GENG LENSA HIDUP

19 May 2015

SIRI TV POPULAR CSI BAKAL BERAKHIR SELEPAS 16 TAHUN


LOS ANGELES, 18 MEI 2015: Drama bersiri TV penyiasatan popular, CSI: Crime Scene Investigation bakal berakhir pada penghujung musim ke-15 yang sedang ditayangkan kini, menurut satu pengumuman dari pihak CBS.
CSI adalah salah satu siri TV yang paling banyak mencipta fenomena bagi tempoh sedekad yang lalu, di mana ianya berkisar mengenai para penyiasat lokasi jenayah, berusaha menyelesaikan kes pembunuhan.
Kini selepas 16 tahun bersiaran, ianya akan berakhir diikuti filem istimewa bagi menyimpulkan jalan ceritanya.
Filem khas itu akan disiarkan pada 27 September 2015 di Amerika Syarikat dan dikhabarkan berdurasi dua jam.
Filem ‘perpisahan’ itu akan turut akan menampilkan para pelakon asal seperti William Petersen dan Marg Helgenberger.
Para peminat CSI berpeluang menyaksikan penyelia terdahulu kumpulan CSI iaitu Gil Grissom dan pembantunya, Catherine Willows beraksi semula selepas meninggalkan siri itu beberapa tahun lalu.
William Petersen menjadi peneraju siri CSI pada sembilan musim awal sebelum diambil alih Marg Helgenberger sehingga musim ke-12.
“Sememangnya kami amat bersedih dengan keputusan ini,” ujar Nina Tassler, Pengerusi CBS Entertainment dalam kenyataan rasmi laman syarikat itu.
Drama ikonik ini mempunyai 3 siri spinoff dalam tempoh 16 tahun. CSI: Miami bertahan sehingga musim ke-10, CSI: NY (9 Musim) dan CSI: Cyber mula ditayangkan pada Mac tahun ini.
CSI pernah dinobatkan sebagai salah satu drama siri paling popular dengan jumlah penonton melebihi 73.8 juta di seluruh dunia. Pada tahun 2012, CSI diangkat sebagai siri televisyen paling popular di dunia buat kali kelima di Festival Televisyen Monte-Carlo.

18 May 2015

TANDA KEGUGURAN PADA TRIMESTER PERTAMA


Ini adalah topik yang agak menyedihkan, namun adalah baik untuk mengetahuinya jika anda bimbang bahawa anda mengalami keguguran.


Apa yang menyebabkan keguguran?
.
Terdapat beberapa sebab yang berbeza berkaitan keguguran. Ia boleh jadi pengaruh luar yang benar­benar memberi kesan pada bayi. Ini boleh menjadi perkara­perkara seperti kemalangan kereta yang teruk, berlebihan ubat bukan preskripsi atau dadah haram, dan minuman beralkohol yang berlebihan.
.
Sebab lain ialah ovum yang rosak di mana embrio tidak berkembang di peringkat awal kehamilan. Ini biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima minggu pertama kehamilan. Mungkin juga disebabkan kecacatan ovum, beberapa penyakit, kehamilan kimia, dan serviks yang tidak kompeten (weakened cervix)
.
Tanda Keguguran Pada Trimester Pertama
Berikut adalah tanda-­tanda anda mungkin mengalami keguguran pada trimester pertama. Jika anda mendapati mana­-mana, hubungi doktor anda dengan segera.
.
# Pendarahan berlebihan sehingga penuh darah pada pad dalam masa kurang daripada tiga hingga empat jam.
.
# Sakit belakang dan kadang­-kadang ini diikuti dengan pendarahan dari rahim.
.
# Kekejangan abdomen yang menyebabkan sukar untuk berjalan atau meneruskan aktiviti harian biasa.
.
# Kehilangan gejala kehamilan. Ini bermakna jika anda mengalami loya dan sakit payudara sebelum ini dan gejala itu berhenti pada masa yang sama.
.
# Keluar darah beku. Jika darah beku anda adalah saiz duit syiling, maka anda perlu hubungi doktor dengan segera. Beliau mungkin mahu melihat darah beku. Biasanya darah beku akan kelihatan merah gelap



17 May 2015

MAKANAN TAMBAH DARAH UNTUK IBU HAMIL

Pernahkah anda dengar tentang anemia semasa hamil? Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Akan tetapi, kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia, haemoglobin, zat besi, dan yang seangkatan dengannya..

