GENG LENSA HIDUP

23 May 2010

DOCOSAHEXAENOIC ACID

ikan kod antara sumber DHA
salam
semoga semua sentiasa ceria & gembira

DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. mi bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dan susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan. 60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.

Sumber utama

Sumber utama DHA ialah dan ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.

Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.

Kebaikan utama DHA

Kebaikan utama dan pengambilan DHA ialah:
1.pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
2.pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
3.pertumbuhan saraf-saraf yang baik.

Kelebihan-kelebihan lain DHA

Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah:
1. mengurangkan triglycerides (lemak).
2. mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
3. mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
4. mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
5. mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type  ll),  arthritis (sakit sendi), myocardial infarction atherosclerosis dan juga kanser. 

p/s: aku suka makan scott's emulsion =)

APEHAL NAK DESAK PAKATAN RAKYAT PULAK?


salam
entri marah-marah...
ceh... tak de la aku tak marah pun...
aku juz nak ajak berfikir guna otak lu sebelum bercakap tu...

BN sangat sibuk mendesak Pakatan Rakyat untuk batalkan semua lesen judi di selangor.... terutamanya la.... al-maklum kononnya kalau nak mintak BN batalkan keizinan untuk lesen judi... sila lakukan dulu pada negeri yang diperintah Pakatan Rakyat... oh... macam tu ke?

cuba jawab berapa lama PR memerintah selangor? baru 2 tahun kan? nak tarik balik lesen judi tu bukan mudah... perlulah sikit-sikit... kerana lesen tu semua telah diluluskan saat pemerintahan BN lagi... mungkin untuk masa akan datang PR boleh tidak akan meluluskan lesen judi sekiranya mereka mahu perbaharui lesen lagi... nak tarik balik lesen secara tiba-tiba tak patut lah... logik la sikit... sebab mesti ade perjanjian yang telah dibuat dengan pemilik permis berkenaan.... 

semua ni perlu dilakukan secara perlahan-lahan macam kat kelantan tu... yang patut diingat BN la... yang telah lame memerintah... tetapi semakin tinggi kadar rasuah... semakin banyak lesen judi... lesen arak... jenayah sana sini... 

serius kat area umah aku ade seorang cina yang telah dibuang daerah oleh kerajaan kelantan kerana membuka permis judi... ko tengok la... nak betulkan sesuatu yang dah lama jadi darah daging bukan boleh sekelip mata je... ko faham tak orang-orang BN? jangan asik nak mengata PR je... sila beri peluang... 2 tahun memerintah tak sama dengan 50 tahun memerintah okay.... 

bandingkan budak umur 2 tahun... boleh buat ape je? kalau yang 50 tahun... patut dah boleh pegi haji... dah banyak amal makruf... itu ikut logik la... tapi ape BN dah buat selama 50 tahun? ye nanti akan ada yang sebut... ade menara petronas... ade menara KL... malaysia semakin maju... maju? tak salah... tapi kita lihat maju yang macam mane? banyak sangat program realiti yang boleh runtuhkan akhlak remaja? banyak shopping kompleks tempat remaja lepak? beri lesen untuk buka kelab malam tanda sudah sangat maju sama macam las vegas? itu bukan ukuran suatu kemajuan okay....

nanti mesti ade yang marah... cakap aku tak terima kemajuan... korang pegi kelantan... macam mana depa asingkan wakaf untuk orang perempuan & orang lelaki... at least sebagai pemerintah telah mainkan peranan mereka... bukan menggalakkan perkara mungkar.... memberi tazkirah mingguan pada semua rakyat... & pelbagai lagi...

tapi andai kata masih terjadi juga perkara mungkar... itu sudah menjadi salah pada individu... masih tetap memilih jalan hitam... biar pun  tiada galakan daripada pemerintah... bukan aku kata kelantan tu tak de jenayah & tak de orang jahat... dekat mana-mana penjuru dunia tetap ade orang yang berbuat perkara mungkar... tetapi sekurang-kurangnya... bila anda diberi hak memerintah... anda tidak jadi penggalak kepada kemungkaran... itu saja...

