GENG LENSA HIDUP

12 September 2010

LAWAK TELINGA HINDU a.k.a DENDERAM



assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

bila nak raye macam-macam mak-mak dok buat kuih ye tak?

alkisahnye....

ni merupakan kisah benar tetapi kelakar....

di satu taman perumahan... ade la seorang india dan melayu yang yang tinggal berjiran... jiran rumah teres kan... kalau ade yang bersembang mesti la boleh dengar kan? nak-nak kalau bersembang volume tu tinggi... ermmmm... kompem orang lain boleh pasang telinga... huhu

pada satu petang datang le kawan kepada mak senah(bukan nama sebenar)... mak senah ni jiran kepada dewi(juga bukan nama sebenar).... hajat kawan mak senah ni of coz la nak menyembang... biasa la orang pompuan.... borak-borak kat umah jiran kadang-kadang jadi hobi.... huhuhu...

kawan mak senah: assalammualaikum... senah ooooooooo senah.... (dengan suara lantang memberi salam)
mak senah: waalaikumsalam... ooooo ko leha(bukan nama sebenar)

dewi yang tengah lepak-lepak kat ruang tamu pun menjengah jap kat pintu... ye la da jiran dok bising-bising kan.... huhu

kawan mak senah: kamu buat ape tu senah? (biasa le kalau becok cam ne suaranya....)
mak senah: ni ha... aku makan telinga hindu... jom le makan sama...

dewi yang terdengar perbualan tu pun rase menyirap... disangkanya mak senah cuba mempermainkan telinga orang-orang kaumnya....

dewi: hei kak senah!!! cakap baik-baik sikit!!!
mak senah: apenye dewi? ni akak memang tengah makan telinga hindu... jom le makan sama... (sambil menyuakan kuih telinga hindu untuk dewi...)

kuang kuang kuang....

nota: berhati-hati bila bercakap takut menyinggung hati kaum lain huhuhu


11 September 2010

PENYAKIT GOUT



assalammualaikum dan salam sejahtera...

sekarang kita semua dah memasuki bulan syawal... dan masing-masing mungkin sibuk berziarah ke sana ke mari... bertemu sanak saudara... 

bila da melawat sedara mara of coz le orang akan hidangkan macam-macam menu ye tak? bagi yang menghadapi masalah gout... mereka akan berfikir panjang sebelum menjamah makanan yang menjadi pantang larang... hehehe

semesttinya penghidap penyakit gout mengetahui makanan jenis apekah yang menjadi pantang kepada mereka... bila menyebut perkataan gout... adakah korang tau ape itu gout?

gout merupakan bengkak sendi yang dialami pesakit akibat daripada pengumpulan asid urik pada sendi... oleh itu para pesakit gout tidak digalakan makan makan yang mengandungi kandungan purin berprotein tinggi yang boleh menyebabkan kandungan asid urik meningkat dalam tubuh...

sebab tu la doktor selalu nasihat... jangan makan karangan laut seperti kerang... udang... sotong... jangan makan daging merah macam lembu dan kambing... walaupon cam tu... tak semua makanan yang mengandungi protein tak baik untuk pesakit gout... bagi penghidap gout mereka masih boleh makan telur... ikan...

banyakan minum air putih bagi memastikan asid urik dalam tubuh dapat dikumuhkan dengan baik... berlebihan kandungan asid urik dalam tubuh juga adalah punca terjadinya batu karang... ermm 

PREVENTION IS BETTER THAN CURE...

10 September 2010

TERMINUM RACUN


assalammualaikum dan selamat sejahtera...

masih lagi entri autopublish =)

Karim, seorang gangster kampung dusun dah lama memerhatikan seorang lelaki yang duduk termenung sendiri di sebuah warung. minumannya masih tak terusik lagi. Tiba-tiba Karim rasa nak mengusik, terus disambarnya gelas lelaki tersebut lalu diteguk. Serta-merta lelaki tersebut meraung...

Karim: relekslah encik. saya gurau aje. nanti saya gantikan air lain.
Lelaki: saya baru kena buang kerja...
Karim: tu pun tak ada sebab nak menangis
Lelaki: dalam perjalanan nak balik rumah, kereta saya pulak kena tarik. sampai-sampai je kat rumah, rumah kena seal, barang-barang kena campak kat luar... habis kena curi. lepas tu, jiran-jiran saya beritahu yang anak isteri saya dah cabut lari jugak....
Karim: habis tu, kenapa nak sedih sgt?
Lelaki: baru je saya ingat nak tamatkan riwayat dgn minum racun, tetiba pulak encik datang dan minum pulak......
Karim: Waaaaaaaa.....

