GENG LENSA HIDUP

28 October 2010

BAGAIMANA 'ARAK' TU MEROSAKAN? - KAJIAN SAINTIFIK


assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...
moga sentiasa sihat dan selalu dalam lindunganNya =)
kita tau kan... setiap ape yang telah dilarang dan ditegah oleh Allah S.W.T... tu ade sebabnye... dan kebiasaannya leh dibuktikan dari sudut sains... cam tu gak dengan solat dan setiap perintahNya...
maka terbuktilah sains tu ade kaitan dengan Islam dan Islam tu di dalamnya ade sains... =)
Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah : 90)
jom kita usyar bagaimana arak ni di peringkat zarah... arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon, hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol.... Maha Suci Allah... manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama? kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza... selain tu... manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen & hidrogen) dan semestinya... manusia mempunyai roh... ye tak? (benda ghaib la yang tak leh kita sentuh)
arak yang ade jual kat pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza... nape ek? pertama... bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan... kebiasaannya... semakin lama arak tersebut diperam.. semakin melambung harganya.. yang kedua... bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. secara puratanya... beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol... (gitu la rigkasan komposisi yang aku penah bace)
amalan minum arak secara “tipu-tipu” dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan.  tambahan plak kalau diminum.... ni kerana, saat pertama alkohol diserap masuk kedalam badan adalah ketika titisan cecair tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku... dan gulppp... bila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tak.. ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus... permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan....
sila bayangkan bagaimana pergerakan cecair yang dipanggil arak tuu ye... mase bace entri ni... =)
molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang “melarut”... sekiranya terdapat anugerah “Paling Terlarut” antara unsur-unsur di bumi... pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air... bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan mengalir bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan....
haaaaaaaaa... tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu..”Pemisah Darah dari Otak”, atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB)...
ni merupakan fakta yang sangat penting... kebolehan alkohol merentasi Blood Brain Barrier memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain... contohnya... jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama... tak termasuk dalam kategori “boleh merentasi Blood Brain Barrier”, seterusnya halal dimakan.
kenape cam tu? kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla... kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil “mabuk”.
cerebral cortex yang terjejas akan menyebabkan pusat pemikiran menjadi luar kawal.... Keupayaan deria juga akan berkurangan.. hal ini menerangkan mengapa orang yang mabuk seringkali mengambil tindakan di luar jangkaan yang mengakibatkan kemudaratan diri sendiri dan orang lain seperti terjun bangunan, berguling-guling di jalan raya mahupun terhuyung-hayang tak tentu arah.... kebiasaannya apabila ditanya kembali aktiviti yang dilakukan ketika sedang mabuk... mereka pasti tak mengingatinya kerana ketika itu kerosakan cerebral cortex berlaku.
terjejasnya limbic system pula menyebabkan seseorang terlampau emosi... pemabuk yang marah akan menjadi bertambah tambah tambah tambah marah (aku saje je letak perkataan tambah tu banyak huhu) manakala pemabuk yang gembira akan menjadi terlampau lampau lampau lampau gembira diluar kebiasaan fitrah manusia.... kan ade kadang-kadang tu pemabuk senyum-senyum sendiri... murung yang teramat dan kadang-kadang “tiada ekspresi”.
cerebellum pula pada asalnya bertugas mengawal pergerakan-pergerakan badan yang memerlukan fokus dan teliti... contohnya seperti menulis dan melukis.... terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat.... sekiranya anda terserempak dengan pemabuk... cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri... kompem mereka tak mampu melakukannya... kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi....
medulla pula mengawal aktiviti luar kawal seperti pernafasan, degupan jantung dan kerdipan mata... terdapat risiko pernafasan akan berhenti secara tiba-tiba... degupan jantung terlampau cepat atau terlampau lambat berkerja.. selalunya dipanggil sebagai “jantung yang bercuti selepas berparti” (Holiday Heart).. boleh jadi mata pemabuk akan berkedip tidak henti-henti ataupun langsung tidak berkedip
selain daripada menjejaskan pusat kawalan otak, bahagian-bahagian badan lain yang akan terjejas adalah terlampau banyak sehingga tak mampu disenaraikan.... antaranya kanser mulut, lidah, dan esofagus... kanser hati, cirrhosis, dan hepatitis... penyakit jantung, darah tinggi dan strok. bagi wanita yang mengandung, kemungkinan besar akan mengalami penyakit “Fetal Alcohol Syndrome” antara ciri-ciri bayi dengan Fetal Alcohol Syndrome adalah kepala dan otak yang kecil, terlampau aktif, koordinasi yang lemah dan kurang akal...(mentally retarded)
tu la di antara sebab kenapa Allah melarang hambaNya minum arak... 
semoga dengan perkongsian ni dapat menyedarkan masyarakat mengenai betapa tak berpekdahnye arak ni.... dan lebih ramai yang sudi menjahui "air kencing setan" ni =)
nota: untuk lebih mudah sila rujuk gambar dan penerangan mengenai struktur yang ade dalam otak ni kat dalam mane-mane buku fundamental of biology atau pun buku yang ade menceritakan mengenai sistem saraf otak... =)

