GENG LENSA HIDUP

01 May 2010

PERIBAHASA BUDAK-BUDAK MODEN

salam
saje je nak kongsi peribahasa budak-budak sekarang
ni lah penangan ADVANCE LEARNER

tido tak NYENYAK
makan tak LALU
mandi tak BASAH
berak tak BASUH

bila KUCING tak de GIGI, TIKUS berani melompat TINGGI

kalau roboh KOTA MELAKA, papan di JAWA ULTRAMAN dirikan

p/s: mahukan lebih? sila tanya pada uncle KARAM...

ADUAN RAKYAT TV3 AMBIL BERAT

KAITAN DARAH TINGGI, SERANGAN JANTUNG & STROK

salam
pembaca yang budiman....
masalah tekanan darah tinggi...
selalu kita lihat terjadi di kalangan penduduk malaysia

yang biasanya berpunca daripada:
1. cara pemakanan
2. tekanan

korang tau tak?
pengambilan lemak & garam biasa yang berlebihan boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, serangan jantung dan strok.

macam mana aku boleh cakap cam tu ek?

tekanan darah seseorang akan meningkat bila lumen salur darah disekat oleh bahan lemak, kolestrol dan kalsium. jika lumen yang kecil tersekat oleh seketul darah beku yang kecil. maka pengaliran darah akan tersekat.

jika pengaliran darah ini tersekat di bahagian jantung....
maka serangan jantung akan terjadi atau nama lain heart attack

jika pengaliran darah ini tersekat di bahagian otak...
maka strok akan terjadi....

kerana itu darah tinggi boleh menyebabkan penyakit berangkai yang lain...

oleh itu awasi pemakanan anda dan tangani stress dengan betul....
kerana dirimu begitu berharga...
(suara mesti cam MAYA KARIN iklan LOREAL)

sekadar hiasan ~

30 April 2010

ASAL USUL KARBOHAIDRAT

salam
oh my readers...
ngeeeeeeeeeee
apa khabar?

hari ni aku mahu kongsikan sedikit info....

KARBOHIDRAT = (CH2O)n
mengandungi unsur KARBON, HIDROGEN & OKSIGEN

KARBO = KARBON
HIDRAT = AIR (H2O)

formula bagi air adalah dua molekul HIDROGEN dan satu molekul OKSIGEN

KARBOHIDRAT terdiri daripada:
monosakarida
disakarida & oligosakarida
polisakarida

kerana itu muncul perkataan KARBOHIDRAT

p/s: nanti aku akan ceritakan nama saintifik bagi semua vitamin yang ada =)

AWASI PENGGUNAAN KANTA LEKAP

salam
apa khabar semua?

aku nak kongsikan sikit cerita mengenai kanta lekap....

kanta lekap @ contact lens

nampak mudah dan ringkas...
tapi awas berhati-hati saat korang menggunakannya...

pastikan kanta lekap anda dicabut saat mahu mandi manda di laut.... jika terkena air masin ia boleh menyebabkan buta...

ganti kanta lekap anda dalam tempoh 8jam....

awas sekiranya anda kemalangan dan koma kanta lekap tidak dapat ditanggalkan... anda berisiko untuk hilang penglihatan.

gunakan jari yang bersih saat menukar kanta lekap...

jika terjadi sebarang jangkitan silalah berjumpa doktor dengan kadar segera...

left contact lens

right contact lens

inside the box

TERUBUK MASIN UNTUK PM - SIAPA KAU?

salam
sila jawab salam aku
entri muncul sendiri

siapa kau?
MissXYZ

kenapa MissXYZ?
sebab bukan ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

jantina kau?
bukan laki-laki

kau suka makan apa?
tomyam, kailan ikan masin, daging masak merah, sotong goreng tepung
(tak percaya sudah aku tak kesah)

suka buat apa?
bernafas dalam lumpur, tunggu bulan jatuh ke riba

suka warna apa?
warna warni

kau ada join laman sosial apa?
facebook, friendster, tagged, hi5, twitter, myspace

pekerjaan sekarang?
pembuat getah skrap

kenapa kau tak letak gambar?
oh... aku tak de kamera

umur kau?
tua sikit dari adik adi putra dan muda banyak dari tun mahathir

asal kau?
dari sperma & ovum

p/s: nak percaya, percayalah. kalau tak percaya aku tak kesah pun. sekadar memuaskan hati orang yang bertanya =)