SERANGAN LAMAN WEB DAN TIP MENGATASINYA


KUALA LUMPUR - Pemilik laman-laman web dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim perayaan kerana serangan laman web dijangka akan meningkat.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan akhbar berkata, peningkatan serangan itu kerana kebanyakan laman web yang beroperasi tidak akan dipantau ketika musim perayaan.
"Pada tahun 2009 seperti contoh, serangan ke atas laman-laman web ini meningkat semasa cuti perayaan seperti Aidilfitri.
"Jadi pemilik-pemilik laman web harus meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan aplikasi yang berkaitan bagi mengelakkan risiko digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.
Menurut SKMM, pada minggu pertama September tahun ini, sebanyak 262 kes laman web yang digodam dilaporkan berbanding 168 kes pada Ogos lalu.
Pemilik-pemilik laman web yang mengesan sebarang kegiatan penggodaman boleh melaporkan kepada SKMM di talian 03-8688 8303 atau melayari laman web di http://www.skmm.gov.my/cybersecurity
sumber: Kosmo
nota: sejak akhir-akhir ni memang selalu ade masalah malware detect... dan beberapa lagi masalah bagi pemilik blog dan laman web... jadi pastikan laman korang tak meletakan widget yang boleh menyebabkan serangan malware... kerana ini akan memudahkan penggodam mengganggu akses ke laman anda... serangan juga akan dilakukan kepada laman yang pro pembangkang hingga menyebabkan saat mengakses dilambatkan... juga gangguan pada server BERHATI-HATILAH!!!!
Tips: InsyaAllah selagi korang menggunakan server blogspot... korang tak de pape masalah kerana blogspot di bawah kelolaan google inc. biarpun kadang kala ade sedikit masalah terpencil... terima kasih =)

09 September 2010

UMNO SEMAKIN MELAMPAU


assalammualaikum dan selamat sejahtera...

ini yang aku boleh katakan UMNO semakin melampau memfitnah tanpa SEGAN... tak cukup media arus perdana... ditepek pulak gambar superimpose yang terang lagi bersuluh imej asal adalah milik DS Nizar...



cilok dari Juctice for All

gambar datin seri Rosmah Mansor ni memang bukan superimpose derrr... ni memang stail dia... adoiyai... mane pegi mufti-mufti yang lantang bersuara ni? sedangkan kita semua tau apabila mahu membaca al-quran perlu ada adab-adabnya... antaranya ialah MENUTUP AURAT... adakah para mufti yang dilantik pemerintah bersikap memilih bulu dalam menyampaikan KEBENARAN?

ini bukan pendedahan keaiban untuk suka-suka... pendedahan ni adalah untuk korang semua nilaikan dengan iman dan akal... tanpa menelan bulat-bulat setiap lontaran fitnah yang semakin hari semakin dahsyat dilontarkan kepada pembangkang... melalui akhbar, internet, radio, dan segala media cetak dan media elektronik... yang memang telah berada di bawah telunjuk BN.

nota: jangan pulak ade yang cakap tak tutup aurat tak pe yang penting hati mau baik... wah wah wah... sape cakap tak pe? WAJIB derrr... tak tutup berdosa...

di mana silapnya?

silapnya kita... kerana membiarkan mereka yang suka melontarkan propaganda dan fitnah terus-terusan mentadbir negara... bagi sesiapa yang sudah sedar dari lena teruskan menyokong PAKATAN RAKYAT... jika anda belom berbuat demikian pastikan untuk PRU 13 anda tidak ketinggalan untuk bersama PAKATAN RAKYAT =)

wallahualam...

SIFAT TAKBIR...

Sifat takbir :

Berkata Imam Syaukani dalam Nailul Authar: “adapun sifat takbir maka riwayat yang paling sahih yang dikeluarkan Abdur Razaq dengan sanad yang shahih dari Salman berkata: “bertakbirlah Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.”



Dan diriwayatkan dari Sa’id bin Jubair dan Mujahid dan Abdur Rahman bin Abi Laila dikeluarkan Al-Firyani dalam kitab “Iedaini” juga pendapat Imam Syafi’ie dengan tambahan : Walillahil hamdu.



