GENG LENSA HIDUP

21 May 2010

MUDAH-MUDAHAN SEMUA SENTIASA DILORONGKAN KE ARAH KEBAIKAN

salam
pertama sekali aku ucapkan
TERIMA KASIH
buat mentor aku
Ustaz Wan Ismail Wan Dagang
yang sering memantau hasil tulisan aku
jom usyar komen beliau


selain tu rakan blogger handalan yang rajin datang tinggalkan komen
seperti bujang susah, zulkbo, cikgu zuki, pacifist, JJ, man, aisya, ice, afzan, lepat, irfan, jane, nabilah, ieda, salina, pawaka & semua yang datang ke laman ni...
aku sangat hargai =)

ni komen bagi entri politik aku huhu















sebahagian daripada komen mereka...
aku akan cuba memberikan entri yang terbaik setiap hari
Insyallah

DOWNLOAD
kumpulan lagenda yang terbaek singapura & pernah diGAM RTM

MANA HILANG KEINSANAN

TAG KREATIF

TAG KREATIF
dari

buat ayat sekreatif yang boleh menggunakan huruf
A sampai Z

Abang bila nak balik?
Bila balik nanti beli 
Cencaluk yang kat tepi highway tu
Dua botol... rasanya kat situ paling sedap
Ehh... tadi eja call ajak main
Futsal... base la... 
Geng-geng sekolah tadika saya punya idea
Hilangkan rindu kat member lame...
Ingat nak ajak abang pi same boleh tak?
Jangan cakap tak boleh plak...
Kang saya merajuk okay...
Lepas tu ingat nak ajak pegi makan 
McD... dengan 
Nak tengok wayang cite....
Ohh... pempuan ni tak habis cakap lagi?
Penat dah telinga ni dengar...
Quite please...
Ramboo kan tajuk cite yang awak nak tengok tu?
Saya tengah merajuk ni....
Tiada jawapan...
Untuk soalan tu....
Vibrate plak tipon abang lagi satu ni...
Wait ya... nak check sape masej...
Xiang xiang mesej lah... member chinease abang mase sekolah...
Ye ke? dia cakap pe?
Zinedine Zidane ajak dia kawin!!! 

aku tag kat semua follower aku
silalah ambik

p/s: paru-paru berair aku jawab tag ni... huh =)

TERIMA KASIH BUAT KALIAN

salam
ni aku nak ucap terima kasih buat mereka
kerana telah berikan award ni...


aku jawab sekali je la ye...
hihi...
sambil tu aku jemput korang semua singgah blog diaorang ni...

1. Apa yang bermain difikiran korang sekarang..
ape yang aku patut wat hari rabu 26 mei 2010

2.Nama samaran korang
MissXYZ

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
aku
kau
dia

4. Panggilan untuk si dia
fikir lah sendiri

5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
evo 10 hahaha... kita pernah bincang hal ni kan?

6. Blog mana yang korang suka follow
banyak la... yang aku suka

7. Tag kepada 15 8 blogger lain

korang yang 8 orang kat atas tu 
sila ambil juga 3 award yang ade kat bawah ni





semua award ni adalah pemberian NABILAH

p/s: sori aku jawab lambat gila... huhu... ni ade hutang tag ngan IRFAN lagi... =)

20 May 2010

TIPS MUJARAB BUANG ANGIN DALAM BADAN

salam
aku bukan bidan
aku bukan doktor
aku bukan pakar
aku bukan joker

aku hanyalah blogger

amacam?
sabar ke tak?
jom aku bagi tips mujarab buang angin dalam badan...

kalau rasa angin tak banyak sangat dalam badan... cukuplah..
hanya ambil belon... kemudian TIUP sepenuh jiwa....
ya... angin sudah dibuang BUKAN?

kalau rasa angin sangat banyak dalam badan...
sila ambil... TAYAR LORI... juga TIUP dengan sepenuh hati...
ya... lebih BANYAK angin dapat dibuang BUKAN?

kaedah ini adalah ALTERNATIF selain KENTUT =)

kini TIDAK perlu lagi KRIM PATI HALIA daripada apa-apa jenama =)

BN ATAU PAS YANG PARTI PERKAUMAN? LU PIKIR LAH SENDIRI...


salam
semoga anda semua sentiasa sejahtera
meh aku nak ajak berfikir sikit

ape parti komponen BN (BARISAN NASIONAL)?
UMNO, MCA,MIC,GERAKAN,PPP,PBB,SUPP,PBS,LDP,PBRS,UPKO,SPDP,PRS

ape parti komponen PR (PAKATAN RAKYAT)?
PAS, PKR, DAP, SNAP


UMNO untuk siapa?
MELAYU kan...

