GENG LENSA HIDUP

20 August 2010

FLO ELLEN'S 1ST GIVEAWAY

salam
moga semua sihat sejahtera...
jarang aku join GA kan? kali ni aku nak join...
GA ni adalah daripada floellen a.k.a ellen...

aku nak mencuba-cuba... ape pun kita layan dulu syarat-syaratnye... sila klik SINI untuk mengetahui syarat-syaratnye okay... dah bace dan faham syarat-syaratnye... leh la kita proceed pada upacara meneka umur anak ellen... hohoho...


menurut firasat aku... dan setelah telekan dibuat... aku dapat rasakan ni la umur sebenar anak ellen mase dalam gambar tu.... hohoho (bajet da betol sangat la...)

gambar 1 : 1tahun 2bulan
gambar 2 : 6bulan
gambar 3 : 3 tahun setengah
gambar 4 : 3tahun

agaknye betol ke ellen? harap-harap betol la ye... kalau tak betol pon nak jugak betol hohoho... wa manya kijam ley... lalalala =)

ucapan khas: semoga berjaya untuk diri sendiri

lagi ucapan khas: buat semua peserta contest... gud luck =)

pastu bila da join ellen pesan jangan lupe tag dua orang lagi untuk join contest ni.... hahaha aku nak tag sape ye.... ermmm... aku nak tag... shiyda dan jieda... yang lain kalau nak join pon boleh... boleh la boleh... sila join beramai-ramai sampai pecah kepala ellen nak pikir sape yang layak menang lalala =)

wot wot wot.... jangan lupe letak banner contest kat sidebar... (sila toleh kanan selepas bace ayat ni...) nampak tak? banner contest tu? bagus la kalau nampak... =)

ok... aku nak sambung berangan menang contest ni lalala (ellen sila ambik perhatian untuk ayat terakhir miss ni) huhuhu

p/s: esok ade jemputan berbuka puasa huahuahua... ade lauk kejang katenye... eheheh... kijang la bukan kejang... lalalala... tq kerana menjemput =)

emosi : separa siap... 

PUNCA PERUT SEBU DAN MENGERAS DI BULAN RAMADHAN



salam
semoga hari-hari yang dilalui penuh ceria dan gembira....
disamping limpahan rahmat dariNya... =)

perkara ni mugkin terjadi setelah korang semua membaca petikan-petikan di bawah... jom silakan bace... jangan malas-malas... membaca jambatan ilmu... =)

Satu percakapan dipetik di atas sebuah bas yang penuh sesak dengan penumpang. Seorang penumpang mencuit bahu penumpang lain dan bertanya dengan penuh sopan.

"Maafkan saya, apakah anda anggota angkatan bersenjata?"

"Tidak."

"Apakah ayah atau keluarga anda yang lain anggota angkatan bersenjata?"

"Tidak."

"Apakah anda anggota polis?"

"Tidak."

"Atau barangkali, bekerja di jabatan pemerintah?"

"Tidak."

"Jadi, tidak ada keluarga anda berhubung kait dengan pemerintah?"

"Tidak."

"Kalau begitu, jangan pijak kaki saya!"

______________________________________________________________________________


Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor minta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." 

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat, sekarang, mari saya periksa telinga makcik."

dipetik daripada himpunan DVD kelakar MissXYZ

p/s: ade lagi 20 DVD kisah kelakar... mau?

19 August 2010

LEMBAB BETUL LA... TOK IMAM NI!!!


salam
buat semua... semoga sentiasa dilindungiNya sentiasa...
kali ni aku nak menyentuh perihal solat berjemaah... wohoooooo =)

tajuk entri kat atas tu gimik je ... bukan tok imam lembab... tok imam bace surah panjang sangat derrr... huhuhu... ni adalah satu perkongsian... kerana islam tu mudah dan tak pernah membebankan...

