GENG LENSA HIDUP

10 June 2010

PERBEZAAN HADIS



salam
hai korang semua...
aku nak tumpang tanya & nak share sumtin...
sesape yang arif leh tolong ajar aku sekali... =)
budak-budak al-quran & sunah ke.... yang da belajar yang lebih mendalam
aku ni belajar kat permukaan je... hukhukhuk


Boleh awk terangkan apa yang dikatakan...
1. Hadis hidayah.
2. Hadis akidah
3. Hadis muamalah
4. Hadis tasawuf.
Semoga dapat dihuraikan dengan serbaringkas... 

menjawab kiriman emel 
(budak ni aku jumpa dalam satu forum.. pas tu nak blaja arab ngan aku... aku pun ajar le pe yang aku tau... skali dia tanya macam-macam la plak pasal agama... hukhukhuk... mati gua)
ni jawapan orang naif cam aku ni....

ulama-ulama hadis atau para ahli hadis dalam mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak memberikan istilah-istilah hadis sebagai hadis hidayah,hadis akidah,hadis muamalah dan hadis tasawuf. jangan sampai tersalah faham. 


tapi untuk memudahkan pengumpulan hujah ilmu bolehlah dikumpulkan macam tu lebih-lebih lagi pengumpulan cara Melayu kerana secara ilmu... ilmu itu dibahagikan kepada: 

1.ilmu aqidah atau ilmu mengenal Allah. 
2.ilmu fiqah atau ilmu memahami aturan Allah termasuklah juga: 
a)fiqah ibadah-hubungan hamba atau makhluk dengan khaliq atau Allah.... 
b)fiqah muamalah-hubungan hamba atau makhluk dengan makhluk yang lain... 


dan ini juga termasuk ilmu-ilmu muamalah yang sebenar dalam ketetapan tatacara atau adab sopan atau pun akhlak perhubungan antara seorang hamba dengan Allah dalam mengakui, mentaati, memurni serta menghargai Maha Pencipta dan Maha Pengatur iaitu Allah Tuhan S.W.T...


ilmu muamalah pula dibahagikan ulama-ulama selain yang diterangkan diatas termasuk ilmu munakahat atau fiqh munakahat, fiqh muamalat, fiqh janayat(jenayah)... manakala ilmu adab pula berkembang secara falsafahnya dari tatacara zahir kepada pembentukan sikap atau suluk yang dipanggil akhlak atau khuluk sehinggalah proses pemurniaan jiwa secara fasafi ilmu yang dipanggil ilmu tasawuf iaitu ilmu pembersihan hati..... 

jenis-jenis hadis juga adalah hadis sahih, hadis mutawatir, hadis daif, hadis hasan, hadis mauduk.... ade lagi satu name hadis... tapi aku lupa huuuuu....


antara periwayat hadis yang popular adalah imam bukhari, imam muslim, imam abu daud dan beberapa orang lagi....


mama yah & papa wi tak berapa bagi aku memandai-mandai copy paste hadis dalam internet.... so kena la refer mane-mane sumber sahih lu... tu yang jadikan aku malas... nak bace kitab hadis mesti la kene selak satu-satu... adeh... da kompem betul baru leh tarok dalam blog... (aku ni malas)


rasanya setakat ni je aku leh terangkan.... nanti takut tersilap... aku harap kalau ade sesape yang lagi arif leh la terangkan ye...

baru-baru ni aku ade bergosip dengan si lok... pasal satu blog pelik... The Godfahter.... tapi dalam blog tu ade banyak hadis.... memang la The Godfather tu name gelaran bagi jawatan tertinggi kongsi gelap Italy.... ala...... cam dalam Mafia War tu... tapi aku masih tak puas ati gak ngan statement dak tu...  oh.... kat blog bro lok pun dia ade komen... tah la... kan zaman sekarang banyak hadis palsu... bak kate lok gua tak sedap ati la.... aku nak cakap lebih-lebih tak leh gak... coz blog ni hak individu.... =) ---->>> SINI

p/s: bahasa arab ni pon cam inggeris gak...  ade past tense... present tense... plural... & len-len... =) tu yang ade muamalat... muamalah... jenayat.... jenayah.... abu... abi... ummu... ummi... usrati... usratun... lebih kurang cam tu la...


wallahualam...