PAS pulak untuk siapa?
syarat-syarat untuk menjadi ahli PAS:
1. Warganegara Malaysia
2. Beragama Islam
3. ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’
4. Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa
5. Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.

bila orang tu ISLAM boleh jadi berbangsa CINA, MELAYU, INDIA @ SIAPA PUN...
FAHAM tak sekarang ni? (tapi kena ingat sebelum jadi ahli PAS warganegara kau tu ape? kalau warganegara AFRICA tak leh la, walaupun kau tu ISLAM)
siapa yang dah PUPUK dari awal lagi SIFAT PERKAUMAN?


terkini PAS akan melancarkan DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP) pada 23 mei ini...

dalam BN awal-awal lagi dah asingkan UMNO untuk MELAYU, MIC untuk INDIA, MCA untuk CINA dan lain-lain yang ikut kategori rakyat peribumi SABAH & SARAWAK

media massa PRO-BN bukan main canang yang PAS ni parti PERKAUMAN. apelah... & bla bla bla... cakap GUNA OTAK lah... AKAI ADA?

nanti mesti ade yang HENTAM plak cakap PAKATAN RAKYAT lah yang amalkan PERKAUMAN... hoi!!! mari sini aku ajar sikit.... BUTA KAYU AGAK... PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) ade asing-asingkan ke ikut kaum? DEMOCRATIC ACTION PARTY(DAP) ade asing-asingkan ikut kaum ke? SNAP plak baru je JOIN PAKATAN RAKYAT... sebab bosan dengan PARTI KORUP KEBANGSAAN...

OKAY SEMUA ORANG MUDA, ORANG TUA, PENDEK KATA SELURUH RAKYAT MALAYSIA. SILA BACA SAMPAI HADAM. JANGAN BACE SEKERAT-SEKERAT JE.... JANGAN JADI CAM SORANG PAK CIK TU... SIAP CAKAP MASUK NERAKA PUN MASUKLAH... DIA TETAP AKAN UNDI BN... syurga & neraka MEMANG bukan URUSAN kita. tetapi kita sudah tahu apekah ciri-ciri mereka yang akan masuk syurga & neraka... betul tak? walaupun ade pemberat lain untuk menentukan kita penghuni syurga @ neraka... =)


AT-TARMIZI meriwayatkan sebuah hadis daripada Ka'ab bin 'Ujrah:
pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda:
wahai Ka'ab, aku memohon perlindungan daripada Allah Taala supaya supaya melindungi mu daripada pemerintah yang datang selepas aku. barang siapa yang mendatangi pemerintah di kediaman rasmi mereka serta membenarkan pembohongan para pemerintah & menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka buka daripada umatku. dia tidak akan dapat menemui akua dan menghampiri telagaku (telaga kautsar) di Akhirat kelak. barang siapa yang terpaksa pergi ke istana pemerintah sedangkan dia tidak membenarkan pembohongan pemerintah & tidak membantu kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripadanya.

MEMBERI SOKONGAN KEPADA PARTI YANG MENGGALAKAN JUDI, RASUAH, & SEGALA KEMUNGKARAN HUKUMNYA APE? WALAUPUN HANYA DENGAN SATU UNDI.... NANTI DI AKHIRAT AKAN DITANYA JUGA... APE SUMBANGAN KITA UNTUK TEGAKAN KEBENARAN? KAU NAK JAWAB APE? MULUT KAU TAK BOLEH JAWAB DAH... NANTI TAK KAN KAU NAK BIAR TANGAN KAU BAGITAU KAU PANGKAH BN? AKU TAK NAK... KAU NAK KE?

SEMOGA SEKALIAN RAKYAT JELATA DIBERI PETUNJUK SEBELUM PRU YANG KE 13.... HEHEHE...

LU PIKIR LAH SENDIRI...

TERUSKAN KEMPEN UNTUK PRU KE 13

BERSEDIA UNTUK DIAMBIL TINDAKAN. TERIMA KASIH. =)

klik SINI untuk muat turun borang keahlian PAS


p/s: entri ini memang berunsur hasutan. tetapi hasutan kepada kebaikan & kesejahteraan =)

HAI SENANGNYA DALAM HATI LA LALAI LALAI

sekadar hiasan 
hati senang mesti mau senyum...
betulkah?

salam...
jarang entri gambar aku letak kat atas...
haha... sedikit perubahan...

bila hati senang...
mesti senyum ke?
macam tu?

macam mane ukuran hati yang senang? hati yang tak rawan?
ohhhhhhh mudah lah kalau macam tu....

