GENG LENSA HIDUP

16 June 2010

WHAT IS HOMONYM?


salam....
today i juz want to share about homonym...
what is homonym?

a homonym is a word that is the same in form or sound as another but different in meaning... for example pale and pail.... can you see the different?

see how they are used....

accept : take; receive
he willl not accept such a gift from you

except : but not; leave out; take out
we go out every day except sunday
________________________________________________________________

arms : limbs
we have two arms

arms : weapons; guns, knives, swords
guns are arms

alms: gifts to the poor
eman gave alms to the beggar
________________________________________________________________

bear : animal with long shaggy hair and short limbs
the bear often lives in a cave

bare : naked; uncover
ah seng walked with his feet bare
________________________________________________________________

cell : a prison room
the prisoner is alone in his tiny cell

sell : to exchange something for money
salim wants to sell his bicycle
________________________________________________________________

die : come to an end
many people die of hunger

dye : to gave a new colour
i want to dye my white dress red
________________________________________________________________

heard : past tense of teh verb "to hear"
i have never heard of him

herd : a group of animal
a herd of elephants are bathing in the river
________________________________________________________________

another examples are...
hair and hare
heal and heel
hear and here
fore and for or four
know and no
lessen and lesson
loan and lone
feet and feat

there are so many words.... i think it just a bit in my mind... miahahaha... =)

p/s: never mind it's juz a picture... you're welcome my visitor... =)

AWARD LAGI

salam
award kali ni daripada cik fajar


terima kasih ye..

15 June 2010

KALAU TAK SEMPAT SANGAT BERDOA... LAKUKAN INI


salam
hai semua....
moga sihat di hari selasa ni...
hari-hari datang blog ni bace tazkirah je....
korang jemu tak? heheh....

ni aku nak bagi tips...
kalau korang dilanda kesibukan...
yelah korang semua kan busy...
pas solat tak berapa sempat nak berdoa lame-lame beb....

lakukan ini.... doa je cam ni....
"ya Allah ya Tuhan ku.... doaku seperti biasa... amin"

gile pe berdoa cam tu... haha untuk hiburan semata-mata...
asik entri serius je... wat kelakar sekali sekala okay jugak kan?

khalas =)

p/s: sila jangan lakukan ye =)

AWAS!!! BAHANA MERATAPI KEMATIAN


salam
kepada semua aku harapkan korang sihat sejahtera
dirahmati & diberkati selalu.....
ermmm.....
penulisan entri agak kurang kerap ye sekarang ni... 
sibuk membaca sikit.... huhuhu....

kali ni aku nak kongsikan perihal kematian.... 
juga perihal orang yang meratapinya...

dari Umar bin Khattab berkata sabda Rasulullah s.a.w:
"seorang mati disiksa dalam kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya"
(HR. Bukhari dan Muslim)

dari Ibnu Mas'ud berkata: sabda Rasulullah s.a.w:
"bukan dari golongan ku orang yang memukul-mukul pipi dan merobek saku dan menjerit dengan suara kaum jahiliyah"
(HR Bukhari dan Muslim)

dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah mengutuk orang yang merintih dan yang mendengarkannya"
(HR. Abu Dawud)

antara larangan sebagaimana di dalam keterangan beberapa buah hadis mengenai meratapi kematian... diharap dapat dijaikan ikhtibar buat semua....
1. tidak termasuk menjadi umat Nabi Muhammad
2. merupakan tanda kekufuran
3. dapat menjerumus dalam kekufuran
4. pada hari kiamat dipakaikan pakaian dari aspal dan kutang(baju dalam) dari nyala api neraka
5. memperoleh kutukan
6. dibarisakan di tepi Jahannam sambil menggonggong bangkai anjing untuk ahli neraka

ini semua adalah petikan daripada beberapa potong hadis tafsiran asal.... ermmmmmmm.... kena la aku terang kan sikit ye dalam ayat-ayat modem supaya mudah difahami.... 

oh biasenye orang pempuan la yang suka meratap ni... huhuhu.... lelaki pun ade gak... tapi agak kurang.... mengingati dan menyebut-nyebut alamat(tanda) sebelum kematian seseorang juga dilarang seperti "sebelum dia meninggal dia banyak diam.... tak mau bercakap.... selama ni tak pernah nak bersalam bila pegi keje.... tapi sebelum dia eksiden dia salam saya pulak" ni contoh je ye.... perbuatan cam ni pun tak leh gak.... kan selalu kuar kat TV sikit-sikit tanya cam tu.... kan?