WAJAH PENCULIK KANAK-KANAK

assalammualaikum dan salam sejahtera...

moga semuanya sihat sejahtera la ye... dan dirahmati Allah selalu...

TAJUK: KANAK-KANAK HILANG? SALAH SIAPA?

isu kanak-kanak hilang bukan la isu lapok... isu ni selalu je di 'update' dari hari ke hari dengan kehilangan baru... ohhh macam-macam sebab punca kehilangan kanak-kanak...

faktor utama adalah kecuaian ibu bapa...

mak ayah selamber je biar anak-anak merayap mase kat shopping complex... depa plak dok sibuk bershopping... tak pun anak-anak yang masih kecik sesuka hati je disuruh pegi kedai beli sos cili ke... kicap ke... 

semestinya lah penculik tu ade peluang nak menculik kan?

selain hilang kena culik ade gak yang hilang sebab dibawa arus deras ke... dihanyutkan ombak ke... haaaaaaa ni plak yang jenis suka pi picnic... pastu biar je anak-anak merayap tah ke mane... yang si mak dan bapak ni dok makan ayam goreng dengan spagetti...

wohoooooooooooo anak da hilang baru gelabah nak carik.....

sewajarnya kanak-kanak yang masih di dalam jagaan ibu bapa... mereka berada di dalam keadaan yang paling selamat... dan ibu bapa plak sewajarnya jangan cuai ketika menjaga kanak-kanak...

nota: entri ni daripada sudut kesedaran dalam pengawasan kanak-kanak... kalau ikutkan tu sume dalam lindungan Allah... ye tak? ape pun... anak tu kan amanah... op kos la kita kena jaga...

p/s: kalau anak da besar panjang nak lari umah plak? hishhhhh macam-macam hal sekarang ni...

hati-hati ok!!! =P

27 October 2010

HOMEMADE MARUKU - DEEPAVALI MODE

assalammualaikum dan salam sejahtera...

da lame kan aku tak de wat entri berkaitan resepi... (tak de entri resepi bukan bermaksud aku tak masak ok)

memandangkan Deepavali hampir tiba... of coz la resepi aku bertemakan Deepavali... huhuhu... macam biasa... kita layan gambar dulu.... 



bahan-bahan:

tepung maruku Baba's original (500g = satu bungkus)
20g majerin (aku guna planta)
200g tepung pulut
satu camca besar udang kering
satu ulas bawang putih
setengah sentimeter halia
setengah camca besar jemuju 
secubit garam - tepung maruku tu memang da ade garam
satu camca besar lada kering kisar
daun kari - ikut suka
air secukupnya


kaedahnya: (saje tiru stail orang dulu-dulu)

basuh jemuju dan toskan. kisar bawang putih, halia, dan udang kering. campurkan tepung pulut, tepung maruku dan marjerin dan gaul rata. ambil jemuju dan gosek dengan tangan dan taburkan ke dalam campuran tepung tadi. masukkan bahan-bahan yang dikisar dan secubit garam. masukkan air dan gaul hingga sebati dan menjadi doh yang lembut (bukan lembik ok). bentukan maruku menggunakan acuan maruku. (kalau tak de acuan maruku guna acuan sawa pun leh gak... janji tepung tu kuar bentuk maruku) sebelum diangkat masukkan daun kari bagi membangkitkan aroma maruku tersebut...

sejak jiran aku ajar buat maruku letak jemuju tu sedap... bila tak taruk jemuju... memang rase lain derrr... korang leh la cuba ye... mesti jiran-jiran india korang sangat mengagumi kebolehan korang tu... huhu... dan mungkin juga korang akan diangkat menjadi IDOL sempena Deepavali kali ni... lalala  =)


nota: jika korang tau membuat maruku tu tak bererti korang boleh fasih berbahasa Tamil ok!!!

SIAPA YANG BOLEH MELIHAT AURAT SEORANG WANITA

assalammualaikum dan salam sejahtera...
dalam isu aurat ni kadang-kadang ade timbul sedikit kekeliruan...


tengok kakak ipar bersalam dengan adik ipar... dan macam-macam lagi...


kali ni aku nak kongsikan senarai lelaki yang boleh melihat aurat seorang wanita atas sebab keturunan(nasab) atau atas sebab perkahwinan...