ADOI!!! GUA TAK TAHAN NAK NANGIS SAMA JUGAK LA...


salam semua
semalam aku tengok berita Rosmah menangis....
Bik Mama nangis...
kerana kematian 9 orang rakyat Turki...
yang telah dibunuh tentera Israel
menangislah sayang....

musykil jugak...
mase mak sedara beliau meninggal 
allahyarhamah Sofiah Katas
datang pun tidak....
ni kan nak menangis... (aku tak tau la beliau nangis ke tak)

rakyat Turki tu Bik Mama tak penah pun jumpa...
boleh menangis pulak...

ape-ape je lah....

wallahualam =)

________________________________________________________

rakyat Palestin telah lama menghadapi ribuan kematian
syahid menjadi buruan
airmata bukan teman...
andai itu jadi teman 
bila saatnya mahu kumpul kekuatan..
menentang segala kekejaman...

TELAH TERCATAT NABI ITU SEORANG MANUSIA TANPA SILAP

salam
kadang kala kita bercakap
kita leka
kita lupa
kita alpa
ya kita semua manusia...

kata-kata seperti sudah lengkap sudah
sendiri rasakan itulah yang paling indah
perlu ingat suatu masa dulu ada manusia TANPA silap

nabi juga manusia...
tetapi dijanjikan 'maksum'
hanya nabi manusia TANPA silap dan dosa
kerana setiap kata-kata baginda tidak sia-sia
kerana setiap perbuatan baginda bukan sia-sia
itulah contoh ikutan sepanjang zaman

tapi...
madah kita buat bicara
kadang kala kita lupa dan leka
kadang kita lupa...
suatu masa dulu ada manusia TANPA silap
selebihnya kita...

manusia yang tak sunyi daripada keSILAPan

p/s: maksum itu terpelihara daripada dosa =)
p/s/s: aku merayap pi blog orang ni la yang jumpa benda bukan-bukan bila bercakap

LELAKI TANPA WAJAH (HIRO) & ZULAIKHA

ini bukan kisah merong mahawangsa...
ini hanya kisah dogeng mereng mahawangsa...

sebelum baca...
sila selawat ke atas junjungan kita...
sebanyak 3 kali... (atas permintaan hiro mahukan unsur islamik)

menulis entri dengan penuh beradat... (hiro kate kitakan Melayu)

jadi aku berpantun laaaaaaa....

sorong papan tarik papan
buah tembikai dalam perahu
suruh makan hiro tak makan
suruh mengaji pura-pura tak tahu

malam tadi jumpa mayat
malam esok jumpa hantu
zulaikha tau hiro suka mengayat
berharap bapak zulaikha sudi buat menantu

lelaki tanpa wajah itulah hiro... bukan si penggoda itulah zulaikha.... dalam cite TAMIL hiro selalu datang lambat... tapi ni bukan cite TAMIL... ni cite Melayu.... sebab aku pun Melayu... jadi hiro dah masuk pada awal-awal cerita....

bukanlah cerita mereka... bukan juga mereka-reka cerita... ohhhh... pilih mana kamu mahu? pilih satu jangan tamak... kisah ni bermula saat hiro menegur zulaikha (sudah pandai eja) melalui shoutbox... hiro menegur zulaikha dengan penuh sopan dan santun...

begitu lama kisah cinta mereka ibarat lamanya drama Sembilu Kasih ditayangkan di TV2... baru semalam aku dapat hidu... cissssss. bukan kerana hiro tu 'kekasihku yang gelap' buat zulaikha... semestinya tidak kan.... kerana hiro digambarkan jauh lebih hensem berbanding Justin Bieber...

aku mula menghidu hubungan mereka kerana semalam mereka bertikam lidah dengan nada yang paling lembut sekali ohhhhhhhhh.... aku sangkakan mereka bersaudara mungkin... seibu berlainan bapa... atau sebapa berlainan ibu...

otak aku mutaligat... tetapi timbul sedikit keraguan di sini... mengapa pulak si p3perak marah-marah ye? adakah kerana jeles dengan zulaikha? atau ade peristiwa lain di sebaliknya.... aku cuba mencari jawapan bagi persoalan yang kian menyesak otak ketat aku...