Anemia ni boleh menyebabkan kelahiran pramatang tau. Ibu hamil yang mengidap anemia sering berasa letih dan lemah. Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (HB) di dalam darah berkurangan. Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-180 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah hemoglobin sebelum dan semasa hamil adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.
Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia.


Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya. Oleh yang demikian, ibu hamil perlu mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalam jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.

Antara makanan yang dicadangkan untuk pengidap anemia.
1. Daging Merah
Daging merah mengandungi zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perluu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain.

2. Brokoli
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan

3. Bayam
Bayam merupakan makanan paling baik di kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah atau hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia

4. Pisang
Pengambilan 2 biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru

5. Kekacang
Kekacang adalah satu sumber untuk mencegah anemia. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan

6. Hati
Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati yang terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak

7. Kerang
Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan

8. Telur
Bahagian kuning telur mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan pengidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah

9. Oat
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.

10. Buah Delima
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

11. Madu
Pastikan anda mengambil madu dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan

12. Kurma
Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.

13. Kismis
Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat snek sebagai snek harian dan didklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.

Disamping itu juga, perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
kalau boleh elakkan ambil makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh mengganggu penyerapan zat besi, oleh itu ibu hamil disarankan ambil kalsium sebelum tidur. Elakkan minum susu sejam sebelum atau selepas ambil apa-apa vitamin, kerana ianya akan mengganggu penyerapan vitamin.

Penting bagi ibu hamil mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Oleh itu, ibu-ibu hamil haruslah menjaga diri, menjaga pemakanan bagi mencegah anemia.


WAKTU SUBUR LELAKI

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

Seperti yang kita tahu wanita mempunyai waktu suburnya iaitu dalam linkungan 14 hari selepas datang hari haid yang pertama.Pada ketika itu ovum dirembeskan dan bercantum dengan sperma dan seterusnya menempel di uterus (rahim). Jika wanita itu ’bersama’ suami diluar waktu suburnya, memang mustahil kehamilan akan berlaku.
Kaum lelaki juga mempunyai waktu suburnya tersendiri. Bukan keluarnya darah dari mana-mana bahagian lelaki tetapi ia berkaitan dengan suhu. Sperma iaitu sel pembiakkan lelaki amat peka dengan perubahan suhu. Suhu yang tinggi mampu membunuh sperma dan suhu yang rendah mampu mengaktifkan sperma. kesimpulannya disini adalah waktu yang paling subur bagi lelaki adalah pada waktu pagi, 4.00-6.00 pagi. Ini kerana pada waktu pagi suhu persekitaran amat dingin dan sejuk sekali. Maka jika anda mahukan cahaya mata, jangan lepaskan peluang di waktu pagi.

PEKERJA KFC CUCI AYAM ATAS LANTAI



Sebuah video yang memaparkan dua orang pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) mencuci ayam di atas lantai dimuat naik di lamanYouTube dan tersebar meluas di laman sosial.

Insiden itu dipercayai berlaku di KFC Braamfontein yang terletak di Afrika Selatan.

Rakaman video jelas memperlihat salah seorang pekerja terbabit membaling daging ayam mentah ke lantai dan menyiramnya dengan air paip sambil diperhatikan oleh rakan sekerjanya.

Video berdurasi 1 minit 59 saat itu dimuat naik pada 8 Mei lalu dan sehingga kini mencapai tontonan melebihi 338 ribu.

Premis KFC tersebut sebelum ini dilaporkan telah ditutup sementara pihak KFC Afrika Selatan menjalankan siasatan.