PRIHATIN TERHADAP JEMAAH DALAM SOLAT

sebagaimana kita semua tau... solat jemaah tu hukumnya fardhu kifayah bagi mazhab syafie... cuma ade sedikit perbezaan pendapat dikalangan ulama mazhab syafie... yang mereka mengatakan mendirikan solat berjemaah adalah sunat muakkad... (tetapi jumlahnya adalah sedikit)

bagi pengikut mazhab syafie yang ... bersetuju dengan hukum fardhu kifayah... kita boleh merujuk dengan sebuah hadis yang diriwayat oleh Ibnu Hibban... sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya: tidaklah 3 orang pada satu dusun yang tidak didirikan jemaah(sembahyang), maka syaitan akan dapat mengalahkan mereka.

tetapi bagi yang ade mengambil pendapat ia adalah sunat muakkad kerana sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang seorang diri dengan 27 darjat.

cam tu la secara ringkasnye... jika di dalam satu qariah tu tak de langsung yang mengerjakan solat jemaah... maka tertanggunglah dosa ke atas mereka semua... tapi jika ade yang melaksanakan biarpun tak ramai... maka terlepaslah qariah tersebut daripada dosa...

tapi dalam entri kali ni bukan la tu yang aku nak sentuh... tapi mengenai... imam yang mengimamkan solat berjemaah terlalu lama... kisah ni dipetik daripada sebuah kitab lama... yang menceritakan akhlak baginda ketika solat berjemaah...

seorang lelaki mengadukan halnya kepada Rasulullah s.a.w... bahawa dia terlambat mengikuti solat subuh berjemaah kerana si fulan tu bila bertindak sebagai imam solatnya terlalu lama... Rasulullah s.a.w menjadi marah dan berkata: sesungguhnya ada seseorang di antara kamu sekalian yang menjadikan orang membenci solat berjemaah... siapa saja yang bertindak sebagai imam dalam solat hendaklah ia meringankan solatnya... sesungguhnya di antara orang yang solat itu ada orang yang lemah ada orang yang sudah tua dan ada orang yang mempunyai keperluan...

Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya aku sedang melakukan solat, aku ingin memperpanjangkan solatku tetapi kerana aku mendengar ada anak yang menangis maka aku ringankan solatku, aku tidak ingin menyusahkan ibunya. 

disebabkan solat berjemaah tu dituntut dan memiliki status fardhu kifayah.... tetapi sangat digalakkan dan mendatangkan pelbagai manfaat kepada pengamalnya... tapi kadang-kadang ape yang kita sering lihat... berbeza tok imam berbeza la jangka masa solatnye... 

aku al-hafiz... 'semestinya la aku boleh bace ayat quran panjang-panjang dalam solat' contohnye la... maka... imam tu pun bace la... surah yang panjang-panjang... menjadikan makmum mula gelisah... dan mungkin berkata-kata dalam hati... 'eh lamenye imam ni... anak aku nak balik sekolah dah ni..' contohnye la...

memang imam tu handal dan hafiz... terfikirkah imam tu? mungkin ade dikalangan jemaah yang tak boleh berlama-lama? kerana ade urusan lain... mungkin ade jemaah yang da tua... lenguh kaki berdiri lame-lame... mungkin ade jemaah yang kurang sihat... mungkin ade jemaah yang kena masuk kerja balik... 

natijahnye... mungkin esok lusa jemaah makin berkurang... 'malas la aku nak jemaah... panjang sangat surah yang imam tu bace...' contohnya la... sedangkan solat jemaah tu digalakan dalam islam... kerana tu Rasulullah s.a.w berpesan imam perlu prihatin dengan para jemaah... lain la kalau hang pa da tau makmum kat situ memang sume da pencen... dan sihat-sihat belaka... memang selalu iktikaf kat masjid... dan tak berapa banyak urusan... pulun surah panjang-panjang pon tak jadi masalah... ok la...

dengan cara memudahkan solat berjemaah... maka akan ramai yang rasa indahnya solat berjemaah... dan mampu menarik lebih ramai jemaah hadir... biarpun solat bersama-sama... tapi ia tak membebankan... tak la menjadikan urusan lain terabai... kan elok tu...