setelah diselidiki rupanya hiro telah membunuh cucu perempuan saudara kepada jiran p3perak ... kerana itu p3perak cuba menggaanggu kehidupan hiro.. dan kata-kata hiro yang lembut pada zulaikha ibarat lidah tak bertulang... gigi tak bergosok itu adalah lakonan semata-mata... sebelum menjadikan zulaikha mangsa seterusnya.... hiro hanya mahu melihat zulaikha dilamun cinta... hinggakan makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah dan berak tak basuh...

to zulaikha:
sila jangan terlalu rapat dan dekat dengan hiro kerana beliau seorang pembunuh yang disegani...  kerana si hiro ini layaknya menjadi seorang model kanak-kanak bagi iklan sabun basuh... (kerana blogger berhati suci sukar dicari)


p/s: tah ape la yang aku merapek

09 June 2010

MEREKA SIAPA?

Nelson Mandela
bekas Presiden Afrika Selatan

Ban Ki-moon
kini merupakan setiausaha agung PBB
berasal dari Thailand

Hishamudin Rais
seorang aktivis masyarakat yang terkenal di Malaysia
bekas pelajar MCKK, UM, dan banyak lagi
kira-kira 15 tahun merantau di Kota London
sambil menuntut ilmu
ayat popular beliau
"hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda"

Pele
lagenda bola sepak dunia
dengan kebolehan menimbang bola tanpa jatuh 
dalam masa yang panjang

Princess of Wales (Lady Diana)
isteri kepada Putera Charles
anak beliau adalah putera William & putera Henry

Adibah Amin (Khalidah Adibah Bt. Amin)
seorang ahli akademik (penulis bahasa malaysia & bahasa inggeris)
seorang pelakon (Mat Som, Hati Bukan Kristal & Adik Manja)

p/s: mama yah suka sangat adibah amin sampai anak pun taruk nama adibah aiyak!!!

SATU RASA DUA NAMA

 epok-epok @ karipap


 kuih ketayap @ kuih gulung


 ondeh-ondeh @ buah melaka


bingka @ kuih bakar

salam
kali ni hanya mahu kongsikan sedikit info kuih tradisional
kadang-kadang kuihnye same je...
cuma name lain-lain...

p/s: aku nye fav karipap!!!

BERJUDI... KEMUDIAN BERI DERMA... APEKAH?

salam
aku membantah JUDI BOLA
yang kononnya masih tak de keputusan lagi...
hah? apekah?

VINCENT TAN bercadang mahu jadi seperti ROBINHOOD... mencuri kemudian beramal dengan hasil curian... begitu juga yang mahu dilakukan oleh VINCENT TAN berjudi kemudian menderma... dengan IZIN dan KELULUSAN pemerintah MALAYSIA...

setelah didesak... dengan DEMONSTRASI.... pihak PEMERINTAH mengatakan masih belum ade keputusan... ohhhhhhhh.... gimik politik? atau betul-betul tidak akan diluluskan... aku rasa tak perlu pandangan dari semua pihak... terang dan nyata JUDI tu HARAM... simple dan mudah je.... jangan LULUSKAN... okay? nampaknya member-member aku yang kat KL ramai turun BERDEMO... anak lecturer aku pon pegi... si afiq juazer rizal abdul hamid...si shaikh amin.... wah korang memang power... si naruto aku tak tau hang pi ke tak... budak-budak ni tak cerita pun... ngeh ngeh ngeh... sahar (lecturer aku) pun pegi wehhhh 

inilah yang dikatakan ISLAM LIBERAL yang kian menular... lakukan yang WAJIB... yang nyata HARAM masih dibuat... macam cite BAWANG PUTIH BAWANG MERAH... pakai SKIRT pun leh berdoa... sedangkan kita semua dah diajar adab-adab semasa berdoa bukan? begitu juga KONSERT AMAL... berhibur bercampur lelaki & wanita... untuk mengumpul DANA... kemudian MENDERMA untuk AMAL... hukumnya?

begitu juga walaupun BABI telah disembelih dengan nama ALLAH hukumnya? TETAP HARAM dimakan bukan?

