GENG LENSA HIDUP

10 August 2014

GULA-GULA CINTA

Nampak cam sedap jer kannn....
Gula2 penambat hati suami
Gula2 hebat ni bukan untuk di makan.
Dalam masa 24 jam anda kembali DARA.
Produk tradisional ni mampu membuat suami terkesima.
Produk ini sudha pasti membuatkan suami rindu dan ternanti2 saat utk bersama.
Produk TERLARIS Moden Tradisional SERI DEWI MALAM.




memang superb!!!
tak percaya cubalah sendiri...

whatsapp 0179143052

09 August 2014

AWAS: PEMINAT TEH TARIK F&N


budak ini sangat suka minum teh tarik F&N
siap request mama buat yang ade buih punya....

okeh ni dia selfie ngan teh tarik lettew...



08 August 2014

MISI AKU DAN AMAN PALESTIN

Assalammualaikum...

semoga kita semua diberkati selalu....

aku ade buat bisnes online... so aku harap semuanya success... dan aku harap misi syawal ni akan berjaya.... aku nak share keuntungan jualan aku at least RM10 setiap hari untuk AMAN PALESTIN...

dengan melancarkan kempen 'MEMBELI SAMBIL MENDERMA'

semoga secara tak langsung customer aku juga ade menyumbang... dan semoga kehidupan kita semua diberkati... dunia & akhirat. amin

untuk yang nak berkongsi...

562263010787 Maybank - AMAN PALESTIN 

jangan lupa LIKE & SHARE - Infinity On9 Shop

tq for all the support

HOMEMADE MEATBALL





kisahnya...
my hubby ade beli food chopper baru...
haha tu yang beliau sangat eksited nak guna... then dengan rajinnya beliau kisar daging... dan bawang untuk dibuat stok dalam peti sejuk...

so... gua yang tak berapa nak rajin ni tinggal masak je la...

bahan-bahan:

daging lembu kisar
black papper
white papper with seasoning
garam
satu sudu besar tepung jagung/ tepung ubi

cara-caranya:

campurkan semua bahan dan gaul rata kemudian bulat-bulatkan

sup buat cam biasa... bila dah mendidih... masukkan meatball tu... dan biar masak... sampai timbul...

then siap...

07 August 2014

HOMEMADE KEROPOK LEKOR

Assalammualaikum....

ada masa boleh la menaip lebih sikit... huhuhu...

aku dah try buat keropok lekor.... my 1st time try... my hubby makan.... 

"sape bagi keropok lekor?" hubby tanya

nampak tak kesedapannya?

haha siap tanya sape bagi... wehuuu...

"sayang yang buat" aku jawab (sikit lagi nak riak hahaha)


bahan-bahan:

ikan selayang
tepung ubi
monosodium glutamate (msg)
garam
air

cara-cara:

potong ikan kecil-kecil dan kisar guna blender... campurkan sedikit air
dan tuang dalam mangkuk... 

campurkan tebung ubi... garam dan monosodium glutamate...

dan uli hingga jadi doh... gentel doh jadi panjang-panjang...

kemudian rebus.... dan masak hingga keropok timbul...

then... boleh potong dan goreng...

nota: boleh juga disimpan segera... dalam freeze... ikan tu agak-agak la... dalam 6 ekor ikan yang sederhana besar... dan setengah bungkus tepung ubi.... (anggaran)

06 August 2014

OFFER!!! BACKPACK FOR KIDS

RM26 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH DAN SARAWAK TAMBA RM5

Material : Nylon
Height : 33cm
Width : 28cm
Thickness  :  10cm
Capacity : can put A4 paper

FRONT VIEW, SIDE VIEW, BACK VIEW

-------------------------------------------------------------------------------------

RM22 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM5

Material : Oxford Fabric 600D
Height :  30cm
Width :  27cm
Thickness : 10cm
Capacity : can not put A4 paper


WHATSAAP 0129552047


CHEMISTRY CAFE YANG UNIK!!!

nampak tak presentation nye? unik tak??

kat mane ni?
kat seksyen 7 shah alam
dekat dengan Pak Li Kopitiam...

tetiba aku rasa rindu pulak nak makan nasi ayam lemon Pak Li Kopitiam

rindu bangetttt =)

zaman dating ngan hubby... makan kat Pak Li... hi3

NEW BURBERRY HANDBAG OFFER!!!