nak-nak bulan ramadhan ni... ade yang siap bergaduh lagi nak wat tarawikh 8 rakaat atau 20 rakaat... hohoho nak-nak orang-orang tua... marah betul kalau tarawikh buat 8 rakaat je... bende tu tak salah pun... lakukan la ikut kemampuan masing-masing... jangan la terlalu banyak rakaat hingga menghilangkan kekhusyukan solat... biarpun sikit tapi mestilah konsisten... kalau mampu hingga 20 rakaat... tu sangatlah bagus... sampai berbagi-bagi surat nak soh wat 20 rakaat... adoiyai...

p/s: tajuk entri lebih fokus pada solat jemaah bagi solat fardhu... krisis rakaat solat tarawikh memang tak penah selesai dari dulu adoiyai... 

SEGALA PERKONGSIAN TENTANG BLOG



salam 
ape khabar semua?
semoga korang semua sentiasa dalam lindunganNYA

kali ni aku nak berkongsi mengenai pembinaan blog... mungkin perkongsian ni tak la betol-betol sempurna... sekurang-kurangnya dapat membantu korang nak mencantikan blog korang... dan menarik ramai pembaca... hohoho...

kat link bawah ni... korang leh dapatkanTemplates secara percuma...


sebenarnye banyak lagi laman web yang ade sediakan templates untuk blogger secara percuma... korang leh google sendiri... huhuhu kalo rajin ade la hasilnya... bila dah ade blog mesti la nak orang bace entri kita kan? korang leh la ping entri baru korang kat sini...


boleh gak usyar entri aku yang lepas... 

selain tu mesti korang nak belajar-belajat edit HTML... buat javascript... dan macam-macam la yang korang nak wat ye tak? bagi blog kesayangan korang nampak cantik, menarik kau memang da bomb hoho... link kat bawah ni leh bantu korang untuk dapat kod HTML yang best... 


pada aku page tu membantu untuk beginner... atau yang nak develop page sendiri... cuma dalam bahasa inggeris je la... tapi korang kan sume pandai-pandai belaka!!! tak de hal laaaaaaaaaa =)

bila da tepek macam-macam kat blog mesti la berat kan... korang leh la wat css compressor kat page ni... CSS Compressor pastu nak wat ape plak? mesti la nak check backlink korang bape banyak kan? korang leh la check kat sini Check Backlinks kalau rajin search je... banyak tools yang ade... pastu check la Page Rank korang plak kat Google PageRank Checker 

check berat blog korang kat sini...

kalau malas sangat masuk je page ni... sebab semua bende leh check kat sini Free Webmaster Tools biasanye lain tool yang kita check lain le hasilnya... hohoho... tak percaya? cubalah sendiri.... 


series aku tak berapa gemar blog yang pening hohoho... atau page yang pening... lagi satu bila nak komen ade word verification macam siot je... huhuhu hang pa nye page tak de sape nak rompak la.... kalau setakat takut spam... tak la trok sangat spam ni... boleh je delete komen dari spammer... cume korang je la yang penat miahahaha =P

SELAMAT BERBLOG!!!

p/s: harap serba sedikit dapat membantu =)

18 August 2010

NASIB SEORANG POLIS TRAFIK...



salam
semoga semuanya sihat selalu la ye...
macam biasa bila ade aktiviti menyelongkar DVD lame mesti aku jumpa koleksi cite lawak yang aku da peram sekian lame... hohoho so aku nak share la ye kali ni....

Seorang pegawai polis trafik sedang duduk di simpang jalan untuk menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, dia ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan, meter menunjukkan kereta itu dipandu dengan kelajuan 22 batu sejam sahaja. 

Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura.. sangat bahaya bagi pemandu yang lain"

Polis trafik itu pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. 

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" 

"Makcik" polis trafik itu menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi makcik memandu bawah daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain".

"Lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan. "Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. 

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu. 

"Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan... adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan 

"Oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."


p/s: ade sape-sape nak belanje sopin kat SOGO hohoho... papa wi tocey tocey tocey belanje handbag i lap u...