yang HARAM tetap HARAM... tak perlu tunggu SEMUA RAKYAT berdemo... tak perlu tanya pendapat pada semua... sebagai PEMIMPIN... ASAS yang mudah seperti ini perlulah kamu faham. kalau tak macam mana nak memerintah negara? yang nyata apabila yang haram dilakukan tentunya akan merosakan ekonomi negara... ni baru isu JUDI BOLA... belum sentuh isu lain lagi...

isu simple macam ni pun jadi masalah... macam mane boleh pulak nak berjuang untuk PALESTIN? kilang COCA COLA kat negeri sembilan baru je pecah tanah 1 APRIL lepas.... ini betul-betul 1 MALAYSIA.... yang WAJIB & HARAM boleh jadi 1... apekah? renung-renungkanlah.... pada DR 1221 aku doakan kau dibukakan pintu hati hu3.. lame encik  DR 1221 tak bace blog aku ni... terima kasih letak link blog aku di blog kamu & berharap ada yang sudi membaca & terbuka pintu hati kalian... macam encik DR 1221 jugak cakap hari tu he3 busy berdemo ye DR 1221? hu3...  

p/s: nak tinggal benda yang salah bukan senang... aku mau ke arah itu =)

HAJAR ASWAD


salam
apa khabar semua?
harap sihat sentiasa...
bersama sekuntum senyum di muka =)

hukum mencium hajar aswad adalah sunat.. kalau dapat menciumnya adalah lebih baik... tapi kalau tak dapat tak pe la... tak de rezeki kot.... cukuplah sekadar "istilam" je.....

istilam - mengangkat kedua belah tangan bila sampai di garisan... ditujukan ke arah hajar aswad.... sambil membaca takbir... kebiasaannya orang yang bertawaf terutamanya pada musim haji... jarang dapat mencium hajar aswad... kerana manusia sangat ramai... sehingga bertolak-tolak.... berhimpit-himpit... hanya mereka yang bertubu sasa & kuat je... yang akan dapat mencium hajar aswad....

apa pun bergantung pada rezeki masing-masing....

SINGAPURA DARI KEJAUHAN

salam
kali ni hanya mahu kongsikan sedikit info tentang singapura..
ohhhhhhhhhh.. sedikit research sebelum berangkat ke singapura...
lalala.... 

seberang sana adalah singapura @ singapore

antara tempat-tempat menarik yang ada..
taman burung Jurong (Jurong bird park)
pulau sentosa (sentosa island)
china town 
little india 
jalan arab

ada dua pintu masuk melalui jalan darat:
link kedua
tambak johor

melalui udara:
changi airport

jalan air:
menaiki feri di tanjung puteri =)


sebelum pergi ke sesuatu tempat seeloknya lakukan sedikit research
supaya kita tau tempat yang mungkin kita akan lalui..
tempat-tempat yang kita akan jumpa...
lagi senang kalau ade tourist guard..

p/s: tak sempat seyh nak wat entri i'm busy right now... perah otak mau update =)

08 June 2010

RESEPI PISANG GORENG BAKAR


salam
moga sihat hari ni...

yihahaha....

goreng pisang?
perbuatan menggoreng pisang...
kalau orang tanye... ngah wat pe tu?
jawab la tengah goreng pisang....

pisang goreng?
pisang yang dah siap digoreng... ready untuk dimakan...
kalau orang tanye... tengah wat pe tu?
jawab la makan pisang goreng...

ada betul ka?
suka hati korang la nak jawab ape....

ohhhhhhhh....

________________________________________________

kisah ni bermula...
bila perut rasa lapar...
so.... jalan-jalan la cari makanan...
jumpa satu gerai...
GORENG PISANG BAKAR
hah?!!!!
teruja...
berkobar-kobar...
nak mkan goreng pisang tu...
SUNGGUH!!!

so... jalan laju-laju...
"pakcik bagi saya PISANG GORENG BAKAR RM5"
siap dibungkus...
tengok ape dalam plastik...
HAH?!!!
same je macam PISANG GORENG lain??
"pakcik mane PISANG GORENG BAKAR?"
ohhhhhhhhhhhhhhh BAKAR tu name PAKCIK

terus makan pisang goreng laju-laju... =)

* tips untuk rangupkan adunan tepung pisang goreng masukkan sedikit tepung beras untuk lebih rangup =)

