GENG LENSA HIDUP

25 January 2016

BAGAIMANA FILEM STAR WARS DIHASILKAN SEBELUM KEWUJUDAN CGI







CGI - Computer Generated Imagery

sebelum kewujudan teknologi CGI dalam industri perfileman, mereka menggunakan tenaga pelukis profesional.... 

fuhh hebat la pelukisnya... bukan calang-calang orang yang boleh buat macam ni...
sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih...

sumber: facebook

24 January 2016

EVOLUSI SUAMI ISTERI


ahahaha

okay ini gambar we all...

yang bawah tu gambar masa belum kawin lagi... yang atas tu lepas 3 tahun kawin...

next time nak snap gambar dah 6 tahun kawin...

haha... ramai yang cakap muka aku ngan husband mirip-mirip...
aku tak pasti la mirip tang mana...

haha

okay ni entri suka-suka je... nanti dah tua boleh la anak-anak aku tengok koleksi entri aku ni kan... =D



22 January 2016

PRODUK QU PUTEH MENGANDUNGI MERKURI






Assalammualaikum
Semoga sihat...

Perkongsian ini adalah daripada facebook KKM...

Isu disini... sangat banyak produk kecantikan di Malaysia yang merbahaya dan berkualiti rendah selain beracun...

Ini bukan isu melayu dengki melayu...
Atau pantang tengok melayu kaya...

Isunya disini hasilkan sesuatu yang bermanfaat dan tidak merosakkan orang lain... 

Bukan sekadar nak untung juta-juta tanpa fikirkan orang lain...

Jadilah pengguna yang bijak bukan sekadar kemaruk nak putih =)

Maaf sekali lagi... jika ada yang tersinggung...

Wassalam


15 January 2016

ANTARA NAJIB DAN RAZAK: IBARAT KUAH TUMPAH KE LANTAI



Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu...

Pepatah yang biasa kita dengar adalah 'mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi' tetapi kadang kala kuah tumpah juga ke lantai...

Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan antara Najib dan Razak...

Beberapa hari kebelakangan ni acapkali disebut-sebut jasa Tun Razak... ya banyak sekali jasa almarhum... dalam mensejahterakan Malaysia... bila dikenangkan...

Selain sikap si isteri Tun Rahah... yang tidak sewenangnya boleh menggunakan harta negara untuk kepentingan peribadi... biarpun mereka daripada golongan berada...

Biarpun begitu... kuah yang ada tidaklah tumpah ke nasi... malangnya kuah telah tumpah ke lantai...

Ia... kuah yang tumpah ke lantai tidak lah berguna lagi... hanya perlu dibersihkan segera...

Haaa itulah perumpamaan antara Najib  dan Razak... kuah bila tumpah ke nasi rasanya enak... dan bila tumpah ke lantai... paham-paham je lah....


Jangan marah ha...


10 January 2016

5 TIPS UNTUK ANAK BERMASALAH


Tips untuk anak bermasalah....
untuk berhadapan dengan anak yang menghadapi masalah:
1) Lambat menulis:
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh anak lompat bintang di atas tilam tersebut.
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...
2) Anak Pelat:
Penyelesaian: Suruh anak bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu anak menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa anak untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.
3) Anak lambat bercakap.
Penyelesaian: Minta anak melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid
4) Anak yang mempunyai tulisan buruk:
Penyelesaian: Beri anak pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh anak.
5) Anak hiperaktif
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan anak tersebut.
Sebab: Anak hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan anak tersebut.

Boleh cuba.

07 January 2016

LARANGAN PENJUALAN VITAMIN C OLEH KKM

Larangan penjualan vitamin c dalam bentuk sunikan iaitu Laroscorbine...

Hati-hati jika ada jumpa sila laporkan segera kepada Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM)

5 TIPS MUDAH ATASI ANAK KETAGIHAN GADGET

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat...

Anak-anak hari ini seringkali dimanjakan dengan smart phone dan tablet... sejak dari bayi lagi mereka sudah didedahkan dengan smart phone dan tablet...