Namun hasil siasatan awal mendapati, ayam-ayam yang dicampakkan ke lantai oleh dua pekerja terbabit merupakan ayam yang tidak dijual kepada pelanggan KFC.

SUMBER: MLP

p/s: dah kalau tak jual kat customer wat pe pulak gi cuci? mencurigakan seyhhhh =P

5 TIPS PUASA SEMASA HAMIL

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... hamil di bulan ramadhan bukan lah satu halangan untuk anda tidak berpuasa... sebaliknya situasi ini lebih meningkatkan kesabaran anda... apa pun terpulang pada individu itu sendiri... kerana ISlam tidak membebankan insan yang lemah... =)

1. Bersenam
Haa dah lah puasa orang nak jimat tenaga lagi nak suruh habiskan tenaga ke? hihi. Ok bukan macam tu. Walaupun puasa, ibu hamil masih boleh buat senaman ringan.

2. Tidur
Untuk kekal cergas, lebih peka, bertenaga dan bersemangat, wanita mengandung mesti dapatkan rehat yang betul-betul cukup. Ikut kajian, kita perlu tidur 8-9 jam sehari untuk rehat secukupnya. Tapi zaman moden sekarang, kebanyakan orang tidur 6 jam saja sehari. Jangan paksa diri kalau letih. Ibu hamil kena banyak berehat.


3. Pemakanan Sihat
Makanan dapat memberikan tenaga kepada badan. Amalkan makan makanan yang menyihatkan dan mengandungi nutrien yang berfaedah kepada tubuh. Brokoli mengandungi beta carotene dan Vitamin C untuk beri rasa lebih bertenaga. Buah blueberries pula mempunyai antioksidan untuk merangsang otak.


4. Ketenangan Fikiran
Mempunyai akal fikiran dan emosi yang tenang adalah sangat penting masa hamil. Ini dapat mempengaruhi kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Ada beberapa cara untuk tingkatkan keseimbangan emosi dan fikiran.


5. Yakin
Tak perlu terlalu bimbang mengenai kandungan. Yakinlah yang Allah S.W.T akan menjaga kandungan anda. Selain itu puasa juga merupakan latihan dan rangsangan rohani untuk bayi dalam kandungan untuk lebih sabar, tabah dan taat. Semoga anak yang bakal lahir itu akan menjadi insan yang soleh dan solehah.


TAMPARAN HEBAT BUAT SELAT MELAKA




jika ini benar... adakah ia akan menjejaskan keadaan ekonomi selepas ni?

sekian

16 May 2015

5 HANTU YANG MENGHANTUI ZAMAN KANAK-KANAK ANDA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...
hantu... sering dijadikan medium untuk menakutkan kanak-kanak... tetapi hakikatnya... itu semua adalah cara yang salah... hingga menjadikan hantu seperti terlalu hebat dan dahsyat sehingga perlu terlalu ditakuti...

jom kita usyar apakah hantu yang popular di zaman kanak-kanak dulu...

1. Hantu Tetek

hantu yang paling popular di kalangan kanak-kanak yang suka main hingga maghrib, atau suka main sorok-sorok masa dah nak maghrib... alasan paling popular mak-mak... "main maghrib-maghrib nanti kena sorok hantu tetek"


2. Hantu Susu

hahaha... kenapa ye hantu susu... sebab menurut ceritanya hantu susu ni suka minta susu untuk anak yang sedang dalam dukungannya... padahal anak itu adalah 'batu nisan'


3. Hantu Stokin

menurut cerita mak aku masa zaman dulu... pada mula-mula era orang ada kesedaran menutup aurat.... maka ada la yang sudah sedar yang kaki juga perlu dilindungi dan menjadi aurat buat wanita. ketika zaman tu jugalah munculnya kisah hantu stokin. sejauh mana wujud atau tidak... wallahua'lam...