* thanks a lot to all my readers and my follower... now 283 follower... tq very much

pengganti gambar Yamaha R1 & R6

BUKAN MUDAH DAN SANGAT SUSAH

bukan mudah berjalan seorang
bukan mudah berjalan berdua
bukan mudah berjalan beramai

aku lihat dia dalam ramai
wajah pucat sambil batuk-batuk
kasih itu ada di raut wajah mu
sayang itu ada di dalam hati mu

aku kembali berjalan...
aku kembali mengenang...
aku kembali melihat...

kanan atau kiri
duduk atau berdiri
jaga atau tidur
angguk atau geleng
diam atau pusing keliling

mendengar cerita kau
mendengar suara kau
membaca pesanan kau

aku tetap di sini mencari jawapan pasti
kau tahu?
hati aku tak sampai...
untuk lihat wajah itu
untuk dengar suara itu
untuk dengar cerita itu
untuk ucap kata itu
untuk pilih jalan itu

sayang kau tahu aku fikirkan kamu
aku fikirkan kata-kata kau dua hari lepas
aku juga sayang kamu....
terima kasih untuk sms itu =)

aku lakukan apa yang perlu
untuk kamu sayang
nanti aku datang
untuk kamu sayang

BEDTIME STORY FROM PAPA WI

salam
hari-hari papa wi bercerita
macam-macam ado...
sambil tepuk-tepuk lembut anak dia ni...
ibarat bedtime story... hehehe
mak aih....hari ni aku nak kongsikan cerita tu...
okay papa wi...
i dah masukkan cerita u dalam blog i....
untuk kongsi dengan semua...

credit to papa wi =)
beliau bersama geng menoreh =)
opp bos... ini bukan lady gaga okay!!!


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: 
" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". 

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: 
"Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan:
"Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas 

Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: 
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". 

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan.
Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!! 

p/s: selalulah yakin dengan setiap janji ALLAH; janji ALLAH tidak seperti janji manusia

OH!!! INGATKAN ENGINEER BARU...

salam
auto publish...

hari-hari macam biasa...
rehat-rehat kat tempat kerja...
datang naik kereta...
dengan beg kepit di ketiak...
kasut harga RM190++

datang satu pak cik...
la.... ingatkan engineer baru kat sini
hehe... sengih...
bakal engineer je....

pak cik tu ajak makan rojak
fuhhh dia belanja...
haha selamat duit aku...
nasib tak keje kat petronas
jauh jugak....
lalala... balik umah dengan senang hati....

p/s: tak patut pakai topi kaler putih bukan buat keje sangat pon

BENAR-BENAR MAHUKAN


"When you REALLY want something, sometimes you have to swim a little deeper....You can't give up just because things don't come easy...You have to overcome the obstacles and face your fears...But in the end, it's all worth while! Life is full of ups and downs, but if you believe in yourself you will always come through with flying colors. Value friendship, love, and faith. Never underestimate yourself. If you follow this advice you can never go wrong!"
Look Into My Eyes And Read My Mind
Find YourSelf And Be YourSelf 
( I'll Be Searching For You.... )

dun try this at home =)

p/s: not in a good mood... trying to give n take. what i'm searching? 

29 April 2010

KEMATIAN MISTERI

Doktor dan jururawat di sebuah hospital merasa hairan kerana semua pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) meninggal dunia pada hari yang sama ( malam jumaat) jam 12 malam. Malah ramai yang beranggapan ia suatu yang aneh dan berkaitan dengan hantu !!.
Tiada siapa yang berani menyiasat....

Namun begitu, mahu tidak mahu terpaksa juga mereka mencari puncanya demi menjaga reputasi hospital tersebut.