Dalam riwayat lain: bertakbir tiga kali dan menambah Laa Ilaaha Illallah Wahdahu Laa Syariika Lahu …



Dalam riwayat lain: “bertakbir dua kali dan setelahnya Laa Ilaaha Illallah wallahu Akbar Allahu Akbar walillahil hamdu,” diriwayatkan dari Umar dan Ibnu Mas’ud dan dipegang oleh Imam Ahmad dan Ishaq.

sumbangan: Mtd. Kota Lama


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA


selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan buat semua yang beragama Islam
{^_*}

08 September 2010

AMALAN SUNAT DI PAGI SYAWAL



assalammualaikum...

autopublish entri lagi =)

semoga semuanya sihat selalu...
bila nak raye... ingat lemang... ingat london almond... ingat balik kampung...

ingatkah korang ape amalan sunat di pagi syawal?
penah ambik tau tak ape amalan sunat di pagi syawal?

atau pun korang tak kesah pon... janji da raye derrr...

kali ni aku nak share amalan sunat di pagi syawal... boleh la korang praktikan di pagi syawal kali ni... huhu =)

1. membayar zakat fitrah sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri
2. menghias diri dan tempat tinggal supaya bersih dan cantik
3. mandi sunat hari raya aidilfitri.... pada pagi 1 syawal
4. menjamah sedikit makanan sebelum keluar ke masjid (kalau aidiladha lain plak)
5. keluar pergi dan pulang dari masjid dengan jalan yang berbeza
6. lebih afdal berjalan kaki ke masjid
7. takbir raya dari malam 1 syawal hingga terbenam matahari pada 1 syawal...

p/s: selamat hari raya...

'BLOG HEBAT'


mula-mula aku nak ucapkan tengkiu kat anis
terharu sebab baru je kenal anis ni huhuhu =)
nama blog anis adalah anishaway
jangan segan-segan sila singgah ye...

Nama blog anda buat masa ni?
Lensa Hidup ~

Anda rasa blog anda hebat?
ohohoho... ntah la... banyak lagi blog yang hebat derrr
apepun terima kasih buat anis... sebab sudi tag =)

Benda yang anda sayang?
banyak benda yang aku sayang derrr

Anda tengok waktu kat mane?
jam dinding 

Web sesawang yang selalu anda jenguk?

Tag 5 blog yang anda rasa hebat?
http://rubbertapperz.blogspot.com - macam-macam cite ade kat sini
http://akaltunjang.blogspot.com - cara penceritaan yang unik
http://tukartiub.blogspot.com - semestinya aku respek kat Hishamudin Rais
http://xangonila.blogspot.com - tuan blog ni peramah gile si zaer la tu
http://darisungaiderhaka.blogspot.com - cite-cite politik yang pelbagai

TANGGUNG JAWAB SETIAP MUSLIM



assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

masih lagi autopublish entri =)

dalam pada sibuk membuat persiapan hari raya... sibuk nak balik raya... makan kuih raya ke... ape pun yang tengah kita semua lakukan... jangan sekali lupakan tanggung jawab kita... ape tu?

weh aku dah solat derrr
weh aku dah puasa derrr
weh aku dah bayar zakat derr
weh aku dah buat semua derr rukun Islam tu...

nak buat ape lagi ni?

“Barangsiapa yang memegang kuasa tentang sesuatu urusan kaum muslimin, lalu dia memberikan suatu tugas kepada seseorang, sedangkan dia mengetahui bahawa ada orang yang lebih baik daripada orang itu, dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan kaum muslimin.” 
(Hadis Riwayat Al-Hakim)

jika kamu tahu ade orang lain yang mampu diangkat menjadi pemimpin dek kerana keperibadiannya... maka kamu perlu mengangkat seseorang tu untuk menjadi pemimpin di kalangan kamu... kerana semua tanggung jawab tu terletak dibahu kamu... 

jika kita mengangkat pemimpin yang membiarkan kemungkaran berleluasa di bumiNya... kita juga akan dipersoalkan kelak.... 

apa pun renung-renungkanlah...

kerana pemimpin yang baik mampu memacu dan akan berusaha untuk melaksanakan kebaikan biarpun ramai yang menolak atau membencinya... dan akan melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya...

sama ada dalam pentadbiran negara
sama ada dalam pentadbiran sebuah institusi
sama ada dalam pentadbiran sebuah organisasi

bila perlunya pemilihan seorang ketua segala yang di atas perlu dipertimbangkan...

itu contohnye...

wallahualam...