Keadaan semakin meruncing bila anak mula mengamuk... tatkala smart phone atau tablet diambil daripada mereka...

Jadi ibu bapa terpaksa mengikut kehendak anak... sepatutnya anak lah yang mendengar kata ibu bapa ini dah terbalik pula....

Yesss...
Dulu anak aku yang sulung pun pernah ketagih tablet dan smart phone... masa tu mama guna samsung tab, ayahnya guna iphone dan ayahnya ada belikan atoknya ipad... persekitaran yang dipenuhi manusia yang menggunakan gadget... he3

Walaupun anak aku bukan ketagihan teruk... tapi tetap juga menangis bila diambil tab dari tangannya dan sering meminta tab dari mama...

Seawal usia 1 tahun lebih dah tau buka youtube... bukan kerana tahu membaca... hanya dengan mengingati bentuk icon youtube... dan mengecam beberapa imej penting... kemudian sentuh dan buka... mudah kan?

Akhirnya kami memilih untuk menyekat penggunaan gadget pada anak-anak... kerana kesannya sangat buruk... antaranya kesan radiasi daripada gadjet tu sendiri, selain boleh merosakkan saraf di bahagian mata... anak tidak reti bergaul... dan pelbagai lagi masalah...

Dekat sini aku nak kongsikan bagaimana anda boleh hentikan ketagihan gadjet pada anak-anak dengan beberapa langkah mudah...

1. Letak password di setiap gadjet.
Pastikan setiap gadjet diletakkan password. Ubah kata laluan mengikut keadaan... sudah pasti anak-anak anda tak dapat mengakses gadjet anda...

2. Hati mesti kering
Hati kena tahan... mungkin pada permulaan anak anda akan tantrum... kerana tak dapat barang kesukaan mereka. Tak pe biarkan je...

3. Gantikan dengan educational toy
Pepandai la korang gantikan dengan educational toys untuk anak-anak korang... tak de la diaorang jadi bosan... ini salah satu cara untuk alihkan perhatian anak-anak

4. Tunjukkan contoh anda juga bukanlah ketagihan gadget
Depan anak-anak tak payahlah sibuk hadap wasap ke.... jika kita sudah tunjukan contoh yang elok... semestinya anak bakal mengikut...

5. Ajak mereka lakukan aktiviti yang lebih bermanfaat
Ajak anak-anak melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca, menulis, bersukan... bergurau senda... pasti mereka sedikit demi sedikit akan lupa pada gadjet...

pokok pangkalnya dalam mengatasi masalah ketagihan gadjet di kalangan anak-anak... ibu bapa perlulah lebih kreatif dan bijak menawan hati anak-anak supaya mereka sukakan pelbagai aktiviti selain hanya mengadap gadjet... 

sekian. bertemu lagi di lain entri...

Budak ni la dulu yang kemaruk gadjet. Tapi sekarang dah ok... sehari tak hadap hp pun tak pe je... hi3








04 January 2016

RANGSANGAN UNTUK ANAK-ANAK


Assalammualaikum

Semoga semuanya sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T

Anak-anak adalah anugerah daripada Allah... ia seperti kain putih ibu bapa yang perlu mencorakkan mereka. Kerana ibu bapa adalah insan yang paling banyak masa bersama anak-anak...

Di sekolah guru hanya membantu... dan jangan diharapkan 100% daripada guru kerana guru perlu memberi perhatian kepada lebih ramai murid biasanya sekitar 30 orang untuk satu kelas...

Jadi sebaik-baiknya ransanglah anak anda sejak mereka lahir ke dunia... melalui sentuhan kulit ke kulit... pandangan mata... perbualan dengan bayi... zikrullah dan pelbagai lagi...

Biarpun seperti kita sahaja yang berinteraksi... hakikatnya bayi boleh merakam dan merasai semua itu... jadi rangsanglah mereka seawal mungkin dan sejajar dengan peningkatan usia mereka...