CHOOSE THE CORRECT WORD BEBEH!!!


salam
happy fasting!!!

choosing the correct word for speaking and writing...
u can read my past articles.... 


now i want to tell u about words "to avoid" and "to prevent"

to avoid - is to keep away or at a distance from... or to escape trouble by...

for examples:
- we always try to avoid danger
- Fasha only just avoided an accident
- enemies avoid one another

to prevent - stop from happening

for examples: 
- the rain prevented the game
- who can prevent Afiq from going there?
- what prevented you from going to Labis?

___________________________________________________________________


then... how to use word "in time" and "on time"?
i will show u...

on time - at the fixed or appointed time

for example:
- Padin and Hana worried when the bus did not arrive on time

in time - early enough... or in the end...

for examples:
- the doctor arrived in time to save the child
- in time you will learn

p/s: i hope this article can help u to choose the correct words in ur dailylife heheh

17 August 2010

KO TAK NAK SAMBUNG BELAJAR KE?

belajar tak semestinya cam ni je kan?


salam
apa khabar semua...
harap sehat selalu la ye...

ape kat fikiran korang?

bila kate belajar je mesti ade pen, kertas, jadual kelas yang padat dan sendat... macam tu? hohoho... sila usir dari kepala pemikiran yang macam tu... sebab setiap hari kita semua belajar kadang-kadang tu mungkin setiap jam... ye ke?

jawapannye ye!! titik...


tak de istilah sambung belajar sebenarnye... sebab hari-hari kita memang akan belajar... yup belajar sesuatu yang baru... hehe (sibuk je aku ni wat teori sendiri)

semalam tak tau nak wat kuih karipap... eheheh... hari ni da tau la... belajar ngan sape? belajar ngan mak mertua... belajar gak tu kan? 

semalam bace blog orang lain... eheheh... hari ni da wat blog sendiri la.... belajar ngan sape? tengok-tengok orang wat nak cuba la jugak sendiri... hohoho belajar gak tu kan?


banyak lagi contoh.. manusia ni sentiasa belajar dan tak pernah berhenti belajar walaupun da grade dari mane-mane universiti... da tamat tingkatan 5... da tamat tingkatan 3... da tamat darjah 6... selagi kita semua bernyawa kita semua akan terus belajar... ye tak?


terlalu banyak medium untuk kita belajar.... tengok semut pun kita boleh belajar... tengok rumput pun kita boleh belajar... tengok baby pun kita boleh belajar... tengok kartun pun kita boleh belajar... yang penting hati kita nak atau tak...

nak nak dalam al-quran... memang la rujukan paling sesuai untuk kita belajar... sebab dalam quran ade ajar kita  macam-macam perkara... fizik, biologi, ekonomi, jenayat, ibadat, dan ape segala ilmu semua ade dalam al-quran... ye tak? jawapannye ye...

wohoooo...
weh quran tak ajar pun cara nak masak karipap... cara nak buat blog... cara nak menjahit... ohhhh... ana fenin la... fenin la... jangan fenin la...


Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka;maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. 
(An-Nahl:43)


ilmu manusia ni TAK PERNAH LENGKAP...
tu yang perlu kita ingat dan semat dalam hati...
kerana tu kita semua perlu terus belajar...
dan jangan kedekut untuk mengajar...


orang dulu-dulu tak masuk U pun bijak ye tak?


wallahualam...

WAK LUUUU!!! NAK TEGUR AKU... HOHOHO

salam 
buat semua... semoga sihat sentiasa...
dan gembira menjalani ibadah puasa =)

rasa nak berkongsi sesuatu... yang mungkin ramai dah tau... tapi tak ambik pusing pun... ramai yang da tau tapi tak kesah pun... ramai yang tau masih tak buat pun....

Fatimah Az-Zahra dan Sayidina Ali melihat Rasulullah s.a.w menangis kemudian menanyakan kenapa Rasulullah s.a.w menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.


Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya." 


Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 


Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. 


Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. 


Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.


Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh solat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. 


Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 


Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

Mendengarkan itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis...

bagaimana pula dengan yang melentok-lentok, berteleng-teleng, berhias-hias kemudian mengambil gambar dan menempel di blog dan facebook atau laman sosial lain? ye untuk tatapan umum... sesiapa pun boleh melihat... sesiapa pun boleh memuji... (jika ade tujuan mahu dipuji la... dan mahu menonjolkan diri sendiri)

nanti mungkin akan ade yang marah... kate itu hak aku... aku punya suka... bukan ko yang tentukan aku masuk syurga ke tak!!! hohoho jangan macam tu... 

ingat...
Rasulullah s.a.w telah mengingatkan dan menceritakan apakah perkara yang boleh menjerumuskan perempuan tu ke neraka... dengan balasan yang pelbagai rupa... tak suka dengan ingatan tu? tak mau terima ingatan tu? 

jangan nanti-nanti untuk berhijrah pada yang lebih baik... kerana ajal boleh tiba pada bila-bila masa je... 

ingatan ni bukan untuk yang single je... yang da bersuami pun kena berjaga-jaga...

p/s: jangan marah satu perkongsian buat diri sendiri dan semua yang aku sayang!!! =)

HTML CODE GREETING FOR YOUR VISITOR

salam
ape khabar semua....
kali ni aku nak kongsikan kod HTML plak la ye....

perasan tak?
kat bawah header blog aku ade satu greeting...
greeting tu akan berubah bila pagi... tengahari... petang... malam... dan awal pagi... secara automatiknye... huhuhu =)

yang dalam box merah tu la yang aku maksudkan... klik imej untuk lebih besar

caranya... mula-mula... 
log in dulu blogger.com kemudian pilih >> design >> add gadget >> HTML
copy HTML kat bawah ni....
dan ubah tulisan yang berwarna merah...
korang leh gantikan dengan ayat-ayat yang korang suka...
atau pun kata-kata hikmah ke...
potongan hadis ke... atau ape je la ayat yang korang suka...
dan ayat-ayat tu akan bertukar setiap beberapa jam...

korang copy je kod yang kat atas ni...
klik imej untuk lebih besar kalau tak cukup besar hohoho

kalau korang rajin lagi korang leh edit HTML untuk jadikan tulisan tu bergerak... dan sebagainya... bergantung pada kerajinan dan kreativiti... yang penting kod HTML untuk tentukan masa dan ayat yang berbeza untuk selang beberapa jam....

p/s: selamat mencuba ye...

tocey tocey tocey =)

16 August 2010

CANTIK!!! SEMESTINYA CERAH KE?

salam
semoga semua sihat walafiat...
petang-petang sebelum berbuka...
mesti banyak aktivitinya... hohoho...

jalan-jalan di suatu petang... hohoho tengok awek.... mak awek... nenek awek... sibuk pilih-pilih juadah kat bazar... zaman sekarang ramai betol awek berkulit cerah kan? ade yang memang original... ade yang hasil gigih penggunaan kosmetik dan segala macam krim...

kulit muka cukup cerah berkilat... hehehe... tangan pulak gelap... adoi... sedarkah hai perempuan... banyak kosmetik dan krim kecantikan telah ditambah bahan terlarang? banyak media cetak dan media elektronik dah hebahkan... tak silap aku sejak tahun 2000 lagi da sibuk cakap merkuri, hydroquinone, timah hitam, AHA, dan macam-macam lagi... bahan aktif dalam kosmetik tu merbahaya... tapi masih lagi ade pempuan yang gunakan...

bukan ape... sebab nak cerah... baru cantik ma... tu belom lagi soal halal dan haram... produk AVON yang cukup sinonim dengan pempuan... tak pernah nak iktiraf produk mereka halal atau tidak... pon masih ramai pempuan yang gila-gila menggunakan produk tersebut... hohoho ye tak? ade jumpa logo halal kat produk AVON?

kembali pada topik asal perempuan = cerah baru ngam hoooo... 

memang nampak cantik ma lepas pakai krim yang segala bagai... cerah... mulus... hohoho tapi bila korang berhenti menggunakannya... macam-macam masalah timbul kan? (ni untuk sesetengah produk la...) dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan ketoksidan pada pengguna...