seseorang yang meninggal dunia... jika diratapi oleh waris atau orang-orang yang masih hidup... si mati akan menerima siksaan akibat daripada ratapan kita kat dunia... selain tu perbuatan meratapi.... memukul-mukul dada... dan sebagainya merupakan perbuatan orang-orang Jahiliyah....

alaaaaaaa..... siapa yang biasa kita tengok suka meraung-raung kalau ade kematian? kalau kat hospital siapa yang suka meraung-raung? "ayoyo.... ayoyo yenna pa...." semestinya cina & india.... korang nak jadi cam tu ke?

apabila ada kematian mereka yang hidup hendaklah bersabar.... sambil mengingati mati... kerana mati itu suatu yang pasti.... buat mereka yang bernyawa... cuma cara & masa je yang berbeza.... yang tidak akan menghadapi kematian hanyalah Allah S.W.T.... itulah sifatNYA tidak mati.... tiada permulaan.... tiada pengakhiran.... tidak tidur.... tidak mati...

kita semua makhluk... sama ada malaikat, syaitan, manusia, pokok dan semua makhluk akan mati.... hanya masa dan keadaan saja yang berbeza-beza... nanti aku sambung lagi mengenai.... ucapan takziah ngan cite-cite lain okay =)

segala yang baik datang dari DIA yang buruk semua dari aku....

wallahualam....

p/s: dulu waktu aku jahil aku nangis la jugak siap peluk-peluk bantal.... mase arwah atuk aku meninggal... siap sebut-sebut jugak mase sehari sebelum meninggal aku cium dahi dia.... sebelum ni tak de pun... mase tu aku form 1... harap silap tu tak berulang lagi.... ade sape-sape nak test? meninggal... aku nangis ke tak.... huhuhu

14 June 2010

BERSEDEKAH DENGAN APA YANG KAMU SUKA



salam
moga semua sihat sentiasa...
erm... aku lame dah nak sentuh tentang hal sedekah...
susah sangat nak jumpa pesan Rasulullah pasal sedekah...
kali ni da boleh cerita.... =)

wasiat Rasulullah kepada Ali r.a:
"hai Ali! apabila engkau bersedekah maka bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada engkau. maka bahawasanya sedekah satu suap daripada yang halal itu yang lebih disukai oleh Allah daripada seratus masykal daripada yang haram. dan satu sedekah yang kau berikan sebelum engkau mati adalah lebih afdhal daripada seratus masykal yang disedekahkan oleh keluarga mu pada setelah engkau mati. - Allah S.W.T telah berfirman: "pada hari kiamat manusia akan melihat segala apa yang telah dimajukan oleh kedua tangannya"

selalu kita jumpa....
"eh baju ni da lame la aku malas pakai lagi... leh la bagi kat anak yatim..."
dah tak suka baru nak bagi...

selalu kita jumpa...
"aku tak nak la... kalau ko nak ambik la..."
dah tak nak baru nak bagi....

selalu kita jumpa...
"alaaaaaa..... da tak up to date la... bagi kat si **** la.... dia orang susah"
dah tak suka baru nak bagi....

bersedekahlah dengan barang yang korang suka... yang korang sayang.... barang yang masih elok lagi.... selalu sangat jadi zaman sekarang ni... dah tak suka baru nak sedekah.... bila tak makan.... baru nak bagi kat jiran... kalau makan dan sangat suka sikit pun tak nak kongsi dengan jiran tetangga.... =)

renung-renungkan lah....

SENYUM juga satu sedekah =)

p/s: sedekah kereta baru boleh? hahaha....

13 June 2010

TIDUR MESTI BERALAS


salam
selamat hari ahad ye semua =)

kali ni aku nak kongsikan mengenai... cara tidur.... tidur mesti beralas... betul ke? kepala adalah bahagian yang paling dihormati kerana tu kita hendaklah tidur beralas.... zaman sekarang mesti la guna bantal kan? Rasulullah sendiri andai mahu tidur paling tidak beralaskan lengan baginda... begitu sekali pentingnya tidur beralas... ermmm... kalau ade bantal sila la guna bantal okay =)

Baginda bersabda:
"hendaklah kamu tidur hingga hilang rasa mengantuk"
(Bukhari - Muslim)

maksudnya di sini tidak la ditetapkan waktu tidur bagi setiap orang tu.... ini bererti keperluan tidur bagi setiap manusia tu berbeza.... ikut tahap kepenatan... juga tahap rasa mengantuk korang... okay =) Rasulullah juga tidak menahan rasa mengantuk baginda... dan segera tidur apabila rasa mengantuk... kecuali pada masa-masa tidak baik... 

baginda juga melarang keras tidur meniarap...