Malam jumaat berikutnya, masing2 menunggu jam 12 malam dengan penuh debar. Mulut tak lepas dari  membaca ayat suci Al-Quran. Malah ada yang mula berzikir dan membaca entah apa doa.

Jam semakin menghampiri 12 malam, masing2 semakin berdebar. Dalam bilik ICU tersebut hanyalah sekujur tubuh pesakit yang nampaknya tenat. Hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan untuk hidup.

Tepat jam 12 malam, debaran makin terasa. Jantung bagaikan tersentak bila melihat satu lembaga hitam sedang menuju ke bilik ICU itu sambil menarik sesuatu. Masing2 terus bersembunyi,  menggigil ketakutan.

Pintu bilik ICU terbuka, lembaga hitam tu melangkah masuk......

Makcik Kiah yang bertugas sebagai cleaner pada setiap malam jumaat tu (shif pukul 12 malam) lantas mencabut power supply alat bantuan pernafasan dan lantas mencucuk plug vacuumnya lalu memulakan tugasnya.

p/s: itulah punca kematian misteri... 

JANGAN CAKAP ITU IDEA KAU LAH!!!

salam
apa khabar semua?
sihat?

sedikit ingatan dan ikhtibar untuk semua...

pernah tak jumpa satu situasi si polan mengatakan
eh! tu idea aku lah...
ko tak leh tiru...
dengan muka riak dan bangga cakap kat semua orang
pernah jadi tak?

hei si polan...
kau sedar tak?
yang keluar daripada minda kau tu ILHAM
ILHAM daripada yang MAHA BIJAKSANA
kalau DIA tak bagi tu semua...
kau tak de apa-apa...

tak kira lah idea kau untuk buat bangunan paling tinggi...
rumah paling besar...
kereta paling hebat...
atau pun sedikit ilham untuk menyelesaikan masalah...

tu semua datang daripada DIA..
tok sah la... kau nak bangga..
sampai dabik dada...

tak kira lah kau tu ISLAM, BUDDHA atau apa saja...
kalau DIA tak bagi tu semua...
habis dunia kau cacamarba...
kau faham tak?

p/s: kita ni semua manusia biasa... kadang pandai terlepas kata. selalu rasa diri pencetus idea... padahal tu semua dari DIA =)

ATOK: ini isteri saya... jangan ganggu dia...
OPAH: tak payah lah cerita...
(romantika MALAYA hiasan semata-mata)

HAH AMBIK KO... DEPA PUN BOLEH SPEAKING HAHAHA

salam
to all my readers..
keep on reading my blog...
yeah...

here i want to share quotes from SOMEBODY



"we have repeatedly issued warnings, over a number of years. following these warnings and these calls, anti-american explosions took place in a number of Islamic countries"
Osama bin Laden

"i think Israel will think one thousands times before invading Gaza"
Sheikh A. Yassin


"the wave of the Islamic revolution will soon reach the entire world"
Mahmoud Ahmadinejad

YAHUDI EQUAL TO JEWS

salam...
do know about jews?
jews adalah yahudi...
bukan jaws okay...

i just want to share about jewish protocols

kadang-kadang aku perlukan entri berbahasa inggeris...
untuk melihat sejauh mana aku mampu menulis di dalam bahasa inggeris...
itu sahaja... =)
juga kemampuan aku menulis artikel yang agak berat dalam bahasa inggeris...

here jewish protocols are all about
- racial divergencies
- problem of origin
- gentle studpidity
- devide and rule
- protocols claim partial fulfillment
- conquest of religion and press
- note on the dispersal
- splitting society by "ideas"

do know?
media is the best and most effective way of reaching to the children of the world and comic figures have been used by jews all along



p/s: just keep on reading i will show u... about the jewish political program

WARNA ITU MEMBUATKAN RASA LAPAR

salam
lagi auto publish entri....

sedar atau tidak?
kebanyakan restoran makanan segera...
menggunakan warna merah, oren dan kuning...
kenapa?
semua warna itu bisa membuatkan kita semua rasa lapar...
itu adalah menurut kajian psikologi....

percayalah... huhuhu =)
contoh dari carian google... =)

28 April 2010

WAJIB MEMBERI SOKONGAN KEPADA YANG MENGAJAK KEMBALI KEPADA ISLAM

salam
aku mahu kongsikan sedikit mutiara kata daripada ulama tersohor...
isu memberi sokongan kepada mereka yang berpaksikan ISLAM yang sebenar...