1. Suami
2. Bapa sendiri (bapa kandung)
3. Bapa suami (bapa mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
9. Wanita Islam yang berakhlak.
10. Hamba lelaki yang mereka miliki
11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
13. Anak lelaki susuan.
14. Bapa susuan.
15. Saudara susuan.
16. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
17. Menantu lelaki.

DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA KEADAAN.

1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.
2. Ketika berjual beli
3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat.
4. Ketika hendak menjadi saksi
5. Ketika menuntut ilmu


nota: wuduk seorang wanita tetap tidak terbatal jika bersentuhan dengan bapa mertua sampai bila-bila... sekalipun wanita tersebut telah bercerai dengan suaminya... begitu juga dengan batas-batas aurat...

26 October 2010

HIP HOP KAPAK

assalammualaikum dan salam sejahtera 

tetiba je aku ngan mama yah dok bercerita tentang HIP HOP... mama yah pun bercerita la... mase dia sekolah dulu... sekitar awal 80an... mase tu sekolah menengah da... irama HIP HOP baru mula nak bertapak...

of kos la mama yah tau ape tu head spin dan bla bla bla... (aku kurang arif sikit) huhu... mama yah pun bercerita la yang budak-budak mase tu sibuk la nak menari kat kaki lima... (budak-budak sekarang pun ade wat gitu)

aku tanyalah mama yah... "ma ingat kumpulan nico?"

mama yah jawab... "ingatla..." 



klaka la plak aku tengok video clip ni huhu
nico - Inilah Nasibku


uhuhu... ingat joe? 
4U2C - Fiona

lawak betol la video klip dulu-dulu... huhu

bila aku tanya kat papa wi... "ayah ok tak hip hop dulu-dulu?"

papa wi jawab... "ape tah ngelinjat-ngelinjat..."

ahaha =)

nota: aku mase kecik memang suka menyanyi... lagu favourite aku Isabella daripada Search... siap rakam suara dalam tape lagi tuuuuu... hahaha

RASA MERASA... JANGAN ADA YANG TERASA...

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

manusia nia de macam-macam perangai kan?

aku memang suka tengok perangai orang mase kat shopping complex huhu... ayoyooooooooo ade yang cam tu... ade yang cam ni... ehehe

yang paling aku tak leh blah mase hari tu aku pi la shopping ngan papa wi dan mama yah... ade la sorang pakcik ni... selamber je dia ambik anggur kat pasar raya... sambil jalan-jalan nak beli barang lain...


da la ambik sebijik pastu teros masuk mulut... makan... wohaaaaa...


anak dia pun cakap "ayah ade kamera lah..." 


pakcik tu pon dongak-dongak je tengok... pas tu blah cam tu je... dengan muka toye... 


situasi yang sama aku sangat selalu jumpa kat pasaraya.... nak nak bahagian jual jeruk-jeruk... buah-buahan... dahfa ikan... pendek kata area makanan timbang ni... orang selalu je datang cuit-cuit... ambik dan makan...


memang la sikit pe yang diambik tu...


tahukah anda tu semua akan jadi darah daging?


apekah status makanan tu?


ermmm semestinya haram... dan apabila dah jadi darah daging... selama 40 puluh hari segala amalan kita tak diterima... 


supaya doa dimakbulkan oleh Allah S.W.T sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?”
(Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).



Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab". jawab Rasulullah s.a.w: "wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"
(Hadith Riwayat Ibnu Abbas).



jangan kita ambil mudah perkara cam ni... memang la cam tak de pape je... tapi tetap ade kesannya... =)


nota: lainlah kalau jurujual tu soh rase... atau kita dah mintak izin nak merasa =)