Abu Umamah r.a meriwayatkan hadis mafhumnya:
Nabi Muhammad s.a.w melihat seorang lelaki yang sedang tidur dengan telungkup(meniarap) di dalam masjid. lalu Nabi memegang dan menggoyangkan kakinya(mengejutnya) dan berkata : "bangkitlah engkau - atau duduklah - sesungguhnya tidur mu itu adalah tidur (dalam) neraka Jahanam"

(Riwayat Ibnu Majah)

tidur yang terbaik adalah tidur dengan kepala beralas.... dan mengiring ke kanan... kadang kala Baginda juga tidur telentang sambil menyilangkan kaki... juga berzikir hingga baginda tertidur...

wallahualam...

p/s: harap mampu tukar cara tidur korang semua ye... jangan la tidur meniarap ye sayang =)

SILAP DAN DOSA DUA PERKARA BERBEZA


salam
moga kalian semua sihat selalu ye....

erm...
silap... tak semua silap tu berdosa.... apasal plak? yelah kalau silap jawab soalan matematik tak berdosa kan? so tak semua silap tu berdosa....

tetapi.... dosa tu... memang suatu yang silap... yelah suatu kesilapan yang menyebabkan dosa... adekan? macam minum arak... berzina... dan macam-macam lagilah kan....

wallahualam...

p/s: teringat ayat encik keli oh keli =)

KHASIAT BELUT

salam...
kali ni aku nak kongsikan tentang khasiat belut...
kenal tak korang semua dengan belut?

ni ha gambar belut...

belut ni banyak khasiatnya.... walaupun ade orang geli nak makan @ takut nak makan.... aku suka gile makan belut.... mama yah takut sikit nak siang belut.... sebab susah nak mati.... walaupun da ketuk paler dia banyak kali.... mama yah cakap cam ular pun ade.... basenya kalau tukang ketuk paler belut ni ucu aku la.... huhuhu... belut ni sedap wat goreng, masak sambal, wat laksa.... memang sedap tahap dewa.... potong pendek-pendek.... nanti tak la terbayang macam ular plak mase ngah makan.... =)
belut atau nama saintifiknya Monopterus Albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. sungguhpun ramai yang tidak 'sudi' makan belut... tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat....
spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi....
tak heranlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis....
p/s: aku kalau balik kampung kat sekinchan tak sah kalau ucu aku tak tangkapkan belut... kalau musim ngah tak berapa nak ade belut... papa wi mesti ajak pi pasar sungai besar beli belut.... ngeh ngeh ngeh.... kami adik beradik hantu belut =)

SIFAT BURUK BAGI SUAMI TETAPI BAIK BAGI ISTERI

(gambar hiasan je)
salam
apa khabar semua....
harap sihat sentiasa..... 

kadang-kadang ada sifat yang tidak elok ada pada seorang suami.... tetapi menjadi elok jika sifat itu ada pada seorang isteri.... jom kita usyar terjemahan ni....

Ali R.A berkata:

"sejelek-jelek (seburuk-buruk) sifat bagi kaum lelaki adalah sebaik-baiknya sifat bagi kaum perempuan iaitu kikir(kedekut) dan bersikap keras dan takut. kerana sesungguhnya perempuan itu kikir(kedekut), maka ia akan memelihara harta suaminya dan jika bersikap keras, maka dia akan menjaga diri dari berbicara kepada setiap orang dengan perkataan yang halus(mesra) yang akan menimbulkan sangkaan yang jelek(buruk), dan jika penakut maka ia takut dari segala sesuatu. oleh itu dia tidak berani keluar dari rumahnya dan dia menjauhi tempat-tempat yang menimbulkan kecurigaan yang jelek kerana takut pada suaminya"

maksudnya di sini isteri umpama seorang tawanan yang lemah... segalanya terikat pada izin suami... sekalipun mahu mengeluarkan hartanya sendiri.... inikan pula harta suami.... juga larangan untuk melunakkan suara kepada lelaki lain hingga menimbulkan fitnah.... juga tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami....

ni aku aku ambik daripada terjemahan kitab UQUDUL LUJAIN panduan hidup untuk suami & isteri yang soleh =) 

p/s: malas benar rasenye nak membaca.... adeh....

TEMUI LENSA HIDUP DI FACEBOOK

salam
tetiba rasa nak timbang berat blog sendiri
yelah lepas da tukar template baru rase cam berat la plak...
semalam si lok a.k.a "cucu yang mulia"
cakap blog aku berat...
sape soh datang mase under construction
hahaha


tumpang timbang kat blog bro zulkbo... lalala
size yang ideal bagi sesebuah blog tu...
adalah kurang daripada 100KB
aku ni da lebih la plak... 
sejak da tambah logo blogger keamanan rakyat malaysia

korang leh search LENSA HIDUP ~ kat Facebook
huhuhu dua tiga hari lepas kot aku wat fan untuk LENSA HIDUP ~
malas nak tempel kat blog... bedge tu... 
terima kasih buat yang sudi jadi fan kat LENSA HIDUP ~

12 June 2010

NICE WORDS

salam
nice words i got from my friend...
juz wanna to share here.. =)

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
(Hassan al-Banna)

"The greatest weakness of most humans is their hesitancy to tell (show) others, How much they love them 
while they're alive."