cam ne boleh jadi?

krim yang korang tepek setiap hari tu tentunya akan meresap ke dalam kulit... pastu bila da meresap dalam kulit... di bawah epidermis kita ni ade jaringan kapilari darah... of course la akan meresap dalam darah... hehehe... bila da meresap dalam darah... sistem tubuh kita ni akan memastikan jika tubuh mengalami ketoksidan... toksid tersebut akan dimusnahkan di hati... ok... bila hati da tak mampu memproses bahan toksid yang terlalu banyak dalam tubuh... semestinya darah diangkut ke seluruh tubuh tu tercemar bukan?

ni la akan menjadi punca pelbagai penyakit... akan wujud radikal bebas... radikal bebas ni la yang menjadi punca penyakit kanser... nanti mula la ade masalah bengkak hati... ade la masalah darah menjadi pekat (selain  masalah hi kolestrol la)... 

cara pembuangan dan pemusnahan toksid pada tubuh

boleh dilakukan di hati... melalui perpeluhan.... melalui kencing... melalui penyahtinjaan... anda berpeluh? (tiru iklan rexona) ohhh biarkan saja... (tapi jangan berbau suda)

cam ne kanser terjadi?

kanser terjadi akibat daripada proses pembahagian sel secara abnormal... dan proses tu berlaku tanpa henti...  sebab tu kalau kita lihat mane-mane bahagian yang telah terkena kanser rupanya tak cantik... betol tak? tak caye? jom usyar ni...

lung cancer

colon cancer 

liver cancer

sebenarnya semua organ yang kat atas ni kalau dalam keadaan normal elok je rupa parasnye... tak de cam kat atas tu... tu la kesan daripada pembahagian sel secara abnormal... so berhati-hati la ye... buat semua... jangan terlalu obses dengan bahan terlarang a.k.a bahan kimia yang akan memberi impak negatif pada tubuh...

buat pempuan... itam... gemuk... pendek... mereka pun manusia jugak ape? kalau nak cerah sangat gambar tu glow je la tak le bahaya sangat hahahaha

budak hitam!!! =)


nantikan entri tentang roti malaysia dan roti mat saleh ape bezanya?

p/s: halamak jebat ko ni sensetip btol la aku tak tanye kabo pun nak merajok cettt... jawap "ooooo" pon tak leh... nak jugak jawap panjang-panjang hadoi!!!

TUTUP AURAT... JANGAN NANTI-NANTI SAYANG

ingat lagi wilma mohamad? alhamdulillah jika masih ada masa

salam
semoga saat korang bace entri ni korang baik-baik je...
moga sentiasa diberkati dan dirahmati...

masih ramai perempuan 
tak mau tutup segala milik mereka
masih ramai perempuan
tutup semalam hari ni buka
tutup kepala nampak leher pula
tutup kepala dan leher masih nampak dada

macam-macam rupa ade... nanti bila ditanya belum sampai seru katanya... mungkin suatu hari nanti... kalau tanya pada artis pun jawapan lebih kurang serupa... hehehe (sebab aku baru bace la)... kalau ade yang garang sikit mungkin akan dijawab kubur kita lain-lain derrrr... 

kata wajib menutup aurat tu bukan dari kita-kita... itu perintah dari DIA... mati kita boleh jadi bila-bila... tu semua rahsia DIA... bila tutup aurat... lelaki bukan mahram melihat pun tak sama berkongsi dosa... ingat juga... suami atau ayah pun tak perlu tanggung dosa bersama... anda juga selamat dari seksa...

ingat... menutup aurat bukan sekadar bertudung...

hipokritlah kalau macam tu...

hohoho...
sama ada ikhlas atau tak... suka atau tak... hipokrit atau tak... menutup aurat tetap WAJIB disisi Allah... maka WAJIB melaksanakan perintah tersebut... walaupun masih belum sampai tahap ikhlas...