07 June 2010

BAKAR BENDERA ZIONIS APA KITA DAPAT?


salam
pe khabar?
harap baik je....
harap sihat je...

berbicara mengenai demonstrasi membakar bendera... berkumpul... menghantar memorandum... berkumpul menunjukan bantahan... elok la tu... tanda kita semua prihatin.... cuma aku tak berapa suka adegan bakar bendera ISRAEL.... pijak-pijak bendera ISRAEL... korang dapat pijak bendera diaorang je... mereka dah TEMBAK, SEMBELIH, ROGOL, dan macam-macam lagi dah dilakukan... kat umat ISLAM di PALESTIN... kita berkobar-kobar dengan bakar bendera je? dah la kita yang beli BENDERA tu.... pastu hang pa pi BAKAR pulak? adehhhhhhhhhh..... membazir je.... mereka tidak apa-apa kerana yang dibakar cuma BENDERA... mereka tetap sama MEMBUNUH saudara kita mengikut rasa... adakan perhimpunan untuk memberi penerangan pada umum itu satu tindakan BAGUS!!! agar kita semua dapat info yang tepat!!! =)

kita sedar atau tidak? dalam masa yang sama.... mase lepak ngan member masih HIRUP AIR KAT STARBUCK... bangun tido masih lagi gosok gigi guna COLGATE.... rasa lapar masih lagi teringat MCDONALD.... kerajaan masih lagi beri ruang pada SYARIKAT YAHUDI - COCA COLA untuk bukak kilang pembotolan kat NEGERI SEMBILAN... ni semua ape cerita? tak caye? klik SINI... lepas tu PM kita NAJIB plak... sibuk pakai selendang/mafla PALESTIN... padahal beliau pun setuju kilang COCA COLA dibuka kat NEGERI SEMBILAN... pura-pura je ke tak suka YAHUDI? pura-pura je ke tak suka ISRAEL?

sedangkan kita semua tahu... yang MALAYSIA antara penyumbang terbesar ekonomi YAHUDI... ohhhhh... aku menulis ni untuk mengingatkan diri aku sendiri... supaya menjadi lebih sensetif... bukan sekadar berkobar-kobar menentang melalui penulisan atau apa cara sekalipun... tetapi dalam masa yang sama masih menyumbang pada EKONOMI mereka juga... DOA untuk kesejahteraan semua umat islam di dunia kita sering lupa... harap KESEDARAN ini meresap ke dalam JIWA... bukan hanya mahukan  pengiktirafan DUNIA... 

wallahualam...

*ini adalah pendapat daripada penulis. tidak ada kaitan dengan mana-mana parti...

WAH!!! TUNANG SENYAP-SENYAP JE... KAWIN JANGAN SENYAP-SENYAP PULAK


salam 
wah wah wah
macam-macam aku tengok member-member aku ni
tunang senyap-senyap pun ade...
wohaaaaaaaaaaa

congrate to all my member already engaged
sarina md. sari yang dah bertunang
midy a.k.a azmidi yang dah bertunang
shuhaney md. said yang baru gak bertunang ahad minggu lepas
mek ju a.k.a junira bakar

congrate to all my member already married
nuar a.k.a khairil anwar yang baru je nikah
julia a.k.a ju yang baru jugak nikah

nanti aku gi umah ko ye ochai... insyallah
nak bawak mama yah ngan papa wi sekali.... lalala

TAYAR KENAPA KAU JADI BEGINI...


salam
semoga semua sihat & berbahagia selalu =)

tayar?
buat daripada apa?
tadi aku ade sembang pasal tayar....
ngan jiran aku Ah Seng...
cite pasal overhaul jugak...
jiran aku ni kebetulan mekanik & ade bengkel

korang tau tak?
atau ambik tau tak?

tayar keta yang cepat 'botak'...
bahagian depan atau belakang?
bahagian depan la....
sebab beban enjin kereta...
biasanya tayar depan dah masuk dua kali tukar...
tayar belakang baru je sekali ditukar....
kebiasaannya la..........

tayar motor pulak?
bahagian mane cepat 'botak'?
depan atau belakang?
mestilah bahagian belakang...
sebab berat bawak beban pembonceng...
itu kebiasaanya la........

nanti kita leh la sembang pasal moto & keta pasni... kui3

credit to Ah Seng =)
you should visit my blog lalala....