4. Hantu Lilin

haha sape pernah dengar mengenai hantu lilin? hantu yang dikatakan akan muncul masa orang nak ambik gambar... aku pun tak faham kenapa dipanggil hantu lilin... hehe


5. Hantu Purdah

wahhhh ini hantu paling glamour pada era kemunculannya... macam-macam versi ada mengenai hantu purdah ni... hantu purdah ni naik kancil merah la... dia akan isap darah anak dara sunti lah... yang asal usul nya dikatakan... melanggar pantang larang orang pakai susuk hinggakan mukanya jadi hodoh... dan terpaksa cari 40 orang anak dara sunti dan dihisap darahnya... yang kelakar siap masuk paper metro... cerita kisah hantu purdah ni haha... front page gitu...

tapi masa tu pun aku takut jugak dengar cite hantu purdah ni... kelakar je bila diingat balik.... hari-hari gi sekolah mesti akan gosip dengan classmate cite hantu ni... 

p/s: dalam banyak-banyak hantu ni aku paling seram hantu purdah... tapi bila dikenangkan balik.... memang tak masuk akal... haha =P

15 May 2015

TAHNIAH: ISTERI ASHRAF MUSLIM HAMIL ANAK KEDUA


Tahniah diucapkan kepada Ashraf Muslim dan isteri Wan Sakinah kerana bakal menimang cahaya mata yang kedua. Ramai pengikut Wan Sakinah di instagram mengucapkan tahniah di laman instagram beliau. Jelas kelihatan baby bump Wan Sakinah dalam gambar yang dimuatnaik oleh rakan beliau.
Bersama kita doakan agar kelahiran anak kedua Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah ini dipermudahkan dan doakan juga isteri pertama akan hamil dalam masa terdekat.
Ashraf Muslim berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dengan Wan Sakinah pada tahun 2013. Perkahwinan dengan Wan Sakinah menimbulkan kontroversi kerana tidak diketahui oleh Noor Dayana sebelum ini bagaimanapun keduanya telah berbaik selepas itu. Anak pertama Ashraf dan Sakinah bernama Sarah Ashraf kini berusia setahun lebih.

SENARAI NASI KANDAR PALING BEST DI PENANG


SENARAI NASI KANDAR PALING BEST DI PENANG:
Pagi
1. Jelutong (Nasi kandar Ali Amir) - Jalan Jelutong off Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kampungg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jalan Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jalan Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yang jual - kakak) orang panggil nasi kandar daud
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jalan Bayan Lepas - dekat dengan simpang Jalan Garuda)

Tengahari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jalan Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abang arwah Malik - Jalan Bayan Lepas - dekat dengan simpang Jalan Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)

Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yang jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jalan Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = macam nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)

-Restoran Deen 24jam (Jalan Jelutong sebelah &-Eleven - yang ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)
-Line Clear - rasa tak menentu, kekadang rempahnya rasa maung tak ditumis betul
-Cargas Cafe (Bayan Lepas) - cuma terkenal dikalangan pekerja kilang (katogeri "bole makan")
nasik kandar kampung melayu rasanya lain sikit dari nasi kandar kedai lain..especially daging nye...
Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar

Pagi
1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jalan Jelutong off Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim)
- ayam ros, daging, sotong & udang (udang besar dijual pada harga yang agak murah)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
- daging tempatan, sotong, ayam kicap madu.
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jalan Utama)
- daging, gulai ikan.
4. Rahman (4.00pagi - Jalan Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
- daging, ayam goreng bawang (kali terakhir makan ayamnya dah tak sedap)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yang jual - kakak)
- daging cincang
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jalan Bayan Lepas - dekat dengan simpang Jalan Garuda)
- daging cincang, ayam goreng bawang

Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar
Tengahhari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
- nasi tomato, sambal kelapa, ayam ros, sotong.
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan, 
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
- tak ada yg istimewa tapi masakannya panas2.
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
- ayam goreng bawang
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)
- gulai ikan

Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar
Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
- daging, gulai ikan
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
- gulai ikan talang kering, sotong
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
- daging, telur dadar (rasa mcm murtabak), sambal kelapa
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
- ayam goreng bawang, daging
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan, 
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
- gulai ayam, daging kambing.
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)
- nasi dimakan bersama bawang goreng

sumber: Faebook

p/s: sapa mai Penang boleh la try naaaa..... =)


HATI-HATI KELUAR DUIT DI ATM

Hati Hati Keluar duit di ATM.
Bahaya keluar duit kat stesen minyak...
Terutama Hari Gaji!
Saya parking Modenas saya bersebelahan LC135 yang penunggang dan pemboncengnya pakai full face helmet. Isteri saya ke tandas.. sementara saya beratur di ATM mngeluarkan duit gaji. LC135 tu asyik pandang saja. Saya cepat2 kaluarkn wang dari ATM, isi minyak dan tanpa berfikir panjang hidupkan Modenas dan bergerak meninggalkan stesen minyak.
Malangnya LC135 tadi mengekori. Saya bawa modenas saya semakin laju dan LC135 tu pun semakin laju sambil pemboncengnya yang berjaket hitam menunjuk-nunjuk kearah saya.
Adoiiiii....Modenas takkan dapat nak lawan kelajuan LC135. Saya menyelinap masuk ke lorong secara tiba-tiba untuk mengelakkan dikejar LC135. Tapi LC135 tu masih mengejar dan membunyikan pulak honnya berkali-kali.
Secara tiba-tiba dah beriringan pulak dengan Modenas saya. Pembonceng belakangnya membuka full face dan menjerit....
"Bang bang!!!!! Isteri abang tertinggal kat stesen minyak tadi!!!!!!!"...

peace yoo.!!

14 May 2015

7 FAKTA NOKIA YANG ANDA TIDAK TAHU



Mungkin ramai yang tidak tahu, pada 12 Mei 2015, merupakan ulang tahun ke 150 syarikat pengeluar telefon terkemuka, Nokia.

Sempena memperingati antara jenama telefon paling tua di dunia ini, kami kongsikan beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Nokia.

1. Nokia bukan bermula sebagai pengeluar telefon bimbit. Sebelum telefon bimbit, Nokia terlebih dahulu mengeluarkan kertas, but getah dan tayar kereta.

2. Nada dering Nokia (Nokia tune) diinspirasikan dari petikan gitar bertajuk Gran Vals, dimainkan oleh Francisco Tartego, dan diterbitkan pada kurun ke 19.

3. Nama Nokia datang dari nama Sungai Nokianvirta, Finland, di mana kilang yang pertama didirikan pada tahun 1865.

4. Pengasas syarikat Nokia ialah Knut Fredrik Idestam.

5. Nokia mula membina peralatan komunikasi bermula era 1960an.

6. Telefon pintar pertama adalah dari jenama Nokia, iaitu Nokia 8110, seperti yang anda lihat digunakan Keanu Reeves dalam filem The Matrix. Ia menawarkan perkhidmatan internet melalui WAP (Wireless Application Protocol).

7. Nokia 1110 adalah jenama Nokia paling laris jualannya, dengan jumlah jualan sekitar 250 juta. Ia dikeluarkan pada tahun 2005.

13 May 2015

SAKITNYA BERSALIN!!!

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat dan sabar... terutamanya yang tengah tunggu hari nak bersalin huhu

serupa lah macam aku... tapi aku bukan yang pertama... ni dah masuk yang ketiga. bagi yang belum pernah rasa pengalaman sakit bersalin.... elok lah baca entri ni... supaya anda lebih cool, bersemangat dan bersedia. cewahh promo sikit na...

pertama kali... 
syukur alhamdulillah... aku rasa sakit nak bersalin tu tak terlalu lama.... satu jam lebih je... lepas sampai hospital... aku dah bersalin... dan ini terjadi pada baby pertama dan kedua... dan jika ikut teori doktor sakit nak bersalin anak pertama ni sekitar 10jam - 12 jam.... (tu teori je lah) sebab anak pertama jalan baby nak keluar belum lagi ada.... rapat gituuuuuuuu

tapi kan...
even hanya sejam lebih je rasa sakit itu pun... dah mak aiiii sakit woooo... aku cuma boleh cakap tak de kata-kata yang dapat aku luahkan masa aku rasakan sakit tu... nak zikir pun dah macam tak upaya... dalam hati je boleh... hahaha

nak nak 
aku memang husband tak teman untuk dua-dua baby... ngape dia tak teman.. aku ada cite kat entri ni... 