ni makan derrr bukan merasa... lalala

25 October 2010

GUA MUSANG MULAI SESAK

GUA MUSANG, 25 Okt: Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas esok, bandar Gua Musang mulai sesak.
Biarpun hujan lebat mula turun siang tadi, kenderaan dari luar tidak putus-putus membanjiri pekan Gua Musang, sejak petang tadi.
Kenderaan dijangka bertambah menjelang pagi esok.
Bukan sahaja penyokong dari luar, malah penyokong tempatan dari seluruh Kelantan juga mula berkampung di sini sejak beberapa hari lalu.
"Petang ni baru jam ni, pagi tadi, tengahari tadi OK lagi.
"Beraya la orang Gua Musang sekali ni," kata Azman Said, seorang penduduk tempatan di sini.
Sementara itu, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra seawal jam 7 pagi esok bagi memudahkan urusan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.
Pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon, Dr Zulkefli Mohamad dijangka tiba jam 8.00 pagi.
Sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan jajahan Gua Musang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat hajat di masjid berkenaan.
Perarakan mengiringi calon dijangka bermula jam 8.30 pagi sejurus selesai solat hajat.
Dalam pada itu, PAS malam ini mengadakan beberapa program menjelang esok.
Di peti undi Pulai, Tuan Guru Nik Aziz menghadiri  satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula dijadual menyampaikan ceramah di Pasti Terasil.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pula berceramah di Kampung Baru Gua Musang bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.
Manakala di Pusat Sivik pula berlangsung forum Bertani Satu Ibadah anjuran kerajaan negeri.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah mengingatkan penyokong parti bertanding supaya mematuhi laluan yang ditetapkan bagi penyokong parti masing-masing.
Penyokong calon BN akan berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati kira-kira 180 meter dari Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, tempat penyokong calon Pakatan Rakyat berkumpul.
sumber: HarakahDaily

BELAJAR DARI KESALAHAN

assalammualaikum dan salam sejahtera....

kisah ni aku jadikan entri la... boleh kan? ni pon aku olah... kejadian ni diceritakan oleh seorang kenalan aku kat FB... kebetulan dia dah ade anak...

kena la olah supaya agak panjang sikit entri ni... tak kan la nak publish entri kontot sangat huhu...

kisah seorang ibu dan seorang anak lelaki...

ibu: wah bagus... abang dapat A periksa kali ni...
anak: terima kasih ibu...
ibu: kalau abang belajar rajin sikit je lagi kompem abang dapat 100%... abang kena belajar dari kesalahan!!!
anak: kalau abang jawab semua betul... tak de yang salah... macam mane nak belajar dari kesalahan...

kuwang kuwang kuwang =)

si ibu pun mula bertanya... aku cakap salah ke?

huhu dasat la dik... pusing ibu kamu mau melayan lalala =P

4 GOLONGAN LELAKI BAKAL DITARIK KE NERAKA

Pertama:-
  'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.  

Kedua:-
'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.  

Ketiga:-
  'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.  

Keempat:-
 'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

nota: kadang-kadang kita selalu nampak orang pempuan walaupon da kahwin dengan selambe je kuar umah tak tutup aurat... walaupun selangkah je kuar dari rumah... cam tu gak dengan anak-anak pempuan... dan adik-beradik lelaki gak... tetap ade tanggung jawab...

aku masih ingat: aku kena marah dengan adik lelaki aku... mase tu aku sat je nak buat pe tah kat halaman umah... aku pakai tudung... cuma mase tu aku pakai baju lengan pendek... adik aku kate "ha tangan tu nak kena bakar ke?" aku pon gelak-gelak je masuk umah balik gi carik cardigan huhu ~ bila fikir balik tu pun aurat gak walaupun kuar umah selangkah je....

24 October 2010

PENJAGAAN RAPI SELEPAS KELAHIRAN

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

kepentingan penjagaan kesihatan selepas suatu kelahiran harus dititikberatkan... agar kesihatan ibu dan bayi sentiasa dalam keadaan baik...

kini banyak produk yang cuba diketengahkan bagi merawat ibu-ibu selepas melahirkan bayi... keberkesanan produk yang digunakan perlulah bukan sahaja memberi kesan posotif buat kesihatan ibu... tetapi juga bagi kesihatan bayi....

antara ciri-ciri produk atau set bersalin yang bagus adalah... 
1) dirumus khas daripada sumber semulajadi
2) tidak memberi kesan kepada penyusuan bayi (air susu tak kering)
3) tidak mendatangkan kesan sampingan
4) pastikan produk mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)

penjagaan rapi selepas kelahiran sangat penting bagi mengelakan masalah kesihatan ibu pada masa akan datang... 

harga bukanlah ukurannya... apa yang penting keberkesanan produk... dan kehadiran produk mampu milik amat dinanti-nantikan buat setiap ibu-ibu ketika berpantang... =)

anda semua dijemput untuk mencuba dan melihat keberkesanan produk alami daripada NR.com

untuk keterangan lanjut anda semua boleh menghubungi Kak Rohaya atau hantarkan emel anda ke rohayayusof73@gmail.com atau boleh singgah ke laman ini




nota: terima kasih kepada kak aya kerana sudi beriklan di laman Lensa Hidup [dot] com

p/s: ade 3 lagi penaja nak beriklan... aku lom sempat buat banner diaorang maaf ye... aku try wat secepat mungkin =)