(Poet)

credit to: hurul ain mahmud

HIDAYAH ITU MILIK ALLAH S.W.T


salam...
moga semua sihat sejahtera...

yakin akan hidayah itu hak milik mutlak Allah S.W.T... hidayah akan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA... sekalipun Rasulullah itu penyampai dakwah... tetapi baginda tidak berupaya memberikan hidayah kepada sesiapa pun....

sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam al-quran yang bermaksud:
Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki
(Surah Al-Qasas ayat 56).

begitulah betapa Maha Berkuasa Allah S.W.T... ke atas setiap kejadian di muka bumi ini... erm.... hinggakan Abu Talib bapa saudara Nabi tetap mati dalam kekufuran biarpun beliau adalah insan yang dikasihi Baginda Rasulullah s.a.w..... biarpun bapa saudara baginda mengetahui Muhammad itu pembawa agama kebenaran....

ini bererti selagi hidayah Allah tidak meresap ke dalam jiwa seseorang... individu itu tetap tidak akan beriman... hinggalah hembusan nafas terakhir.... kita sebagai manusia yang lemah... hanya mampu berusaha untuk mengajak dan membawa mereka yang belum beriman supaya mengenal Allah... dan hidayah itu bergantung pada keizinanNYA...

bagi yang sudah beriman pula perlulah mempertahankan hidayah yang telah dimiliki.... agar kita tidak hanyut dalam kekufuran....

sekian... wallahualam...

yang baik datang daripadaNYA.... yang buruk tu daripada diri aku sendiri =)

p/s: tengok-tengokan blog ni... sabtu ni aku busy sikit la... nak gi pahang lalala...

FORGIVE ME YA ALLAH...


Ya Tuhanku,
Dalam perjalanan yang belum terhenti ini. Jalan selangkah yang lalu, penuh dosa dan noda… Bersilih ganti, antara godaan dan keinsafan. Layakkah aku dalam rahmat-Mu… Di bawah lembayung rahmat-Mu. Walau seringkali godaan yang memburu. Seringkali itu juga seribu keinsafan berbisik dihati.
Wahai Tuhanku,
Ku merayu di malam hari. Menagih ampunan dan kasih sayang-Mu.
Wahai Tuhanku,
Rayuanku, terimalah daku… Sebagai hamba-Mu yang dalam lindungan-Mu setiap saat masa yang berlalu. Walau seribu yang memberikanku kasih, tidak kan sama kasih sayang-Mu Ya Rabbi.
Ya Allah,
Dengarlah rayuanku sayup-sayup berbisik di malam yang hening. Bertemankan cahaya bulan, sinaran bintang yang memancar. Mengharapkan doaku bertaut dalam restu-Mu.
Wahai Tuhanku,
Pencipta Kasih Sayang. Yang Memiliki Setiap Hati. Yang Maha Mengasihi. Kasih sayang yang luhur buat hamba-Mu.
Ya Rahman. Ya Rahim,
Kusedari cinta manusia cuma setitis dari selautan cinta-Mu Ya Rahman. Rayuanku, janganlah kasih yang setitis di dalam hati ini, melalaikan daku dari mengingati-Mu. Pautkanlah daku pada cinta dan rahmat-Mu agar daku tidak tenggelam dengan fitnah dan mehnah duniawi. Segala puji-pujian bagi-Mu Ilahi, ke atas semua nikmat-nikmat-Mu yang tidak terhitung.
Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah…
kiriman emel: azmidi bin mat nawi (bro midy)

11 June 2010

ORANG ISLAM SEMBAH KAABAH?


salam
pertama aku nak bagitau kat sini aku bukan penceramah 
(dulu zaman study yelah kot hahaha naqibah je...)
kat sini aku sebagai penulis blog huuuuuuuuu...
penah ambik subjek al-quran & hadis (tapi bukan seorang pakar)
setelah ditolak didarab dibahagi ditambah...
aku serupa je macam korang semua...
masih belajar... masih mencari... masih meneliti....