SUDAH KENAL LEBIH DARI ALIF BA & TA



salam semua

aku rindukan sentuhan itu... sesekali... ada airmata yang dititiskan di dada mu...  saban hari dirimu makin jauh daripadaku. tiada lagi bisikan buatmu... tiada lagi keluh kesah buatmu.... ada sahaja alasanku untuk tidak bersamamu....

rindu kesyahduan menggigit jiwa
akan saat ku ulangi setiap alif, ba dan ta
dalam helaian Al-Baqarah-Mu
dalam helaian An Nisa’-Mu
di sana  diriku temui bait-bait keasyikan
menulis cintaku dengan air mata
Ya Allah ampuni kelalaian ini

sambung lagi...

perlukah aku rasuk bingkai nyawamu dengan darah teokrasi
tatkala arca bingungmu menjilat alif ba ta sekularisme di lantai kejahilan
perlukah aku muntahkan gerhana teologi
tatkala denyut kelirumu merangkak dalam sangkar kealpaan
perlukah aku pasung tulang jiwamu dengan lembing ketuhanan
tatkala pintu buntumu mencumbui dendam nasionalisme

sukmamu berdekah di celah topeng kesangsian
memaksa aku hamburkan mual kejujuran modenisme
dan stigma basi Kamal Ataturk al-Ghazi
penuh selamba kau tuturkan 
“keturunan ini menggali kubur sendiri sejak maruah boleh dibeli!"
acuan kepimpinan telah lama diracuni arak haloba dan bangga diri
nadiku kaku diketawa semilir malam
sambil menyapu peluh dingin
di bawah bayang Menara Berkembar 

p/s: sudah lebih dari alif ba & ta dikenal... kenapa tak mau baca? erm... tengok diri sendiri... =)

RAHSIA BACAAN DAN GERAKAN SOLAT

salam
ini serius... sila ambil perhatian...
masa melawak sudah tamat....
dah solat ke belum?
hari ni tinggal solat subuh ke tak?

ni aku nak kongsikan rahsia bacaan dan pergerakan dalam solat...

1. niat sebelum mendirikan solat memelihara taubat kita dari dunia & akhirat
2. berdiri dengan lurus kelebihannya adalah apabila kita meninggal dunia ia dapat meluaskan tempat kita di alam kubur
3. takbiratul ihram ia sebagai pelita yang menerangi kita di alam kubur
4. surah al-fatihah ia adalah pakaian kita yang indah-indah di alam kubur
5. rukuk ia sebagai tikar kita di alam kubur
6. iktidal ia memberi minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur
7. sujud ia memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim
8. duduk antara dua sujud (awal) akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur
9. duduk antara dua sujud (akhir) menjadi kenderaan ketika kita di mpadang mahsyar
10. tahiyat akhir akan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh malaikat munkar & nangkir di alam kubur
11. selawat kepada nabi sebagai pendinding api neraka di alam kubur
12. memberi salam memelihara kita di alam kubur
13. tertib kita akan bertemu dengan Allah SWT

ADA APA DENGAN KURSUS KAWIN?


salam
ini khas & khusus buat mereka yang mahu kawin...
ceh!!! bleh bla... sebenarnya sesape pun leh bace....
dulu-dulu la kan... 
atok-atok, nenek-nenek kita tak de pon pegi kursus kawin kan?
tapi bahagia je sampai mati...

orang sekarang?
kursus kawin...
khutbah nikah...
bace taklik...
tah pebende lagi ade...
ramai jugak yang bercerai berai...
so? perlu ke kursus kawin?

perlu jugak sebab budak-budak sekarang tak berapa kisah hukum-hakam ye tak? tu yang kena pi jugak kursus kawin. tapi terpulang pada masing-masing untuk faham & ambil pengisiannya...

kalau aku tak nak pegi kursus kawin boleh tak? cakap kat tok kadi cam tu... lalala...