fuhhh
aku rasa kalau hubby aku teman gerenti aku leleh air mata... sebab ada unsur mengada-ngada.... sebab aku ni jenis bila tengok muka laki je terus nak mengada-ngada haha...

lenguh pinggang tak dapat tido pun nak nangis weehuuuu (nak nak masa dah sarat mengandung ni)

tapi...
bila kena dok sensorang je dalam labour room bersama misi... aku jadi cekal... haha dan tak de nangis-nangis... 

dalam otak aku fikir positif je...
kalau aku nangis pun bukan boleh kurangkan sakit... dah lah nak guna banyak tenaga masa nak push baby... dan aku yakin Allah je yang ada untuk tolong aku masa tu... aku cuma harap kat Dia je... harap-harap rasa sakit aku tak lama... dan semuanya selamat...

korang bayangkan...
ada kepala nak keluar... ya ampunnnn... dia punya sakit... siapa yang rasa pun belum tentu boleh explain dengan jitu... melainkan ko alami sendiri...

mujur ujian sakit aku tak lama... kalau lama cecah 10 jam ke... aku pun tak tau la... tara mana aku jadi lembik... dah lepas baby keluar tu... dia punya lapar... rasa macam tak kisah lah ada apa pun aku bedal je... (da macam tazmania tuuuu yang dalam
cite Looney Tunes)

kesakitan nak bersalin tu terutama masa kepala baby nak keluar... memang umpphhh... hinggakan bila misi start jahit luka aku rileks je... siap ada rasa tali jahitan tu keluar masuk bersulam-sulam kat kulit aku... tapi aku tak kisah dah... sebab kesakitan nak beranak tu lagi dahsyat... fuhhh (tu pun misi bius lah... kalau tak mau terberak tahan sakit... )

itulah betapa sakitnya nak bersalin... so sayangilah mak-mak uolsss... dan buat si suami ... korang kena lah jaga isteri korang sebaik mungkin dan hargai mereka sedaya upaya anda...

antara tips untuk mudah bersalin: 
1. minta maaf dengan insan sekeliling anda terutama suami, ibu bapa termasuk mertua, dan lain-lain
2. amalkan surah maryam
3. amalkan makan kurma
4. rileks dan sentiasa positif... (kerana ini akan memudahkan kelahiran)

p/s: aku ni pun dah 35 weeks... tak sabo rasanya nak bersalin... lenguh dah satu badan ni...


ORANG KITA VS ORANG ISLAM


Orang kita kata
kalau dah ada rezeki baru kahwin,
tapi orang Islam kata
nak tambah rezeki kena kahwin.
Orang kita kata
nak senang kena banyak
simpan duit,
tapi orang Islam kata
nak senang kena banyak
keluarkan duit atau sedekah.
Orang kita kata
dah kaya
baru bantu orang miskin,
tapi orang Islam kata
kalau nak kaya
bantu orang miskin.
Orang kita kata
makan sampai kenyang,
tapi orang Islam kata
berhenti sebelum kenyang.
Orang kita kata
sakit itu bala,
tapi orang Islam kata
sakit itu penghapus dosa.
Inilah keindahan Islam
yang sentiasa positif,
yang bersandarkan
keyakinan tinggi kepada Allah.
Allah Maha Mengetahui.