cara menenangkan hati... membuatkan hati jadi tenang & senang... apekah? bace quran? pintal tasbih? bace doa? betul ke? BAWA HATIMU KEPADA TUHAN...

wei!!!
gila kau?!!!
bace quran tu boleh tenang lah!!!
bertasbih tu boleh tenang lah!!!
berdoa tu boleh tenang lah!!!
kau nak kena tampar ke? cakap tak pakai otak ni?!!!

hahaha....
sila jangan marah okay...
kau pintal lah tasbih sampai putus
kau mengajilah sampai koyak quran tu
kau berdoalah sampai abis kata-kata

kalau HATI KAU bukan dengan DIA
kalau HATI KAU merayap MERATA...
kalau HATI KAU masih bela PENDUSTA
kalau HATI KAU masih tak JUJUR

hati boleh senang?
hati boleh tenang?

MULUT kata SUDAH BERSERAH
tapi HATI masih GUNDAH....
USAHA penting untuk DAPAT sesuatu
DESTINASI akhir hanya DIA yanng TAHU...

mana datang AMARAH?
dari HATI... bila MARAH hati tak senang.... mulalah PENYAKIT datang

mana datang SUSAH HATI?
dari HATI... bila HATI belum KAU SERAH pada DIA... mulalah PENYAKIT menjelma

mau bilang pada orang... memang senang... mau luah pada orang..memang senang...mau nasihat orang...memang senang... kamu lakukan begini... kamu lakukan begitu... supaya hati senang & tambah tenang... huhu... apekah? 

walhal... bila datang masalah... pantas kau gundah... pantas kau melatah... pantas kau menjerit... pantas kau pening... pantas kau sakit... apekah?

bukan senang mau jadi cam tu kan? huhhh susah sangat.... cakap pandai lah... sila ambil setiap patah perkataan dalam entri ni... untuk simpan dalam hati aku sendiri. cuma ingatan pada diri. =)

HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI SUDAHAKAH KAU SERAHKAN HATIMU PADANYA...

BENARKAH INI UJIAN LAGI
BEROMBAK CUMA RASA GUNDAH DARI SANUBARI
TIDAK PERCAYA PADA SENGKETA
BISA MERUBAH PERJALANAN YANG BARU BERMULA
BIARKAN MENDUNG BERARAK LESU
RINTIK MENJADI RINDU PADA MU

p/s: syukran jazilan papa wi & mama yah berhati tenang & sabar... usia kian menginjak kesihatan mereka di tahap terbaik. mengejutkan pegawai kesihatan pulak. hehehe.... aku mahu jadi seperti mereka. tidak perlu beri nasihat merata. tidak perlu cakap merata. tidak perlu menjerit merata. BERI HATIMU PADA TUHAN... bukan hanya pada kata-kata... bukan hanya pada manis bicara... bukan hanya pada SMS saja... sekian...

AKU SAYANG MEREKA
SEMOGA MEREKA SIHAT SENTIASA
SEMOGA MEREKA TENANG SENTIASA
BIAR PUN UJIAN DATANG MENJELMA
kepala papa wi macam heli pad pun mama yah sayang huhuhu
aku ni lagi lah sayang INFINITI kat MEREKA
(^_^)

BLOG BUKAN SEKADAR CONTENGAN PERIBADI

salam

pertamanya aku nak tanya... ape kategori blog yang korang tulis?
peribadi?
politik?
filem?
muzik?
tanpa tema?
atau ape pun lah....

tujuan korang tulis blog ape ek?
sekadar suka-suka
ohhhh mesti lah nak bagi semua orang baca
mahu sampaikan maklumat
mahu cerita hal saya je... dari hujung rambut sampai hujung kaki(ini hak saya)
ohhhhhhhhhhhh korang yang mane satu?

pada aku menulis blog @ memilki blog bukanlah sekadar mahu menulis kisah peribadi... hal-hal peribadi saje... jadikan blog korang bermanfaat kepada setiap yang singgah... sampaikanlah kebaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat... betul ke? kalau tak nak harapkan mase bila? dah asyik BLOGWALKING je... hahaha

kebaikan tu mende? baik pe... aku cite pasal boyfren/gurlfren aku yang baik... lor... gitu ke? tak salah bercerita. kerana itu hak milik setiap insan. ape salahnya sertakan sekali nasihat/peringatan/pesanan/nilai moral walaupun pe yang korang sampaikan cuma sepatah je... kalau ade yang membaca tetap bermanfaat juga...

ini hanya pendapat & pendirian peribadi tidak ada kaitan dengan sesiapa pun - MissXYZ

p/s: maaf andai kata ada tersalah kata & terlanjur bicara...