p/s: dulu aku gi kursus kawin skali dengan muqarrobin dia dah kawin aku? huhuhu (tiada cerita hal peribadi di sini)

PAKATAN RAKYAT KEDAH MASIH KUKUH LAGI UTUH

salam
moga semua ceria & bahagia...





kalau hari-hari bace utusan, bace berita harian.... memang hari-hari cakap PR kedah GOYANG, NAK RUNTUH, DUN NAK BUBAR, tah pebenda lagi cerita dongeng yang dilaporkan.... dah bukan macam akhbar... ibarat buku kisah dongeng.... betul tak?

TV3, TV1, TV2 pon same... macam dahsyat sangat PR ni tengah bergolak... nak runtuh... nah kau... tengok sendiri la... semua datang duduk sepentas... mau cakap apa?

bila PEMBANGKANG cakap BN dah goyah di SABAH & SARAWAK marah pulok... huhuhu... tapi betol ape? GELOMBANG kemarahan RAKYAT sudah menyeberangi LAUT CHINA SELATAN you... jangan main-main...

klik SINI untuk info lebih... 

p/s: aku malas nak menaip... banyak lagi entri aku nak taip okeh

22 May 2010

SAMY VELLU & AYAT-AYAT KELAKARNYA


salam
best pulak aku tengok berita tadi MUGILAN buat G.A.S huhuhu...
GERAKAN ANTI SAMY VELLU la tu...

ayooo amma pa...
yenna dey...
yenna poo!!! poo!!! (tanda tengah sangat marah)

Sami Vellu kata akan meninggal MIC taun depan....
aku selalu pening dengar sami bollu cakap

LAWAK SAMY YANG TAK MUNGKIN AKU LUPA

Samy Vellu on pos laju : "BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI" =)


On TV when in trying to say he was ashamed, he said:`Kemaluan saya besar`

Samy said in a ceramah "Kita akan bina satu jambatan untuk orong-orong kampong di sini", one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai,buat apa bina jambatan?" and Samy glorious replied,"Kalau takde sungai, kita bina sungai!"

Whenever Samy opens his mouth it's always volume 10. Never see him talk softer.

Samy's favorite quote on national television for the decade is this lah:"Toll naik sikit, banya marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!"
Semasa krisis air: "semua orang diminta jangan membuang aiyerr..!" 
Tentang masalah sosial: "..orang-orang muda sekarang banya hisap dada.."
Semasa kempen derma darah sg Siput:"..marilah kita semua menderma dara.."
Semasa memberi ucapan di pelbagai function: "...selamat datang saudara-mara semua.." 

During the height of the al-arqam saga, he said in a press conference, "Saya gembira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes arqam.."

Samy Vellu, you seem to be very popular. Everyone here seem to be taking pot shot of that rat sleeping on your head.

At an opening ceremony:
"mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas untuk membuka kain"
Commenting about his modesty: "sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar"
PLUS = Pungut Lebih Untuk Samy That's why Samy can use PLUS helicopter whenever he want.

DEDICATED TO SAMY VELLU

Kici kici lembu jaga sudah besar kerani jaga masuk MIC tol jaga kiri pusing kanan pusing jadi kaya ada misai tara jangut itu kucing ada jangut tarak misai itu kambing ada jangut ada misai itu karam singh tarak misai tarak jangut tarak rambut itu botak chin TAPI itu tarak misai, tarak jangut, tarak rambut tapi taruh rambut itu kaki pusing.

p/s: post ni separuh bahasa inggeris supaya semua orang dapat menikmati ayat-ayat Samy Vellu yang sangat lawak. kalau kurang faham sila baca berulang kali... supaya korang faham apa yang beliau cuba katakan.. sila baca dengan lenggok bahasa SAMY VELLU....