RM75 FREE POSTAGE SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM5

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER + CANVUS

LENGHT       : 32CM
WIDTH        : 10CM
BOTTOM WIDTH : 13CM
HEIGHT       : 29CM

HANDLE HEIGHT     : 18CM
LONG STRAP LENGHT : 110CM
OPENING CLOSER    : ZIP
CONTENT A4        : NIL


GRED : AA WITH BURBERRY LOGO
DENGAN 5 WARNA PILIHAN
BROWN, PURPLE, RED, YELLOW, DARK BLUE

WHATSAPP 0129552047


TIKET KE KOREA TENGAH MURAH!!!

Air Asia kini tengah mengadakan promosi... ke Korea... 

Seoul
Busan
Jeju

tiket pergi balik +  hotel + cukai

bermula daripada RM999

ape lagi??? jom tempah sekarang di www.AirAsiaGo.com

tempahlah sekarang.... untuk penerbangan pada 2015 =)

UJIAN ULAMA TERDAHULU


Apabila kita beriman, maka terbentang dihadapan kita ujian, tiada seorang pun yang beriman tiada ujian, lihat sahaja ujian yg dilalui oleh ulama2 terdahulu, tinta sejarah melakarkan ujian2 yang hebat dilalui oleh mereka,

Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Dan kita tidak mampu menukilkan ujian yang banyak yang dilalui oleh mereka melainkan kesabaranlah dalam menghadapi ujian sedemikian.. sabarlah hati, sebelum mati.. begitulah mukmin!!

04 August 2014

SEBAR GAMBAR NGERI... ITU HOBI RAKYAT MALAYSIA

Assalammualaikum...

secara umumnya... semua tahu apa yang terjadi di Palestin... ye tak? ye memang ngeri... kena bom... kena tembak... sumpah ngeri dan tragis kalau tengok rupa mayat diaorang...
tapi jenazah juga memiliki harga dan nilainya... bukan untuk dikongsikan dengan umum.... kerana di situ ada aurat mereka...

kerana di situ ada aib mereka... sedangkan jika yang memandikan jenazah pun tak boleh ceritakan apa yang mereka nampak.... ni kan pula nak share secara umum... dan di'like' beramai-ramai...

pada aku tu semua tak patut...

bukan isu jenazah atau mayat rakyat palestin je... gambar mayat sesiapa pun... tak payah la sebar luaskan di internet...

orang eksiden ke...
budak mati kena tikam ke...

atau apa sekalipun...

korang perasan tak???

Tsunami melanda Jepun dulu... ade ke kerajaan jepun benarkan imej mayat-mayat penduduk diaorang yang mati kena hempap dan sebagainya disebarkan?? ade? tak de kan?

sangat jarang jumpa gambar mayat orang jepun yang mati ngeri disebar luas dalam internet...

so as a Malaysian... berhenti la share gambar sebegitu... rakyat kita juga ada nilainya....

sekian...

SELAMAT HARI LAHIR MR.HUBBY


mane satu my hubby??? haha 

selamat hari lahir abang yang ke 28 tahun =)
MOHD NOOR AIMAN BIN ABIDIN
semoga diberkati selalu

dengan ucapan istimewa
"beruntunglah abang ade isteri yang baik macam sayang ni hahaha"
koyar kan???

mr. hubby dah terlebih faham perangai bininya.... =P



03 August 2014

JANGAN SALAHKAN AIR BATU



Assalammualaikum...

Batuk , Demam dan Selesema selepas Hari Raya ??? Kadangkala ada yang sakit sampai kena tahan wad.

Jangan salahkan Air Batu yang di hidangkan atau musim buah buahan tetapi doa pada Allah s.w.t moga moga sebagai kafarah terhadap dosa dosa kita yang lalu , mungkin insya allah kesan di atas rintihan dan munajat kita pada Allah s.w.t sepanjang Ramadhan yang lalu , menunjukkan Allah s.w.t ingin mengampun kita mana tahu dengan sifat penyayang Khaliq pada hamba hambanya..ianya tidak mustahil... wallahualam...

Justeru moga moga kita terus berdoa dan istiqamah mudah mudahan yang terbaik daripada Allah s.w.t buat diri kita . Semoga di ampuni dosa dosa kita dan di terima amal kita.

Wallahualam

ISTIGHFAR DALAM ISTIGHFAR


Rabiatul Adawiyah pernah berkata,

"Istighfar kita perlu kepada istighfar lagi seandainya istighfar kita hanya dengan lidah sahaja, tidak disertai
dengan hati."

Istighfar ni suatu doa. Doa mohon ampun. Simple pun doa juga.

"Sesungguhnya doa yang paling utama adalah doa yang keluar dari hati yang bersungguh-sungguh dan tekun. Itulah doa yang didengar dan diterima, walaupun doanya sedikit." (HR Al-Hakim)

"Tidaklah menetapi dosa orang yang beristighfar" (HR Abu Daud & Tirmidhi)

Maknanya, walaupun sebut "Astaghfirullahaladzim" je pun, hati pun kena seiring dengan lafaz di bibir. Bukannya bibir melafaz, hati tak ingin. Hati menidakkan.