kat sini aku menulis hanya untuk berkongsi.... sesiapa rasa tak puas hati sila bagitau... huhuhu... =)

topik orang islam sembah kaabah...
ye ke? ini merupakan satu soalan daripada non muslim... kepada orang muslim... kadang kala soalan mereka boleh membuatkan kita semua ternganga... tercengang.... juga gelabah mau jawab.... ye tak? 

andai ditanya soalan pelik-pelik mau jawab ape ye? senyum & teros blah... tak bleh la macam tu... harap-harap dapat ilham untuk menjawabnya.... bila orang kafir @ non muslim bertanya... orang islam sembah kaabah.... ape kita patut jawab?

cina betol la sembah patung... kan? keling betol la sembah dewa kan? aku tak berapa tau sangat la... pasal tuhan diaorang ni... yang tau tuhan diaorang ni menyusahkan je.... huhuhu... contohnya... masa hari wesak yang baru ni... sebelum majlis sambutan hari wesak sibuk la orang-orang beragama buddha ni angkut patung diaorang ni naik lori.... kita yang beragama islam ni mesti cakap... "apelah bodo sangat da tau tuhan tu menyusahkan nak kena angkut pun masih nak sembah" mungkin ade yang bercakap cam tu.... betul la tu... orang yang diberi hidayah memang boleh berfikir cam tu.... tapi kita semua kena ingat... bukan semua orang diberi hidayah... kerana hidayah itu hak ALLAH.... hanya DIA yang layak memberi kepada siapa yang dikehendaki....

tu selingan je.... huhuhu.... kita yang beragama islam ni hanya menyembah ALLAH S.W.T je... tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH dan NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH.... yakin dan tetapkan dalam hati =) dan yang kita solat hari-hari tu... kita sebagai umat islam perlu solat menghadap kiblat... diulangi MENGHADAP kiblat.... kiblat kita adalah KAABAH.... BUKAN menyembah KAABAH.... yang perlu hanya menghadap kiblat... 

ape akan jadi kalau semua umat islam menyembah KAABAH?
macam mane nak solat kalau dalam kapal selam? 
KAABAH tu kat atas... maksud aku kat darat.... perlu ke kita mendongak? yelah... dah kalau kata kita sembah KAABAH....

ape akan jadi kalau semua umat islam menyembah KAABAH?
macam mane nak solat kalau dalam kapal terbang?
KAABAH tu dah kat bawah la pulak.... susah ni weh.... perlu ke kita meniarap? yelah... dah kalau kata kita sembah KAABAH....

syukur kita hanya SEMBAH ALLAH S.W.T jadi tak de kesukaran di situ.... cukup dengan keyakinan dalam hati yang ALLAH itu ada... MAHA MENGETAHUI... MAHA MELIHAT.... MAHA BERKUASA... MAHA AGUNG... MAHA BIJAKSANA... MAHA SEGALA... jadi kita sebagai hamba hanya perlu menghadap KIBLAT setiap kali bersolat.... KIBLAT kita semua adalah KAABAH yang terletak di tanah suci MEKAH....

juga ALLAH S.W.T tak penah nak bebankan hambaNYA.... ada keringanan sekiranya kita kena solat dalam kapal selam, kapal, kapal terbang, keretapi dan lain-lain.... hanya perlu menghadap kiblat saat angkat takbir je yang penting.... lepas tu dah tak kesah.... (ade keringanan di situ)

betapa MAHA BIJAKSANA... MAHA MENGETAHUI... ALLAH S.W.T... =)

aku penah berhadapan ngan seorang kristian... mase aku study dulu... yelah aku dok hostel kan.. wat la bisnes printing sikit-sikit... pastu datang la satu awek... dalam kol satu pagi... lepas habis print assignment dia... boleh plak dia tanya.... "macam mane nabi isa okay ke tak?" gila ko... aku nak menjawab.... hahaha tunggu.....

orang cina selalu tanya mama yah "awak masuk melayu ke?"

soalan pelik-pelik je... adoiyai.... ape pun segala yang baik datang daripada ALLAH S.W.T... semoga semua sentiasa dilorongkan ke arah kebaikan.... yang buruk mestilah datang dari aku sendiri... yang selalu cuai & miliki kesilapan....