Boleh belikan mereka buku, flash card sebagai bahan bantu... selain permainan yang merangsang minda, koordinasi mata dan lain-lain lagi...

Seperti blok berwarna-warni, alat muzik, rakaman zikir dan al quran...

Bacakan mereka buku... ajak mereka mengenal pasti bentuk dan objek... biarkan mereka menyentuh, merasa... ajar mereka kenali rasa manis, masam, pahit, pedas...

Ajar mereka mengayuh basikal... melompat... buat bersama-sama mereka... rangsangan tidak semestinya bersifat ilmiah sahaja... 

Rangsang mereka untuk berdikari... suap makan sendiri... menuang minuman kegemaran mereka... 

Biar mereka bermain buaian... bermain bola... bawa mereka melihat sendiri pokok... burung, gajah, sungai... dan lain-lain (real things) bukan sekadar melalui gambar atau video sahaja...

Semestinya itu semua pengalaman mengasyikan bagi anak-anak...

Pasti mereka akan ingat dan gembira... selain dapat belajar ia menguatkan lagi ikatan ibu bapa dan anak-anak...





Ahmad dan alisha belajar menguli, memotong doh, mencanai doh dan mencetak donat...

Nu'man suka tengok buku

Main air

Terapung

Bermain dengan blok warna warni dan huruf pelbagai warna

Alisha belajar mengenal huruf dan nombor



Belajar mengira dan menulis nombor dalam urutan menurun

Ahmad lukis gambar mama ohhh sedih hahaha

Kerusi jadi terowong hahaha

Rangsang anak anda seawal mungkin...
Kerana usia 0-6 tahun adalah waktu yang sangat berharga buat mereka...

Berikan juga mereka makanan yang berkhasiat... semoga anak-anak kita membesar dengan sihat dan kuat juga mampu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... 

Sekian...

Nota: aku ada 3 orang anak. anak sulung 4 tahun 5 bulan, kedua 2 tahun 9 bulan dan ketiga 7 bulan...

02 January 2016

LOKASI PERCUTIAN BAJET PINGGIR KOTA






bermula dengan harga RM75/ night

Alamat penuh dfini cottage
Lot 2938, Lorong Haji Rahmat off Lorong Melati, Bukit Rahman Putra, Kuang Sg. Buluh Selangor

Nombor telefon untuk dihubungi
0123292945


01 January 2016

KISAH TAUKE 99SPEEDMART


Anda tak kenal Lee Thiam Wah tak mengapa. Anda kenal 99Speedmart kan?
Ada orang kata, OKU Orang Kurang Upaya. Ada orang kata, OKU Orang Kelainan Upaya. Apa yang pasti, Lee Thiam Wah ialah seorang OKU. Dia yang dilahirkan pada tahun 1964 diserang polio sewaktu kecil dan hilang kaki. Kini, beliau hanya berkerusi roda.
Ayahnya seorang buruh pembinaan. Ibunya penjaja. Dia ada 11 orang adik beradik. Oleh kerana keluarga miskin, Lee hanya bersekolah setakat darjah enam.
Sewaktu kecil, emaknya selalu bertanya, "Kamu cacat dan tidak bersekolah tinggi. Sekiranya kamu tidak bekerja keras, apa akan jadi dengan kamu?"
Sebagai OKU, Lee tidak ada pilihan. Dia menjual makanan ringan di pinggir jalan. Pada usia 23 tahun, dia dapat mengumpulkan RM5,000 dan itu jadi modal untuk dia buka sebuah kedai runcit di Klang.
Pada tahun 1992, dia menjual kedai runcit itu pada harga RM88,000 dan itu menjadi modal untuk dia buka pasar mini pertama.
Pada tahun 1999, dia menukar nama kedai menjadi 99Speedmart. Di peringkat awal, pasar mininya hanya berkembang di Klang dan mensasarkan pelanggan berpendapatan rendah dan pekerja warga asing. Tagline yang digunakan, "Dekat lagi murah." Hari ini, Lee memiliki 350 buah pasar mini 99Speedmart di seluruh negara.
Satu perkara yang menarik, Lee bukan saja OKU yang kini jadi Raja Pasar Mini, tetapi dia membesarkan operasi perniagaan melalui jualan, bukan hutang.
Sekiranya Lee yang duduk di atas kerusi roda boleh memiliki empayar perniagaan runcit, apa lagi alasan untuk kita tidak berusaha?