Istighfar bunyinya satu. Tapi sebenarnya dua.. (hati & bibir)

FAHAM?

SENYUM =)

01 August 2014

ORANG UMNO KAU TAK MARAH ALLAH KE?

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera...

bila sebut UMNO je... kebiasaannya mereka memang rasis... sibuk la marah keling... marah cina dan lain-lain kaum.... asal ade yang menjawab je... kompon depa soh kuar dari Malaysia... haha...

tu modal depa....

kalau gua cakap depa otak singkat.. marah jugak...
kalau gua cakap depa otak letak kat ujung ibu jari kaki pun lagi lah marah...

tapi realitinya adalah benar!!

siapa yang ciptakan pelbagai kaum kat dunia ni? Allah S.W.T kan??? kan??? kan???

dah tu yang ko keje nak marah ada cina dan india dah ape kena??? dalam dunia ni semua tempat ade pelbagai kaum.... mane ade satu negara khas untuk BANI MELAYU je??

so korang tak marah Allah ke? sebab Dia yang sengaja cipta pelbagai bangsa... tujuannya adalah untuk kita ambil pengajaran... daripada bangsa lain...

mujur la... Allah tak de bagi firman kalau kau tak suka macam-macam bangsa ko boleh berambus dari DUNIA... meroyan orang UMNO... tak tau nak pegi mana...

sudah-sudah lah mainkan api perkauman ni... kalau seluar dalam ko pun beli dari kedai cina... beli dari kilang cina....

bila nak raya berbondong-bondong pegi kedai cina nak beli bunga plastik dan pasu... lagi mau maki cina...

setiap manusia saling memerlukan... biar pun ade bangsa cina yang kurang ajar... tapi orang melayu pun masih ramai yang kurang ajar juga.... dah namanya manusia... bukannya sempurna....

sebab tu Islam tak de nilai bangsa apa... baru boleh masuk Islam... Islam untuk pelbagai bangsa... yang membezakan darjat kita adalah tahap ketakwaan kita je....

sekian... yang baik tu semua daripada Allah... yang selalu khilaf tu ofkos lah aku... 

GUA BENCI MANUSIA RASIS =)




GAMBAR ROZITA CHE WAN DAN BABY BUMP


tu dia... tapi tak berapa nak nampak sangatlah kan... =)

5 TIPS SEGAR DI HARI RAYA

Assalammualaikum...

bila dah raya kadang-kadang rasa lemau dan malas je nak beraya... so... boleh amalkan tips berikut... untuk rasa lebih segar...
1. lakukan aktiviti regangan setiap kali bangun pagi... termasuklah solat subuh... confirm korang akan rasa refresh...

2. tidur yang cukup... elak berjaga terlalu lama hingga larut malam...

3. gunakan perfume dengan aroma semula jadi dan segar

4. makan dengan kadar yang sederhana... kerana kenyang akan datang setelah 20-25 minit selesai makan...

5. banyakkan minum air putih berbanding air soda atau air manis... jika boleh... elakkan ais...

aku rasa... tips ni sangat bagus... untuk elakkan lemau dan rasa malas berziarah saudara mara...

31 July 2014

3 PERKARA KEJI DI HARI RAYA

Assalammualaikum...

tak terlambat rasanya nak wish selamat hari raya... ye tak? maaf zahir dan batin...

okeh berbalik pada isu... 3 perkara keji di hari raya...

pertama
tuan rumah tanya tetamu nak makan kuih raya ke nak duit raya je... gua rasa ni la perkara paling tak beradab dalam sejarah peradaban melayu kuno hingga lah melayu moden kini... pada aku ni memang sangat kurang ajar kepada tetamu... biarpun soalan tu ditanya pada budak-budak...

dan juga sebaliknya...

bila tetamu sendiri yang cakap dia hanya nak duit raya sahaja... tak nak masuk umah menjamah juadah dan minum air... ini juga perkara yang sangat kurang sopan... biarpun si pelakunya kanak-kanak... ni mesti mak bapak tak reti nak ajar anak jadi orang yang beradab...

kedua
si tetamu atau tuan rumah... sibuk sangat dengan gadjet masing-masing... masa tu tu la nak reply mesej FB... nak reply mesej whatsapp... dan lain-lain.... memang keji la bagi gua...

ketiga
bertambah keji lagi... bila tanya tuan rumah ape password wifi tuan rumah.... ni dah jatuh tahap Super Keji... =) hahaha...

gua harap... mereka yang beradab tak de la lakukan perkara-perkara di atas ni... supaya anda tak tergolong dalam golongan yang keji di hari raya hahaha =)

babai...

