GENG LENSA HIDUP

18 October 2010

KETAHUI HAK ANDA JIKA DITAHAN POLIS MALAYSIA



assalammualaikum dan selamat sejahtera...

jangan kaget jika anda ditahan polis... dan pastikan anda bertindak bijak... supaya hak anda semua sentiasa dilindungi =)

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :
  • Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
  • Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
  • Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan. 

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:
  • menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
  • menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi). 

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda danmencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama. 

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
  • Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
  • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
  • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
  • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
  • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
  • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
  • Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
  • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
  • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA 

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
  1. Keluarga atau rakan; dan/atau
  2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:
  • yang anda telah ditangkap;
  • masa, tempat dan alasan ditangkap;
  • Balai Polis di mana anda dibawa.
4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam
  • Di Balai Polis, atau
  • Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yangmunasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihakPolis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman). 

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 

6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
  • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
  • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 haribergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:
  • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
  • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
  • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
  • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
  • sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
  • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan
6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasamadengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll). 

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan danmemeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan
  • Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
  • Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
  • Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.
7.3 Hak-hak anda
  • Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesionaldan sopan.
  • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
  • Bantah;
  • Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
  • Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
  • Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
  • Anda ditangkap.
  • Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan. 

8.3 Hak anda
  • Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
  • Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.
  • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika andamemilih untuk berdiam diri, katakan,

"Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak bolehmengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428• Negeri Sembilan : 06-6013 844• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514• Johor : 07-2235 698• Perak : 05-2550 523• Kedah & Perlis : 04-7333 467• Kelantan : 04-7448 660• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

nota: jangan takut untuk bertindak dan pastikan anda bertindak secara bijak =)

BAGI LAAAAAA NAME MODEN SIKIT...

assalammualaikum dan salam sejahtera...

moga semuanya sihat sokmo la ye...

aku dapat inspirasi nak wat entri ni lepas bace entri si zaer huhu =) ---->> Nama Pengkid

korang biasa tak dengar budak-budak moden... nak name pon glamour la gak... ape barang panggil aminah, jalil, fatimah, dan bla bla bla...

aminah tukar jadi amy
jalil tukar jadi jay
fatimah tukar jadi atie 

glamour habis... lucu gak... kadang-kadang tu... ape pun biarlah depa bahagia... dengan nama-nama glamour tu... aku pun kalau boleh nak jugak guna name asal aku mase layan blog ni... cuma name aku ni agak panjang... nanti payah pulak orang nak ingat so aku gunakan la name MissXYZ... terinspirasi daripada nickname XYZ yang dimiliki oleh encik mohd izhar ramli satu mase dulu... dan nickname MissXYZ ni aku da gunakan sejak aku form 2 lagi... maksudnye lebih kurang 10 tahun la.... name ni aku da guna... ermm...

kan uncle da pesan guna name yang ringkas supaya orang lain mudah ingat... 

nota: tetiba aku rase nak buat review blog... istimewa buat pengopi tegar... setiap hari isnin pada pukul 10 pagi... nampaknye macam kena sediakan autopublish entri banyak-banyak je ni... hihihi =)

dari lanzo

17 October 2010

TAKDIR, QADA' DAN QADAR ADALAH KETENTUAN ALLAH S.W.T

assalammualaikum dan salam sejahtera

moga sihat dan riang gembira.... bersama keluarga tercinta =)

sebut pasal takdir... apekah takdir? kira senang cakap qada' dan qadar la.... dari kecik ustaz atau ustazah kita dah soh hafal rukun iman ye tak? antaranye percaya kepada qada' dan qadar...

sebelum terima qada' dan qadar... kena la ade usaha dulu ye tak? lepas tu baru leh sebut takdir... baru leh sebut tu qada' dan qadar... 

ape cite plak dengan orang yang cakap "saya percaya pada qada' dan qadar..." tetapi bila terjadi sesuatu masih tak mampu untuk terima... macam mane tu?

berbalik pada percaya pada qada' dan qadar... tu adalah salah satu rukun iman... jika rukun sembahyang kita tinggalkan... ape akan jadi pada sembahyang kita? tentulah sembahyang tak sah kan....

dan jika kita menafikan takdir... ape jadi pada iman kita?