10 June 2010

PERBEZAAN HADIS



salam
hai korang semua...
aku nak tumpang tanya & nak share sumtin...
sesape yang arif leh tolong ajar aku sekali... =)
budak-budak al-quran & sunah ke.... yang da belajar yang lebih mendalam
aku ni belajar kat permukaan je... hukhukhuk


Boleh awk terangkan apa yang dikatakan...
1. Hadis hidayah.
2. Hadis akidah
3. Hadis muamalah
4. Hadis tasawuf.
Semoga dapat dihuraikan dengan serbaringkas... 

menjawab kiriman emel 
(budak ni aku jumpa dalam satu forum.. pas tu nak blaja arab ngan aku... aku pun ajar le pe yang aku tau... skali dia tanya macam-macam la plak pasal agama... hukhukhuk... mati gua)
ni jawapan orang naif cam aku ni....

ulama-ulama hadis atau para ahli hadis dalam mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak memberikan istilah-istilah hadis sebagai hadis hidayah,hadis akidah,hadis muamalah dan hadis tasawuf. jangan sampai tersalah faham. 


tapi untuk memudahkan pengumpulan hujah ilmu bolehlah dikumpulkan macam tu lebih-lebih lagi pengumpulan cara Melayu kerana secara ilmu... ilmu itu dibahagikan kepada: 

1.ilmu aqidah atau ilmu mengenal Allah. 
2.ilmu fiqah atau ilmu memahami aturan Allah termasuklah juga: 
a)fiqah ibadah-hubungan hamba atau makhluk dengan khaliq atau Allah.... 
b)fiqah muamalah-hubungan hamba atau makhluk dengan makhluk yang lain... 


dan ini juga termasuk ilmu-ilmu muamalah yang sebenar dalam ketetapan tatacara atau adab sopan atau pun akhlak perhubungan antara seorang hamba dengan Allah dalam mengakui, mentaati, memurni serta menghargai Maha Pencipta dan Maha Pengatur iaitu Allah Tuhan S.W.T...


ilmu muamalah pula dibahagikan ulama-ulama selain yang diterangkan diatas termasuk ilmu munakahat atau fiqh munakahat, fiqh muamalat, fiqh janayat(jenayah)... manakala ilmu adab pula berkembang secara falsafahnya dari tatacara zahir kepada pembentukan sikap atau suluk yang dipanggil akhlak atau khuluk sehinggalah proses pemurniaan jiwa secara fasafi ilmu yang dipanggil ilmu tasawuf iaitu ilmu pembersihan hati..... 

jenis-jenis hadis juga adalah hadis sahih, hadis mutawatir, hadis daif, hadis hasan, hadis mauduk.... ade lagi satu name hadis... tapi aku lupa huuuuu....


antara periwayat hadis yang popular adalah imam bukhari, imam muslim, imam abu daud dan beberapa orang lagi....


mama yah & papa wi tak berapa bagi aku memandai-mandai copy paste hadis dalam internet.... so kena la refer mane-mane sumber sahih lu... tu yang jadikan aku malas... nak bace kitab hadis mesti la kene selak satu-satu... adeh... da kompem betul baru leh tarok dalam blog... (aku ni malas)


rasanya setakat ni je aku leh terangkan.... nanti takut tersilap... aku harap kalau ade sesape yang lagi arif leh la terangkan ye...

baru-baru ni aku ade bergosip dengan si lok... pasal satu blog pelik... The Godfahter.... tapi dalam blog tu ade banyak hadis.... memang la The Godfather tu name gelaran bagi jawatan tertinggi kongsi gelap Italy.... ala...... cam dalam Mafia War tu... tapi aku masih tak puas ati gak ngan statement dak tu...  oh.... kat blog bro lok pun dia ade komen... tah la... kan zaman sekarang banyak hadis palsu... bak kate lok gua tak sedap ati la.... aku nak cakap lebih-lebih tak leh gak... coz blog ni hak individu.... =) ---->>> SINI

p/s: bahasa arab ni pon cam inggeris gak...  ade past tense... present tense... plural... & len-len... =) tu yang ade muamalat... muamalah... jenayat.... jenayah.... abu... abi... ummu... ummi... usrati... usratun... lebih kurang cam tu la...


wallahualam...

ADOI!!! GUA TAK TAHAN NAK NANGIS SAMA JUGAK LA...


salam semua
semalam aku tengok berita Rosmah menangis....
Bik Mama nangis...
kerana kematian 9 orang rakyat Turki...
yang telah dibunuh tentera Israel
menangislah sayang....

musykil jugak...
mase mak sedara beliau meninggal 
allahyarhamah Sofiah Katas
datang pun tidak....
ni kan nak menangis... (aku tak tau la beliau nangis ke tak)

rakyat Turki tu Bik Mama tak penah pun jumpa...
boleh menangis pulak...

ape-ape je lah....

wallahualam =)

________________________________________________________

rakyat Palestin telah lama menghadapi ribuan kematian
syahid menjadi buruan
airmata bukan teman...
andai itu jadi teman 
bila saatnya mahu kumpul kekuatan..
menentang segala kekejaman...