SEMUA MURID-MURID @ SEMUA MURID?

salam
entri ringkas & padat
kita selalu silap cakap @ silap sebut
ye tak?
kekadang ada yang perasan
ada yang tak berapa nak perasan
cuai atau tak kisah bila guna sesuatu perkataan
ye ke tak?

contohnya:
esok semua murid-murid dijemput hadir
@
esok semua murid dijemput hadir

contoh lagi:
selamat hari guru buat semua guru-guru di Malaysia
@
selamat hari guru buat semua guru di Malaysia

mudah & senang untuk dibeza tetapi kita sering tersilap saat menulis & menuturkannya...
waima... pembaca berita sekalipun

semua = sudah menunjukkan kata jamak
apabila perkataan semua digunakan tidak perlu lagi kata ganda untuk menunjukan banyak

p/s: kadang-kadang kita rasa ayat dah cukup best. tapi sebenarnya kita sudah salah tatabahasa lah plak... cuba cek korang punya ayat plak? huhuhu

SUKA CAKAP INGGERIS KO SUKA TAK?


salam
refer to my previous entry... HERE

let's continue our lesson...
how to use words "to like" and "to love"

"to love" is very much stronger than "to like"... we like people or things more often than we love them. can you see? therefore... we use the word "love" less often than the word "like"

for examples you can read the following sentences:

1. i like mangoes
2. Intan likes Faizal Tahir
3. Sariah likes reading or Sariah likes to read
4. She loves her children
5. Papa Wi loves his wife
6. she likes him but she doesn't love him

again... should remember "to love" stronger than "to like" it's simple... but meaningful word huh!! juz a bit examples... it will be continue how to use words to make/to do/to let

p/s: sorry i don't like to use comma symbol huhuhu... also don't like to use capital letter... it juz for 'special' word hah!!

MUZIK KERAS

salam
buat semua yang sudi baca
yang sudi singgah walau tak baca

muzik keras @ rock selain
aku sukakan irama keras amacam?
korang?
selain tu ade juga beberapa genre muzik lagu yang aku sukakan
aku menulis kali ni 
bukan mahu kongsikan kisah genre muzik yang aku suka
bukan satu bukan dua lirik bagi genre muzik rock
itu ada nilai ketuhanan & keinsanan

pernah dengar lagu KEKEJAMAN daripada kumpulan ROCKERS

hidup di dalam ketakutan
terbiar dan sengsara
ohh... betapa sedih rasanya
hidup mereka yang tersiksa
bayangkanlah kehidupan mereka
yang penuh dengan kezaliman
kerana maruah & kuasa 
sanggup membunuh sesama
tidak mengira saudara
betapa kejinya... rasa
kekejaman manusia
ohhh ohhh ohhh
kekejaman manusia
ohhhh ohhh ohhh
kekejaman manusia tiada batasnya

muat turun SINI

lagi lagu XPDC yang bertajuk HUJAN AIRMATA

bayangkanlah laman mu berhias api
sampai bila rumah mu mampu berdiri
sebelum dipunahkan
bayangkanlah lahirmu ke alam ini
sampai akhir hayat mu masih merintih
menagih kedamaian
dalam hati terlintas satu soalan
mana hilang keinsanan
bayangkanlah laut mu dilanda taufan
sampai bila layar mu mampu bertahan 
sebelum kau tenggelam
bayangkanlah jaga mu tak pernah aman
sampai malam lena mu rasa terancam
kau dalam ketakutan

muat turun SINI

ni pulak lagu PAPA ROCK a.k.a RAMLI SARIP bertajuk KAU YANG SATU

Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
tiada hidup tanpaMu
Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
tiada aku tanpaMu
bilaku rasa pilu
bilaku rasa resah
bilaku kekosongan
kau tempatku mengadu

muat turun SINI

selain tu... senarai kat bawah ni pun antara lagu-lagu rock yang best
banyak lagi lagu yang memang best & terbaik yang kita jarang-jarang dengar