19 May 2010

ANTARA MALAYSIA, SINGAPURA & BRUNEI

salam
apa khabar semua?
harap sihat sentiasa...

ini adalah entri yang mahu mengajak pembaca semua berfikir sejenak. betul atau tidak yang aku cuba perkatakan. kebagusan &  kelemahan yang ada dan boleh kita lihat sendiri. tanpa kajian yang terlalu terperinci...

MALAYSIA
apa yang korang boleh terangkan mengenai MALAYSIA? ramai pendatang tanpa izin? betul tak? kat KL, kat SHAH ALAM, kat kawasan FELDA, kawasan kampung & banyak lagi. pendatang asing tu... bukan hanya dari sebuah negara je... tapi daripada pelbagai negara. seperti INDONESIA, BANGLADESH, FILIPINA, NEPAL, CHINA, INDIA, & lain-lain... mudah sangat ke nak masuk & lepas sempadan MALAYSIA ni? tak de PERMIT pun lepas jugak? atau PIHAK BERKUASA tak buat kerja? kemalangan JALAN RAYA plak? memang sangat tinggi kat MALAYSIA ni kan? KETEGASAN pihak berkuasa macam mana? tegas ke? kalau tegas kenapa ada yang berani buang sampah merata-rata? atau ada aturan tapi tak kuat kuasa? KUALITI makanan yang dibawa masuk untuk rakyat pula macam mana? ade pemerintah ambil tahu? lesen ARAK mesti ade... LESEN JUDI dah lulus pula...

SINGAPURA
semua orang tau SINGAPURA ni pemerintah diaorang NON MUSLIM. korang pegi jalan-jalan kat SINGAPURA... ade tak jumpa LAMBAKAN warga asing? ade tak RAKYAT diaorang bawa keta LAJU-LAJU? ade tak yang buang sampah sesuka hati? kalau korang datang sane la... buang sampah ikut suka kompem kena KOMPAUN. betul tak? TANDAS diaorang BERSIH GILER... tak caye? JOM ke SINGAPURA... kualiti makanan yang masuk kat SINGAPURA semuanya baik-baik... sampaikan BAWANG PUTIH yang dia orang bawa masuk pun kebanyakannya dah BUANG KULIT. yang tukang buang kulit bawang tu orang MALAYSIA. betapa diaorang jaga kebersihan NEGARA diaorang. sape yang kena mulakan ni SEMUA? rakyat @ pemerintah? rakyat @ pihak berkuasa?

BRUNEI
ohhhh negara ni PEMERINTAH mereka ISLAM. pihak pemerintah mereka TIDAK MENGGALAKAN PELANCONGAN. pernah dengar KEMPEN TAHUN MELAWAT BRUNEI? tak de kan... biarpun tidak menggalakan pelancongan tapi tak la plak halang kedatangan pelancong... PEMERINTAH mereka lebih ISLAMIK daripada MALAYSIA. isu terbaru mereka TIDAK benarkan pelancong untuk MINUM arak kat negara mereka.... kalau nak minum balik negara KORANG la... aku respek giler... atas alasan BALA yang datang bukan kat INDIVIDU tapi akan datang pada KELOMPOK yang TIDAK menghalang KEMAKSIATAN.... ohhh kalau MALAYSIA begitu? indahnya...

lepas aku cakap cam ni nanti mesti ada yang cakap... wei BRUNEI & SINGAPURA tu negara diaorang kecik je.. senang la nak jaga... hah? macam tu ke? bila negara kecik.... rakyat pun sikit... bila negara besar rakyat pun ramai... belajar MATEMATIK tak? kira la nisbahnya.... mungkin hampir sama juga... sama-samalah jaga negara kita supaya jadi lebih BAIK....

KESIMPULAN: HAPUSKAN PEMERINTAH KORUP

INGATAN:
bencilah pada segala bentuk kemaksiatan. jangan bencikan pelaku maksiat. kerana mereka juga hamba Allah. selagi pintu taubat masih terbuka.... mereka masih ada peluang mohon diampun dosa... =)
ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN
ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA
ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI
ALLAH ITU MAHA SEGALA

p/s: aku perlu teropong diri dengan teliti... kalau perlu beli mikroskop juga.