LIHAT EPISOD AKHIR DRAMA HATI PEREMPUAN


mengarut je cite pukul 7 ni...

tapi masih ramai juga penonton... =P

KISAH JENAKA SUAMI ISTERI


Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Si suami suka tengok bola, manakala si isteri suka tengok rancangan masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar.. kejap bola kejap rancangan masak-masak.. bunyi tv tu jadi tidak menentu macam ni..
" Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL... 5 ulas bawang putih BERDIRI OFFSIDE... daging di rebus oleh REFREE sampai empuk... masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk... BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak... GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "
*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya... dunia2. (",)

12 May 2015

TUN M: PAKATAN AKAN PERINTAH NEGARA JIKA NAJIB GAGAL TANGANI ISU 1MDB



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dilihat akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 jika kerajaan gagal menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan segera.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia menjadi faktor penarikan sokongannya sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesan.

"Apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

"Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

"Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat," katanya dalam catatan terbaharu di blognya hari ini.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir, dia tidak dapat menerima negara diperintah oleh Pakatan.

"Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam.

"Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

"Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita," tegasnya.

Dalam perkembangan berasingan, Najib dilaporkan berkata anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO mahu keputusan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB perlu dipercepatkan.

Najib berkata MT UMNO membuat gesaan tersebut supaya rakyat tahu hasil siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

DENDA, PENJARA JIKA TAK SOLAT JUMAAT



ALOR SETAR - Bermula 1 Jun ini, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaik, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata, mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.

"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita juga akan memohon waran tangkap dari Hakim Mahkamah Syariah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Syeikh Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.    

Perkara tentang Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.

Penguatkuasaan sepatutnya bermula pada 1 Februari lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaik akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini.

Syeikh Ahmad berkata, Jaik mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu dalam menguatkuasakan undang-undang itu.

"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu turut diedarkan kepada 568 masjid di seluruh Kedah," katanya.

Beliau berkata, orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan. – Bernama
 

11 May 2015

'KUCING PRIHATIN' YANG SENTIASA KELIHATAN RISAU



SEEKOR anak kucing berumur lapan minggu diberi nama jolokan 'kucing prihatin' kerana mempunyai 'sepasang kening' dan sentiasa kelihatan risau.

Menurut Dailymail, pemilik, Andy Entwistle, 40, berkata, ketika kucing tersebut dilahirkan, kening tersebut hanyalah satu hitam kecil.

"Bila ia semakin besar, 'kening' tersebut juga membesar. Saya namakan dia 'kucing prihatin' dan nama itu melekat," kata Entwhistle.

Menurut Entwhistle, kucing tersebut merupakan anak kepada kucing baka 'dalmatian' yang terkenal dengan tompokan hitam di badan.

Entwhistle yang mempunyai empat orang anak kemudian menafikan tuduhan bahawa beliau bertanggungjawab melukis kening pada kucing berkenaan.

"Perbuatan tersebut agak kejam.

"Kalau ada sesiapa tak percaya, kami tidak kisah jika mereka mahu menggosoknya sehingga ia tanggal. Ia tidak akan tanggal!," jelas Enthistle.


sumber: Sinar Harian

5 CARA HARGAI PASANGAN

5 Cara menghargai pasangan anda
1. Anggap pasangan kita seperti diri sendiri. Menganggap pasangan kita sebagai diri sendiri yang harus dicintai, dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan.

2. Isteri bukanlah pembantu rumah tangga. Banyak suami menganggap bahwa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab seorang isteri seratus persen. Padahal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahwa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.

3. Isteri adalah manusia. Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka ridha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang telah berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar dari masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat hari lahir dan tanggal pernikahan pasangan. Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh siapa saja apalagi dari orang yang disayanginya. Jika suami adalah orang yang perhatian dan menyayangi isterinya, apa salahnya jika dia memberikan hadiah khusus kepada isterinya.

5. Membantu ringankan tugas isteri. Suami sesekali perlu ringan tangan membantu isteri, jika setiap hari isteri kita berpeluh dalam memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suami pun perlu membantu isteri membantu pekerjaan rumah. Jika itu dilakukan, pastinya sang isteri pun akan melayangkan senyum indahnya bahkan perkataan terbaiknya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...