"apabila ada di dalam sesebuah negara satu golongan yang mahu mengajak kembali kepada Al-Quran dan hadith, sedangkan apa yang ada pada ketika itu tidak kembali kepada Al-Quran dan hadith, maka WAJIB bagi setiap umat Islam memberi sokongan"

DR.YUSUF AL-QARDAWI

TAHNIAH BLOG KAMU MEMANG ADA UMMPHHH

salam
aku tetiba rasa memang tak leh blah bila singgah blog ni... 

hampir kesemua entri beliau ada memasukkan perkataan KELI
dari pen ikan keli, tandas ikan keli, patung ikan keli, cara mengenal ikan keli halal, origami ikan keli dan tah macam-macam lagi yang berkaitan dengan keli...

pendek kata segalanya KELI

oleh itu semua pengunjung blog aku...
aku nak bagitau ni... yang aku cukup salut dengan blog KELI OH KELI
tidak pernah lari daripada tema beliau...

serba sedikit yang aku tau mengenai tuan blog tersebut... beliau berasal daripada PENANG. okeh itu saja yang aku tau... hohoho..

aku banyak bace entri beliau... tapi aku tak berkenalan pon dengan pemilik blog tuuuuuuuuuuuuuuu harap maklum!!! =)

KEKAYAAN ORANG YANG INGKAR HANYALAH ISTIDRAJ

salam
bismillah...

mahu menulis perihal agama...
kekadang rasa bimbang tersasar..
sebab aku bukan orang bertauliah.
sila jangan terima bulat-bulat apa yang aku tulis ni...
rujuklah kepada mereka yang lebih pakar dan arif...

istidraj bererti suatu pemberian yang tidak direstuiNYA. 

sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"apabila kamu melihat tuhan mengurniakan kekayaan dunia kepada orang yang asi(ahli maksiat), sesungguhnya yang demikian itu merupakan istidraj daripada Allah. ketika mereka lupa akan ajaran dan peringatan-peringatan, Allah membukakan segala pintu kesenangan dunia, tetapi pada saat mereka terlalu gembira dengan kekayaan itu, tiba-tiba Allah merentap segalanya dengan serta merta."

oleh itu jangan kita keliru...
ini adalah merupakan peringatan kepada kita bahawa kekayaan dan pangkat kedudukan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada ahli maksiat yang tidak taat kepada suruhan serta melanggar laranganNYA hanyalah istidraj.

kerana itu jangan kita kagumi sekiranya mereka yang ingkar pada yang Maha Pencipta terus terusan mendapat kebahagiaan dan dilimpahi kekayaan. lakukan setiap suruhanNYA tanpa jemu.agar kita sentiasa memperolehi petunjuk daripadaNYA. 

semoga aku dan korang semua tidak lagi mempertikaikan mengapa mereka buat maksiat tapi mereka tetap hidup senang.... renung-renungkan... =)

KENAPA DIA BUAT SALAH MASIH HIDUP SENANG?

salam
mak aih...
sensetip topik ni..
hahaha...

pernah jumpa tak?

orang yang selalu buat maksiat tapi masih lagi hidup senang
orang yang tak solat tapi masih hidup senang

dan apa segala yang dia buat memang banyak yang salah tapi masih juga hidup senang tak di timpa musibah. kalau kata periksa tu tetap jugak dapat straight A's dan 4.00 CGPA. mesti korang cakap baik aku tak payah sembahyang kalau tak sembayang pun okay je... baik aku buat jahat. buat jahat pun boleh je kaya... boleh je hidup mewah... hahaha... tunggu dulu....