kalau bukan sekarang bila lagi? azam kuat dalam hati... jangan nanti-nanti sayang... =)

nota: maaf jika ada yang terasa... ini perkongsian buat kita semua... ingatan keras buat diri sendiri juga... semoga hari ni lebih baik dari semalam insyaAllah =)

15 August 2010

BAU


awas!!! jangan wat cam ni pada siang bulan ramadhan huhuhuhu

salam
semoga semua sihat selalu...
tak kira la korang berada kat mane pun hehehe...
sila jangan korek idong ok...

tetiba aku teringat satu perkataan 'bau' so aku rase sesuai sangat la nak wat tajuk entri... hehehe... sepanjang aku bernafas banyak gak bau yang lebih hebat dari bau kentut yang aku suka hidu.... huhuhu =)

bau apekah?

korang perasan tak?
bila dah lame tak hujan... then... bila hujan turun... akan ade satu bau... mungkin ade yang perasan... mungkin ade yang tak berapa perasan bau tu... tapi hidung aku memang suka hidu bau tu... bau hujan atau bau 'ghubar'

korang perasan tak?
mase kat sekolah dulu... kalau ade pakcik tukang kebun potong rumput kat padang sekolah... ade satu bau yang best... bau rumput lepas dipotong hehehe... wahhh aku sangat suka...

korang perasan tak?
mase aku kecik-kecik aku suke ikot papa wi isi minyak keta... hoho sebab nak cium bau petrol... pastu bila papa wi tau aku suka cium bau petrol.... papa wi marah hohoho... pastu habit tu aku dah abaikan sekarang... ape pun bau petrol memang best... tapi boleh rosakan saraf....

korang perasan tak?
bila api dinyalakan... ade satu bau api yang memang best... kesukaan aku tu... mase kecik kalau nak raye opah aku masak baulu gune dapur kayu... hehehe aku le orang pertama suke dok kat tepi... cium bau api... kihkihkih =)

korang perasan tak?
bau yang aku suka sangat bau baby... harum yang lembut je... lagi-lagi baby tu baru pas mandi atau pas nenen hohoho... abes la baby tu merah kena cium dengan aku... lalalala

belakang umah aku ade kilang getah... hahaha selalu gak aku cium bau ojol... hehehe... gitu la gamaknye bila ade hidung macam-macam bau boleh hidu... bau darah pun ade gak kan? aku tak berapa suka la bau darah.... hohoho...

bersyukurlah kerana masih dapat menghidu... =)

p/s: baru je tadi ucu aku datang nak bagi buah langsat... hohoho... tocey tocey ucu i lap u... =)

14 August 2010

KUEY TEOW KUNG FU PANDA


salam
ape khabar semua?
harap sehat la ye sepanjang ramadhan ni...

kali ni aku nak share resepi kuey teow kung fu panda perkataan panda tu aku saje tambah bagi menyedapkan tajuk entri... hehehe... orang pertama mencuba resepi aku ni semestinya la mak ngah aku dan angah hahaha.. mase tu dia orang datang jalan-jalan petang kat umah... kebetulan pertama kali aku masak kuey teow kung fu... dapat la dia orang merasa...

ni kuey teow kung fu second trial hahaha =)
1st trial pon da sedap... bukan susah pun masaknye...

bahan-bahannya:
2 ulas bawang putih
1cm halia
kuey teow (ikut la korang nak banyak mane)
udang @ isi ayam (mase ni aku guna udang sebab nak cepat)
kobis bunga
bawang besar (dihiris bulat)
lobak merah
telur ayam
cili merah
daun bawang
lada sulah
cili api
tomato
garam
gula
tepung ubi/ tepung jagung (kanji ok untuk memekatkan kuah)
kalau ade bawang goreng pon boleh tambah
sedikit minyak

cara memasaknya:
mula-mula panaskan periuk... letak sedikit minyak... tumis bawang putih dan halia yang telah ditumbuk... hingga naik bau... kemudian masukkan cili api yang telah dititik... (ikut suka la... kalau suka pedas sila letak lebih) biarkan seketika...