sekecil-kecil perkara yang terjadi di dunia ni merupakan takdir Allah... ketetapan yang Allah dah tentukan... kita manusia hanya disuruh berusaha... kerana kita tak tahu apa kesudahan atau pengakhiran hidup kita... kerana tu jugak kita di suruh berdoa... memohon ditetapkan iman... dan dimatikan dalam iman dan islam... sebab kita tak tau ape yang akan terjadi satu saat yang di hadapan kita tu... (nenek tukang tilik dalam dragon ball tu pon tak tau...) betul tak?

dan setelah kita berusaha... apa yang terjadi itulah... merupakan takdir untuk kita...

begitu juga makan...
kita disuruh dan diajar menyuap makanan... kita juga diajar untuk makan...
tetapi jika ditakdir makanan tu bukan untuk kita...
boleh jadi makanan tu terkeluar daripada mulut kita... (pernah kan jadi keadaan cam ni?)
tetiba plak ade orang curik makanan kita...

begitu juga takdir seekor kucing...
boleh jadi dia mati di langgar kereta...

tak kan terjadi sesuatu perkara hanya dengan kehendak manusia... tanpa izin daripada Allah... kerana Dia yang menguasai seluruh alam... datanglah 1000 musuh untuk membunuh seorang manusia... tidak akan mati manusia tu tanpa izinNya... datanglah 1000 manusia untuk menjaga seorang manusia... manusia itu tetap akan mati jika itu sudah menjadi takdirNya...

biarpun 1000 kali kita inginkan sesuatu... andai itu bukan takdirnya... kita takkan miliki juga... 1000 kali kita tak sukakan sesuatu andai itu takdirnya... tetap akan terjadi juga...

contohnye... kita katekan saya tak suka jadi cikgu... tapi bila apply keje lain sume tak dapat... bila apply cikgu... sekali je da dapat huhu... tu lah namenye takdir...

kadang-kadang... ade jugak kita cakap... "saya terima itu sebagai takdir untuk saya..." tapi lepas tu... masih lagi banyak bunyi... huhu maksudnye... tu masih belum terima takdir la tu....

untuk menjadi seorang manusia yang dengan mudah menerima qada' dan qadar bukannya semudah kata-kata... kerana penerimaan tu akan dinilai melalui hati dan tingkah laku kita... percaya pada qada' dan qadar tu juga merupakan salah satu yang menyempurnakan rukun iman kita...

lu cakap pandai la... (tampo laju-laju)

nak cakap ayat "saya terima takdir tu untuk saya..." memang la senang... nak pastikan hati kita terima... hanya Tuhan je yang tau... menerima secara bulat-bulat tanpa menegakan kebenaran tak boleh jugak... jika anda dianiaya kebenaran perlu dibuktikan... sebelum redha dengan apa yang ditimpa ke atas anda (ni dinamakan usaha)... 


ape-ape pon akhir sekali setelah berusaha... dan dilakukan segalanya... hanya dengan izin Allah je yang akan terjadi segalanya...

pesanan dan ingatan ni buat aku gak... selain tu... aku dedikasikan entri ni buat kawan aku yang aku sayang sangat... bro Jimart, zura, dan sesiapa yang sudi membacanya... sila aplikasikan dalam apa jua situasi kehidupan kita... mudah-mudahan kita semua sentiasa dilindungi dan mendapat rahmatNya...

wallahualam... =)

SENYUM SENYUM

senyum seindah suria...
yang membawa cahaya...
senyumlah dari hati...
dunia mu berseri...

senyum umpama impian
dalam kehidupan
kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan mewujud... 

senyum... kepada semua...
senyuman mu... amatlah berharga...
senyum... membahagiakan...
dengan senyuman terjalinlah...

ikatan...

nota: korang ingat tak lagu ni? aku nak carik lagu ni... sebab aku ade terjumpa tape lame tahun 1999 yang ade lagu ni huhu... tak tau sape nyanyi...

mungkin gua senyum kalau jumpa situasi cam ni huhu =)