07 September 2010

LAGU RAYA SEPANJANG ZAMAN



assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua...

masih lagi autopublish =)

kali ni aku nak berkongsi lagu-lagu raya sepanjang zaman... ye la kadang-kadang orang yang puasa tak cukup pun boleh suka dengar lagu-lagu raye ni huhu... dasat betol aura lagu-lagu raya zaman dulu... ohhh lagu-lagu raya zaman sekarang biasa-biasa je...

aku ingat lagi antara penyanyi yang memang setiap tahun lagu raya dendangan mereka berkumandang dicorong radio... antaranya ialah M.Nasir... Sudirman... Fazidah Jonet... P.Ramlee... pada aku lagu-lagu raya mereka merupakan lagu raya sepanjang zaman... hehe... best kan kalau dapat dengar... kalau sebelum balik raye atau on the way balik raye... tak de dengar lagu balik kampung... macam tak best la pulak huhuhu... paling aku suka lagu raya dendangan M.Nasir iaitu Satu Hari Di Hari Raya... perghh... memang malatop... =)

jom download lagu-lagu raye plak...


banyak lagi lagu raye lain yang korang leh cari... ermm aku saje je nak share beberapa buah je... yang memang betul-betul tiap kali raye aku mesti pasang lagu ni huhu....

Mengimbas Memori Raya...

balik kampung kat sekinchan jumpa opah ngan atok... dapat duit raye dari atok ngan opah walaupon da besar panjang... lalala... (tak tau le tahun ni dapat lagi ke tak kuang3)... dulu mase dok kat Arau awal-awal puasa lagi aku da sibuk carik tiket nak balik raya... huhu memang risau tak dapat balik raye derr... sanggup habiskan mase 21 jam dalam train dari selatan ke utara semata-mata nak balik kampung... huhu... mase dok shah alam pulak... kalau tiket bas da habes... aku sanggup balik seminggu lebih awal walaupun kena naik train... dapat pegi beraya dengan kawan-kawan lama... wahhh memang momen sangat best... tak tau la raye tahun ni sempat ke tak... sebab makin lame semua makin sibuk...

p/s: papa wi pesan jangan lupa lap sliding door dengan adik... haziq bersihkan longkang... diba... kemas almari kasut.... huhu... ade duit raye tak?

SIAPA SANGKA KUCING HUTAN AJALNYA DI JALANRAYA

ni bukan kucing hutan derrr...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

kali ni semuanya merupakan entri autopublish... sehinggalah 14 Syawal 1431 Hijrah...

semoga semuanya sihat walafiat... beberapa hari lagi kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri... mesti ramai yang nak balik kampung ye tak? berhati-hati selalu untuk semua... hormati semua pengguna jalan raya yang ada... pandu dengan berhemah...

tiada siapa yang tahu dimanakah mereka akan menemui ajal... orang selalu cakap pantang maut sebelum ajal ye tak? ermm... ajal, maut, jodoh, pertemuan... di tangan Tuhan... tu la yang selalu kita dengar dari kecik lagi... ye tu semua rahsia Allah... tak de sape tau...

macam tajuk kat atas tu... siapa sangka... kucing hutan... da name pun kucing hutan kan? semestinya dok dalam hutan... sape sangka kucing tu leh mati kena langgar kereta mase kat highway? macam tu la juga dengan kehidupan kita semua... tak de sape tau di manakah kita semua akan menemui ajal... di manakah kematian akan menjemput kita... 

yang pastinya kematian tu tak kan lewat walau sesaat... dan kematian itu pasti bagi setiap yang bernyawa... hatta seekor semut... atau sebatang taugeh... tak akan ade yang terlepas daripada kematian sesungguhnya hanya Allah S.W.T je yang tak dihidupkan atau dimatikan kekal dengan sifat WUJUD... juga tidak diberanakan... tu semua perkara yang mesti diakui dan diimani oleh semua umat Islam...

Dari Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
janganlah seseorang mengangan-angankan kematian kerana musibah yang menimpanya, jikalau dia harus menginginkan, maka katakanlah, “Ya Allah hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku”

daripada ayat kat atas tu kita kena faham jangan sekali-kali meminta kematian... tatkala anda ditimpa musibah... ye la mane tau ngah putus cinta ke... pak we kesayangan meninggal ke... tetiba diisyhtihar bankrap ke... ermmm jangan sekali-kali meminta kematian... jika perlu mintalah seperti ayat di atas... 

dan mintalah juga kita dapat mati dalam keadaan yang paling baik... maksudnya kat sini meminta jika kematian menjemput kita dalam keadaan tak menderhakai kedua ibu bapa.... setelah melaksanakan solat... dalam keadaan taat pada agama... cam tu lah yang wajar diharapkan dan disebutkan dalam setiap doa... bagi orang-orang yang beriman...

wallahualam...