RESEPI SOS PENCICAH THAI


sos pencicah Thai ini amat lazat sekiranya digunakan untuk cicah, bebola ikan rebus/goreng, ppopia goreng, cucur udang, ayam goreng, ayam bakar, ikan goreng atau pun sayur sayuran. Ia mudah untuk dibuat sendiri dan boleh simpan dlam botol di peti sejuk anda untuk kegunaan.
RESEPI SOS PENCICAH THAI:
BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
3 ulas bawang putih dikopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4 cawan cuka.
1/2 sudu besar (tbsp) garam.
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba

BAJU KURUNG 20 HELAI RM100 JE!


Assalammualaikum

semoga tahun baru ini semuanya sihat...

seorang pengguna laman sosial berkongsi kisah beliau dapat shopping baju kurung dah siap dengan harga murah... wow!!!

orang perempuan gerenti teruja...

berdasarkan gambar tersebut tu plastik Jakel... almaklum lah aku pun suka shopping kat Jakel ni... masuk Jakel niat nak beli kain ela sepasang je.... sekali keluar terbeli 4 pasang pulak haha... sabo je la husband aku tengok...

seperti biasa... Jakel kan selalu buat jualan cuci gudang nak bagi habiskan kain-kain lama...sebab nak masuk stok baru... he3...

apa pun berhati-hati ketika berbelanja...

wassalam

TOPIK APA YANG BAKAL MENINGKAT DALAM CARIAN GOOGLE PADA 2016

Assalammualaikum

pertama sekali aku nak ucapkan selamat tahun baru...

semoga kita semua dalam rahmatNya... untuk memastikan entri kita popular dalam carian google... pastikan entri anda menepati citarasa pengguna internet semasa...

jika semakin hampir musim cuti pasti carian mengenai lokasi percutian lebih tinggi... jika musim keputusan SPM nak keluar pasti ramai yang mencari kisah hala tuju selepas SPM...

jadi sebagai blogger... kita kena lebih peka dengan kehendak semasa... dan sentiasa berkongsi kisah dan entri yang menarik untuk memastikan pembaca akan datang kembali membaca blog anda.

bagi tahun 2016 ini... antara kata kunci dan topik yang boleh anda tulis dan kongsikan adalah mengenai...

1. resepi masakan ringkas
dek kerana keadaan ekonomi yang agak mencengkam... sudah pasti ramai ibu-ibu bekerja ingin menjimatkan kos perbelanjaan. pastinya mereka akan curi masa untuk masak di rumah... so entri mengenai menu ringkas dan sihat adalah satu topik yang bakal dicari pada 2016 ini...

2. tips dan cara menambahkan pendapatan sampingan
memandangkan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat... sudah pastinya lebih ramai yang memilih untuk mencari dan menambahkan pendapatan sampingan... seperti menjadi egen dropship, berniaga di atas talian dan pelbagai lagi cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

3. lokasi percutian unik
selain itu rakyat malaysia yang sejak kebelakangan ini semakin gemar bercuti dan berlibur di lokasi unik dalam atau luar negara... carian mengenainya memang sangat tinggi... dan penduduk negara luar juga suka mencari lokasi percutian unik di Malaysia... so boleh lah banyakan entri mengenainya.

4. gosip artis tempatan, luar negara dan kisah politik Malaysia
ini sememangnya menjadi carian utama kerana rakyat malaysia melayu khususnya memang sukakan gosip haha... sebab tu laman Beautiful Nara boleh hidup subur... selain rakyat malaysia yang suka berbicara mengenai pemimpin-pemimpin politik yang macam-macam ragam.