TELAH TERCATAT NABI ITU SEORANG MANUSIA TANPA SILAP

salam
kadang kala kita bercakap
kita leka
kita lupa
kita alpa
ya kita semua manusia...

kata-kata seperti sudah lengkap sudah
sendiri rasakan itulah yang paling indah
perlu ingat suatu masa dulu ada manusia TANPA silap

nabi juga manusia...
tetapi dijanjikan 'maksum'
hanya nabi manusia TANPA silap dan dosa
kerana setiap kata-kata baginda tidak sia-sia
kerana setiap perbuatan baginda bukan sia-sia
itulah contoh ikutan sepanjang zaman

tapi...
madah kita buat bicara
kadang kala kita lupa dan leka
kadang kita lupa...
suatu masa dulu ada manusia TANPA silap
selebihnya kita...

manusia yang tak sunyi daripada keSILAPan

p/s: maksum itu terpelihara daripada dosa =)
p/s/s: aku merayap pi blog orang ni la yang jumpa benda bukan-bukan bila bercakap

LELAKI TANPA WAJAH (HIRO) & ZULAIKHA

ini bukan kisah merong mahawangsa...
ini hanya kisah dogeng mereng mahawangsa...

sebelum baca...
sila selawat ke atas junjungan kita...
sebanyak 3 kali... (atas permintaan hiro mahukan unsur islamik)

menulis entri dengan penuh beradat... (hiro kate kitakan Melayu)

jadi aku berpantun laaaaaaa....

sorong papan tarik papan
buah tembikai dalam perahu
suruh makan hiro tak makan
suruh mengaji pura-pura tak tahu

malam tadi jumpa mayat
malam esok jumpa hantu
zulaikha tau hiro suka mengayat
berharap bapak zulaikha sudi buat menantu

lelaki tanpa wajah itulah hiro... bukan si penggoda itulah zulaikha.... dalam cite TAMIL hiro selalu datang lambat... tapi ni bukan cite TAMIL... ni cite Melayu.... sebab aku pun Melayu... jadi hiro dah masuk pada awal-awal cerita....

bukanlah cerita mereka... bukan juga mereka-reka cerita... ohhhh... pilih mana kamu mahu? pilih satu jangan tamak... kisah ni bermula saat hiro menegur zulaikha (sudah pandai eja) melalui shoutbox... hiro menegur zulaikha dengan penuh sopan dan santun...

begitu lama kisah cinta mereka ibarat lamanya drama Sembilu Kasih ditayangkan di TV2... baru semalam aku dapat hidu... cissssss. bukan kerana hiro tu 'kekasihku yang gelap' buat zulaikha... semestinya tidak kan.... kerana hiro digambarkan jauh lebih hensem berbanding Justin Bieber...

aku mula menghidu hubungan mereka kerana semalam mereka bertikam lidah dengan nada yang paling lembut sekali ohhhhhhhhh.... aku sangkakan mereka bersaudara mungkin... seibu berlainan bapa... atau sebapa berlainan ibu...

otak aku mutaligat... tetapi timbul sedikit keraguan di sini... mengapa pulak si p3perak marah-marah ye? adakah kerana jeles dengan zulaikha? atau ade peristiwa lain di sebaliknya.... aku cuba mencari jawapan bagi persoalan yang kian menyesak otak ketat aku...

setelah diselidiki rupanya hiro telah membunuh cucu perempuan saudara kepada jiran p3perak ... kerana itu p3perak cuba menggaanggu kehidupan hiro.. dan kata-kata hiro yang lembut pada zulaikha ibarat lidah tak bertulang... gigi tak bergosok itu adalah lakonan semata-mata... sebelum menjadikan zulaikha mangsa seterusnya.... hiro hanya mahu melihat zulaikha dilamun cinta... hinggakan makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah dan berak tak basuh...

to zulaikha:
sila jangan terlalu rapat dan dekat dengan hiro kerana beliau seorang pembunuh yang disegani...  kerana si hiro ini layaknya menjadi seorang model kanak-kanak bagi iklan sabun basuh... (kerana blogger berhati suci sukar dicari)


p/s: tah ape la yang aku merapek

09 June 2010

MEREKA SIAPA?

Nelson Mandela
bekas Presiden Afrika Selatan

Ban Ki-moon
kini merupakan setiausaha agung PBB
berasal dari Thailand

Hishamudin Rais
seorang aktivis masyarakat yang terkenal di Malaysia
bekas pelajar MCKK, UM, dan banyak lagi
kira-kira 15 tahun merantau di Kota London
sambil menuntut ilmu
ayat popular beliau
"hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda"

Pele
lagenda bola sepak dunia
dengan kebolehan menimbang bola tanpa jatuh 
dalam masa yang panjang

Princess of Wales (Lady Diana)
isteri kepada Putera Charles
anak beliau adalah putera William & putera Henry

Adibah Amin (Khalidah Adibah Bt. Amin)
seorang ahli akademik (penulis bahasa malaysia & bahasa inggeris)
seorang pelakon (Mat Som, Hati Bukan Kristal & Adik Manja)

p/s: mama yah suka sangat adibah amin sampai anak pun taruk nama adibah aiyak!!!