INI FAKTA PENTING... MESTI BACA

salam
moga kalian sihat & ceria selalu

dalam bahasa inggeris & itali.. jurugambar dikenali sebagai paparazi. perkataan ini dipercayai diambil daripada watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. dalam bahasa melayu pula ayah kepada seorang budak yang bernama razi juga dipanggil papa razi... =)

bendera negara denmark telah dicipta 700 tahun lampau... menjadikan bendera denmark bendera paling lama digunakan di dunia. ini lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. =)

hanya enam bahasa yang digunakan oleh PBB. iaitu bahasa inggeris, perancis, arab, cina, rusia & sepanyol. ini akan menjadi tujuh bahasa jika perwakilan menggunakan bahasa kasar atau bahasa kesat. =)

orang yang tidak ambil tahu tentang pangkat, wang ringgit, kedudukan, & harta dunia ialah orang Utan... =)


p/s: kerja keras untuk entri berjadual... 21 mei 2010 mesti ada kat mersing. 26 mei 2010 aku kena gi jabatan peguam negara & berada kat putrajaya 1 hari suntuk. 2 jun 2010 mesti ke parit raja. 17 jun 2010 ade di bangi. 21 jun 2010 HUKM menanti.... time is running out beb. idea idea idea. sape-sape nak minum teh jom lah... hahaha

KITA MEMANG TAK BERAPA AMBIL TAHU

salam
moga semua sihat hendaknya

kita semua tau
kalau ditanya siapa Mawi?
satu malaysia tau

kita belum tentu tau
kalau ditanya siapa Tariq Ibnu Ziyad?
berapa ramai yang tau beliau Panglima Islam yang membuka Andalusia

kita semua tau
kalau disebut 14 Februari
semua orang tau hari valentine's

kita belum tentu tau
kalau disebut 12 Februari
hari di mana gugurnya As- shahid Imam Hassan Al-Banna

orang lebih mudah menagis bila peserta AF disingkirkan
berapa ramai yang menangis jika dibacakan ayat-ayat tentang azab Allah

18 May 2010

KENALI PAKAIAN ANDA MELALUI BUTANG BAJU

salam
ramai yang suka pakai T-SHIRT berkolar
perasan @ tidak?
korang semua perasan tak PERBEZAAN t-shirt yang ade BUTANG?
bagi LELAKI & PEREMPUAN
jom aku tunjukan PERBEZAANNYA

ini adalah imej baju bagi LELAKI
selisih BUTANG baju dari KIRI ke KANAN


ini adalah imej baju bagi PEREMPUAN
selisih BUTANG baju dari KANAN ke KIRI

ehsan daripada: ADIDAS

p/s: pe lagi? leh la pi beli baju baru pas ni... lalala. perhati dengan teliti... pada aku pakai t-shirt lelaki @ pempuan sama je... ye tak? janji baju... ohhhhhhh

SIAPA BIJAK SILA LAH JAWAB

salam
wohaaaaa
apa khabar semua
tetiba aku jumpa gambar ni
korang tau tak ni benda alah ape?


okay...
kalau rasa-rasa tau
silalah tinggalkan jawapan kat ruangan komen
untuk entri ni...

nampak macam mudah... 
tapi tak tau lah korang tau ke tak pe bendanya ni...
benda alah ni merupakan barangan buatan jepun
agak-agaknya apa ye?

ini hanya entri suka-suka

ini juga bukan contest ye
sesiapa yang dapat meneka dengan tepat
aku bagi hadiah top up RM10
(celcom/digi/maxis)
tiada apa-apa syarat
hanya seorang peneka yang tepat diperlukan

fikir-fikir na na na na na

p/s: silalah jawab tak de tarikh tutup pun

TUTORIAL PHOTOSHOP AKAN BERMULA MINGGU DEPAN

salam
mulai minggu depan
aku akan post entri tutorial penggunaan
ADOBE PHOTOSHOP
insyallah
sekurang-kurangnya satu entri setiap minggu
aku akan sentuh mengenai editing gambar seperti super impose & lain-lain
design iklan animasi berkelip-kelip/bergerak/dan lain-lain
mencipta logo
design header
segalanya aku akan lakukan secara berperingkat
khas untuk follower blog aku
juga pembaca setia
nanti boleh lah korang aplikasikan untuk mencantikan blog korang
editing untuk gambar perkahwinan & lain-lain
aku akan tunjukan melalui print screen
dan juga beberapa arahan yang ringkas
bagi yang terlepas aku akan letakan link pada sidebar
supaya korang semua boleh buat reference pada bila-bila masa

bahan-bahan:
komputer (desktop @ laptop)
perisian adobe photoshop

p/s: aku lebih suka gunakan portable adobe photoshop. tak yah susah-susah instal. tak perlukan key. dan sangat mudah. aku suka sangat. yang aku tak berapa nak suka buat print screen. hohoho.... =)

BERTUKAR BIDANG... PATUTKAH?

salam
ohhhhhh
moga semua sihat & diberkati lagi dirahmati
korang suka tak dengan apa yang korang buat sekarang?
maksud aku pekerjaan korang? study korang?

gembira?
tertekan?
biasa je?