LEWAT SEMESTA

assalammualaikum dan salam sejahtera


huhu aku nak share lagu ni best wooo... aku suka cuma sebelum ni aku tak tau tajuknye je lalala =)


Lewat Semesta - Randy Pangalila


satu kata bertulis cinta
telah merasuki
tak urung cinta tersentuh
hanya ku rasa

dan jika wujud yang menjelma
pada sebentuk hati
bukankah itu amanah
dari yang kuasa
menjaganya, menjaganya

wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan

begitu ingin berbagi batin
mendengarkan asa di jiwa
oh tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku

download: SINI

lagu ni mula-mula aku dengar kat blog aizul marcello sekarang dia da tukar lagu lain... ahaha... 


try la dengar kalau best boleh download huhu =)

23 October 2010

MATI BERGADUH DENGAN KAKAK

KUANTAN – Puncanya cuma berebut siaran televisyen, tetapi akibatnya seorang adik mati terkena serpihan kaca tingkap nako sewaktu berbalah dengan kakaknya di rumah mereka di Taman Balok Baru di sini kelmarin.
Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, yang mengalami pendarahan teruk pada paha kanan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Balok pada pukul 5.40 petang Khamis lalu.
Kejadian itu berlaku sewaktu bapa mereka keluar bekerja sementara ibu pula berada di surau berdekatan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, sebelum kejadian pada pukul 4.30 petang, Naili pada mulanya didakwa bergaduh dengan seorang adik perempuannya yang berusia lima tahun kerana berebut saluran televisyen.
“Kakak Naili yang melihat tindakan mangsa yang cuba berebut siaran televisyen telah memarahi mangsa.
“Ekoran itu berlaku pertengkaran antara Naili dengan kakaknya yang berusia 16 tahun sehingga terbawa-bawa sampai di luar rumah,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, semasa pergaduhan itu, kakak mangsa mengambil serpihan kaca tingkap nako yang sudah pecah di tepi dinding rumah sambil mengacah-acah ke arah adiknya.
“Namun tanpa disengajakan serpihan kaca itu terlepas daripada tangan kakaknya lalu terkena pangkal paha kanan mangsa,” katanya.
Katanya, akibat kejadian itu, mangsa luka dan berdarah dengan teruk di pahanya menyebabkan dia kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan oleh jirannya.
nota: dahsyat gak ye... hehe adik aku cakap kalau gaduh dengan aku tak de la sampai mati uhuhu =P


sumber: KOSMO

TIPS TRADISIONAL ATASI PENYAKIT GOUT

assalammualaikum dan salam sejahtera

moga sihat sentiasa dan senyum selalu =)

sebelum ni aku pernah bercerita mengenai Penyakit Gout dalam entri lame aku... Penyakit Gout ni sebenarnya adalah berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi... sebab tu la jadi bengkak di kawasan sendi.... itulah dia Gout 

mane yang belum bace entri tu leh la singgah --->> Penyakit Gout

selain tu ade jugak seorang komentar yang memberikan komen dan menyatakan daun peria mampu mengubat penyakit gout... InsyaAllah...

ni la antara komen yang telah diberikan... oleh Mohamad Zahrawi  =)

jika kita semua perhatikan asid lawannya adalah suatu yang bersifat alkali... ye tak? alkali sifatnya pahit... cam ubat gigi dan air(kebiasaannya air galian) kalau tak caye sila semak pH air tiap kali korang beli... hanya sesetengahnya je yang memilki pH kurang daripada 7.0 pH... walaupun air yang kita minum tu tak le sepahit peria katak ehehe =P

pH kurang daripada 7.0 - bersifat asid
pH lebih daripada 7.0 - bersifat alkali

jadi tak mustahil daun peria mampu mengatasi masalah gout yang kini ramai dihidapi oleh penduduk malaysia... InsyaAllah... apa salahnya mencuba sekiranya ubatan hospital kurang efektif... lagipun insyaAllah kaedah tersebut tak de memberikan kesan sampingan...

selain banyakan minum air galian atau air tapisan... supaya asid urik yang ade dalam tubuh dapat dikumuhkan dengan baik... =)

22 October 2010

KENALI PENYAKIT BARU: KENCING MASIN


Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu...

Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa

"Pok cik ni sakit gapo?"



"Kecing manih. Lamo doh."

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

"Tu bakpo pulok?"

"Kecemase"

"Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih."


nota: sekali sekala ade humor boleh kan?

DR. ZULKEFLI CALON BAGI N45 DUN GALAS


GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.
Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.
Biodata Zulkefli:
Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.
Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.
Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.
Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.
Dr Zulkefli  dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.
Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.
Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.
Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.
Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.
Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.
Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.
Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.
PAS FOR ALL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...