16 October 2010

JENAZAH YALAL CHIN SELAMAT DIKEBUMIKAN

KUALA LUMPUR – Jenazah pelakon filem dan drama Yalal Chin, 67, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka pagi tadi.
Beliau meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini pada 12.15 tengah malam semalam kerana sakit jantung.
Allahyarham yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung hospital berkenaan kira-kira dua minggu lalu, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.
Sepanjang penglibatan dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip, selain berlakon dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam. – Bernama

CARA NAK SELAMATKAN BUAH BETIK DARIPADA JATUH...

manusia ni terlalu kreatif la...

nota: jika terbit bayangan yang bukan-bukan sila istighfar banyak-banyak huhu

PRASEJARAH



Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

SEDAK NYE WEI BUDU...

assalammualaikum dan salam sejahtera...

huhu semoga semuanye sihat sokmo... aku merupaka penggemar budu... dulu-dulu mase dok hostel tiap kali bulan puase at least 2 botol budu aku leh abiskan ehehe... sedak nye wei buduuuuuuuuu... kak ros member aku daripada klate la jadi pembekal budu...

memandangkan aku da agak lame tak dapat tengok budu cap ketereh... tu yang aku dok teringin... sesambil tu dok layan lagu budu sedak daripada mat galmour dan jali... huhu... nak harapkan bro midy pos daripada klate le jawabnye... ermmm...

jem je mama yah tengok... lepas makan sambal belacan nyanyi lagu budu.... nak nak kalau makan budu sambil tengok video klip budu sedak... fuyoooh... terliur aku... mase entri ni ditaip gua lapar budu cap ketereh huwaaaaaaaaaaa.... 

jom le tengok video dikir barat faveret aku ni... pelisssssssssssss....

nota: budu aku tak kesah cicah ngan ape pun janji budu... roti canai pon ok derrr.... cicah dengan telor dadar pon sodap...

14 October 2010

PENTINGNYA SENYUM KETIKA BERGAMBAR...

assalammualaikum dan selamat sejahtera...

semoga sihat sejahtera la ye... ade orang yang suka bergambar tapi tak suka senyum... ye tak? mungkin kadang-kadang kita rasa senyum tu tak penting... hakikatnya senyum tu sangat penting ketika bergambar jika... anda.....

kan senyum tu sangat penting...

takut nanti orang ingat bergambar dengan hantu plak ehehe... =)

erm... semalam dok bersembang dengan ellen owner blog www.mummynemo.com sesambil bercerita... macam mane nak dapatkan UV yang tinggi macam Red Mummy huhuhu...

geng-geng pengopi nampaknye semakin sukses derrr... ape kata korang singgah menjenguk blog yang da ade pengikut ribu riban ni... huhu


to afiq mane tau satu hari nanti jadi popular rosyam nor ke... tak pon cam www.darkbatman.com ke... jangan le lupa blog ni huhu... 

to ellen pon cam tu gak huhu... perkataan mummy da ade tu... mane tau satu hari nanti jadi cam Red Mummy ke ehehe... perghhh

MANA LEBIH BAHAYA? ANTARA GULA TEBU DAN PEMANIS BUATAN?



assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

moga sihat sentiasa di samping keluarga tersayang...

gula tebu = sugar cane

biasa tak dengar? semestinya la biasa... pengambilan gula tebu sebenarnya tak la terlalu memudaratkan... berbanding pengambilan pemanis buatan dalam kuantiti yang banyak... 

pengambilan pemanis buatan dalam kuantiti yang banyak akan menjejaskan kesihatan kerana pemanis buatan adalah pemanis tanpa zat... berbeza dengan gula tebu...

definisi gula dan gula tebu pada setiap label makanan membawa dua maksud yang berbeza... kerana gula membawa maksud pemanis tanpa zat atau dalam istilah sainsnya adalah sodium syclamate... manakala gula tebu adalah gula asli yang diproses daripada tebu... atau dengan kata lain gula pasir...

contoh:
jika anda beli air kotak jenama delite... dan lihat pada label makanannya... mereka hanya melabelkan gula... tetapi bukan gula tebu...

jika anda membeli air kotak jenama yoe's... anda akan dapati label makanannya ada tertulis gula tebu... atau sugar cane... 

dan sudah pasti kedua-dua jenama tersebut berbeza harganya... kerana penggunaan pemanis buatan adalah lebih rendah kosnya berbanding penggunaan gula tebu...

