GENG LENSA HIDUP

09 October 2010

MENGELUH BILA HARI HUJAN

ade sesape yang mengeluh bila jumpa kumpulan hujan? uhuhuhu

assalammualaikum dan salam sejahtera...

moga semua sihat dan gembira selalu... pernah tak korang mengeluh bila hari hujan? contohnya seperti... "alamak weh... cuaca buruk la pulak hari ni..." tak pun... "cuaca buruk la sejak dua menjak ni kat tempat aku... aku tak dapat ke laut..." contohnye la... 

hujan selalu digambarkan akan menjadikan suasana semakin tak best... dan jadikan aktiviti... pun terbantut... kalau kat sesetengah tempat siap ade wat doa... supaya hujan tak turun kat tempat kita... nak nak mase ade kerja kawin... siap gantung baju terbalik lagi kat kawasan majlis tu... (yang tukang baca doa tu ustaz pulak...) ohhhhhh...

mase mengaji(belajar) tau pulak sebut hujan tu rahmat ehehe... kan?

yup hujan tu rahmat.... pintu rahmat terbuka saat hujan turun... sebab tu Rasulullah s.a.w pesan.... doa mustajab mase hujan lebat... penah dengar tak?  sedangkan Allah S.W.T tu Maha Mengetahui mase bila patut diturunkan hujan... mase bila patut berhenti hujan... mase bila patut hujan renyai-renyai... mase bila patut hujan lebat...

"maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11) 

"dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18 ) 

"dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Hud : 123)

cuma bila musim kemarau je la... kita teringatkan hujan... ye tak?

semoga selepas ni kita tak tersasul lagi dengan berkeluh kesah setiap kali turunnya hujan... =)

CERITA SEKOLAH MENGANDUNG LAGI


Apabila saya mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?
PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.
Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.
Cuba tuan-puan melawat Taman Melaka Raya pada malam hari .......sudah pasti tuan-puan akan melihat ianya bagaikan tempat pesta maksiat yang tidak kawal. Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....
PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi....Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman.
nota: kerajaan yang memerintah sesebuah negerilah yang WAJIB menegakkan hukum Islam... disusuli pula oleh kerajaan pusat... takkan nak mintak orang yang tak de kuasa memerintah pulak kot...
siapa yang pegang hak untuk keluarkan lesen judi?
siapa yang pegang hak untuk keluarkan lesen kilang arak?
siapa yang pegang hak untuk keluarkan lesen rumah tumpangan?

08 October 2010

KEBAIKAN MANDI

origami awek berbaju mandi... miahahaha... terlebih kreatif!!!

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

kali ni aku nak kongsikan info ilmiah buat semua ye...

mandi bukanlah sekadar nak membersihkan diri daripada kotoran... tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh... mengikut satu penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus... selain daripada tu... kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.... haaaa kan tu kebagusan mandi (aku memang takut sejuk derr tapi aku takde genetik kambing ye...)


berikut adalah beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya...

mengeluarkan racun: 
mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin... mandi air panas membantu menurunkan aras gula dalam darah... menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik... tempoh untuk mandi yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit... (kalau tercekik ubat gegat memang le mandi tak leh kuarkan jugak... maksud racun kat sini toksid ok... hehe)

mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan.... (aku mungkin mengalami ketegangan kalau kena mandi miahaha =P)

jangkitan kulit:
penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian.... ia bertindak sebagai antiseptik... isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata... digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.... (yelah mane tau ade baby yang kene ruam-ruam ke... boleh la cube... ade kena kurap ke... ehehe)

selesema dan sakit kepala 
merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang letih... masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon... selepas tu.. basuh dengan air sejuk....lakukannya selama 10 hingga 20 minit.... (rendam kaki dengan air suam dicampur dengan garam kasar pun best... cuba korang try test)

insomnia 
merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.... yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur.... masukkan kaki sehingga ia merasa dingin... perubatan ini berguna bagi kaki yang letih... pendarahan hidung...  selsema dan sembelit.... (jangan rendam kepala anda... mungkin anda akan tidur untuk selama-lamanya...)

nota: pengubah suaian artikel berdasarkan pembacaan... di tambah dengan humor yang ringan-ringan =)

imbas kembali: mase aku skolah dulu... aku cukup liat nak mandi pagi... papa wi akan dukung aku pegi bilik air... siapkan air panas dulu... bila aku masuk bilik air... aku bukan mandi pon... aku kunci pintu.... pastu aku tido atas bangku kecik dalam bilik air... ahaha siot betol!!! (bila da kena jerkah baru terkial-kial nak mandi ohhh)

AWASI KEHADIRAN NYAMUK DI HOSPITAL

assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua...

nyamuk oh nyamuk

pastikan rumah anda bersih daripada tempat yang air boleh bertakung...
cam tayar buruk, alas pasu bunga, botol plastik dan banyak lagi...
hari-hari kan korang leh tengok iklan kat dalam TV tu...

tu bukan la motif entri ni...

aku nak kongsikan ni je...
mungkinkah nyamuk di hospital akan berbuat demikian?