apa akan jadi kalau sebelum ni tak pernah langsung jumpa kira-kira akaun... sebelum ni tak pernah pegang spatula.... sebelum ni tak pernah sentuh mikroskop... sebelum ni tak pernah melukis... atau ko memang dah biasa buat kerja luar.... atau ko dah selesa duduk dalam aircond? macam mane perasaan korang? 

pada aku kalau rela untuk buat semua kerja yang ada sekarang tak pe lah... ikhlas dan sanggup sahut cabaran... juga mampu lakukan kerja dengan dedikasi... it's okay... kemudian....... satu masa korang kena lompat @ terjun ke bidang yang korang betul-betul zero... amacam? mau mati ka? 

atau korang terpaksa sambung degree, master bidang yang lain.... biase orang sambung master pilih bidang yang lebih ringan kan? atau kena belajar sesuatu yang baru & betul-betul zero.... uwaaaaaaaaa...

apa jadi selepas tu?
yakin boleh? 


p/s: nury aku menyesal... dulu upah ko wat kira-kira akaun... sekarang aku betul-betul zero... harap pada modern math & add math je... guna ilmu biologi & fizik tak leh ke hencek? i guna excel baik punya... nanti i botak pulak... ngeeee...  perlu attend class ke? ponteng tak leh? =P

LAPORAN BERITA PENGIKUT THAKSIN LAGI UMPHHH KE?

salam
agak lambat entri ni ditaip
pagi tadi aku buka ar TV
channel TV3 suku a.k.a TV3
pada 17 mei 2010
kol 7a.m BULETIN PAGI
mula-mula berita yang diaorang sampaikan ape?
korang tau tak?
cite pasal pengikut THAKSIN yang asyik berdemo kat THAILAND tu...
alah semua tau kumpulan BAJU MERAH..
apehal tak siar BERITA dalam negara dulu?
apehal tak gitau semua asal umum keputusan PRK malam tadi lambat sangat?
asal? asal? asal?
dah rakyat tolak THAKSIN sudah ar.....
kalau FAHAM MAKSUD DEMOKRASI tak payah mengamuk
ada betul ka?
aku rasa kalau tak siar sangat berita THAILAND bergolak pun tak pe
cite PRK P212 sat je tak sampai 5 minit =)


p/s: ada orang pesan kat aku jangan letak LOGO PAS kat bucu tu... aku bagi tau kat sini. SEGALA YANG TERCATAT & TERTULIS DALAM BLOG NI ADALAH KATA-KATA daripada MissXYZ. nak tangkap. tangkap aku. dan aku ulang lagi AKU AKAN TETAP SOKONG PAS selagi masih berlandaskan ISLAM. aku RESPEK PEMUDA UMNO tempat aku berani anta emel kat aku. aku pun tak memilih dalam berkawan. aku tak kesah KAU orang BN atau apa segala. aku pun dah PESAN kat diaorang JANGAN sesuka hati nak tabur POSTER KES LIWAT ANWAR depan umah aku. aku tak mungkin terpengaruh. FAHAM??? tu je... ngeeeeeeeeeee

INSTRUMENTAL MAGIC - The Velvet Clarinet

salam to all
juz wanna share what i have








inside that box
have 3pieces instrumental music CD's
you should know what Instrumental Magic
is a music lover's dream collection.

The Velvet Clarinet features that unique musical instrument... the clarinet... once again you can enjoy the finest easy-listening recordings highlighting the talents of Acker Bilk, Benny Goodman, Dave Sheperd plus several others.... it so  nice to listen...

17 May 2010

PEDOMAN PEMAKAIAN

salam semua
tajuk ape-ape je la...
PEDOMAN PEMAKAIAN = PANDUAN PENGGUNAAN
tak de kaitan dengan isi kandungan entri ni...

aku mahu kongsikan sedikit mutiara kata buat pedoman kita semua

Rasulullah s.a.w bersabda:
"sebaik-baik air di muka bumi ini adalah air zam-zam. ia dapat mengenyangkan dan menyembuhkan penyakit"
(HR Imam Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"jika kamu mahu sembahyang kamu itu diterima hendaklah kamu memilih imam kamu orang-orang baik-baik dari kalangan kau kerana mereka adalah wakil antara kamu dan Tuhan kamu"

KETAQ LUTUT TAIB MAHMUD NAK BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK!!!

salam
TAHNIAH DAP!!!
GELOMBANG DEMOKRASI SUDAH MERENTASI LAUT CINA SELATAN =)