BERHATI-HATI DI JALANRAYA

06 September 2010

TRELER BERTEMBUNG DENGAN ISWARA AEROBACK

SEGAMAT: Empat sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Iswara yang dalam perjalanan pulang dari Segamat menghala Labis dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan ketika dipercayai sedang cuba memotong, 3 petang tadi.


_____________________________________________________________


SEGAMAT - Empat beranak yang dalam perjalanan pulang selepas membeli kelengkapan bagi sambutan Aidilfitri maut apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 150.7, Jalan Segamat menghala Jalan Chaah berhampiran Sungai Karas, Labis di sini semalam.
Dalam tragedi pada pukul 3 petang itu, mereka yang terkorban ialah Md. Shukor Md. Dalib, 47, isterinya, Zaiton Mohd. Rasip, 47, serta dua anak mereka iaitu Mohd. Syazwan, 16, dan Mohd. Syafiq, 15.
Pemandu treler itu pula tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, kemalangan itu berlaku semasa kereta yang dipandu Shukor dalam perjalanan pulang dari bandar Segamat menuju ke rumah mereka di Felda Maokil 1 di sini.
"Sampai di lokasi kejadian, kereta mangsa dirempuh treler itu dari arah bertentangan hingga mengakibatkan kereta itu terseret sejauh kira-kira 30 meter dan remuk teruk," kata beliau.
Menurut beliau, akibat rempuhan itu kesemua mangsa keluarga peneroka itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Abdul Majid berkata kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat.
sumber: kosmo

memandangkan member aku beria nak tau siap mesej lagi banyak betul mesej masuk sejak berita kemalangan ni kuar... akhirnya da tau gak siapa yang terlibat... semoga mereka di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman... arwah juga merupakan kenalan bapak aku... Al-Fatihah

05 September 2010

NYONYA DAN LIF



Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri.

Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling.

Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tarak tau duduk hotel.. sudah baya latus latus, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tarak tibi,tarak lemari tarak apa pun??? katil mau titun pun tarak???? haiyyaaa.. mau 
tipu olang ka??!!"

Lalu pelayan itu pun menjawab...

"Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa...."

04 September 2010

BILA DA KURUS BOLEH LA BERBAJU SENDAT...

salam...
semoga semuanya sentiasa sihat selalu...
diberkati lagi dirahmati... Allah S.W.T...

macam biasa sebelum ni aku pernah gak sentuh isu pempuan dalam entri yang bertajuk PEREMPUAN MENGGODA MENJADI SATU TREND... kalau ade yang belum sempat membaca silah baca... hehe.. yup memandangkan terlalu banyak iklan yang melibatkan pempuan kini... betul tak? hampir 80% pengiklanan di Malaysia akan menggunakan wanita sebagai model iklan mereka....

nak-nak iklan dulu saya gemok... kini saya dah kurus... huhu... dulu saya berjerawat kini muka saya dah licin... dulu saya banyak kedut kini kulit saya dah tegang... heheh... mase gemok pakai baju longgar je... bila dah kurus baju perghhh... semakin sendat dan ketat... of coz la derrr... kalau tak pakai cam tu cam ne nak laku jadi model pengurusan badan... itu dari sudut... pengiklanan punya jawapan...

mase banyak jerawat boleh je pakai tudung... bila da ilang jerawat tudung pun ilang sama... fenomena ni amat merbahaya pada masyarakat... kerana seolah-olah... tak de ketegasan dalam melaksanakan hukum yang memang ternyata wajib ni... malah seolah-olah menjadi kebangaan jika da ramping boleh pakai kebaya ketat dan berbaju sendat... malah seolah-olah bila da cukup cantik secara fizikalnya... maka mereka boleh tak menutup aurat...

fahaman begini yang perlu diambil perhatian...

dari sudut berdosa atau tak berdosa... boleh atau tak boleh dalam islam buat cam tu... hukumnya? semestinya la tak boleh... ye tak? kita nak kabo ke sape hal-hal cam ni?
bila sudah kurus sudah boleh berjoget... derr... ni contoh je... sebab tu aku petak-petakan muka...

sebagai wanita... sudah semestinya ade aurat ketika berada di tempat awam... ade aurat tertentu juga bila dalam umah dan berdepan dengan adik beradik dan bapa... banyak hadis sahih yang menceritakan perihal aurat wanita.... tang mana boleh buka tang mana kena tutup ye dak?