kebiasaannya pemanis buatan ni ada dimasukan ke dalam gula-gula... air tin... dan pelbagai makanan ringan yang lain...

gula buatan juga biasanya mengandungi rasa manis yang lebih tinggi dan tak mengandungi sebarang nutrisi... berbeza dengan gula tebu... 

sebelum membeli sesuatu produk makanan sila semak label dulu dan perhatikan sama ada produk tersebut mengunakan gula tebu atau gula buatan... =)

biarpun gula tebu lebih baik daripada gula buatan... ini tak bererti anda boleh mengambilnya secara berlebihan... pengambilan gula secara terkawal adalah gaya pemakanan yang terbaik =)

nota: pengambilan gula berlebihan juga mampu mempercepatkan proses penuaan selain antara penyebab diabetis... kerana gula berlebihan menjadikan kulit mudah mengalami iritasi dan kering...

13 October 2010

SEDARLAH WAHAI ANAK LELAKI

MENITIK air mata saya kerana tersentuh membaca kisah minggu lalu berjudul 'Ibu sakit anak-anak bersengketa.' Kisah itu hampir saya dengan apa yang sedang saya lalui. Saya terpaksa berhenti beberapa kali kerana air mata berguguran tanpa berhenti kerana saya terlalu sedih.

''Saya mempunyai dua orang abang, tetapi yang sulung bersikap lepas tangan untuk menjaga emak kami yang sakit, sama seperti yang Shahariah lalui,'' Demikian cerita Nazirah dalam e-mel yang dikirimkannya Isnin lalu.

''Kami empat beradik semuanya, saya anak ketiga, dan seorang adik perempuan. Dua abang saya telah berkahwin dan berkeluarga. Abang Naz menunjukkan sikap yang amat mengecewakan saya. Hidupnya senang lenang dengan bantuan ayah semasa hayatnya, tetapi kemewahan yang dikecapinya menjadikan dia seperti kacang lupakan kulit.

''Sebelum emak jatuh sakit dia tinggal sendirian, tak jauh dari rumah saya dan abang di utara tanah air. Kata emak kami dah berkeluarga binalah keluarga sendiri. Abang kedua tinggal di KL, adik baru sahaja berkahwin, dulu masih belajar di kolej di KL.

''Bila emak diserang strok saya ambil dia tinggal bersama saya. Lima tahun lamanya saya jaga emak sendirian. Abang Naz langsung tak membantu, malah menjenguk emak pun boleh dikira dengan jari. Nak jadikan cerita dua tahun lalu saya terpaksa mengikut suami bertugas jauh ke negeri di bawah bayu. Nak bawak emak dia sakit. Jadi saya terpaksa tinggalkan dengan abang Naz.

''Selama itulah emak dilayan macam peminta sedekah yang hina dan kotor. Setelah suami saya berjaya dapat bertukar kembali ke Semenanjung, maka abang Naz tidak sabar-sabar menghantar emak kembali ke rumah saya dengan alasan dia sudah tidak tahan lagi kerana perangai emak amat degil.

''Isterinya, kak Zu juga tidak boleh tahan lagi melihat keadaan emak yang dikata pengotor.

''Kata abang Naz emak degil tidak mahu pakai lampin pakai buang itulah sebabnya lantai rumahnya, kerusi, kain emak berbau hancing. Malah kata kak Zu saudara maranya tak mahu lagi datang ke rumahnya kerana tak tahan bau emak.

''Adatlah orang dapat strok begitulah keadaannya, kita sebagai anak kena sabar. Dulu semasa saya jaga emak saya ambil pembantu, jadi bolehlah dia membantu saya menguruskan keperluan ibu kerana saya pun bekerja. Dan saya tanggung semua perbelanjaan mengambil pembantu termasuk membayar gaji bulanannya. Untuk memudahkan diri apalah salahnya abang ambil pembantu juga? Kerana dia mampu!

''Tetapi kini untuk mengambil pembantu baru kerana yang lama sudah berhenti, saya meminta bantuan adik-beradik, kerana perbelanjaannya besar. Lagi pun tugasnya semata-mata menjaga emak dan mengikut emak ke mana sahaja jika emak hendak bertukar angin tinggal di rumah abang. Jadi tidaklah penat kak Zu jaga emak.