5. topik keibubapaan
al maklum lah kesedaran ibu dan bapa sejak adanya media sosial ni semakin menjadi-jadi... nak buat home birth lah, water birth lah... anti vaksin lah... natural food lah... dan pelbagai lagi tips dan ilmu keibubapaan yang sering dicari melalui google search...

ini antara garis panduannya... sebenarnya banyak lagi topik-topik menarik yang boleh anda bincangkan dan tulis sebagai entri... kongsikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain...

selamat tahun baru 2016
1:25 pagi
1/1/2016

entri pertama pada tahun ini.... sekian


31 December 2015

HARGA BARU PETROL JANUARI 2016

Sumber: malaysiakini

Terdapat pengurangan harga bagi bahan bakar pada awal 2016...

Semoga bermanfaat...

Selamat tahun baru!

HARGA PAKEJ HAJI DAN UMRAH 2016


Nampaknya Tabung Haji masih kekalkan harganya pada 2016 untuk mereka yang ingin menunaikan haji... cuma pakej haji dan umrah swasta je ade peningkatan harga...

Selamat Tahun Baru!

DAH PERGI HAJI TAPI TAK SOLAT JUMAAT


Baru saja nak duduk di kerusi kedai makan, tiba-tiba ada orang kata, "Kata dah pergi haji tapi tak solat Jumaat."
Saya menoleh kepada beliau. Ingatkan dia bercakap tentang saya. Rupa-rupanya dia bercakap tentang seorang kenalan.
Oleh kerana saya kenal mereka, maka saya bertanya, "Kenapa dia tak solat Jumaat?"
Barulah saya tahu kenalan tersebut bermusafir dari Kodiang ke Kuala Lumpur.
Saya kata, "Kalau dia bermusafir, boleh jamak dan qasar. Solat Jumaat tak wajib."
Dia jawab, bukan susah sangat pun nak solat Jumaat.
Saya kata, ini bukan soal susah atau senang. Ini soal keringanan yang Allah swt berikan. Islam bukan susah, kita yang menyusahkan.
Kalau hukum kata boleh jamak dan qasar, buat sajalah.
Ini samalah dengan orang kita yang bersungguh-sungguh nak Malaysia Airlines pasang CD baca doa bermusafir sebelum terbang seperti yang dilakukan oleh Royal Brunei Airlines.
Baca sajalah doa bermusafir sendirian sebelum terbang. Sama seperti kita baca doa makan di dalam pesawat. Ada kita baca doa makan ramai-ramai?
Ada kita baca doa ramai-ramai apabila nak tidur di dalam kapalterbang? Ada kita baca doa ramai-ramai apabila kita nak masuk tandas di dalam kapalterbang?
Kalau nak sangat baca doa beramai-ramai sebelum terbang, saya nak tanya sikit. Adakah kita berdoa beramai-ramai sebelum kita bawa kereta? Adakah kita baca doa dan minta semua penumpang angkat tangan sebelum kita start enjin kereta?
Kita suka sangat buat perkara yang akhirnya kelihatan susah dan menjadikan orang lain tidak gembira.
Islam mudah. Apabila hukum tak wajib, tak usah kita nak buat hukum baru. Cuma, kalau kita nak solat Jumaat walaupun bermusafir, silakan.
Semalam, saya solat Jumaat di Masjid Batu Empat, Jalan Changloon apabila balik kampung. Selepas solat Jumaat, saya jamak dan qasar solat Asar.
Buatlah. Cuma usah paksakan apa yang kita buat itu kepada orang lain.

facebook: Norizan bin Sharif

30 December 2015

PEMILIK KEDAI TAYAR TUNAI SOLAT BERJEMAAH BERSAMA PEKERJA






petikan daripada facebook saudara Syed Hafidzuddin... ketika beliau mengunjungi sebuah kedai tayar...