24 July 2014

MAZIDUL KINI TERLANTAR

gambar terkini mazidul yang mengalami strok...

semoga cepat sembuh...
sakit itu penghapus dosa...

semoga kita semua sentiasa bertaubat... dan perbaiki diri... amin...

SUAMI MESTI TAHU

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

aku tak de la nak sentuh banyak-banyak sangat cite... just want to share... pada aku... suami... sangat penting tahu ilmu mengurut...

alhamdulillah... my hubby ade ilmu tu....

at least jika isteri letih buat kerja umah... letih berkerja... boleh la tolong urutkan... kalau sakit pening... sakit perut... lenguh kaki...

suami boleh la belajar mengurut dengan tukang urut... atau belajar kat youtube ke... masuk kelas mengurut ke... at least bila isteri sakit anda lah orang pertama yang cuba meredakan kesakitan isteri... =)

kan mengeratkan kasih sayang gitu...

bila isteri dalam pantang pun boleh urutkan isteri...
bila isteri dah sarat mengandung pun boleh tolong redakan kesakitan isteri...

ehhh pendek kata banyak lah manfaatnya... begitu juga isteri ilmu mengurut ni perlu ada.... sebab sangat lah bagus =)

my hubby adalah bidan terbaik aku hahaha....
pernah urut aku lepas bersalin...
urut aku kalau lenguh kaki...
urut aku kalau pening kepala...
urut aku kalau lenguh tangan...
even sakit perut pun my hubby urutkan... =)

ni masa sebulan lepas nikah =)

now dah nak masuk 4 tahun dah =)

LATIH ANAK KE TANDAS

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... bila dah ada anak... mestilah ita akan berusaha untuk lakukan yang terbaik buat mereka... bila sampai masanya of coz la kita nak latih mereka untuk kencing dan poo poo di tandas... ye tak??

anak aku 1 syawal ni cukup 3 tahun...

sebelum ni....
aku dah pernah ajar dia untuk tak pakai lampin pakai buang... tapi tak berjaya... dan sekali dua dia terkencing aku dah rasa penat huhuhu... then aku pakaikan dia semula lampin pakai buang...

tetiba Ramadhan ni aku teringin nak tengok ada improvement pada Ahmad Al Mahdi... so aku pun biarkan dia tak pakai lampin pakai buang.... Ahmad cakap "caya dah pakai cepender pak ngah"

alhamdulillah...
berkat Ramadhan... cuma sekali je dia terkencing... dan seterusnya dia dah boleh bagi tau masa bila nak kencing atau tak...

yang kelakarnya...
siap boleh jenjalan pergi bazar ramadhan... Ahmad siap cakap kat abang jual satey "caya pakai cepender"
hahaha senyum simpul abang tu...

Tips: cuba beberapa kali pada peringkat awal memang akan ade babak "terkencing"... dan ini akan jadii lebih mudah jika anak dah reti bercakap...

ahmad al mahdi

23 July 2014

GO KHALID IBRAHIM GO!!!

Assalammualaikum...

aku nak share rasa tak puas hati aku.... apesal la tetiba si Anwar umum bini dia bakal MB baru Selangor... gua memang tak leh terima...

Khalid Ibrahim dipilih sebagai MB sebab rakyat selangor yang nak... sebab kualiti pengurusan pentadbiran beliau....

ni tak pepasal Anwar dok umum bini nye.... adohai... choiii la... nampak sangat nak soh anak beranak dia je pegang jawatan... haishhh...

aku tak kesah kalau ko nak buat Parti.... ko nak soh kaum kerabat ko masuk ke hape... tu urusan ko lah... ko nak ada penyokong ke... tak de penyokong ke.... terpulang...

tapi untuk isu MB ni melibatkan rakyat dan kepercayaan rakyat.... bukan boleh wat main-main... 

GUA RASA CHOIII SANGAT!!!

sekian

DOA MELAKNAT ZIONIS

Assalammualaikum....

musim Palestin berperang ni... ramai lah yang berdoa melaknat zionis...

jangan lupa selitkan juga... doa... mintak hapuskan juga...
pemimpin-pemimpin yang korup...
raja-raja yang zalim...

bukan setakat peringkat negara je...
malah peringkat dunia juga...

pemimpin yang sibuk mengetengahkan masalah Parti bukan masalah rakyat...
pemimpin yang sibuk membelanjakan wang rakyat untuk kesenangan sendiri...

jika tidak mereka bakal mendatangkan bala' di masa hadapan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...