Sibu: DAP yang diwakili Wong Ho Leng mencatatkan kemenangan undi majoriti sebanyak 398. lantas menjadi kegugupan kepada SPR untuk mengumumkannya. lalu mereka lakukan pengiraan undi semula. TETAPI MALANGNYA KERTAS UNDI TETAP TIDAK BERTAMBAH BUAT MEREKA. kebarangkalian untuk tersilap kira tiada juga...hihihi.... 

maka dengan itu kemenangan calon diisytiharkan. biarpun agak lambat & jadi debaran buat wakil media dan rakyat jelata. sekonyong-konyongya... nilai 18juta yang dijanjikan Najib Tun Razak buat sekolah cina tidak mampu membeli JIWA mereka yang majoritinya kaum cina.

oh!!! cam ne TAIB MAHMUD tak ketaq lutut nak bubar DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK. Najib Tun Razak memerlukan DANA yang lebih banyak untuk ditawarkan pada rakyat SARAWAK untuk menjamin kemenangan BN di sana. apa pun TAHNIAH lagi sekali!!!

16 May 2010

WOI!!! HEBAT KE KAU?

salam
harap semua sihat

aku jalan-jalan...
jumpa manusia rasa hebat dapat layari bahtera rumah tangga selama 7 tahun. ini contoh saja. oh!!! kau sudah tahu sifat manusia itu kau kata. kau juga faham sikap lelaki itu kau juga yang kata. kau kata juga sudah banyak pengalaman yang kau rasa. oh!!! apa kau rasa saat kau cerita? hebat? dahsyat? kau nampak kuat? kau nampak tabah? bagus andai kau benar tabah. cuma kau perlu ingat jangan terlalu rasa hebat. esok lusa suami kau boleh kena rembat. esok lusa mungkin kau boleh hidup merempat. saat usia senja pun bisa jadi janda. itu adat kat dunia. dunia juga bukan milik kita. kita hanya tumpang saja. menanti saat ajal menjelma.

aku jalan-jalan...
jumpa manusia bilang dia bisa buat orang derita... bisa juga buat manusia merana.. oh!!! kau tu siapa? kau superman ka? atau si batman? atau joker yang penuh contengan di muka? bisa kau tiup sangkala kala? bisa kau tempel derita @ merana pada perjalanan hidup manusia? cakap jangan dongak langit saja... lihatlah tanah sekali sekala... nanti suatu masa kau tinggal sorang kat dalam sana... itu bukan aku kata... memang hakikat jadi manusia...

aku jalan-jalan...
jumpa orang lihat manusia mahu tipu seisi dunia. kau boleh bangga & dabik dada saat di dunia. kau juga patut tahu ada balasan juga di sana. semestinya penuh azab seksa. di punggung kau akan ada bendera. sebagai tanda si pendusta.... ini bukan aku kata... cubalah cari buku agama.... baca-baca buat tarbiah bersama...

aku jalan-jalan...
jumpa si manusia sifat baik penghias jiwa... belum tentu jujur di dalamnya... ya... manusia baik merata-rata... yang jujur susah nak jumpa... manusia kau mahu jadi apa? bukan aku kata... dah memang tertulis dalam kitab agama... munafik itu topengnya pura-pura... kekadang berpura tak tahu apa-apa... persis anak-anak baru lahir ke dunia...

kalau rasa hebat jangan dabik dada
kau belum lihat DIA punya kuasa
sesiapa pun boleh lenyap tiba-tiba
seperti qarun dibenam bersama harta
hanya KUN FAYAKUN saja...

ahhhhhhhhhh
aku? pandai cakap saja... malu sendiri... tak putus buat dosa... (aku tunduk lihat diri)
mahu bikin apa lepas ni?
APA YANG BAIK DATANG DARI DIA YANG BURUK DATANG DARI AKU


p/s: aku pohon maaf pada semua jika aku ada terlanjur bicara... aku juga manusia biasa... hajat hati mahu    huni syurga... bimbang tak tahan azab neraka... tapi aku juga penuh dosa...

ALAM DARIPADA KECIL DAN SEMAKIN BESAR

salam
pekabo semua?
entri ringkas buat tatapan semua...

kita sedar atau tidak...
kita akan menempuhi beberapa alam...
alam rahim, alam dunia & alam akhirat
ye tak?