nanti aku akan kupas isu ni...
dalam topik ISTIDRAJ

aku akan cuba post entri tu hari ni...
aku cuba bagi peneranagn yang ringkas dan padat
supaya senang faham orait chow!!!

p/s: nampaknya insert video dah boleh... nak upload video special punya... encik yang kat NEW JERSEY boleh la tengok

BELI DUA... SATU UNTUK SAYA SATU UNTUK AWAK

salam


terima kasih buat si pemberi cik puan sabariah mohamed a.k.a ibu
ehemmm.... 
yummy aku suka makanan tu... 
it's so crunchy and crispy not too salty =)
dah abes pon.... tq so much dear a.k.a ibu...
beliau kata beliau beli magazine ni dua....
satu untuk dila satu untuk ibu....


macam aku penah cakap baca itu perlu...
bacalah apa saja...
bahan bacaan keluaran TELAGA BIRU sememangnya berkualiti...
seperti buku 
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT dan SYABAB MUSAFIR KASIH...
dua buah buku yang aku suka ulang baca....
aku pun penah cite SOLUSI itu best.... kan cik ekin kan?







MENJADI TEMAN KEPADA ORANG TUA-TUA

salam...
menulis di waktu malam...

mak aih...
jemulah asyik cakap ulang-ulang...

jemu ke?
dengar cerita orang tua-tua...

aku nak tanya selalu tak korang berhadapan situasi macam ni....
jumpa dengan orang tua....
tak pasti sangat asal dia dari mana...
lepas jumpa ko terus dia buka cerita hal anak cucu dia...
begitu dan begini...
tak sampai satu jam dia mengadap ko semula....
tetap ulang cerita yang sama juga....

mak aih....
kalau ko tak tahan tentu ko angkat kaki terus blah...
kan? kan? kan?

sebenarnya orang tua-tua ni suka kita dengar bila mereka bercerita...
mereka pun sebenarnya bukan ingat sangat cerita yang dah di ceritakan dekat kita. sebab tu cerita yang berulang-ulang sering terjadi... so dengarkan je lah... jangan lah rasa marah pulak....

beri tumpuan sepenuhnya saat mereka sedang menyampaikan cerita... baru mereka akan rasa gembira... jangan lupa bertanya beberapa perkara.... interaksi dua hala sangat penting... bukan mendengar dengan hati yang pura-pura... nanti ko akan rasa jemu...

tunjukkan rasa minat untuk dengar cerita mereka. jangan terlalu ambil hati dengan apa yang mereka katakan. teliti mendengar percakapan mereka.

yepp...
aku ada jiran yang dah kena strok. percakapan dia pun tak berapa jelas lagi. aku panggil dia atok. dia sangat suka bercerita. hal zaman perang-perang dulu. aku selalu datang umah dia. untuk dengar cerita dia. aku tahu dia gembira. kadang-kadang orang tua-tua ni mereka selalu rasa tak berteman. atok ni tak penah lupa tarikh besday aku... selalu pesan kat bini dia bagi hadiah kat aku... heheh....

aku juga ada atok dan opah... mereka dah tua. perlukan perhatian lebih dari anak dan cucu. masa tu lah mereka nak mengadu sakit itu dan ini. minta urut itu ini. nak suruh dengar cerita itu ini. jadi dengarlah cerita mereka. aduan mereka. sakit mereka. kenapa mereka begitu. kenapa mereka begini.

jadi sayangi mereka. jadi teman kepada mereka. jangan jemu dengar cerita mereka. =)

tah aku tak kenal tok google

atok aku haji zawawi bin haji mohd arbi (79 tahun)
yang suka mintak aku urut tapak kaki dia =)
aku sayang beliau okay!!!
opah sori.... gambar opah tak de kat sini...
nanti kakak upload lain ye...
luv u too... =)

ni tok-tok sedara aku

27 April 2010

VITAMIN X ADE KE?

salam...
ko  ni MissXYZ mengarut betul...
aku betul-betul nak tanya ni ade vitamin x tak?
hahaha....