"semalam ada buat urusan tukar tayar di sebuah kedai tayar ni. servis bagus, harga berpatutan dan ada air percuma. hehe. surau pon disediakan untuk pelanggan. tapi part yang paling best bila masuk waktu solat. owner kedai sendiri yang azan dan semua pekerja berhenti buat kerja. semua solat berjamaah. dapat juga solat asar berjamaah bersama dengan mereka. respect!

kedai tayar ni terletak di antara taman baiduri dan taman d' utama, lebuhraya sultan iskandar dari nusajaya menghala ke bandaraya johor bahru."

semoga kedai ni terus maju dan berjaya!

jom beri sokongan kepada mereka... mereka yang berdekatan bolehlah singgah tukar tayar!!!

10 FAKTA KEREPEK PISANG YANG ANDA TIDAK TAHU


"Ala, buat bisnes kerepek pisang saja, tak ada class-lah!" kata seorang Hamba Allah kepada saya. Cari bisnes lainlah, katanya lagi.
Saya diam, tak tahu nak jawab. Saya bukan pakar kerepek pisang. Maka, saya buat carian internet. Ini yang saya temui:
(1) Filipina ialah negara pengeksport pisang kedua terbesar di dunia, selepas Ecuador, diikuti India, China dan Brazil. Tiga dari lima negara ini terletak di Asia.
(2) Pada tahun 2013, Filipina menghantar 7.047 tan metrik pisang ke California, menjadikannya negara Asia pertama mengeksport pisang ke Amerika Syarikat.
(3) 35% pisang yang ditanam di Mindanao diproses menjadi kerepek pisang.
(4) Permintaan untuk eksport kerepek pisang dari Filipina meningkat sebanyak 15% sejak tahun 2009.
(5) Terdapat 41 pengeluar kerepek pisang di Filipina dan mereka mengekport ke pasaran Amerika Syarikat, Germany, United Kingdom, Jepun dan Singapura. Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah adalah pengimport terbesar kerepek pisang.
(6) Pengilang kerepek pisang besar di Filipina mengeluarkan sekitar 20 hingga 60 tan sehari, manakala pengeluar kecil, sekitar 4 tan setahun.
(7) 15% dari keseluruhan eksport kerepek pisang Filipina adalah ke Jepun.
(8) Ladang pisang menyediakan lebih 200,000 peluang pekerjaan di Mindanao.
(9) Jualan kerepek pisang dunia meningkat sebanyak 4.6% dari 1,925,000 tan (2010) kepada 2,010,00 (2011).
(10) 97% kerepek pisang Malaysia dipasarkan dalam negara, hanya 3% dieksport ke luar negeri.

7 CARA MENGATASI ANAK ENGGAN KE SEKOLAH



Anak yang enggan ke sekolah adalah suatu masalah yang normal yang sering dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa, terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk sekolah (Sekolah Pra mahupun Darjah satu)
Banyak sebab menjadi punca kepada masalah ini. Mungkin kerana anak merasa takut atau tertekan untuk datang ke sekolah, hal ini akan memberi kesan kepada si anak.
Kadang-kadang kita mengambil ringan tentang tekanan yang dihadapi oleh anak ini. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi kanak-kanak tersebut, bahkan mampu menjejaskan sistem tubuh anak seperti selalu mengalami sakit kepala dan sakit perut.
Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Contohnya tidak suka pada guru yang garang, dibuli rakan, takut berpisah dengan ibu dan sebagainya.
Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya.
ANTARA LANGKAH YANG BOLEH KITA LAKUKAN DALAM MENANGANI MASALAH ANAK TIDAK MAHU KE SEKOLAH ADALAH:
1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya..
2. Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.
3. Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.
4. Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.
5. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.
6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.
Mungkin juga dia tidak suka pakaian sekolahnya yang tidak selesa. Tudung yang panas
7. Sebagai ibu bapa, banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.
PENUTUP
Sekiranya anak terus meragam, sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.
Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...