p/s: keras bukan sebarang keras beb

21 May 2010

MUDAH-MUDAHAN SEMUA SENTIASA DILORONGKAN KE ARAH KEBAIKAN

salam
pertama sekali aku ucapkan
TERIMA KASIH
buat mentor aku
Ustaz Wan Ismail Wan Dagang
yang sering memantau hasil tulisan aku
jom usyar komen beliau


selain tu rakan blogger handalan yang rajin datang tinggalkan komen
seperti bujang susah, zulkbo, cikgu zuki, pacifist, JJ, man, aisya, ice, afzan, lepat, irfan, jane, nabilah, ieda, salina, pawaka & semua yang datang ke laman ni...
aku sangat hargai =)

ni komen bagi entri politik aku huhu















sebahagian daripada komen mereka...
aku akan cuba memberikan entri yang terbaik setiap hari
Insyallah

DOWNLOAD
kumpulan lagenda yang terbaek singapura & pernah diGAM RTM

MANA HILANG KEINSANAN

TAG KREATIF

TAG KREATIF
dari

buat ayat sekreatif yang boleh menggunakan huruf
A sampai Z

Abang bila nak balik?
Bila balik nanti beli 
Cencaluk yang kat tepi highway tu
Dua botol... rasanya kat situ paling sedap
Ehh... tadi eja call ajak main
Futsal... base la... 
Geng-geng sekolah tadika saya punya idea
Hilangkan rindu kat member lame...
Ingat nak ajak abang pi same boleh tak?
Jangan cakap tak boleh plak...
Kang saya merajuk okay...
Lepas tu ingat nak ajak pegi makan 
McD... dengan 
Nak tengok wayang cite....
Ohh... pempuan ni tak habis cakap lagi?
Penat dah telinga ni dengar...
Quite please...
Ramboo kan tajuk cite yang awak nak tengok tu?
Saya tengah merajuk ni....
Tiada jawapan...
Untuk soalan tu....
Vibrate plak tipon abang lagi satu ni...
Wait ya... nak check sape masej...
Xiang xiang mesej lah... member chinease abang mase sekolah...
Ye ke? dia cakap pe?
Zinedine Zidane ajak dia kawin!!! 

aku tag kat semua follower aku
silalah ambik

p/s: paru-paru berair aku jawab tag ni... huh =)

TERIMA KASIH BUAT KALIAN

salam
ni aku nak ucap terima kasih buat mereka
kerana telah berikan award ni...


aku jawab sekali je la ye...
hihi...
sambil tu aku jemput korang semua singgah blog diaorang ni...

1. Apa yang bermain difikiran korang sekarang..
ape yang aku patut wat hari rabu 26 mei 2010

2.Nama samaran korang
MissXYZ

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
aku
kau
dia

4. Panggilan untuk si dia
fikir lah sendiri

5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
evo 10 hahaha... kita pernah bincang hal ni kan?

6. Blog mana yang korang suka follow
banyak la... yang aku suka

7. Tag kepada 15 8 blogger lain

korang yang 8 orang kat atas tu 
sila ambil juga 3 award yang ade kat bawah ni





semua award ni adalah pemberian NABILAH

p/s: sori aku jawab lambat gila... huhu... ni ade hutang tag ngan IRFAN lagi... =)

20 May 2010

TIPS MUJARAB BUANG ANGIN DALAM BADAN

salam
aku bukan bidan
aku bukan doktor
aku bukan pakar
aku bukan joker

aku hanyalah blogger

amacam?
sabar ke tak?
jom aku bagi tips mujarab buang angin dalam badan...

kalau rasa angin tak banyak sangat dalam badan... cukuplah..
hanya ambil belon... kemudian TIUP sepenuh jiwa....
ya... angin sudah dibuang BUKAN?

kalau rasa angin sangat banyak dalam badan...
sila ambil... TAYAR LORI... juga TIUP dengan sepenuh hati...
ya... lebih BANYAK angin dapat dibuang BUKAN?

kaedah ini adalah ALTERNATIF selain KENTUT =)

kini TIDAK perlu lagi KRIM PATI HALIA daripada apa-apa jenama =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...