SATU RASA DUA NAMA

 epok-epok @ karipap


 kuih ketayap @ kuih gulung


 ondeh-ondeh @ buah melaka


bingka @ kuih bakar

salam
kali ni hanya mahu kongsikan sedikit info kuih tradisional
kadang-kadang kuihnye same je...
cuma name lain-lain...

p/s: aku nye fav karipap!!!

BERJUDI... KEMUDIAN BERI DERMA... APEKAH?

salam
aku membantah JUDI BOLA
yang kononnya masih tak de keputusan lagi...
hah? apekah?

VINCENT TAN bercadang mahu jadi seperti ROBINHOOD... mencuri kemudian beramal dengan hasil curian... begitu juga yang mahu dilakukan oleh VINCENT TAN berjudi kemudian menderma... dengan IZIN dan KELULUSAN pemerintah MALAYSIA...

setelah didesak... dengan DEMONSTRASI.... pihak PEMERINTAH mengatakan masih belum ade keputusan... ohhhhhhhh.... gimik politik? atau betul-betul tidak akan diluluskan... aku rasa tak perlu pandangan dari semua pihak... terang dan nyata JUDI tu HARAM... simple dan mudah je.... jangan LULUSKAN... okay? nampaknya member-member aku yang kat KL ramai turun BERDEMO... anak lecturer aku pon pegi... si afiq juazer rizal abdul hamid...si shaikh amin.... wah korang memang power... si naruto aku tak tau hang pi ke tak... budak-budak ni tak cerita pun... ngeh ngeh ngeh... sahar (lecturer aku) pun pegi wehhhh 

inilah yang dikatakan ISLAM LIBERAL yang kian menular... lakukan yang WAJIB... yang nyata HARAM masih dibuat... macam cite BAWANG PUTIH BAWANG MERAH... pakai SKIRT pun leh berdoa... sedangkan kita semua dah diajar adab-adab semasa berdoa bukan? begitu juga KONSERT AMAL... berhibur bercampur lelaki & wanita... untuk mengumpul DANA... kemudian MENDERMA untuk AMAL... hukumnya?

begitu juga walaupun BABI telah disembelih dengan nama ALLAH hukumnya? TETAP HARAM dimakan bukan?

yang HARAM tetap HARAM... tak perlu tunggu SEMUA RAKYAT berdemo... tak perlu tanya pendapat pada semua... sebagai PEMIMPIN... ASAS yang mudah seperti ini perlulah kamu faham. kalau tak macam mana nak memerintah negara? yang nyata apabila yang haram dilakukan tentunya akan merosakan ekonomi negara... ni baru isu JUDI BOLA... belum sentuh isu lain lagi...

isu simple macam ni pun jadi masalah... macam mane boleh pulak nak berjuang untuk PALESTIN? kilang COCA COLA kat negeri sembilan baru je pecah tanah 1 APRIL lepas.... ini betul-betul 1 MALAYSIA.... yang WAJIB & HARAM boleh jadi 1... apekah? renung-renungkanlah.... pada DR 1221 aku doakan kau dibukakan pintu hati hu3.. lame encik  DR 1221 tak bace blog aku ni... terima kasih letak link blog aku di blog kamu & berharap ada yang sudi membaca & terbuka pintu hati kalian... macam encik DR 1221 jugak cakap hari tu he3 busy berdemo ye DR 1221? hu3...  

p/s: nak tinggal benda yang salah bukan senang... aku mau ke arah itu =)

HAJAR ASWAD


salam
apa khabar semua?
harap sihat sentiasa...
bersama sekuntum senyum di muka =)

hukum mencium hajar aswad adalah sunat.. kalau dapat menciumnya adalah lebih baik... tapi kalau tak dapat tak pe la... tak de rezeki kot.... cukuplah sekadar "istilam" je.....

istilam - mengangkat kedua belah tangan bila sampai di garisan... ditujukan ke arah hajar aswad.... sambil membaca takbir... kebiasaannya orang yang bertawaf terutamanya pada musim haji... jarang dapat mencium hajar aswad... kerana manusia sangat ramai... sehingga bertolak-tolak.... berhimpit-himpit... hanya mereka yang bertubu sasa & kuat je... yang akan dapat mencium hajar aswad....

apa pun bergantung pada rezeki masing-masing....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...