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V




ni la yang dikatakan manusia yang cukup berseni...
kartun cam ni pon leh terkuar dari kepala diaorang...

07 October 2010

PERBALAHAN ANTARA DUA MALAIKAT...

salam dan selamat sejahtera buat semua...

semoga sihat sejahtera... kali ni nak berkongsi kisah daripada kiriman member aku... Mohd Izuan bin Hamid... semoga kisah ni memberi manfaat buat semua... =)

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat.

Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Ketika itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

Moral & Iktibar 
  • Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
  • Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat.
  • Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan.
  • Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dengan hikmah dan bijaksana.
  • Fatwa yang salah dan tidak berlandaskan hukum sebenar hanya menyusahkan diri sendiri.
  • Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit.
  • Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya.
  • Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya.
  • Mereka yang diterima oleh Allah akan taubatnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang dosa.
  • Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga.

kisah ni disiarkan selepas disemak daripada sumber yang sahih... korang semua boleh rujuk kisah ni... kerana ia diambil dari hadith Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Said Al-Khudri... kisah tersebut boleh didapati dalam Riyadhus Shalihin karangan Imam Nawawi... 

sekian terima kasih =)

KALAU ABANG JADI ULTRAMAN...

salam semua...

jom kita layan cite best nak? layannnnnnnn

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... ..buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9).... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang.... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu, Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah... 

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

p/s: lawak derrr.... jem aku bace huhu

PERNAHKAH LELAKI RASA KURANG... JIKA KETIADAAN PEREMPUAN?

assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah...

kali ni rase nak berkongsi hal cam ni rasenye... huhu

ade seorang kawan sudi bercerita... kat aku... dia cakap ayah dia jadi agak haru biru bila mak dia balik ke kampung atas urusan keluarga.... ermmm...

nak dipendekkan cite bila ayahnye nak memasak ade je la ramuan yang terkurang tak la same cam mak dia memasak... bila nak keluar rumah selalu je la ade sesuatu yang tertinggal... biasanya ade isteri dia akan tolong mengingatkan... 

ye la...

ayah dia cakap...

kalau ade mak ko....

mane dia penah lupa nak letak bawang putih mase nak menumis....

kalau ade mak ko...

tak sah kalau dia tak membebel sebelum keluar rumah... ingatkan bawak itu ini...

ehehe...

member aku sengih je la...

ni rase kurang ke?

atau rase rindu bini?

hahahaha...

sebenarnye tak de la semua lelaki rase bergantung cam tu... boleh je berdikari bila orang pempuan tak de huhu... cume of coz la rindu kat bini yang da bertahun-tahun hidup bersame... kan kan kan?

tak kan le tetiba si bapak nak kabo ke anak... ayah rindu sangat kat mak ko...

mati kena gelak le bapaknye ye tak? tapi tu la hakikat... huhu... papa wi pon penah gak rase kurang je bila mama yah balik kampung... huhu =P

nota: jangan amalkan untuk orang yang belom berkahwin...

p/s: geli jugak aku dengan orang yang buat-buat pelat... padahal umo da tua bangka... "cayang titew windu kat cayang la..." - credit to mamat 

*makluman beliau bukan pengguna frasa itu... cuma turut berasa geli dengan perkataan pelat... wehuuuuuuuuu

baby kalau pelat tak pe la gak huhu

06 October 2010

SEORANG LELAKI YANG SEMPURNA...



assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

kali ni aku nak sembang mengenai suami yang sempurna la plak... hehe ok kan?

