!!!
formalin juga digunakan untuk mengawet mayat.... larutan formalin akan membunuh semua bakteria yang boleh menyebabkan mayat busuk.... selain ditambah garam seng.... untuk sesetengah mayat... ikan-ikan import juga pernah dikesan menggunakan formalin untuk memastikan kesegaran.... (terutama ikan dari thailand) awas okay =)

KENAPA SEMUA JAM MACAM NI?

salam
apa kahabr semua?
harap sihat sentiasa

kenapa kebanyakan jam dalam iklan menunjukkan
jarum jam pukul 10:10 minit?

bila diperhatikan dengan betul...
jam itu sedang senyum saat pukul
10:10 minit !!!!
wah!!!

kreatif kan?
aku pun tak terfikir... =)

SATU HARI DI PALESTIN


suatu pagi...
di Palestin
belasan orang dianiaya suatu masa dulu
kini sudah ribuan

suatu petang..
di Palestin
ribuan orang bersemangat waja
menuntut hak asasi juga tanahair tercinta

suatu subuh...
di Palestin
ribuan umat khusyuk bersolat
memohon kekuatan serta petunjuk

suatu malam...
di Palestin
tangis dan esak jelas kedengaran

anak kecil enak dibuai
yang tak mengerti apa-apa
tapi dialah mangsa si jahanam
merampas hak manusia tanpa malu
komunisme dan kapitalisme sudah bercampur
inilah hasilnya sebuah negara bernama Israel

terlalu kejam tiada batasan
keperimanusiaan hilang entah ke mana
keperihaiwanan menjelma pula
sedarlah kini
kita telah dipermainkan
ayuh kita melangkah kaki berkobar di hati
membantu saudara seagama...

p/s: lama sudah ISRAEL menganiaya penduduk PALESTIN...  kini baru kita bercerita...

BAHASA MELAYU DIJUNJUNG, BAHASA INGGERIS DIKENDONG


salam...
hello everybody... =)
refer to my previous entry... HERE
this entry i will telling you all about

to make/to do/to let

everybody should knows what an important part the english language plays in the lives of student & worker all over the world...  also in all matters of life today... huhuhuhu.... but english is not an easy language to learn quickly or to use correctly in writing or speech.... wohaaaaaa... so we can learn slowly bebeh... =)

to make usually means to manufacture
for examples:

1. he made a chair
2. she like to make her own dresses

to make also means to compel or to force

1. cikgu Luawi made me write the letter three times
2. Eman beat his cow to make it walk faster

remember!!!
1. "make him go" means "make him to go"
2. "make him run" means "make him to run"

remember again!!!
the word "to" is left out from the verb that follows when we use the word "make"
(sila jangan tambah perkataan "to" kalau korang dah guna "make")

1. make her come
2. make him speak
3. make them wait
4. make it stop
5. make them laugh

now note the difference between "to make" and "to do"

1. i must make him do the work
2. he promised to do the best
3. i will do what i can to help you
4. he did the job easily

lastly... "to let" is "to allow"
i will show you...

1. let him go
2. he let me stay
3. she let her son play
4. please let me see it

remember!!!
when we use "let" too we leave out the word "to" from the verb that follows:
1. "let him go" means "let him to go"
2. "let me stay" means "let me to stay"
3. "let me see" means "let me to see"

it juz for examples... but please don't use "to" if you use word "let"

p/s: again i don't like capital letters okay.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...