untuk rujukan boleh klik pada link ni Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak

dimanakah ulama yang sepatutnya menegur?
apakah peranan menteri yang bertanggungjawab?

ohhhh semestinya akan ade yang menjawab jangan tuding jari pada satu pihak je... kembali lihat pada diri sendiri... ye mujur jika kesedaran tu ade dalam diri... untung sangatlah ye tak?

jika tak?

adakah wanita akan terus dieksplotasi lagi?

mase ni la mereka yang telah diberi mandat... wajar menjalankan tugas mereka... dengan berkeras untuk tidak membenarkan penyiaran sebarang iklan yang mengeksploitasi wanita... lebih-lebih lagi yang memang nyata menyalahi hukum... dan melanggar batas-batas agama... ketegasan perlu ada daripada pihak yang berkuasa... dan perlaksaan juga perlu ade dari mereka...

adakah ulama digajikan untuk menyentuh dan berhujah hanya untuk isu-isu tertentu? jika isu yang membabitkan keuntungan mereka boleh berdiam diri?

mungkin juga akan ade yang berbunyi... kalau tutup aurat menjaga aurat orang-orang PAS bajet bagus... bukan soal bagus atau tak... aurat tu tak mengira parti politik... walaupun orang-orang PAS, UMNO, atau sesiapa je... menjaga aurat tu tetap wajib hukumnya...

jika tidak.... bukan mahram melihatnya juga turut terpalit dosa.... mungkin macam-macam alasan akan diberikan... belum terbuka hati... tak guna tutup aurat kalau begitu begini... pun TETAP HUKUMNYA WAJIB... selagi tak laksanakan tetap akan terbeban dengan dosa...

"saya selalu puasa sunat... walaupun saya tak tutup aurat" - contoh

"saya akan tutup aurat bila hati saya benar-benar ikhlas" - contoh

selagi tak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki agama... hukumnya tetap berdosa... MESTI tutup biarpun rasa terpaksa ke... belum ikhlas ke... atau ape pun alasan... kerana perintah WAJIB tu bukan datang dari kita-kita... perintah tu datang daripada Alllah S.W.T...

menutup aurat ni WAJIB ke atas WANITA MUSLIM... 
jangan lupa lelaki juga ade aurat tertentu untuk mereka... yang patut juga dijaga... huhu... 

MATI tu bolah jadi bila-bila jangan nanti-nanti untuk menutup aurat... =)

wallahualam...

p/s:jangan marah derr sama-sama repair diri...

PESAKIT MENTAL DAN KASET



Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital utk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu dtg dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yg menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dlm keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil melihat beliau menyanyi... doktor itu terus bertanya, 

"Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"

Lalu pesakit itu menjawab..

 "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."

hahaha... betul-betul sakit... =)

03 September 2010

KENAPA TIDAK ALIM SEPERTI AKU?

mereka tak sombong walaupon dapat naik motor...

salam
buat semua semoga sentiasa dalam rahmatNya...
kali ni bercerita tentang sombong la pulak ye...

dulu...
sorang member aku pernah kena herdik dengan roomate dia... sebab member aku ni tak pakai tudung... roomate dia cakap... roomate dia ni pulak jenis pakai tudung labuh...

"ko ni tak beriman betul..."

dia cakap kat kawan aku... kawan aku ni pulak jenis mudah touching so nanges le datang bilik aku... hehe... alhamdulillah sekarang dia da pakai tudung...

SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka...

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” 

(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) 


Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”


jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, apa nak jadi dengan kamu semua. mengapa tidak alim dan warak seperti aku...


maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. oleh itu... bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak....  sedikit perkongsian semoga kita semua beroleh sedikit keberkatan...


wallahualam... 

MEE REBONDING

salam
ape khabar sume? harap sihat la ye...
kali ni nak berkongsi cite santai je... tak berat pon...

korang mesti biasa makan mi kasar kan?
bihun pun mesti biasa kan?

mi bandung, mi goreng mamak, mi rebus, mi bandung, mi kari, mi hailam, sizzling mi, ohhhhhh macam-macam menu tentang mi...  bihun pun cam tu gak.... bihun ni asal usulnya dari siam... tu yang orang dulu-dulu panggil mi siam... ye tak?

cume aku selalu panggil mi kasar tu mi besar...




Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum...

"Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!"

hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; 

"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

nota: bihun sangkakan spaghetti tu mee yang da buat teknik rebonding ulalala...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...