Al-Habib Abdullah Al-haddad berkata: "seorang lelaki yang sempurna adalah dia yang mempermudah dalam kewajipan-kewajipan kepadanya dan tidak mempermudah kewajipan-kewajipan kepada Allah. dan seorang lelaki yang kurang ialah dia yang bersifat sebaliknya..."

maksud ayat kat atas ni adalah seorang suami yang sudi memaafkan isteri jika isteri tak dapat menghias diri untuknya... dan akan marah dan berkeras jika si isteri mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah S.W.T... dan lelaki yang kurang pulak adalah suami yang marah jika isteri tak berhias untuknya... dan membiarkan je jika isteri tak taat pada Allah S.W.T... seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain perkara wajib...

p/s: semoga entri ni bermanfaat buat semua =)

SEDAPNYERRRRRRRRRR...


assalammualaikum buat semua dan salam sejahtera...

ahaha sangat menarik bro J share pictures ni kat aku...









p/s: bro J...  besday aku nanti kalau jumpe keychain cam ni beli la kan satu huhu =P

FAKTA YANG JARANG DI AMBIL TAHU OLEH MANUSIA

pe perasaan korang kalau minum air daripada cerek ni?

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

harap semuanye sihat dan gembira huhu... mende alah ni da lame aku simpan... kat dalam DVD aku maklum la... dulu-dulu mane ade blog... nak harapkan blog kat friendster je kan? ape la sangat heheh...

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Tahukah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Tahukah anda, sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 

nota: jangan la percaya bulat-bulat dengan fakta ni... mesti la percaya lonjong-lonjong miahahaha =)

05 October 2010

EH BAHASA SEPANYOL KE?

assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca...

moga korang sihat la ye hendaknya...

tetiba kali ni aku rase mau basurah banjar... hahaha

sempena hari raya ni aku nak bagi satu PANTUN dalam bahasa banjar... ok tak?

UYUH MAHADANG SAWAT TAGURING,
HAYAM JAGAU DIMASAK CABAI,
UMAK MENIRENG AYAH TAKURIHENG,
MELIHAT CUCU BULIK BEUMBAI...

TERHAMBURAN KEKANAKAN BUKAH-BUKAHAN,
TASIPAK WADAI ULAHAN PANINIAN,
MARISTA ANGAHNYAK KADA TEHABAAN, 
DANGSANAK KULAAN SAMA'AN BERILAAN...

tu dia... sedikit pantun BANJAR...

kat sini ade beberapa frasa ayat... yang mungkin korang paham maksudnya... kalau tak faham aku ade sertakan maksudnye... miahahaha...

kadak tahok - tak tau
diulah - dibuat
ganal - besar
urang baharek - orang dulu-dulu
kade melihat - tak menengok

aku pon teringat satu peristiwa... mama yah selalu cakap banjar nak nak bila sembang ngan opah aku... satu hari tu jiran aku pun lepak-lepak la kat umah aku nak sembang ngan mama yah... pastu mama yah ni sembang la ngan dia... tetiba opah aku call...

so mama yah pon sembang la ngan opah aku bahasa banjar... tetiba jiran aku nganga... je dengar... dia pun tanya kat aku...

jiran: ma cakap bahasa ape tu
aku: sepanyol...

miahaha jahat betol aku ni... pastu mama yah pun cubit aku... (ish budak ni main-mainkan orang tua plak) maaf makcik saya gurau je... mama cakap bahasa banjar tu makcik... huhu 

huhu ni baru lebih kurang 1/6 daripada semua kuarga.. je yang balik raye... 
kalau ade semua... roboh umah opah aku... =)

04 October 2010

ORANG PINK



assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

moga sihat sejahtera hendaknya... senyum sokmo... miahaha... kat sini aku nak katakan aku sangat teruja untuk menghadiri gathering huhu... 

mesti korang tertanya-tanya ye tak? (cehhh perasan la ko ni derrr)
apesal aku wat tajuk orang pink heheh...

nape ye?

suasana di satu pasaraya....
aku ngan adik aku yang bongsu pon jenjalan la...
tetiba...

adik: kak dila... orang pink... (muka adik aku sangat teruja)
aku: aku pun beliak kan mate... (sebagai isyarat jangan tegur dan jangan buat muka jakun)
adik: kenape kak dila?
aku: albino tu...

sampai kat umah...

adik: albino tu ape?
aku: orang yang tak de pigmen melanin... mate hitam dia pun tak itam... paham tak?
adik: terangkan lagi detail...
aku: bla bla... (pot pet sambil tunjukan contoh bergambar huhu)