jawapannya....
tak de lah....

vitamin tu ape?
sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti kecil untuk memelihara kesihatan kita

ko tau vitamin ape yang larut lemak?
jawapannya vitamin A, D, E, K

ko tau vitamin ape pulak larut air?
vitamin B dan C

vitamin ape pulak yang boleh bertindak sebagai antioksida?
vitamin A, C, E

jarang betul dengar name vitamin K... nak dapat cam ne?
oh... vitamin K korang leh dapatkan daripada sayuran yang berwarna putih macam kobis dan lobak putih. vitamin K baik untuk menyembuhkan luka dalam perut.


p/s: berkongsi sedikit info perihal vitamin... berdasarkan ape yang aku pernah belajar suatu masa dulu... nanti aku akan ceritakan macam mana strok dan darah tinggi terjadi... orait chow!!!!

HEI JAWS TANGKAP YUSOF HASLAM DENGAN KUS...

salam
sangat lucu dan gusi aku tak mau kering
layan cite SIKIT PUNYA GILA

antara otai yang berlakon adalah
HAMID GURKHA
DHARMA HARUN AL-RASYID
NORLIA RAMLEE
YUSNI JAAFAR
dan ramai lagi....

dialog yang memang kelakar ~

"hei jaws!!! tangkap yusof haslam dengan kus... jangan tangkap aku... aku member"
sambil lari-lari masuk laut....

JURUTERA MESTI TAU TUGAS JURUTEKNIK FAHAM?

salam

amaran keras
seorang jurutera perlu tahu tugas seorang juruteknik
mesti tidak boleh tidak

luahan hati seorang jurutera
yang duduk menongkat meja
tak tau nak buat kerja apa
hahaha

jom jalan-jalan tukar fius
semua kerja rasa mahu buat
best ke kerja?
tapi tak payah buat kerja?

mereka kata kau silap
kau patut kerja dengan sime darby
kau patut kerja dengan petronas
suka aku lah...
dekat dengan rumah
aku nak kerja sini

kau faham tak?
jurutera mesti tau tugas juruteknik
itu saja yang difikir sejak semalam =)

KEHIDUPAN INI

kau tahu?
hidup ini bukan petak-petak
bukan juga kotak-kotak
kau ambik kau letak

kau harus
tidak boleh tidak
jalan di jalan yang bengkang bengkok
jalan di jalan yang lurus
kau jatuh
kau bangun
kau duduk
kau lihat orang berdiri
kau berdiri
kau lihat orang duduk

kau sakit mereka boleh lihat
tapi mereka tak dapat rasa
mereka cuma boleh berkata-kata
tanpa rasa apa-apa
tak serupa rasa kau dan rasa mereka
baru kau tahu?
yang kau hidup seorang saja

ya....
mereka semua ada
mereka kata mereka ada untuk kau
saat kau sakit
saat kau tersungkur
saat kau merangkak mahu bangun
saat kau rebah mencium tanah
kau pandang keliling...
siapa yang sudi hulur tangan untuk tarik kau?

kau kata hidup ini kadang-kadang tak adil
kau yakin tak?
sekecil zarah kebaikan yang kau buat kau akan dibalas
sekecil zarah kejahatan yang kau buat kau akan dibalas

kau kata asyik berganti derita
ada ke manusia yang dari awal hingga hujung sentiasa bahagia?
ada ke manusia yang dari awal hingga akhir sentiasa derita?

sayang kau bangun malam ni
kau lihat bulan
aku juga lihat bulan
bulan itu bulan yang serupa bukan?
hati kita?
hati mana mungkin sama
manusia dicipta tidak serupa
kau bukan klon aku
aku bukan klon kau

kau datang lengkapi babak yang kosong
aku datang penuhi episod yang lompang

walau kau ambik
kau koyak episod itu
kau buang jauh-jauh

walau aku ambik
aku tukar babak itu
aku tambah pelakon baru

episod satu tetap dalam kepala aku
babak awal tetap dalam benak kau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...