ROKOK 14 BATANG LAGI SEDAP?


salam
lepak-lepak dengan pakcik-pakcik...
sembang-sembang...

depa kata rokok 14 batang lagi sedap...

sebenarnya memang aku selalu tengok orang beli rokok yang 14 batang sampai 2 kotak.... depa tak beli plak rokok yang 20 batang sekali gus.... huhuhu... 

alasan rokok 14 batang lagi sedap....

satu hari aku gi la kedai... datang satu pakcik kat kaunter... mintak rokok 14 dua kotak... pastu awek jaga kaunter tu tanye... nape pakcik tak beli rokok 20 je sekali gus.... untung sikit... ni beli rokok 14 dua kotak....

pakcik tu jawab.... mane ade orang merokok untung.... (dengan muka selamber je)

aku pun tumpang sengih je la.... hahaha

* aku penah bace yang tembakau tu asal daripada najis syaitan..... saat setan kena humban kuar dari syurga... pastu kena campak kat satu pulau... mase tercampak tu setan tu terberak... dan najis tu la jadi benih tembakau... (aku ade bace kat dalam satu buku asal usul kejadian di dunia... tapi try carik info pasal tu masih tak jumpa lagi... nanti aku jumpa aku share... tajuk buku yang sebenar pun aku tak ingat sangat)

wallahualam...

KREATIF LA BRO!!!






from : Mohd Faizal

TERIMA KASIH LEPAT PISANG

salam
apa khabar semua?
mudahan sihat sentiasa 
(mr.e jugak)

kena tag oleh lepat
anyway thanks ye...


ni 15 blog yang aku selalu lepak:

contact that bloggers
okay aku contact

state 7 things about yourself
1. bukan perokok
2. suka internet
3. ade facebook
4. ade fan lensa hidup kat facebook
5. makan nasi
6. suka membaca
7. pandai naik basikal!!! =)
sekaligus aku terima award daripada lepat jugak

saya suka blog Lepat Pisang kerana....
blog lepat ade anime...
muka lepat tak macam lepat tapi macam pau tengah senyum
lepat penah wat entri khas untuk MissXYZ (atas permintaan)
 
THANK YOU =)

THANK YOU POOH

daripada uglypooh thanks
jom ramai-ramai singgah blog beliau
she is a humble person
nice to know u pooh =)

AWARD FROM AISYA


jom ramai-ramai singgah blog aisya okay...

p/s: bz sket la nak menjawab tag & terima award ape pun tq buat semua yang memberi

06 June 2010

HAPUSKAN WILAYAH ISRAEL DARI PETA DUNIA? BAGAIMANA?


salam
bising...
kecoh...
hangat dari biasa...

ni daripada blog saudara ECHAM pinjam ye bro.... =)

sila klik link di atas.... 
untuk bace artikel penuh tulisan saudara Subky Latif....

Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: 
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad'.

pernah korang semua terfikir?
macam mane liciknya YAHUDI ni nak lalaikan orang ISLAM?
adekan macam-macam benda yang menarik... macam FACEBOOK korang layan sampai subuh.... nanti korang dah ngantuk... so sembayang kat umah je la... tak pegi jemaah kat masjid...

macam-macam GAMES dicipta... bagi lalai... layan sampai subuh.... tak larat nak solat dah.... siaran TV 24jam...   macam-macam perkara yang telah lama diterapkan secara halus... supaya umat ISLAM leka dan lalai.... jadi tak tau la bila agaknya bilangan jemaah solat SUBUH tu akan sama dengan jemaah solat JUMAAT...

apa yang baik datang dari ALLAH yang buruk tu dari aku.... sekadar cebisan ingatan buat kita semua...

wallahualam....


klik -->> RENTETAN PERISTIWA DEMI PERISTIWA DI BUMI PALESTIN
tulisan daripada bro pacifist

BULAN REJAB SIRI 2#


salam


aku dah janji nak ceritakan fadhilat puasa di bulan rejab kan?
okay kali ni aku nak share dengan korang ye...
almaklum tak lame lagi dah nak masuk bulan rejab...

menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w antara fadhilat puasa di bulan rejab:
1. berpuasa sunat rejab 20 hari, diampunkan dosa-dosanya yang lalu
2. berpuasa sunat rejab 19 hari, dibinakan sebuah mahligai di syurga
3. berpuasa sunat rejab 16 hari, akan dapat melihat Allah S.W.T di dalam syurga
4. berpuasa sunat rejab 15 hari, diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut sayidina ali)
5. berpuasa sunat rejab 14 hari, diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut sayidina ali)
6. berpuasa sunat rejab 13 hari, diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut sayidina ali)
7. berpuasa sunat rejab 10 hari, akan diberi dua sayap(kepak) untuk terbang seperti kilat di atas titian siratul mustaqim pada hari kiamat
8. berpuasa sunat rejab 9 hari, akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur & tidak ditolak masuk ke syurga
9. berpuasa sunat rejab 8 hari, akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari kiamat

banyak la kiranya fadhilat yang ade kalau korang puasa sunat dalam bulan rejab... tu pun ade lagi... tapi aku tak larat nak taip... tak ingat sangat pun ye jugak huhuhu...

secara umumnya Allah S.W.T telah menjanjikan akan mengampunkan dosa-dosa kepada mereka yang berpuasa  dalam bulan rejab... dipelihara iman... dan terlepas dari dahaga pada hari kiamat...

bersambung....

wallahualam...

p/s: 27 Rejab adalah hari Israk Mikraj... nanti aku ceritakan jugak sejaarahnya ye...

apakah maksud HILAL?
anak bulan ~

ROMBONGAN CEK MAT KE KOLUMPO


salam
biar foto berbicara









lepas makan basuh pinggan tu...
sangat bagusssssssss

PRINCE OF PERSIA DARI LENSA MATA AKU


salam

memang best... 
PRINCE OF PERSIA
berbaloi-baloi tengok...
tak rugi... ngeeeeee

hero dia berhati mulia walaupun bukan keturunan raja...
adegan lawan-lawan kat padang pasir...
siap pijak unta lagi...
unta pon depa leh bawak berlakon....
dari awal sampai akhir cerita memang lawan-lawan...
compare dengan ARJUNA kat TV3 memang la tak sama...
huhuhu....

sape yang lom tengok silalah pi tengok.... kompem puas hati....

aku minat gak tengok cite NINJA ASSASSIN memang kijam lah!!!
(best kan MR.E? kan? kan? kan?)

p/s: melaka dah penuh dengan manusia mau tengok SUKMA... ohhh

ISRAEL ITU BUKAN IZRAIL

kekejaman ISRAEL sudah lama
baru-baru ni je hangat dicerita
ambil ikhtibar apa jadi pada mereka
supaya kita tidak leka dengan nikmat dunia yang sekejap cuma

cuba bayang...
mereka dibom..
tangan putus... masih dirawat sebagai pesakit luar
kita?
demam selsema je kot... 
tercekik tulang ikan je kot
sakit perut je kot
memang pun dapat rawatan pesakit luar
itu beza kita dan mereka

pergi berlayar jauh nun di sana
bukan mahu raih nama
atau pangkat semata
bukan mahu raih pujian daripada penduduk dunia
HARAP MATLAMAT DI HATI TETAP SAMA
mahu bantu mereka yang seagama
mudahan bisa syahid seperti mereka juga 

p/s: israel itu bukan izrail (malaikat) huhuhu sila faham ejaan =)

KIAMAT TIDAK AKAN TERJADI KECUALI....


salam

satu ingatan ringkas dan mudah...

Dari Anas RA... bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 
"kiamat tidak akan terjadi, kecuali setelah kalimat Allah! Allah! tidak diucapkan lagi." 

ini bererti tiada lagi:
kalimah azan (kerana di dalam azan itu menyebut kalimah Allah) dan perkara yang sewaktu dengannya dalam erti kata lain tiada lagi mereka yang beriman.... kerana itu saat berlakunya kiamat kejadiannya amat dahsyat... sehinggakan mereka yang melihatnya berasa pelik.... (kerana mereka tidak beriman - mereka yang beriman mestilah beriman kepada hari kiamat... dan suasana hari kiamat juga telah dikhabarkan di dalam al-quran)

wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...