Fakta

albino berasal daripada perkataan latin albus yang membawa maksud putih... ciri-cirinya adalah hilangnya pigmen melanin pada mata... kulit... rambut... biasanya rambut kan hitam... so rambut orang yang menghidapi penyakit ni jadi putih... mate hitam kan biasanya of coz la kaler hitam... tapi mate depa ni kaler bukan itam... kulit depa ni kaler putih... (ni yang adik aku panggil orang pink) kulit depa agak kemerahan bila terkena cahaya matahari....

orang yang rambut jadi putih bila da tua tu bukan albino... tu uban ok! =)

albino ni terjadi bukan kerana sesuatu jangkitan tetapi akibat daripada perbezaan genetik... mutasi terjadi pada gen resesif... melanin ni fungsinya untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu (UV)... albino ni terbahagi kepada 2... 

oculocutaneous albinisme - kehilangan pigmen melanin pada mata, rambut dan kulit
okular albinisme - kehilangan melanin pada mata sahaja.. (persis manusia normal)

penyakit ni tak boleh diubati setakat ni... tetapi cara untuk mengurangkan ketidakselesaan yang dialami pesakit dapat dikurangkan dengan mengurangkan pesakit pada pendedahan cahaya matahari... 

nota: kulit penghidap albino ni memang agak pink lepas terkena pancaran matahari...

02 October 2010

MUTIARA HIKMAH...



Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, "Apa hak isteri terhadap suaminya?" Nabi Saw menjawab, "Memberi isteri makan bila kamu makan, memberinya pakaian bila kamu berpakaian, tidak boleh memukul wajahnya, tidak boleh menjelek-jelekkannya dan jangan menjauhinya kecuali dalam lingkungan rumahmu. 
(HR. Abu Dawud)

Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)


Allah menguji sekelompok mukmin yang menjadi khalifah-khalifah-Nya dan yang memiliki ilmu rohani, agar mereka berdoa kepadanya, di kala mereka berdoa untuk menerima doa mereka, dan kadang-kadang tidak segera diterima, bukan kerana ditolak. Kita mesti menelaah apakah ia telah mengabaikan perintah secara nyata atau tersembunyi, kerena lebih sering ia diuji sebagai hukuman atas dosa-dosa semacam itu.


Segala sesuatu itu ada dan akan terjadi sesuai dengan ketentuan qadha dan qadarNya, ini merupakan keyakinan orang-orang Islam dan para pengikut setia Rasulullah S.A.W . Yakni keyakinan mereka bahawa segala sesuatu di dunia ini tidak akan pernah ada dan terjadi tanpa sepengetahuan, izin, dan ketentuan Allah.


Kesulitan-kesulitan itu sebenarnya akan menguatkan hati,menghapuskan dosa , menghancurkan rasa ujub, dan menguburkan rasa sombong, karena dengan itu semua kita dapat menghidupkan bacaan zikir, dan merupakan upaya untuk menjaga hati dengan bersabar dan berserah diri kepada zat Sang Maha Esa.

01 October 2010

PERJUMPAAN PENGOPI TEGAR...

salam semua...

tarikh dan tempat aktiviti bagi perjumpaan geng pengopi tegar... entri ni akan menjadi sticky entri... dan sesiapa yang ingin hadir boleh la berikan komen korang =)

tarikh pilihan:
16 Oktober 2010 - Sabtu (sila beri respon untuk tarikh ni)

aktiviti:
1) makan-makan (mesti)
2) aktiviti lain yang akan diumumkan

meeting point KL Sentral... 10 a.m... ok?

*cenderahati akan disediakan oleh encik padin hohoho...

senarai nama yang dah confirm:
padin
yaty + member yaty
mak
ellen
cik tom
assoy
jeman
yuyu
anna
MissXYZ



Create your own banner at mybannermaker.com!
Padinno.com

AWAS: BIG MAC DI MCDONALDS


assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...
moga sihat sentiasa la hendaknya....

ermmm... jom layannnnnnnnnnn

Suatu hari seorang orang kampung yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah orang kampung.. sedang dia berfikir datang seorang lelaki lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... orang kampung itu pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Orang kampung : bagi Big Mac satu...
Ahmad : Air...Bagi air coke yer...
Orang kampung : Air...Bagi air coke yer...

Ahmad pon menjeling pada orang kampung tersebut..namun orang kampung tersebut buat tak tahu je...

Ahmad : ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Orang kampung : ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi orang kampung tersebut...

Ahmad : hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ke?
Orang kampung : Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

p/s: tajuk ala-ala gempak gitu... miahaha =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...