Pembantu

''Emak tak kuat berdiri, berjalan pun kena pimpin, apa lagi hendak menguruskan diri sendiri, dengan adanya pembantu ringanlah sedikit tugas menguruskan emak. Tapi abang Naz tak setuju. Saya boleh terima kalau isterinya buat perangai bencikan emak mertua. Tetapi saya amat sedih bila abang Naz sendiri bencikan emak, malah dia jijik dan malu melihat keadaan emak.

''Bila saya tanyakan abang Naz kenapa benci sangat dengan emak. Katanya mengapa dia yang kena jaga emak, sedangkan Angah langsung tak pernah jaga emak. Taulah saya rupanya dia dengki abang Ngah yang tinggal di KL. Sebenarnya bukan abang Ngah tak mahu ambil emak, tapi emak tak mahu tinggal di bandar jauh dari kampung. Lagi pun perjalanannya amat jauh.

''Memang isteri abang Ngah, Syah pun buat perangai bencikan emak. Tetapi abang Ngah ambil berat pasal emak. Selain mengajak tinggal di rumahnya, abang Ngah hulurkan perbelanjaan untuk emak seperti membeli lampin pakai buang dan makan minum emak.

''Abang Naz cadangkan kami bergilir-gilir jaga emak tiga bulan seorang. Tetapi mengapa baru sekarang, mengapa tak buat cadangan semasa saya jaga emak sendirian lima tahun dulu.

''Saya tanya abang Naz adakah tanggungjawab menjaga emak hendak digilirkan, sedangkan ia menjadi tanggungjawab seorang anak lelaki Islam yang seumur hidupnya, haknya dipegang oleh ibunya sendiri.

''Isteri pula perlu taat kepada suaminya dan juga wajib taat kepada ibu mertuanya. Bukan saya mahu mengungkit apa yang telah saya buat selama menjaga emak tetapi, saya bertuah mempunyai suami yang faham masalah saya dan mengizinkan saya menjaga emak. Jika takdir suami saya tak izinkan, apa akan jadi pada emak? Pasti anak lelaki akan ditanya Allah di dunia mahupun di akhirat kelak.

''Ingatlah wahai abang suatu hari nanti kita juga akan tua dan tidak berupaya, dan cuba fikirkan adakah anak-anak kita akan melayan kita seperti mana yang kita kehendaki atau mereka melayan kita seperti apa yang kita lakukan kepada ibu bapa kita sekarang?

''Insaflah, setiap apa yang kita lakukan hari ini akan ada balasannya, kita tidak perlu tunggu akhirat sebaliknya kita akan terima pembalasan atas perbuatan kita semasa di dunia lagi. Fikirkanlah dan ingatlah. Ketika itu menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. Kerana segala-galanya sudah terlambat.

''Apa salahnya, jika kita adik-beradik duduk bersemuka dan berbincang dengan cara baik untuk mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak? Bukan saya tak mahu jaga emak lagi, tetapi saya tak mahu abang menerima pembalasan atas perbuatan abang kepada emak sekarang. Namun saya tetap jaga emak sebab saya sayangkan emak, kerana emaklah satu-satunya emak saya dunia dan akhirat.'' Demikian luahan hati Nazirah.

PERLAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) DITANGGUH

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenainya.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik.

Walaupun ia ditangguhkan, kerajaan sedar tentang kepentingan GST dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang. - Utusan


nota: trick menjelang PRU ni rasenye... nanti pas PRU semua benda naik...

LANTAI SEKOLAH RUNTUH

ALOR SETAR - Seramai 10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Gunong di Gunung Keriang dekat sini cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam.
Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.
Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.
Salah seorang murid berkenaan, Mohd. Aliff Hakim Abu Bakar berkata, ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.
“Saya merangkak keluar dan ustazah tarik saya keluar. Saya terkejut. Saya cedera kaki kanan,” katanya ketika ditemui di HSB.
Filza Nadhirah Idris yang juga cedera di kaki kanan berkata sewaktu kejadian dia merasakan kelas itu bergoyang-goyang sebelum dia terjatuh ke bawah. - Bernama
sumber: KOSMO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...