tambahkan air... ikut kesesuaian kuey teow yang korang nak masak... taburkan sedikit lada sulah... masukkan udang@ isi ayam... biarkan beberapa ketika... 

selepas tu masukan plak... tepung jagung yang da siap dibancuh sedikit demi sedikit ikut kesesuaian... kacau sehingga kuah menjadi agak pekat... (macam yang makan kat kedai tu la lebih kurang pekatnye)... letakkan garam dan gula secukup rasa...

akhir sekali masukan la sume sayuran yang ade... kobis bunga, bawang besar, cili merah, lobak merah, tomato... biarkan seketika... jangan sampai sayur layu sangat... nanti vitamin nye hilang....

untuk kuey teow plak...

pukul telur... cam ala-ala nak wat telur dadar... kemudian masukkan kuey teow dan kacau... panaskan kuali... dengan sedikit minyak... dan goreng cam nak goreng telur tu... da masak angkat letak dalam mangkuk... kemudian tuangkan kuah... dan boleh dihias dengan daun bawang dan bawang goreng...



nota: sayuran tu korang leh letak sayuran yang bersesuaian dengan selera korang tapi jangan la letak ulam raja plak... tak pon pegaga ke... haru la jawabnya... cara makan ikut sunnah... jangan campurkan sekali makanan darat ngan laut sekaligus... tak elok untuk penghadaman... sebab tu aku soh pilih udang atau ayam... kalau letak udang korang leh campur ngan sotong sekali... okay =)

TOK BATIN CEDERA PARAH

salam
hai semua semoga sihat bertambah berkat
sedar tak sedar kita da masuk hari ke 4 berpuasa...
oyeah... lagu raya pun da dengar... kuih raya pun da buat huuuuuuu (siot je kate kawan aku)

ape la cite aku kali ni ye....

hehehe asik layan cite yang serius je...
kali ni kita bace cite lawak la plak k...

ade seorang tok batin yang tinggal di sebuah perkampungan di pedalaman negeri pahang.... tok batin ni memang la popular... dengan sikap yang sangat berhati-hati bila menunggang motosikal.... entah macam mane satu hari dia boleh cedera parah setelah bertembung dengan seekor lembu... ikuti temubual antara tok batin dengan wartawan Pang Chin Fern daripada TV39...

wartawan: ape kabar pak cik?
tok batin: kabar tak berapa baik
wartawan: macam mane pakcik boleh cedera parah ni... kan pak cik selalu bawa motor dengan kelajuan 20km/j? pelik sungguh...
tok batin: itu la kamu... memang pak cik bawa dengan kelajuan konsisten... ye la... cam biase 20km/j... tapi nak wat macam mane dah bertembung dengan lembu yang berlari 90km/j... halaju tinggi yang terhasil dari lembu tersebut telah menyebabkan pakcik cedera parah... 

boleh caye ke cite ni? huhuhu lembu tu marah kot sebab tu beliau lari laju-laju hohohoho...

sekadar hiasan =)

13 August 2010

BLOG REVIEW



sambil minum kopi di padinno kopitiam, timbul idea nak review satu blog ni... agak-agak korang blog sape ye? hahahaha... haruslah blog si padin... blog yang memiliki kopitiam sendiri... di mana tempat merewang para blogger sambil bertukar-tukar cerita... hehehe... nape aku nak ajak korang usyar blog ni?

banyak cite santai yang dihidangkan oleh si padin... santai tapi menyelitkan unsur-unsur nasihat... antara entri beliau yang aku suka semestinya la... Antara Minat dan Terpaksa dan Ulangan Adalah Pembelajaran kedua-dua entri ni memang aku suke... hehehe...

di padinno.com juga... telah menemukan aku dengan blogger lain untuk bersembang kencang... huuuuuu... yup aku pun mula kenal dengan...

jericho

wah wah wah ramainye.... ade ke yang tertinggal? kat padinno kopitiam juga lah kami semua dapat mengeratkan silaturahim... senang cite SYOK HABISSSSSSSSSSS!!!!

ni la banner paling ngeri aku penah jumpe hahahaha =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...