ALAM RAHIM
manusia akan menempuhi alam rahim pada awalnya yang hanya terhad di dalam rahim ibu & tak dapat bergerak ke mana-mana. hanya mampu berpusing-pusing di sekitarnya saja....betul tak... kemudian lahir ke dunia... memasuki ALAM DUNIA


ALAM DUNIA
kemudian kita semua lahir ke dunia.... dunia ini lebih luas dari alam rahim. dan lebih banyak cabaranya... betul tak? kita lihat saja... lautan yang terbentang luas... gunung ganang yang tinggi... langit yang tak tercapai dek tangan... dan macam-macam lagi yang ada... mampukah kita mengelilingi dunia? mengelilingi bumi mungkin kita mampu... dunia ini meliputi ruang angkasa juga.... korang mampu? luaskan dunia ni... =)




ALAM AKHIRAT
merupakan alam terakhir buat kita. dan kita akan abadi di sana. tidak kira kita penghuni syurga atau neraka. seorang yang memiliki iman walaupun sebesar zarah tetap akan merasa nikmat syurga... itulah janji yang MAHA ADIL lagi MAHA BIJAKSANA.... perjalanan untuk sampai ke neraka juga bertahun lamanya.. saat menanti untuk meniti titian sirat juga sangatlah lama.... dengan keadaan manusia yang sangat ramai. susah atau senang kehidupan di sana bergantung pada amalan kita di dunia. inilah alam yang paling luas.... buat semua manusia... dan merupakan destinasi terakhir buat kita...

itulah ringkasnya & uniknya ketentuan ALLAH yang MAHA MENGETAHUI setiap kejadian di langit & bumi... wallahualam

segala yang baik hanya daripada DIA yang buuk semua daripada aku...

moga ada manfaat buat diri aku
silalah baca kepada mereka yang mahu... =)

YANG KITA BERI TAK SAMA DENGAN YANG DITERIMA

salam
moga kalian sentiasa sihat hendaknya....

pernah tak kita rasa apa yang kita buat @ apa yang kita lakukan macam tak de balasan je? ikhlas ke kalau ade rase cam tu? pernah tak korang terfikir? apa yang kita berikan kita akan dapat kembali.... cuma cara kita mungkin tak sama... tapi percayalah selagi korang memberi korang tetap akan menerima. itu memang janji Allah. malahan jika kita memberi kebaikan kita akan dapat pulangan yang lebih... ye dak?

jika ko beri sedekah RM5... mungkin ko akan dapat kembali duit tapi dalam jumlah yang lebih. biar pun bukan datang daripada orang yang kita bantu... itu hakikatnya. kadangkala ko berikan sesuatu pertolongan contohnya membantu seseorang yang kerosakan motor kat highway... kemudian hari korang mengalami masalah kat tempat kerja... InsyaAllah akan ada yang membantu...

ko ikhlas kat tempat keje & dedikasi saat ko bekerja... mungkin ko akan dianugerah anak-anak yang berjaya suatu hari nanti. yang penting korang yakin dengan janji Allah. ikhlas dalam setiap perbuatan. ganjaran pasti akan diberikan... setiap pemberian Allah kadang kala kita tak berapa nak perasan... kadang kala kita keluh kesah... hakikatnya bila kita renungi & amati... ganjaran daripadaNYA tetap ada...

tetapi cara & individu yang diutus Allah untuk membantu kita mungkin bukan orang yang serupa & mungkin bukan dalam situasi yang sama. perumpamaannya tangan-tangan Allah sentiasa akan membantu hambaNYA yang ikhlas... wallahualam...

buat renungan diri sendiri...
juga pada siapa yang sudi baca entri ni =)
pemberian & pertolongan atau apa saja yang ikhlas pasti ada ganjarannya =)

TAK CUKUP MASA @ TAK PANDAI BAHAGI MASA

salam
kabare semua?
huhuhu...
bahasa jawa okay tak?

aku kadang-kadang rasa tak berapa cukup masa...
betul ke tu?
ke aku yang tal pandai bahagi masa?
alah mase semua orang sama 24jam...
ye tak?
dua tiga menjak ni aku sibuk la sangat bace blog, bace buku, buat video, ni dah masuk 3 hari aku tak berapa nak tido. adekah patut? 

aku rajin sangat singgah blog diaorang ni RESEPI RAHSIAKU, 1001 KISAH, PLAIN JANE, PIPI MUNCET.... dok la bace entri-entri lama...

buku yang aku dok layan sekarang ni POLITICAL TSUNAMI by LIM KIT SIANG

buat editing & dubbing video kawen... tu pon tak siap-siap lagi... ma aku dah bising due date dah dekat. adoiyai... terfikir untuk pergi GUNUNG PULAI join budak-budak blogger. macam best je... lalala...

aku terfikir...
bila masa aku dok ingat DIA harap dalam SOLAT je ke?
sila jangan tiru macam aku...hari-hari lepas AKU pesan dalam blog apa yang kita wat kalau niat kerana ALLAH jadi ibadah... aku buat ke? harap adelah tu... =)
AKU BUKAN BAIK PUN =)
demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beramal soleh & berpesan-pesan ke arah kebaikan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...